Sepuluh tahun berlalu…
KLIA sesak dengan
lautan manusia. Aku mengoyak senyuman di kala dapat mengecam susuk tubuh
seseorang yang berdiri membelakangiku. Sudah bertahun-tahun lamanya aku tidak
bertemu dengan dia. Sungguh dia sibuk dengan perniagaannya dan aku belajar
untuk berdikari di negara orang. Tiada istilah mengada atau merajuk lagi.
“Baby dah balik!”
sapaku. Memang ada gaya mengada.
Lelaki itu
berpaling. Bibirnya mengoyak senyuman manis. Tangannya didepakan seolah-olah ingin
merangkul tubuhku dan aku menunjukkan penumbuk yang tidak sebesar mana. Pecah
tawanya. Dia menggeleng.
Megat Khilfi tidak
banyak berubah. Masih punya senyuman yang sama.
“Baby cantik!”
“Memanglah. Kan baby
ni your baby, your sister and your…”
“Girlfriend,”
sambungnya sebelum kami sama-sama ketawa.
Tiga orang lelaki
mampir dan menunduk. Mencapai semua luggage milikku. Aku hanya memerhati tanpa
kata. Inche Yang Aku Benci ni memang layan aku seperti anak kecil sungguh!
Bukannya aku tak boleh bawa luggage aku sendiri.
Aku berjalan seiring
dengannya menuju ke tempat meletak kereta.
“Cuti hari ni?”
soalku ingin tahu.
Dia menggeleng.
“Half day je. Asal?”
“Lorh. Bos pun ambik
half day. Cuti je lah. Company bukannya nak rugi pun,” komenku geram.
Bos pun nak ambil
half day. Mesti pekerja kat company dia jarang ambil cuti sebab bos pun tak
cuti. Haih! Sudahlah belum berkahwin. Tahun ini, seorang Inche Yang Aku Benci
sudah berusia 35 tahun. Sikit masa lagi, akan dapat title bujang terlajak. Sejak
dia putus tunang dengan minah plastik tu, dia jadi lelaki yang sibuk 24 jam.
Dia senyum sebelum
langkahnya mati di hadapan sebuah BMW X6 hitam metalik. Keningku dijongketkan
memandang dirinya.
“Abang beli kereta
baru?”
“Not mine. Baby
punyalah.”
“Nanana.Thanks but
no thanks. Isti tak nak kereta ni.”
“Kenapa?”
Aku menggariskan
senyuman nipis. Tubuhku disandarkan pada pintu kerete mewah itu. Aku jual
kereta tu, boleh hidup untuk beberapa tahun akan datang tanpa bekerja. Goyang
kaki sepanjang masa. Isti, sedarlah! Kereta tu bukan milik kau.
“Isti nak kereta
lain. Bukan kereta ni.” Keluar sudah aura manja.
“Kereta apa?”
Yes!
“Kelisa putih,”
balasku selamba.
Rahangnya jatuh.
Kepala yang tidak gatal digaru berkali-kali.
*****
Seorang perempuan
menunduk. Aku melemparkan senyuman nipis. Mataku liar memandang lobi bangunan
setinggi 24 tingkat ini. Sumpah Inche Yang Aku Benci ni kaya gila dan ini kali
pertama aku menjejakkan kaki ke sini. Patutlah keluar duit nak beli BMW sebijik
macam keluar duit beli cekelat sekupang.
“Cik nak jumpa
siapa?”
“Nak jumpa Inche
Yang Aku Benci,” tuturku di luar sedar.
“Haa?”
“Sorry. Nak jumpa
Megat Khilfi. Dia ada?”
Dahinya berkerut.
Seorang gadis muda di sebelahnya mengoyak senyuman sinis. Apa? Salah ke aku nak
jumpa dia?
“Cik ada buat
appointment dengan dia? Dia bukannya cleaner, cik. Dia bos kat sini,” sampuk
gadis muda itu dan perkataan bos ditekannya.
Takkanlah aku nak
buat appointment dengan Inche Yang Aku Benci tu. Kelmarin dia yang cakap aku
boleh datang sini sesuka hati. Ni setakat aku tanya pun mulut dah bising
semacam. Tahulah aku ni nobody tapi aku nak jumpa si somebody. Tahulah macam
mana aku nak fire Megat Khilfi tu. Kalau tahu ni yang jadi, tobat aku tak mai
dah.
Aku menghela nafas
lemah. Jariku menekan dahi.
“Baby!”
Kepalaku
dipalingkan. Lelaki itu berlari mendekatiku.
Dah tua pun lari
macam budak tak cukup umur.
Sepasang matanya
bersinar-sinar. Lelaki di belakangnya menunduk. Aku menunduk kembali. Memang
sakitlah kepala aku dua tiga menjak ni. Asyik tunduk je.
