Buku 101 Doa Daripada Hadis-Hadis Sahih aku tutup. Wajahku
diangkat. Merenung tajam Hayani yang berdiri di hadapanku. Aku bangun. Imanina
juga. Sungguh aku tidak pasti mengapa gadis cantik di hadapanku ini mesti
mengangguku. Mengikutku ke mana saja aku melangkah. Aku rimas! Melihat wajahnya
saja sudah cukup untuk buatkan aku terluka.
“Nak apa?” soalku
dingin.
Hayani menarik nafas
panjang. Gadis bertudung merah jambu itu mengoyak senyuman nipis. Aku hanya
menunjukkan wajah masam.
Aku memeluk tubuh.
“Saya nak minta
maaf.”
“Untuk apa? Aku tak
rasa kau perlu minta maaf. Baik kau pergi sekarang. Jangan ganggu aku lagi,”
ujarku perlahan namun tajam.
Imanina memandangku
tidak berkelip. Tidak menyangka seorang Nur Ilhamina akan menjadi setegas ini.
Hayani tertungkap. Aku mengemas alat tulis yang bersepah di atas meja. Sudah
tiba masanya untuk aku pulang ke rumah.
Tubuhku dipalingkan.
Mengatur langkah meninggalkan Hayani.
“Kau ingat aku hadap
sangat tengok muka kau?” jeritnya lantang.
Langkahku mati. Aku
meramas paper bag yang aku pegang.
“Dahlah muka tak
lawa. Ada hati nak halau aku. Aku pun bukannya teringin sangat nak jumpa kau
dan minta maaf. Kalau bukan sebab apa yang Isyraf buat kat kau dulu, tengok
muka kau pun aku tak sanggup.
Kenapa kau sedih
sangat? Come on! Isyraf hanya permainkan kau. Opss! Mesti kau ingat dia sukakan
kau. Cik Nur Ilhamina, sila cermin muka dulu. Aku rasa Isyraf atau mana-mana
lelaki kat dalam dunia ni takkan pilih kau meskipun kau the only woman yang
tinggal.”
Tekakku terasa
kering. Imanina meletakkan jari-jemarinya di atas bahuku. Cuba memberikan
kekuatan kepadaku.
“Tak payah layan
minah gila tu. Jom kita pergi. Dah lambat ni. Nanti mama kau bising.”
Aku senyap.
Meneruskan langkah kembali sebelum sekali lagi langkahku mati. Isyraf berdiri
di hadapanku. Riak wajahnya cemas saja. Tangannya memegang dada. Peluh sudah
merenik di dahi seolah-olah dia berlari ke sini. Rambutnya tidak tersisir rapi.
Dadanya berombak kencang. Aku mengeluh lemah.
Semua insan di dalam
library berdiri. Menyaksikan ‘drama’ yang melibatkan aku tika ini.
Hayani memintasku.
Mendekati Isyraf. Cuba memegang lengan Isyraf namun lelaki itu menepis. Gadis
cantik itu menarik muka.
“Cahaya…”
“Jangan dengar cakap
perempuan tak guna ni.” Lantang saja lelaki itu bersuara.
“Abang Isyraf ni
kenapa?” rengek Hayani manja.
Isyraf mengalihkan
wajahnya. Mencerlung matanya memandang Hayani. Jari telunjuknya singgah
betul-betul di hadapan wajah gadis itu. Wajahnya merah menahan amarah. Imanina
merenungku hairan. Menagih penjelasan.
“Kau puas dah
berjaya tipu Cahaya?”
Hayani melepaskan
tawa kecil sebelum menggeleng.
“Abang, abang.
Pandai sungguh berlakon. Mana ada Yan tipu. Abang yang sahut cabaran kawan
abang nak pikat Kak Ilham.”
Darahku berderau.
Aku menepuk tanganku
berkali-kali sebelum mampir ke depan. Bibirku mengoyakkan senyuman sinis.
“Muhammad Akid
Isyraf, tahniah! Kau dah berjaya buat aku sukakan kau tapi aku hairan kenapa
kau pilih perempuan macam aku. Kat u ni, banyak lagi perempuan lawa yang boleh
kau pergunakan. Memang aku sedar siapa aku tapi aku silap sebab percayakan kau.
Aku silap sebab
sukakan kau. Hati kau bukan di sini, Isyraf. Hati kau tak dekat dengan aku.”
Lelaki itu
menggeleng. Aku senyum. Kolam mataku hangat lagi.
Dia melutut di
hadapanku. “Cahaya, I tak pergunakan you. I memang sukakan you. Hati I untuk
you sorang je. Hati I masih di sini, sayang. Hati masih di sini. Dekat dengan
you. Rasa sayang I tak pernah berubah meskipun you bencikan I dan tak
percayakan I lagi.”
Mana mungkin aku
yakin hati dia masih di sini. Mana mungkin hati dia dekat denganku lagi.
“Sweet talker macam
kau hanya buat orang lagi terluka, Isyraf.”
