Mataku jatuh pada
sekujur tubuh milik Syaukat. Sudah dibuai mimpi agaknya. Teragak-agak aku
mengelus pipinya lembut. Segaris senyuman tersungging di bibirku. Ini suamiku.
Aku tidak kisah pandangan orang lain. Aku tidak kisah orang memandang serong.
Sesungguhnya hanya
Syaukat yang mengerti segalanya. Ya! Hanya dia. Aku tidak tahu apa yang dia
rasa namun aku cuba untuk mengerti. Cukuplah dia di sisi.
Dengkuran halus
miliknya mula menampar gegendang telingaku. Aku bingkas bangun dan menolak
pintu gelangsar. Tubuhku didekatkan dengan pagar balkoni. Malam semakin tua dan
aku masih belum melelapkan mata. Sudah sebulan lebih aku dan Syaukat mendirikan
rumah tangga. Benar aku bahagia. Takdir
Allah yang terindah untukku.
“Safi…”
Lantas aku
berpaling. Memandang Muhammad Syaukat yang bersandar pada kepala katil. Aku
mengatur langkah mendekatinya.
“Tak tidur lagi?”
sapaku lembut.
“Terjaga. Syaukat
sedar yang Safi tak ada di sisi Syaukat.”
Aku mengangguk.
Perlahan-lahan aku
melabuhkan punggung di sisinya. Kakiku dilunjurkan lurus. Dia merebahkan
kepalanya di atas ribaku. Bibirku mengoyak senyuman mekar. Jemariku mengelus
rambutnya. Pandanganku dan lelaki itu bertaut lama.
“Safi menyesal?”
“Menyesal? Menyesal
apa?”
Kedengaran desahan
nafasnya.
“Menyesal kahwin
dengan Syaukat,” tuturnya mendatar.
Laju saja aku menggeleng.
Tidak pernah sekalipun aku menyesal kerana mengahwininya. Ini yang terbaik.
Perkahwinan bukan soal rupa, bukan soal keadaan fizikal. Seorang Muhammad
Syaukat ada hak untuk bahagia.
Sejujurnya, aku tahu
dia masih rasa rendah diri dengan keadaannya. Dia masih waswas dengan
penerimaanku.
Andai aku tidak
menerima keadaannya, pasti aku sudah meninggalkan dia dulu di kala melihat dia
buat pertama kali dalam tempoh sembilan tahun. Rasa di hati ini takkan pernah
berubah meskipun sesaat. Sebaris namanya tetap terpahat kukuh di hatiku.
“Safi tak pernah
menyesal.”
“Syaukat takut Safi
malu bila Safi mengaku Syaukat suami Safi,” terangnya kesal.
“Safi tak pernah
malu! Syaukat suami Safi dan Safi bangga mengaku Syaukat ni suami Safi.”
Jangan pernah meragui
kesetiaanku.
Jemari itu singgah
di pipiku lagi. Perbuatan biasa dan aku sudah mangli dengan semua ini. Sungguh
aku tidak ingin detik ini berlalu. Seandainya diri ini mampu hentikan waktu…
Hatiku benar-benar
diulit rasa bahagia.
“Syaukat cintakan
Safi.”
“Safi pun cintakan
Syaukat,” balasku sambil tersenyum.
Tidak perlukan
kekayaan untuk buat aku sebahagia ini. Cukuplah dia di sisi. Menghargaiku dan
melayani keletahku.
Menerimanya bukan
satu kesilapan.
Sesaat kemudian,
jemarinya melekap di perutku. Terasa seperti dia sedang menangis. “Maafkan
Syaukat. Kita tak mampu ada anak.”
“Safi tak kisah. Ini
yang terbaik.”
“Maafkan Syaukat.
Syaukat tak mampu nak jadi macam suami
lain. Syaukat tak mampu nak lindung Safi saat Safi cedera. Syaukat tak mampu
nak ada saat Safi susah,” ujarnya dalam sendu.
Dirasakan seperti
untaian hangat sudah menemani dua lekuk pipiku.
“Cukuplah Syaukat di
sisi Safi,” balasku.
“Tak, sayang. Safi
tak sepatutnya berkahwin dengan Syaukat dulu.”
Tiada apa yang perlu
dikesalkan. Malah aku bahagia dengan takdir ini. Bersama dengannya. Membina
kehidupan yang baru.
Seorang Syaukat
mengajarku untuk lebih tegar dan tabah. Mengajarku menghargai hari-hari yang
berlalu. Kadang-kadang, kita tidak pernah menyangka semua ini terjadi dan
kadang-kadang benda yang kita jangka akan terjadi kepada kita sebenarnya tidak
akan berlaku.
Hujung dagunya aku
paut memaksa dia memandangku. Jemariku mengesat air mata yang bertamu di
wajahnya. Sepasang mata bening itu sudah merah!
