cerpen : Rahsia



  Aku melabuhkan punggung di atas sofa. Stoking yang telah aku pakai berjam-jam lamanya aku tanggal lalu aku urut perlahan kakiku. Sengal gilak! Nasiblah pergi kerja, balik kerja naik bas. Nak bawak motor, lesen tak ada. Dan nasib baik aku hanya bekerja gara-gara ingin menghabiskan cuti semester dengan berhemah.

  Tubuhku disandarkan pada sofa. Mataku tertutup rapat. Melepaskan lelah yang asyik bertandang. Baru 22 dah semput.

  “Woit!” Bahuku disapa. Aku melompat. Kedengaran seseorang melepaskan ketawa. Aku merengus kasar. Terus aku berpaling sambil mencekakkan pinggang.

  Dan niatku untuk marah terbatal tatkala melihat raut wajahnya. Bibirku terus mengukirkan senyuman.

  “Mangkuk, balik sini tak habaq aku!” Ucapku ceria tanpa aku sedar suaraku sudah naik beroktaf-oktaf.

  Dia menggaru kepalanya sambil melemparkan senyuman kelat. Kalau dia ni abang aku, dah lama aku peluk. Tapi oleh sebab dia hanya sepupu, aku hanya mampu menyuarakan kegembiraanku.

  Wajahnya aku pandang seketika. Bertambah kacak! Haha. Tapi disebabkan dia sepupu, maka aku hanya pandang sebelah mata. Perangai dia yang meloyakan tekak terlebih mampu menyaingi kekacakan yang sedia ada.

  “Mangkuk ini ialah sepupu kesayangan kau tau!”

  “Tahu. Tapi kenapa hang balik?” Ajuku hairan. Tak ada angin, tak ada ribut, pulang ke negeri jelapang padi. Demam ke? Sebelum ni, kalau telefon tanya bila nak balik, jawapannya cukup mudah. Sibuk! Sibuk kejar awek agaknya.

  “Saja. Aku tengah cuti panjang ni. Sebab tulah aku balik. Lagipun kawan aku nak sangat tengok padi,” tuturnya lalu melabuhkan punggung di atas sofa.

  Jari-jemarinya disulamkan sesama sendiri sebelum diletakkan di belakang kepala.

  “Kawan?”

  “Yepz. Dia…”

  Belum sempat Izdihar menghabiskan kata-katanya, seorang lelaki tinggi lampai keluar dari dapur. Aku mengerutkan dahi memandangnya. Tampan tapi hatiku langsung tidak tergugat dengan kehadirannya. Heee…

  Saat pandangan kami bertaut, lelaki itu menghentikan langkah. Sesaat kemudian, aku melarikan pandangan. Kemudian lelaki itu mendekati Izdihar.

  “Minah, nilah kawan aku,” ucap Izdihar lalu menepuk bahu lelaki itu.

  “Apa khabar, Minah?” Soalnya lalu menggariskan senyuman.

  Rasa geram mula bertandang di hati. Izdihar terus melepaskan ketawa. Aku menggenggam penumbukku yang sangatlah kecil. Lelaki itu menggaru kepala. Jelas sekali dia sangat bingung.

  “Wir, nama dia bukan Minah. Haha..”

  “Hehe. Sorry. Ingatkan nama awak Minah.”

  Muka aku punyalah lawa. Tak patut sungguh dia ingat nama aku, Minah. Sedang aku khusyuk melayan perasaan, kedengaran suara seseorang sedang memanggil namaku.

  Aku merengus kasar. Lantas aku buka langkah ke luar rumah. Jiran di sebelah memandangku tajam. Aku menjegilkan mataku. Dia mencebik.

  “Cawan, datang sini sekarang jugak!” Bentaknya.

  “Awat aku nak kena pi rumah hang pulak wahai gelas?” Aku ada nama tapi dia panggil aku cawan. Hampeh sungguh. Kan dah kena panggil gelas.

  Dia mendekatkan dirinya dengan pagar. Tangannya diletakkan di atas pagar yang memisahkan rumahku dan dia. Dia menyeringai.

  “Tak nampak kucing kau masuk rumah aku?” Dia menuding jari lurus ke arah kucingku. Mataku membulat. Jelas kelihatan Cantik, kucingku sedang bergesel di kakinya.

   Aku menapak masuk ke dalam kawasan rumahnya lalu aku ambil Cantik. Lelaki itu tersenyum sinis. Dia memeluk tubuh.

  “Kau dengan kucing kau sama saja! Dua-dua gatal,” tuduhnya kasar.

  “Kau dengan kucing kau sama saja! Dua-dua gatal!” Jeritku di hadapannya. Kacak, kucing miliknya sangatlah gatal. Siang malam datang rumah aku. Kerja nak bergesel dengan aku.

  “Ngee. Tiru ayat aku!” Bentaknya sambil membulatkan mata.

  Niyaz Alham. Musuhku juga jiranku. Orang Melaka yang sesat di Kedah ini sangatlah celupar mulutnya. Jika sekali dipandang, pasti ada yang menyangka lelaki ini abangku. Ah! Hanya kerana wajah yang sama. Jurutera di kilang eletrik ini memang begini.

  Kerjanya setiap hari adalah menuduhku. Ada saja perkataan yang menyakitkan hati meniti keluar dari bibirnya. Haha. Kan bagus kalau aku boleh letak cili di bibirnya.

  “Haha. Kalau dua-dua gatal, mama aku cakap kena kahwin. Kita kahwin berdualah!” Am menyambung kata-katanya.

  “Gila!” Getusku.

  Lelaki itu ketawa. Aku menarik muka masam.

*****

  Ayah dan mak hanya berdiam. Izdihar dari tadi asyik bercakap. Rakannya hanya berdiam. Oh ya! Nama rakannya Munawwir. Seorang pensyarah kata Izdihar.

  “Dhuha, tadi gaduh dengan Am ka?”

  Sudah! Mesti gelas tu mengadu dekat mak aku. Hancus punya manusia. Gaduh sikit pun nak beritahu mak. Mak pun satu. Bela sangat dia tu. Dari hari pertama mamat tu jadi jiran aku, mak asyik puji dia. Am baiklah. Am kacaklah. Am sopanlah. Siapa sebenarnya anak kandung mak? Aku atau Am?

  Kata aku, Am jahat. Am muka macam jamban tak siap. Am tak hormat orang. Cakap main redah saja.

  “Mak, orang bukan gaduh pun. Dia kata Dhuha gatal,” omelku perlahan. Jari-jemariku menguis nasi. Selera sudah terbang ke Amerika.

  “Alah! Kata gatal ja pun.”

  “Ngee. Mak ni kan. Suka sangat bela gelas tu. Mak kahwin dengan dia ja lah.”

  Ayah tersedak. Mak menatap wajahku. Terbias amarah yang amat di matanya. Aku terus bangun dari kerusi dan membasuh gelas dan pingganku. Kemudian aku duduk di atas buaian di luar rumah. Angin malam menyapa pipi. Aku memejamkan mata.

  “Boleh saya duduk?” Aku mendongakkan wajah.

  “Duduklah.”

  Lelaki itu menggariskan senyuman lalu duduk jauh dariku. Mahu kena makan penampar kalau duduk tepi aku.

  “Nama siapa?”

  “Dhuha..”

  “Dhuha saja?” Keningnya bertaut.

  Aku menggeleng. Tanganku menggaru kepala yang diliputi tudung. Malas sebenarnya nak beritahu nama panjang-panjang. Bazir air liur sungguh.

  “Nope. Nama panjang, Dhuha Sakeena,” tuturku kemudian melontarkan pandangan ke rumah sebelah. Jelas kelihatan gelas tak guna itu sedang berehat di atas bangku sambil memandang langit. Menyibuk betul! Orang duduk luar rumah, dia pun nak duduk luar rumah.

  “Oh. Nama saya, Munawwir.”

  “Tahu!” Jawabku acuh tidak acuh.

  Mataku masih memandang rumah sebelah. Am turut memandangku sambil menjelirkan lidah. Tak matang sungguh gelas ni. Perangai mengalahkan aku yang muda belia.

   Sungguh sejak kali pertama lelaki itu datang ke sini, aku berasa tidak aman. Haha. Mungkin macam Benz dan Addin tapi kisah ni takkan ada happy ending. Dan yang paling penting, kisah kami takkan berakhir dengan bersamanya aku dan dia. Takkan sama sekali!

  Setahu aku, Am sudah mencecah usia 30 tahun. Mak ada beritahu aku juga yang Am anak orang kaya. Tak kisah mamat tu anak orang kaya tapi aku harap sangat dia kaya dengan sopan-santun. Harapkan muka buat apa. Tak heranlah dengan muka dia meskipun kacak gilak. Muehehe..

  “Err. Boleh saya tanya?” Aku terus kembali ke dunia nyata.

  “Tanya apa?”

  “Awak dengan orang sebelah ada apa-apa ke?”

  Suka hati dia saja cakap aku dengan mamat sebelah ada hubungan. See the face la! Kami bagaikan kaca dan pertama. Aku ini diibaratkan permata dan dia diibaratkan kaca buruk plus murah. Eh, ada ke peribahasa tu?

  “Gila! Mati hidup balik pun takkan ada apa-apa!”

  Lelaki itu tersenyum. Aik? Boleh pulak senyum.

  “Atuk saya cakap, kalau marah, jangan marah sangat. Kalau sedih, jangan sedih sangat. Kalau sayang, jangan sayang sangat. Kalau benci, jangan benci sangat. Kalau gaduh, jangan gaduh sangat! Takut nanti awak yang bersanding dengan dia. Dan atuk saya cakap lagi, orang yang muka nak sama selalunya ada jodoh yang kuat.”

  Aku terpana.

*****

  Hujung dagu aku garu perlahan. Dah sejam lebih aku tercongok di bus stop buruk ni. Buruk sebab dikerjakan oleh manusia yang mengamalkan sikap vandalisme. Budak zaman sekarang memang tak guna. Macamlah aku ni berguna sangat.

  Dahiku yang sudah bermandikan peluh aku kesat dengan sapu tangan. Kakiku terjuntai dan mataku terpejam. Aku bernyanyi riang meskipun hati sangatlah geram.

  Saat itu juga aku rasakan ada sebuah kereta berhenti di hadapanku. Aku terus membuka mata. Sepertinya aku kenal kereta ini.

  Si pemandu keluar dari perut kereta. Sah! Memang aku kenal.

  “Jom, aku hantar balik!”

  Aku memalingkan tubuh. Lelaki itu menjongetkan bahu.

  “Tak nak sudah!”

  Di saat dia ingin masuk ke dalam perut kereta, aku bersuara. “Sapa cakap tak nak?”

  Sepanjang perjalanan, aku disajikan dengan lagu Inggeris. Ingat aku ni orang putih ka? Pantas saja aku menukar saluran. Lelaki itu memandangku sekilas sebelum menukar kembali saluran Hits.Fm. Aku tidak  mengalah.

  “Ni kereta aku! Boleh tak jangan duk tukar channel?”

  “Masalahnya lagu tu semua tak best,” tuturku tidak puas hati.

  “Biarlah!””

  Terus aku menyepikan diri. Nak bersuara, takut bergaduh pulak.

  Aku pandang lelaki itu. Kacak la pulak! Tersarung kemeja ungu tua berjalur hitam dan slack berwarna hitam. Mataku jatuh pula ke lehernya. Tali leher sudah hilang entah ke mana. Kemudian aku pandang wajah tanpa riak itu.

  Seraut wajah yang tenang dan bersih. Rambutnya pendek dan tersisir kemas. Pokoknya semua bagus tapi kenapa masih belum berkahwin? Sikit masa lagi akan jadi bujang terlajak.

  Aku memegang dadaku. Jantungku berdegup kencang. Terus aku melontarkan pandangan ke luar tingkap kereta.

  “Wei, aku ada benda nak beritahu.”

  “Hurmm. Benda pa?”

  “Tak jadilah nak beritahu.”

  “Kenapa pulak?” Soalku tidak puas hati.

