cerpen : Serahkan Hatimu



  Keringat yang mengalir di dahiku aku kesat dengan belakang tapak tangan. Perutku sudah berkeroncong. Meminta makanan untuk diisi. Aku mengeluh lemah. Sudah dua jam aku mencari besi buruk dan tin-tin kosong tapi hampa! Seorang lelaki yang mengekoriku sedari tadi tidak aku pedulikan. Dia selalu begitu bagaikan tiada kerja yang harus di lakukan.

  “Wid, Zaid dan penat!” Keluhnya. Wajah tampan itu sudah masam. Bibirku mengukir senyuman sindir seirama dengan hatiku yang sudah ketawa besar.

  “Saya tak suruh pun awak ikut saya.”

  “Memanglah tapi Zaid risau Wid jalan sorang-sorang. Dibuatnya ada yang nak culik Wid macam mana?”

  Aku hanya menggeleng.

  “Insya-Allah semua tu takkan berlaku. Allah selalu ada untuk hamba-Nya.”

  Sejak dari dulu lagi aku sudah terbiasa melakukan kerja ini. Aku bukanlah gadis yang dilahirkan dengan kemewahan. Apa yang aku inginkan tak selalunya tercapai. Sepatutnya sekarang ini aku berada di tempat yang teduh. Menuntut ilmu. Ya! Itu yang gadis umur 21  tahun sepertiku lakukan.

  Namun aku sudah mangli dengan semua ini. Aku pasti ada hikmah yang terselit di sebalik dugaan ini.

  Aku meneruskan langkah. Tidak jemu-jemu melontarkan pandangan ke arah longkang yang tidak berair itu. Aku menjeling lelaki di belakangku yang sudah termengah-mengah menahan lelah. Kemeja yang dipakainya sudah basah dengan peluh.

   Langkahnya terhenti. Aku berpaling. Dia memandang tepat anak mataku. Aku menunduk. Sebelum sempat dia meraih pergelangan tanganku, kakinya disepak kuat. Terus dia mengaduh.

  “Kenapa Wid pukul Zaid?”

  “Saja. Tak ada undang-undang pun saya tak boleh pukul awak!” sindirku. Bibirnya melemparkan senyuman nakal.

  “Sebab tulah Zaid sayang Wid! Garang. Aumm.” Tidak aku hiraukan kata-katanya. Aku mengheret kaki. Hatiku berbunga seketika. Oh hati, lupakan dia.

  Detingan jam menghentikan lamunanku. Itu semua kisah lalu yang langsung tidak memberikan aku amaran bahawa aku sudah masuk ke dalam zon bahaya. Sepatutnya aku berfikir masak-masak untuk menerima lamaran Zaidan dan ini yang aku terima.

  Wajahku sudah lesu. Bibirku sudah pecah dan badanku acapkali menjadi mangsa pukulan dia. Haruskah aku menyalahkan takdir? Atau wajarkah aku merintih? Menyesal? Aku mengikat rambutku separas bahu. Rambut yang tidak sama panjang gara-gara Zaidan mengguntingnya. Ah! Hidup selalu begini. Bukan setiap hari kita bahagia.

   Sudah setahun lebih aku mendirikan rumah tangga dengan Zaidan dan semakin lama semakin terbongkar perangainya yang sebenar. Tiada lagi Muhammad Zaidan yang sanggup menantiku berjam-jam lamanya tanpa merungut. Tiada lagi Muhammad Zaidan yang mencintaiku sepenuh hati.

  Aku mengeluh lemah. Bilakah semua ini akan berakhir?

*****

    “Bila aku cakap kau tak ada otak, kau marah. Masalahnya kau memang tak ada otak. Masak pun tak reti!” Tengkingnya. Bunyi berdeting muncul saat dia menolak kasar pinggannya dan berlaga dengan pinggan yang lain. Aku hanya berdiam diri.

  Rupa-rupanya perbuatanku itu mengundang amarahnya. Rambutku ditariknya kasar lalu dia mengheretku ke dapur. Peritnya usah terkata.

  “Aku cakap kau buat bodoh!” Air mata yang ditahan menuruni lekuk pipiku. Sedih diperlakukan sebegini rupa tapi aku tidak mampu berbuat apa-apa.

  Zaidan mencapai sebilah gunting lalu dia mendaratkan gunting itu di rambutku dan sesaat kemudian, rambutku dipotong kasar hingga mencecah paras telinga. Air mataku mengalir tanpa henti namun semua itu tidak menerbitkan rasa kasihan di hatinya.

  “Kenapa buat saya macam ni?” Rintihku sayu sesudah dia pergi meninggalkan aku sendiri. Aku memegang rambutku. Hati, kenapa kau salah dalam menilai orang?

  Keesokan harinya, aku menjejakkan kaki ke Tesco Mergong. Mencari keperluan dapur sendiri.  Zaidan dari pagi tadi entah ke mana. Tidak aku ambil peduli halnya. Tidak mahu dicaci lagi.

  Mataku yang sembab tidak berapa kelihatan kerana dilindungi cermin mataku. Tanpa sengaja, aku terlanggar seseorang.

  Diriku melayang ke belakang dan akhirnya aku terjatuh.

  “Buta ke apa?” sergah insan itu.

  “Maafkan saya. Saya tak sengaja,” pohonku bertalu-talu. Aku mendongakkan wajahku dan akhirnya aku terpana! Suamiku dan seorang wanita yang langsung tidak aku kenali. Hatiku merintih sayu. Ini rupanya balasan yang aku dapat selama aku berjuang mempertahankan rumah tangga kami.

  “Banyaklah kau sengaja. Kau ni memang tak berguna!” Lelaki itu menengkingku. Wajahku diserbu rasa malu. Ah! Lelaki ini memang begini.

  Terus Zaidan dan wanita itu pergi meninggalkan aku.

  Aku mendaki tangga rumah lalu membolosi pintu bilikku. Pantas saja aku merebahkan tubuh ke atas katil. Melepaskan lelah dan cuba menyembuhkan hati yang walang.

  “Buka pintu ni!” Aku menghela nafas. Lelaki ini ada saja yang tidak kena di matanya.

  “Ada apa?” Tangannya melayangkan penampar terus ke pipiku. Aku memegang pipiku. Rasanya aku tidak melakukan sebarang kesalahan.

  “Kenapa tampar saya?”

  “Itu untuk kau yang langgar teman wanita aku.”

  Pipiku menjadi mangsanya gara-gara aku terlanggar teman wanitanya. Nonsense! Aku bukannya sengaja langgar. Aku terlanggar.

  Cinta yang dulu menebal dalam hatiku mungkin sudah tiada lagi. Maafkan saya, Muhammad Zaidan. Nur Widyan tidak mampu mencintai awak lagi. Semuanya sudah berakhir.

  “Kenapa awak nak seksa macam ni? Ceraikan saya! Ceraikan saya,” jeritku. Sudah hilang pertimbangan. Lelaki itu terkedu. Ya. Memang terkejut kerana selama ini aku tidak pernah tinggikan suara. Aku bagaikan seorang wanita yang tidak punya perasaan selama ini. Itu aku yang lemah. Aku yang kuat seorang yang tegar. Seorang yang tidak sanggup dicaci dan dihina sesuka hati.

  “Mustahil aku sanggup ceraikan kau.” Aku mengerutkan dahi. Tidak faham dengan kata-katanya. Adakah masih ada aku di sudut hatinya yang paling dalam itu?

  “Mustahil aku sanggup ceraikan kau kerana aku telah berjanji dengan diri aku untuk membuat kau derita. Itu balasan kerana berulangkali menolak cinta aku. Selama aku hidup 29 tahun, tak pernah ada seorang wanita pun menolak cinta aku.

  Dan kau yang pertama. Aku sanggup ikut kau setiap hari meskipun hatiku kata benci. Busuk! Kau sepatutnya sedar siapa diri kau. Kau dengan aku hidup dalam dunia yang berbeza. Kau memang bodoh!”

  Aku menekup telingaku. Ya. Sepatutnya aku sedar. Mana mungkin seorang jurutera sepertinya mencintaiku yang tidak punya apa-apa.

  “Maafkan saya sebab mencintai awak. Mulai hari ini, anggap saja kita tak pernah kenal. Saya tak kisah awak gantung saya tak bertali.” Tidak! Aku tidak sanggup digantung tidak bertali sebenarnya tapi aku tidak punya pilihan.

  Aku mendekatinya. Menjongketkan kaki lalu mengucup dahinya. Titisan hangat terkena bahunya. Lelaki itu hanya diam tidak terkutik.

  “Terima kasih untuk segalanya. Halalkan makan minum saya. Awak layak berkahwin dengan wanita yang awak cintai.”

  Aku terus memandu langkah tanpa berpaling lagi. Melangkah keluar dari rumah itu sehelai sepinggang. Ini yang terbaik untukku.

