CERPEN : LANGIT ITU BIRU (FULL)
Pandanganku menikam anak matanya. Peluh mula berjejeran di
dahinya. Aku mengoyak senyuman sinis di kala aku mengunyah chewing gum. Hujung kasut
sekolah milikku menguis tanah. Tanganku diletakkan di pinggang. Tubuh perempuan
itu menggigil ketakutan. Kelopak matanya bergenang tanda dia mahu nangis.
“Lu bikin guwa sakit
hati!” ujarku perlahan namun tajam.
Heh. Aku tengok pun
nak nangis dah. Tu lah. Yang gedik cari pasal dengan aku kenapa? Memang panas
hati sungguh bila tengok beg kesayangan aku dilempar ke dalam kolam ikan.
Buku-buku sekolah aku habis berterabur di atas air.
“Ma… maaf,” tuturnya gagap.
“Maaf? Lu cakap
maaf? Wei, mangkuk! Lu dengar sini. Maaf lu yang tak bernilai tu tak boleh bagi
buku-buku sekolah guwa balik. Maaf lu tu tak boleh hilangkan bau air kolam
dekat beg sekolah guwa. Faham?” Suaraku naik seoktaf.
Wajahku merah
menahan marah.
Ikutkan hati, memang
budak ni nak makan penampar aku tapi aku masih waras. Tak mahu masuk dislipin.
Tak mahu ada lima cap dekat pipi dia. Aku memang tak fahamlah dengan budak ni.
Aku tak cari pasal pun dengan dia. Yang dia cari masalah aku tu kenapa? Prinsip
aku senang. Orang tak kacau aku dan aku takkan kacau orang tapi budak ni…
“Sa… saya minta
maaf.”
Aku merengus kasar.
“Lu pehal duk minta maaf? Ganti baliklah semua benda guwa! Kata anak YB.”
Dia ingat aku ni
anak menteri ke apa nak beli beg baru dengan buku-buku baru? Kalau ibu tahu,
mesti dia mengamuk punya. Tak pasal-pasal rotan hingga di tangan aku. Ibu bukan
jenis manusia yang suka bertoleransi. Asal aku buat silap sikit, mesti kena
punya tak kiralah kesilapan tu diri aku yang buat atau orang lain buat.
“Takkan beg buruk
macam tu nak kena ganti balik!” tuturnya angkuh.
Darahku berderau.
Tubuhku menggigil kerana terlalu marah. Aku paut hujung tudungnya. Tubuhnya
terdorong ke depan sehingga mendekati tubuhku. Anak mataku kembali mencari anak
matanya.
Dia kena tahu betapa
marahnya aku.
“Lu kalau nak cari
pasal, cari dengan orang lain. Bukan dengan guwa, budak.”
Budak, budak. You
have some guts to make me angry. You really piss me off, girl. Really.
Dia telan air liur.
Sebelah lagi
tanganku hampir menyentuh pipinya yang mulus namun…
“Airina! Jumpa saya
di bilik guru.”
Pautan dilepaskan.
Mataku dipakukan pada wajah Cikgu Dzulkarnain yang sedang berdiri di hujung
balkoni tingkap 2 blok B. Pandangannya yang tajam berlaga dengan pandanganku.
Air liur yang melepasi kerongkong terasa pahit tiba-tiba.
Bibir aku gigit
lembut. Sudah. Aku memang sengaja cari bala. Ma… ti aku.
*****
Jemariku menguis
tali beg laptop Cikgu Dzulkarnain. Aku menunduk. Menekur lantai bilik guru.
Menadah telinga mendengar bebelan cikgu disiplin itu. Kakiku telah lenguh
kerana aku sudah berdiri untuk tempoh masa yang lama. Airina sini, Airina sana.
Memang panjang benar bebelannya. Sudahlah cakap laju gila kentang.
“Airina buat salah
apa kali ni?” tanya satu suara.
Wajah diangkat.
Terbias muka Cikgu Idris di kornea mataku. Dia baru saja melabuhkan punggung di
hadapan Cikgu Dzulkarnain.