“Datang pun.”
“Memanglah Isti
datang sebab tu abang nampak Isti sekarang ni tapi kenapa susah sangat orang
nak jumpa abang?”
Muncung ditarik
sebelum menggeleng. “Mana ada. Senanglah sebab tu Baby boleh jumpa abang
sekarang ni.”
Erk!
“Jomlah. Kita pergi
tengok kereta yang Baby nak beli tu.”
“Yeay! Sayang
abang.”
Dia senyum.
“Sayang Baby jugak.”
******
Satu demi satu
kereta aku pandang. Si penjual membuat muka toya. Penat agaknya kerana dari
tadi aku hanya memandang kereta tanpa menyatakan hasrat untuk membeli. Inche
Yang Aku Benci berdiri di sisiku. Keningnya dijongketkan bertanya kereta apa
yang ingin aku beli. Dia pun dah bosan agaknya.
Kadang-kadang, aku
tertanya-tanya bilakah seorang Megat Khilfi akan mendirikan rumah tangga. Dia
terlalu sibuk dengan dunia perniagaannya dan diriku. Aku boleh menjaga diriku
sendiri. Aku sudah berusia 25 tahun okey!
“Tak jadilah beli
kereta. Nanti kalau Isti nak pergi mana-mana, Isti minta tolong driver
hantarkan. Jom kita pergi makan. Isti dah lapar ni.”
“Wokeh! Baby nak
makan apa?”
“Cendol pulut dan
laksa!” jeritku gembira.
Dia mengangguk.
Meninggalkan aku untuk mengambil keretanya di car parking. Lelaki yang membuat
muka toya tu pun blah. Geram dengan aku agaknya. Tengok kereta kemain lama tapi
tak beli pun.
Aku keluar dari
kedai itu dan berdiri di tepi jalan. Inche Yang Aku Benci tu ada di seberang
jalan. Lintas je lah.
Saat aku melintas
jalan raya yang sesak itu, sebuah motorsikal meluncur laju dan melanggarku. Aku
terjatuh. Menyeringai kesakitan. Lututku terasa sakit sekali. Bibirku diketap.
Kolam mataku sudah bergenang.
Penunggang
motorsikal itu dan motorsikalnya terus blah.
“Sayang!”
Untuk pertama
kalinya, seorang Megat Khilfi menyentuh lenganku dan aku menepi. Dia mengangkat
tangannya tanda tidak sengaja.
“Sorry. Baby okey?”
soalnya risau.
Wajahku diangkat.
Pandanganku dan dia bertaut. Ada getar di hatiku. Satu rasa yang tidak pernah
aku sangka bertamu di hati. Tidak! Perasaan ini salah. Terlalu salah. Aku tidak
boleh mencintai seorang lelaki yang menganggapku sebagai adiknya.
Jarinya tetap
menyentuh lenganku. Tidak dipedulikan berpasang-pasang mata yang melihat.
“Tak apa. Berlapik,”
tegurnya.
Aku menggeleng
sebelum bangun. Dia turut bangun. Mengambil handbag milikku.
“Baby boleh jalan?
Nak abang tolong?”
“Nope. I’m fine. Jom
kita balik.”
“Kita gi klinik
dulu. Then, kita balik.”
“Kita balik terus
je. Bukan sakit pun.”
“Hurmm. Baru ingat
nak ajak Baby ikut abang pergi jamuan kat rumah Datuk Asri.”
“Nak ikut!”
“Tak boleh!”
“Sayang Baby tak?” Aura gedik mula keluar.
“Sayang,” ujarnya
lemah.
“Bolehlah Isti
ikut.”
*****
Banglo tiga tingkat
itu aku pandang lama. Semua kereta yang dipakirkan di seberang jalan merupakan
deretan kereta mewah. Setakat ni, tak jumpa lagi kereta Kancil, Kelisa, Vios,
Exora. Yang aku jumpa Bently, Hummer dan macam-macam lagi.
Inche Yang Aku Benci
tersenyum. Ah! Sehari tanpa dia, hatiku macam nak hilang rasanya. Hati, mengapa
harus mencintai dia?
Mataku jatuh pada
tubuhku. Baju kurung putih dan bawal putih. Hurmm…
“Abang, Isti nak
baliklah.”
“Kenapa?” tanya dia
hairan.
“Malulah. Isti pakai
baju kurung yang harga 40 ringgit je,” terangku jujur.
“40 ringgit ke, 40
juta ke, Baby tetap nampak lawa. Dah! Jom kita masuk.”
Aku macam kerang
busuk dah ni. Dari tadi, duk senyum. Megat Khilfi entah menghilang ke mana.
Kalau nak hilang pun, bawaklah aku sekali. Jangan tinggal aku macam ni.
