Aku masih pegun.
Dirasakan seperti cecair pekat mula mengalir di celah jari-jemariku. Orang yang
lalu-lalang tidak membantu. Ah! Biarkan saja. Aku harus hidup berdikari. Sakit
seperti ini sudah acap kali aku rasa. Betapa aku bersyukur meskipun aku tidak
dapat melihat.
Tiba-tiba tanganku
dicapai seseorang lalu dia membantuku berdiri. Aku mengukirkan senyuman.
“Terima kasih,”
tuturku perlahan.
“Sama-sama.” Suara
yang garau membalas kata-kataku. Aku terpana. Wajahku berubah. Aku ingatkan
insan yang membantuku ialah wanita tapi telahanku silap. Yang membantuku ialah
seorang lelaki!
Terus aku berpaling
meninggalkan dia seorang diri. Aku terus berjalan dan langkahku terhenti
tatkala merasakan ada yang membuntuti langkahku.
“Jangan ikut saya!”
Aku cuba memberi amaran keras. Meskipun aku tidak dapat melihat, pendengaranku
masih jelas.
Aku kemudian
meneruskan langkah tetapi langkahku terhenti kerana insan itu masih mengikutku.
Aku merengus kasar.
“Jangan ikut saya!”
“Tapi saya risau
awak terjatuh lagi,” ucapnya lembut. Lelaki yang membantuku tadi rupanya.
Bibirku melemparkan
senyuman sinis. Tidak perlu jatuh kasihan dengan diriku. Aku sudah terbiasa.
Sudah ratusan tempat
aku melangkah dengan kakiku meskipun mata ini tidak dapat melihat. Kadangkala,
aku berasa sedih kerana dilahirkan buta tapi aku yakin setiap yang berlaku ada
hikmahnya. Biar sejuta kali aku dicaci dan dicemuh, sudah aku berjanji dengan
diriku untuk terima semua ini seadanya.
Siapalah aku untuk
melawan takdir Ilahi.
“Kalau saya tak
terjatuh, saya takkan tahu makna luka. Sekarang, saya rasa baik awak pergi.
Saya tak perlukan pertolongan awak.”
“Tapi..”
“Sudah!” Aku terus
melangkah tapi kemudian, tanganku disambarnya.
“Awak ni kenapa?”
Tengkingku kuat.
“Jari awak luka.
Biar saya rawat.”
Aku meleraikan
pautannya. Aku menggeleng.
“Sekali lagi awak
sentuh saya, tangan ni akan singgah di pipi awak. Saya bukan perempuan murahan.
Tangan saya haram untuk seorang lelaki yang bukan mahram,” tuturku keras
kemudian aku terus melangkah pergi.
*****
Angin malam menyapa
pipiku. Rambutku beralun lembut. Aku mengukirkan senyuman. Ingin sekali aku
melihat alam ciptaan Yang Esa ini. Mataku terpejam seketika. Biarlah aku
menghayati keindahan alam ini dengan caraku sendiri.
“Along…” Aku
berpaling meskipun pandanganku kelam.
Bahuku disapa
seseorang. Aku melekapkan tanganku di atas tangan itu. Adikku rupanya.
“Along buat apa
tadi?”
“Along menghayati
alam ini. Angah dah tidurkan adik-adik?”
“Sudah!” Aku
mengangguk sebelum menyepi.
Perlahan-lahan aku
menghela nafas lemah. Usiaku sudah mencecah 21 tahun. Angah pula 16 tahun.
Adik-adikku yang lain pula masing-masing berusia 12, 11 dan 8 tahun. Sejak ayah
dan ibu meninggal kerana kemalangan jalan raya, aku mengambil alih tugas
sebagai seorang ketua keluarga.
Aku rela tidak
meneruskan pelajaran asalkan adik-adikku semua berjaya dalam pelajaran. Biarlah
aku berkorban demi kebahagiaan mereka.
“Along, sampai bila
kita nak macam ni? Angah kasihankan Along,” ucapnya satu.
