Nafas dihela
lemah. Dari mengorak langkah laju, aku terus berpaling. Bibirku diketap. Lelaki
yang memanggilku sedari tadi langsung aku tidak endahkan. Laungannya menjemput pandangan sinis beberapa
orang senior perempuan. Ah! Aku peduli apa.
Dan
akhirnya, dia berjaya memintas diriku. Tangannya didepakan untuk menghalang aku
daripada terus berjalan.
“Esok you busy?”
“Sampai bila-bila pun aku sibuk. Nak apa?” soalkukasar.
Dia
mengoyak senyuman manis. Aku tahu kenapa dia datang berjumpa denganku.
“Kura-kura dalamperahu, pura-pura tak tahu. Nak ajak you keluar makanlah. Boleh tak?”
Kepalaku digelengkan laju tiga saat.
Sejak aku menjejakkan kaki ke sini, acap kali lelaki jurusan undang-undang ini
mengangguku. Sudah dihafal jadual kuliahku. Sudah dihafal namaku, alamat
rumahku dan semua tentang diriku. Sepanjang 21 tahun aku duduk di atas muka bumi
ini, dia lelaki pertama yang pandai menganggu hidupku.
Dua orang mahasiswi
berpapasan denganku dan menggariskan senyuman sinis. Aku tidak pasti mengapa
aku selalu dibenci dan dikutuk. Sungguh! Aku tidak minta untuk jadi seperti
ini. Aku tidak minta untuk dikacau.
Wajah itu kelat.“Kenapa tak
boleh pulak?”
“Mr. Isyraf, nak dengar satu
ayat tak?”
“Nak!”
“Aku tak suka diganggu dan aku
takkan layan mana-mana lelaki.”
“Miss Cahaya, nak dengar satu
ayat tak?”
Aku senyap.Tidak berkata apa-apa.
Jika aku tidak mahu mendengar
kata-katanya sekalipun, dia tetap akan berbicara. Dia tetap dengan
keputusannya.
“I suka ganggu you dan I
akan pastikan you layan I. Kita tetap akan bersama, sayang,” bisiknya di cuping telingaku
sebelum berlalu pergi.
*****
Imanina menolak kerusi masuk
ke dalam meja. Perpustakaan yang semakin sesak membuatkan aku tidak selesa.
Badan sudah melekit dan perut juga sudah berkeroncong minta diisi. Kelopak
mataku pula sudah terasa berat.
“Bahagianya aku. Esok tak ada kelas!” ujar Imanina ceria.
Aku mengangguk. Bolehlah aku
siapkan assignment yang bertimbun. Boleh belajar, boleh berehat. Ini yang
dinamakan menuntut ilmu. Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Kuatkan
hati, berusaha dan berdoa. Jika kegagalan yang bertamu, tetap akan rasa bahagia
kerana telah berusaha dan berdoa.
Imanina sibuk saja membebel.
Aku menarik muncung sebelum berjalan di tengah jalan raya. Tanganku menghalang
simbahan sang suria daripada terkena wajah.
“Ilham!”
Muka blur aku tayang.
Memandang Imanina. Langkahku mati. Seraut wajah cemas itu mengundang rasa
hairan di hatiku.
“Belakang kau ada kereta!”
Saat itu, tubuhku melayang ke
udara. Dahiku berkerut. Sakitnya hanya DIA yang tahu. Kepalaku berpinar. Sungguh aku buntu.
Rasa sakit semakin lama semakin menebal dalam diriku. Kekuatanku seolah-olah
hilang begitu saja.
Tubuhku terhempas di atas
rumput. Imanina berlari mendekatiku. Bibirku mengoyak senyuman kelat.
Jari-jemariku memegang belakang kepala. Perlahan-lahan aku bangun dan duduk.
Seorang gadis yang memakai kemeja kotak berwarna putih dan jeans hitam mengorak
langkah menghampiriku. Bibirnya digigit.
Gadis
cantik itu melutut di hadapanku.
“Kak, maafkan saya. Saya tak nampak akak tadi,”
ujarnya penuh sesal.
Mata Imanina membuntang.
“Tak nampak? Kau ingat
kawan aku ni kecik semut ke sampai kau tak nampak dia? Bawak kereta macam
pelesit.” Suara Imanina naik seoktaf.
Aku menggeleng. “Aku
okeylah. Janganlah marah dia. Salah aku jugak sebab jalan tengah jalan raya.
Mahu aku tak kena langgar.”
Sepatutnya aku berjalan di
tepi untuk mengelakkan dilanggar. Malang memang tidak berbau. Kalau berbau, dah lama aku
tak jalan di tengah jalan raya.