  Lelaki itu memberhentikan keretanya di tepi jalan. Matanya menerobos dalam anak mataku.

  “Tak jadi sebab benda tu rahsia. Kalau aku beritahu kau, bukan rahsialah namanya tapi nanti bila aku dah bersedia, aku akan beritahu kau rahsia tu,” bisiknya di cuping telingaku. Aku menelan air liur.

*****

  Terkebil-kebil aku memandang seorang wanita yang mungkin umurnya dalam lingkungan 40 tahun. Kulitnya lebih mulus dari kulitku. Pipinya cantik dan tidak tembam! Terus aku memegang pipiku yang tembam. Wanita itu tersenyum. Aku tersipu malu. Pasti dia perasan akan kelakuanku.

  Hujung minggu begini, selalunya hanya aku seorang di rumah. Mak dan ayah akan menjenguk dusun nun jauh di Perak sana. Eh, terlupa pulak dengan adik-beradikku. Tulah. Buat macam mereka itu adik-beradik tiri sungguh.

  Along di Kuala Lumpur. Angah di Johor dan adikku di Sabah. Baguslah! Aman sikit dunia ni.

  “Mak cik nak cari siapa?” Soalku ayu. Jiran sebelah tengok mesti terkekeh-kekeh ketawa sebab sopan nak mampus.

  “Mak cik sebenarnya datang nak jumpa anak mak cik tapi dia tak ada di rumah pulak,” tutur wanita itu lembut. Kalah suara aku. Kena suruh mak cik ajar aku jadi wanita Melayu terakhir.

  Aku mengangguk.

  “Oh. Anak mak cik siapa?”

  “Anak mak cik, Niyaz Alham.”

  Rahangku jatuh. Rupanya wanita ini ibu kepada mamat tu. Patutlah muka nak sama. Mataku jatuh ke pakaian wanita itu. Mak ai. Mesti mahal.

  Memang sahlah cakap mak. Mamat tu anak orang kaya.

  “Am tak ada mak cik. Dia keluar pergi mana entah. Jemput masuk, mak cik. Panas ni,” ucapku lalu mempersilakan wanita itu masuk ke dalam rumahku.

  Dari tadi aku tidak henti bercakap. Wanita ini sangat baik dan peramah. Tak macam anak dia. Perangai macam kera tak cukup makan. Kebaikan tak dapat diwarisi. Contoh paling terdekat, mak dan aku. Mak baik, aku tak berapa. Hehehe.

  Aku menghirup teh yang aku sediakan. Melampau sungguh. Aku buat, aku minum.

  “Duk sembang dari tadi, anak nama apa?” Ajunya.

  Aku mendongakkan wajah. Bibirku melemparkan senyuman manis.

  “Dhuha Sakeena.”

  “Dhuha? Dhuha yang anak mak cik cin…”

  “Mama!” Gelas ni dah datang rupanya. Terus dia memeluk wanita itu dan pipi wanita itu dikucupnya. Terserlah kasih seorang anak yang takkan pernah ditelan dek zaman.

  Aku hanya memerhati. Saat pandangan kami berlaga, jantungku berdegup kencang. Terus aku memegang jantungku. Gilak ke?

  “Dhuha, nanti kita sembang lagi. Seronok mak cik dapat berbual dengan Dhuha.” Tanganku diraihnya.

  “Insya-Allah. Nanti kita sembang lagi.”

  Aku menghulurkan tangan untuk bersalam. Lelaki itu memandangku tanpa riak. Seperti selalu.

*****

  Aku menyorong troli yang kosong. Tak tahu nak beli apa sebenarnya. Dari tadi duk pusing di lorong minuman. Dan begitu malangnya nasibku apabila terlanggar seorang wanita.

  “Maaf,” ucapku sambil membantu wanita itu bangun.

  “Dhuha.”

   Aku memandang kosong seorang kanak-kanak yang sedang menikmati aiskrim. Kemudian aku kembali memandang wanita itu.

  “Dhuha sihat?”

  “Alhamdullilah, sihat. Mak cik apa khabar?”

  Panjang juga jodoh aku dengan ibu si gelas ni. Dah dua tahun aku tidak bertemu gelas. Rasa rindu pulak nak bergaduh dengan dia. Kata mak, gelas tu berpindah ke Selangor. Aku hanya mengangguk dan sejak itu, hatiku rasa kosong.

  Kosong, kosong, kosong. Boleh ganti Najwa Latif dah.

  “Mak cik sihat. Dhuha dah makin lawa sekarang ni,” puji wanita itu. Aku menggaru kepalaku. Aiseh! Malu pulak.

  “Tak lawa. Comel adalah. Hehe. Eh, mak cik buat apa kat Kedah?”

  Hairan jugak. Anak dah pindah ke Selangor. Buat apa datang Kedah. Mustahil saja-saja datang.

  “Mak cik jenguk Am.”

  Aku mengerutkan dahi.

  “Jenguk Am?”

  “Yelah. Dia kan dah pindah kembali ke Kedah. Dhuha tak tahu ke?”

  Memanglah aku tak tahu dan mustahil dia nak datang rumah aku dan cakap yang dia dah kembali ke Kedah. Tunggu Taufan Katrina landa Malaysia baru nak beritahu aku. Lagipun aku dan dia tak ada apa-apa hubungan.

  Cuma aku ni saja yang duk menaruh hati buat pekasam semata-mata menunggu bulan jatuh ke riba. Sangatlah mustahil untuk si gelas tu terima aku.

   “Tak pun,” ucapku perlahan.

  Wanita itu tersenyum. Tanganku diraihnya.

  “Dia balik ke sini sebab sebahagian dari nyawa dia ada di sini.”

  “Nyawa? Memangnya nyawa pun boleh berpecah ke?” Soalku telus. Ngek sungguh aku ni. Kalau nyawa berpecah, alamat matilah jawabnya.

  “Sayang, maksud mak cik, orang yang dia sayang ada di Kedah.”
  Aku mengangguk lemah. Siapalah orang yang dia sayang tu?

  “Eh, Dhuha. Rumah sebelah Dhuha yang Am duduk dulu ada orang tak?”

  “Ada tapi dah pindah ke Larkin minggu lepas.”

*****

  “Mak, kenapa bising kat luar tu?”

  Aku menekup mukaku dengan bantal. Bunyi orang bercakap di luar rumah sungguh mengganggu lenaku. Waktu cuti sebegini seharusnya aku berehat tanpa sebarang gangguan. Mataku sekejap terbuka dan sekejap tertutup.

  “Dhuha, bangun.” Bahuku ditampar. Aku mengalihkan bantal kecil yang aku pegang erat dari tadi. Mak berdiri di hadapanku sambil mencekakkan pinggang.

  “Kenapa, mak?”

  “Pergi rumah sebelah. Ada jiran baru masuk. Tolong dia kemas barang,” arah mak.

  Tak ada maknanya! Yang pindah tu, bukan aku tapi orang lain jadi aku tak ada kena- mengena soal mengemas barang dan sebagainya.   

  “Mak ni. Yang pindah masuk tu bukan kita tapi orang lain.”

  Aku kemudiannya kembali menekup mukaku. Mak menampar bahuku lagi. Aku mengeluh kecil. Mahu tidak mahu, terpaksa aku bangun juga. Mak memuncungkan bibir ke arah tudung hitam yang tersangkut di meja makan.

  Terus aku mencapai tudung itu lalu aku sarungkan ke kepalaku. Dengan hati yang berat, aku melangkah ke luar rumah. Terpandang susuk tubuh seseorang di rumah sebelahku dan dia membelakangi aku. Sepertinya lelaki. Adeh! Memanglah lelaki. Sebab tu pakai short. Bulu-bulu jagung tumbuh meliar di betisnya.

  “Encik..” Tegurku malas. Lelaki itu memalingkan tubuh. Aku menelan air liur. Lelaki itu menggariskan 
senyuman manis.

  Suasana sepi membelenggu kami. Aku dari tadi hanya menekur lantai. Lelaki itu membisu.

  “Dhuha..” Namaku diserunya.

  “Dhuha..” Dia memanggilku sekali lagi apabila aku hanya diam tak terkutik.

  “Apa?”

  Lelaki itu hanya tersenyum. Sah-sahlah kena penyakit sawan anjing laut.Panggil nama aku kemudian senyum.

  “Dhuha, kau dah kahwin belum?” Ajunya perlahan.

  “Belum. Hang?”

  “Belum. Jom kita kahwin,” ajaknya ceria.

  “Gila!”

  Lelaki itu melepaskan ketawa. Aku memandangnya hairan. Apa yang lawak sangat sampai dia ketawa?

  Aku ni langsung tak ada rasa nak ketawa. Nak senyum pun tak nak. Sumpah aku tak pernah mengukirkan senyuman sepanjang berhadapan dengannya. Nak cakap aku ni jenis tak reti senyum, bukan!

  “Aku rindu saat kita bergaduh.”

  “Tak rindu pun,” tipuku. Dalam hati, hanya DIA yang tahu.

  “Eleh! Tipu. Aku tahu kau rindu saat kita bergaduh dan aku tahu, kau rindukan aku,” tuduhnya.

  Aku mencebik. “Tak ada masa nak rindukan hang.”

  Sah kena bantai gelak kalau aku beritahu yang aku sangat rindukan lelaki ini. Dua tahun aku memendam rasa. Kata ustazah, selagi kita tak nyatakan cinta, selagi itu kita berjihad.

  “Dhuha, sebenarnya aku ada rahsia nak beritahu kau.”

  “Rahsia?”

  “Yepz.”

   Dia meletakkan sesuatu di atas meja rehat kemudian berlalu pergi.

  “Buka surat tu lepas aku masuk rumah,” tuturnya sebelum masuk ke dalam rumahnya.


Assalamualaikum….

  Dhuha, aku nak beritahu kau sesuatu. Ni rahsia sebenarnya tapi mama cakap, aku tak boleh simpan rahsia ni sampai aku mati. Aaaa.. Aku pun rasa aku kena pecahkan rahsia ni.

  Dhuha, aku sebenarnya cintakan kau.Aku tak pasti sejak bila aku cintakan kau. Tup-tup aku rasa aku cintakan kau. Mama cakap, aku tak boleh pinang kau selagi aku belum bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

  Aku bukan lelaki yang romantik. Err. Sudi tak kau kahwin dengan aku? Kalau sudi, senyum. Kalau tak sudi, buat muka masam macam selalu.

  Psstt.. Aku tahu kau cintakan aku jugak! :p
Yang kacak,
Niyaz Alham


  Yeah! Rupanya cinta aku tak bertepuk sebelah tangan. Bibirku melakar senyuman.

  “Nampaknya bulan depan kita kahwinlah.” Aku memalingkan wajah. Lelaki itu mengangkat kedua-dua belah tangannya seraya bernyanyi riang sebelum melangkah ke dalam rumahnya. Wajahku merona merah tapi hatiku sedang menyanyikan lagu Love Story.

*****

  Aku mencubit lengan Am. Dari tadi duk mengajuk aku cakap. Mahu aku tak hangin. Dia tersengih. Pintu rumah diketuk bertalu-talu. Aku menjongketkan kening. Am bangun lalu memulas tombol pintu.

  “Sayang, Iz datang.”

  Izdihar masuk ke dalam rumahku. Munawwir berdiri di sebelahnya. Am mendekatiku lalu melabuhkan punggung di sebelahku.

  “Korang datang kenapa? Aku baru nak bermesra dengan bini aku,” tutur Niyaz selamba. Mataku membulat. Lantas aku mencubit lengannya.

  “Aduh! Sayang ni macam ketam.”

  Izdihar dan Munawwir ketawa.

 “Haha. Bagus sungguh korang ni. Sebelum kahwin, gaduh. Lepas kahwin, gaduh. Dhuha, ingat lagi tak apa yang saya cakap?”

  Aku menggeleng.