“Angah, kalau hari
ini kita menangis duka, Insya-Allah esok kita tersenyum bahagia. DIA tahu apa
yang terbaik untuk kita. Yang penting, kita harus berdoa dan berusaha. Angah
jangan risaukan Along. Meskipun mata Along buta, hati dan akal Along
sebaliknya.
Yang penting
sekarang, Angah dan adik-adik berjaya. Jangan sia-siakan pengorbanan Along.”
Terus tubuhku
dirangkulnya erat. Untaian hangat jatuh ke bahuku. Aku tersenyum. Sudah aku
berjanji untuk tidak menitiskan air mata walau apa pun yang terjadi.
Ya Allah, kuatkanlah
aku menghadapi hidup ini. Sesungguhnya hanya kepada-Mu aku memohon dan mengadu.
*****
Suasana yang
hingar-bingar tidak aku hiraukan. Tugasku masih banyak. Upah mencuci pinggan
tidaklah banyak tapi masih mampu menanggung kami sekeluarga. Peluh yang
bertapak di dahiku aku kesat dengan telapak tanganku.
Tanganku mencapai
pinggan kotor yang diletakkan di atas sinki lalu aku celupkan ke dalam besen
yang berisi air sabun. Lincah saja aku melakukan kerja ini.
“Marha, boleh tak
kau tolong hantarkan sudu dan garpu ni kat meja nombor 1? Aku nak ke tandas,”
ucap Syikin kalut. Aku mengangguk. Aku tahu meja nombor 1.
Lantas aku
menanggalkan sarung tangan yang aku pakai lalu aku capai sudu dan garpu yang
dihulurkan kepadaku. Aku memulakan langkah. Teraba-raba aku mencari arah dan di
saat aku yakin aku sudah sampai ke meja nombor 1, langkah terhenti.
Perlahan-lahan aku
meletakkan sudu dan garpu di atas meja itu dan saat aku berpaling, tubuhku terlanggar
seseorang. Terus aku merasakan air panas tertumpah di atas kakiku. Aku mengaduh
kesakitan.
“Ya Allah, Marha.
Maafkan aku. Aku tak nampak kau.”
Aku menggeleng.
Bibirku melakarkan senyuman nipis meskipun rasa sakit mula menjalar di kakiku.
“Tak apa, Alif. Tak
sakit pun.” Aku terus kembali ke tempatku.
Terhincut-hincut aku
berjalan. Aku mengetap bibir. Dirasakan seperti titisan hangat ingin mengalir
namun aku tahan jua.
Aku terduduk di saat aku merasakan sakit ini
semakin tidak tertahan. Selipar buruk yang aku pakai aku tanggalkan
perlahan-lahan lalu aku mula menyentuh lembut bahagian kakiku yang sakit. Mataku
terpejam.
Sebatang pokok yang
besar menjadi tempat aku bersandar. Aku terus dan terus mengusap lembut kakiku.
Dan saat itu aku rasakan ada kereta yang berhenti di hadapanku.
“Cik..” Suara itu
lagi.
Aku bingkas bangun
dan teraba-raba mencari selipar yang aku tanggalkan. Di kala aku sudah
menyarungkan selipar ke kakiku, aku mula meneruskan langkah tapi hanya dua tiga
langkah aku mampu berjalan. Kakiku terlalu sakit.
Pasti kakiku merah
saat ini. Aku kembali duduk.
“Cik, kenapa ni?”
Lelaki itu bertanya. Aku pasti dia berada di hadapanku. Aku menggeleng.
Kakiku disentuhnya
namun aku menjauhkan kakiku. “Jangan sesekali sentuh saya!”
“Tapi kaki cik
melecur teruk. Kalau cik tak nak saya sentuh kaki cik, biar saya bawa cik ke
klinik.”
“Tak apa. Nanti
legalah tu,” tukasku sambil menggeleng.
“Kenapa keras kepala
sangat? Kaki cik ni teruk!” Suaranya naik satu oktaf. Terus lengan aku
dicapainya lalu dia mengheretku masuk ke dalam perut keretanya. Aku terduduk.
