note : Bukan semua cerita berakhir dengan bahagia
Aku memalingkan tubuh. Bibirku melakarkan senyuman.
Terkedek-kedek Zahran dan Syahidah berlari ke arahku. Lantas aku merangkul
tubuh mereka berdua. Dahi mereka aku kucup penuh kasih sayang. Jari-jemariku
mengelus lembut pipi mereka. Wajah yang begitu mirip denganku dan Nufail. Ini
tanda kasih sayang kami berdua.
Betapa aku panjatkan
syukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga hari ini aku masih bertahan meskipun
tidak bebas dari kanser sepenuhnya. Hanya Sang Pencipta yang mengerti
perasaanku tika ini.
“Umi, mana Baba?”
Ucap Syahidah sambil menggariskan senyuman.
“Baba pergi kerja,
sayang. Nanti dia balik.”
“Tapi bila?” Sampuk
Zahran pula. Kembar berusia 3 tahun ini memang membahagiakan hari-hariku.
“Nantilah.”
“Nanti tu bila?” Aju
Syahidah pula.
Belum sempat aku
membuka mulut menjawab soalan mereka berdua, daun pintu ditolak lalu Nufail
membolosi ambang pintu. Terus mereka berlari mendapatkan Nufail. Aku
menggeleng. Perlahan-lahan aku membuka langkah lalu mendekati Nufail. Tanganku
dihulurkan kepadanya lalu aku kucup tangannya.
Seketika kemudian,
bibirnya melekap pada dahiku.
“Baba, kenapa balik
lewat?”
“Baba ada kerja
banyak tadi. Dah! Pergi tengok kartun. Nanti Baba bawak pergi taman,” tutur
Nufail lembut.
Anak-anakku berlari
lalu melabuhkan punggung di atas sofa dan memandang kaca televisyen.
Kemudian, aku
mengalihkan kembali pandanganku pada Nufail. Dia melemparkan senyuman manis.
Tali leher dan briefcase dihulurkan
kepadaku. Terus aku menyambut. Kami mula mendaki anak tangga menuju ke bilik
tidur.
“Kenapa abang balik
lewat? Selalunya pukul 5.30 dah terpacak depan rumah,” tegurku usai melabuhkan
punggung di birai katil.
“Aik? Lewat setengah
jam je! Abang banyak kerjalah,
sayang.”
“Yelah, Encik Nufail Syahid. Pakar
psikologi ni memang banyak kerja.”
Dia ketawa dan
hidungku dicuitnya.
Aku tidak dibenarkan
bekerja. Katanya, cukuplah hanya dia yang bekerja.
“Sayang…”
Wajahku
dipanggungkan. Mata bening itu menerobos dalam anak mataku.
“Semoga dipanjangkan
umur..”
Aku tersenyum.
Memang setiap hari takkan pernah lepas mendoakan aku dipanjangkan umur.
Ya Allah,
sesungguhnya aku bahagia dengan takdir-Mu.
*****
Aku biarkan saja
Zahran dan Syahidah bermain riang. Nufail asyik sekali menyelak helaian akhbar.
Lantas aku menyandarkan tubuhku pada bangku lalu kelopak mataku tertutup. Angin
petang mula menyapa pipi.
Selepas ujian yang
datang, perlahan-lahan kebahagiaan mula menyerap dalam diri. Teringat kembali saat-saat
yang begitu mencemaskan dalam diriku.
Jari-jemariku
bergerak dan perlahan-lahan aku cuba membuka kelopak mataku meskipun terlalu
sukar rasanya. Dan saat itu juga kedengaran seorang jururawat memanggil doktor.
“Puan!” Tegur doktor
wanita itu.Mataku jatuh ke wajahnya.
Di belakang doktor
itu, Nufail berdiri kaku. Bibirnya menggariskan senyuman lalu mendekatiku.
Tangannya melekap pada tanganku. Dan pipiku dielus lembut. Kelopak matanya
bergenang. Hanya menunggu masa air mata lelaki miliknya menodai pipi.
Aku mengerutkan
dahi. Kelakuannya bagaikan sudah lama tidak bertemuku.
“Kenapa abang
menangis? Macam dah lama tak tengok Zuhur.” Ajuku ingin tahu.
“Puan, sudah sebulan
lebih puan tak sedarkan diri,” tutur doktor itu. Aku menggeleng. Rasanya aku
hanya terlelap buat seketika.
Tubuhku diperiksanya
lalu dia dan jururawat yang setia di sisinya meninggalkan aku dan Nufail.
“Sayang!”
“Abang ingat sayang
dah pergi tinggalkan abang. Pagi tu, masa abang bangun, abang tengok wajah
sayang pucat sangat. Abang takut. Abang takut sayang dah tak ada tapi
bahagianya abang bila jantung sayang masih berdegup dan nadi sayang tidak henti
berdenyut.
Setiap hari, abang
teman sayang. Abang harap sangat sayang tersedar daripada tidur yang panjang
tapi sayang tetap tidur. Kalaulah abang boleh gantikan tempat sayang. Kalaulah
yang sakit itu abang. Dan abang sangat berharap sayang masih panjang umur dan
doa abang, DIA dengar.”
Aku tersenyum.
Besarnya kebesaran Ilahi.
“Sayang!” Tegur
Nufail.
Terus aku tersedar
daripada lamunan panjang.
Pelipisnya diurut
berkali-kali sebelum perlahan-lahan dia memakai kembali cermin matanya. Surat
khabar diletakkan di tepinya dan tubuhnya menghadapku.
