Ibu Syaukat membisu.
Melarikan pandangan namun titisan hangat menemani dua lekuk pipinya. Aku
membisu. Masih menagih penjelasan dari wanita tua itu. Angin petang mula menyentuh
wajah. Tanganku memegang pagar balkoni kukuh.
Apa sebenarnya yang
terjadi kepada Syaukat? Mengapa dia kehilangan kedua-dua belah kakinya?
“Syaukat kerja di
Singapura. Akauntan,” tutur ibu Syaukat setelah sekian lama mendiamkan diri.
Diam.
“Dua minggu lepas, dia cakap dengan mak cik
yang dia nak datang sini. Nak jumpa Safi. Nak lamar Safi jadi isteri dia,”
sambungnya lagi.
Lamar aku? Gulp!
Aku berpaling.
Memandang Syaukat yang sedang terkebil-kebil menengadah siling putih. Entah apa
yang difikirkannya. Kemudian aku meluruskan pandangan. Pandanganku kosong! Aku
tidak mengerti apa yang dia rasa namun renungan seorang Muhammad Syaukat sudah
membuatkan hatiku meruntun hiba.
Dalam diam, aku tahu
bahawa Syaukat sedih dengan apa yang terjadi.
“Malangnya, dia
kemalangan. Kaki dia terpaksa dipotong. Mak cik tak salahkan DIA atas apa yang
terjadi. Jauh sekali mak cik salahkan Safi. Tapi mak cik tak boleh tengok
Syaukat sekarang. Setiap malam dia mesti menangis. Dia cakap, dia dah cacat.
Safi mesti dah tak nak dia lagi.
Dia menangis, Safi.
Dan mak cik tahu yang dia fikir Safi akan bencikan dia.”
“Safi tak bencikan
dia, mak cik.” Tekakku terasa payau.
“Tapi dia fikir
sebaliknya.”
Kelopak mataku
terasa bergenang. Lelaki itu telah kehilangan kedua-dua belah kakinya hanya
kerana dia ingin bertemuku.
Takdir yang tidak
pernah diri ini sangka.
“Mak cik ada satu
permintaan. Harap Safi dapat tunaikan permintaan mak cik.”
“Apa permintaan mak
cik?” ajuku lembut.
“Bahagiakan
Syaukat.”
“Insya-Allah.”
*****
Setiap hari, aku
tidak pernah jemu bertandang ke sini. Menjenguk seorang Muhammad Syaukat. Dia
menggeleng tatkala aku menyuakan sudu ke bibirnya. Tangannya diangkat tanda
tidak mahu menjamah nasi lagi.
“Dah kenyang.”
Tercetus keluhan kecil
dari bibirku.
“Makanlah,” pujukku
tidak berputus asa.
“Syaukat dah
kenyang!”
“Tapi Syaukat makan
sikit sangat. Syaukat takkan sihat kalau asyik cakap kenyang,” rungutku.
Bibir itu melakar
senyuman sinis.
Sungguh aku tidak
pernah berputus asa untuk mengembalikan Muhammad Syaukat yang sebenar. Syaukat
yang tersenyum, tegar, tidak mudah jatuh dan selalu berada di sisiku. Diri ini
inginkan Syaukat yang dulu.
Aku takkan biarkan
dia mengalah meskipun sesaat. Mungkin dia kehilangan kakinya tapi dia tidak
akan pernah kehilangan diri ini.
“Kalau Syaukat makan
banyak, kaki Syaukat boleh ada balik?”
Sudah! Terperangkap
dengan kata-kataku sendiri.
“Bukan tu maksud
Safi.”
“Kalau Syaukat makan
banyak, Syaukat boleh terima kenyataan ni? Nur Safi, pulanglah. Tak perlu
kasihan dengan Syaukat,” ujarnya perlahan.
Wajah itu menekur
selimut yang membaluti kakinya. Ekor mataku mengerlingnya. Kelopak mata itu
sudah bergenang. Jemari itu bermain dengan selimut. Lambat-lambat aku
menggeleng. Dia menyalahtafsirkan kedatanganku.
Sekeping hati ini
miliknya.
“Safi datang bukan
sebab kasihan dengan Syaukat.”
Terus lelaki itu
mengangkat wajahnya. Sepasang mata bening itu sudah merah. Jelas kedengaran
desahan nafasnya yang tidak teratur. Air mata lelaki itu terus dan terus
menodai pipinya. Terketar-ketar jemari itu singgah di pipiku.
“Jadi Safi datang
sebab rasa bersalah?”
Aku menggeleng
sebelum tersenyum pahit.
“Safi datang sebab
Safi cin…” Kata-kataku mati. Malu untuk menuturkan kata.
“Safi pegang ayat
Syaukat dulu,” sambungku lagi.
“Syaukat nak kahwin
dengan Safi. Nak ada di sisi Safi hingga Syaukat dah tak ada di atas muka bumi
ini.”
Lama sekali jemari
itu singgah di pipiku.
Takkan pernah aku
lupakan kata-katanya meskipun sesaat. Nur Safi pasti Muhammad Syaukat tidak
bergurau.
“Tapi Syaukat cacat,
sayang.”
“Tak ada sebab untuk
orang seperti Syaukat tak boleh kahwin.”
Assalamualaikum dan selamat petang. Esok hanna letak last part ya. Hanna buat tiga part sebab tak sempat nak menulis panjang. Kelam kabut prepare nak ke sekolah. Hiksss...
Tinggalkan komen kalau rajin ya
sambung lagi la
ReplyDeletewokeh. Nanti hanna sambung
Deleteaslmkm,,,,ni nisa lagi..
ReplyDeletehanna..cerpen ni best sgt2 !!
tk sabar nk tggu ending..^_^
btw.. nisa ade dpt tahu...
yg kita tk tulis "insya-Allah"..
sbb mknanye jdi lain..
so kite kne tulis mcm ni --> inshaa Allah
wa'alaikumsalam. Ya. Sama2 kita tunggu ending
DeleteOh. Soal tu. Sekarang ni, org cakap kena tulis in shaa Allah tapi hanna ikut bm standtard.
Kamus dewan tulis insya-Allah so, hanna pun tulis insya-Allah
makin menarik cerita ni...saya tunggu smbungannya yea!
ReplyDeletehaip. Nanti hanna buat sambungan
Deletehikss :)
ReplyDelete