Wajah
gadis itu semakin lama semakin tunduk. Mungkin dihantui rasa bersalah.
Kolam
mataku bergenang. Kepalaku sakit. Badan juga. Aku bingkas bangun. Penglihatanku
agak kabur. Imanina turut bangun. Dia memegang tanganku. Aku tersenyum. Jariku
menyapa bahu gadis itu. Dia mengangkat wajah.
“Bangunlah.
Akak okey.”
“Betul?” ajunya menginginkan kepastian.
Kepalaku diangguk lemah.
“Betul.” Serentak itu dia
terus bangun. Tangannya mengibas baju yang terkena rumput.
Badanku terasa goyah.
Bagaikan tubuh ini ingin menyembah bumi. Imanina mengambil beg sandangku lalu
dipegangnya.
“Adik baliklah. Akak dah
sihat dah,” tipuku.
Sesaat kemudian, kereta
gadis itu meluncur laju membelah jalan raya. Ekor mataku mengiringi pemergiannya.
Imanina memandangku hairan. Jemariku menyentuh pipiku. Aku tidak berdaya untuk
menepis. Kemudian, tangannya memegang erat bahuku. Aku senyum lagi. Dia
menayang wajah serius.
Kepalaku berdenyut-denyut.
Dari jauh, aku dapat melihat Isyraf mendekatiku.
“Ilham, muka kau pucat.”
“Mana ada. Jom gerak,”
ajakku.
Isyraf berhenti melangkah.
Tangannya didepakan. Pasti ingin menghalangku daripada terus berjalan lagi.
Imanina sudah menayang muka bengang. Aku berjalan dan
terlanggar bahunya. Tubuhku semakin lemah. Kekuatanku habis! Hampir saja aku
rebah ke bumi namun Isyraf lebih pantas menyambut tubuhku. Titisan hangat mula menodai pipi.
Sakit!
Kelopak mataku
bergerak. Jemariku juga.
Terbias wajah
risau Imanina di kornea mataku saat mataku terbuka. Wajah mama dan papa juga. Seperti
biasa, dua ulas bibir ini mengukirkan senyuman.
“Ilham okey?”
“Okey, pa.”
Mama mengelus lembut
pipiku. Aku tahu dia risau dengan keadaanku.
“Kau
buat aku risau,” tutur Imanina sambil menumbuk bahuku.
Bilik putih yang aku diami tika ini tidak
menarik bagiku. Semuanya putih. Entah sampai bila aku akan berada di
sini. Yang pasti, seluruh tubuhku masih sakit. Malah lebih sakit berbanding
saat aku dilanggar.
Kipas siling berputar perlahan.
“Aku okeylah. Bukannya sakit
mana pun.” Cuba meyakinkan Imanina.
Dia mencebik. “Okey sampai
pengsan?”
Kata-kataku mati. Bibirku
terkunci.
Isyraf! Dia yang menyambut
tubuhku. Ah! Malunya. Sepatutnya, dia biarkan saja aku rebah. Dia bukannya
mahramku sehingga boleh menyentuhku.
Mama dan papa meminta izin
untuk ke kafe hospital. Mungkin ingin mengisi perut. Imanina melabuhkan
punggung di atas kerusi. Dia merenungku tajam. Aku hanya memerhati tanpa
sepatah kata. Malas pula untuk berbicara saat ini. Lebih baik berdiam diri dan
berehat kerana aku terlalu letih namun Imanina seperti tidak ingin beredar
pula.
Tanganku disentuh.
“Dia yang bawak kau ke
hospital tadi.”
“Oh!” Hanya itu yang
terluncur dari bibirku.
“Dia yang derma darah kat
kau tadi,” ujar Imanina lagi.
“Okey.”
Keningku bertaut. Derma
darah?
“Apa? Derma darah?”
Imanina mengangguk.
Kenapa pulak dia kena derma
darah? Aku bukannya kehilangan darah pun. Hanya tubuh dan kepalaku sakit. Itu
saja.
“Kau kehilangan banyak
darah tadi. Kau ni pun tak boleh pakai. Kepala kau berdarah teruk
okey! Badan pun. Kenapa kau tak sedar?”
“Berdarah?
Tak pun!”
“Tu
yang aku cakap kau tak boleh pakai. Badan sendiri luka sampai berdarah pun tak
sedar.”
“Manalah aku tahu!”
“Blablabla. Yang penting, dalam tubuh kau ada darah Isyraf. Muahaha.”