*****

    Kakiku tanpa sengaja tersentuh lengan Fitrah. Gadis itu mendengus kasar. Aku hanya menjelir lidah dan sepantas kilat pipiku dicubitnya. Aku mengaduh kesempatan. Sudah dua bulan aku meninggalkan Zaidan dan dua bulan jugalah aku tidak berjumpa dengannya. Meskipun aku dan dia berada di negeri, daerah dan bandar yang sama.

  “Widyan, hang masih tak maafkan dia ka?” soal Fitrah tiba-tiba. Sememangnya dia tahu cerita aku dan Zaidan. Aku yang menceritakan kepada dia. Mujurlah keluargaku dan keluarga mentuaku tidak tahu apa yang berlaku.

  Aku membisu.

  “Pintu kemaafan aku untuk dia tak pernah tertutup.” Jawabku ringkas. Fitrah mengangguk.

  “Tapi kenapa hang tinggalkan dia? Hang tak kesian dengan dia ka?”

  Bibirku mengoyak senyuman kelat. Seandainya Fitrah tahu aku ini hanya insan biasa yang takkan pernah henti mengharapkan kasih sang suami. Seandainya Fitrah tahu hati aku hanya untuk dia.

  “Aku tinggalkan dia adalah satu keputusan yang baik. Sebab aku kesiankan dialah aku masih ada di sini. Masih berdiri kukuh meskipun hati ini berdarah.”

  Malam itu, aku dan Fitrah menjejakkan kaki ke Tesco Mergong. Ingin membeli baju di Peace Collection katanya. Aku hanya menurut tanpa kata kerana kebosanan melanda diriku. Aku masih hidup seperti biasa meskipun tanpa si dia. Bekerja sebagai tukang cuci di hospital sedikit sebanyak meringankan bebanku.

  Tidak pernah aku kisah dengan pekerjaanku. Yang penting halal.

  “Aku nak pergi ambil duit sekejap. Hang masuklah dulu.” Ucap Fitrah sambil mengeluarkan dompet dari beg sandangnya. Aku mengangguk.

  Aku memandu langkah sambil menekur lantai dan malangnya aku terlanggar seseorang. Tatkala aku hampir melayang ke belakang, tanganku diraih seseorang. Lantas aku berdiri tegak. Aku memanggungkan kepala.

  Seminit berlalu dan aku masih tergamam. Wajah muram itu melemparkan senyuman manis. Janggut sudah tumbuh meliar. Badannya sudah susut.

  “Sayang..” Tuturnya hampir tidak menerobos gegendang telingaku.

  Tubuhku ingin diraih ke dalam pelukannya tapi cepat-cepat saja aku mengelak. Wajahnya kelat. Tidakkah dia punya perasaan malu? Ingin memelukku di khalayak ramai di sini bukan suatu yang biasa.

  “Kenapa mengelak?”

  “Maafkan saya.” Aku terus meleraikan pautannya dan berlalu meninggalkannya. Zaidan, kenapa nak seksa hati saya lagi? Cukuplah. Jangan biarkan saya mengharap pada yang tak sudi.

  Sedang aku berjalan, lenganku dipaut seseorang. Hatiku berdetak hebat. Adakah Zaidan? Aku berpaling. Sangkaanku salah sama sekali. Fitrah rupanya. Dia memandangku pelik. Wajahku dibeleknya. Aku mengerutkan dahi.

  Di kala itu juga aku terlihat Zaidan yang berdiri jauh dariku. Matanya masih tertancap pada wajahku. Aku melarikan pandangan. Memandang wajah Fitrah semula.

  “Awat muka hang pucat?”

  Aku meraba wajahku kalut. Jelas kelihatan Zaidan yang sedang ketawa. Hatiku diterpa rasa sayu. Sejujurnya sepanjang aku hidup bersamanya, belum pernah sekalipun aku melihat dia tersenyum apatah lagi ketawa. Kenapa dia berubah dalam sekelip mata.

  “Hang tengok sapa?” Fitrah turut serta memandang tempat aku melontarkan pandangan dan aku berasa lega kerana Zaidan sudah pergi.

  “Dahlah. Kata nak pergi Peace Collection.”

  Aku menarik lengan Fitrah. Tak mahu dia mengetahui hal ini. Nanti bising mulutnya.

****

  Kakiku mengatur langkah. Mendekati cermin besar. Perlahan-lahan aku menanggalkan tudungku. Melihatkan rambutku yang pendek paras telinga gara-gara Zaidan mengguntingnya. Aku menyentuh hujung rambutku. Air mataku yang selama ini aku rasakan sudah kering menitis jua.

  Tidak pernah aku ambil peduli hal rambut ini meskipun berulang kali Fitrah memujukku untuk ke kedai. Memperbaiki rambutku.

   “Wid, hang duk buat apa?” Tegurnya dari luar bilik. Aku terus menyeka air mata dengan belakang tapak tangan lalu memulas tombol pintu.

  “Duk kemas. Aku nak balik rumah mak aku sekejap.” Memang setiap minggu aku akan pulang ke rumah mak dan setiap minggu juga aku terselamat daripada terus menjawab di mana Zaidan berada hingga tidak pulang ke bersamaku.

  Jawapan cukup mudah. “Menantu mak tu tiap minggu asyik ke luar daerah.” Dan mak cukup yakin dengan kata-kataku.

  “Nak aku hantarkan?” Ujarnya lagi.

  “Tak apa. Aku balik naik motor saja.” Fitrah mengangguk lalu melangkah keluar.

  Sepasang baju kurung berbunga ungu dan bertanahkan warna putih aku capai. Ikutkan hati aku tak nak pulang tetapi mak pasti akan membebel. Bertanya macam-macam. Ayah pula hanya berdiam. Aku tahu ayah mengetahui segalanya.

  Aku memarkirkan motor milikku yang baru dibeli sebulan lepas di halaman rumah. Aku mengerutkan dahi melihat sebuah BMW X6 berwarna hitam metalik. Sepertinya aku kenal kereta ini.

  “Sayang…” Namaku diseru. Lelaki itu mendekatiku. Tangannya menjijit beg plastik yang berisi sayur-sayuran.

  “Apa awak buat kat sini?”

  Soalanku dibiarkan tidak berjawab.

  “Budak bertuah ni.” Aku tahu itu suara mak. Aku memandang wajah mak. Bahuku ditamparnya perlahan.

  “Kenapa pukul Wid?”

  “Kenapa biarkan laki kamu balik sorang-sorang? Gatal juga nak balik naik motor.”

  Aku menghela nafas lega. Ingatkan apa. Mujurlah Zaidan tidak beritahu perkara yang sebenar. Kalau tidak, empat puluh empat tahun mak tidak henti membebel.

  Zaidan hanya memerhati seraya tersengih. Janggut yang tumbuh sudah hilang entah ke mana. Penampilannya sudah kemas berbanding beberapa hari yang dulu. Inilah Zaidan yang sebenarnya! Zaidan yang pertama kali bertemu denganku.

  “Dah! Jom masuk rumah.” Aku hanya menurut.

  “Kenapa datang sini?” soalku keras. Zaidan hanya berdiam. Mujur mak dan ayah telah keluar.

  Tanganku cuba diraihnya tapi cepat saja aku menepis. Air mukanya berubah. Aku tahu dia terguris dengan kata-kataku namun aku tiada pilihan. Itu saja yang mampu buatkan dia pergi jauh dariku.

  “Maafkan Zaid, sayang.”

  Terus aku ketawa.

  “Sayang? Awak di demam ke? Cukuplah Muhammad Zaidan. Lakonan awak buat saya terluka. Saya pernah serahkan hati saya kepada awak dan yang saya dapat adalah terluka. Terluka!”

  Lelaki itu menggosok kepalanya. Pasti fikirannya berserabut.

  “Zaid tak pernah berlakon. Maafkan Zaid kerana selama ni Zaid suka lukakan hati Wid. Selama ni, Zaid tak pernah sedar Zaid cintakan Wid. Ya. Zaid cintakan Wid dari kali pertama Zaid jumpa Wid.

  Zaid memang lelaki tak berguna.” Teresak-esak lelaki itu menangis. Aku terkedu. Diakah Muhammad Zaidan? Kenapa dia sangat berbeza? Dan Nur Widyan bukan lagi Nur Widyan yang dulu.

   Namun hati yang walang ini tidak mampu berasa kasihan. Lantas aku menanggalkan tudungku kasar.

  “Cuba awak tengok apa yang awak buat? Rambut saya! Kenapa awak masih ada di sini?” jeritku. Air mataku berjuraian.

  Rambutku disentuhnya. Air mata lelakinya menitis terkena bahuku. Zaidan, kenapa saya masih cintakan awak? Mengharapkan awak dalam diam. Meskipun saya tahu diri ini tidak pernah layak untuk lelaki seperti awak.