*****
Tanganku disulamkan
sesama sendiri. Dari tadi aku hanya membisu. Mahu cari wang di mana untuk
membayar balik wang lelaki ini? Aku
menggaru kepalaku yang tidak gatal.
Lelaki ni pun satu!
Aku tak nak, dia heret jugak. Tapi dia kata, aku tidak perlu bayar kembali
wangnya.
“Cik nama siapa?”
“Marha,” balasku
malas.
Tidak dapat aku
lihat reaksi lelaki ini. Mudakah dia atau sudah berusia? Kacakkah dia atau
tidak? Aku menggariskan senyuman nipis. Cantikkah aku? Ingin sekali aku lihat
wajah ini tapi aku tidak berpeluang. Kata Angah, aku punya seraut wajah yang
lembut dan tenang.
Mataku bulat dan
bening serta aku punya dua ulas bibir yang nipis. Hidung yang sederhana mancung
dan kening yang sederhana lebat. Itu kata Angah. Entah betul, entah tidak.
Kata Angah lagi,
wajahku persis ibu. Tanpa sedar, aku menghela nafas lemah. Bagaimanakan rupa
ibu dan ayah juga rupa Angah dan adik-adikku?
“Kenapa Marha
mengeluh?” Ajunya lembut.
Aku mengetap bibir
lalu menggeleng.
“Marha, kenapa awak
bekerja? Umur awak berapa? Saya rasa awak muda lagi.”
“Kalau saya tak
bekerja, adik-adik saya nak makan apa? Muda atau tidak, itu awak tak perlu
tahu,” ucapku dingin.
“Awak terlalu
dingin, Marha. Dingin sedingin-dinginnya. Siapa awak Marha? Kenapa awak baru
muncul dalam hidup saya?”
Jika diri ini tidak
dingin, mungkin aku sudah tersungkur jatuh. Aku harus kuat. Kalau aku lemah,
adik-adikku juga akan lemah. Aku tidak mahu perkara itu terjadi.
Biar aku derita
asalkan adik-adikku bahagia. Tidak akan sama sekali aku biarkan untaian hangat
mereka menitis demiku. Nur Hidni Marha harus kuat! Buta bukan penghalang untuk
aku terus mengejar kebahagiaan.
“Itu hak saya untuk
dingin atau tidak. Siapa saya? Seorang hamba Allah yang masih sihat. Jangan
bertanya kepada saya kenapa saya muncul dalam hidup awak. Saya tak kenal awak
dan awak tak kenal saya!” Kata-kataku keras seperti selalu.
“Tapi dari kali
pertama kita berjumpa, saya rasa seperti sudah lama kita kenal. Dan saya tak
tahu kenapa saya rasakan saya begitu mencintai awak, Marha.”
“Berhentikan saya di
tepi jalan!”
Lelaki itu menghempuk
stereng kereta.
“Berhentikan awak di
tepi jalan? Nope! Saya akan hantar awak sampai ke rumah awak. Muktamad!”
Aku membisu. Malas
untuk bertekak lagi.
*****
Bahuku digerakkan
berkali-kali. Terus kelopak mataku terbuka. Aku memisatkan mataku berkali-kali.
Aku terlena seketika kerana terlalu penat.
“Along, Angah
ingatkan Along dah tak ada,” ucap Angah lalu ditarikku ke dalam pelukannya.
Dahiku berkerut dan keningku bertaut seketika.
“Kenapa cakap macam
tu?”
“Dari petang
kelmarin Along tidur tak bangun-bangun. Angah risau sangat.”
Aku menggeleng.
Tanganku cuba mencapai lengan Angah dan apabila aku berjaya capai, aku
tersenyum.
“Along takkan
tinggalkan Angah dan adik-adik,” ucapku pilu.
Tugasku belum
selesai. Jika aku sudah pergi, kepada siapa Angah dan adik-adikku yang lain
mahu bergantung? Untuk saat ini, panjangkanlah umurku dan kuatkanlah aku.
Angah meleraikan
pelukan lalu disarungkan tudung ke kepalaku.
“Eh, lupa pulak. Ada orang datang nak jumpa
Along.”