  “Atuk saya cakap, kalau marah, jangan marah sangat. Kalau sedih, jangan sedih sangat. Kalau sayang, jangan sayang sangat. Kalau benci, jangan benci sangat. Kalau gaduh, jangan gaduh sangat! Takut nanti awak yang bersanding dengan dia. Dan atuk saya cakap lagi, orang yang muka nak sama selalunya ada jodoh yang kuat. Rupanya betul apa yang saya cakap dua tahun lepas.”

  “Munawwir, kau kena gaduh jugak dengan mana-mana perempuan. Mungkin nanti kau boleh kahwin dengan orang yang kau gaduh.”

  Si Munawwir ni dah 32 tahun. Kalau tak kahwin, nanti dapat gelaran Bujang Terlajak. Izdihar pun sama. Sikit tahun lagi dah masuk 30 tahun.

  “Aku mana reti gaduh. Aku ni gentleman. Bukan macam kau!”

  Terus pecah ketawa Am. Memang suami aku ni tak gentleman tapi percayalah, sebab sikap tak gentleman dialah, aku suka. Tapi kalau Am cuba jadi gentleman, konpom tak jadi. Nanti jadi geliman pulak.

  Niyaz Alham, musuhku juga jiranku dulu telah menjadi pengarang jantung hati. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin…

  
  
 Aaa.. Assalamualaikum. First of all, terima kasih kepada yang membaca, mengomen, menglike dan mengshare. Hehe. Terharu ai meskipun ai bukan sesiapa.. *bajet budak baik sungguh aku ni* Sorry ya kalau typo ka, tak best ka..
  
Oh ya, kalau sesiapa bosan, bolehlah baca Rindu Seorang Zaujah 1 or Bukan Serupa.. heeee. Eh, lupa nak beritahu, aku tak reti sangat buat cerita happy ni walaupun aku ni orang yang sangat easygoing tak hengat dunia.. = =''





cerpen : Bukan Serupa 2




  Aku keluar dari  perut kereta. Pintu pagar aku biarkan terbuka luas. Bonet kereta aku buka lalu aku ambil beg plastik yang berisi buah oren dan barangan dapur. Bibirku melemparkan senyuman kelat. Indah sukakan buah oren.

   Langkahku aku pandu sehinggalah aku sampai di hadapan pintu rumah. Saat aku ingin membulas tombol pintu, aku berpaling. Dirasakan seperti ada yang memerhati tapi malangnya tiada siapa. Mungkin hanya perasaanku saja.

  Usai meletakkan barang di dapur, aku mendaki anak tangga. Aku merebahkan diri di atas katil. Tanganku diletakkan ke atas dahi. Aku menengadah siling bilik. Kemudian aku melarikan pandangan. Memandang gambar Indah di atas meja lampu membuatkan hatiku digasak rasa rindu.

  “Indah, Indah pergi mana? Abang rindukan Indah,” rintihku pilu. Pelupuk mataku sudah bergenang. Aku benar-benar rindukan Indah. Kenapa aku tidak pernah sedar aku mencintainya? Ya! Aku bersamanya bukan kerana wajahnya yang mirip Syahindah tapi rasa yang hadir di hati.

  Kemudian aku bingkas bangun dari pembaringan. Ringan saja kakiku melangkah ke balkoni. Aku membuang pandang ke luar rumah. Sepertinya aku melihat Indah. Aku menggosok mataku berkali-kali. Memang benar Indah! Wanita itu sedang berdiri di hadapan rumahku.

  “Indah!” Jeritku dari atas. Wanita itu memandangku. Sesaat kemudian dia hilang. Aku mengeluh. Adakah aku hanya bermimpi di siang hari?

*****

  Mama hanya membisu. Aku menghela nafas lemah. Tak habis-habis lagi mama merajuk rupanya. Kedatangan aku ke sini sebenarnya untuk menghilangkan rasa rindu yang bertamu di hati tapi nampaknya mustahil. Melihat wajah mama membuatkan aku semakin merindui Indah.

  “Mama, jangan buat Imran macam ni.”

  “Habis kamu nak mama buat apa? Dah berbulan, Imran. Kamu takkan tak risaukan Indah? Dia tengah mengandungkan anak kamu!” Suara mama menerjah gegendang telinganku. Aku melabuhkan punggung di atas sofa.

  Papa tiada di rumah saat ini. Menguruskan Saghir Holding yang aku tinggalkan.

  “Imran tahu. Imran risaukan Indah tapi Imran tak boleh buat apa. Dah berpuluh penyiasat Imran upah tapi satu pun tak berjaya jumpa Indah. Sekarang, Imran hanya mampu tunggu Indah pulang,” tuturku lemah.

  Mama berpaling. Dia memandangku tajam.

  “Tunggu? Kalau Indah terus pergi tanpa pulang macam mana?” Soal mama keras.

  Aku menggelengkan kepala. Tersungging senyuman nipis di bibirku.

  Indah akan pulang. Aku yakin! Indah takkan memungkiri janji.

   “Indah akan pulang. Percayalah cakap Imran.”

  Telefonku tiba-tiba berdering. Menganggu perbualanku dan mama. Aku merengus kasar. Aku biarkan saja telefon itu berdering tapi telefon itu tetap tidak jemu berdering. Terbias nama Rifqi, penyiasat yang aku upah di skrin telefonku.

  “Assalamualaikum,” sapaku kasar.

  “Wa’alaikumsalam. Bos, saya dah jumpa Indah.”

  Mataku membulat. Bibirku melakar senyuman. Hatiku berasa bahagia. Alhamdullilah! Akhirnya dapat juga aku temui Indah.

  “Betul? Dia kat mana sekarang?”

  Rifqi diam. Aku mula meradang.

  “Rifqi, dia kat mana sekarang?” Ajuku dengan nada yang tinggi. Mama memandangku diam.

  “Err. Dia kat hospital. Dia kemalangan!”

  Telefonku terjatuh. Aku menggeleng. Apakah yang terjadi sebenarnya?

*****

  Mama membuntutiku dari belakang. Papa sudah aku telefon. Pemandu sudah aku suruh untuk ambil ayah mertuaku di kampung. Rifqi kelihatan sedang duduk di atas bangku yang disediakan di ruang kecemasan. Aku mendekatinya.

  “Mana Indah?” soalku dingin. Rifqi memandangku. Kemudian dia menggaru kepalanya.

  “Err. Dia dalam bilik rawatan.”

  “Macam mana kau boleh jumpa dia?”

  “Tadi, saya pergi rumah bos sebab bos cakap bos pernah jumpa Indah. Bila saya pergi, saya nampak dia tengah diri depan pintu pagar. Saya tegur dia. Dia lari dan masa tu jugak ada lori ais lalu. Lori tu langgar dia.”

  Aku memejamkan mata. Rupanya Indah selalu dekat denganku. Jadi benar memang Indah yang aku nampak beberapa hari yang lepas.

  Untuk kali ini, aku takkan biarkan Indah pergi. Aku terlalu sayangkan dia. Dia isteriku. Tempat seorang isteri adalah di sisi suami. Aku rela dia membenciku untuk seribu tahun akan datang asalkan dia terus berada di sisiku. Cukuplah setakat ini sahaja dia terluka.

“Siapa waris Puan Durrah Syahindah?”

  Aku mendongakkan wajah. Seorang nurse mendekati kami.

  “Saya suami dia.”

  “Macam ni, kami terpaksa lakukan pembedahan untuk selamatkan Puan Durrah dan anak-anaknya.”

  “Anak-anak?” Soal mama.

  Nurse itu mengangguk. Mata mama bersinar. Aku menekur lantai kembali. Yang aku risaukan sekarang adalah keadaan Indah.

  “Puan Durrah mengandungkan anak kembar.”

  Anak kembar? Aku tersenyum hambar.

  “Encik, kami perlukan persetujuan encik untuk lakukan pembedahan.”

*****

  Aku memandang sekujur tubuh yang sedang terbaring kaku. Pipinya aku elus lembut. Ingin sekali aku rangkul tubuh itu. Mataku jatuh pada wayar yang berselirat di badannya. Doktor cakap, Indah sudah melepasi waktu kritikal tapi dia masih belum sedarkan diri.

  “Indah, bangun sayang. Jangan buat abang macam ni.” Bisikku di cuping telinganya.

  Aku menghela nafas lemah. Dia tetap terbujur kaku. Matanya tetap tertutup rapat. Aku membongkokkan badanku lalu bibirku melekap pada dahinya. Titisan jernih mulai berjuraian keluar. Kalaulah dia sedar. Kalaulah dia boleh tersenyum padaku.

  Sesaat kemudian aku merasakan ada yang memegang jari-jemariku. Aku memandang wajahnya. Kelopak matanya bergerak. Bibirku mengoyak senyuman bahagia.

*****

  Indah hanya berdiam diri. Aku menggaru kepalaku. Anak-anakku sudah dipegang mama. Katanya dia ingin bermanja dengan cucu-cucunya. Aku biarkan saja kerana aku tahu mama terlalu inginkan cucu.

  Aku mendekati Indah yang sedang berdiri di hadapan jendela. Rambutnya yang panjang tetap dilepaskan seperti biasa. Tanganku diletakkan ke atas bahunya. Dia tidak berpaling. Tetap membeku dan membisu.

  “Sayang…”

  “Jangan panggil Indah, sayang,” tuturnya sinis. Aku membawa tubuhnya menghadapku. Aku pandang wajah bening itu. Saat pandangan kami berlaga, dia melarikan pandangan.

  Aku tersenyum.

  “Indah lebih tegas berbanding beberapa bulan lepas.”

  “Kalau Indah tak tegas, mungkin jiwa Indah dah mati.”

    Rahangku jatuh. Kata-katanya membuatkan darahku tersirap. Aku cuba menyabarkan diriku. Tapi suaranya, tingkah lakunya membuatkan aku tercabar. Sudah lama dia bertindak begini. Hanya menyepi di kala aku bertanya.

  Aku bukannya insan yang tidak punya perasaan. Sabar aku punya batasan.

  “Indah ni kenapa?” Ajuku cuba mengawal suara. Tidak mahu mama, papa dan ayah dengar kami bertengkar.

  “Ikut suka Indahlah,” ucapnya kasar.

  Indah ingin berlalu pergi namun aku lebih tangkas melelar pergelangan tangannya. Bahunya aku cengkam kuat. Dagunya aku pagut kasar. Aku paksa matanya bertentangan dengan mataku.

  Bahunya jatuh. Aku tahu dia takut dan sakit pada masa yang sama.

  “Jangan cabar abang!” Aku memberi amaran.

  “Indah tak pernah cabar abang. Abang yang cuba cabar Indah. Kenapa hidup bersama Indah kalau abang tak sukakan Indah?”

  Pagutanku terlepas. Aku memandang sekilas wajahnya. Seketika kemudian aku meraup wajahku kasar.

  “Sayang, abang cintakan Indah,” lafazku.

  Bibirnya mengukir senyuman sinis. Dia meleraikan pautanku. Kemudian dia duduk di birai katil. Matanya menekur lantai. Kedengaran esakan kecil. Aku tahu dia menangis.

  Memang benar aku cintakan dia tapi kenapa harus dia tidak percaya? Berkali-kali aku ucapkan cinta tapi dia hanya tersenyum sinis. Seolah-olah dia tidak pernah mempercayai kata-kataku. Apa yang harus aku lakukan untuk dia percaya?

  Kalau aku tidak mencintai dia, aku tidak akan mencarinya. Aku tidak akan menantinya.

  “Dulu, Indah percaya abang cintakan Indah. Bodohnya Indah. Rupanya abang kahwin dengan Indah kerana wajah Indah seiras insan yang abang cintai. Tapi Indah letakkan hati Indah hanya untuk abang. Indah sayangkan abang.

  Masa tak mampu merawat segalanya. Indah terlalu terluka. Sampai hati abang.”

  Air matanya terus mengalir tanpa henti. Aku menggeleng. Lantas aku raihnya ke dalam pelukanku. Aku mengusap kepalanya lembut.

  “Indah, abang cintakan Indah. Dulu, memang abang terima Indah kerana wajah Indah tapi sekarang, di hati abang hanya ada Indah.”

