Note : Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Bila diduga, jangan merintih. Bila kecewa, jangan menangis. Setiap kesulitan itu terselit kemudahan
Jun, 2007
Langkahku longlai.
Aku menyandarkan tubuh pada dinding ruang kecemasan. Tidak aku pedulikan
ratusan manusia yang berperang dengan masalah sendiri. Kelopak mataku tertutup
seketika. Surah Al-Baqarah ayat 214 mula bermain-main di fikiranku.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan
masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang
telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah
ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta
digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan
orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan
Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu
bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah, 214)
“Doktor, doktor tak
tipu saya kan?” Soalku lirih.
Doktor yang hanya
menunggu masa untuk berpencen itu menekur lantai. Aku menghela nafas lemah.
Pelupuk mataku sudah bergenang. Hatiku mula diterpa seribu satu rasa.
“Tidak, cik. Mengikut
ramalan kami, cik hanya punya masa sehingga November.”
“Tak ada jalan lain
ke?”
Matanya menerobos
dalam anak mataku. Stetoskop yang berada di lehernya diletakkan ke atas meja.
Dia menyulamkan jari-jemarinya sesama sendir. Aku melemparkan senyuman pahit.
Jalan yang tinggal hanya pembedahan. Ya! Pembedahan yang begitu menyakitkan.
Aku sudah tidak sanggup lagi.
Biarlah kanser itu
merebak daripada melakukan rawatan yang menyakitkan.
Terus aku tersedar
dari lamunan. Aku mula mengorak langkah untuk pulang. Tangan kananku memegang
kemas laporan kesihatanku. Dan saat aku
berjalan, bahuku dilanggar seorang lelaki. Terus laporan melayang dan
jatuh ke atas lantai hospital.
“Maafkan saya,”
tuturnya dengan riak wajah bersalah. Aku memandangnya kosong sekosong hatiku.
Aku menggeleng
sebelum terus melangkah. Panggilan lelaki itu tidak aku pedulikan. Rasa hiba
yang bertamu di hati cuba aku singkirkan. Langkahku terhenti. Aku menengadah
langit. Satu hari nanti, aku takkan berpeluang melihat langit itu.
Ah! Persetankan
semuanya. Fikiranku kusut. Langkahku goyah. Untuk apa aku menangis?
*****
Wajah doktor itu aku
pandang. Kelmarin, dia menelefonku supaya aku berjumpa dengannya. Dia
melemparkan senyuman manis. Aku hanya membisu. Sehelai kertas dihulurkan
kepadaku. Aku mengerutkan dahi.
“Laporan kesihatan
awak terjatuh. Anak saya jumpa,” tuturnya meleraikan rasa hairan yang
membelengguku.
Teragak-agak aku
mencapai kertas itu. Bagaikan separuh hatiku telah lenyap dalam kegelapan.
Siapa yang tidak sedih di saat jangka hayat hanya tinggal beberapa bulan.
“Dan dia suruh saya
berikan awak kad ni.”
Sekeping kad turut
dihulurkan kepadaku. Aku menyambut kad itu lalu aku buka.
Sesiapa yang berjiwa mesti merasai mati. Sesungguhnya akan
disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barangsiapa yang terjauh dari
neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya menanglah dia. Tidaklah
kehidupan dunia ini, melainkan kesenangan yang memperdayakan. (Surah Ali-Imran
: 185)
Aku baca ayat itu
berulang kali. Tanganku mengenggam erat kad itu. Wajahku dipanggungkan menatap
wajah doktor itu.
“Cakap dekat dia,
terima kasih.”
Empangan mataku
sudah pecah dan perlahan-lahan air mata mula menodai pipi. Benar!
Kadang-kadang, kesedihan itu mendekatkan kita dengan Yang Esa. Bila sedih
datang, manusia mula runsing.
Manusia mula mencari
macam mana dia nak keluar daripada sedih. Bagaimana dia nak keluar daripada
dukacita dalam kehidupan. Ramai orang yang menemui Allah dan mencari Allah
ketika dia sedih dan tak ramai orang yang mencari Allah ketika dia bahagia.
Walaupun kita tak disuruh mencari sedih tapi sedih berjaya membawa orang
berjumpa Allah.
“Ya Allah, aku rela
jika waktu aku untuk bernafas di muka bumi ini tinggal beberapa detik sahaja
lagi. Sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik untukku. Hanya kepada-Mu aku
meminta dan mengadu. Ya Rabb, berikanlah kepadaku hamba-Mu ini kekuatan untuk
menjalani hidup yang penuh ranjau dan duri.
