note : Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Dia kehendaki. (Al Maidah : 1)
Skreet! Aku cuba
menahan basikal milikku bertembung dengan BMW 530 yang dipandu laju namun aku
gagal. Sekelip mata kereta mewah itu melanggarku dan terus tubuhku melambung
lalu terjatuh di atas tar. Sakitnya hanya DIA yang tahu. Orang ramai mula
mengerumuni tubuhku. Saat itu juga terbias wajah seorang lelaki yang keluar
dari tempat pemandu. Kacaknya! Haisyy. Sempat lagi aku ni.
Pandanganku
berbalam. Dan kelopak mataku terus tertutup.
Jari-jemariku
bergerak. Kelopak mataku terbuka. Jelas suasana asing. Siling putih dan bilik
yang luas terdampar di mataku. Aku cuba untuk bangun namun bahuku terlalu
sakit.
“Cik dah sedar?”
Tegur satu suara. Terus mataku jatuh pada wajahnya. Nurse!
“Tunggu sekejap saya
panggil doktor.”
Aku hanya membisu.
Masih blur sebenarnya. Tadi aku di
atas jalan tar dan sekarang di atas katil.
Sejurus kemudian,
pintu ditolak dari luar. Seorang doktor wanita mendekatiku lalu memeriksa
tubuhku. Aku hanya mengangguk apabila dia bertanya. Penat untuk bersuara.
Sedang doktor itu
bertanya, pintu bilikku diketuk. Aku menjongketkan kening. Terus nurse itu membuka pintu. Seorang lelaki
lingkungan 20-an mendekatiku. Dia menjinjing beg plastik berisi makanan. Dahiku
berkerut.
Sepertinya aku pernah
lihat wajahnya. Sah! Lelaki ini ialah lelaki yang melanggarku. Hampagas punya mamat. Kalau ikutkan
hati, mahu saja aku layangkan penampar sulung di pipinya kerana melanggarku
tapi kesian pula. Kacak sangat!
“Im, kalau kau buat
hal lagi, siap kau!” Keras saja suara doktor itu menerjah gegendang telingaku.
Lelaki kacak itu hanya ketawa.
“Adik tak apa-apa?”
Soal lelaki itu usai doktor dan nurse meninggalkan kami.
Aku menggeleng
walhal hatiku menahan amarah yang amat. Tengok aku pun tahu aku sakit.
“Maaflah. Abang pandu laju tadi.”
“Tak apa. Hal kecik ja,” tipuku. Kecik la sangat! Kalau aku mati macam mana?
Mataku tertutup
rapat seketika sebelum teringat sesuatu. Terus aku cuba bangun. Lelaki itu
memandangku hairan. Hairan melihat aku yang terkial-kial cuba bangun dan turun
dari katil. Saat kakiku hampir mencecah lantai, pergelangan tanganku
dilelarnya.
Aku mendongakkan
wajah lalu memandangnya tajam. Tanda menyuruh dia melepaskan tanganku. Namun
dia hanya membuat tidak tahu. Ngee. Geramnya. Tahulah berlapik tapi aku tak
suka.
“Lepaslah,” tuturku
kasar. Lelaki itu menggeleng.
“Nope! Nak pergi mana? Doktor tak bagi
pergi mana-mana.”
“Orang nak pergi
kenduri kahwinlah! Akak orang kahwin. Mesti dia cari orang.”
Terus aku teringat
akan kenduri kahwin kakakku yang ketiga. Matilah. Tadi aku keluar dari majlis
itu kerana membeli garam. Dan sekarang aku terdampar di hospital. Mesti dia dah
bising semacam. Mak pun mesti dah risau. Kalau ayah ada, mesti dia turut risau.
Haih! Rindu ayah tapi nak buat macam mana. Allah lebih menyayangi dia.
Pegangan dikendurkan
dan perlahan-lahan dia melepaskan pergelangan tanganku.
“Jom!” Ajaknya.
“Pergi mana?”
“Kenduri kahwin
kakak adiklah.”
Rahangku jatuh.