“Kali ni dia hampir
pukul budak kelas 4 Intelek.”
“Yang mana?” soal
Cikgu Idris bersama kerutan di dahi.
“Alah. Yang berlagak
tu, cikgu. Yang duk bangga semedang sebab dia anak YB,” ujarku menyampuk.
Cikgu Dzulkarnain
membulatkan matanya. Aku kembali menunduk. Tangan diletakkan di belakang tubuh.
Cikgu Idris melepaskan tawa.
Airina : Pelajar
yang memang selalu bertandang ke meja Cikgu Dzulkarnain untuk mendengar
bebelannya.
Seminggu ada kut dua
tiga kali aku kena datang sini sebab cari masalah kononnya walhal semua yang
terjadi bukan salah aku. Aku bukannya sengaja nak pukul anak orang. Hamba-hamba
Allah di sekolah ni yang suka cari pasal dengan aku. Kalau aku jalan, letak
kaki di depan aku supaya aku tersadung. Kalau aku nak duduk, kerusi aku kena tarik
sampai aku terjatuh. Aku tak faham betul dengan mentaliti budak-budak sekolah
ni.
Cikgu disiplin itu
hela nafas lemah. “Airina, Airina. Kamu ni troublemaker terhebat sekolah.
Setiap minggu wajib datang ke meja saya. Saya tak tahulah kamu nak jadi apa
bila besar nanti.”
Aku kematian kata.
Tangan mula merayap di atas kepala menggaru kepala yang tidak gatal.
“Err… langit itu
biru, cikgu.”
“Banyaklah langit
itu biru. Asal tak tahu nak cakap apa, mesti cakap langit itu biru. Dah sakit
dah telinga saya dengar kamu cakap
langit itu biru. Tak ada ayat lain ke nak cakap?”
Senyuman dikoyak dan
aku geleng. “Tak ada, cikgu. Saya cuma tahu cakap langit itu biru.”
Langit itu biru.
Noktah.
*****
Aku terpempan. Sky
sudah terbaring di atas jalan tar. Tubuhnya dipenuhi darah. Tubuhku
menggeletar. Nafas dihela lemah. Tekakku terasa sakit. Air mata sudah bertakung
di kelopak mata. Langkahku mati dan aku tidak dapat bergerak seolah-olah kakiku
sudah digam.
“I’m sorry,” ujar
satu suara.
Wajahku diangkat. Setitis
air mataku jatuh terkena telapak tanganku. Seorang lelaki yang lengkap
berpakaian sukan berdiri di hadapanku. Anak matanya menikam anak mataku. Mata
yang berkaca itu redup memandangku. Rasa geram sudah mula mengalir ke dalam
lemah rasaku. Bibirku diketap. Aku kepal penumbukku yang agak kecil.
Air, sabar.
“Sorry?” tanyaku
sinis.
Dia angguk. “Saya
minta maaf. Saya tak sempat nak brek. Kucing awak tu tiba-tiba aje ada kat
tengah jalan.”
Nak cakap salah
kucing aku ke ni? Eiii… bagus punya manusia. Dia yang bawa laju mengalahkan
pelesit. Tak tahu ke tak boleh bawa-bawa laju di kawasan perumahan? Mamat ni
memang tak ada kesedaran sivik langsung. Mesti masa sekolah dulu subjek Sivik
dan Kewarganegaraan dapat B memanjang.
“Salah kucing
sayalah ni?” tanyaku rendah.
Dia angguk lagi. Aku
tersentak.
Mengaku pulak tu?
Ngee…
“Maksudnya kucing
saya mati sebab salah dia sendiri?”
“Kinda…”
“Ooo... ngek kan
kucing saya?”
“Agaklah.”
What?
Terus aku pijak kaki
dia. Lelaki itu menyeringai kesakitan. Dahinya berkerut. Aku pamer senyum
sinis. Kalau aku tahu tadi, memang aku pinjam high heels jiran sebelah. Biar
kaki dia lagi sakit. Nasib baiklah aku cuma pakai selipar biasa.