Dahiku berkerut.
“Siapa?”
Angah tidak menjawab
soalan. Terus dia memimpinku keluar dari bilik. Aku hanya menurut tanpa
sebarang kata. Adikku ini adalah orang yang sangat memahamiku. Ingin sekali aku
tatap wajahnya. Pasti jelita.
Kakiku berhenti
melangkah. Angah menyuruhku melabuhkan punggung. Pasti kami berada di ruang
tamu.
Kedengaran suara adik-adikku berbual dan kedengaran juga suara seorang
lelaki yang cukup aku kenali.
Aku merengus kasar.
Riak wajahku berubah.
“Apa awak buat kat
sini?” Dingin kata-kataku menerobos gegendang telinganya.
“Saya datang melawat
awak dengan adik-adik awak,” tuturnya lembut. Seperti selalu.
Tersungging senyuman
sinis di bibirku. Aku tidak betah dengan kehadiran lelaki ini. Tidak aku pasti
kenapa tapi tatkala dia pergi meninggalkan aku, hatiku meronta-ronta untuk
bersama dengannya. Ah! Aku sudah hilang akal agaknya.
“Saya tak suka!
Angah, bawa adik-adik masuk bilik,” ucapku keras. Sesaat kemudian, kedengaran
derapan kaki mereka.
Masing-masing
melayan perasaan sendiri. Aku tidak suka orang datang ke sini semata-mata untuk
menunjukkan keprihatinan mereka. Aku boleh menjaga adik-adikku! Sudah
bertahun-tahun lamanya aku menjaga mereka.
Dan selama ini juga
aku melakukan segalanya tanpa bantuan orang luar. Baik dari segi pekerjaan
mahupun kewangan.
“Marha. Kenapa awak
tak suka saya datang?” Terus aku kembali dari lamunanku.
“Tak perlu awak tahu
kenapa saya tak suka awak datang! Baliklah.”
“Marha, keegoan awak
buat saya jatuh hati. Marha, Marha.”
Aku bingkas bangun.
Malas melayan orang gila sepertinya namun tanganku dilelarnya.
“Lepaskan saya.” Suaraku
naik satu oktaf.
Lelaki itu ketawa
kecil.
“Saya cintakan awak,
Marha….”
Aku menggeleng.
Semakin aku cuba merelaikan pautan, semakin dia merangkul erat lenganku yang
dibaluti baju kurung.
Tidak akan pernah aku
percayakan kata-katanya. Cinta? Aku tiada masa untuk cinta.
“Lepaskan saya…”
Ulangku sekali lagi.
“Marha, jika jumpa
hati saya, simpan hati saya dengan baik sebab hati saya hanya sekeping. Kalau
terluka dan patah, hati tu tak boleh dirawat lagi,” bisiknya di cuping
telingaku.
Dengan kekuatan yang
ada, aku meleraikan pautan. Lantas aku memanggil Angah untuk membawaku ke dalam
bilik dan aku biarkan lelaki itu sendirian di ruang tamu. Orang gila sepertinya
bukan boleh dilayan.
*****
Kelopak mataku
tertutup seketika. Aku memegang dadaku. Jantungku berdegup kencang. Suara
lelaki itu terngiang-ngiang di telingaku. Aku menggeleng. Mustahil aku cintakan
lelaki itu. Mustahil…..
“Marha…” Aku
mengeluh. Lelaki ini lagi.
“Awak nak apa lagi?”
Ajuku dingin.
Semalam, dia datang
ke rumahku. Hari ini, dia mengikuti aku dari tempat kerja. Tidak bekerjakah
lelaki ini?
“Saya nak awak,”
selorohnya sambil melepaskan ketawa.
“Jangan bergurau
dengan saya.”
Aku meneruskan
langkah. Sudah aku hafal jalan untuk pulang ke rumah dari restoran. Tidak aku
perlukan tongkat untuk membantuku. Hatiku belum buta.
“Saya tak bergurau.
Saya betul-betul cintakan awak. Berikan saya peluang, Marha. Biar saya jaga
awak dan adik-adik awak.”