*****
Dan sejak hari itu
aku rapat dengannya. Ungku Imam Fakih. Haha. Mula-mula aku dengar namanya, aku
ketawa. Nama yang pelik.
“Err. Encik nama
siapa?” Soalku ingin tahu.
“Ungku Imam Fakih,”
jawabnya sambil meneruskan pemanduan.
Pecah ketawaku.
Imam? Imam masjid mana? Muehehe.
Tawaku terhenti di
kala dia mengerlingku tajam. Wajahnya merah. Rahangnya turun naik.
“Kenapa gelak?”
“Hee. Saja.”
Bunga-bunga cinta
mula bertamu di hati. Aishh! Teruk betul aku ni. Dia cuma anggap aku macam adik
dia saja. Tapi aku tak berdaya menghalang rasa itu bertandang.
Baru 18 tahun dah
gatal! Kalau mak tahu, mesti kena piat telinga. Lagipun dia sudah tua. 24
tahun. Mustahil baginya untuk tidak bercinta lagi. Tambahan pula, dia punya
pakej yang lengkap. Kacak, tinggi, kaya, pandai, sasa dan yang paling penting,
baik.
Aku bernyanyi kecil
sambil mengemas katil. Jam pada dinding bilik aku tatap. Adeh! Aku sudah lewat.
Janji nak jumpa dia pukul 8. Sekarang dah pukul 9. Terus aku mencapai beg
sandang milikku lalu berlari mendapatkan basikal.
Basikal berwarna
ungu yang dibeli oleh si Fakih sebagai ganti basikalku yang dilanggarnya
beberapa bulan lepas. Mak bising suruh aku jangan terima tapi melihat raut
wajah Fakih yangt bersungguh-sungguh, aku terima jugak. Hasilnya, mendengar
leteran mak selama 72 jam.
“Adik..” Aku diseru.
Aku mendekati lelaki itu.
“Hehe.. Sorry lambat.”
Dia hanya
menggariskan senyuman nipis sambil mengangguk. Aucch! Hensemnya.
Aku melabuhkan
punggung di atas kerusi. Kedai makan ini lengang.
“Kenapa nak jumpa
orang?” Soalku ingin tahu. Semalam dia menelefonku dan menyatakan dia ingin
berjumpa denganku. Ada hal penting katanya.
“Hurmm. Sebenarnya
ada benda abang nak beritahu adik.”
Aku mengangguk.
Segelas teh ais yang belum terusik yang aku pasti milik Fakih aku capai lalu
aku menyisip air itu. Muahaha. Memang jahat.
“Abang cintakan
adik.”
Mataku membulat.
Rasa seperti air liur tidak boleh ditelan dan jantung berhenti berdegup
seketika.
“Apalah encik ni.
Tak lawak pun gurauan encik tu.”
Aku ketawa kecil
tapi tidak lama kerana anak matanya menerobos dalam anak mataku. Terus aku
mengambil keputusan untuk menekur lantai. Tidak berani menatap wajahnya.
“Abang tak bergurau.
Abang cintakan adik sejak pertama kali kita jumpa.”
“Hurmm..” Tidak tahu
ingin berkata apa. Lidahku sungguh kelu meskipun hatiku tersangatlah bahagia.
Suasana sepi mula
membelenggu kami. Aku berasa sangat janggal. Tulah. Lain kali kalau cinta
jangan beritahu. Nanti aku hidap penyakit bisu.
Lelaki itu terus dan
terus memandang wajahku. Aku mula berasa tidak selesa. Tanganku menggaru dahi.
“Abang nak sangat
terus berada di sini tapi esok abang kena pergi Australia.”
Keningku bertaut
rapat. Aku menghela nafas lemah.
“Kenapa?” Ajuku
dingin dan perlahan.
“Papa abang panggil
abang balik sebab tak ada orang jaga adik-adik abang. Papa sibuk sampai tak ada
masa nak jaga adik-adik abang.”
“Ohh..”