  “Jangan paksa diri abang untuk terima Indah,” bisik Indah di cuping telingaku. Aku terdiam. Kelu tanpa kata.
*****

  Najdat ketawa. Aku menyeringai. Aku tengah ada masalah dia boleh pulak duk gelak. Ingat aku buat drama king ke?

  “Kau ni kenapa? Aku seriuslah!” Suaraku naik beroktaf-oktaf.

   Dia menepuk bahuku. “Kau ni aku gelak pun salah!”

  “Memanglah salah!”

  Restoran yang sesak ini membuatkan aku terpaksa menguatkan suara.

  Indah aku tinggalkan bersama mama, papa dan ayah. Lagipun rajuknya masih belum hilang. Lebih  baik aku biarkan dia sendiri dulu. Aku perlu biarkan dia bertenang. Aku tahu semua ini salahku. Dia cuma seorang manusia biasa yang terluka.

  “Bro, Indah macam mana?” Soal Najdat serius.

  “Macam tulah. Aku cakap, dia diam. Tadi aku dengan dia gaduh. Entahlah,” keluhku. Aku memicit kepalaku yang sedikit berpinar.

  Tanganku menongkat dagu. Saat ini aku terpandang sepasang suami  isteri yang berbual. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka. Alangkah indahnya jika aku dan Indah begitu.

  “Imran, biasalah. Dia baru 18 tahun. Lagipun dia terlalu terluka. Kalau aku jadi dia, dah lama aku minta cerai!”

  Bahu Najdat aku tumbuk kasar. Dia tersengih. Kedua-dua belah tanganna dirapatkan lalu diletakkan di dada sebagai tanda memohon maaf. Aku menjuihkan bibir.

  Ada benarnya kata-kata Najdat. Indah baru 18 tahun. Bukannya 28 tahun. Sepatutnya aku bersabar. Aku bukannya tidak punya akal. Lagipun aku sudah mencecah 30 tahun. Sikit bulan lagi dah 31 tahun. Cepatnya masa berlalu.

  Tetapi masa itu tetap tidak mampu merawat luka di hati Durrah Syahindah.

  “Aku buntu.”

  “Imran, kau kena lakukan sesuatu. Kau kena yakinkan bini kau yang kau cintakan dia. Kau kena yakinkan dia Haifa Syahindah dah tak ada dalam kamus hidup kau dan yang paling penting, kau jangan lepaskan dia lagi melainkan mati.”

  “Hurmm. Yelah. Nanti aku yakinkan dia,” ucapku malas.

  Fikiranku sungguh berserabut. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku memetik jariku. Najdat memandangku hairan. Keningnya bertaut seketika.

  “Najdat, aku lupa nak beritahu kau sesuatu.”

  “Apa dia?” Soalnya acuh tidak acuh. Pasti malas nak melayan kata-kataku.

  “Baru aku tahu kenapa semua penyiasat yang aku upah tak pernah jumpa Indah.”

  Najdat membetulkan kedudukan. Sepertinya dia berminat untuk mendengar ceritaku.

  “Sebenarnya semua penyiasat yang aku upah jumpa Indah. Lepas tu mereka jumpa Indah untuk soal tapi Indah rayu yang dia tak nak aku jumpa dia. Sebab tulah semua cakap tak jumpa Indah bila aku tanya.”

  Sehingga begitu sekali Indah tidak ingin berjumpa denganku dan rupanya selama ini dia duduk di rumah mentuaku. Dia acap kali memerhatikan aku. Dan saat yang paling mencemaskan dalam hidupku adalah saat melihat dia terbaring kaku.

  Sungguh aku terlalu sayangkan dia. Tapi di kala itu lahir anugerah Ilahi iaitu Muhammad  Akhtar Saghir dan Nurul Fakhira Syahindah.

  “Macam mana kau tahu semua ni?”

  “Hurmm. Indah yang beritahu sendiri.”

  Najdat mengangguk. Aku menengadah langit malam yang bertemankan bulan dan bintang. Adakah saatnya untuk aku bahagia?

*****

  Aku pandang mama, papa dan ayah sekilas. Mereka melemparkan senyuman kepadaku. Aku membalas. Sejak dapat cucu, ayah tinggal bersama kami. Mama dan papa pula wajib datang ke sini setiap hari. Baguslah. Bolehlah Indah tersenyum seketika meskipun bukan keranaku.

  “Ma, Indah mana?”

  “Ada di dapur.” Mama menuding jari ke arah dapur. Aku mengangguk.

    Indah aku lihat sedang berdiri di hadapan sinki. Rambutnya diikat. Aku mendekatinya lalu aku rangkul erat pinggangnya dari belakang. Dia melatah.

  Wajahnya berubah.

  “Kenapa buat Indah terkejut?” Aku tahu rajuknya sudah hilang. Kata ayah, Indah seorang wanita yang cepat terpujuk.

  “Hehe. Saja.”

  Sehelai rambutnya yang terjuntai di dahi aku selak ke belakang cuping telinga. Aku bawa tubuhnya menghadap diriku. Dia melarikan pandangan.

  “Ayah cakap dekat abang yang Indah ni jenis cepat hilang marah. Betul ke?” Soalku nakal.

  Dia membisu.

  “Maafkan abang untuk segalanya. Abang cintakan Indah. Jangan dera hati abang lagi. Cukuplah abang terseksa dengan semua ni. Abang takkan lepaskan Indah pergi lagi,” tuturku lembut.

  Dan dia masih membisu.

  “Di hati abang hanya ada insan bersama Durrah Syahindah. Abang tak tahu apa lagi yang harus abang lakukan untuk buat Indah percayakan kata-kata abang. I do love you more than I love myself.”

  “Abang tahu Indah terluka tapi izinkan abang untuk merawat luka tu. Abang sayangkan Indah.” Sambungku lagi dan dia tetap membisu.

  Akhirnya aku membuka langkah. Meninggalkan dia. Mungkin benar tiada aku di hatinya.

  “Abang, Indah sayangkan abang jugak…” Kata-kata itu menerobos gegendang telingaku.

  Aku berpaling. Bibirku mengukir senyuman. Indah mendekatiku. Mataku jatuh ke wajahnya.

  Lantas aku membawanya ke dalam pelukanku. Sungguh aku bahagia saat ini.

  “Ehemm..” Aku meleraikan pelukan. Mama, papa dan ayah sedang berdiri di belakang. Aku menggaru kepalaku.

  “Nak buat romantika de amo pun janganlah buat kat sini. Papa cemburu.”

  Terus kami ketawa.

  Haifa Syahindah, awak ada dalam hati saya tapi itu dulu. Sekarang hati saya hanya untuk Durrah Syahindah. Awak dan Indah saya memang mempunyai wajah yang mirip tapi hakikatnya awak dan dia bukan serupa…

  Telah aku nantikan dirinya dan apabila dia berada di depan mataku, takkan pernah aku lepaskan dia pergi melainkan mati.


Dengan bangganya aku beritahu, BS sudah habis.. Kekeke.. Ini cerpen yow.. Bukan enovel.

Maaflah kalau typo ke tak best ke. Terima kasih kepada yang membaca, mengomen, menglike dan mengshare. Jasa anda tidak mampu saya balas - Salam sayang, Hanna Aleeya

 
 

 
  

cerpen : Bukan Serupa


  

  Aku meraup wajahku. Wanita yang aku temui sebentar tadi benar-benar menggangguku. Wajahnya, senyumannya, renungannya. Semuanya sama! Tiada yang berbeza. Aku benar-benar terpaku. Tapi mustahil dia! Dia sudah tiada.

  “Imran..” Namaku diseru. Aku berpaling. Najdat menyapa bahuku. Bibirku melemparkan senyuman hambar.

  “Kau ada masalah ke?” Ajunya.

  Lantas aku membawa tubuhku ke jendela. Tanganku dimasukkan ke dalam kocek seluar. Tali leher yang aku pakai telah aku rungkaikan. Satu demi satu masalah datang. Ingatanku masih pada gadis tadi. 

  Najdat berada di sisiku. Dia turut membuang pandang ke luar jendela.

  “Aku nampak Syahindah tadi,” keluhku lemah. Najdat menjongketkan kening. Matanya menyorot dalam anak mataku. Meminta penjelasan daripada kata-kataku.

  “Imran, Syahindah dah mati!”

  Lelaki itu bagaikan mengingatkan aku tentang apa yang berlaku. Aku mengangguk.

  “Aku tahu tapi aku jumpa dia tadi.”

   Ya! Memang benar aku jumpa Syahindah. Dia terlanggarku lalu meminta maaf. Terus terbatal niatku untuk memarahinya apabila terlihat wajahnya. Jantungku seolah-olah terhenti seketika. Gadis itu tersenyum kepadaku lalu berlalu pergi.

  Dan aku kelu di situ. Ingin menyeru namanya tapi lidahku kelu.

  Najat tersenyum pahit. Dia memeluk bahuku. Mataku ditutupnya.

  “Imran Saghir, yang kau jumpa tadi bukannya Syahindah. Syahindah dah tiada!” Bisiknya di cuping telingaku.

  “Aku…” Tidak mampu meneruskan kata.

  Siapa yang tidak sedih apabila tunang pergi kerana kemalangan jalan raya. Sepatutnya keesokan harinya aku dan dia berkahwin tapi takdir Allah mendahului segala-galanya. Enam tahun peristiwa itu berlalu. Sudah enam tahun!

  Kalau Syahindah masih ada pasti dia sudah berusia 28 tahun. Aku menengadah siling bilikku. Aku sudah tua. Kalau balik ke rumah mama pasti dibebel.

  “Imran, lupakan masa lalu. Kau kena kuat. Cukuplah kau dibayangi masa lalu. Aku tahu kau faham kata-kata aku. Kau bukan budak kecil lagi. Fikirkanlah kata-kata aku.” Bahuku ditepuk. Aku memandang sepi langkah Najdat.

  Pelupuk mataku sudah bergenang. Hati, kenapa masih rindukan dia?

*****

  Keretaku terhenti. Seorang gadis sudah terjelopok jatuh. Aku bingkas keluar dari perut kereta. Tiada kereta yang lalu-lalang tika ini.

  “Maafkan saya. Saya tak nampak cik melintas tadi.” Ucapku penuh sopan. Aku mengerling jam pada pergelangan tangan kananku. Aku sudah terlewat untuk menghadiri mesyuarat di Berjaya Holding.

  Gadis itu memanggungkan wajah. Aku tertungkap seketika. Dia pantas bangun. Mataku jatuh ke wajahnya.

  “Tak apa. Salah saya juga sebab tak nampak kereta encik,” tuturnya lembut.

   Syahindah! Gadis ini ialah gadis yang aku jumpa minggu lepas.

  Dia kemudian mencapai beg sandangnya yang turut terjatuh bersama dirinya. Saat itu juga aku dapat menangkap tangannya yang terluka.

  “Cik luka!” Aku menarik tangannya tapi saat itu juga dia meleraikan pautanku.

  “Tak apa. Sikit saja.. Saya..” Belum sempat dia meneruskan kata, aku sudah menarik lengannya lalu menyuruhnya masuk ke dalam perut kereta.

  Gadis itu menolak namun wajahku yang sudah bertukar riak membuatkan dia terpaksa menurut. Degilnya sama seperti Syahindah.

  “Eh, encik ni bukan lelaki yang saya langgar minggu lepas ke?” Ajunya. Suaranya naik satu oktaf. Aku hanya tersenyum.

    Sesaat kemudian aku dan dia membisu. Saat kereta berhenti di lampu isyarat, aku mencuri memandang wajahnya. Raut wajahnya tenang. Sepasang mata yang dia miliki membuatkan aku tersedar dia agak berbeza dengan Syahindah. Dia punya mata yang bundar tetapi Syahindah punya mata yang sepet.

  “Syahindah…” Ucapku di luar sedar. Dia memalingkan wajah. Memandangku.

  “Ya, saya.”

  Dahiku berkerut.