  Tubuhku diraih ke dalam pelukannya. Aku menekupkan muka di dada bidangnya. Lukaku semakin mendalam. Hatiku semakin sakit.

  “Maafkan Zaid.”

*****

  Selepas kejadian tempoh hari, aku semakin berhati-hati. Takut terserempak dengan Zaidan lagi.

  Ketukan bertalu-talu membuatkan aku tersedar dari lamunanku. Aku memulas tombol pintu.

  “Wid, mak hang mai.” Fitrah memandangku.

  “Mak..” Aku mendekati mak. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Cuba menghilangkan gemuruh. Bagaimana mak tahu alamat rumah Fitrah? Adakah dia sudah tahu aku dan Zaidan telah hilang kasih sayang?

  “Mak datang dengan siapa?”

  “Ayah kamulah tapi dia pergi jumpa kawan,” jawab mak ringkas.

   Aku mengangguk. Mak menarik tanganku. Menyuruhku duduk bersamanya.

  “Kenapa kamu selalu berahsia dengan mak? Kenapa kamu tinggalkan menantu mak? Nur Widyan. Kamu bukan budak kecil lagi. Kamu kena ingat. Kamu isteri orang. Syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami!”

  Darahku berderau. Rasanya seperti jantungku berhenti berdegup buat seketika.

  “Macam mana mak tahu?” soalku gugup.

  “Kalau mak tak pergi rumah Zaidan tadi, mak takkan tahu semua ni. Suami kamu terlalu derita, Widyan. Kamu kejam!”

  “Mak! Habis Wid tak derita atas apa yang Zaidan lakukan terhadap Wid? Mak, Wid manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Wid bukan patung!”

  Fitrah yang hilang ke dapur membuatkan aku lebih selesa untuk berbicara dengan mak. Aku tahu dia tidak mahu menganggu kami berdua. Dia tahu aku perlukan ruang untuk berkata-kata.

  Mak, pernah Wid serahkan hati Wid dan ini yang Wid dapat. Wid tak nak pisang berbuah dua kali. Cukuplah Wid terluka sekali.

   “Zaidan dah cerita semuanya. Tapi bukan ini yang kamu patut balas. Kesianlah dia. Dia perlukan kamu.”

  Benarkan dia perlukan aku?

*****

  Aku memasuki rumah Zaidan menggunakan kunci pendua yang tersimpan kemas di dalam beg sandangku. Hatiku rasa berdebar-debar. Aku tahu dia ada di rumah kerana keretanya tersadai di halaman rumah.

  “Zaidan...” Aku menyeru namanya namun tiada sahutan. Lantas aku mendaki anak tangga. Menuju bilik tidurnya.

  Aku memulas tombol pintu perlahan. Lelaki itu tidur rupanya. Aku mendekati dirinya. Di tangannya ada sekeping gambar. Aku menarik gambar itu. Gambar aku rupanya. Wajahnya pucat. Pantas saja aku melekapkan tanganku di dahinya.

  Panas! Lelaki ini demam rupanya.

  “Wid, kenapa Wid tinggalkan Zaid?  Zaid sayang Wid.” Ucapnya dalam lena yang panjang. Benarkah? Benarkah awak rindukan saya?

  Bola mataku tiba-tiba melarikan pandangan. Memandang keadaan biliknya. Terpana! Di dinding biliknya, gambarku digantung. Potretku dilukis. Ya Allah, silapkah aku dalam menilai dirinya?

  Hadir rasa tidak layak untuk menerima cintanya. Aku lantas bangun dan malang sekali aku terlanggar kerusi. Aku mengaduh kesakitan. Zaidan terjaga.

  “Sayang…” Aku menoleh. Memandang dirinya yang sudah terjaga. Resah mula terbit di dada.

*****

  Tanganku digenggam erat. Dia meletakkan tangannya di atas perutku yang memboyot. Alhamdullilah. Aku sudah mengandung 7 bulan.

  “Sayang, terima kasih.” Ucapnya lembut.

  “Terima kasih untuk apa?” Aku mengangkat keningku.

  “Terima kasih sebab serahkan hati sayang. Abang sayang Wid sangat-sangat.”

  Bibirku mengukir senyuman bahagia. Benar! Setiap kesakitan itu akan terselit kebahagiaan.

  “Sama-sama kasih. Terima kasih juga sebab terima Wid meskipun Wid hanya wanita naif yang selama ini cintakan abang.”

  “Sama-sama cinta. Hehe. Abang cintakan Wid.”

  “Wid pun cintakan abang.” Tubuhku diraih ke dalam pelukannya. Hati, kau tidak pernah salah memilih. Mata ini saja yang keliru dan tidak yakin cinta yang hadir itu cinta hingga ke akhir usia.



Assalamualaikum. Amboi, Hanna. Laju ja tangan hang menaip. Memanglah sebab bosan. Cikgu tak bagi kerja sekolah la pulop. Amacam cerita ni? Bosan tak? Harharhar

nantikan SH part 2. Lalalala....

cerpen : Bukan Pilihannya



  Aku terdiam seketika tatkala suara mak menerobos gegendang telingaku. Air hangat mula menjelajah pipiku. Teganya mak melakukan aku seperti ini. Aku bukannya barang dagangan. Aku manusia yang punya hati dan perasaan.  Kasih sayang pula tidak mampu diganti.

  “Habis kita nak buat macam mana ni mak? Si Haziqah dah lari rumah. Tak mungkin kita nak batalkan akad nikah. Malu kita!” Tutur along. Wajah lelaki itu kelihatan sungguh cemas dan risau. Ya! Jika Kak Haziqah tidak meninggalkan rumah ini di saat majlis akad nikah hampir berlangsung, pastinya semua ini takkan terjadi.

  Tapi kenapa Kak Haziqah pergi? Bukankah dia berkahwin dengan lelaki pilihannya itu atas dasar suka sama suka?

  Dan aku tahu lelaki pilihannya itu seorang yang berada dan mempunyai paras rupa yang tampan. Sepadanlah dengan Kak Haziqah. Aku akui kakakku itu sungguh cantik sehingga aku berasa terpinggir kerana tidak secantik dirinya. Berkali-kali aku memujuk diri untuk tidak mempedulikan semua itu tapi aku tidak berjaya. Aku juga tidak rapat dengan kakakku itu.

  “Apa susah! Naurah kan ada,” ucap mak selamba. Jantungku bagaikan ingin luruh. Aku menekup mulutku. Betapa teganya mak berkata begitu. Tidakkah dia tahu aku ini anaknya juga yang mempunyai perasaan?

  Along mendengus kasar.

  “Mak! Naurah tu bukannya patung. Macam mana dia nak gantikan Haziqah sedangkan kenal si Waqar pun tidak. Kalau arwah ayah masih ada, mesti dia kecewa.”

  “Habis nak buat apa lagi? Mak malu. Kamu ingat mak ni tak ada perasaan malu ke? Orang akan canang cerita ni sampai ke hujung kampung.” Mak memicit dahi. Perasaan sayu menerpa hatiku. Saat ini, aku harus berkorban.

  “Naurah sanggup gantikan Kak Haziqah.” Mak dan along terkejut melihat diriku yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka.
 
  Orang ramai mula membanjiri rumahku dan beberapa jam lagi, Kak Haziqah sepatutnya menjadi isteri Waqar Hijazi.

  “Naurah…” Mak menerpaku lalu membawaku ke dalam pelukannya. Bahu mak ku usap lembut. Along hanya memerhati.

  “Shhh. Jangan nangis. Naurah rela berkorban kali ini. Naurah kan anak mak.”

  “Terima kasih.”

*****

  Lelaki itu meratah wajahku. Matanya tepat memandang anak mataku. Hatiku diterpa rasa takut. Aku melabuhkan punggung di pejuru dinding sambil memeluk tubuhku. Baju kurung berwarna putih gading yang aku pakai tatkala acara akad nikah masih tersarung di tubuhku.

  Dia meletakkan songkok di atas meja sebelum mendekatiku. Kedengaran jelas hembusan nafasnya. Aku memejamkan mata.

  “Mana Ziqah?”

  “Akak lari dari rumah.”

  “Kau tipu!” bentaknya. Air mataku mengalir laju. Belum pernah aku dibentak sebegini rupa.

  Bahuku digoncangnya. Aku tahu dia tidak percaya dengan kata-kataku. Lelaki ini jika sekali diimbas mempunyai sepasang mata berwarna biru kehijauan. Menunjukkan dia bukan lelaki Melayu tulen dan sikapnya mampu membuatkan aku menjadi Naurah Faghira yang penakut dan cengeng!

  Memang benar! Kak Haziqah telah pergi. Menconteng arang di muka mak dan aku ini wanita yang terpaksa menggantikan tempatnya. Ini balasan untuk pergorbanan aku. Jerihnya pengorbanan itu. Pengorbanan yang memakan diriku akhirnya.

