Aku keluar dari perut kereta. Pintu pagar aku biarkan terbuka
luas. Bonet kereta aku buka lalu aku ambil beg plastik yang berisi buah oren
dan barangan dapur. Bibirku melemparkan senyuman kelat. Indah sukakan buah
oren.
Langkahku aku pandu
sehinggalah aku sampai di hadapan pintu rumah. Saat aku ingin membulas tombol
pintu, aku berpaling. Dirasakan seperti ada yang memerhati tapi malangnya tiada
siapa. Mungkin hanya perasaanku saja.
Usai meletakkan
barang di dapur, aku mendaki anak tangga. Aku merebahkan diri di atas katil.
Tanganku diletakkan ke atas dahi. Aku menengadah siling bilik. Kemudian aku
melarikan pandangan. Memandang gambar Indah di atas meja lampu membuatkan
hatiku digasak rasa rindu.
“Indah, Indah pergi
mana? Abang rindukan Indah,” rintihku pilu. Pelupuk mataku sudah bergenang. Aku
benar-benar rindukan Indah. Kenapa aku tidak pernah sedar aku mencintainya? Ya!
Aku bersamanya bukan kerana wajahnya yang mirip Syahindah tapi rasa yang hadir
di hati.
Kemudian aku bingkas
bangun dari pembaringan. Ringan saja kakiku melangkah ke balkoni. Aku membuang
pandang ke luar rumah. Sepertinya aku melihat Indah. Aku menggosok mataku
berkali-kali. Memang benar Indah! Wanita itu sedang berdiri di hadapan rumahku.
“Indah!” Jeritku
dari atas. Wanita itu memandangku. Sesaat kemudian dia hilang. Aku mengeluh.
Adakah aku hanya bermimpi di siang hari?
*****
Mama hanya membisu.
Aku menghela nafas lemah. Tak habis-habis lagi mama merajuk rupanya. Kedatangan
aku ke sini sebenarnya untuk menghilangkan rasa rindu yang bertamu di hati tapi
nampaknya mustahil. Melihat wajah mama membuatkan aku semakin merindui Indah.
“Mama, jangan buat
Imran macam ni.”
“Habis kamu nak mama
buat apa? Dah berbulan, Imran. Kamu takkan tak risaukan Indah? Dia tengah
mengandungkan anak kamu!” Suara mama menerjah gegendang telinganku. Aku
melabuhkan punggung di atas sofa.
Papa tiada di rumah
saat ini. Menguruskan Saghir Holding yang aku tinggalkan.
“Imran tahu. Imran
risaukan Indah tapi Imran tak boleh buat apa. Dah berpuluh penyiasat Imran upah
tapi satu pun tak berjaya jumpa Indah. Sekarang, Imran hanya mampu tunggu Indah
pulang,” tuturku lemah.
Mama berpaling. Dia
memandangku tajam.
“Tunggu? Kalau Indah
terus pergi tanpa pulang macam mana?” Soal mama keras.
Aku menggelengkan
kepala. Tersungging senyuman nipis di bibirku.
Indah akan pulang.
Aku yakin! Indah takkan memungkiri janji.
“Indah akan pulang. Percayalah cakap Imran.”
Telefonku tiba-tiba
berdering. Menganggu perbualanku dan mama. Aku merengus kasar. Aku biarkan saja
telefon itu berdering tapi telefon itu tetap tidak jemu berdering. Terbias nama
Rifqi, penyiasat yang aku upah di skrin telefonku.
“Assalamualaikum,”
sapaku kasar.
“Wa’alaikumsalam.
Bos, saya dah jumpa Indah.”
Mataku membulat.
Bibirku melakar senyuman. Hatiku berasa bahagia. Alhamdullilah! Akhirnya dapat
juga aku temui Indah.
“Betul? Dia kat mana
sekarang?”
Rifqi diam. Aku mula
meradang.
“Rifqi, dia kat mana
sekarang?” Ajuku dengan nada yang tinggi. Mama memandangku diam.
“Err. Dia kat
hospital. Dia kemalangan!”
Telefonku terjatuh.
Aku menggeleng. Apakah yang terjadi sebenarnya?
*****
Mama membuntutiku
dari belakang. Papa sudah aku telefon. Pemandu sudah aku suruh untuk ambil ayah
mertuaku di kampung. Rifqi kelihatan sedang duduk di atas bangku yang
disediakan di ruang kecemasan. Aku mendekatinya.
“Mana Indah?” soalku
dingin. Rifqi memandangku. Kemudian dia menggaru kepalanya.
“Err. Dia dalam
bilik rawatan.”
“Macam mana kau
boleh jumpa dia?”
