Angin mula menyapa
dua lekuk pipi. Dirasakan seperti masuk hingga ke tulang hitam. Langkahku mati
di hadapan sebuah pusara yang ditaburi bunga. Terukir pada batu nisan nama
seseorang yang terlalu hampir denganku, Bagas…
Kenangan lalu mula bermain
di ingatanku.
*****
Dwiky Bagas Aditya,
biasanya dia dipanggil Bagas. Merupakan sahabatku sewaktu berada di bangku
persekolahan. Persahabatan kami bermula
tika berada di kelas 5 SD bersama Kinanti, Dwi dan dulu kami sering bermain
bersama-sama. Di saat aku sedih, di saat aku kesepian dan di saat aku punya
banyak masalah, dia tidak pernah katakana tidak untuk menghibur hatiku dan
membuatku tersenyum. Aku juga begitu di kala dia dihempap seribu satu masalah. Kami
selalu menjaga hubungan antara satu sama lain.
Saat
kami sudah memasuki kelas 6 SD, Kinanti dan Bagas tidak lagi satu kelas
bersamaku. Hanya aku dan Dwi saja yang berada di kelas yang sama. Walaupun
kami sudah tidak sekelas lagi, selalu saja kami bersama dan saling mengingatkan
agar persahabatan kami bertambah akrab. Sebelum Ujian Nasional kami
menuliskan harapan agar kami lulus dengan nilai yang memuaskan. Jika harapan
kami terkabul, tulisan yang bererti harapan itu akan kami buang ke sungai.
Beberapa bulan kemudian, persahabatan kami mula renggang kerana kami fokus dengan Ujian Nasional dan kami tidak tahu bahawa Bagas terkena penyakit batu karang dan ginjalnya gagal berfungsi.
Bagas dirawat di
hospital. Sudah lama dia tidak masuk sekolah dan kami mula sedar bahawa
kami tidak menghiraukannya di saat dia memerlukan semangat untuk melawan
penyakitnya. Kami semua mulai khuatir dan baru sedar bahawa sakitnya mula
tambah parah. Kami akhirnya sepakat untuk memberi wang untuk meringankan
beban orang tuanya untuk membayar ubat-ubatan yang harus diambil oleh Bagas.
*****
27 Februari
merupakan hari lahir Bagas tetapi kami tak memberi hadiah untuknya dan hari itu
kami sedang menjalani Try Out Bandar. Aku menghantar mesej kepada Bagas
tetapi selalu tidak ada balasan darinya. Aku mengerti kalau dia sedang berada
di hospital. Rasa khuatirku makin menjadi-jadi.
Sesudah Try Out
Bandar, Bagas mula kembali ke sekolah. Aku dan sahabatku senang. Hilang rasa
rindu yang semakin menebal. Betapa bahagianya aku namun rasa sedih tetap
menyelubungi diriku tatkala melihat tubuhnya yang semakin kurus dan wajahnya
pucat. Namun aku dan sahabat-sahabatku tetap memberikan semangat kepadanya.
“Semangat, Bagas!
Jangan kalah dengan penyakit,” ujarku, Dwi dan Kinanti.
Beberapa minggu kemudian,
ada khabar dari Kinanti bahawa Bagas masuk ke hospital lagi. Penyakitnya melarat
dan semakin parah dari sebelumnya. Kami berdoa Bagas agar dia boleh bertarung
dengan penyakitnya dan boleh sembuh kembali.
Tika aku dan
sahabat-sahabatku yang lain sedang berbual, seorang pelajar dari Kelas 6A
mendekati kami.
"Aku dengar Bagas tengah kritikal
sekarang ni. Semangat ya. Doakan dia. Dia perlukan doa kita semua."
Terus saja kami
menangis. Kami inginkan dia sihat dan menduduki Ujian Nasional.
*****
Pada pertengahan
bulan April, aku dan sahabatku sudah sepakat untuk menjenguk Bagas di hospital dan
memberi hadiah supaya Bagas lebih tegar melawan penyakitnya meskipun
penyakitkanya semakin parah dari hari ke hari.
Sekitar pukul 7
malam usai aku pulang dari mengaji, aku diberitahu bahawa Bagas telah meninggal dunia. Terus air
mataku menitis. Kenapa dia harus pergi meninggalkanku? Sepatutnya aku dan
sahabat-sahabatku yang lain akan menjenguknya di hospital namun kami sudah
terlambat.
Hari seterusnya,
usai pulang dari sekolah, kami semua menuju ke rumah Bagas. Rasa sedih semakin
bertambah di kala melihat ibu Bagas menangis.
*****
Lamunanku terhenti.
Mataku kembali jatuh pada pusara Bagas.
“Bagas, kenapa
secepat ini kau pergi meninggalkan aku? Aku, sahabat yang selalu bersamamu dan
selalu menyayangimu. Memang ini sudah takdir tapi aku akan mengenangmu, Bagas.
Aku akan menyimpan harapan kita dulu. Aku takkan buang ke sungai seperti yang
kita sangkakan dulu.
Tubuhku berpaling
sebelum aku menoleh seketika. “Aku tidak akan melupakan kau, Bagas. Aku akan
selalu merindukanmu dan selalu mendoakan kau agar kau tenang di sana.”
Aku akan selalu mengingatimu,Bagas
Sama-samalah kita mendoakan Bagas agar dia tenang di sana.
bila baca kelas 5SD terus tukar gaya bacaan menjadi bacaan indon. ya, semoga Bagas gembira di sana (;
ReplyDeletehikhik. Terus tukar ya.
DeleteSemoga Bagas tenang di sana
ameen
Deletebest best best, kesian bagas
ReplyDeleteya Allah semoga dia disana baik-baik saja
trimas :)
Deletemoga dia tenang di sana