Tubuhku terus
ditolak sehingga aku terdorong ke belakang. Dia menyinga. Tengok aku macam nak
telan. Desahan nafasnya semakin kuat.
“Lu pehal
tolak-tolak guwa, brother?” tengkingku.
Lelaki itu terus
mendongakkan wajahnya. Keningnya bertaut rapat. Tidak sangka aku menjadi kasar
tiba-tiba.
Heh. Mamat ni tak
kenal lagi diri aku yang sebenarnya. Sorry. Guwa memang tak lembut.
“Dah lu pijak kaki
guwa. Tu yang guwa tolak lu, sister.”
Aku merengus kasar.
“Siapa suruh lu langgar kucing guwa? Brother, lu dengar sini. Kucing guwa mati
sebab lu. Lu pehal bawak laju-laju dekat sini? Sini kawasan perumahan. Bukannya
Litar Sepang. Kalau lu tak reti pasal semua ni, jangan bawa kereta lagi. Guwa
takut nanti ramai yang mati sebab lu. Faham, brother?”
Dan dia buat muka
toya. Matanya dijulingkan.
Sah apa yang aku
cakap tadi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mamat ni memang suka
agaknya buat aku sakit hati.
Mataku kembali jatuh
pada tubuh Sky. Aku terasa sebak. Kalaulah aku tak usik Sky tadi, mesti dia tak
terkejut dan terus lari ke arah jalan tar. Kenapa harus ada perkataan kalau?
Huu… sedihnya aku. Tak ada dah kucing yang aku nak usik 24 jam.
“Tak sangka ya
tomboy macam lu boleh sedih sebab kucing mati,” komennya tiba-tiba.
Darahku berderau.
Mukaku terasa berbahang.
Dia panggil aku
tomboy?
Kakiku terus
menendang betis kanannya sebelum aku berlalu pergi.
“Sister, lu buat
guwa sakit hati!” laungnya.
Aku senyum. Ada aku
kisah, brother?
*****
Tubuh dihempaskan ke
atas katil. Airin yang sedang khusyuk menyikat rambutnya memandangku sebelum
kembali memandang cermin. Aku mencebik bibir. Minah ni tak sah kalau tak tengok
cermin setiap hari. Sah cermin tu berpuaka sampai wajib tengok setiap hari.
Kalau tak tengok, sah tak boleh hidup punya minah ni.
Tudung aku campakkan
ke atas bangku yang diletakkan di sisi katil. Kakiku terjuntai ke lantai. Rasa
geram masih berbekas di hatiku.
Mamat tak guna tu
panggil aku tomboy. Ngee… geramnya aku.
“Kak, kau pergi mana
tadi?” tanya Airin perlahan.
“Tak pergi mana
pun,” balasku acuh tak acuh.
Hari minggu hari
untuk berehat. Bukannya merewang tak tentu pasal.
“Tapi kenapa Airin ternampak
akak bergaduh dengan hamba Allah entah kat atas jalan.”
Aku juih bibir.
Budak ni memang pantas kalau masuk bab aku bergaduh dengan orang. Nak report
dekat abah lettuw. Sukalah dia kalau boleh tengok abah marah aku dan berleter
macam ada 36 jam sehari. Kalau dulu tugas Cikgu Dzulkarnain untuk membebel,
kini abah pula membebel dan bebelan abah lebih dahsyat berbanding bebelan cikgu
disiplin itu. Baguslah. Boleh geng. Dua-dua cikgu. Sekarang ni pun dua-dua dah
bersara.
“Rin, kau rasa abah
nampak tak akak gaduh tadi?” ajuku menginginkan kepastian.
Gadis itu menolehkan
badannya. Hujung sikat menyentuh dagunya dan dia menggelengkan kepala. Tubuhnya
disandarkan pada almari yang tertutup rapat. Sehelai rambutnya yang ikal mayang
menyentuh mata kanannya namun dibiarkan begitu saja. Aku memandang dia dengan
ekor mataku.