“Tadi, saya pergi
rumah bos sebab bos cakap bos pernah jumpa Indah. Bila saya pergi, saya nampak
dia tengah diri depan pintu pagar. Saya tegur dia. Dia lari dan masa tu jugak ada lori ais lalu. Lori tu langgar
dia.”
Aku memejamkan mata.
Rupanya Indah selalu dekat denganku. Jadi benar memang Indah yang aku nampak
beberapa hari yang lepas.
Untuk kali ini, aku
takkan biarkan Indah pergi. Aku terlalu sayangkan dia. Dia isteriku. Tempat
seorang isteri adalah di sisi suami. Aku rela dia membenciku untuk seribu tahun
akan datang asalkan dia terus berada di sisiku. Cukuplah setakat ini sahaja dia
terluka.
“Siapa waris Puan Durrah Syahindah?”
Aku mendongakkan
wajah. Seorang nurse mendekati kami.
“Saya suami dia.”
“Macam ni, kami
terpaksa lakukan pembedahan untuk selamatkan Puan Durrah dan anak-anaknya.”
“Anak-anak?” Soal
mama.
Nurse
itu mengangguk. Mata mama bersinar. Aku menekur lantai kembali. Yang aku
risaukan sekarang adalah keadaan Indah.
“Puan Durrah
mengandungkan anak kembar.”
Anak kembar? Aku
tersenyum hambar.
“Encik, kami
perlukan persetujuan encik untuk lakukan pembedahan.”
*****
Aku memandang
sekujur tubuh yang sedang terbaring kaku. Pipinya aku elus lembut. Ingin sekali
aku rangkul tubuh itu. Mataku jatuh pada wayar yang berselirat di badannya. Doktor
cakap, Indah sudah melepasi waktu kritikal tapi dia masih belum sedarkan diri.
“Indah, bangun
sayang. Jangan buat abang macam ni.” Bisikku di cuping telinganya.
Aku menghela nafas
lemah. Dia tetap terbujur kaku. Matanya tetap tertutup rapat. Aku membongkokkan
badanku lalu bibirku melekap pada dahinya. Titisan jernih mulai berjuraian
keluar. Kalaulah dia sedar. Kalaulah dia boleh tersenyum padaku.
Sesaat kemudian aku
merasakan ada yang memegang jari-jemariku. Aku memandang wajahnya. Kelopak matanya
bergerak. Bibirku mengoyak senyuman bahagia.
*****
Indah hanya berdiam
diri. Aku menggaru kepalaku. Anak-anakku sudah dipegang mama. Katanya dia ingin
bermanja dengan cucu-cucunya. Aku biarkan saja kerana aku tahu mama terlalu
inginkan cucu.
Aku mendekati Indah
yang sedang berdiri di hadapan jendela. Rambutnya yang panjang tetap dilepaskan
seperti biasa. Tanganku diletakkan ke atas bahunya. Dia tidak berpaling. Tetap
membeku dan membisu.
“Sayang…”
“Jangan panggil
Indah, sayang,” tuturnya sinis. Aku membawa tubuhnya menghadapku. Aku pandang
wajah bening itu. Saat pandangan kami berlaga, dia melarikan pandangan.
Aku tersenyum.
“Indah lebih tegas
berbanding beberapa bulan lepas.”
“Kalau Indah tak
tegas, mungkin jiwa Indah dah mati.”
Rahangku jatuh. Kata-katanya membuatkan
darahku tersirap. Aku cuba menyabarkan diriku. Tapi suaranya, tingkah lakunya
membuatkan aku tercabar. Sudah lama dia bertindak begini. Hanya menyepi di kala
aku bertanya.
Aku bukannya insan
yang tidak punya perasaan. Sabar aku punya batasan.
“Indah ni kenapa?”
Ajuku cuba mengawal suara. Tidak mahu mama, papa dan ayah dengar kami
bertengkar.
“Ikut suka
Indahlah,” ucapnya kasar.
Indah ingin berlalu
pergi namun aku lebih tangkas melelar pergelangan tangannya. Bahunya aku
cengkam kuat. Dagunya aku pagut kasar. Aku paksa matanya bertentangan dengan
mataku.
Bahunya jatuh. Aku
tahu dia takut dan sakit pada masa yang sama.
“Jangan cabar
abang!” Aku memberi amaran.
“Indah tak pernah
cabar abang. Abang yang cuba cabar Indah. Kenapa hidup bersama Indah kalau
abang tak sukakan Indah?”
Pagutanku terlepas.
Aku memandang sekilas wajahnya. Seketika kemudian aku meraup wajahku kasar.
“Sayang, abang
cintakan Indah,” lafazku.
Bibirnya mengukir
senyuman sinis. Dia meleraikan pautanku. Kemudian dia duduk di birai katil.