  “Saya tak tipu! Saya takkan ada di sini kalau Kak Haziqah tak lari. Saya mungkin bahagia dan takkan menjadi isteri kepada lelaki yang saya langsung tidak kenal!” Ujarku separuh menjerit. Lelaki itu memandang wajahku sekilas sebelum memandu langkah ke luar bilik.

  Aku menghela nafas lega. Untuk kali ini aku terlepas.

  Tiba-tiba saja aku tersedar daripada lenaku. Betapa sakitnya badanku kerana tidur di atas lantai. Lelaki itu pula senang-senang saja merebahkan diri di atas tilam yang empuk. Matanya masih terpejam. Aku mendekati lelaki itu.

  Keningnya yang lebat itu aku sentuh. Hidungnya yang mancung aku tenung sebelum beralih kembali ke matanya. Bulu mata yang cantik dan seakan-akan bulu mataku. Ada satu getaran di dadaku. Satu rasa yang tak terungkap. Mustahil ini yang dinamakan cinta.

  Aku menggeleng. Menafikan rasa yang hadir. Aku bingkas meninggalkan dia dengan tidur lenanya.

  Rumah yang besar tapi sepi ini aku pandang dengan perasaan hampa. Selepas majlis akad nikah semalam, terus aku dibawanya ke rumah ini. Pasti rumah dia. Aku menuju ke dapur. Peti sejuk aku buka. Kosong!

  Kepala yang tidak gatal aku garu. Rambutku yang aku biarkan lepas aku ikat tinggi. Nampaknya aku harus membeli sarapan di kedai.

*****

    Di saat aku sedang meletakkan sarapan di atas meja makan, lelaki itu mendekatiku. Tanganku diraihnya.

  “Kau pergi mana tadi?”

  “Saya pergi beli sarapan.”

  Aku membuka bungkusan roti canai. Tidak aku pedulikan lelaki itu.

  “Siapa bagi kau keluar, huh?”

  Terus diri ini tersedar kesilapan yang telah dilakukan. Sepatutnya aku meminta kebenaran untuk keluar tetapi aku terlupa. Yang aku tahu hanya membeli sarapan. Juga terlupa diri ini sudah menjadi isteri orang.

  Kuah roti canai aku tuangkan ke dalam mangkuk. Pantas saja tangan ini melakukan kerja. Tudung masih tersarung di kepalaku. Aku menyinsingkan sedikit lengan baju kurungku. Aku tahu suamiku memerhatikan tingkah lakuku.

  “Kenapa kau tak jawab soalan aku?”

  Aku tersenyum sinis.

  “Kalau saya tak keluar, perut kita berdua tak berisi. Saya nak hidup lagi. Kalau awak tak nak hidup, bukan hak saya.” Ucapanku membuatkan dia mengemaskan lagi pautan di tanganku. Dia membawaku menghadap wajahnya. Mataku bertentang dengan matanya.

  Rasa yang tidak patut hadir itu bagaikan semakin mekar. Jantungku berdegup laju. Seketika kemudian, dia melepaskan pautan.

  “Kenapa kau kahwin dengan aku?” soalnya tiba-tiba. Tanganku terhenti melakukan kerja. Matanya aku pandang dalam.

  Bibirku mengukir senyuman pahit.

  “Sebab mak. Saya tak rela mak saya sedih. Saya sanggup berkorban meskipun saya derita. Meskipun saya tahu saya bukan pilihan awak.”

  “Kau memang bukan pilihan aku. Haziqah pilihan aku!”

  “Ya. Saya tahu. Dan saya tak peduli.” Aku terus duduk dan menjamu selera. Lelaki itu juga sama.
Aku peduli sebenarnya tapi tiada apa yang boleh aku lakukan.

  Usai makan, aku merebahkan diri di atas sofa. Buat macam rumah sendiri sungguh. Lelaki itu melabuhkan punggung di hadapanku. Menyibuk betul!

  “Naurah Faghira.” Nama penuhku disebut dengan nada yang lembut.

  “Ada apa Encik Waqar Hijazi?” soalku separuh geram.

  “Maafkan aku,” lafaznya. Aku mengerutkan dahi. Di mana Waqar yang semalam? Waqar yang menengkingku dan membiarkan aku tidur di atas lantai?

  “Untuk apa?”

  “Untuk segalanya. Aku tak patut buat kau macam ni. Boleh kita bermula dari kosong?”

  Aku mengangguk. Aku bangun dari pembaringanku.

  “Nama abang, Waqar Hijazi. Nama puan siapa?”

  “Nama saya, Naurah Faghira.” Kami terus tertawa. Bahagianya aku tika ini dan aku yakin kebahagiaan itu pasti akan terselit kepahitan jua.

*****

Empat bulan kemudian..
  
  Mak dan mama sejak tadi sedang sibuk berbual. Entah apa yang dibualkan. Waqar yang berbicara tentang kerja dengan along langsung tidak menarik perhatianku. Ingin berlalu pergi tapi Waqar menghalang. Pinggangku dirangkulnya erat. Akhirnya aku hanya duduk tanpa berbuat apa-apa.

  Ketukan pintu yang bertalu-talu membuatkan semua orang terdiam. Aku meleraikan pautan Waqar lalu memandu langkah ke arah pintu. Daun pintu aku buka dan terpampang wajah Kak Haziqah. Pipiku ditamparnya. Aku terpana. Kenapa Kak Haziqah kembali dalam keadaan dia menamparku?

  “Kenapa ni? Kenapa tampar Naurah?” soal Waqar dengan nada yang tinggi.

  Pipiku diusapnya lembut. Mencerlung mata Kak Haziqah. Mak meraih kak Haziqah ke dalam pelukannya. Mama dan along cuma memerhati.

  Kak Haziqah ketawa.
 
  “Waqar tanya kenapa Ziqah tampar perempuan ni?”

  “Sebab perempuan ni, kita tak jadi berkahwin. Dia ugut Ziqah. Dia cakap kalau Ziqah teruskan perkahwinan, dia akan bunuh Ziqah.”

  Aku menggeleng. Ini tidak benar. Mustahil aku lakukan semua itu. Mak merenungku sebelum melayangkan penampar ke pipiku.

  “Tergamak Naurah buat macam ni. Sekarang, berambus!” Mak menengkingku. Air mata aku tahan daripada menitis.

  Sampai hati Kak Haziqah menuduhku sedemikian rupa. Apa salahku?

  “Kau faham tak? Berambus!” jerit Kak Haziqah.

  Aku memegang tangan Waqar yang hanya berdiam diri. Cuba meraih empatinya tapi tidak berhasil. Ya Allah, mengapa aku difitnah?

  “Dah, pergi!” Kak Haziqah menolakku ke luar pintu dan aku hanya memerhati wajah mak, mama, along dan Waqar sesaat.

  “Ya Allah, kiranya ini yang terbaik untukku, aku terima dengan hati yang terbuka. Kuatkanlah aku menghadapi ujian-Mu. Sesungguhnya hanya kepada-Mu aku meminta dan berdoa.”


*****

    Sebulan berlalu dan keadaanku masih sama. Waqar langsung tidak menghubungiku. Hatiku remuk tapi aku tahu ini yang terbaik untukku. Aku hanya menyewa sebuah rumah kecil. Cukup untukku. Tidak perlu hidup mewah. Aku masih belum mendapat sebarang pekerjaan namun aku hanya bersabar.

  Ketukan yang bertalu-talu membuatkan aku tersentak daripada lamunan. Aku memulas tombol pintu dan serta-merta insan yang tak diundang memasuki rumahku.

  “Kakak buat apa kat sini?”

  Tubuh itu melabuhkan punggung di atas sofa. Dia menjulurkan kaki sambil tersenyum sinis.

  “Saja melawat adik kesayangan aku.”

  “Tak cukup lagi ke kak kacau hidup saya? Apa salah saya sampai kak sanggup fitnah saya?” Lirih saja suaraku.

  “Aku bencikan kau. Dulu, sebelum kau lahir, mak sayangkan aku. Along lagilah tapi bila kau lahir, mereka dah tak pedulikan aku. Sengaja aku lari daripada rumah di saat aku nak berkahwin. Saja nak buat kau terpaksa ganti tempat aku.

  Bila kau dah bahagia, aku kembali. Fitnah kau dan Waqar ceraikan kau. Lepas tu, bolehlah aku dan Waqar hidup bahagia!”

  Tidak aku sangka semua ini akan terjadi. Teganya kakakku melakukan ini kepadaku.

  “Naurah tak kisah tapi yang pasti, Waqar sayangkan saya.”

  Kakakku lantas ketawa.

  “Kau bukan pilihan dia!”

  “Saya akan terus berada di hati dia meskipun saya pilihan dia. Sekarang, silakan keluar.” Aku mempersilakan dia keluar.

  “Sebelum aku terlupa, Waqar ada beritahu aku yang dia tak sabar nak ceraikan kau.”