Kami adik-beradik
tapi tak sama perangai. Dia manja mengalahkan budak umur 7 tahun dan aku keras
kepala. Suka buat benda ikut kepala sendiri sampai buat abah dengan mak pening
kepala nak uruskan aku. Aku ada cara aku tersendiri dan tidak suka mengikut
cara orang lain. Ini hidup aku dan aku yang akan tentukan hidup aku. Orang lain
tak boleh masuk campur walau siapa pun dia. Dan yang paling penting ialah…
jangan cari pasal dengan aku!
Sepanjang 26 tahun
aku hidup, banyak orang dah makan penampar aku sebab jadi penyibuk dan banyak
orang dah maki aku cakap aku ni kasar, degil, tak lawa dan tak kan ada lelaki
yang mahukan aku sampai aku mati. Ada aku kisah? Jodoh aku telah ditentukan.
Aku hanya mampu berdoa si jodoh itu baik orangnya dan mampu terima aku
seadanya.
Nurul Airina memang
kasar tapi bukan dengan semua orang.
“Akak lupa ke yang
abah pagi-pagi lagi dah pergi rumah tok imam? Kan tok imam nak buat kenduri nak
pergi Mekah malam ni.”
Aku tepuk dahi.
Lupa.
“Mak pun ikut sekali
ke?”
Gadis itu angguk.
“Kak… kenapa kau
gaduh dengan lelaki tadi?”
“Dia langgar Sky,”
balasku perlahan.
Mata Airin membulat.
Dia terlopong.
Heh. Buruk benar dia
buat muka macam tu.
Sky : Si kucing yang
mak kutip dekat pasar malam hujung tahun lepas. Semua orang sayang dia
termasuklah Airin si anti kucing.
“Ma… na Sky, kak?”
“Ada tepi aku ni
ha.” Aku buat lawak bodoh.
Terus mata Airin
dipakukan pada bantal panjang yang terletak elok di sisiku. Dia mengerutkan
dahi dan mencekakkan pinggang.
“Kak, mana ada pun.”
Batal panjang itu
terus aku baling ke wajahnya sebelum terjatuh di atas lantai. Aku bangun dan
duduk bersila di atas katil. Jemariku menekan pelipis.
“Mangkuk, dah tak
dengar bunyi kucing mengiau, memang sahlah tak ada kat sini.”
“Habis Sky ada kat
mana sekarang ni?”
“Sky? Dia ada kat
dalam tanah sekarang ni. Sibuk mengiau agaknya,” balasku selamba.
“Kak, janganlah buat lawak.”
Sah Airin bengang
dengan aku. Selalunya kalau dia tanya apa-apa soalan, aku mesti jawab dengan
jawapan yang memang tak masuk akal sampai dia meluat nak tanya aku. Kata dia,
aku memang pandai bab buat loyar buruk yang boleh menyakitkan hati orang.
“Betullah. Sky ada
kat dalam tanah sekarang ni. Airin, kau harap apa bila seekor kucing kena
langgar dengan kereta? Sah-sah tempah maut. Tu yang akak bengang gila dengan
mamat tadi. Perangai macam setan. Kalau ikutkan hati, memang makan penampar
punya tadi,” tuturku laju.
“Kak, kacak tak
mamat tu? Airin tak nampak muka dia dengan jelaslah. Lagipun Airin tengok masa
part akhir je. Nengoknya idak sebab Airin ada dalam bilik air. Basuh baju.”
Kepala yang tidak
gatal aku garu.
Air is speechless.
Grr…
“Langit itu biru,”
ujarku perlahan.
“Kak…. Airin tanya
ni.”
“Langit itu biru.”
“Sikit-sikit langit
itu biru. Kalau speechless aje, mesti cakap langit itu biru. Bosan Airin
dengar,” komennya.
Eii… budak ni. Ikut
suka akulah. Mulut aku. Bukannya aku cakap ayat yang tak elok. Baguslah aku
cakap langit itu biru. Takkan nak cakap langit itu kuning pula. Sah-sahlah
tidak. Airin ni spesies Cikgu Dzulkarnain sungguh. Memang tak suka aku cakap
langit itu biru.