Lelaki ini pernah
memberitahuku bahawa dia punya empat orang adik lelaki yang berusia 17, 15, 12
dan 11 tahun. Dan dia punya kembar lelaki. Kembar! Juga punya dua orang abang
yang sudah berkahwin dan menetap di Kuala Lumpur. Papanya bekerja di Australia
dan punya syarikat perkapalan. Nama apa aku pun tak pasti. Mamanya sudah lama
meninggal gara-gara kemalangan jalan raya.
Di sini, lelaki ini
bekerja sebagai seorang jurutera kilang. Bila ditanya kenapa tidak bekerja
dengan keluarga, jawapan cukup mudah. Nak cari pengalaman.
“Tapi abang janji
bila abang balik Malaysia, abang akan cari adik. Abang nak kahwin dengan adik,”
tuturnya bersungguh-sungguh. Aku tersenyum kelucuan. Gaya tak ubah seperti
kanak-kanak.
Aku kerling jam pada
pergelangan tangan. Sudah terlambat untuk aku pergi kerja. Kerja cuci pinggan jerk. Terus aku bangun.
“Orang nak kena
pergi kerja. Assalamualaikum,” ucapku seraya melangkah pergi meskipun berat
sungguh ingin meninggalkan dia. Mungkin ini akan jadi pertemuan terakhir.
Arggh! Pedulikan.
“Adik!” Kakiku
berhenti melangkah.
“Ya?”
“Nama adik siapa?”
Aku hanya tersenyum.
“Orang akan beritahu nama orang bila encik dah balik sini. Orang tunggu encik.”
*****
Lima tahun! Lima tahun
aku menunggu dia tapi sehingga kini dia masih belum muncul. Janji dia memang
tak boleh pakai. Huh! Jangan berjanji kalau hanya tahu memungkiri. Lima tahun
bukannya sekejap. Lima tahun aku tutup hati ini dari mencintai mana-mana lelaki
selain dia.
Pintu bilikku
diketuk.
“Masuklah!” Jeritku
lantang.
Terus tombol pintu
milikku dipulas dan kakakku yang ketiga membolosi ambang pintu. Hanya dia yang
aku ada sekarang ini selepas mak menemui ajal tiga tahun lalu. Kakakku yang
pertama dan kedua menetap di Selangor.
Dia berjalan di
hadapanku lalu melabuhkan punggung di birai katil.
“Tadi, mak Ikmal
datang.” Ya! Kak Suraya mula membuka hikayat cinta. Tak suka aku. Aku muda
lagilah. Baru 23 tahun.
“So?” Soalku meskipun aku tahu tujuan mak
Ikmal datang ke sini. Tak hingin aku
kahwin dengan doktor tu. Mesti setiap hari asyik cakap pasal kesihatan.
“Adik, lupakan saja
lelaki tu. Lima tahun! Lima tahun bukan masa yang sekejap. Entah-entah dia dah
berkahwin dan ada anak.”
Aku memalingkan
wajah. Memakukan pandangan pada wajah dia. Aku mencekakkan pinggang.
“Orang tak rasa ada
masalah kalau orang tak nak lupakan dia. Dia dah janji yang dia akan tunggu
orang.”
Memang ikutkan hati
aku ingin melupakan dia tapi tak terdaya. Janjinya masih bermain di fikiranku
dan aku pegang janji itu.
“Adik ni tak faham
bahasa sungguh! Lupakan dia dan terima Ikmal. Ikmal baik. Ikmal kacak. Ikmal
kaya. Ikmal… lalalala.” Terus dan terus kakakku bercerita pasal Ikmal.
“Akak, kenapa akak
kahwin dengan Abang Azfar?”
“Sebab akak cintakan
dia.”
Aku mengangguk. Masa
bermain dengan psikologi.
“See! Kalau akak tak cintakan dia, akak
takkan sama sekali berkahwin dengan dia. Samalah macam orang.”
Kakakku mula merengus
kasar. Aku menggariskan senyuman nakal. Tahu dia sudah kehilangan kata-kata.
Ungku Imam Fakih, di
mana awak? Huhu.
*****
Aku menyorong
basikal ungu ini. Tayar pancit ler.