Matanya menekur lantai. Kedengaran esakan kecil. Aku tahu dia menangis.
Memang benar aku
cintakan dia tapi kenapa harus dia tidak percaya? Berkali-kali aku ucapkan
cinta tapi dia hanya tersenyum sinis. Seolah-olah dia tidak pernah mempercayai
kata-kataku. Apa yang harus aku lakukan untuk dia percaya?
Kalau aku tidak
mencintai dia, aku tidak akan mencarinya. Aku tidak akan menantinya.
“Dulu, Indah percaya
abang cintakan Indah. Bodohnya Indah. Rupanya abang kahwin dengan Indah kerana
wajah Indah seiras insan yang abang cintai. Tapi Indah letakkan hati Indah
hanya untuk abang. Indah sayangkan abang.
Masa tak mampu
merawat segalanya. Indah terlalu terluka. Sampai hati abang.”
Air matanya terus
mengalir tanpa henti. Aku menggeleng. Lantas aku raihnya ke dalam pelukanku.
Aku mengusap kepalanya lembut.
“Indah, abang
cintakan Indah. Dulu, memang abang terima Indah kerana wajah Indah tapi
sekarang, di hati abang hanya ada Indah.”
“Jangan paksa diri abang
untuk terima Indah,” bisik Indah di cuping telingaku. Aku terdiam. Kelu tanpa
kata.
*****
Najdat ketawa. Aku
menyeringai. Aku tengah ada masalah dia boleh pulak duk gelak. Ingat aku buat drama
king ke?
“Kau ni kenapa? Aku
seriuslah!” Suaraku naik beroktaf-oktaf.
Dia menepuk bahuku.
“Kau ni aku gelak pun salah!”
“Memanglah salah!”
Restoran yang sesak
ini membuatkan aku terpaksa menguatkan suara.
Indah aku tinggalkan
bersama mama, papa dan ayah. Lagipun rajuknya masih belum hilang. Lebih baik aku biarkan dia sendiri dulu. Aku perlu
biarkan dia bertenang. Aku tahu semua ini salahku. Dia cuma seorang manusia
biasa yang terluka.
“Bro, Indah macam mana?” Soal Najdat
serius.
“Macam tulah. Aku
cakap, dia diam. Tadi aku dengan dia gaduh. Entahlah,” keluhku. Aku memicit
kepalaku yang sedikit berpinar.
Tanganku menongkat
dagu. Saat ini aku terpandang sepasang suami
isteri yang berbual. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka.
Alangkah indahnya jika aku dan Indah begitu.
“Imran, biasalah.
Dia baru 18 tahun. Lagipun dia terlalu terluka. Kalau aku jadi dia, dah lama
aku minta cerai!”
Bahu Najdat aku
tumbuk kasar. Dia tersengih. Kedua-dua belah tanganna dirapatkan lalu
diletakkan di dada sebagai tanda memohon maaf. Aku menjuihkan bibir.
Ada benarnya
kata-kata Najdat. Indah baru 18 tahun. Bukannya 28 tahun. Sepatutnya aku
bersabar. Aku bukannya tidak punya akal. Lagipun aku sudah mencecah 30 tahun.
Sikit bulan lagi dah 31 tahun. Cepatnya masa berlalu.
Tetapi masa itu
tetap tidak mampu merawat luka di hati Durrah Syahindah.
“Aku buntu.”
“Imran, kau kena
lakukan sesuatu. Kau kena yakinkan bini kau yang kau cintakan dia. Kau kena
yakinkan dia Haifa Syahindah dah tak ada dalam kamus hidup kau dan yang paling
penting, kau jangan lepaskan dia lagi melainkan mati.”
“Hurmm. Yelah. Nanti aku yakinkan dia,” ucapku
malas.
Fikiranku sungguh
berserabut. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku memetik jariku. Najdat
memandangku hairan. Keningnya bertaut seketika.
“Najdat, aku lupa
nak beritahu kau sesuatu.”
“Apa dia?” Soalnya
acuh tidak acuh. Pasti malas nak melayan kata-kataku.
“Baru aku tahu
kenapa semua penyiasat yang aku upah tak pernah jumpa Indah.”
Najdat membetulkan
kedudukan. Sepertinya dia berminat untuk mendengar ceritaku.
“Sebenarnya semua
penyiasat yang aku upah jumpa Indah. Lepas tu mereka jumpa Indah untuk soal
tapi Indah rayu yang dia tak nak aku jumpa dia. Sebab tulah semua cakap tak
jumpa Indah bila aku tanya.”
Sehingga begitu
sekali Indah tidak ingin berjumpa denganku dan rupanya selama ini dia duduk di
rumah mentuaku. Dia acap kali memerhatikan aku. Dan saat yang paling
mencemaskan dalam hidupku adalah saat melihat dia terbaring kaku.