  Dia meninggalkan aku. Badanku terasa lemah dan aku terduduk. Air mataku menitis jua.

  “Sampai hati abang.”

*****

   Aku menunggu Waqar di hadapan rumahnya. Aku perlukan penjelasan daripada dia. Sudah dua jam lebih aku menunggu. Peluk sudah merinik dan tekakku sudah kering. Namun aku masih setia menunggu.

  Penantianku tidak sia-sia apabila Toyota Camry miliknya berhenti di hadapanku. Dia keluar dari tempat pemandu. Aku mengukir senyuman. Kemeja dan slack hitam yang dipakainya membuatkan dia lain daripada hari biasa. Arkitek ini memang mementingkan penampilan.

  “Naurah buat apa kat sini?”

  “Naurah datang nak dengar penjelasan abang. Betul ke abang nak ceraikan Naurah?”

  “Memang abang nak ceraikan Naurah! Kenapa?”

  “Tak. Saja Naurah tanya. Semoga abang bahagia dengan pilihan abang.”

  Lelaki itu mendekatiku. Riak wajahnya bertukar menjadi keruh.

  “Menyesal abang kahwin dengan Naurah. Muka lawa tapi hati hodoh!”

  Aku hanya tersenyum manis meskipun hati ini menangis sendu. Lelaki ini menyesal berkahwin denganku tetapi aku takkan pernah menyesal dengan semua ini.

  Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini.

  Aku menyeret kakiku. Berlalu dari situ dan aku berpaling semula. “Terima kasih untuk segalanya.”

*****

    Hari berlalu dengan cepat dan aku hanya mampu berdoa kepada Yang Esa supaya semua ini selesai. 
Usai solat, aku merajinkan diri memasak meskipun langsung tiada selera. Radio terpasang. Lagu Permaisuri Hatiku berkumandang.

Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi

Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

( korus )
Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari

Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu

  Bait lagu yang indah. Menusuk kalbu. Aku memejamkan mata. Jika kak Haziqah tidak menuduhku sedemikian rupa pasti aku masih permaisuri hati insan bernama Waqar Hijazi. Ah! Tidak guna aku menyesali takdir.

  Kepalaku terasa berpinar. Rasa menjolok di tekakkku hadir. Aku berlari ke tandas. Memuntahkan segalanya. Tak mungkin aku mengandung tapi tak mustahil juga. Aku harus berjumpa doktor.

  Perutku yang berisi ini aku sentuh. Bibirku mengorak senyuman. Bahagianya hati yang walang ini. Aku patut berjumpa Waqar. Dia harus tahu berita gembira ini walau apa pun reaksinya.
 
  “Tahniah! Puan disahkan mengandung dua bulan.” Kenyataan yang meniti keluar daripada bibir Doktor Latifah benar-benar menggembirakan aku.

*****

  Pintu pagar rumah Waqar yang tidak terbuka luas membuatkan aku memandu langkah masuk ke halaman rumahnya. Aku mengerutkan dahi tatkala mataku tertancap pada sebuah Myvi berwarna putih. Aku kenal persis kereta ini. Ini kereta Kak Haziqah!

  Aku mendekati pintu rumah dan menolak daun pintu. Alangkah terkejutnya aku tatkala melihat Waqar dan Kak Haziqah berpelukan. Aku menekup mulut. Mataku berkaca. Kelu!

  “Naurah…” Namaku diseru. Jelas Waqar terkejut dengan kehadiranku. Kak Haziqah hanya tersenyum sinis bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.

  Tanganku diraihnya. Aku hanya berdiri. Mematung seperti dia di saat Kak Haziqah memfitnahku.

  “Semua ni tak seperti apa yang Naurah nampak. Abang….” Belum sempat Waqar meneruskan kata, Kak Haziqah memotong.

  “Tak! Memang tu yang berlaku. Aku dan Waqar akan berkahwin selepas Waqar menceraikan kau.” Hatiku nanar.

  Air mataku menitis tanpa henti. Waqar meraihku ke dalam pelukannya dan aku hanya berdiam diri.

  “Haziqah! Sekali lagi kau cakap macam tu, aku bunuh kau!” tengkingnya. Kak Haziqah terdiam. Dia merenungku sebelum berlalu pergi dengan Myvinya.

  “Sayang, ni bukan macam apa yang sayang lihat. Percayalah.” Waqar melutut di hadapanku. Tanganku digenggamnya erat.

  “Abang, macam tu juga apa yang abang lihat sewaktu kak Haziqah memfitnah Naurah. Abang tak percayakan Naurah! Terima kasih untuk segalanya,” ucapku sebelum merelaikan pautannya.

  Aku berlari ke luar rumah dan tika ini, nasibku malang. Sebuah kereta memandu laju dan melanggarku. Tubuhku melayang sebelum terhempas ke atas jalan. Peritnya usah terkata. Darah mula mengalir keluar dari bibirku dan kepalaku.

  “Sayang!” jerit Waqar. Aku hanya tersenyum. Tiada kudrat untuk bangun dari pembaringanku. Dia mendekatiku. Matanya sudah merah dan air mata lelakinya berjurai.

  Tanganku aku capai lalu aku letakkan di perutku.

  “Abang, anak kita.”

  Waqar menggeleng. Kepalaku dipangkunya. Dahiku dikucup bertalu-talu.

  “Tadi, Naurah datang sebab nak beritahu apa Naurah mengandung dua bulan tapi lain jadinya. Maafkan Naurah.” Air mataku menuruni lekuk pipi.

  “Shh! Jangan menangis.” Aku ketawa kecil. Air matanya aku seka.

  “Abang yang menangis sekarang ni. Abang, Naurah memang bukan pilihan abang tapi Naurah yang ada di hati abang. Terima kasih untuk segalanya.”

  Sakitnya saat ini tidak tergambar. Seraut wajah Waqar Hijazi aku pandang sebelum melelapkan mata. Ya Allah, ini yang terbaik untukku. Aku rela pergi menghadap-Mu.

  “Abang relakan Naurah pergi. Terima kasih untuk segalanya. Cinta abang untuk Naurah takkan pernah hilang dan Naurah Faghira adalah pilihan abang buat selamanya.” Itu perkataan yang terakhir aku dengar sebelum mata ini terpejam untuk selamanya.

  Biar kita bercinta hingga ke syurga. Cinta hingga diri ini memejamkan mata. Tidak kisah jika cinta itu diduga. Terima kasih untuk segalanya meskipun sebelum ini aku bukan pilihannya. Namun aku tahu diri ini akan selalu ada di hati dia.
 

Assalamualaikum. Mula-mula, nak buat happy ending tapi tiba-tiba rasa nak buat sad ending sebab kita kena tahu bukan semua cerita berakhir dengan bahagia. Hari Isnin ni nak exam. Doakan aku ya supaya lulus dengan cemerlang dan kekalkan kedudukan di dalam kelas. Amin.. :)


  Ceq tau ramai yang tak paham ending. Hampa *speaking Kedah*, Naurah mati sebab ada perkataan sebelum mata ini terpejam selamanya. Hiksss... mesti ramai yang cakap tak best. Maaflah. Ceq tak pandai menulis pun. Moreover, *speaking omputeh* ceq duk kalut nak exam. Letak bagi blog tak kosong. Kelam kabut ceq buat cerpen ni. Cek balik pun dak jadi maaf atas segala kekurangan - Hanna Aleeya

BTW, nantikan sambungan BP 

sambungan Bukan Pilihannya - Dia Pilihanku

cerpen : Relakan Dia Mencintaiku



  Aku memandang beg sandangku yang sudah menjadi mangsa Adeeba dan rakan-rakannya. Mataku memandang kemas beg sandangku itu. Tidakkah mereka tahu betapa bernilainya beg itu kepadaku? Air mata yang aku tahan menitis jua.

  Adeeba mendekatiku lalu tangannya menyeka air mataku kasar sebelum aku ditolaknya. Cecair pekat berwarna merah mula mengalir di celah jari-jemariku. Para pelajar yang lalu-lalang dan memerhatikan tingkah laku Adeeba hanya tersenyum dan menyindir. Bagaikan aku ini pesalah!

  “Kau tak sepatutnya ada di sini. Orang bodoh, orang miskin macam kau patut sedar yang sekolah ini hanya untuk orang yang berkelayakan!” Bentaknya sebelum berlalu pergi. Para pelajar mula bersurai dan aku pantas mengambil beg sandangku yang sudah kotor dan koyak.

  Mereka tak sedar bukan semua orang yang hidup di muka bumi ini bahagia dan rezeki melimpah ruah. Aku bekerja siang dan malam untuk membeli beg sandang ini dan hasilnya, beg sandang ini sudah tidak boleh digunakan lagi. Tak mungkin aku mampu undurkan masa. Tak mungkin aku katakan aku tak mampu terima tawaran untuk belajar di sekolah elit ini.

