Jawapan Soleh agak menganggu ketenanganku. Khabar baik buatnya adalah khabar buruk buatku. Ah! Ini cita-citanya. Mana mungkin dia harus melepaskan semuanya gara-gara aku yang ego ini. Peristiwa semalam kembali bermain-main di fikiranku.
“Assalamualaikum, Mariam.” Lakaranku terhenti. Aku mendongakkan wajah. Seorang lelaki di hadapanku. Cermin mata di dalam beg sandang ku capai setelah cubaanku mengecilkan mata untuk melihat siapa yang menyapaku gagal. Kedengaran dia ketawa kecil.
Buku conteng hinggap di bahu tegap miliknya. Nak sangat kan kena pukul. Lelaki itu akhirnya tersenyum selepas tawanya reda. Aku kembali duduk di tempatku. Dia mengambil tempat di belakang pokok. Aku meneruskan lakaran. Melukis sesuatu yang aku juga tak pasti apa. Asalkan aku bahagia dan tersenyum girang. Sesekali tangannya gatal mencabut rumput lalu mengacukan pada pipiku. Aku biarkan saja. Malas!
“Mariam, salam tadi aku tadi kau tak jawab pun,” ujarnya.
“Oh! Waalaikumsalam, Soleh. Puas?” soalku tapi aku masih melakar. Wajahnya langsung aku tidak pandang.
“Tak puas pun. Mariam, aku ada khabar baik nak beritahu dekat kau.”
Khabar baik? Hatiku tertanya-tanya. Soleh memang sahabat yang baik dan kadangkala terlalu baik. Sejak kecil kami berkawan dan bagaikan isi dan kuku. Di mana ada aku, di situ ada dia. Dia terluka, aku turut terluka. Dia bahagia, aku lagi bahagia. Kami memang rapat hingga ada yang mengatakan kami ini sepasang kekasih tapi aku tahu batasnya. Dia hanya seorang kawan. Takkan lebih dari itu. Tidak aku nafikan pemuda bernama Fahmi Soleh ini mampu mencairkan hati wanita. Senyumannya, renungannya. Harta keluarganya juga banyak. Terlalu banyak sebenarnya. Statement aku ni bukan bermakna aku ni gila harta.
Semua itu bukan pengukur untuk aku bersahabat dengannya. Meskipun aku ini hanya seorang gadis yang tidak mempunyai apa-apa, harga diriku masih tinggi. Aku ada Sang Pencipta. Aku ada keluarga bahagia. Apa lagi yang aku inginkan?
Senyuman yang terlukis di bibirnya mengembalikan aku ke alam nyata. “Khabar baik apa? Dapat naik ke bulan?"
“Bukanlah! Mariam, aku dapat tawaran belajar ke luar negara.”
“Betul ke? Wah! Congrate. Dapat pergi mana?”
“Jepun. Biasalah. Kejuruteraan.”
Alhamdullilah. Rezeki Soleh untuk menuntut ilmu di Negara Matahari Terbit. Aku mungkin di sini saja. Di bumi Malaysia yang semakin lama semakin maju setanding dengan negara-negara besar yang lain. Dia seorang yang pandai dan bijak berkata-kata. Menjadi pujaan ramai wanita. Dalam ramai-ramai wanita, satu wanita di hatinya. Alia Maisara. Gadis kota yang dibesarkan dengan kemewahan. Kedatangannya ke kampungku menggugat hati pemuda-pemuda termasuk Fahmi Soleh.
Rambutnya yang panjang mengurai, suaranya yang merdu bak buluh perindu memang tidak aku nafikan sangat cantik tapi hatinya bagiku tidak secantik mana. Alia Maisara terlalu angkuh dan bongkak. Orang-orang sepertiku bagaikan mimpi ngeri dalam hidupnya.
Aku mungkin bukan sesiapa.
“Eh, ada lagi berita baik!”
“Apa?”
“Alia pun dapat tawaran sama dengan aku jugak!” Kini nadanya lebih riang. Senyuman tak putus-putus di bibirnya. Aku hanya tersenyum tawar. Hati yang melonjak gembira jatuh tersungkur.