  “Nama cik, Syahindah?”

  Dia mengangguk. Aku sepertinya hilang arah. Saat lampu isyarat menunjukkan warna hijau, aku meneruskan pemanduan. Bercadang untuk pergi ke klinik Najdat. Bolehlah dia merawat gadis ini dan dalam masa yang sama bertemu gadis ini.

  Aku ingin Najdat tahu betapa samanya gadis ini dan Syahindah.

*****

  Gadis itu menggaru kepala. Keadaan klinik Najdat sangatlah sesak. Aku mendekati gadis itu tetapi gadis itu menjauh. Aku meraup wajahku kasar. Tali leher sudah aku campak ke dalam kereta. Meeting dengan Berjaya Holding pun telah aku batalkan.

  “Encik, orang ramai sangat. Saya nak baliklah. Luka saya sikit ja,” tuturnya perlahan. Aku mencekakkan pinggang. Rahangku turun naik. Aku cuba mengawal suaraku. Jelas gadis itu ketakutan.

  “Durrah Syahindah.” Gadis itu berdiri. Aku tetap berdiri tegak.

  Lantas dia berjalan ke bilik doktor. Aku mengekorinya. Baru ku tahu namanya bukan Syahindah saja. Durrah Syahindah. Nama yang cukup indah.

  Tombol pintu dipulas perlahan. Aku turut membolosi ambang pintu. Najdat sedang meneguk minuman. Seketika kemudian dia menanggalkan cermin mata dan meletakkan ibu jarinya pada pangkal hidung lalu mengurut pangkal hidungnya.

   Pasti Najdat keletihan. Tu lah. Aku ajak kerja dengan aku tak nak. Gadis di hadapanku berdiri di hadapan Najdat. Mata Najdat membulat.

  “Syahindah..” Najdat bersuara. Kening gadis itu bertaut.

  “Macam mana doktor tahu nama saya?”

  Haha. Baru tahu apa yang aku rasa apabila terlihat gadis ini tapi kenapa kami dipertemukan selepas enam tahu Syahindah pergi? Ah! Ini yang tertulis untukku.

  “Aaa. Kan ada nama awak dalam kad ni,” tutur Najdat. Dia menghela nafas lega. Matanya kemudian jatuh ke wajahku. Bibirnya menggariskan senyuman sinis.

  “Eh, kau pun ada?”

  Aku tahu soalannya lebih kepada memerliku. Aku tersenyum.

  “Doktor kenal encik ni?”

  Najdat mengangguk. Gadis itu kelihatan bingung.

  Kemudian Najdat mempersilakan gadis itu duduk. Aku masih berdiri. Langsung tidak aku pedulikan bebelan Najdat kepada gadis itu. Yang aku pedulikan hanya gadis itu. Syahindah.

*****

  Aku berdiri di balkoni bilikku. Menengadah langit malam yang sepi tanpa bintang. Bulan pun tiada. Kosong! Sekosong hatiku. Aku bukan makin muda. Makin tua adalah. Tahun ini sudah 30 tahun. Sepuluh tahun lagi pasti menjejak umur 40 tahun.

   Pintu bilikku diketuk bertalu-talu. Pasti Najdat. Hanya kami berdua di dalam rumah ini.

  “Masuk!” Laungku kuat. Lantas daun pintu ditolak. Najdat tersengih. Dia mengorak langkah mendekatiku.

  “Sumpah aku terkejut tadi. Ingatkan aku jumpa Syahindah.”

  “Kan aku dah cakap,” ucapku perlahan.

  Najdat kemudian duduk di atas lantai. Pasti tidak larat berdiri. Lelaki ini sebaya denganku. Akan berkahwin beberapa bulan yang akan datang.

  Aku? Jangankan tunang. Calon pun tak ada. Calon yang mama tolong pilihkan semua tak boleh pakai. Muka plastik semua!

  “Tapi umur budak tu tak sama dengan Syahindah.”

  Tak semestinya wajahnya mirip Syahindah umurnya sama dengan Syahindah. Aku pasti gadis itu lebih muda dari Syahindah.

  “Oh. Dia umur berapa?”

  “18.” Kata-kata Najdat memetik gegendang telingaku. Aku memandang Najdat. Dia mengangguk.
   “Muda lagi,” keluhku lemah.

  Najdat bingkas bangun. Dia berdiri di sebelahku. Dia pasti tahu apa yang aku rasa. Betapa peritnya kehilangan orang yang tersayang.

  “Tapi kalau jodoh takkan ke mana. Lupakan Haifa Syahindah. Kejar Durrah Syahindah.”

  Aku menumbuk perlahan bahunya. Kerja gila tu. Budak tu nak mengundi pun tak boleh lagi. 18 tahun. Sedangkan aku sudah 30 tahun.  Tapi kenapa aku masih teringatkan gadis itu?

*****

  Mama dari tadi membebel. Papa hanya berdiam seperti selalu. Aku menggaru kepalaku. Balik rumah mesti kena bebel. Sakit telinga aku. Tiada siapa yang mampu membantuku ketika ini. Adik-adikku sudah pulang ke universiti.

  “Imran Saghir! Kamu bukan makin muda. Kamu makin tua.”

  “Tahu.”

  “Kalau tahu kenapa tak berkahwin lagi? Puas mama kenenkan kamu dengan anak-anak kawan mama tapi semua kamu tolak. Kamu nak cari perempuan macam mana? Macam Syahindah? Imran, Syahindah dah pergi,” bebel mama. Aku memekakkan telinga. Mataku menatap kaca televisyen.

  “Tahu.”

  Mama mencekakkan pinggang. Dia menghalangku daripada terus menatap kaca televisyen.

  “Mama cakap kamu tengok televisyen. Abang, tengok anak abang ni.”

  Papa melipat akhbar yang dibaca. Tangan mama ditariknya. Mama menarik muka masam. Bibirnya dijuihkan. Mama merajuk sekejap sahaja.

  Mama, anakmu ini bukan tidak ingin berkahwin tapi entahlah.

  “Awak ni biarlah. Imran tu bukan budak kecik. Kalau ada jodoh adalah, kalau tak ada nak buat macam mana?” Ya! Aku sokong papa.

  “Abang ni memang! Saya buat demi kebaikan Imran. Imran dah tua, bang. Jangan kerana Syahindah dia tak nak kahwin sampai bila-bila.”

  “Ma, Imran tahu Imran tua. Imran sedar Indah dah tak ada. Imran bukan budak kecik. Bila tiba masanya pasti Imran berkahwin. Mama jangan risau,” pujukku.

  Wajah mendung itu bertukar cerah. See! Sekejap saja mama merajuk.

*****

  Setelah berhempas-pulas aku meminta salah seorang sahabatku mencari alamat gadis bernama Durrah Syahindah, akhirnya aku berjaya. Aku perlu lakukan sesuatu. Alamat yang tercoret pada sekeping kertas aku tatap lama.

  Keretaku  berhenti di hadapan sebuah rumah. Rumah yang sudah uzur. Hatiku diterpa rasa sayu. Pasti ini rumah Durrah Syahindah. Nampaknya dia dan Haifa Syahindah berbeza. Haifa Syahindah dilahirkan dalam serba kemewahan tapi gadis bernama Durrah Syahinda dilahirkan dalam serba kekurangan.

  Aku keluar dari perut kereta. Mengetuk pintu rumah itu bertalu-talu dan melaungkan salam dan akhirnya seorang gadis membuka pintu.

  “Encik!” Jelas sekali dia terperanjat. Aku mengoyak senyuman.

  “Siapa tu?” soal satu suara. Aku mengangkat wajahku.

  Gadis itu membisu. Baru aku tahu gadis ini tinggal bersama ayahnya. Ibunya telah lama meninggalkan dunia ini. Gadis itu bekerja sebagai cashier di sebuah stesen minyak. Ayahnya pula sudah uzur.

  “Pak cik, sebenarnya ada sebab saya datang ke sini.”

  “Sebab apa tu nak?” Aju ayahnya.

  Aku senang dengan lelaki tua ini. Sungguh berbudi bahasa.

  “Saya nak berkahwin dengan anak pak cik,” luahku sopan. Gadis itu mengerutkan dahi. Dia memandangku dengan riak wajah yang tidak percaya.

  “Tapi, kenapa nak kahwin dengan anak pak cik?”

  “Pak cik, saya cintakan anak pak cik. Saya bukan makin muda, saya makin tua. Pak cik izinkan tidak? Memang saya tak sopan datang ke sini terus tanyakan anak pak cik tapi saya tak boleh tunggu lama. Takut disambar orang.”

  Lelaki itu ketawa.

  “Itu terpulang kepada anak pak cik.”

  Gadis itu berlalu pergi. Pasti malu. Aku menghantar langkahnya dengan anak mataku.

  Apa yang aku buat ni? Ah! Aku keliru.

  “Tapi nak ke anak dengan Indah? Kami ni miskin. Tak berharta.”

  Aku mendekati lelaki itu. Tanganku diletakkan ke atas bahunya.

  Tidak pernah aku kisah pasal harta. Aku tahu mama dan papa tidak kisah juga. Kekayaan yang ada bukan milik kami tetapi milik Yang Esa.

  “Saya terima dia seadanya, pak cik.”

*****

   Daun pintu bilikku aku tolak perlahan. Gadis itu duduk di birai katil. Dia melipat pakaian. Rambutnya yang beralun dan panjang dibiarkan lepas bebas. Aku memejamkan mata. Kenapa aku lihat bayangan Syahindah dalam dirinya?

  “Abang..” Gemersik suaranya menerobos gegendang telingaku.

  Aku mengatur langkah mendekatinya. Lalu aku melabuhkan punggung di sisinya. Tanganku mengelus lembut rambutnya. Wajahnya merona merah. Pasti tidak senang dengan kelakuanku. Aku ketawa kecil. Dia memandangku.

  “Indah ni takut sangat dengan abang. Abang tak makan oranglah,” ucap sambil ketawa.

  Indah memandang wajahku. Anak matanya menerobos dalam anak mataku. Bibirnya melemparkan senyuman manis. Aku terpana! Hatiku berdegup kencang. Melihat senyumannya aku jadi tidak tentu arah. Tapi aku lihat Syahindah dalam dirinya.

  “Indah, boleh abang tanya?” Ajuku lembut. Jari-jemariku bermain dengan tangannya.

  Indah mengangguk.

  “Err. Kenapa Indah terima lamaran abang?”

  Berat untuk aku bertanyakan soalan itu tapi aku teruskan jua. Aku perlu tahu kenapa dia terima lamaranku. Jarak umur antara kami bukannya dekat.

  Mataku jatuh ke wajahnya. Wajahnya tenang memandangku. Aku pasti wajah itu jarang disolek. Jelas ketara keaslian di wajahnya. Agak berbeza dengan Syahindah. Di wajah Syahindah pasti tercolet solekan nipis.

  Kenapa harus aku membezakan isteriku dengan Syahindah? Ah!

  “Sebab Indah yakin abang jodoh Indah. Abang, kenapa abang lamar Indah?”

  “Sebab abang cintakan Indah,” turutku sambil tersenyum kelat.

  Detik ini, aku telah menipunya. Aku tidak mencintai dirinya. Aku berkahwin dengannya gara-gara wajahnya yang mirip Syahindah. Sakitkah hatinya kalau mengetahui kenyataan ini?

  Marahkan mama dan papa kalau turut mengetahui soal ini?

  “Abang, terima kasih kerana terima Indah dalam hidup abang. Indah akan cuba jadi isteri yang terbaik,” lafaznya.

 Aku mengangguk. Kepalanya aku usap lembut lalu aku meraihnya ke dalam pelukanku.

  “Maafkan abang kerana tidak mampu mencintai Indah.” Kata-kata itu hanya mampu aku ucap dalam hati.

*****

  Setelah tiga bulan aku dan Indah mendirikan rumah  tangga, dia mengandung. Alangkah bahagianya aku. Namun rasa cinta itu tetap tidak hadir. Aku keliru dan buntu.