“Encik, saya tak
kenal encik. Malah saya tak tahu asal usul encik. Dan saya tak suka dengan
kata-kata encik. Saya rasa encik tak boleh bezakan antara cinta dan kasihan.
Jangan terlalu mudah mengungkap kata cinta.”
Aku tahu lelaki ini
kasihan denganku. Mana-mana orang sekalipun akan jatuh kasihan dengan
keadaanku. Sudahlah buta, bekerja pulak. Siapalah aku untuk dicintai. Pakai
tudung pun mesti senget. Baju pun dah koyak-rabak.
Dan aku yakin lelaki
ini anak orang berada. Kata Angah, dia datang ke rumah kami menaiki kereta
mewah.
“Berikan saya peluang dan saya akan buktikan
segala-galanya.”
*****
Dan aku memberikan
peluang kepada lelaki ini. Nampaknya kata-katanya benar belaka. Aku
menguntumkan senyuman manis. Bahuku ditepuk.
“Along, termenung
pulak. Cantik Along hari ni. Mesti bakal mentua Along suka,” tutur Faezah,
adikku yang ketiga.
Hari ini, lelaki itu
akan membawaku untuk berjumpa ibu dan ayahnya. Mula-mula, aku menolak tetapi
dia tidak henti-henti memujukku. Katanya, berjumpa untuk berkenalan saja.
“Mana ada!” Nafiku.
Faezah melepaskan
ketawa. Seketika kemudian, kedengaran bunyi kereta menjalar masuk ke halaman
rumah.
Suasana sepi
membelenggu kami. Ibu dan ayah lelaki ini hanya membisu. Aku juga. Sungguh aku
berasa tidak selesa.
“Durrani, mama dan
papa nak cakap dengan kamu.”
Terus aku
ditinggalkan seorang diri. Seketika kemudian, kedengaran suara ibu Durrani
menengking. Aku mengerutkan dahi. Perlahan-lahan aku bangun dan cuba mencari
arah di mana suara itu.
“Durrani, perempuan
tu buta!”
“Habis ada masalah
ke kalau dia buta? Dur cintakan dia.”
“Teuku Muhammad
Durrani! Dia tak layak berdampingan dengan kamu. Mama tak sukakan dia.
Entah-entah, dia dekat dengan kamu sebab nak kikis harta.”
Darahku berderau.
Sampai begini aku dituduh. Betapa kejamnya manusia.
Tanganku digenggam
erat. Cuba mencari kekuatan.
“Errmm. Saya nak ke
tandas. Boleh tolong tunjukkan saya mana tandas?” Celahku. Mereka terdiam.
Ini akan menjadi
kali terakhir aku hadir dalam hidup insan bernama Teuku Muhammad Durrani.
Selepas ini, semuanya akan berakhir. Aku telah jumpa hati dia tapi hati itu
tidak mampu aku jaga. Akan aku pulangkan semula hati itu kepada pemiliknya.
*****
Aku mengetap bibir.
Langkahku terhenti lalu aku memalingkan tubuh. Lelaki ini begitu degil!
Berulang kali aku beritahu jangan mengekoriku tapi dia tetap degil.
“Encik, jangan ikut
saya lagi.”
“Marha, kenapa?
Kenapa awak layan saya macam orang asing,” ucapnya risau.
Untuk apa aku berada
di sampingnya jika ada yang tidak betah. Aku bukan terlalu bodoh untuk terus
berdiri di sisi lelaki itu tanpa risau menjelma di hati.
Memang aku buta!
Jadi, apa salahnya?
“Encik, jangan ekori
saya lagi dan mulai saat ini, jangan ganggu saya.”
Lelaki ini ialah
lelaki pertama yang berjaya menambat hatiku tapi aku terlalu terluka. Aku tak
suka dihina. Memang! Memang aku miskin dan buta, tapi tidak terlintas langsung
untuk mengikis harta lelaki ini.
“Nur Hidni Marha!
Kenapa dengan awak? Awak tak tahu ke saya sayang awak?”