Sepatutnya dari dulu lagi aku menjauhkan diri daripada Soleh. Dari pertama kali aku berjumpa dengannya. Dari detik aku merasakan hati ini untuknya tapi aku degil. Aku akan berada di sampingnya meskipun dia sudah tertambat dengan Alia.
Tapi salahkah aku untuk jatuh cinta? Salahkah aku memujanya dalam diam? Aku juga seorang wanita biasa. Punya sekeping hati.
“Oh ya?” Suaraku bagaikan tenggelam.
“Asal kau macam tak happy ni?” soal Soleh. Aku menggeleng. Tidak mahu menunjukkan kesedihan di hati. Ingat! Kebahagiannya, kebahagiaanku.
“Aku happylah. Kau memang confirm terima tawaran tu ke?” Aku bertanya meskipun sudah tahu jawapannya. Mana mungkin dia melepaskan peluang keemasan ini. Hati,hati. Lupakan lelaki yang bernama Fahmi Soleh.
Dalam kisah dongeng, aku dan Soleh mungkin mampu bersama kerna setiap cerita pastinya berakhir dengan bahagia tapi sekarang, berbeza. Aku hidup di dalam dunia. Realiti dan tak pernah ku tahu penghujung cerita bagaimana. Mungkin saja bahagia dan mungkin saja derita. Terlalu banyak kemungkinan. Setiap kemungkinan itu ada risiko.
Bahagianya aku kalau ini hanya mimpi di siang hari. Biarkan mimpi supaya aku dapat menghapuskan memori ini dari hidupku. Kadang-kadang aku tertanya benarkah aku cinta. Mana tahu ini hanya cinta bohong yakni cinta berlandaskan nafsu sahaja. Aku tak ingin membuang masa bercinta dengan mana-mana lelaki ajnabi kecuali suamiku kelak.
Sungguh tinggi cita-citaku, kata Soleh. Ah! Dia tak mengerti. Dia atak pernah rasa apa yang aku rasa. Dia hanya ketawa dan terus ketawa. “Memanglah confirm. Bahagianya aku. Alia yang cantik manis tu pun ada sekali.”
Asyik puji Alia Maisara lawa. Muak! Baik puji aku lawa. Lagi ada faedah. Muka lawa pun tak guna kalau perangai tak semenggah. Hina sini, hina sana. Buat macam dialah yang paling sempurna dan paling lawa. Tak faham aku. Eh, aku cemburu ke?
“Hurmm. Semoga berjaya.” Aku memaksakan diri untuk tersenyum.
“Lorr. Asal nampak sedih ni? Jangan risaulah. Aku takkan lupakan kau. Kau kan ratu di hatiku. Hehe. Nanti bila balik ke sini, aku pasti jumpa kau. Jumpa kau di bawah pokok ni. Tunggu kepulangan aku. Aku tak pergi lama pun. Janji?”
“Janji..”
Itu kisah beberapa tahun yang lalu. Kisah lama gitu.
Aku menyandarkan tubuhku pada pokok lalu aku memandang ke atas. Sebatang dahan yang sudah reput ku pandang. Mungkin hanya menunggu masa untuk rebah ke bumi. Pasti tak sakit kalau terkena tubuh sendiri. Aku pasti! Bibirku mengukir sebuah senyuman. Pokok ini menanam seribu satu kenangan. Angin sepoi-sepoi bahasa menerpa pipiku. Rasa tenang sekali. Aku memeluk tubuh.
Mata aku terbuka tatkala aku mendengar ada yang memanggilku.
“Akak, mak panggil balik.”
Wajah Saif aku renung. Panggil balik?
“Panggil balik buat apa?”
“Issyy! Jangan banyak tanya,” ujar Saif lalu menarik tanganku. Aku cuba melepaskan pegangannya tapi aku tak mampu. Adik lelakiku ini lebih kuat daripadaku. Malah kalau aku berjalan di sisinya, aku bagaikan adik dan dia bagaikan abang. Malah ada yang menganggap kami ini pasangan kekasih. Aku hanya di paras dadanya dan sekali sahaja dia menolakku, pasti aku akan terjatuh. Aku yang lemah atau dia yang kuat sebenarnya?
SAIF melepaskan tanganku. Dia menjongketkan keningnya. Menyuruh aku memandang halaman rumah dan aku terpana. Ada beberapa biji kereta tersadai dan semuanya kereta mewah. Kini masanya untuk aku mencekakkan pinggang dan menjongketkan kening. Saif hanya menggeleng sebelum pergi meninggalkan aku sendiri.