  Lantas aku berlari ke belakang bangunan sekolah. Sebuah bangku di bawah sepohon pokok yang besar menjadi tempat aku menghamburkan tangisan. Aku pasti tiada sesiapa di sini kerana waktu persekolahan sudah di penghujungnya.

  “Tak guna kalau menangis macam budak bodoh.” Tangisanku terhenti tatkala terdengar suara garau seseorang. Aku menyeka air mataku menggunakan telapak tangan. Jariku yang luka tidak aku pedulikan. 

  “Awak ni siapa? Buat apa kat sini?”

  Lelaki itu ketawa. Baju sekolah yang tidak dimasukkan ke dalam seluar dan tali leher yang hilang entah ke mana membuatkan aku berasa takut. Takut dia salah seorang daripada rakan Adeeba. Dia melabuhkan punggung di atas tanah tanpa menghiraukan seluarnya yang mungkin kotor.

  “Aku ni manusia dan tak salah kalau aku duduk kat sini. Sekolah ni bukan kau punya pun!” Memang! Memang sekolah ni bukan aku yang punya dan kerana itu aku dibuli.

  Tengku Adeeba. Nama yang begitu cantik tapi sayang, perangainya tidak mampu menjadi secantik dirinya. Sepanjang beberapa bulan aku di sini, aku mendapat tahu dalam dirinya, mengalir darah diraja. Seorang yang bongkak dan pembuli. Aku, manusia yang menjadi mangsa bulinya. Aku tidak tahu apa salahku. Apabila ditanya, jawapannya cukup mudah.

  “Aku buli kau sebab aku bencikan kau! Kau tak sepatutnya ada di sini.”

  Apa salahku sehingga dia bencikan aku? Setahu aku, aku tidak pernah melukan hati mana-mana pihak. Hadirku di sini hanya untuk menuntut ilmu. Aku mengaku aku orang miskin namun aku bukannya insan yang boleh dicaci dan dihina sesuka hati.

  “Kenapa kau menangis?” soal wajah putih bersih itu tanpa memandang wajahku. Ranting di hadapannya dipatahkan. Haih. Kesian ranting itu. Langsung tidak bersalah.

  Aku hanya diam. Membiarkan soalan itu tidak dijawab. Keadaan sekeliling yang sunyi dan sepi tanpa orang yang lalu-lalang membuatkan aku teringat akan satu hadis.

  ‘Tidaklah seorang lelaki itu berdua-duaan dengan wanita yang bukan mahramnya, kecuali syaitan akan menjadi orang yang ketiga.’ – Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim.

  Aku bingkas bangun lalu mencapai beg sandangku. Lelaki itu turut bangun. Belum sempat aku memulakan langkah, lelaki itu meraih pergelangan tanganku. Aku cuba meleraikan genggamannya tapi tidak mampu.

  “Jangan sentuh saya!” Ucapku memberi amaran.     
              
  “Kau nak pergi mana?”

  “Balik.” Terus dia meleraikan genggaman lalu berlalu pergi. Aku terpinga-pinga dengan tindakannya. Aku menghela nafas sebelum kembali duduk di atas bangku itu. Teringat kembali akan tawaran untuk bersekolah di sini.

*****

  Wajahku yang sudah comot tidak aku pedulikan. Keringat yang mengalir di dahiku aku kesat dengan jari jemariku. Mentari yang tidak segan silu menunjukkan dirinya membuatkan aku menjadi dahaga. Cangkulanku terhenti. Aku mengorak langkah. Ingin berehat seketika di tepi pagar. Upah menanam sayur tidaklah banyak mana tapi cukup untuk menyara hidup aku dan ayah.

  “Zalfa..” Aku menoleh. Kelihatan seorang kanak-kanak kecil dalam lingkungan 6 tahun menghampiriku. Di tangannya ada sepucuk surat.

  “Ya.” Ucapku lembut.

  “Ada posmen datang tadi. Lepas tu Nini baca ada nama Zalfa. Sebab tu Nini datang sini. Nah!” Surat itu diserahkan kepadaku. Surat apakah ini?

  “Terima kasih.”

  “Sama-sama. Nini pergi dulu ya.”

  Aku mengangguk. Kanak-kanak itu terus berlari sambil melambaikan tangannya. Aku membalas lambaiannya sambil tersenyum. Alangkah indahnya jika hidupku seperti dia. Tiada apa yang perlu dirisaukan.
  Surat itu aku buka.

  “Tahniah! Anda berjaya memasuki Jasmine High School dan pengajian anda ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah.” Aku membaca isi kandungan surat itu. Patutkah aku gembira?

  Ayah tersenyum tatkala aku mengkhabarkan berita ini. Ada sinar gembira di wajahnya. Sanggupkah aku menghilangkan sinar gembira itu dalam sekelip mata? Sanggupkah aku? Tapi aku tak sanggup tinggalkan ayah sendiri dalam keadaan ayah sakit. Aku bukan anak yang kejam.

  “Nanti ayah bagi duit. Beli barang keperluan.”

  Aku menggeleng. Wajah ayah bertukar menjadi keruh.

  “Ayah, Zal bukan tak nak pergi tapi ayah kena faham. Kalau Zal pergi, ayah akan duduk sendiri. Zal tak sanggup!” Aku mencapai tangan ayah.

  “Habis Zal nak duduk macam ni? Kerja padahal masih muda?

  “Itu yang Zal pilih. Zal rela.”

   “Ayah tak rela! Zal suka atau tak, Zal kena pergi.”

  Aku mengangguk lemah.

  Wajah ayah yang bagaikan menahan sakit aku pandang. Lamunanku terhenti. Aku menghampiri ayah. Terasa bahang saat aku berada dekat dengannya. Aku meletakkan tangan kananku di dahinya. Ayah demam! Aku buntu. Harus dibawa ke hospital. Saat ini juga hujan mula turun. Hatiku mula risau. Bagaimanakah aku ingin membawa ayah ke hospital?

  Ayah yang sudah tidak sedarkan diri aku papah perlahan keluar dari rumah yang sudah uzur dan meniti waktu untuk rebah ke bumi. Sebelah tanganku memapah ayah dan sebelah lagi memegang payung. Langsung aku tidak kisah hujan yang menimpaku. Ayah lebih penting sekarang ini.

  Aku menyusur jalan raya yang dipenuhi puluhan kereta. Aku berhenti di perhentian bas untuk menahan teksi. Ayah yang kesejukan hanya mampu aku pandang dengan belas kasihan. Saat itu, sebuah kereta berhenti di hadapanku. Seorang lelaki keluar dari perut kereta.

  Lelaki itu! Lelaki yang sama aku jumpa di belakang bangunan sekolah.

  “Kenapa ni?” soal lelaki itu.

  “Saya nak bawa ayah saya pergi hospital tapi…” Belum sempat aku meneruskan kata, lelaki itu mendekati ayah lalu memapah ayah memasuki perut kereta miliknya.

  “Tengok apa lagi. Cepatlah!”


*****

  Tubuhku menggigil kesejukan. Baju kurungku sudah basah gara-gara ditimpa air hujan. Bibirku sudah berwarna biru. Kepalaku sudah berpinar. Lelaki itu datang lalu melabuhkan punggung di hadapanku. Wajahku diratahnya.

  “Kau sakit?”

  Hanya gelengan menjawab soalannya. Aku terasa tidak bermaya tapi aku tahan saja. Mana mungkin seorang gadis berumur 16 tahun sepertiku mampu menahan sakit sedangkan sakit itu mengurangkan dosa. Mungkin disebabkan hujan sebentar tadi.

  “Wajah kau pucat. Kau…” Kata-katanya tidak lagi aku dengar. Pandanganku berbalam. Akhirnya aku rebah di situ.

  Aku tersedar. Terasa seperti ada sesuatu menimpa tanganku. Lelaki itu! Aku pandang sekeliling. Ada sofa, televisyen dan barang kelengkapan yang lain. Aku di mana? Aku memicit dahiku. Kepalaku sungguh sakit tika ini.

  Perbuatanku membuatkan lelaki itu tersedar.

  “Kau dah sedar?” Soalan bodoh diajukan kepadaku. Masa aku tidak sedar lagi sedangkan sudah terang lagikan bersuluh mataku telah terbuka.

  “Saya kat mana?”

  “Hospital. Kau pengsan tadi.” Oh, pengsan rupanya!

  Terus aku teringat akan ayah. Aku bingkas bangun dan ingin turun daripada katil tapi lelaki itu menghalang.

  “Jangan turun katil. Ayah kau sekarang tengah tidur.” Dia bagaikan dapat membaca apa yang ada di fikiranku. Aku tidak mampu berbuat apa-apa. Akhirnya aku tertidur. Satu rasa terbit di hati detik itu. Rasa yang muncul tanpa aku sangka. Aku memegang dadaku. Berharap rasa itu lenyap buat selamanya.


