Mata dijulingkan. Mak
dan tok mak masih sibuk menyuakan hirisan buah mempelam yang masak ke mulut.
Kaki kanan diangkat rendah sebelum dilipat. Jelas kedengaran tangisan si Amoi
Comel yang baru berusia lima tahun, si jiran sebelah rumah. Tak dapat mainan
agaknya. Selalunya macam tu lah.
“Mak, orang tak nak ar pi rumah ayah,” rengekku manja.
“Yayi, hang pi ja. Bukannya orang dalam rumah ayah hang tu nak makan
hang. Depa tengok hang pun tak lalu kut.” Tok mak menyampuk dengan pisau
tergawang-gawang di udara. Mak mengangguk tanda menyokong kata-kata tok wan.
Aku
menggeleng. Wajah ditunduk. Jemari bermain dengan rubber band yang bersepah di
atas pangkin.
SPM habis. Itu sangat bahagia. Habis melompat dek terlalu
teruja. Sengih memang tak sudah-sudah tapi… wasalam. Muka terus jadi monyok
saat mak memberitahu yang aku akan menghabiskan cuti-cuti indah ini di rumah
ayah di Jitra, Kedah. Dah tak ada dah perkataan bahagia. Bukannya kerana aku
benci akan ayah tapi rasa tidak selesa. Rasa kekok kerana sudah lama tidak
bertemu dengan dia.
Kali terakhir aku bertemu dengan ayah
rasanya ketika aku berusia 13 tahun. Sekarang? Sudah 17 tahun. Sikit masa lagi,
dah nak masuk 18 tahun. Ayah dan mak bercerai saat diri ini mahu mengambil UPSR
kerana… entahlah. Tiada jodoh agaknya.
Saat diri ini menjengah ke tingkatan 2, ayah
mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya yang mempunyai seorang anak
lelaki. Aku tidak pernah bertemu dengan mereka dan tak rasa nak bertemu pun.
Mak tiri? Menakutkan. Abang
tiri? Menyakitkan hati.
“Yayi, hang pi ja rumah ayah hang. Tak rugi pun hang pi. Abang tiri hang
pun kacak. Macam arwah tok ayah hang masa muda.”
Erk! Tok mak ni cakap tak serupa bikin sungguh.
“Apalah tok mak ni. Yayi tengok tok ayah masa muda tak kacak pun,”
balasku sambil tertawa.
Pap! Bahuku dilibas. Dan aku hanya tersengih.
Sensitif sungguh tok mak ni. Mengalahkan mak pulak.
*****
Beg
pakaian yang aku jinjing terus diletakkan di atas tanah. Rahang bawahku sudah
jatuh memandang banglo tiga tingkat yang tersergam indah di hadapanku.
Kemudian, kepalaku dikalihkan. Memandang ayah dan dia hanya tersenyum. Aku
tersenyum namun penuh dengan kerisauan.
“Jom masuk. Mama dah tunggu.”
Aku
mengangguk. Ayah mencapai beg pakaianku dan menyuruhku berjalan dulu. Nafas
dihela panjang. Di kala aku melepasi pintu pagar, seorang wanita meluru ke
arahku lalu merangkul erat tubuhku. Tergamam. Tubuh terus mengeras. Kepalaku
diusap lembut.
“Dah
lama mama nak jumpa Yayi. Cantik anak mama ni,” ujar wanita itu lembut di saat
dia sudah meleraikan pelukan. Pipiku disentuh lembut.
Kuagak dialah si ibu tiri. Harap-harap tak jahat macam mak tiri Cinderella.
Think positive, Yayi. Bukan semua mak tiri tu jahat.
“Jom
masuk, sayang. Mama dah buatkan nasi ayam untuk Yayi.”
Mataku terus bersinar-sinar. Terus aku mengangguk. Mama tersenyum.