“Assalamualaikum, Mariam.”
Aku pantas menoleh. Aku kenal suara ini. Hanya dia seorang yang memanggilku Mariam. Fahmi Soleh sedang berdiri di hadapanku kini. Masih seperti dulu. Tidak banyak berubah aku rasa. Dia masih tinggi. Dia masih tegap dan dia masih kacak. Aku menapak ke belakang tatkala ku rasakan dirinya dekat denganku. Soleh memandangku hairan.
Sudah bertahun-tahun aku tidak berjumpa dengannya. Sebabnya cukup mudah. Keluarga Fahmi Soleh sudah berpindah ke bandar semula dan the end of story. Dia tak datang jumpa aku dan aku tak pergi jumpa dia. Aku anggap dia bagaikan kisah lalu tapi sekarang, sungguh mustahil itu menganggap semua itu kisah lalu kerna dia sudah muncul. Malah muncul di hadapanku.
Adakah dia sudah bersama Alia Maisara yang dikatakan cun itu? Setahu aku, Alia juga menaruh hati terhadap Soleh.
“Waalaikumsalam, Soleh,” ucapku perlahan.
“Kenapa kau undur belakang bila aku dekat? Aku bukan nak makan kau pun.”
Aku tersenyum nipis.
“Jaga batas,” jawabku ringkas dan aku terus melangkah pergi. Meninggalkan dia. Aku terus melangkah masuk ke dalam rumah dan itu rupanya satu kesilapan besar kerna ada puluhan mata yang memandangku.
Mak mendekatiku lalu menyuruhku menghulurkan tangan untuk bersama dengan tetamu yang hadir. Mahu tidak mahu ku turutkan jua. Aku kenal siapa yang hadir. Mereka sebenarnya terdiri daripada keluarga Fahmi Soleh. Semua tersenyum-senyum memandangku. Di hatiku ada perasaan yang tidak enak tapi cepat-cepat aku buang.
“Anis sihat?” soal mak Soleh.
“Alhamdullilah, sihat. Mak cik apa khabar?”
“Mak cik lagi sihat dan bertambah sihat bila dapat jumpa Anis,” lafaznya ceria. Aku mengerutkan dahi. Memandang mak dan ayah di sudut ruang tamu rumah. Aku cuba menagih jawapan daripada ayah dengan meliriknya tajam tapi ayah hanya menjongketkan bahu lalu menuding jari ke arah mak.
Mak Soleh menarik tanganku lalu menyuruhku duduk di sebelahnya. Dengan hati yang amat berat, aku melabuhkan punggung. Aku menunduk memandang lantai. Sesekali mak Soleh memegang tanganku. Ah! Aku bagaikan banduan yang menanti dikenakan hukuman.
Aku runsing. Kenapa keluarga Fahmi Soleh datang ke sini?
“Anisa..” Aku mendongak. Memandang ayah Soleh.
“Anisa setuju kan?”
“Setuju apa?”
“La! Setuju kahwin dengan Fahmi. Sampai hati Anis tak beritahu Anis dah lama bercinta dengan Fahmi. Kalau beritahu awal-awal, mesti Anis dah Fahmi dah lama bertunang.” Aku tersedak. Betulkah apa yang aku dengar saat ini? Kahwin dengan Soleh? Aku tidak mengerti.
Aku menggaru tangan. Mak memandangku sayu. Aisehman! Mak ni sengaja nak buat aku cakap setuju. Tapi kenapa semua ini terjadi? Tup-tup hal kahwin boleh muncul. Sangat hairan dan lebih menghairankan apabila keluarga Soleh yang merisik.
Semua memandangku. Menanti jawapanku barangkali. Aku rasa dingin sekali. Titik-titik peluh mula mengalir. Aku memejamkan mata seketika. Ini bukan mimpi. Serba salah aku dibuatnya. Antara setuju atau tidak, satu harus ku pilih. Aku tak boleh malukan mak dan ayah. Aku mengangguk perlahan-lahan dan mataku masih terpejam.
“Alhamdullilah!” Lantang sahaja ayah Fahmi Soleh mengucapkan syukur. Benarkah apa yang aku buat?