*****

    Sejak tadi aku menanti lelaki itu di belakang bangunan sekolah. Aku pasti dia akan datang. Aku ingin mengucapkan  terima kasih kepadanya kerana membantu aku. Tak mampu aku balas jasa dia.

  “Kau tunggu aku?”

   Aku berpaling. Lantas aku tersenyum dan mengangguk. Dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar sekolah.

  “Saya nak ucapkan terima kasih. Nanti bil tu saya janji saya akan bayar.”

  “Sama-sama. Bil tu tak payahlah bayar. Anggap saja aku bersedekah untuk kau wahai Nurul Zalfa.”

  Aku pantas menggeleng. Tak mahu terhutang budi.

   “Ikut suka kau lah!” Dia terus berlalu. Aku bersandar pada batang pokok lemah. Sesekali aku mengeluh dan menatap langit yang membiru.

  Adeeba memasuki kelasku. Aku tahu aku bakal menjadi mangsanya sekali lagi.

  “Woi, minah! Datang sini,” tengkingnya. Pelajar lain hanya memerhati. Aku mematung. Langsung tidak mengikuti arahannya.

  Dia berang. Lantas Adeeba mendekatiku lalu pipiku ditamparnya. Darah mengalir lagi. Aku menahan sakit. Kali ini aku takkan menangis.

  “Apa salah saya?” soalku lemah. Aku hairan. Kenapa guru tidak mengambil tindakan atas sikapnya yang melampau ini? Adakah sebab dia ini anak orang berada?

  Adeeba ketawa. Hujung daguku dicengkamnya.

  “Kau tanya apa salah kau? Salah kau banyak! Terlalu banyak. Aku bencikan kau. Kau patut mati. Kau patut berambus dari sini.”


*****

   Jalan yang berdebu aku susur dengan perasaan gembira. Mana tidaknya. Hari ini gajiku keluar. Aku sudah berjanji dengan ayah untuk membawanya keluar. Tudungku yang bertiup aku pegang erat. Jam pada pergelangan tangan aku kerling. Sudah pukul 6 petang.

  Langkahku terhenti tatkala terlihat sebuah Toyota Prius berwarna putih tersadai elok di tepi jalan. Tingkapnya terbuka. Hatiku tiba-tiba digasak rasa ingin tahu. Lantas aku mendekati kereta itu. Seorang lelaki sedang terlena di tempat pemandu.

  Aku mengerutkan dahi. Benarkan dia terlena?

  “Kenapa encik tidur di sini?” soalku lantang tetapi tiada jawapan. Dengan menggunakan beg sandangku, aku menggerakkan lelaki itu tetapi tiada balasan. Aku mencubit sedikit bahunya tetapi dia masih menutup mata. Aku risau.

  “Sakit,” ucapnya lemah. Sakit? Aku belek wajahnya. Tiada langsung luka.

  “Sejuk..” Adakah dia demam? Aku meletakkan tanganku yang berlapik di atas dahinya. Panas! Apa yang harus aku lakukan?

  Dompetnya di atas dashboard aku pandang. Pasti ada alamat rumahnya. Dompetnya aku buka. Telahanku benar. Tercatat alamat rumahnya. Aku menolak lelaki itu ke tempat sebelah. Giliran aku berada di tempat pemandu.

  Kereta berhenti di hadapan sebuah rumah. Bagaikan istana. Lelaki di sebelahku sedang terlena. Aku membuka pintu kereta. Mendekati pengawal keselamatan.

  Aku memegang pipiku yang ditampar. Apa salahku sekarang ini?

  “Kau buat apa dengan abang aku?” soalnya. Aku kenal suara ini. Adeeba! Rupa-rupanya lelaki tadi abang kepada dia.

 “Saya tak buat apa. Saya cuma hantar dia balik,” terangku.

  Menyesal pula aku rasakan kerana membantu lelaki itu tadi. Sudah 8 tahun berlalu. 8 tahun aku tidak berjumpa dengan wanita bernama Adeeba ini. Selepas aku disuruh berambus, aku terus keluar daripada sekolah itu.

   Sekarang, dia muncul kembali dalam hidupku. Memegang watak sebagai seorang wanita yang kejam.
  “Tipu!” Jeritnya.

  “Saya cakap benda benar. Kenapa awak tak pernah percayakan saya? Dulu, awak buli saya. Awak suruh saya berambus dari sekolah tu. Saya berambus. Awak nak apa lagi?”

  Tiada jawapan untuk soalanku. Sebaliknya dia ketawa. Sumbang saja bunyinya. Adeeba mendekatiku. Hujung tudungku dipegangnya.

  “Kau rupanya, Nurul Zalfa. Ingatkan kau dah mati. Masih hidup rupanya.”

  “Ya! Saya masih hidup. Masih bernafas dan masih bahagia meskipun bahagia itu sedikit demi sedikit hilang disebabkan awak!” Lurus saja aku menudingkan jadi ke arahnya. Adeeba membengkokkan jari yang aku tuding.

  “Memang! Aku bahagia bila kebahagiaan kau tu hilang. Silap aku dulu sebab buli kau sikit. Sepatutnya aku buat kau mati!”

  “Kenapa awak begitu bencikan saya? Apa salah saya? Saya tak pernah kacau hidup awak,” luahku kesal.

  Wanita di hadapanku ku ini masih seperti dulu. Baik dari segi gaya atau suara. Patutlah dia ini senang saja merosakkan beg sandangku. Lihat saja rumah yang didiaminya. Bagaikan istana. Berpuluh-puluh pembantu rumah dan pengawal keselamatan. Satu yang mustahil untukku.

  Namun aku bersyukur meskipun aku tak sekaya dirinya. Aku ada ayah. Itu sudah cukup.

  “Kau nak tahu sebab apa aku bencikan kau? Kau nak tahu?”

  Aku hanya terdiam.

  “Sebabnya cukup mudah. Sebab abang aku cintakan kau, bodoh! Kau rampas abang aku. Masa kau belum datang sekolah tu, hidup abang aku dihabiskan bersama aku saja tapi bila kau datang, semuanya punah. Abang aku dah tak macam dulu. Semua sebab kau!”

  Aku terpana. Siapakah abang Adeeba? Kenapa aku tidak pernah tahu dia mempunyai abang?

  “Abang awak siapa?”

  Matanya merah. Dia mencekakkan pinggang.

  “Kau tanya siapa abang aku? Abang aku tu lelaki yang kau jumpa belakang sekolah dulu. Lelaki yang bayarkan bil hospital ayah kau. Kau memang tak guna. Perempuan sial. Perempuan..” Kata-katanya tidak habis. Seorang lelaki melayangkan penampar di wajahnya. Aku terkejut.

  Lelaki itu. Lelaki yang aku jumpa di belakang bangunan sekolah abang Adeeba rupanya. Lelaki yang aku cintai dalam diam. Patutlah Adeeba begitu membenciku. Aku pasti dia sangat rapat dengan abangnya sehingga tidak mampu menerima perempuan lain.

  “Deeba jangan melampau. Abang tak pernah ajar Deeba hina orang.” Sudah kebahkah dia daripada demam?

  Adeeba memegang pipinya. Wajahnya merah menyala.

  “Abang yang melampau! Sebab perempuan ni, abang pukul Deeba! Deeba benci abang. Deeba tak rela abang cintakan dia.”

  Terus Adeeba berlalu pergi. Meninggalkan aku dengan lelaki ini saja.

  Aku mengambil beg sandangku di atas sofa lalu berlalu pergi. Lelaki itu mengejarku dan cepat saja dia meraih pergelangan tanganku.

  “Lepaskan saya!” Keras saja suaraku.

  Lelaki itu menggeleng. Aku sudah tidak mahu masuk dalam permainan Adeeba dan abangnya. Cukuplah selama ini aku dibenci.

  “Lepaskan saya,” rayuku. Mataku sudah berkaca.

  Mataku dipandangnya. Perlahan-lahan dia melepaskan pergelangan tanganku.

  “Sebab aku lepaskan kau dulu, aku derita. Silap aku sebab biarkan adik aku buli kau. Hati aku berdarah tapi aku tak mampu buat apa-apa. Hanya mampu perhatikan kau. Hanya mampu mengucapkan kata cinta dalam diam.” Dia berjeda.

  Terus aku ketawa. Memang sumbang tetapi masih cukup kuat untuk memeranjatkan dia yang hanyut dibuai perasaan.

  Aku tidak layak untuk dicintai! Aku hanya seorang manusia miskin lagi hina. Jangankan untuk bersama dengan lelaki ini, hadir dalam hidupnya juga satu kesilapan yang sangat besar lagi menyeksakan. Kerana dirinya, aku derita. Tapi silap diakah kerana mencintaiku?

  “Kenapa kau ketawa?”

  Mata itu memandang mataku sebelum aku mengalihkan pandangan. Terasa degupan jantungku laju. Saat itu ada satu rasa terbit di hati ini.