  Indah menghampiriku. Tangannya memegang sebji oren dan sebilah pisau. Aku menggeleng. Asyik-asyik oren. Sampaikan aku turut dipaksa untuk makan oren. Aku merangkul erat bahunya. Dia meletokkan kepala di bahuku. Kaca televisyen ditatapnya penuh makna.

  Loceng rumah ditekan bertalu-talu. Indah bingkas bangun untuk mengetahui gerangan siapakah yang hadir tapi aku halang.

  “Eh, mama. Papa pun ada jugak! Masuklah.” Aku membuka pintu pagar.

   Indah meminta izin untuk menyediakan minuman. Aku tegah berkali-kali tapi dia tetap degil. Mahu tidak mahu aku benarkan juga kerana takut dia merajuk. Sudahlah merajuk sehari semalam tak habis lagi.

  Mama menarikku ke halaman rumah. Papa hanya membuntuti langkah kami.

  “Imran, mama nak tanya sikit.”

  “Tanyalah,” ujarku acuh tidak acuh.

 Mama mencekakkan pinggang. Papa hanya berdiam seperti selalu.

  “Kamu kahwin dengan Indah sebab wajah dia mirip Syahindah bukan?”

  Kata-kata itu cukup untuk buat aku terkedu. Macam mana mama boleh tahu? Aku melabuhkan punggung di atas bangku. Wajahku diraup kasar.

  “Awak ni cakaplah perlahan sikit. Nanti kalau Indah dengar, mati kita,” tegur papa lembut.

   Mama mendengus. Dia berdiri di hadapanku. Aku tahu mama sayangkan Indah. Ya. Dia sayangkan Indah melebihi Syahindah. Aku tidak tahu kenapa tapi kata mama dia senang dengan Indah. Indah menantu yang baik.

   Senang dibawa berbual dan berbincang. Setiap minggu pasti mama menelefonku supaya membawa Indah ke rumahnya. Mereka berdua sangat rapat.

  “Imran Saghir! Jangan berdiam. I need to know the truth.”

  “Habis nak Imran cakap apa lagi? Kan mama dah tahu kebenaran.”

  “What? Jadi betullah apa yang Najdat cakap? Imran, kamu ni ada otak ke tak?” Bertubi-tubi soalan ditanyakan kepadaku.

  Najdat rupanya yang memberitahu mama. Tak guna punya Najdat. Dia sudah berjanji untuk tidak memberitahu mama dan papa. Hatiku digasak rasa geram. Tahulah apa yang aku nak buat dengan Najdat bila aku jumpa dia.

  “Ma, boleh tak jangan buat Imran semakin pening? Tahulah Imran nak uruskan macam mana. Hidup kami bahagialah walaupun tak ada sekelumit cinta Imran untuk Indah.”

  “Bahagia? Imran Saghir, kalau Indah tahu memang kamu takkan bahagia. Kamu jangan buat Indah macam patung. Dia ada hati dan perasaan.”

  “Habis mama nak Imran buat apa? Imran hanya cintakan Haifa Syahindah. Bukan Durrah Syahindah!” Suaraku naik satu oktaf.

  Belum sempat mama berkata, Indah keluar dari rumah. Tangannya menatang dulang. Bibirnya mengoyak senyuman manis. Wajah berseri-seri itu aku tatap seketika. Aku lantas mendapatkanya. Mama berdiam diri. Dia melarikan pandangan. Papa menekur lantai. Indah menggariskan senyuman sekali lagi. Indah memang tidak lokek dengan senyuman.

  “Kenapa duduk kat luar rumah? Maaflah lama sangat Indah buat air.”

  Mama mendekati Indah. Diberikan dulang itu kepadaku. Mama merangkul bahu Indah lalu menyuruh Indah duduk. Mata mama mencerlung apabila pandangan kami berlaga. Aku tahu mama tengah marah.

  “Saja duduk kat sini. Sejuk sikit. Indah, nanti nak masuk universiti mana?” soal mama lembut.

  “Universiti mana pun tak apa, mama. Lagipun kan keputusan SPM tak keluar lagi.”

  Mama mengangguk. Mereka asyik berbual. Papa memerhati halaman rumahku. Aku leka melayan perasaan sendiri.

*****

  Aku merengus kasar. Najdat hanya tersengih.

  “Kau ni sengaja kan nak buat mama aku marah?”

  “Imran, aku bukan sengaja. Aku cuma nak mama kau tahu kebenaran. Aku tak larat simpan rahsia. Kesian bini kau,” ucapnya sambil menjulingkan mata.

  “Banyaklah kau kebenaran. Mama aku dah marah aku. Kelmarin dia pergi rumah aku. Sembur aku. Nasib baik Indah tak dengar.”

  Najdat hanya mencemik. Dia mengetuk  meja makan. Ramai sungguh orang hari ini. Mungkin kerana waktu tengah hari. Semuanya memakai pakaian pejabat.Najdat pula cuti. Kliniknya tidak dibuka hari ini. Cuti apa aku pun tidak pasti.

  “Padan muka! Tapi sumpah aku kesian dengan bini kau.”

  Telefonku berdering. Aku menyeluk kocek slack. Jelas terbias nama mama. Aku mengerutkan dahi. Mama jarang nak telefon aku kalau tak ada hal. Tambah-tambah sekarang tengah merajuk. Memang taklah!
  Aku menjawab panggilannya.

  “Assalamualaikum.” Aku memberikan salam.

  “Wa’alaikumsalam. Imran, balik rumah cepat,” tutur mama. Di hujung talian jelas kedengaran esakan mama.

  Najdat memandangku. Dia menjongketkan kening.

  “Rumah Imran or rumah mama?” Soalku blur.

  “Rumah kamulah! Cepat. Mama tunggu.” Terus mama mematikan talian. Aku menggaru kepalaku. Apa yang terjadi sebenarnya?

*****

  Mama sedang menekup mukanya. Papa berdiam diri. Bahu mama dirangkul papa. Aku hairan. Kenapa mama menangis? Aku mendekati mama. Mama memandangku tajam. Matanya mencerlung.

  Lantas tangannya melayangkan penampar di wajahku. Najdat membulatkan mata.

  “Mama, kenapa tampar Imran? Indah mana?” Sejak dari tadi aku tidak melihat Indah.

  Terus mama ketawa. 

  “Kenapa mama tampar kamu? Kamu dah ada jawapan untuk soalan tu. Indah? Entahlah. Mama pun tak tahu dia pergi mana selepas dia tahu kebenaran,” sinis kata-kata mama.

  “Apa yang mama cakap ni?” Aku cuba mengawal suaraku. Mama menggapai telapak tanganku lalu diletakkan sehelai kertas yang terlipat elok.

  Assalamualaikum, abang.

   Terlebih dahulu Indah minta maaf sebab pergi dari sini. Indah tak berniat nak pergi tapi keadaan memaksa Indah untuk pergi. Indah tak marahkan abang meskipun Indah tahu abang tak cintakan Indah. Sebenarnya Indah dengar apa yang abang dan mama cakapkan.

  Abang, jangan paksa diri untuk cintakan Indah. Walau siapapun Syahindah, pasti dia wanita yang cantik dan hebat kerana itu walaupun sudah bertahun-tahun dia pergi dia tetap di hati abang. Abang, rasa cinta itu boleh dipupuk. Tapi sekarang Indah rasa biarlah antara kita cinta itu tidak hadir. Indah tak nak dikatakan perampas.

  Terus-terang Indah katakan Indah sedih apabila mengetahui abang berkahwin dengan Indah kerana wajah Indah yang mirip Syahindah. Tapi ini yang terbaik untuk Indah. Tak kisahlah wajah Indah dan Syahindah sama. Yang pasti kami bukan serupa. Dia lain dan Indah lain.

  Abang jangan cari Indah. Indah akan kembali kepada abang apabila telah tiba waktunya. Indah boleh jaga diri dan kandungan Indah. Abang, Indah sayang abang…
Yang benar,
Durrah Syahindah

  Aku terduduk. Najdat merampas surat itu dari tanganku lalu dibacanya. Mama menangis teresak-esak.

  Rambutku diramas kasar. Tidak aku sangka semua ini berlaku. Kenapa dia pergi?

  “Imran, kamu dah buat Indah terluka! Kamu dah buat dia pergi,” jerit mama.

  Aku membisu.

  “Macam mana mama dan papa boleh datang sini?” soalku cuba mengalih topik.

  “Tadi mama cakap dia tak sedap hati. Dia terus telefon papa. Papa pun nak tak nak balik dari pejabat. Bila kami sampai, kami tengok pintu pagar terbuka dan ada sepucuk surat atas bangku di luar rumah kamu. Mama baca,” terang papa.

  “Imran Saghir, selagi kamu tak jumpa Indah, jangan harap mama maafkan kamu.”

*****

   Berbulan-bulan Indah pergi meninggalkan aku.  Aku memegang dadaku. Hatiku berkecamuk. Bagaikan ditusuk belati tapi aku tahu dia lebih terluka. Puas aku cari tapi hampa. Puas juga aku bertanya kepada ayah mertua aku tapi dia membisu. Jawapannya cukup muda. “Indah pergi tenangkan diri. Nanti dia kenali. Imran jangan risau. Dia tak marahkan Imran. Ayah pun tak marahkan Imran.”

  Memang benar Indah dan Syahindah bukan serupa. Mereka berbeza. Aku memegang kepalaku yang sedikit berpinar. Syarikat aku biarkan orang kanan uruskan. Aku tiada masa untuk menguruskan Saghir Holding.

  Yang aku tahu sekarang hanyalah mencari Indah. Berpuluh-puluh penyiasat aku upah tapi semuanya tidak berjaya menjumpai dia.

  “Indah, kenapa tinggalkan abang?”

    Empangan mataku pecah. Titisan jernih mula menuruni lekuk pipi dan menodai wajahku. Mama marahkan aku. Kata papa, mama asyik menyebut nama Indah siang dan malam.

  Semua ini salahku! Kalaulah aku boleh ulang waktu bukan jalan ini yang akan diri ini pilih.

  “Abang takkan berhenti selagi abang tak jumpa Syahindah!”

  Durrah Syahindah, nama yang indah seindah dirinya. Benarkan aku tidak mencintai dia? Tapi dia sayangkan aku. Aku buntu.

  Ya Allah, kuatkanlah diriku. Tabahkanlah daku dalam menghadapi ujian-Mu. Maafkan hamba-Mu atas kesilapan yang pernah hamba-Mu ini lakukan. Aku serahkan segalanya kepada-Mu. Betapa aku salah kerana mencintai wanita yang bukan milikku.

  Akan aku nanti insan bernama Durrah Syahindah….


Tak setiap cerita berakhir dengan bahagia.. :')

Aaaa.. Actually akan ada sambungan. Insya-Allah. Terima kasih kepada yang membaca, mengomen, mengshare dan menglike. Lap you very the merry much. Tanpa anda, siapalah saya. Heee. Lupa pulop. Maaf ya kalau typo.



cerpen : Detik Cinta Terakhir



  Mataku membulat. Aku tertungkap seketika. Saat ini waktu bagaikan terhenti. Jantung juga begitu. Wajah sudah pucat seolah-olah tiada darah yang mengalir. Angin malam menyapa pipi. Tubuhku sedikit kesejukan.

  Ibu mendekatiku. Tangan milikku diraihnya sebelum mengelus lembut pipiku. Riak wajahnya tenang menyorot anak mataku. Ayah hanya menghela nafas lemah. Kak Long dan Abang Ngah membisu.

  “Ibu, Syaurah tak boleh!” Ucapku sayu. Pelupuk mataku sudah bergenang. Bila-bila masa saja titisan jernih itu akan menodai pipi bersihku.

  “Syaurah, tolonglah. Demi ibu dan ayah.”

  Aku menggeleng. Mustahil untuk aku bersama si dia meskipun rasa cinta itu sudah lama bertamu di hati. Betapa beratnya untuk aku menerima dia. Terlalu berat…

  Ibu membuang pandang ke arah langit malam. Aku tahu ibu sedih dengan kata-kataku. Percayalah tidak terniat langsung di hatiku untuk melukakan hati ibu namun aku tidak mampu bersama Riffat Nizar. Aku bukan pilihannya.