Telefon bimbitnya
berdering. Dia bangun. Menyeluk saku slack dan mencapai telefon bimbit
miliknya. Dia mengeluh.
“Nur Ilhamina, I nak
you tahu yang I tak bercinta dengan dia dan I tak peluk dia hari tu. Dia yang
peluk I. Kalau memang you tak percayakan I, I tak boleh buat apa-apa. Moga you
bahagia dengan hidup you.
Kalau kita ada
jodoh, pasti kita akan berjumpa lagi. I love you, Cahaya dan you kena ingat
yang dalam tubuh you, mengalir darah I. Selamat tinggal, Nur Ilhamina.”
Dan dia yang
melangkah pergi meninggalkan aku.
*****
“Bodoh gila budak tu. Aku cakap yang Isyraf gunakan dia pun dia
percaya.”
Terasa seperti duniaku gelap. Aku bersembunyi di sebalik tiang. Hanya
mendengar Hayani berbicara dengan rakan-rakannya.
“Betul ke Isyraf peluk kau?”
“Mana ada. Aku yang peluk dia. Kalau korang nak tahu, aku memang sengaja
langgar perempuan bengap tu. Puas hati aku tengok dia terlantar atas katil.”
“Kenapa kau langgar dia?”
Sengaja?
“Siapa suruh Isyraf cintakan dia. Isyraf milik aku sorang je. Yang
penting, perempuan tu dah tak percayakan Isyraf.”
Aku terus keluar dari tempat persembunyian. Memandang Hayani. Dia
terkejut. Rakan-rakannya menekur lantai. Laju saja aku menapak mendekatinya dan
tanganku singgah di pipinya yang mulus. Dadaku sesak saat ini.
Hayani melemparkan senyuman sinis.
“Ilhamina, Ilhamina. Aku tak kisah kau tampar aku sebab kau dah hilang
Isyraf. Fair and square. Aku tak dapat dia, kau hilang dia,” tuturnya sinis.
Aku mengeluarkan handphone dari beg sandang. Aku harus menghubungi
Isyraf saat ini.
“Kau nak telefon dia eh? Sorry. Aku tak rasa dia akan jawab. Dia kat
Aussie sekarang ni.”
Lambat-lambat aku menggeleng. Mustahil!
“Kau tahu ke dia dah tukar u? Kesian, kesian.”
Tubuhku menyembah bumi. Air mataku jatuh setitik demi setitik. Silap kau
juga Ilham. Tidak tahu membezakan yang salah dan yang benar.
Maafkan aku, Isyraf. I did a mistake. A big mistake. Moga kita berjumpa
lagi, Muhammad Akid Isyraf.
sibuk... ni pun curi-curi post entri. Drop komen ya kalau rajin. Oh ya, esok final. Nak happy ending or sad ending? ahaks
cpat2...x saba' nk tunggu nie!!!
ReplyDeleteya ya. Malam ni ai letak punya
Deletehoyeahhh...
ReplyDeletenk hepi ending plz...da pnat sdeyh ng drama isyraf-ilham-hayani..huuu
nihow, gudluck 4 ur final =)
~iman~
insya-Allah happy ending. Hikss. ceq pun dah penat ni. Depa duk main tarik tali lagi
Deleteterima kasih, babeh
Touching, okay. Apesal Ilham ni mcm sedih je kisah hidup dia? Ayorkkk... Hana, jawab2... Haha. Well, good job, Hana. HMDS memang interesting! ^_^
ReplyDeletekisah hidup dia memang sedih kut. kikikiki
Deleteterima kasih sejuta kali kak
Wah bestlah. cepat2 lah sambung cerita ni.
ReplyDeleteterima kasih ya sebab baca
Deletehaip. nanti hanna sambung
hanna.. ko kene buat happy ending... jangan nak buat sad ending... karang ramai yang lempar laptop kat lantai...
ReplyDelete-dini-
orang pertama yang nak lempar laptop tu dini ka? muahaha
Deletehaha, x suka la sad ending..
Deletehanna suka ja :p
Deleteplease...happy ending please...
ReplyDeleteinsya-Allah. hikss
Deletebest la hanna! sambung lagiii . buat happy ending ke sad ending ke. penulisan hanna semuanya best2 belaka. akak penggunjung setia blog awk ni tau :3
ReplyDeleteterima kasih terima kasih.
Deleteterima kasih jugak sebab kunjung blog ni. Love you very much lah. ahaks
best..smbg agi..hihi
ReplyDeletetrimas2. nanti hanna sambung
Deletehanna! awat hang buat citer sedih! Ya Allah! nak nangis aku baca...
ReplyDeletejahat tul si yan tuuu! TT___TT
sian Ilham...~
btw, sedap nama Ilham tu utk pempuan. I likeee~ <3 ;)
sambung2, eps 4! n___n
aku tak nangis bermakna cerita ni tak sedih. muahaha
Deletedia baik apa :p
nama dia memang sedap macam nama aku
dah sambung dah pong