Dan tika ini,
untaian hangat itu sudah tuntas.
Aku kuat. Nur Safi
sangat kuat.
“Safi bahagia dengan
pilihan Safi. Safi bahagia kahwin dengan Syaukat!” Keras saja aku memuntahkan
aksara.
“Syaukat takut Safi
tak bahagia. Safi layak dapat lelaki yang lebih baik.”
Aku menggeleng. Nur
Safi untuk Muhammad Syaukat! Dia harus tahu.
“Percayalah. Seorang
Nur Safi diciptakan untuk Muhammad Syaukat. Kenyataan itu tak mampu disangkal
lagi. Safi bahagia saat Syaukat ada di sisi. Jangan menyesali segalanya. Hati
Safi sangat bahagia. Hati Safi hanya sakit saat lihat Syaukat rebah.
Syaukat yang Safi
kenal bukan seorang yang suka menyalahkan diri. Syaukat harus tabah. Safi
sayangkan Syaukat dan rasa tu takkan pernah berubah.”
*****
Prang! Kelopak
mataku tertutup seketika. Bibirku diketap. Cuai!
Tubuhku ditundukkan.
Cuba menggapai serpihan pinggan yang dapat dilihat oleh sepasang mata ini.
Syaukat mungkin
sedang berehat di atas. Hanya aku yang turun untuk menyiapkan makan malam.
Kilat bersabung. Langit pasti akan menangis sebentar lagi. Aku memandang anak
tangga yang ditemani lampu malap. Harus bersihkan tempat ini cepat kerana
sebentar lagi, aku akan membawa Syaukat turun menggunakan kerusi roda.
Sudahlah pinggan
pecah betul-betul di anak tangga yang terakhir.
Telefon rumah
berdering membuatkan aku berhenti melakukan tugas. Memandang serpihan pinggan
sekilas.
Leka sekali aku
berbual dengan mak.
“Arggh!”
Aku berpaling.
Mataku membuntang. Gagang telefon terjatuh dari peganganku. Jantungku berdetak
laju.
Syaukat terbaring di
atas lantai. Separuh badannya sudah tertikam serpihan pinggan yang pecah
sebentar tadi. Kerusi roda miliknya tercampak jatuh ke bawah. Darahku berderau.
Benar-benar buntu! Adakah ini kenyataan?
Lambat-lambat aku
mengatur langkah mendekatinya. Tubuhnya aku palingkan menghadapku. Kaca sudah
tercucuk di dadanya. Malah di perutnya juga. Darah sudah mengalir sepi.
Kelopak mataku sudah
bergenang.
“Syaukat…”
Bibir itu sudah
pucat namun dia tetap menggariskan senyuman.
“Syau… Syaukat sa…
sayangkan Saf… fi.”
“Safi tahu,” ujarku
dalam sendu.
“Syau… Syaukat nak
Saf… fi bah… bahagia meski… kipun Syauk… kat d… dah tak ad… da. Bo.. boleh?”
Aku mengangguk. Air
mataku makin galak menuruni lekuk pipi.
Kelopak matanya
tertutup rapat.
“Syaukat, bangun!”
Pipinya aku tampar
lembut namun dia masih kaku. Bahunya aku gugah berkali-kali. Esakanku makin
menjadi-jadi dan langit pun menangis. Titisan hangatku terkena pipinya.
Terketar-ketar aku menggapai tangannya lalu aku letakkan jemariku di nadinya.
Bahuku melurut
jatuh.
Muhammad Syaukat
takkan bangun lagi.
*****
Lidahku kelu.
Wajahku diangkat. Menengadah langit malam yang bertemankan bulan dan bintang.
Tanpa sedar, terlorek senyuman nipis di bibirku. Aku melarikan pandangan. Menoleh
ke belakang. Dulu, dia di sisi. Akan memanggilku di kala aku berdiri sendiri di
balkoni.
Kini, aku sendiri.
“Syaukat nak kahwin
dengan Safi. Nak ada di sisi Safi hingga Syaukat dah tak ada di atas muka bumi
ini.”
Ya! Dia di sisi
hingga dia sudah tidak ada lagi di atas muka bumi ini.
Cintaku takkan
pernah berubah meskipun jantungnya sudah berhenti berdegup dan nadinya sudah
berhenti berdenyut.
“Syau… Syaukat nak
Saf… fi bah… bahagia meski… kipun Syauk… kat d… dah tak ad… da. Bo.. boleh?”
Dan Nur Safi masih belajar untuk bahagia.
Pemergiannya benar-benar membuatkan hatiku mati. Namun ini yang terbaik.
Seandainya pinggan
tidak pecah. Seandainya dia tidak turun sendiri. Seandainya diri ini mampu
hentikan waktu…
Hatiku masih
menangis. Masih tidak mampu menerima semua ini. Syaukat yang aku cinta sudah
tiada. Dia tiada lagi di sisi. Hanya ada aku sendiri. Tiada lagi insan yang
suka menyentuh pipiku. Tiada lagi insan yang suka merebahkan diri di atas
ribaku.