Lengan baju kurungku aku gunakan untuk mengelap peluh yang bertamu di muka.
Nampak macam gadis pingitan sungguh sorong basikal dan memakai baju kurung. Dan
saat aku ingin melintas jalan, sebuah kereta BMW 350 hampir melanggarku. Aku
bagaikan patung. Hanya mampu berdiri kaku.
Brek ditekan secara
mengejut dan si pemandu keluar dari perut kereta. Wajahnya merah menahan
amarah.
“Kau ni tak ada otak
ke, huh?” Tengkingnya. Terkejut semua urat saraf aku. Kus semangat.
Pandanganku jatuh
pada wajahnya. Darahku berderau. Dia! Ungku Imam Fakih.
“En…” Belum sempat
aku meneruskan kata, seorang wanita cantik turut keluar dari perut
kereta.Cantik! Dan lengan Fakih dipautnya.
“Sayang, janganlah
marah.” Pujuk wanita itu lembut.
Aku menekur jalan
tar. Teganya dia menduakan aku. Benci!
“Maafkan saya. Saya
pergi dulu,” tuturku sopan lalu mendirikan basikalku yang terjatuh. Empangan
mataku sudah pecah. Rasa sakit mula menggantikan rasa cinta di hati.
Bodohnya aku.
Mencintai dia sepenuh hati. Benar kata orang. Kalau sayang, jangan sayang
sangat-sangat. Sekarang hati yang terluka. Ngee. Ikutkan hati, memang Fakih
makan penumbuk aku. Geram! Sedih! Semuanya berada di hati aku.
Dan saat itu juga
hujan mula membasahi bumi. Aku terus dan terus menyorong basikalku. Untaian
hangat sudah menuruni lekuk pipi sekaligu menodai wajahku.
“Fakih, setakat ni
saja orang cintakan awak. Lepas ni orang dah tak nak ingat awak. Orang benci
awak. Benci!!!” Jeritku geram. Basikal ditolak jatuh. Puas hati aku. Tak boleh
buat tuan dia, buat barang pemberian dia pun dah kira bagus.
*****
Atas permintaan kakak,
terpaksa juga aku keluar dengan Ikmal. Bila dia bertanya, aku hanya membisu.
Bosan!
“Nur Naazneen..”
“Apa?” Ajuku geram.
“Saja. Saya suka
panggil nama awak. Hehe.”
Mamat ni sewel. Buat
sakit hati saja. Aku memeluk tubuh. Gilos
asbestos mamat ni. Sejuk. Penyaman udara buka macam aku ni manusia kebal
sejuk.
“Awak tak cintakan
saya, Naaz?”
Aku mengangguk.
Berkatalah benar walaupun pahit. Dia membrek kereta secara terkejut. Mataku
membulat. Jantungku berdetak laju. Mamat ni nak bunuh aku ke?
“Awak ni kenapa?”
Bentakku kasar.
“Awak tak cintakan
saya? Naaz! Saya bazirkan masa selama ni sebab saya ingat awak cintakan saya.
Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa?” Dia bagaikan dirasuk. Bahuku
digugahnya berkali-kali.
Saat aku ingin
keluar dari keretanya, dia menghalangku. Pintu dikuncinya. Cis! Tanganku
diraihnya kasar.
“Wei, mangkuk!
Lepaskan aku.” See! Dah terkeluar
bahasa sopan.
“Saya takkan
lepaskan awak. Awak kena cakap awak cintakan saya.”
Gila punya mamat. Terus
aku menggigit lengannya. Dia mengaduh kesakitan. Muahaha. Aku memang juara
gigit orang. Kan dah kena. Padan muka! Gatal sangat pegang tangan aku. Dia
belum kenal aku ni siapa.
Lengan kemejanya
dilipat hingga ke siku dan tempat yang menjadi mangsa gigitanku dibeleknya. Dia
mengusap lengannya berkali-kali sebelum merenungku. Pasti tidak sangka aku
seganas ni. Hei! Jangan menilai luaranku. Memanglah aku stok budak suka pakai
baju kurung tapi aku ni manusia brutal.