CINCIN di jari manisku ku pandang. Tanda aku sudah diikat kata mak Soleh. Aku merenung mak tajam tatkala dia melangkah masuk ke dapur.
“Apa semua ni mak?”
Mak berpaling. Memandangku seketika sebelum mengurut dadanya berulang kali. Mungkin terkejut. Mak mendekatiku lalu duduk di sebelahku. Tanganku dicapainya. Saif dan ayah muncul juga dan duduk di hadapanku. Saif tersenyum sendiri.
Saif seperti mengejek diriku. Aku menahan geram. Tunggu kau, Saif!
“Nisa, mak harap Nisa tak marah kat mak. Mak hanya nak yang terbaik untuk anak mak. Lagipun Nisa dah 25 tahun. Sepatutnya dah beranak-pinak tapi tengoklah. Kahwin pun belum. Mak selalu doakan anak mak dapat jodoh yang baik. Bila mak Fahmi telefon mak dan beritahu Fahmi nak kahwin dengan Nisa, mak terus setuju. Mak tahu Fahmi boleh jadi suami yang baik dan bimbing Nisa ke arah yang lebih baik.
Mak tahu Nisa boleh terima semua ni. Kalau tak, tak mungkinlah Nisa terima pinangan keluarga Fahmi,” ucapnya panjang lebar. Saif hanya menjelir lidah. Ok! Kesabaranku tercabar. Memanglah aku sukakan Soleh tapi bukan ini yang aku inginkan. Pelik sungguh apabila tiba-tiba Soleh masuk meminangku dan ingin kami dinikahkan dalam masa yang terdekat.
Kenapa dia meminangku sedangkan setahu aku hatinya masih untuk Alia Maisara? Lagipun aku tak layak untuknya. Dia seorang jurutera sedangkan aku hanya seorang guru biasa. Lainlah si Alia. Dia juga seorang jurutera. Baru sama cantik dan sama padan.
“Ikut suka mak lah!” Aku berlalu pergi. Saif mengejarku dari belakang.
“Akak!”
“Apa?”
“Kenapa akak macam tak suka si Fahmi tu minang akak? Bukan akak suka dekat dia ke?”
Aku mendengus. Budak ni kalau cakap ikut suka hati. Tak peduli orang ada atau tidak. Matilah aku kalau mak dengar. Mana nak letak muka ni. Aku menampar pipi Saif. Dia mengaduh perlahan. Aku tersenyum puas.
Buat apa suka dekat orang yang langsung tak suka dekat kita. Malas nak menangguk di air keruh. Baik pergi main banjir. “Sekali lagi aku dengar kau cakap macam tu, siap kau!”
Hati, lupakan dia. Hati, cintakan aku dengan seseorang yang mencintaiku kerna Yang Esa. Aku tak ingin bahagia tatkala ada insan yang menanggung derita. Aku tak begitu kejam.
KETUKAN demi ketukan menganggu pengajaranku. Seorang pelajar mendekatiku. Buku yang aku pegang ku letakkan di atas meja guru. Menanti pelajar itu menghampiriku.
“Cikgu, ada orang nak jumpa,” tutur pelajar itu perlahan.
“Siapa?”
“Entah. Dia cakap dia kawan cikgu dan dia tengah tunggu cikgu bawah pokok kelapa tepi kolam ikan.” Aku mengangguk lalu membenarkan pelajar itu pergi. Siapakah yang ingin berjumpa denganku? Mustahil Soleh.
“Tolong siapkan latihan tadi. Cikgu ada hal sikit. Sekejap lagi cikgu datang balik.”
Aku melangkah keluar dari kelas. Ingin berjumpa dengan insan yang ingin berjumpa denganku. Seorang wanita rupanya. Dari belakang tubuhnya, ku lihat insan itu memakai dress paras lutut berwarna krim. Perempuan ni tak tahu ke ni kawasan sekolah? Sudahlah semua pelajarnya beragama Islam.
Semakin lama aku semakin menghampiri wanita itu. Dia masih berdiri tegak dan aku rasakan dia seperti sedang termenung. Sepertinya aku pernah melihat susuk tubuh ini. Aku cuba mengingat kembali tapi aku tak mampu.