“Sayang teringat
masa dulu ke?” Tekanya.
Aku mengangguk
sebelum mendongak memandang langit yang membiru dan tidak bertepi. Aku masih
berpeluang melihat langit ini. Aku masih berpeluang berada di atas muka bumi
ini. Mustahil untuk aku melupakan waktu-waktu dulu. Perit, sukar, pedih. Tapi semua
itu telah digantikan dengan kebahagiaan.
Nufail menghela
nafas lemah sebelum kembali memandangku.
“Waktu dulu sangat
sukar tapi kesukaran itu tidak lama seperti yang abang jangkakan.”
“Yepz. Zuhur ingatkan Zuhur hanya ada
waktu sehingga November saja. Rupanya takdir Ilahi mengalahkan segalanya. Zuhur
masih hidup hingga sekarang,” ucapku.
“Sayang, yang tu
semua kan ramalan doktor saja.” Nufail menegurku.
Memang semua itu
cuma ramalan tapi hati mana yang tidak digasak rasa risau tatkala dijangkakan
hanya mampu hidup untuk beberapa bulan saja.
Bahuku dirangkul
erat Nufail dan aku melentokkan kepala di bahunya. Hujung tudungku mula bertiup
mengikut alunan angin. Burung-burung berkicauan. Petang yang sungguh bahagia
dan ceria. Sesekali mataku singgah pada wajah Zahran dan Syahidah.
Risau berlaku
bukan-bukan kepada mereka.
“Abang…”
“Hurmm?”
“Abang masih
sayangkan Zuhur?” Tanyaku teragak-agak.
Sudah lama aku ingin
nyatakan soalan ini kerana kali terakhir aku mengajukan soalan ini semasa aku sedang sakit. Ya! Kerana aku takut
dia menyatakan cinta waktu itu gara-gara kasihankan diriku ini.
“Sayang, cinta abang
tak pernah luntur walaupun sedikit. Abang bukan orang yang romantik tapi sayang
kena tahu dan ingat sampai bila-bila yang dalam hati ini hanya ada seorang
wanita bernama Zuhur Aneesa. Kenapa sayang tanya?”
“Err. Zuhur tanya
sebab Zuhur ingat abang tak sayangkan Zuhur,” tuturku terus terang.
Lelaki itu
bersandar. Kemudian menghadiahkan senyuman kelat. Tangannya dimasukkan ke dalam
poket seluar track. Rambutnya yang
tersisir rapi diramas beberapa kali.
Jeritan dan riuhan
anak-anak kecil yang leka bermain tidak aku pedulikan. Bagaikan kami sedang
berada di dunia yang lain.
“Sayang, kalau benar
abang tak sayangkan sayang, abang takkan bazirkan masa bersama sayang. Takkan
habiskan masa menemani sayang.”
Rasa bersalah mula
bertamu di hati. Peluh merinik di dahiku.
“Abang, maafkan
Zuhur. Zuhur cuma nak tahu je.”
Dia menggeleng.
“Tak apa. Untuk
sayang, semua boleh.”
Aku mengoyak
senyuman. Dan tiba-tiba, tanganku digugah seseorang. Aku mula menumpukan
perhatian kepada insan yang berada di hadapanku. Zahran rupanya!
Syahidah pula berdiri
di hadapan Nufail. Rambutnya ditocang tinggi. Matanya bundar dan
bersinar-sinar. Bibirnya tidak lekang menguntum senyuman.
“Umi, Baba. Jomlah
balik. Dah nak maghrib ni. Asyik bercinta sampai tak hairan dunia sekeliling,”
ujar Zahran. Terus pecah ketawa aku dan Nufail.
“Yelah. Jom,” ajak Nufail. Zahran berada
di dalam dukunganku dan Syahidah berada di dalam dukungan Nufail. Tangan kiri
Nufail menggagau tangan kananku lalu kami berjalan pulang ke rumah.
Ya Allah, terima
kasih untuk segalanya. Hanya kepada-Mu aku mengadu dan memohon. Berikanlah aku
kesabaran dan berkatilah rumah tangga kami hingga ke syurga-Mu.
Kisah ZA masih panjang tapi biarlah setakat ini saja penghujungnya. Aku tak pandai sangat buat ending sweet meskipun aku ni sweet gilak. Muehehe.
Terima kasih kepada yang membaca, mengomen, mengshare dan menglike. Jazakallahu khairan kathira. Tehee. Assalamualaikum dan selamat malam. Salam sayang, Hanna Aleeya
best gila.... gila gila
ReplyDeletegood job hanna
ngehngeh. Makaseh
Deletemna la dik hanna kta nih, x smbng lgi cerpen2 yg lain..
ReplyDeletelma dah tnggu nih.. hehe
exam ka?
hehe. Menghilang kejap sbb pc rosak. And hanna exam.
Deleteehhh nama anak dorang..syahidah,macam nama akak..hehe.btw nice story dear :D
ReplyDeleteboleh akak feel jdi watak syahidah jap. muehehe. thanks
Deletecomel je cita ni!!
ReplyDeleteawal2 td da nk nagis da...
sedey...nsib x ngis law x msti kne gelak ngan roomate..
haha
hikss.. terima kasih
DeleteMuahaha. Jangan tangkap leleh. Hanna tak ada duit nak tlg belikan tisu
Awak orang sarawak meh??
ReplyDeletehahaha. bukan. orang kedah
Delete