“Awak ni kasar la.
Kalau macam ni, saya tak naklah kahwin dengan awak. Saya nak cari orang lain,”
putusnya lalu mengetap bibir.
Bibirku menguntumkan
senyuman manis lalu menepuk tangan. Oh. Bahagianya hati ini.
“Baguslah. Dah!
Sekarang, tolong buka kunci ni. Saya nak keluar.”
Dia mengangguk lemah
dan aku terus menapak keluar dari perut keretanya. Tak mahu aku balik rumah
dengan dia. Baik balik naik teksi atau bas.
“Terima kasih,
Ikmal. Harap awak jumpa your Mrs right.
Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumsalam. I’m sorry.”
Aku menggeleng lalu
mengangkat tanganku dan sesaat kemudian, keretanya meluncur laju membelah jalan
raya yang tidak pernah sunyi. Sekarang, aku nak balik macam mana? Mataku
melilau mencari perhentian bas dan aku memakukan pandangan pada Star Parade
yang berdiri megah di hadapanku.
Boleh dating dengan buku. Bagus sungguh si
Ikmal cari port nak gaduh tadi.
Aku bernyanyi riang
sambil memanjat tangga Star Parade. Nak naik eskalator takut la pulak.
Biasalah. Aku ni gayat sikit.
Dan sedang aku
berjalan, tubuhku berlanggar seseorang. Hampir saja tubuhku menyembah lantai
kalau insan ini tidak meraih pergelangan tanganku.
“Maafkan saya.”
Darahku berderau. Cis! Ingatkan kaum sejenis. Terus aku merentap kasar
tanganku. Nak kena gigit?
Aku memanggungkan
kepala untuk melihat wajahnya. Darahku berderau. Lidahku kelu. Apa yang si
Fakih buat kat sini?
“Adik…” Aku
berpaling untuk melangkah pergi namun tubuhnya menghalangku.
“Boleh dak pi tepi sikit?” Aku mula melontarkan
suara ala-ala minah Kedah sejati.
Bibirnya melakarkan
senyuman sambil menggeleng.
Aku merengus kasar
seraya cuba melangkah. Dia mengeluh lalu mengekoriku.
“Adik tak happy ke boleh jumpa abang?”
Happy? Happy kepala otak kau. Hati aku sakitlah!
“Kalau tak nak makan
penumbuk, jangan ekori orang lagi. Orang tak suka!”
“Kenapa ni? Abang
ingatkan adik gembira tapi sebaliknya.”
“Ngee. Jangan ikut
oranglah!” Suaraku mula naik satu oktaf. Orang sekeliling dah mula tengok
pelik. Lantaklah. Aku naik angin dah ni.
Kalau peristiwa yang
menyakitkan itu diulang kembali, aku pasti layangkan penampar di wajahnya namun
aku tak sekuat mana. Hanya menangis dan terus menangis macam budak bodoh.
Sekasar-kasar aku, aku tetap gadis biasa.
Siapa yang tak sakit
hati bila orang yang dah berjanji nak hidup bersama kita sudah mendirikan rumah
tangga. Siap bermesra lagi. Mana aku tak sakit hati. Ingat aku ni mesin yang
tak ada perasaan ke? Ingat aku tak reti menangis ke?
“Adik…”
Aku memalingkan
tubuh. Mataku membulat melihat dia melutut di hadapanku. Aiyak! Malunya.
“Eii. Bangunlah,”
gesaku. Darah merah sudah menyerbu wajahku.
“Tak nak!”
“Bangun!”
“Tak nak!”
“Ikut suka hati
enciklah.”
Terus aku memulakan
langkah. Ekor mataku menjeling pada wajahnya. Dia meraup wajahnya. Jelas
terpancar riak kesedihan. Huh! Padan muka. Balasan untuk menyakitkan hati aku.
Dan saat aku
mengorak langkah, tanganku dilelar.
“Kita perlu
berbincang!”
*****
Air milo yang aku pesan masih belum terusik.
Macam mana nak minum kalau sedari tadi Fakih memerhati setiap tingkah lakuku.