*****
Lelaki
itu mengoyak senyuman. Dia melipat akhbar lalu mencapai telefon bimbit
miliknya. Imanina menjulingkan mata. Sudah tiga minggu aku di sini dan tiga
minggu juga si Isyraf menjadi pelawat tetap. Nurse kat sini pun dah boleh hafal
nama dia.
Imanina merengus kasar. “Wei,
bila nak balik?”
“Ikut suka akulah. Kau tak
payah sibuk. Cahaya dahaga?”
Aku menggeleng.
“Mangkuk, nama dia Nur
Ilhamina. Bukannya Cahaya Ilhamina.”
“Tak apalah. Nur tu kan
bermaksud cahaya. Okey apa aku panggil Cahaya. Sedap pun sedap. Kau tu tak
payah nak bising. Kang aku panggil kau Nine baru tahu.”
“Nama aku Imanina. Bukannya
Nine!”
Bibirku mengoyak senyuman
kelat. Aku bangun dan duduk. Bosan rasanya asyik terbaring sepanjang masa. Mama
dan papa hanya datang apabila waktu bekerja tamat. Along dan Angah kadangkala
datang juga menjengukku. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa sebenarnya. Aku
tidak mahu menyusahkan mama, papa, Along dan Angah. Juga tidak mahu menyusahkan
Imanina dan Isyraf. Mereka tidak perlu menjengukku setiap hari. Aku mampu
menjaga diriku.
Pintu bilikku diketuk.
Mataku jatuh pada daun pintu. Imanina dan Isyraf diam.
Tersembul wajah gadis
cantik yang melanggarku dulu. Aku senyum. Dia menjinjing bakul yang berisi
buah-buahan.
“Maaf, kak. Baru hari ni
saya tahu yang akak admitted.”
“Tak apa. Duduklah,” ucapku
lembut.
Wajah Imanina merah. Aku
tahu dia tetap menyalahkan gadis cantik itu atas apa yang terjadi meskipun
semua ini berlaku disebabkan salahku sendiri. Aku yang cuai. Aku yang
berjalan di tengah jalan raya.
Imanina tetap dengan pendiriannya.
“Nama saya, Hayani. Panggil Yan je.”
“Akak,
Nur Ilhamina. Ambik
course apa?”
“Sains kesihatan. Akak?”
“Akak budak Farmasi.”
Gadis itu mengangguk.
Isyraf duduk di atas sofa. Membaca buku yang dibawanya. Imanina berdiri di
sampingku.
Telefon gadis itu
berdering. Dia senyum. “Kak, saya kena pergi dulu. Kita jumpa lagi nanti.”
Selepas gadis itu beredar,
Isyraf duduk di hadapanku. Aku melarikan pandangan. Semakin lama dia berada
dekat denganku, aku jadi tidak tentu arah. Rasa di hati ini semakin hari
semakin bercambah tanpa mampu aku halang. Hanya aku, Imanina dan Yang Esa
mengetahui rasa ini. Cuba untuk menghilangkan rasa ini namun menemui jalan
buntu.
“Sumpah aku tak suka budak tu. Gedik semacam je.”
“Mana
ada gedik tu. Nina, Nina. Buanglah syak wasangka kau tu.”
Imanina mencebik. Wajahnya masam. Memang dia
tidak betah dengan kehadiran insan bernama Hayani. Ada saja kesalahan yang dilakukan Hayani pada
matanya meskipun gadis cantik itu tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan.
Isyraf tidak menyampuk.
Hanya memerhati. Kepalanya dilentokkan.
“Imanina, dinner bila?”
“Dinner apa?”
“Alah! Dinner yang u buat
tiap tahun tu.”
Imanina menggaru pelipis.
“Bulan depan. Kenapa?”
“You pergi kan dinner tu?”
“Pergi kut. Kenapa?”
“Saja tanya.”
Kenapa aku rasa Isyraf ni tak
annoying pun?
*****
Meja bulat yang aku duduki
sudah penuh. Terpancar kegembiraan di wajah masing-masing. Banyak suara
menampar gegendang telingaku. Dewan sudah bising! Imanina sibuk bersembang
dengan Syazwina, rakan sekelasku dan dia.
Saat pandanganku dan Hayani
bertaut, aku melemparkan senyuman manis.
“Assalamualaikum!”
Terus aku memandang stage.
Isyraf?
Dia memakai baju melayu
berwarna biru muda dan memegang gitar. Duduk di atas bangku berwarna putih.
Semua terus diam.
Lelaki itu senyum.