  “Ibu, mustahil untuk Syaurah bersama Riffat. Dia tak cintakan Syaurah.”

  “Sayang, Riffat cintakan Syaurah. Kalau dia tak cintakan Syaurah, dia takkan pinang Syaurah. Percayalah cakap ibu,” tutur ibu lembut.

  “Syaurah, ayah tak paksa Syaurah. Syaurah fikirlah sebaik yang mungkin. Buat solat Istikharah. Ini bukan kahwin paksa kerana takkan sama sekali kami memaksa Syaurah. Kami cuma inginkan yang terbaik  untuk Syaurah. Kami yakin Syaurah akan bahagia dengan Riffat.”

  Ayah cuba berdiplomasi. Aku menunduk. Menekur lantai. Memang ini bukan kahwin paksa. Kerana segalanya terletak di tanganku. Tapi mampukah aku terima Riffat Nizar di saat hatinya bukan untukku? Dan aku terikat dengan masa lalu yang begitu menyakitkan itu.

  Kalaulah semua itu tidak terjadi pasti aku akan menerima Riffat dengan hati yang terbuka. Kalaulah Musyrif masih ada. Ah! Semua ini sudah berlaku dan aku haruslah menerima segalanya. Nurul Syaurah, jangan salahkan Riffat!

  “Adik tak boleh terima Riffat sebab Musyrif ke?” tebak Kak Long. Darahku tersirap.

  “Musyrif dah pergi. Tak ada kaitan dengan Riffat,” lafazku perlahan. Ya! Musyrif sudah tiada. Tak ada guna aku bahas soal itu lagi. Semua itu cuma membuatkan hatiku berdarah.

  “Sayangnya akak tak percaya kata-kata adik. Adik masih dibayangi masa lalu.”

  “Adik tak perlu jawab soalan tu. Akak dah tahu jawapannya.”

  Terus aku memandu langkah meninggalkan beranda rumah. Tiada siapa tahu luka lalu masih mendalam.

*****

  Dari tadi aku asyik membebel. Aku memeluk tubuh. Ngee. Geramnya dengan Musyrif. Kata pukul 9 pagi sampai. Sekarang dah pukul 11 pagi! Sudahlah aku sangat dahaga. Siap dia nanti.

  “Syaurah..” Namaku diseru. Aku berpaling. Wajahku sudah merona merah tanda menahan amarah. Musyrif tersengih sambil menggaru kepala.

  “Maafkan aku. Aku bukan sengaja. Aku terlajak tidur.”

  “Banyaklah kau maaf! Aku tunggu kau bukan dua minit. Dua jam tahu. Nasib baik tak ada mangkuk kat tangan aku. Kalau ada memang melayang mangkuk tu dekat muka kau yang macam jamban tak siap.” Hahaha. Jahatnya aku kata Musyrif jamban tak siap.

  Lelaki itu mencekakkan pinggang. Tanda dia sedang bengang. Aku cuma menjelirkan lidah sambil ketawa kecil.

  “Macamlah kau lawa sangat. Riffat mana?”

  Aku terdiam. Wajahku berubah. Perlahan-lahan aku menghela nafas. Terus aku melabuhkan punggung di atas bangku. Perhentian bas ini semakin sepi. Tiada langsung kenderaan lalu-lalang. Musyrif mendekatiku.

  Dia duduk di atas lantai lalu menyandarkan tubuh pada bangku. Agak jauh dariku. Begnya diletakkan tepi. Aku tahu dia mengerti segalanya.

  “Dia sakitkan hati kau lagi?”

  “Dia.. dia curang. Aku nampak dia peluk awek mana entah kelmarin di mall. Sakit hati aku. Tak sepatutnya aku percayakan kata-kata dia.”

  Ah! Riffat Nizar memang begitu. Kata-katanya memang manis. Bagai menanam tebu di tepi bibir. Lelaki tampan itu hanya menyakitkan hatiku. Beberapa bulan lagi kami akan bertunang tetapi kelakuannya membuatkan aku rasa baik kami berpisah.

  Tiada guna bersama lelaki yang hanya tahu memainkan perasaan wanita.

  “Kau silap orang kut!” Musyrif cuba menyedapkan hatiku.

  “Aku tak silap. Aku kenal Riffat. Memang dia.” Empangan mataku sudah pecah. Apa yang harus aku katakan kepada ibu dan ayah?

  Lelaki yang aku sayangi dan cinta curang! Memang aku tidak pernah ada di hatinya. Kenapa aku begitu bodoh? Mempercayai kata-katanya dengan begitu mudah.

  Musyrif mendekatiku. Teragak-agak untuk menyapa bahuku dan belum sempat tangannya mencecah bahuku, tangannya ditepis kasar. Wajah merah padam Riffat aku pandang. Rahangnya turun naik. Kolar baju Musyrif dicekaknya.

  Tumbukan padu mengenai perut Musyrif dan seketika kemudian Musyrif menumbuk wajah Riffat.

  “Rupanya selama ni Syaurah menggatal dengan jantan ni.”

  Aku menggeleng.

  “Wei, bodoh! Kau tu yang menggatal.” Musyrif membentak.

  “Sudahlah!” Suaraku naik satu oktaf.

  “Syaurah, lelaki ni kena ajar. Dasar jantan tak guna. Kalau tak ajar memang dia curang lagi!” Tempik Musyrif.

  Riffat berang. Dia memukul tubuh Musyrif bertalu-talu.

  “Abang, jangan buat Musyrif,” rayuku.

  “Jangan buat dia? Hei! Jantan ni dah kata aku ni tak guna. Dia patut diajar.”

  Aku menggeleng. Aku mendekati mereka berdua. Cuba untuk meleraikan pergelutan dan malangnya aku terjatuh ke atas jalan raya. Kedengaran lori memberikan hon. Aku berpaling. Musyrif dan Riffat turut berpaling.

  Aku kaku di situ. Musyrif lari ke arahku. Tubuhku ditolaknya. Aku menutup mata. Jantungku berdegup kencang. Untuk beberapa ketika aku menutup mata sehingga kedengaran jeritan orang ramai. Mataku terbuka. Musyrif sedang terbaring di atas jalan raya.  Darah mula mengalir dari rongga badannya. Riffat masih berdiri kaku.

  Dengan perasaan yang berkecamuk, aku mendekati Musyrif. Bibirnya melakar senyuman. Pandanganku sedikit kabur kerana air mataku bergenang.

  “Musyrif, kau tak boleh pergi. Jangan tinggalkan aku,” rintihku pilu.

  “Sy..au..rah. A..kku.. har..us .per..gi. Rif..fat bo..leh ba..ha..giaa.. kann.. kau..” Matanya terus tertutup rapat. Jari-jemariku menutup bibir. Cuba menahan esak. Akhirnya aku terus terduduk dan menangis.

*****

  Aku terjaga dari tidur. Peluk merinik di dahiku meskipun kipas berputar laju. Gebar selimutku dialihkan lalu aku bangun dari pembaringanku. Jam pada dinding bilik aku kerling. Baru 2.30 pagi. Aku memandu langkah ke bilik air. Ada hikmahnya aku terjaga malam. Boleh aku mengerjakan solat Tahajud.

  “Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. Sesungguhnya hanya kepada-Mu aku berserah. Aku tahu setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Semoga sahabatku bahagia di sana. Kau pinjamkan dia kepada kami lalu Kau ambil dia kembali setelah sampai waktunya.

  Aku redha dengan takdir-Mu. Aku tahu takdir-Mu adalah takdir yang terindah dalam hidup ini. Terima kasih Ya Allah untuk segalanya.” Aku menyapu wajahku usai berdoa.

  Selesai menanggalkan telekung, aku mendekati jendela. Membuang pandang ke arah jalan raya yang sepi. Kesejukan mula sampai ke tulang hitam. Kenangan lalu masih membelenggu fikiranku meskipun sudah dua tahun semuanya berlaku.

  Mimpi tadi benar-benar menyesakkan dada. Peristiwa itu bagaikan berlaku semalam. Dan aku masih menyalahkan  Riffat atas kematian sahabat baikku. Sahabat yang aku kenal sejak tadika. Kalau Musyrif masih ada, pasti aku tidak akan selemah ini.

  Pinangan Riffat benar-benar mengejutkan aku. Aku dan dia tidak jadi bertunang. Semuanya kerana kecurangan yang dia lakukan dan kematian Musyrif. Dan kini dia kembali dengan hajat untuk bersamaku. Aku masih cintakan dia tapi aku keliru.

  “Bolehkah aku percaya kata-kata Musyrif? Bolehkan Riffat bahagiakan aku?”

*****

  Ayah dan ibu memandangku. Mungkin menagih jawapan dariku setelah sudah seminggu mereka mengemukakan peminangan Riffat kepadaku. Kak Long dan Abang Ngah sudah pulang ke rumah sendiri.

  “Macam mana?” soal ayah.

  “Syaurah terima peminangan Riffat.”

  Sudah tiga malam berturut-turut aku mengerjakan solat Istikharah dan dia hadir dalam mimpiku. Semoga pilihanku ini tepat.

  “Alhamdullilah! Kena beritahu Riffat. Safi, tolong ambilkan telefon.”

  Aku memandang kosong pinggan yang berisi nasi goreng. Rasanya aku tiada selera untuk menjamah makanan. Ayah dan ibu terlalu gembira rasanya. Ya! Ibu bapa mana yang tidak gembira apabila hajat mereka ditunaikan.

  Ini bukan kahwin paksa kerana aku yang rela. Tapi adakah Riffat merasakan perkahwinan yang tercipta nanti adalah atas dasar paksa?

  Nurul Syaurah, drop the subject!

*****

   Riffat Nizar mendekatiku. Dia melabuhkan punggung di sebelahku. Tanganku dicapainya. Anak matanya memandang dalam anak mataku. Segaris senyuman terlakar di bibirnya. Sehelai rambutku yang terjuntai dikuakkan ke belakang.

  “Terima kasih kerana terima abang.”

  “Tak perlu ucapkan terima kasih. Syaurah terima abang kerana terpaksa,” tipuku.

  Wajah lelaki itu terus berubah. Berdosakah aku? Ah! Aku tidak mampu mempercayai kata-katanya. Bagiku, Riffat adalah punca Musyrif mati. Aku masih menyalahkan dia atas apa yang terjadi meskipun keluarga Musyrif menerima suratan itu dengan hati yang terbuka.

  Mereka tidak berada di tempat aku! Mereka tidak tahu apa yang aku rasa.

  “Syaurah marahkan abang?” Ajunya lembut. Pipiku dielus lembut.

  “Memang! Memang Syaurah marahkan abang. Sebab abang Musyrif mati! Semuanya sebab abang!”

  Lelaki itu terdiam. Semakin lama semakin erat genggamannya. Hujan yang menimpa bumi membuatkan orang di dalam rumah Riffat tidak sedar akan jeritanku yang semakin menggila. Aku terlalu terluka.

  Andai dapat aku undurkan kembali masa lalu, pasti aku akan memilih untuk mati. Menghalang Musyrif daripada menyelamatkan aku.

  “Syaurah harus terima takdir. Musyrif mati kerana masanya sudah tiba.”

   Aku menggeleng. Air mataku laju menuruni lekuk pipi.

  “Kalaupun dia mati kerana takdir, Syaurah tetap bencikan abang. Abang curang!”

  “Sayang, dengar sini. Abang mengaku itu silap abang. Tapi sekarang abang dah berubah. Abang akan mencintai Syaurah hingga nafas abang yang terakhir iaitu ketika detik cinta terakhir.”

  Bibirku melemparkan senyuman sinis. Perlahan-lahan aku merungkaikan genggamannya. Aku bingkas bangun dan berdiri jauh darinya. Lelaki itu turut melangkah bersamaku dan berdiri di belakangku. Langsir yang sedikit terselak menampakkan hujan yang masih tidak henti-henti mencurah.