Riak wajah Airin
tiba-tiba berubah. Bibir dia mekar dengan senyuman. Aku tengok dia pelik. Ni
senyuman nak kenakan aku namanya.
“Kak… kalau akak
cakap langit itu biru, maknanya mamat tadi tu kacaklah kan?” soal dia sambil
sengih.
Aku tertungkap.
“Aaa… langit itu biru.”
Wajahku merah
menahan malu.
“Memang betullah
mamat tadi tu kacak,” usik Airin lagi.
“Kacak kalau
perangai macam setan buat apa? Anak siapa entah. Cucu siapa entah. Grr…”
*****
Huarrrgggh. Mamat
siang tadi tu cucu tok imam! Rahang bawah aku terjatuh saat melihat lelaki tadi
sedang berdiri di sisi tok imam. Lagi terkejut tatkala tok imam beritahu bahawa
lelaki itu cucunya yang berpindah dari Pulau Pinang dan akan duduk kat rumah dia nanti bila dia pergi umrah bersama sang isteri. Aku rasa macam nak pengsan.
Perangai macam
setan. Cucu tok imam. Kalaulah aku tahu lelaki ni akan ada kat sini, sumpah aku
takkan datang. Abah pulak asyik nak paksa aku datang. Cakap aku ni tak reti nak
bergaul dengan masyarakat bagai. Berdesing telinga aku dan mahu tidak mahu, aku
gagahkan juga untuk datang ke rumah tok imam. Abah bukannya tak tahu yang aku
tak suka pergi mana-mana kenduri. Orang ramai. Aku rasa tak selesa.
Gelas kaca yang
sudah kosong aku letakkan di atas meja. Jari-jemariku disulamkan sesama
sendiri. Airin entah menghilang ke mana.
“Hai…”
Aku angkat wajah.
Riak wajahku berubah. Mamat ni lagi.
“Lu pehal duk hai
segala?” marahku.
“Ikut suka guwalah,
sister.” Kerusi ditarik dan dia melabuhkan punggung di hadapanku.
Songkok yang
dipakainya ditanggalkan. Butang baju Melayu ditanggalkan. Tangannya dikibas
beberapa kali.
“Panasnya,” gumamnya
rendah.
“Dah tahu panas, lu
duduk sini buat apa? Pergilah masuk dalam rumah.”
Tangannya terus
jatuh ke atas riba. Anak matanya mencari anak mataku. Wajahnya serius. Bibirnya
kosong tanpa sebarang senyuman. “Hak guwa nak duduk kat mana-mana pun. Lu
bising buat apa?”
Aku merengus kasar.
Mamat ni memang
sengaja nak buat aku naik angin dekat sini. Sabar, Air. Jangan malukan abah.
Dekat sini orang ramai. Kalau nak cari
masalah, sini bukan tempatnya. Cukuplah selama ni malukan abah.
“Sister, lu pehal
kasar sangat? Lu tu perempuan. Bukannya
lelaki macam guwa. Kalaulah lu tak pakai tudung, mesti guwa fikir lu ni lelaki
ke perempuan. Perangai macam jantan. Tah-tah kau ni memang teringin agaknya nak
jadi jantan. Kau mesti ada makwe kan?”
Wajahku berubah
rona. Desahan nafasku semakin kuat. Jantungku berdetak laju.
Kau silap. Kau silap
cari pasal dengan aku.
Aku bingkas bangun.
Tanganku memaut bahagian leher baju Melayunya. Tidak aku pedulikan mata-mata
yang memerhati. Memang aku tahu abah akan marah aku tapi lelaki ini sudah
mencara kesabaranku.
“Lu siapa mahu cakap
macam tu dekat guwa? Brother, sebelum lu kata dekat orang lain, lu cermin dulu
diri lu. Lu pun bukan bagus sangat. Tak payahlah nak nasihatkan guwa. Kubur
kita masing-masing. Please mind lu own business. Eh. Silap. Please mind your
own business.
Faham?”