Kesedihan yang
Engkau campakkan ke dalam diriku bukan satu yang menyakitkan. Untuk aku terus
berada dekat dengan-Mu, aku perlukan hati yang dekat dengan-Mu. Terima kasih Ya
Allah untuk segalanya.” Aku terus dan terus menangis. Lama aku berteleku di
atas tikar sejadah.
Segenap ruang tamu
itu aku pandang. Perlahan-lahan aku
melabuhkan punggung di atas sofa. Kalau aku mati, siapa nak uruskan jenazah
aku? Ibu dan ayah sudah lama meninggal. Tambahan pula aku hanya anak tunggal.
Saudara-mara ayah dan ibu langsung aku tidak kenal.
Tanganku ligat
memicit dahi. Sesekali aku terbatuk. Wajahku pucat, bibirku kering. Sakitnya
hanya DIA yang tahu. Kalaulah rasa sakit ini boleh hilang dengan menghentakkan
kepala ke dinding. Diam tak diam, sudah 23 tahun aku berada di atas muka bumi
ini.
Mungkin sudah tiba
masanya untuk aku pergi. Ah! Ramalan doktor tak semestinya benar. Jodoh, ajal
dan maut rahsia Ilahi.
*****
Hari berganti hari. Sekarang
sudah penghujung bulan September. Bola mataku terhenti di meja yang dipenuhi
ratusan kad. Semuanya daripada anak doktor itu. Tidak jemu-jemu memberikan kad.
Kad yang diletakkan di hadapan rumahku pagi tadi aku capai.
Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku,
ibadatku, hidupku dan matiku, semuanya bagi Allah, Tuhan semesta alam
(Al-An’aam : 162)
Mataku mula
melarikan pandangan. Mula membaca keterangan ayat itu.
Katakanlah (ya Muhammad SAW dan orang-orang mukmin) : Sesungguhnya
sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya semata-mata merana Allah SWT
dan mengharapkan keredaanNya, bukan kerana riak, hendak dipuji orang atau
kerana malu dan sebagainya. Maka, orang mukmin hidupnya untuk mentaati Allah
SWT dan keredaanNya serta mengorbankan jiwanya atau mati untuk mentaati Allah
dan keredaanNya juga. Begitu juga sembahyangnya dan semua ibadatnya, semuanya
kerana Allah semata-mata dan tidak disekutukan dengan yang lain. Demikian
kesucian hati mukmin yang sejati.
Tengah hari itu, aku
ke hospital berjumpa dengan Doktor Adam seperti selalu. Kepalaku kembali
berpinar. Aku memicit kepalaku berkali-kali. Langkahku terhenti. Aku memegang
tiang di tengah ruang legar hospital.
Pandangan orang
ramai tidak aku pedulikan. Kelopak mataku tertutup sebelum aku rebah di situ.
Jari-jemariku
terbuka. Kelopak mataku terbuka dan tertutup seketika. Kepalaku terasa sangat
berat. Jelas wayar yang berselirat di tubuhku. Seseorang lelaki yang memakai
t-shirt putih dan jeans hitam berdiri di jendela. Pandanganku samar-samar sahaja.
Lelaki itu mengheret
langkah ke arahku tatkala menyedari aku sudah sedar.
“Masih sakit?”
Soalnya lembut.
Aku hanya membisu.
Apalah sakit ini jika dibandingkan dengan azab neraka.
“Saya tengok awak,
saya tahu awak derita tapi saya kagum. Awak tak nampak macam orang yang
menghidap kanser.”
“Tak perlu kagum.
Sebab apa yang awak nampak tak sama macam apa yang saya nampak,” tuturku
dingin.
Tekakku terasa loya.
Aku ingin bangun namun kekuatanku sudah hilang. Lelaki itu memandangku hairan.
“Sa..ya nak
mun..ntah,” ucapku tersekat-sekat. Lelaki itu membulatkan mata. Kemudian dia
berlari keluar dan kembali semula ke dalam bilikku dengan bekas di tangan.
Terus aku memuntahkan segala isi tanpa mengambil kira reaksi lelaki itu.
Air mataku terus mengalir
laju. Betapa aku tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Aku memegang kepalaku
yang terlalu sakit.
“Zuhur…” Aku
memanggungkan wajah.
“Macam mana awak
tahu nama saya?” Suaraku mula naik satu oktaf.
Namun lelaki itu
tetap tenang. Bibirnya mengariskan senyuman. Siapakah lelaki ini dan kenapa dia
berada di sini? Aku tidak kenal lelaki ini. Malah namanya tidak aku tahu.
“Saya, anak Doktor
Adam.”
Dia! Insan yang
acapkali mengirimkan kad kepadaku. Aku terdiam. Aku melarikan pandangan.
Menengadah siling bilik yang sepi itu. Sepi seperti hatiku. Aku menghela nafas
lemah. Dahiku ditekan berkali-kali.