“Saya nak menyanyi satu
lagu. Terimalah. I Won’t Give Up by Jason Mraz.”
Wajahku merah. Hayani
senyap. Wajahnya masam.
When I look
into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
Well there's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?
I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find
'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up
I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use the tools and gifts
We got yeah we got a lot at stake
And in the end,
You're still my friend at least we didn't tend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn, how to bend without the world caving in
I had to learn what I got, and what I'm not
And who I am
I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
I'm still looking up
I won't give up on us
God knows I'm tough, he knows
We got a lot to learn
God knows we're worth it
I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up...
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
Well there's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?
I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find
'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up
I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use the tools and gifts
We got yeah we got a lot at stake
And in the end,
You're still my friend at least we didn't tend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn, how to bend without the world caving in
I had to learn what I got, and what I'm not
And who I am
I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
I'm still looking up
I won't give up on us
God knows I'm tough, he knows
We got a lot to learn
God knows we're worth it
I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up...
Lelaki itu senyum dan menunduk. Terus dia turun dari
pentas dan menghampiriku.
“I love you, Nur Ilhamina. Will you be mine?”
Aku senyum.
“Insya-Allah aku akan jadi
milik kau kalau kita berkahwin.”
*****
Peluh mula merenik di dahi.
Sedari tadi, aku menunggu Isyraf namun dia belum datang. Jam pada pergelangan
tangan aku kerling. Sudah pukul 5 petang. Bermakna, aku telah menunggunya
selama empat jam. Dia pergi ke mana? Jika tidak dapat datang, dia patut
menghubungiku. Imanina pun satu. Pergi tandas lama sangat.
Ada
jemari menyapa bahuku. Aku
berpaling.
“Sorry lambat. Toilet
banyak orang. Dia tak datang lagi?” soal Imanina perlahan.
Lambat-lambat aku
menggeleng.
“Jomlah balik. Dah lewat
ni. Nanti mama aku bising pulak,” ujarku.
Dia mengangguk.
Kami bingkas bangun dan
masuk ke dalam perut Kelisa putih milik Imanina. Sepanjang perjalanan, aku
hanya membisu.
Imanina menekan brek di
kala lampu isyarat menunjukkan warna merah. Aku mengalihkan wajah. Membuang
pandang ke luar tingkap. Aku tersentak. Kelopak mataku kian hangat. Wajahku
diserbu darah merah.
“Isyraf…” Suaraku keluar
tanpa aku sangka.
“Mana?”
“Kat
stesen bas tu. Dia
tengah peluk Yan.”
Air mataku terus gugur.
Rasa dikhianati! Rasa dipermainkan!
“Kau nak jumpa Isyraf?”
“Tak. Dah. Jom kita balik.”
Terima kasih, Isyraf. Kau
dah ajar aku untuk tidak mempercayai mana-mana lelaki lagi.
BERSAMBUNG...
Esok ada kelas tambahan. Sabarlah wahai hati. Drop komen kalau rajin. ahaks
wahhh! sambung2! :D:D:D tak sabaq nak tunggu eps 2! xD
ReplyDeleteagaknyaaa...mcm mana la reaksi Isyraf bila dia tau yg Ilham tau dia peluk Yan~
heee. nanti ceq sambung
Deletereaksi isyraf aku tatau. Reaksi Ilham aku tau. Mesti dia bagi pelempang punya. Muahaha
best best, aku suka cerpen ko, sekali baca pun, akiu langsung jatuh cinta, lanjutkan hanna aleeya (haleluya)
ReplyDeleteterima kasih sejuta kali. Ya ya. Nanti hanna lanjutkan
Deletead g x kene nie... dulu time kt spital isyraf x layan yan pon...
ReplyDeletebercinta kat belakang kut. Muahaha
Deletebest. teruskn sambungannya.
ReplyDeletetrimas. heee. Nanti hanna sambung
Deletenak komen disini :)
ReplyDeletehanna,sila smbung cept2.....
aishhhh,xsabar nk tw pe tjadi??
salah faham ke???
uiks. Ya. Satgi hanna sambung. Salah faham? entahlah. Hanna pun tatau apa yang terjadi sebenarnya. Hehehehe
Deletebercinta itu making love kan ?
ReplyDelete(Mohd Affan Bin Jafar Bin Abdullah bin Jaiz)
entahlah. kikiki
DeleteComel when part Isyraf nyanyi and terus on I won't give up.Dapat bayang how suar isyraf like jason mraz so sweet ♡
ReplyDeletewohho. Hanna pun harap suara dia sama macam jason mraz. sedap gitu
Delete