   Aku memeluk tubuh. Sungguh aku tidak bencikan insan bernama Riffat Nizar tapi aku tiada daya untuk menarik balik kata-kataku. Aku dibayangi masa lalu itu.

  “Jangan berjanji, Riffat Nizar. Takut janji itu dimungkiri.”

  “Janji itu takkan dimungkiri. Abang cintakan Syaurah. Percayalah. Jangan bencikan abang. Hidup abang tidak lama.”

  Aku mengerutkan dahi lalu ketawa. Sumbang saja bunyinya. “Hidup abang tidak lama? Kenapa? Abang nak mati ke?”

  Sekarang, aku derhaka. Nurul Syaurah! Syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami. Ah! Persetankan semua itu.

  “Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati termasuk abang dan Syaurah..” Jawapannya membuatkan aku semakin keliru. Dia meninggalkan aku sendiri. Entah ke mana aku tidak pasti.

*****

  Lenaku terganggu apabila terdengar suara seseorang sedang menyanyi. Kelihatan Riffat sedang membuang pandang ke luar jendela. Riak wajahnya begitu keruh. Sepertinya dia ada masalah besar. Aku pula tidak mengambil tahu halnya.

  “Dah puas perhatikan abang?”

  “Huh?”

  Malunya! Rupanya lelaki itu aku tahu aku perhatikan dia. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Berdiri di sebelah dia.

  “Kalaulah Syaurah boleh undurkan masa.”

  “Kenapa nak undurkan masa?”

  Aku tersenyum lalu menghela nafas panjang.

  Lelaki itu turut tersenyum. Hatiku meruntun pilu melihat wajahnya pucat. Ikutkan hati, ingin aku membelai wajah itu. Menjaga makan dan minumnya namun ego membatas segala-galanya. Nurul Syaurah, Musyrif mati kerana takdir!

  “Syaurah nak undurkan masa supaya Syaurah yang mati waktu itu. Bukannya Musyrif.”

  Tubuhku dibawa menghadapnya. Anak matanya menerobos ke dalam anak mataku. Hatiku rasa tenang.

  “Sayang, dengar cakap abang. Musyrif mati kerana sudah tiba waktunya. Syaurah tak boleh terus begini. Jangan siksa diri sendiri. Kalau Musyrif masih ada, mesti dia tak suka. Abang tahu semua ini berlaku sebab silap abang.”

  “Bukan! Bukan salah abang. Sebenarnya, Syaurah tak bencikan abang. Syaurah cuma..” Kata-kataku terhenti. Aku tidak mampu meneruskan kata. Kening lelaki itu bertaut. Pasti menagih jawapanku.

  Aku lantas memandu langkah ke katil. Lelaki itu meraup wajahnya.

  Maafkan Syaurah, abang. Syaurah cintakan abang tapi belum sampai masanya Syaurah beritahu Syaurah cintakan abang.

*****

  Semakin lama hubunganku dan Riffat semakin teruk. Aku akan membisu di kala dia bertanya. Dia juga jarang berkata-kata kebelakangan ini. Wajahnya pucat dan acap kali dia memicit kepalanya.

  “Abang tak sihat?” soalku lembut.

  Dia menjungkitkan kening. Mungkin hairan dengan perlakuanku yang sungguh pelik ini. Tapi bibirnya tetap melayangkan senyuman manis.

  “Tak, sayang. Abang sihat.”

  Kata-katanya tidak aku percaya. Perlahan-lahan aku memicit kepalanya. Sepertinya dia selesa. Untuk saat ini biarlah aku menjalankan tugasku sebagai seorang isteri. Tiada guna kami bertekak di kala dia kurang sihat.

  “Abang akan rindukan saat ni. Saat di mana isteri abang memicit kepala abang. Kalaulah abang boleh hentikan masa.”

  “Hurmm..” Aku dengan hurmmku saja. Lelaki itu menyembunyikan senyuman.

  “Dan kalaulah abang boleh ganti tempat Musyrif. Biar abang yang pergi tapi Syaurah jangan risau, abang tetap akan menyusul dia,” ucapnya tenang. Aku mengerutkan dahi.

  “Maksud abang?”

  “Maksud abang, abang akan menyusul Musyrif. Kan setiap yang bernyawa akan mati.”

  Aku mengangguk. Ingatkan apa. Aku selesa begini.

  Terus aku teringat kata-kata Musyrif. 

  “Abang, maafkan Syaurah.”

  Tanganku ditariknya. Dia memalingkan tubuh. Menghadapku.

  Bahuku disapanya lalu dia membawa kepalaku ke dadanya. Rasa selamat di sampingnya. Rasa selamat yang tidak pernah hadir selama ini. Sedang aku selesa begini, terasa titisan hangat jatuh di bahuku. Aku mendongakkan wajah.

  Air mata lelaki ini telah tumpah. Hatiku digasak rasa sayu. Betapa berdosanya aku selama ini. Berdosa kerana tidak mempedulikan suami. Kalau ayah dan ibu tahu, pasti mereka sangat kecewa.

  Jariku mengesat air matanya.

  “Jangan menangis demi Syaurah. Syaurah tak suka.”

  “Kenapa tiba-tiba?”

  Aku menjungkitkan kening. Tidak faham kata-katanya.

  “Kenapa tiba-tiba saja minta maaf?”

  “Kerana rasa khilaf itu lahir tiba-tiba. Macam cintalah. Tiba-tiba jatuh cinta.”

  Bibirnya melekap pada dahiku. Rasas sebak bertandang di hati. Bagaikan aku tidak mahu masa ini berlalu pergi.

  “Abang sayangkan Syaurah.”

  Aku membeku. Ingin membalas kata-kata cintanya tapi lidahku kelu.

  “Abang bahagia dan abang rela pergi..” Kata-katanya tidak dapat menerobos gegendang telingaku.

*****

  Jam pada dinding ruang tamu aku kerling. Sudah pukul 8 malam dan Riffat masih belum pulang. Akauntan itu selalunya akan pulang tepat pada masanya dan yang merisaukan aku adalah dia langsung tidak menelefonku. Aku berasa tidak sedap hati.

  Telefon bimbitku tiba-tiba berdering. Lantas aku mengangkat telefon.

  “Assalamualaikum. Ni Syaurah ke?”

  “Wa’alaikumsalam. A’ah. Ni Syaurah. Ini siapa ya?” Ajuku lembut. Nombor yang langsung tidak aku kenali.

  “Ini mama. Datang hospital cepat. Riffat…” Terus panggilan terputus. Aku mencapai tudung, dompet serta kunci kereta Riffat.

  Setibanya aku di wad kecemasan, aku lihat ibu, ayah, mama dan papa. Adik beradik aku dan Riffat turut ada. Aku mengerutkan dahi. Terus aku mendapatkan mereka. Kelihatan mama dan ibu sedang berpelukan. Riffat mana?

  “Syaurah..” Namaku diseru. Aku melemparkan senyuman seperti biasa.

  “Ayah, Riffat mana?”

  Rupanya soalanku itu bagaikan halilintar yang membelah bumi. Mereka membisu
.
  Aku memanjangkan leher. Di mana suamiku? Apa yang terjadi sebenarnya? Kak Long merangkul bahuku. Disuruhnya aku duduk. Aku turutkan saja kata-katanya.

  “Kak Long, mana Riffat?” soalku tidak jemu.

  Mereka tetap membisu. Aku mengetap bibir.

  “Kenapa semua orang tak jawab soalan Syaurah? Riffat mana?” Suaraku naik satu oktaf. Ya! Mana suamiku? Kenapa aku tidak lihat dirinya?

  “Riffat dah tak ada.” Ucap papa perlahan.

  Aku terduduk. Aku menggelengkan kepala beberapa kali. Akhirnya air mataku mengalir sepi menodai pipi.

  “Abang, Syaurah cintakan abang…”

  Aku tahu aku terlambat. Lelaki itu sudah pergi. Tapi aku pasti dia tahu. Tahu aku cintakan dia!

*****

   Sudu disuakan kepadaku. Aku menggeleng. Aku perlukan Riffat di kala ini dan bukannya nasi. Ibu dan mama mengeluh lemah. Wajahku pucat tidak bermaya. Setiap hari aku hanya duduk di dalam bilik.

  “Syaurah, jangan macam ni. Kesian anak dalam kandungan Syaurah. Jangan siksa diri, sayang.” Aku masih kaku.

  Rambutku yang panjang melepasi bahu dibiarkan terurai. Foto Riffat aku tenung lama. Titisan hangat mula tumpah. Sungguh aku rindukan Riffat. Sepatutnya aku sedar segalanya. Kata-katanya ketika kami bersama sudah cukup menggambarkan dia ingin pergi. Tapi kenapa aku masih tidak sedar?

  Ibu dan mama mendekatiku. Air mataku dikesat. Aku ingin Riffat di sampingku.

  “Syaurah, percayalah. Ini yang terbaik untuk kita.”

  “Macam mana Riffat boleh mati?” Soalku tanpa mempedulikan nasihat mama.

  “Riffat hidap brain cancer. Masa dia kahwin dengan Syaurah, dia sudah sampai stage yang keempat. Riffat suruh mama pinangkan Syaurah untuk dia. Dia cakap itu adalah permintaan terakhir dia. Dia nak hidup bahagia dengan Syaurah.

  Mama tahu Riffat kuat. Mama tahu Syaurah pun kuat. Hari tu, kawan Riffat telefon. Dia cakap Riffat pengsan kat tempat kerja. Mama tahu sudah tiba saatnya dia pergi. Mama bersyukur Allah pinjamkan Riffat untuk mama.”

  Bibirnya menggariskan senyuman kelat. Perutku yang memboyot aku usap penuh kasih sayang. Anak ini akan lahir  ke dunia beberapa bulan lagi. Sayangnya Riffat tiada. Dia tidak berpeluang langsung untuk menatap anak ini.

  “Dia cakap, dia akan mencintai Syaurah hingga detik cinta terakhir. Memang benar! Memang dia cintakan Syaurah hingga detik cinta terakhir. Syaurah rindukan dia. Anak ni tak ada ayah,” luahku.

  Ibu menepuk bahuku. Mengalirkan kekuatan untukku.

  Kalau Riffat masih ada pasti dia teruja menunggu kelahiran anak ini. Kenapa harus aku mengeluh? Nurul Syaurah, ini yang terbaik untukmu.

  “Takdir Allah adalah takdir yang begitu indah. Jangan risau. Di sebalik kepedihan ini, ada manisnya. Percayalah cakap ibu.”

  Aku mengangguk. Aku relakan kepergian dia. Semoga dia bahagia di sana.

*****

  Riffat Naufal yang sedang dibuai mimpi aku pandang lama. Bibirku tidak lekang dari tersenyum manis. Sungguh wajah ini persis suamiku. Anak ini baru berusia setahun. Bermakna sudah setahun Riffat pergi meninggalkan kami.

  “Naufal, ummi rindukan babah,” rintihku pilu.

  Pelupuk mataku sudah bergenang. Hari ini adalah hari lahir Riffat Naufal dan suamiku. Apabila diri ini melihat Naufal, aku bagaikan melihat suamiku.

  Umurku pula sudah menginjak 25 tahun. Kalau Riffat masih ada, umurnya pasti 29 tahun. Ah! Relakan saja dia pergi. Itu yang terbaik untuk kami.

  “Semoga ummi tabah menghadapi hidup ini. Ummi takkan pernah lupakan babah. Ummi akan mencintai dia hingga detik cinta terakhir sepertimana babah cintakan ummi hingga detik cinta terakhir.”

  Ya Allah, di sebalik kepahitan itu, Kau berikan kemanisan yang tiada tolak bandingnya. Sesungguhnya hanya kepada-Mu aku berserah. Dan aku bahagia dengan takdir Yang Esa.


Maaflah kalau typo dan tak best ya.. Aku ni bukan pandai menulis pun. Takat menconteng tu reti la. Heeee