Anastasia : Prolog

     Prang!

                Terus aku terkedu. Mak tunduk dan capai serpihan mangkuk yang jatuh tadi. Aku mendekatinya dan cuba membantu tapi mak gawangkan tangan tanda menghalang.

                “Anas, kau cuba ulang balik apa yang kau cakap tadi.”

                Aku hela nafas lemah sebelum kembali membuka mulut. “Anas nak batalkan pertunangan Anas dengan Arif.”

                Mak geleng kepala. Dia masukkan serpihan mangkuk ke dalam plastik hitam dan menyapu saki-baki yang tinggal di atas lantai. Mataku hanya memerhati setiap tingkah laku mak. Agaknya kalau ayah ada di depan mata aku, dah lama dah aku kena jerkah.

                I have tried my best but he is not the one. Arif bukannya tak baik. Baik sangat. Penyabar. Penyayang. Tapi hati aku kosong. Biar aku menyesal sekarang,  jangan menyesal nanti. Aku tak rasa aku untuk dia and vice versa.

                “Arif tahu?” Mak angkat wajah. Pandang aku lama.

                “Tahu. Anas dah cakap dengan dia semalam.”

                “Dia kata apa?” aju mak lagi.

                “Dia nak saman Anas. Saman malu,” balasku selamba.

                “Hah?”

                Hahaha. Ingat dia tak ada kerja ke sampai nak menyaman bagai?

              Aku lepaskan tawa dan mak buntangkan mata. Dia berjalan mendekatiku dan tampar lembut bahuku.

                “Engkau ni selalu buat mak terkejut. Kalau ada sakit jantung, dah lama meninggal,” bebelnya tidak puas hati.

                “Hahaha. Arif kata kalau ni boleh bahagiakan Anas, dia tak kisah.”

                Terbayang muka Arif yang tenang setiap kali menuturkan kata. Aku pasti kalau Dian tahu, mesti dia cakap aku gila. Perempuan manalah sanggup lepaskan lelaki macam Arif. He has everything. Good career, good personality and everything. But we just do not click. Seolah-olah dia enggang and aku hanyalah pipit. Arif yang tidak cepat melatah, matang dan tahan dengan perangai aku. He is one in a million. 

                Lamunanku terhenti apabila aku dengar suara ayah di ruang tamu. Oh my god. I am so dead. Cepatnya dia balik.

                “Anas, bila balik?” tegur ayah mesra.

                “T…t… tadi,” ucapku gugup.

                “Anak abang balik ni bersebab,” perli mak sebelum keluar ke halaman rumah meninggalkan aku dan ayah di dapur.

                Adus… mak ni saja nak kenakan aku.

                “Arif sihat?”

                “Alhamdulillah, sihat.”

                Amboi, ayah! Anak di depan mata tak tanya sihat ke tidak. Arif jugak yang ditanya. Tahu sangat ayah memang berkenan dengan dia untuk dijadikan menantu.

                “Luaran memang sihat, bang. Tapi hati tu tak ada siapa yang tahu,” sampuk mak yang baru masuk dan melabuhkan punggung di atas kerusi plastik.

                Bibir bawah kuketap lembut.

                Ayah kerutkan dahi. Tidak mengerti dengan kata-kata mak.

                “Anas nak batalkan pertunangan Anas dengan Arif,” luah aku perlahan.

                “Apa?” Suara ayah naik seoktaf.

                Aku tersentak. Riak wajah ayah berubah. Jari-jemarinya mengurut pelipis. Dia geleng kepala. “Astarghfirullahalazim. Anastasia. Ni dah kali ke 10 kau batalkan pertunangan. Apa pulak yang tak kena dengan Arif?”

                My heart. I don’t want any of them. 10 lelaki. Ya. Semuanya baik tapi entahlah. Maybe they deserve better.

                “Anas rasa kosong.”

                Ayah hela nafas lemah.

                “Lelaki macam mana yang engkau nak, Anas?” keluh ayah.

                “Anas pun tak tahu.”

                Mungkin. Aku tak ditakdirkan untuk sesiapa.



................................

I havent decided the suitable title for this story so letak nama Anastasia ja lah. hahaha and dah berzaman tak menulis. bertahun so.... feel free to drop ur comment :)