“Teman wanita Khilfi
kan?” sapa satu suara.
Dahiku sudah
berlapis. Seorang lelaki yang memakai baju batik berwarna biru muda dan slack
hitam mendekatiku. Mengoyak senyuman manis sebelum duduk tidak jauh dariku.
Kalau duduk sebelah aku, memang nak makan penyapu maknanya.
Aku menggaru kepala
yang dilitupi tudung.
“Bukan. Saya a…”
“A’ah. Dia memang
teman wanita aku. Kenapa?” sampuk Megat Khilfi yang entah muncul dari mana.
Mataku membuntang.
Inche Yang Aku Benci… opss! Inche Yang Aku Suka berdiri di sebelahku. Wajahnya
masam.
“Bila masa Isti
teman wanita abang?” soalku perlahan. Cukup untuk aku dan Inche Yang Aku Suka
dengar.
“Sejak Baby
mula-mula datang rumah atuk.”
Aku menjulingkan
mata.
“Bila korang nak
kahwin?”
“Bila kau dah
kahwin,” jawab Inche Yang Aku Suka selamba.
“Lambat lagilah.
Baby, ni kawan abang. Amri. Que Amri.”
“Bukan Que Haidar?”
Tawa dia pecah
sebelum menggeleng.
“Bukan. Baru balik
dari Japan kan?”
“Yepz. Buat engine
kat sana lepas tu melepak setahun.”
Dia angguk.
“Korang bila nak
kahwin?” aju si Que.
Aku dan Inche Yang
Aku Suka senyap. Saling berpandangan. Kenapa dia kena tipu Que Amri ni?
Sedari tadi, aku
hanya membisu. Melarikan pandangan di saat pandangan kami bertembung. Jantungku
berdetak laju. Dia turut senyap. Dirasakan seperti aku sedang duduk di sebelah
orang yang tidak dikenali. Rasa kekok, janggal. Pengakuannya tentang hubungan
kami berdua memang tak masuk akal dan dia seolah-olah memberikan aku satu
harapan. Sungguh aku tidak mahu berharap apa-apa!
Keretanya
diberhentikan di tepi jalan. Aku memandangnya.
“Abang nak cakap
sesuatu.”
Aku angguk tanda
membenarkan dia berkata-kata.
“Abang dah 35
tahun,” ujarnya lemah.”
Lelaki itu mengoyak
senyuman kelat. Tangannya dibawa ke belakang kepala dan tubuhnya disandarkan
pada seat kereta. Sepasang mata bundar itu tetap jatuh pada wajahku. Okey! Aku
nak cair dah ni.
Dan aku dah 25
tahun. Betapa pantasnya masa berlalu. Oh ya. Masih belum punya kesempatan untuk
bertemu Aqilah.
“Isti tahu.”
“Dan abang perlukan
seseorang yang boleh jaga abang, jaga anak-anak abang dan bahagiakan abang.”
“Pergilah cari.
Banyak perempuan lawa kat Malaysia ni.”
“No need. Abang dah
ada pilihan tapi…”
“Tapi apa?”
“Abang tak tahu yang
dia nak terima abang ke tak.”
“Cubalah tanya dia.”
“Tengah tanyalah
ni,” jawabnya sebelum sengih.
“Haa?”
“Nak tak kahwin
dengan abang?”
“Kenapa pulak Isti
kena kahwin dengan abang?”
“Sebab abang
cintakan Baby, sayangkan Baby dan nak bersama dengan Baby. I want you as my
wife. Can I?”
sudi tak isti??? sudi laaaaaaaa.. kalau tak sudi bagi dekat sayalahhhhh/// ahahahaa.
ReplyDeletedia nak isti sorang ja
DeleteComelnyaaa cerita. Sambung sambung ! ^_^
ReplyDelete-Mrs Bond-
writer dia tak comel? ahah
Deletenanti hanna sambung
folio sej dgn geo ek? sya pun kena buat juga..
ReplyDeletenak lagi baca.. cpt2 smbg..:D
a'ah. penat buat. huhuhuh
Deletewokeh. nanti hanna sambung
bestnya...sambung lagi
ReplyDeleteterima kasih sejuta kali sebab baca. Ya ya. Nanti hanna sambung
Deletedepa ja yang romantic. hanna ni duk mantain muka toya
ReplyDeleteyay! Inche Yang Aku Suka dah melamar Isti! harap Isti terima...
ReplyDeletenow, move 0n to epis0de 3! let's go babe! shishishi... :D
kalau dia tak terima? O.o
Deleteyeah. Let's go
bestnyaaaaaaa
ReplyDeletereally miss your best. Lama tak dengar kabo
Deletesambung...sambung..xsbr nk bace lagi..
ReplyDeleteyow. Nanti hanna sambung punya
Delete