“Eheemm. Assalamualaikum,” sapaku. Wanita itu menoleh. Cermin mata hitam yang dipakainya ditanggalkan. Di bibirnya terukir sebuah senyuman yang seperti dipaksakan untuk tersenyum.
“Ni Anisa kan?” soalnya tanpa menjawab soalanku. Aku kenal suara ini! Ini suara Alia Maisara, kekasih hati Fahmi Soleh. Ku lihat wajahnya. Masih seperti dulu tetapi rambutnya berubah. Dulu hitam sekarang perang. Entah apa yang dibuatnya hingga warna rambut bertukar.
Nak kata disebabkan perubahan cuaca, tak mungkin.
Alia memegang tanganku lalu membawaku ke bangku. Kami sama-sama duduk. Matanya yang dihiasi dengan alat solek tiba-tiba menumpahkan titisan-titisan kecil. Air mata! Aku mengerutkan dahi. Hairan. Drama apa pula yang dia buat sekarang ini? Jumpa aku terus nangis. Memangnya aku ni cantik sangat ke?
Serba-salah aku dibuatnya apabila Alia masih menangis. Tisu di dalam poket baju kurung ku hulurkan kepadanya. Teragak-agak dia menyambutnya. Kalau tak sambut, aku lempang masuk Sungai Amazon! Mujurlah tiada yang lalu-lalang. Malu aku jika ada yang perasan. Nanti heboh satu sekolah Cikgu Anisa buli perempuan lawa plus seksi.
“Anisa, awak tahu kan saya sayangkan Fahmi? Dan awak tahukan saya sepatutnya berkahwin dengan dia?”
“Err.. Saya cuma tahu Soleh sukakan awak. Yang lain saya tak tahu. Sumpah!” Aku mengangkat tangan kananku. Macam berikrar gitu.
“Hurmm. Saya dan Fahmi bercinta masa kami mula-mula sampai dekat Jepun. Kami memang loving habis dan dia sangat memahami saya. Kami memang plan nak kahwin. Dia dah beritahu dekat family dia yang dia nak kahwin tapi dia rahsiakan siapa calon isteri dia. Saya memang teruja tapi dalam masa yang sama, saya curang. Saya lalai dan tidak gunakan cinta yang dia bagi dekat saya. Dia marahkan saya dan cakap dia akan kahwin dengan perempuan lain. Saya tak terkejut bila dapat tahu awak perempuan tu. Fahmi selalu cerita tentang awak dekat saya dan kadang-kadang saya jealous.
Sekarang, saya rayu dekat awak. Tolong saya, Anisa! Saya tak boleh hidup tanpa Fahmi. Dia segalanya bagi saya. Awak mesti boleh tolong saya.”
Hatiku sangat pedih. Barulah aku tahu kenapa Soleh masuk meminangku. Ya! Pasti keluarganya ingat aku dan Soleh sudah lama menyemai cinta. Aku hanya mangsa keadaan. Aku bukan cintanya.
Cikgu Anisa Mariam terhegeh-hegeh. Menagih cinta lelaki yang langsung tidak mencintainya. Ah! Bodohnya Anisa Mariam saat ini.
“Awak nak saya buat apa?”
Alia mengesat air matanya. Matanya bersinar-sinar. Dia seperti gembira dan aku ingin mengalirkan air mata.
“Batalkan perkahwinan awak dan Fahmi.” Jawapan yang cukup ringkas tapi sudah lebih dari mampu untuk menyakitkan hatiku. Aku serba-salah. Tersepit sebenarnya. Mana satu yang harus aku pilih? Bahagia tatkala orang derita atau derita tatkala orang lain bahagia? Baik! Aku pilih B.
Seperti yang aku cakap, aku bukannya kejam. Mana mungkin aku akan menghalang cinta orang lain. Perlahan-lahan aku mengangguk. Alia menarikku ke dalam pelukannya. Hati, kau memang bodoh!
Ok! Alia Maisara taklah bongkak dan angkuh seperti yang aku sangkakan. Aku tarik balik kenyataan aku beberapa tahun yang lalu.
“Akak dah gila ke?”
Saif seolah-olah tidak berpuas hati dengan kenyataan yang keluar dari bibirku. Wajahnya merona merah dan aku tahu dia sedang menahan amarah. Matanya terjegil. Macam Saif tu abang aku la pulak!