“Kenapa boleh ada
kat sini?”
“Dua hari lepas,
saya nampak awak jatuh. Papa suruh saya tengok-tengokkan awak sebab keadaan
awak tak baik. Awak..” Belum sempat dia meneruskan kata, aku sudah memintas.
“Dua hari?”
Lelaki itu
mengangguk. Aku mengurut dadaku. Rupanya sudah dua hari aku terlantar tapi aku
rasakan hanya beberapa detik aku berada di sini. Mujurlah nyawaku masih
panjang. Alhamdullilah! Aku masih punya waktu untuk berada di atas muka bumi
ini.
Wajah redup itu aku
pandang dengan ekor mata. Cermin mata tanpa bingkai miliknya terlurut jatuh ke
pangkal hidung. Aku melarikan pandangan di saat dia perasan aku memandangnya.
Bibirnya mengukirkan senyuman nakal.
“Zuhur Aneesa..”
Namaku diserunya.
“Saya, Nufail
Syahid.”
Aku membisu. Syahid.
Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan yang baik dan ingin sekali aku mati
dalam keadaan syahid. Sesungguhnya sakit ini bukan apa. Hanya picisan kecil
dugaan untukku. Yang buat aku bahagia adalah mengadu dan memohon denganMu.
“Zuhur…”
“Saya nak berehat!”
Terus aku menarik gebar selimut hingga ke paras dada dan membelakangkan dia.
Seketika kemudian, kedengaran pintu ditutup rapat.
*****
Tangannya ringan
saja menghulurkan hirisan epal kepadaku. Aku hanya memandang sepi tanpa
menyambut hulurannya. Perlahan-lahan aku memalingkan wajah. Dia merengus lemah.
Sudah seminggu lebih aku menjadi penghuni bilik ini dan seminggu lebih jugak
dia bertandang ke sini. Tidak jemu-jemu meskipun aku tidak berminat melayan
kehadirannya.
“Makanlah sikit.”
Suaranya menerjah gegendang telingaku. Aku menggeleng tanda tidak mahu!
“Zuhur, makan!”
“Tak lapar,” tuturku
acuh tidak acuh.
Dan tanpa rela, dia
memasukkan hirisan epal ke dalam mulutku. Mahu tidak mahu aku terpaksa telan
meskipun tekakku sangat perit. Entahlah. Selera hilang entah ke mana. Yang aku
tahu hanya memicit kepala, menangis dan mengadu dengan Yang Esa.
“Kenapa awak layan
saya macam ni?” Soalku ingin tahu.
“Sebab saya….”
Sesaat kemudian, dia
meraup wajahnya. Cermin mata yang dipakai ditanggalkan lalu diletakkan di
tepiku.
“Saya cintakan
awak..”
Sekarang, aku
benar-benar terpana. Untuk apa dia cinta sedangkan dia tidak kenal siapa aku?
Adakah dia berkata begitu kerana kasihan dengan diriku?
Tanganku meramas
bucu selimut. Wajah itu langsung aku tidak pandang. Tidak perlu kasihan dengan
diriku! Aku masih kuat. Buktinya, aku masih berada di sini. Betapa mudahnya
lelaki ini mengungkap kata cinta.
“Saya nak tidur,”
ucapku dingin.
“Awak selalu
mengelak. Zuhur Aneesa, saya cintakan awak. Saya nak hidup dengan awak.”
Aku memekakkan
telingaku.
Tubuhku berpaling.
Tidak mahu menghadapnya. Mataku berair. Lantas hujung jariku mengesat birai
mata. Semakin lama, aku rasakan aku bukan Zuhur Aneesa yang kuat. Apa-apa hal
yang berkaitan dengan diriku pasti akan menyebabkan empangan mata ini pecah.
Dan sekarang, aku
tidak percaya kata-kata lelaki ini. Boleh saja dia mengujiku.
“Saya tahu awak
dengar. Zuhur, saya ikhlas nak memperisterikan awak. Berikan saya peluang.”
Aku menyeringai.
Lantas aku bangun menggunakan kekuatan yang aku ada.
“Awak tak nampak?
Awak tak nampak keadaan diri saya? Saya cuma tunggu masa nak mati!” Jeritku
lantang. Bahuku terhinggut-hinggut menahan esakan yang semakin menggila. Dia
tak akan faham apa yang aku rasa. Perit, pedih, sakit.
Rasa itu tak mampu
dikongsi. Rasa yang hanya aku dan Sang Pencipta yang tahu. Kalaulah aku mampu.
Mampu melontarkan segalanya yang terbuku di hati. Zuhur Aneesa hanya manusia
biasa. Setabah-tabah aku, aku tetap akan
kecundang di tengah jalan.