Nak kontrol ayu, takut nanti melebih-lebih sampai masuk tahap mengada-ngada.
“Mana isteri encik?”
Soalku setelah sekian lama hanya mendiamkan diri.
Fakih menjongketkan
kening tanda tidak faham soalanku.
“Buat-buat tak faham
pulak!”
Aku panas dah ni.
Kesian bini dia.
“Apa yang adik cakap
ni? Abang tak fahamlah.”
“Tak faham apa? Tak
faham apa yang orang cakap ka?”
Bibirnya mengukirkan
senyuman seraya menggeleng. Oh. Kacaknya dia. Haisyy! Apalah aku ni.
Jam pada pergelangan
tangan aku kerling. Mesti kakak cari aku. Tak apa. Carilah. Nanti baru menyesal
nak jodohkan aku dengan Ikmal. Suka hati dia ja nak kenenkan aku dengan orang.
Cuba dia yang kena. Mesti menangis tak ingat dunia.
Huhu. Aku rasa macam
nak nangis.
“Adik kenapa?”
Lembut saja suaranya menerobos gegendang telingaku.
“Encik yang ada masalah sekarang ni! Kahwin tak beritahu.
Lima tahun lepas janji nak balik Malaysia dan jumpa orang. Tskk.. Tskk..” See!
Aku dah menangis.
Aku menggenggam
penumbukku. Kahwin pun boleh lupa. Memang sah nak makan penampar ni.
Sejurus kemudian dia
ketawa. Dahiku berkerut. Ada masalah mental ke?
“Adik, yang kahwin
tu bukan abanglah. Kembar abang. Ungku Iman Fakih,” tuturnya sambil menekan
perut berkali-kali.
Kembar? Allah! Aku
terlupa Fakih ada kembar. Makan semut banyak sangat. Malunya! Emo terlebih. Ngee. Tak tahu nak letak
muka kat mana. Sudahlah menangis macam budak kecik. Kakak-kakak aku tengok
mesti bantai gelak.
Nur Naazneen! Anda
sudah memalukan diri anda.
“Lain kali siasat
dulu. Ni tak. Duk tuduh abang
bukan-bukan.”
Aku merengus.
Manalah aku tahu. Dah muka sama. Naik kereta sama. Memanglah aku ingat Fakih.
“Biarlah..”
“Yelah. Adik..”
Adik, adik, adik!
Naik bosan aku. Panggilah nama aku. Panggil aku adik buat aku rasa aku muda
belia walhal dah 23 tahun. Dah kerja pun.
“Hurmm?”
“Jom kahwin!”
Kahwin?
Lambat-lambat aku menelan air liur yang dirasakan seperti pasir. Betul ke? Ah!
Bahagianya aku.
“Jom!” Ucapku terus
tanpa berfikir. Eh! Aku cakap jomlah. Malunya. Pantas aku menyembamkan muka ke
meja makan. Dia hanya ketawa dan terus ketawa.
“Adik. Adik nama
siapa?”
“Nur Naazneen,”
balasku ringkas. Jujur aku katakan aku tidak pernah memberitahu dia namaku.
Malas nak beritahu. Nanti setiap masa nama aku diseru.
“Nur Naazneen, saya
cintakan awak. Kita kahwin ya?”
Aku mengangguk
perlahan. Bahagia mula datang menggantikan rasa sakit yang bertandang di hati. Nasib
baik Ungku Imam Fakih tidak memungkiri janji. Dan nasib baik Nur Naazneen setia
menunggu. Janji dia telah dia tunaikan. Semoga rumah tangga yang bakal dibina
kekal hingga ke akhir hayat. Kekal hingga ke syurga.
Selamat Hari Raya kepada semua.. Orang raya, aku baca buku. Muehehe. Maaflah kalau tak best. Aku ni walaupun easygoing, tak reti buat kisah happy. Hanna Aleeya dan masuk mood nak membebel panjang. Apa pun, terima kasih kalau ada yang baca. Assalamualaikum - Salam sayang, Hanna Aleeya