Bahu Saif ku rangkul erat. Aku memang perlukan pertolongannya. Hanya dia yang mampu membantuku untuk lari dari majlis akad nikah. Memang berat tapi aku sudah berjanji dengan Alia Maisara dan aku bukannya seorang yang suka mungkir janji.
Baju akad nikah berwarna putih yang tersangkut pada dinding bilik ku pandang sayu. Cantik! Tapi baju itu tak akan dipakai olehku. Bebelan Saif tidak ku endahkan. Kalau dia cakap kuat memang nak kena. Gila ke apa! Sudahlah ramai orang di luar dan di dalam rumah. Semuanya sibuk bergotong-royong. Ya! Kerna esok akan berlakunya kenduri dan majlis akad nikah tapi ini semua akan aku pastikan tidak akan terjadi.
Lantaklah orang nak kata apa pun. Aku tak peduli. Anggap saja cinta aku untuk Fahmi Soleh sudah hilang meskipun masih ada dan masih tinggi nilainya. “Saif, ini yang terbaik. Kau tahu kan macam mana sakitnya hati bila orang yang kita sayang tak pernah sayangkan kita?”
Dalam diam, Saif mengangguk. Ceh! Jiwa dia memang mudah dibeli.
“Jadi, esok kau kena tolong akak. Malunya biar akak yang tanggung. Kau tak perlu fikir apa-apa. Mak marah ke, ayah marah ke, semua tu akan jadi salah akak. Kalau akak kena halau rumah pun, akak tetap akan sayangkan kau.”
“Jiwang ler pulak! Ok! Ni kali terakhir Saif tolong akak. Lepas ni, takkan dah.”
“Sayang kau, Saif!”
“Eh, esok akak nak lari pergi mana?”
“Tempat biasa!” ujarku lalu mengenyit mata. Saif hanya menggeleng.
Akak, mampuslah kita! Mak dah mengamuk ni. Dia cakap kalau akak tak balik, dia takkan mengaku akak anak dia. Baliklah kak… -Saif
Mesej yang aku terima dari Saif langsung tidak ku hiraukan. Maafkan Nisa, mak! Ini keputusan Nisa. Aku memejamkan mata. Sesekali terdengar burung berkicauan. Pokok inilah yang menjadi tempat lepakku dan Soleh sejak kecil tapi apabila Soleh sudah terhapus dari ingatanku, hanya aku menjadi penyinggah tetap.
Saif tahu kalau aku merajuk di mana aku berada. Hanya dia dan Soleh tahu tempat ini. Kalau Saif buku dan sebatang pensel aku capai. Tanganku mula liar menconteng. Memang hobiku suka menconteng.
“Assalamualaikum, Mariam.” Kaget! Lakaranku terhenti.
Lelaki itu mendekatiku. Lengkap memakai baju melayu dan bersamping. Warna putih. Nice! Tapi kedatangannya ke sini membuatkan aku resah. Aku mula mengemas barang-barangku dan mula mengorak langkah untuk pergi.
“Mariam, awak still tak jawab salam saya. Berdosa!”
Langkah terhenti.
“Waalaikumsalam, Soleh. Ada apa awak datang jumpa saya?”
“Ada apa awak tanya? Awak, hari ni kan awak sepatutnya kahwin dengan saya. Bukan berehat bawah pokok.”
Sinis saja suaranya. Perli aku la tu. “Awak silap orang kut. Sepatutnya yang kahwin dengan awak tu bukan saya tetapi kekasih hati awak, Alia Maisara.” Aku membidas kembali. Biar dia pula terasa.
Ni mesti Saif dan pecahkan plan aku. Tak guna punya budak. Nanti kau!
Tanpa disangka beg sandangku terjatuh. Aku menunduk ingin mengambil tapi Soleh lebih cepat daripadaku. Beg itu dipegang kemas. Bibirnya mengukir sebuah senyuman. Beg itu dibuka lalu diambil buku contengku. Aku tak mampu melarang. Helaian demi helaian dia selak.
“Tak sangka awak masih suka menconteng.” Dari aku-kau bertukar menjadi awak-saya. Janggal tapi aku harus mengikut rentak permainan.
“Mariam, jom balik. Semua orang dah cari awak,” pujuknya.