“Zuhur Aneesa! Ini
kali terakhir awak bercakap soal mati. Ramalan doktor tak semestinya benar.
Saya tahu awak tertekan tapi percayalah, awak perlukan seseorang yang mampu
menemani dan menjaga awak hingga ke hujung waktu.
Setiap sakit itu ada
penawarnya kecuali mati. Jangan sesekali berputus asa daripada rahmat Allah.”
Aku kembali membisu.
Kepalaku berpinar. Terus tanganku memegang kepala. Ingin dihentakkan kepala
ingin ke dinding supaya sakit boleh hilang.
“Awak memang
perlukan seseorang yang boleh jaga awak, Zuhur Aneesa.”
Benarkan aku
perlukan seseorang yang boleh menjagaku?
*****
Kelopak mataku
terbuka. Lelaki itu sedang tidur berbantalkan lengan. Hatiku sesak. Untaian
hangat mula menyapa pipi. Aku kasihan dengan dirinya. Siang dan malam terpaksa
menjagaku. Lelaki ini sudah menjadi suamiku! Ya! Suami.
Tingkah lakuku
memerhati dirinya membuatkan dia terjaga. Matanya digosok berkali-kali sebelum
menggariskan senyuman. Ah! Senyuman untuk melindungi rasa penat.
“Sayang nak minum
air ke?”
Aku menggeleng.
Terketar-ketar aku mencapai tangannya.
“Abang, maafkan
Zuhur. Zuhur tak mampu jadi macam orang lain. Zuhur tak layak untuk abang. Kalau
Zuhur tak ada nanti, Zuhur harap sangat abang boleh cari insan yang lebih baik
dari Zuhur. Masa yang tinggal tak lama. Hanya beberapa minggu.
Masa Zuhur sehingga
November sahaja dan sekarang sudah bulan Oktober.”
Lelaki itu mengelus
pipiku lembut seraya menggeleng. “Tidak sayang. Kalaupun sudah tiba waktunya
untuk sayang pergi, abang takkan pernah cari pengganti. Hanya sayang dan sampai
bila-bila pun, tetap sayang sahaja.
Abang tak pandai
bermadah pujangga. Abang tak pandai meniti kata cinta tapi ketahuilah, abang
berkahwin dengan sayang bukan kerana kasihan tapi kerana abang cintakan
sayang.”
Ya Allah, Ya
Tuhanku. Betapa beratnya untuk aku pergi meninggalkan dia. Berikanlah kepada
hamba-Mu ini kekuatan dan panjangkanlah umurku.
Dia melemparkan
senyuman seraya mengesat air mataku menggunakan jari-jemari kasarnya.
“Abang, benar di
sebalik kepahitan yang DIA berikan, ada manis yang tak tersangka. Zuhur boleh
pergi dengan tenang sekarang ni.”
“Sayang, semoga
panjang umur. Semoga kesempatan untuk sayang melihat dunia ini masih lama…”
Amin! Tapi jika
benar, masa untukku pergi semakin hampir, aku rela. Sesungguhnya Sang Pencipta tahu
apa yang terbaik untukku.
bersambung..................
Mungkin ada yang kenal siapa ZA but believe me, kisah ZA tidak seperit ini. Hehe. Malah memorinya sangat bahagia jika hendak dibandingkan kisah ini. Ini kisah khayalan yang berdiri di sebalik kenyataan.
I don't know tapi aku tetap menulis sebab sangat stress dan tensyen gara-gara pidato and whatsoever. Bahagian kedua menyusul selepas ini. Yepz. Assalamualaikum..
Psss.. Nak sad ending or happy ending? Jawapan anda membantu saya sebenarnya :')
Benarkah kisah hidup Zuhur Aneesa sehingga November sahaja? Nantikan selepas ini. Harharhar
happy ending la hanna :)
ReplyDeleteaaaa. Okeh! Hanna pun nak happy ending sebenarnya. Muehehe
DeleteNk sad ending..hiks :)
ReplyDeleteawat sesat sampai sini? muahaha
Deletesad ending
ReplyDeletehang dgn mali sama ja. Org lain nak happy ending, hampa nak sad ending.. adoyai
Deleteok cerpen ni a bit sedih kan. hmm mestila happy ending :)
ReplyDeleteyepz. Sokong! Happy ending.. lalala
Deletenk happy ending please... hanna
ReplyDeletesmbng lgi... hehe
eh, PMR tak habis lagi.. Gi baca buku. hekhek
Deletehappy ending please.doktor bukan tuhan.ajal maut dia tentukan.
ReplyDeletebetul tu! Doktor hanya boleh meramal, sesungguhnya DIA yang menentukan
DeleteHappy ending !
ReplyDelete