Cucu tok imam itu
sengih dan geleng. Mataku terbuntang.
Ma… mat ni memang
sengal.
Aku melepaskan
pautan.
“Guwa tak fahamlah,
sister.”
"Arggh! Cucu
tok imam sengal," jeritku. Aku tayang muka bengang.
Dan semua mata terus melekat pada
wajahku. Tok imam yang sedang meneguk air sirap tersedak. Abah tengok aku macam
nak telan. Matanya sudah membulat tanda memberi amaran.
Si cucu tok imam
tengok aku dengan muka toya.
"Nurhan..." Suara tok imam
kedengaran.
Cucu tok imam sengih.
"Kut ye pun engkau nak mengorat,
janganlah malam ni. Malam ni ada kenduri. Kau ingat tu, Nurhan."
Aku pulak yang tersedak. Tawa orang
ramai pula pecah. Wajahku merah padam.
Tok imam ni salah fahamlah. Cucu dia
bukan mengorat aku tapi menyakitkan hati aku.
"Cucu tok imam tapi perangai macam
setan," gumamku rendah. Cukup untuk aku dan dia dengar.
"Imam tak dapat diwarisi,
sayang." Dia menuturkan kata lembut dan kuat.
"Nurhan..." Sekali lagi tok
imam memanggil nama cucunya.
Semua orang ketawa lagi.
Puaslah dia dapat kenakan aku. Ngee...
ngee... ngee. Aku geram!
*****
Muka aku kelat. Mak
geleng kepala. Faham benar dengan perangaiku. Airin tengok aku sebentar sebelum
matanya melekat pada skrin laptop. Aku memeluk tubuh. Abah sedang menghirup
secangkir kopi di luar rumah.
Lepas balik dari
rumah tok imam semalam, abah terus berleter. Telingaku dipiat. Mak hanya
memerhati. Aku berusaha untuk membela diri tapi abah tetap menyalahkan aku.
Kata abah, aku ni asyik malukan dia. Dekat kenduri orang pun nak cari pasal.
Abah malu, aku sakit hati. Memang apa yang terjadi bukan salah aku. Ini semua
salah cucu tok imam! Nak nasihatkan aku konon. Diri sendiri pun tak elok mana.
“Rina, sudahlah tu.
Tak baik masam muka depan makanan. Dah. Makan cepat pisang goreng tu. Nanti
sejuk. Tak sedap,” tegur mak lembut.
Aku geleng kepala.
“Tak nak. Tak
lapar!”
“Mashitah, tak payah
duk pujuk anak awak tu. Kalau lapar, pandailah dia makan. Kalau saya jadi awak,
tak ada maknanya saya nak ajak dia makan. Biar dia lapar. Muhasabah diri sikit.
Kerja nak malukan kita,” sampuk abah.
Bibir aku juih.
“Abah ni kerja nak
salahkan orang. Kan orang dah cakap yang semalam tu bukan salah orang. Cucu tok
imam yang perangai macam setan tu mulakan dulu,” bidasku.
“Rina… tak baik
cakap cucu tok imam macam tu,” tegur mak.
“Dah tu kenyataan
dia. Nanti kalau orang cakap cucu tok
imam tu macam malaikat, mak cakap orang perli dia pulak.”
Mak senyum dan diam.
Abah turut mengunci mulut. Aku pandang bekas yang selalu digunakan untuk
meletakkan surat. Sepucuk surat yang tertera nama abah aku capai dan aku buka
berhati-hati. Rumah ni tak ada rule bab buka surat. Selalunya aku yang akan
bukakan semua surat yang ada sebab orang-orang di dalam rumah ni memang tak
minat bab membuka surat.
Surat yang dilipat
A4 itu aku buka lipatannya dan bola mataku berlari membaca isi kandungan surat
tersebut.
Assalamualaikum Encik Musa, tujuan saya tulis
surat ni bukan bertujuan untuk jadi kurang ajar tapi saya minta Encik Musa ajar
sikit anak Encik Musa yang sulung tu. Perangai mengalahkan jantan. Kurang ajar.