Sungguh aku rindukan
detik dulu.
Pemilik hatiku sudah
meninggalkan aku sendiri.
“Moga dia tenang di
sana,” gumamku sendiri.
Titisan air mata
terkena jemariku. Aku kembali menengadah langit malam.
Dia ada sisiku
hingga dia sudah tiada di sini lagi dan aku bahagia. Sungguh aku bahagia dengan
takdirku. Cinta seorang Nur Safi terhadap Muhammad Syaukat tidak pernah
berubah. Sebaris namanya akan tetap terpahat hingga diri ini juga sudah
menghembuskan nafas yang terakhir!
Assalamualaikum dan selamat petang. Habis sudah DDS. Berat nak menaip sad ending tapi... bukan semua kisah berakhir dengan bahagia. Ini kali pertama buat kisah lelaki kehilangan kaki. Sama-samalah kita bersyukur kerana cukup anggota badan.
Banyak pengajaran yang Cik Hanna cuba ketengahkan. Antaranya, mereka yang kurang bernasib baik pun layak untuk berkahwin, hidup bahagia. Sungguh Cik Hanna menulis part akhir ni dengan air mata. Sedih tetiba tapi... mungkin anda yang membaca rasa biasa saja. Kesedihan kita mungkin berbeza.
Ini penutup tirai untuk 2012. Yang terakhir kiranya sebab Cik Hanna sibuk nak sekolah.
Tinggalkan komen kalau rajin ya. Sayang anda semua dan maaf atas segala kekurangan. CH hanya manusia biasa.
bestnya.. baru first time baca.. hehe
ReplyDeletehaaa. Awat hang baca part 3 terus? Kikikiki. Part 1 pun tak khatam lagi
Deletehaha.. alah, ending sedih lol.. hihi
Deletehang bbuh last n3 cpt sangat.. aku renbat je.. haha
ngee. Sad ending lah best. Haha
DeleteBiasalah. Hang pun tak kenai ceq. Satu hari satu entri
hannaaaa....awat sedih sangat??!!! huhuhu anyway, best sangat... :)
ReplyDeletesedih itu perlu ada jugak. heee
Deletetrimas2
mati! tidak! kesiannya. sedih la crpen ni. btw, nice story hanna.
ReplyDeleteya ya. Kesian :(
Deletethanks sejuta kali
Best2!! walaupun sad ending.. -nisa
ReplyDeletehikss.. trimas2
Deleteawat stay anon? haha
best tp lbh best if safi pnggl syaukat abg c0z nmpk x manis la kalau pnggl suami nama.btw best.layan smbl dgr lgu KU LEPAS.sdeh.
ReplyDeletehikss. Mmg mula2 nak letak panggilan abang tapi sbb depa kawan dari kecik, hanna buat keputusan panggil nama
DeleteOrg kedah lagi mantap. Bini bahasakan diri hang-aku. Kikikiki
trimas2
The end...ehehhehe..Sedih la juga, but yeahh hidup kena teruskan juga walau apa pun kan? :')
ReplyDeletehaip. Yepz. Teruskan hidup. Dugaan menguatkan kita
Deletenak komen skit..time frame cite agak weird..adegan si syaukat dok baring atas lap safi tu..kurang sesuai sbb safi baru 14 tahun syaukat dah 18..betulkan kalau tersilap..lepastukan umur 24thn dah jadi pengurus kewangan..Biar BetoL..tu dik kalau keje dgn company bapak sendiri boleh ler..kena peka skit..biar baru cite nampak realistik. perbaiki yer.
ReplyDeletemaksudnya? hikss.. tak berapa nak faham ayat cik anon yang baris nombor satu n second.
DeleteYa ya. Hanna tak banyak buat research pasal kerja. Just main taip kat google. Thanks ya cik anon :)
dear hanna.. sedih cerpen ni dan terbaikk.. tabahnya seorang nur safi dan teguhnya cinta mereka.. tapi diri ni terasa nak sambungan kisah safi walaupon memang kisah cinta mereka ni terpahat mati.. moga ada jejaka yg dpt bukak balik hati safi.. berkeluarga dan bahagia..
ReplyDeleteanyway, chaiyokkk dn goodluck :D semoga terus sukses hasilkan karya2 yg meletop
-mya-
first, terima kasih ya sebab komen kat sini.
Deletesecond, sambungan? ehehehe. tatau dah nak sambung apa tapi memang betul cakap sis. cinta dah terpahat mati. amin.. moga safi jumpa jodoh yang baik.
heee. trimas2. amin2. *mesi tak pernah hasikan karya yang meletop. ihik
Best 👍
ReplyDelete