Sungguh aku terlalu
sayangkan dia. Tapi di kala itu lahir anugerah Ilahi iaitu Muhammad Akhtar Saghir dan Nurul Fakhira Syahindah.
“Macam mana kau tahu
semua ni?”
“Hurmm. Indah yang
beritahu sendiri.”
Najdat mengangguk.
Aku menengadah langit malam yang bertemankan bulan dan bintang. Adakah saatnya
untuk aku bahagia?
*****
Aku pandang mama,
papa dan ayah sekilas. Mereka melemparkan senyuman kepadaku. Aku membalas.
Sejak dapat cucu, ayah tinggal bersama kami. Mama dan papa pula wajib datang ke
sini setiap hari. Baguslah. Bolehlah Indah tersenyum seketika meskipun bukan
keranaku.
“Ma, Indah mana?”
“Ada di dapur.” Mama
menuding jari ke arah dapur. Aku mengangguk.
Indah aku lihat
sedang berdiri di hadapan sinki. Rambutnya diikat. Aku mendekatinya lalu aku
rangkul erat pinggangnya dari belakang. Dia melatah.
Wajahnya berubah.
“Kenapa buat Indah
terkejut?” Aku tahu rajuknya sudah hilang. Kata ayah, Indah seorang wanita yang
cepat terpujuk.
“Hehe. Saja.”
Sehelai rambutnya
yang terjuntai di dahi aku selak ke belakang cuping telinga. Aku bawa tubuhnya
menghadap diriku. Dia melarikan pandangan.
“Ayah cakap dekat
abang yang Indah ni jenis cepat hilang marah. Betul ke?” Soalku nakal.
Dia membisu.
“Maafkan abang untuk
segalanya. Abang cintakan Indah. Jangan dera hati abang lagi. Cukuplah abang
terseksa dengan semua ni. Abang takkan lepaskan Indah pergi lagi,” tuturku lembut.
Dan dia masih
membisu.
“Di hati abang hanya
ada insan bersama Durrah Syahindah. Abang tak tahu apa lagi yang harus abang
lakukan untuk buat Indah percayakan kata-kata abang. I do love you more than I love myself.”
“Abang tahu Indah
terluka tapi izinkan abang untuk merawat luka tu. Abang sayangkan Indah.”
Sambungku lagi dan dia tetap membisu.
Akhirnya aku membuka
langkah. Meninggalkan dia. Mungkin benar tiada aku di hatinya.
“Abang, Indah
sayangkan abang jugak…” Kata-kata itu
menerobos gegendang telingaku.
Aku berpaling.
Bibirku mengukir senyuman. Indah mendekatiku. Mataku jatuh ke wajahnya.
Lantas aku
membawanya ke dalam pelukanku. Sungguh aku bahagia saat ini.
“Ehemm..” Aku
meleraikan pelukan. Mama, papa dan ayah sedang berdiri di belakang. Aku
menggaru kepalaku.
“Nak buat romantika de amo pun janganlah buat kat
sini. Papa cemburu.”
Terus kami ketawa.
Haifa Syahindah,
awak ada dalam hati saya tapi itu dulu. Sekarang hati saya hanya untuk Durrah
Syahindah. Awak dan Indah saya memang mempunyai wajah yang mirip tapi
hakikatnya awak dan dia bukan serupa…
Telah aku nantikan
dirinya dan apabila dia berada di depan mataku, takkan pernah aku lepaskan dia
pergi melainkan mati.
Dengan bangganya aku beritahu, BS sudah habis.. Kekeke.. Ini cerpen yow.. Bukan enovel.
Maaflah kalau typo ke tak best ke. Terima kasih kepada yang membaca, mengomen, menglike dan mengshare. Jasa anda tidak mampu saya balas - Salam sayang, Hanna Aleeya
:) nice
ReplyDeleteharharhar. Tengkayu cik min
ReplyDeletebest gila ending dia..
ReplyDeleteuikss. Terima kasih
Deleteok comel, sedih, seronok baca.. keepidapp da good work yaww!
ReplyDeletetehee. Terima kasih, kak tia.. :D
Deleteterbaikk
ReplyDeleteterima kasih
Deleteterbaik
ReplyDeleteAkhirnya selesai...puas hati dgn endingnya..
ReplyDeletenasib baik puas hati. Kalau tak mati hanna sebab dah lama tak buat cerita happy ending
Deletesedap jugak!
ReplyDeletethanks.. :')
Deleteuat cerpen lgi hanna, sbb smua best2 blaka..
ReplyDeleteInsya-Allah bila ada masa hanna buat ya.
Deletemenarik ek...n_n
ReplyDeleteharharhar. Terima kasih..
ReplyDelete