Hari tu jumpa saya siap maki-maki saya walhal saya lagi tua daripada dia. Encik
Musa memang tak ajar ke anak Encik Musa tu? Saya rasa takkan ada lelaki yang
nak kahwin dengan dia. Cuba Encik Musa tengok-tengokkan anak Encik Musa tu.
Entah-entah dia tu bohsia. Saya bukan nak apa. Zaman sekarang ni macam-macam
jadi. Harap Encik Musa boleh terima nasihat saya.
Selesai aku membaca
ayat yang terakhir, aku koyakkan surat tersebut lalu aku pijak. Tubuhku
menggeletar. Peluh mula berjejeran di dahi. Darah merah mula menyerbu wajahku.
Rasa tertampar dengan ayat yang ditulis.
Kelopak mataku
tertutup rapat. Mulutku terkumat-kamit. Cuba mengingati siapakah yang telah aku
maki. Dan kelopak mataku terbuka di kala aku sudah mengetahui insan yang
menghantar surat. Tak lain tak bukan si penyibuk tepi kain orang yang kerja nak
mengutuk aku siang dan malam kalau jumpa aku.
“Rin, surat ni kau
ambik mana?”
Selalunya Rin yang
ambil surat di dalam kotak peti surat.
“Rin ambik dekat
atas bangku kat luar rumah. Kenapa?”
Aku geleng. Aku
bangun dan capai tudung di atas meja telefon lalu aku sarungkan ke kepalaku.
Rin dan mak tengok aku pelik.
“Rina nak pergi
mana?” tanya mak hairan.
“Nak pergi
selesaikan urusan yang tak selesai,” tuturku sebelum melangkah keluar dari rumah.
Abah yang sedang
menyelak helaian akhbar mengangkat wajah di kala aku berpapasan dengannya.
“Rina, kau nak pergi
mana?”
“Nak pergi
selesaikan urusan yang tak selesai.” Aku memberi jawapan yang sama.
Langkah tetap diatur
laju. Penumbukku dikepal. Angin petang yang menyapa pipiku langsung tidak
meredakan amarahku.
“Nurul Airina!” Abah
melaungkan namaku namun aku tidak menoleh ke belakang.
Saat aku tiba di
rumah sang pengirim surat, dia sedang minum petang bersama anak perempuannya
yang sulung di pondok di halaman rumah. Lelahku terbang begitu saja. Marahku
semakin memuncak.
Aku melepasi pintu
pagar rumah si pengirim surat. Jiran sebelah yang turut berada di luar rumah
memandangku.
Langkahku ditala ke
pondok itu.
“Rina, kau buat apa
datang sini?” tanya si pengirim surat yang terkejut dengan kehadiranku.
Senyum sinis
terlukis di bibirku. “Mak cik yang undang saya ke sini. Eh, lupa! Surat mak cik
yang undang saya ke sini.”
Mak Cik Habsah
pandang aku takut-takut.
Mak cik, mak cik.
Mak cik fitnah saya bukan-bukan tu kenapa? Saya maki mak cik bila? Saya memang
kurang ajar tapi saya hormat orang tua selagi yang saya mampu. Takkan punya
saya maki mak cik. Saya ada akal. Masih waras.
“Kau baru baca ke
surat tu?” tanya wanita pertengahan 40-an itu.
Kepalaku
dianggukkan. “Ya, mak cik. Kalau saya baca semalam, mestilah saya datang
semalam. Apalah mak cik ni. Hahaha.”
Tawa yang penuh
dengan kepura-puraan aku lepaskan.
Aku tak lupa. Aku
tak lupa yang dia tulis aku ni kurang ajar.
Aku tak lupa dia tuduh aku bukan-bukan.
“Mak cik, mak cik.
Berjiran dengan tok imam tapi perangai macam setan!”
Mak Cik Habsah
membulatkan matanya. Anak perempuannya kematian kata.
“Kau jangan kurang
ajar sangat dengan aku,” ucap wanita itu kasar.
Heh.