  “Saya ketawa sebab saya rasa encik tak berguna. Sanggup menampar adik sendiri sebab orang asing dalam hidup encik. Encik, kasih sayang orang asing tu boleh diganti tapi kasih sayang keluarga sendiri takkan pernah boleh diganti.

  Sakit dibuli itu telah lama lenyap dalam kegelapan. Hati encik yang berdarah tu tak mungkin saya ubatkan. Cinta encik itu mungkin hanya nafsu semata-mata!” Tingkahku.

  Lelaki itu menggeleng. Lalu menyambung kata. “Aku yakin dengan cinta aku. Hati yang berdarah tu, hanya kau yang mampu ubati! Kenapa susah sangat kau nak terima cinta aku, huh?”

  Aku tersenyum pahit.

  “Saya takkan pernah terima encik selagi ada yang tidak merelakan encik mencintai saya.” Terus aku melangkah pergi. Meredah hujan dan air mataku berjuraian keluar dari pelupuk mata. Hatiku yang sakit aku biarkan saja. Cinta yang berbalas itu tidak mampu buatkan aku tersenyum. Biarkan masa merawat segalanya.


*****

    Ayah yang sedang tersenyum aku pandang. Hairan! Kelihatan ayah bagaikan terlalu gembira. Ada apa-apa yang aku tidak tahu?

  “Kenapa ayah gembira sangat ni?” soalku usai membersihkan diri.

  “Tadi, ada lelaki datang. Dia bawa ayah pergi jalan-jalan masa Zal pergi kerja tadi. Baik sangat laki tu!”

  “Ayah, mana boleh macam tu. Dibuatnya dia berniat jahat dengan ayah macam mana?”

  Hatiku digasak rasa risau. Takut-takut ada insan yang mencederakan ayah. Cukuplah aku kehilangan ibu. Tidak sanggup lagi aku kehilangan ayah. Hanya dia satu-satunya insan yang mampu menggembirakan hatiku.

   Hidupku sudah tidak seperti dulu lagi. Alhamdullilah! Sekarang aku sudah mempunyai pekerjaan tetap meskipun gaji tidak seberapa. Hanya bekerja sebagai seorang guru tadika. Itu sudah mampu untuk menampung hidup aku dan ayah.

  “Tak! Mula-mula ayah tak nak ikut tapi dia cakap, dia datang sebab rindukan anak ayah,” tutur ayah sambil tersenyum.

  “Lain kali kalau lelaki tu datang lagi, ayah jangan pedulikan dia.”

   Aku gusar. Usai menidurkan ayah, aku merebahkan diri di atas katil. Aku memejamkan mataku. Masalah demi masalah yang muncul langsung tidak aku hiraukan. Biarlah hari esok mengharungi semua itu. Untuk hari ini, aku sudah tidak berdaya.

  Para pelajarku yang bising aku pandang. Sudah berulang kali aku beri amaran supaya mereka diam tapi langsung amaranku itu tidak diendahkan. Aku menghela nafas. Mengajar mereka bukan satu tugas yang mudah. Harus banyak sabar.

  Tapi, mereka jugalah yang buatkan aku masih mampu tersenyum di saat hati menangis hiba. Kanak-kanak. Semuanya menyenangkan hati ini.

  “Cikgu..” Jerit seseorang. Aku mengangkat wajahku. 

  “Ya?”

  “Ada orang nak jumpa cikgu.” Shafinaz menudingkan jari ke arah pintu. Aku turut melontarkan pandangan. Memandang pintu tadika yang terbuka luas.

  Pen yang aku pegang terjatuh.

  “Apa yang awak buat dekat sini?” Getaran suaraku menusuk gegendang telinganya. Wajah tampan itu tampak cemas dan kalut.

  “Ikut aku! Deeba kemalangan.”


*****

    Dari tadi Adeeba tidak lepas memegang erat tanganku. Matanya berkaca. Aku mengesat air mata yang turun dari mata cantik itu. Bibirnya pucat. Tangannya sejuk. Lelaki itu berada di belakangku. Memerhatikan aku dan Adeeba.

  “Z..a..l..fa” Tersekat-sekat Adeeba memanggilku.

  Aku tersenyum lalu mengangguk. Rambutnya yang terjuntai aku selak ke belakang.

  “Ma..afkan D..Deeba.”

  “Pintu kemaafan Zalfa untuk Tengku Natrah Adeeba takkan pernah tertutup. Zalfa maafkan Deeba.”

  Tersengguk-sengguk dia menangis. Aku meraihnya ke dalam pelukanku.

  “D..eeba rela a..ba..ng cin..cintakan Zalfa. Dee..ba sa..yangkan Z..alfa. Cin..ta Teng..ku Kha..lish E..shan ha..nya un..tuk Za..lfa.”

  Patutkah aku tersenyum gembira saat ini? Saat Adeeba merelakan dia mencintaiku.

  Nafasnya berombak kencang. Aku gelabah. Memandang lelaki itu. Dia pantas mendapatkan doktor.

  “Deeba, ingat Allah!” Bisikku di telinganya.

  “Allah..” Hanya itu yang dia ucapkan sebelum matanya terpejam. Pergilah, Deeba. Semoga kau tenang di sana. Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan mati.

  Aku menghamburkan tangisan. Lelaki itu masuk bersama doktor.

  “Dia dah tak ada.” Lelaki itu terkulai layu. Air mata lelaki miliknya menitis. Wajah Adeeba aku pandang. Tiada lagi dendam. Tiada lagi kebencian.


*****

   Tengku Khalish Eshan. Jujurnya, aku tidak pernah tahu namanya. Sebelum ini, aku merasakan nama itu tidak penting. Namun sekarang, nama itu akan terus tersemat di hatiku. Hanya dia hingga aku menghembuskan nafas yang terakhir.

  “Sayang termenung lagi.” Tegurnya. Dia melabuhkan punggung di sebelahku. Aku tersenyum. Tangannya mencapai tanganku lalu digenggam erat.

  “Zal cuma teringat Deeba.”

  Wajah itu bertukar keruh. Pasti dia sedih.

  “Sayang masih marahkan dia?” tekanya.

  Aku menggeleng. Langsung tidak terlintas di hatiku tentang amarah. Yang berlalu itu biarlah berlalu. Tidak harus dikenang kembali. Anggap itu satu pengajaran dalam hidup ini.

  Raut wajah lelaki itu aku pandang. Tidak aku sangka dia inilah yang datang berjumpa ayah. Berani sungguh! Mujur kedatangannya disambut baik oleh ayahku. Lelaki ini pandai mengambil hati ayah. Aku tahu ayah senang dengan kehadirannya.

  Lelaki yang mewarisi empayar milik keluarganya seorang yang matang. Umurnya baru mencecah 27 tahun. Tak banyak yang aku tahu tentang lelaki ini tapi yang pasti, hati ini miliknya. Cinta yang semakin lama semakin mekar.

  “Sayang, sayang sayang abang tak?”

  “Sayang!”

  “Sayang, sayang cinta abang tak?”

  “Cinta.”

  “Sayang, sayang rela tak abang mencintai sayang?” Dia meletakkan dagunya di atas bahuku.

  “Abang, Zal rela abang mencintai Zal.”

  “Terima kasih, sayang!”

  “Sama-sama kasih.” Kami terus ketawa. Aku merebahkan kepalaku di bahunya. Tak pernah aku sangka lelaki ini akan menjadi suamiku.

  Seketika kemudian, aku meletakkan tangan kananku di hadapan wajahnya.

  “Kenapa pulak ni?” soal dia hairan.

  “Baru Zal teringat pasal bil hospital ayah dulu. Nanti bila Zal ada duit, Zal bayarkan…” Belum sempat aku meneruskan kata, jari telunjuknya diletakkan di bibirku. Tanda menyuruhku berhenti berkata-kata.

  “Bil tu tak payah bayarlah. Bukan banyak mana pun. Lagipun tu akan ayah abang juga,” tuturnya sambil mengenyitkan mata.

  Aku mencebik. Mentang-mentanglah ayah sayang dia!

  “Kalau macam tu, tak apalah. Tak payahlah Zal bayar.”

  “Tapi, Zal tetap kena bayar dengan cinta Zal.”

  “Pulak! Ikut suka abanglah.” Terus aku mengalah.

  “Apa pun terima kasih.” Ucapku.

  “Sama-sama cinta.”

   Aku takkan mencintai dia jika ada yang tidak merelakan dan dia takkan pernah boleh mencintai aku jika ada yang tidak merelakan dia mencintaiku namun kuasa Yang Esa menentukan segala-galanya.



Assalamualaikum. Maybe ada yang akan tanya (kalau ada yang tanya) kenapa gueh tak pandai buat cerita cinta, jawapannya cukup mudah. Gueh suka cerita cinta lepas kahwin. Yang sebelum kahwin gueh tak layan. Hikhik. Semoga cerpen ini memberi pengajaran tauladan *ye la tu!* Selamat membaca