“Encik Fahmi Soleh, saya tak nak berkahwin dengan awak. So, tinggalkan saya sendiri di sini.”
“Bila masa saya nak kahwin dengan awak? Saya cuma nak bernikah dengan awak,” tuturnya selamba. Mangkuk punya manusia. Nikah dengan kahwin tu sama la. Perkataan sahaja yang berlainan.
Masa tetap berlalu dan aku masih kaku berdiri. Soleh bersandar pada tiang pokok. Tidak dia endahkan jika baju Melayunya kotor. Sudahlah berwarna putih. Dia memejamkan mata. Aku ingin meninggalkan tempat ini tapi dia sudah menghalang jalan keluar. Hanya ada satu jalan keluar dan jalan keluar itu sudah tertutup.
Mahu tidak mahu aku terpaksa berdiri di sini bak tunggul kayu. Bezanya aku tunggul kayu yang cantik lagi menarik.
“Soleh, nanti baju Melayu awak kotor. Janganlah bersandar.”
Dia membuka mata. Senyum.
“Ingatkan awak tak risau. Sayang jugak awak dengan saya. Mariam, dulu saya pernah berjanji kan nak jumpa awak di bawah pokok ni bila saya balik Malaysia tapi saya mungkir janji. Mariam, saya tahu awak sayangkan saya. Saya pun sayangkan awak tapi saya tak nak mengaku. Saya malu tapi mahu! Saif cakap, awak selalu datang sini. Tunggu saya dan awak tak pernah jemu. Satu penantian tu tak pernah rugi kerna akan ada hasilnya. Satu penantian tu lebih berharga daripada satu kapal yang dipenuhi emas.”
Serentak itu, Soleh menghulurkan sepucuk surat.
“Bacalah surat ni. Lepas tu awak buat keputusan. Nak ikut saya balik atau tunggu di sini.”
Assalamualaikum, Anisa Mariam.
Nisa, terima kasih kerna banyak berkorban untuk saya. Saya tahu awak sayangkan Fahmi lebih banyak daripada saya sayangkan dia. Sebenarnya saya hanya sayang dia sebagai seorang sahabat. Awak cinta pertama dia dan saya pasti awak cinta terakhir dia. Apa yang saya cakap hari tu hanya satu pembohongan. Saya dan dia tak pernah bercinta. Dia cakap dia cintakan saya semata-mata untuk mengaburi rasa sayang dia terhadap awak. Awak memang wanita baik. Sanggup tinggalkan akad nikah demi saya tapi saya tak kejam. Dia milik awak. Awak tak perlu terlalu berkorban demi kebahagiaan orang lain. Saya hanya nak menguji awak. Saya hanya inginkan kepastian adakah awak ini sanggup berkorban demia orang lain dan awak buktikan awak sanggup.
Anisa Mariam, hargailah cinta Fahmi Soleh. Take it or leave it. Jaga Fahmi baik-baik. Saya tahu awak takkan hampakan saya dan saya sangat berharap awak yang jadi isteri Fahmi. Doakan saya bahagia di bumi Scotland ini. Pssst! Kalau Saif tak beritahu dekat saya dan Fahmi awak suka Fahmi, mesti sampai sekarang Fahmi anggap cinta dia bertepuk sebelah tangan. J
Salam sayang,
Alia Maisara
Hatiku mula berbunga. Cit poodah! Permainkan aku rupanya. Saif pun nak kena tapi tak apalah.
“Soleh, tunggu saya!!!’” jeritku lalu mengejarnya yang sudah mula bergerak pergi meninggalkanku.
“Mariam, saya selalu tunggu awak!!!”
Satu penantian tu tak pernah rugi kerna akan ada hasilnya.
Assalamualaikum.. Sejak akhir-akhir ni aku memang sibuk bercinta dengan KERTAS EXAM. Maaf kalau ada kekurangan dan kesilapan ejaan. Dan maaf beribu kali kalau tak best. Aku hanya seorang budak kecik yang suka menulis dan sometimes, tergesa-gesa buat ending. Memang pelik sikit bila aku ambil nama yang agak orang zaman sekarang tak ramai pakai macam Mariam dan Soleh contohnya tapi aku suka nama peten tu. Comel sangat macam aku lettuw.. :p