“Saya tak layak
dicintai. Saya hanya orang buta yang miskin lagi hina dan saya tak suka bila
ada yang menuduh saya ingin mengikis harta orang lain,” tuturku sinis.
Kedengaran lelaki
itu mengeluh. Entah bagaimana riak wajahnya. Pasti kelat sekelat-kelatnya.
Sudah aku beritahu
Angah jika lelaki ini datang ke rumah, pedulikan dia. Adik-adikku juga. Selepas
kejadian tempoh hari, aku kerap mengelakkan diri daripada bertembung dengannya.
Tapi setiap hari juga lelaki itu mengekoriku.
“Marha, mama saya
cakap macam tu sebab dia tak kenal awak. Sayang saya tak perlukan awak yang
mampu melihat dan kaya. Cukuplah hati dia tidak buta.”
Aku menggeleng.
Kata-kata itu bagaikan angin petang yang menyapa pipi.
“Cukup! Saya tak nak
dengar lagi. Tinggalkan saya. Pergi dari hidup saya.”
“Tapi Marha..”
“Tinggalkan saya!”
Bentakku.
“Baiklah. Saya akan
pergi tapi awak kena ingat, hati saya akan selalu berada di dalam genggaman
awak.”
Jelas kedengaran
derapan kakiknya yang semakin jauh. Aku tersenyum kelat. Untuk kali ini juga,
aku takkan menangis.
*****
Angah dan
adik-adikku yang lain bermain riang. Aku tersenyum. Kemudian aku bawa tubuhku
bersandar pada sebatang pokok yang rendang. Sudah dua bulan Durrani pergi dari
hidupku. Sihatkah dia?
Tapi ini yang
terbaik. Cinta sahaja tidak kuat untuk membina rumah tangga yang bahagia.
Sesaat kemudian,
jelas kedengaran bunyi kenderaan. Aku mengerutkan dahi. Entah siapa yang datang
tapi aku yakin bukan kereta milik Durrani.
“Marha…” Namaku
diseru. Sepertinya aku kenal suara ini.
“Siapa?” Ajuku
sopan.
Tiba-tiba, pelukku
diraihnya dan untaian hangat menitis di bahuku.
“Marha, ni mama
Durrani. Marha kena tolong mak cik. Dia…”
Darahku berderau.
Apakah tujuan wanita ini ke sini dan mengapa aku harus membantu wanita ini? Aku
dibelenggu dengan rasa ingin tahu.
“Kenapa dengan dia?”
“Dia koma…”
Sepanjang
perjalanan, kami hanya membisu. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Kata
wanita ini, Durrani kemalangan ketika perjalanan pulang ke rumah. Sudah dua
bulan dia koma. Aku tahu lelaki itu kemalangan kerana aku.
Rasa sesal mula
melanda hati. Ini semua salahku! Kalaulah aku tidak menyuruhnya pergi dari
hidupku pasti semua ini tidak akan terjadi.
Ah! Tidak berguna
aku menyesali takdir.
“Marha, mak cik
minta maaf.”
Keningku terjongket.
“Untuk apa?”
Tanganku diraih lalu
digenggam erat.
“Untuk segalanya.
Mak cik tuduh Marha bersama Dur kerana harta. Mak cik tak berniat nak kata
macam tu sebenarnya tapi bila mak cik tengok keadaan Marha, mak cik marah. Mak
cik tak nak menantu yang bu…” Kata-katanya tidak diteruskan.
Aku mengoyak senyuman
hambar sehambar hatiku.
“Mak cik, saya tahu
saya buta. Dan saya tak marahkan mak cik. Ini diri saya. Saya bahagia meskipun
saya buta,” ucapku telus.
“Marha, mak cik nak
Marha jadi menantu mak cik.”
Aku terdiam.
Bagaimana kalau Durrani tidak ingin bersamaku lagi?”
*****
“Durrani, saya
datang jenguk awak. Saya tahu awak mendengar segalanya. Saya sayangkan awak
tapi tak manis untuk saya luahkan segalanya. Awak kena kuat sebab saya tak suka
lelaki yang lemah. Saya tunggu awak walaupun untuk berpuluh tahun lamanya.