“Saya bukannya nak
kurang ajar dengan mak cik tapi mak cik perlu berhenti ambil tahu kisah orang
lain. Satu taman kenal mak cik. Si Habsah yang suka canang cerita orang dan
jaga tepi kain orang. Saya bukan nak sakitkan hati mak cik tapi anak mak cik
pun mak cik tak boleh jaga. Mak cik ingat saya tak tahu yang anak lelaki mak
cik suka berjudi? Dadah pun ambil.”
Wajah mak cik itu
berubah tegang.
Air yang biasa tidak
akan menuturkan ayat seperti ini. Tidak. Tapi kali ini aku sudah hilang sabar.
Dia yang menguji kesabaranku. Dia yang membuatkan rasa marah tercampak ke dalam
lembah rasaku. Bukankah pernah aku kata yang aku tidak akan mencari pasal dengan
orang yang tidak mengangguku?
“Kau memang kurang
ajar. Dahlah hodoh. Macam jantan. Mulut macam longkang. Kalau mak dengan ayah
kau mati nanti, mesti takkan tenang dalam kubur sebab dapat anak yang perangai
mengalahkan setan macam kau. Kau…” Belum sempat dia habiskan kata, aku capai
secawan teh panas lalu aku tuangkan ke atas kepalanya.
Dia menyeringai
kesakitan. Panas. Memang panas. Tapi lagi panas hati aku.
“Airina!”
Aku berpaling.
Abah, tok imam dan cucu dia yang sengal sedang berdiri di pintu pagar. Muka
abah bengis. Aku ketap bibir.
“Kau ni kenapa,
Airina? Tak cukup ke kau malukan abah selama ni?” tengking abah.
Hatiku terus dipagut
rasa sayu. Mataku berkaca.
Cawan yang sudah
kocong itu aku letakkan di atas meja. Langsung tidak dipandang wajah Mak Cik
Habsah. Langkah diatur lemah meninggalkan dia tanpa sepatah kala dan di kala
aku berpapasan dengan abah, pandangan kami berlaga namun aku tetap menguncikan mulut.
“Abah kecewa dengan
Nurul Airina.” Hanya itu yang terluah dari bibirnya.
*****
Si cucu tok imam
tengok aku dan senyum. Aku larikan pandanganku supaya pandangan kami tidak bertemu.
Gila punya mamat ni. Mengekor aku sampai ke sini. Tengok aku macam nak telan
tapi dia tidak bersuara.
“Just now, you were too harsh.”
Aku tengok dia geram. Cucu tok imam ni ikut aku sebab nak sakitkan hati
aku ke?
“Lu diam boleh tak? Guwa takut lu makan penampar guwa,” ujarku geram.
Dia senyum sinis. "Eee... guwa tak
takut!"
untuk beberapa sebab tertentu, cerpen ini hanya sampai setakat ini. Harap maklum :)
Apakah perasaan anda selepas membaca kisah ni? Marah? Happy? This story has a bitter ending, I think. Kisah ni mungkin merapu. Well. Kisah 18 m/s ni mungkin anda tidak suka. It's okay. I know I'm not a great penconteng. I think some people can't accept the ending but I can't make a happy ending. Ni kisah yang berdasarkan kisah sebenar tapi hanna telah ubah and that true story tak ada happy ending for now. Kepada dia, la tahzan. Kita masih muda. Jalan kita masih panjang. Jika dia memang betul you punya jodoh, pasti akan bersama jugak. Cinta tak semestinya bersama.
And memang ada mamat jenis macam ni. Khoje nak mengusik orang. Hahaha. I know that guy. *tapi sumpah tak pernah suka kat dia.* 17 Nov ni, hanna dah berumur 15 tahun. Hooyeah. Boleh nyanyi lagu Fifteen dah. Thanks for everything. You guys rock. Without all of you, i'm nothin'.
Terima kasih sebab sanggup baca kisah tah pa-pa ni. Sorry untuk grammar yang berterabur dan mungkin ada spelling error. Harap anda sudi drop komen. <3 <3 <3