Tangannya merangkul bahuku dan kami sama-sama mengorak langkah namun hanya
sekerat jalan dek seorang lelaki tiba-tiba saja berada di hadapanku. Melompat
dari tembok sebelah. Aku dan mama berhenti mengejut. Tangan kanan sudah
mengurut dada. Ayah yang di belakang mampir ke depan dan berdiri di sisi mama.
Lelaki itu bangun. Tersengih dan menunjukkan peace. Dia memakai t-shirt
kosong putih dan short paras lutut. Juga berkaki ayam.
Bibir diketap. Mata jatuh pada tembok tinggi yang dicat oren. Air liur terasa payau. Menggeleng. Tidak percaya. Macam
mana dia boleh lompat? Tinggi gila kut tembok tu. Pencuri akan fikir sejuta
kali kalau nak mencuri.
“Hai uncle, hai
aunty and…” Kata-katanya mati.
Aku
kembali memandang lelaki itu. Dia tersenyum. Gatal!
“Hai sweety.”
Gulp!
Mama menggeleng.
“Nach datang nak jumpa Azaim ke?” soal mama. Lembut.
Dia
menggeleng namun matanya masih pada wajahku. “Tak larat dah nak jumpa dia. Nach
nak makanlah, aunt. Nach lapar ni.
Bibik tu masak tapi Nach bosan dah makan masakan dia tu. Daddy
dengan mummy pergi mana entah. Nach masuk dulu ya. Bye uncle, bye aunt and bye
sweety.”
Gila punya budak.
Dia
meluru masuk ke dalam rumah. Meninggalkan ayah dan mama serta aku yang masih
tertanya-tanya akan kehadirannya.
Anak saudara mak tiri aku ke ni?
“Dia tu siapa?”
“Oh. Dia. Jiran
sebelah rumah. Kawan Along. Selalu je dia makan kat rumah kita.”
Aku
mengangguk. Jiran ja. Ingatkan anak saudara. Buat rumah orang macam rumah
sendiri. Memang muka tembok sungguh. Sesuailah dengan dia yang suka lompat
tembok tu. Masa zaman sekolah
dulu mesti suka fly ni.
“Dia atlet lompat tinggi eh? Tembok tu
bukannya rendah. Tinggi. Macam manalah dia boleh lompat,” komenku sambil
menyentuh pelipis.
Tawa ayah pecah.
“Yayi, dia tak lompatlah. Kat tembok sebelah sana, dia letak tangga.”
Hah?
Aku tertipu nampaknya.
Usai makan, aku menjauhkan pinggan dariku. Gelas air oren sudah kosong. Mama dan ayah leka berbual. Si mamat tembok tu masih
sibuk melantak. Macam tak makan setahun gamaknya. Pandanganku dialihkan.
Seorang lelaki yang memakai pakaian pejabat tersenyum dan mendekati meja makan.
Briefcase miliknya diletakkan di atas meja telefon. Tali
leher dirungkaikan.
Dan
dia melabuhkan punggung di sisiku. Merenungku.
Siapa pulak mamat ni? Kawan si mamat tembok
tu ka?
“Hai, pretty.”
Kan. Memang betul kawan dia.
“Jaim, takkan dengan adik tiri kau pun kau nak mengayat.”
“Hahaha. Aku bukan mengayat. Nak bagi salam perkenalan
je.”
Aku senyap. Kekok. Tidak rasa ingin
berbicara.
“Yayi, tu Azaim. Abang
tiri Yayi. Yayi panggil dia, Along.”
“O…key. Hai, Along.”
“Hai, baby.”
Dan hikayat seorang Yayi di sini pun bermula. Dikelilingi
oleh ayah, mama dan dua orang lelaki yang buat muka nak minta penyepak.
untuk beberapa sebab tertentu, cerpen ini hanya sampai setakat ini. Harap maklum :)
p/s : cerita ini ditujukan kepada awni *tatau tua atau muda lagi daripada hanna* yang tinggal mesej di shoutbox pasal cerita lelaki panjat tembok tapi guna tangga ni. heee