Mama awak dah tak
bencikan saya. Bangunlah. Boleh kita hidup bersama hingga detak jantung saya
yang terakhir. Nur Hidni Marha cintakan Teuku Muhammad Durrani.”
Terus air mataku
menuruni lekuk pipi sekaligus menodai wajahku.
Aku tahu dia
mendengar segalanya.
Sesaat kemudian,
nafasnya berombak kencang. Aku mulai panik. Tidak mampu aku melihat bagaimana
keadaannya tapi aku tahu, dia sedang nazak.
“Doktor!” Jeritku
kuat. Aku menggeleng lalu terduduk.
“Puan, sila bawa
pelawat keluar,” arah doktor itu. Terus aku dipapah keluar.
Tubuh wanita itu aku
raih ke dalam pelukanku. Aku terus dan terus menangis.
“Maafkan saya, mak
cik.”
*****
Tubuhku dirangkul
erat. Aku menggagau tangan Durrani lalu aku cubit lengannya. Dia menjerit
kecil. Alhamdullilah! Sudah setahun lebih aku dan Durrani berumah tangga. Kini,
kami menunggu cahaya mata kami yang pertama.
Perutku yang
memboyot diusapnya lalu dia menekapkan telinganya di perutku.
“Nanti kalau anak ni
lahir, mesti dia cantik macam mama dia.”
Bibirku melemparkan
senyuman manis.
“Mestilah!”
Wajahku tiba-tiba
berubah. Pipiku dielus lembut.
“Abang, macam mana
kalau anak ni buta macam saya?”
“Marha, jangan cakap
macam tu. Kalaupun dia buta, abang akan tetap sayangkan dia macam mana abang
sayangkan Marha,” tuturnya lembut.
“Abang, betul ke
abang sayangkan Marha?” Ajuku lagi.
Betapa dia sabar
melayan karenahku. Begitu juga mentuaku. Hubunganku dan mama bertambah erat
sejak kehadiran si kecil ini. Kadang-kadang, Durrani merajuk denganku kerana
aku lebih banyak menghabiskan masa bersama mama.
“Untuk beribu
kalinya, ya. Abang sayangkan Marha. Marha sayang, Marha dah jumpa hati abang.
Jaga hati abang sebaik yang mungkin.”
Aku mengangguk.
“Dulu, Marha
ingatkan nak pulangkan hati tu kepada pemiliknya tapi Marha dah berubah
fikiran. Insya-Allah Marha akan jaga hati abang sebaik yang mungkin. Kalau hati
abang terluka, Marha akan rawat. Kalau patah, Marha akan sembuhkan seperti
biasa.”
“Macam tu lah Marha
abang. Marha..”
“Hurmmm..”
“Abang sayangkan
Marha sangat-sangat.”
“Tahu,” ucapku lalu menjelirkan lidah. Kami
sama-sama tertawa sebelum menengadah langit.
Bibirku melemparkan
senyuman. Kepahitan itu kadangkala perlu supaya aku lebih tegar menghadapi
hidup ini.
Aku dapat melihat so, aku tak tahu apa yang orang tidak dapat melihat rasa. Tapi aku tahu mereka itu sangatlah kuat. May Allah bless them. Sesungguhnya DIA takkan menguji kita melebihi kemampuan kita..
Oh ya, ini adalah cerpen untuk tempoh beberapa minggu ke hadapan kerana aku ada exam hujung tahun. Doakan aku berjaya. Assalamulaikum.. :')
best2...
ReplyDeletewslm...
hehe.. good luck
terima kasih, kak..
DeleteAll the best for your pmr. muehehe
semoga berjaya.
ReplyDeletetengkayu :')
Deletecpt la smbng wahaii dik hanna..
ReplyDeletehehe
sweet.. cinta x mengenal sapa...
ReplyDeleteNme hero nye teuku atau tengku??
ReplyDeleteNme heronye teuku atau tengku??hahaha tp best cerpen ni...
ReplyDelete