“Siapa tak hadir
angkat tangan.” Serentak itu, pecah tawa semua pelajar di dalam kelasku. Hanya
aku yang tersenyum sumbing.
Hatiku terasa tawar
untuk sama-sama bergembira. Aku ligat berfikir cara untuk aku meloloskan diri
dari ‘istana’ indah itu. Setiap hari, ada saja peluang untuk aku pergi namun
entahlah. Diri ini tidak pandai memanfaatkan peluang yang ada.
“Istiqamah….”
Wajahku diangkat.
Gadis yang mempunyai wajah bujur sirih itu merenungku dan mengoyak senyuman
manis. Berseri-seri saja wajahnya.
“Kau okey?” ajunya
perlahan. Takut didengari oleh Cikgu Mustafa. Buruk padahnya sekira dia
menangkap kami bersembang.
“Okey.”
“Muka kau pucat.”
Ada nada risau dalam bicaranya.
Kepalaku digeleng
lemah. Jari-jemariku mengetuk meja. Aku memandang kosong papan putih sebelum
kembali memandang Aqilah. Wajahku pucat kerana terlalu sibuk memikirkan cara
untuk aku melarikan diri. Memang susah untuk lari. Ada saja orangnya yang
mengawasiku. Setiap minit dan setiap saat aku tidak akan hilang dari pandangan
mereka.
Semua pelajar
senyap. Melakukan kerja sendiri. Kalau rasa nak berlari sepuluh pusingan di
padang, bolehlah bising.
Aku memandang lelaki
yang berpakaian serba hitam yang berdiri di ambang pintu kelas. Nafas dihela
lemah. Mana mungkin aku mampu melarikan diri. Inche Yang Aku Benci tu memang
sengaja nak sakitkan hati aku.
Memang aku bencikan
dia. Dia! Lelaki yang annoying.
“Aku nak larikan
diri,” ujarku lemah.
“Hurmm. Harap kau
berjaya. Dah 66 kali kau cuba larikan diri dan 66 kali kau gagal. Aku kesian
dengan kau. Inche Yang Kau Benci tu memang sengal sungguh!” kutuk Aqilah geram.
Aku senyum.
“Dia yang jaga aku,
Aqilah. Aku banyak terhutang budi dengan dia dan aku harus pergi dari rumah
tu.”
“Boleh ke kau jaga
diri? Kau baru 15 tahun tau. Okey! Aku ada idea. Kalau kau berjaya larikan
diri, kau datang rumah aku. Umi aku konpom bagi kau duduk rumah aku. Ganbatte!”
Moga aku berjaya
melarikan diri dan moga Inche Yang Aku Benci boleh hilang sesaat dari
pandangku. Sehari tanpa dia, sungguh aku bahagia.
*****
Peluh mula merenik
di dahi. Aku berpaling seketika. Fuh! Mereka tidak dapat mengesanku. Sedikit
saja lagi dan aku akan berjaya. Helahku menjadi rupanya. Taklah bagus sangat
orang-orang Inche Yang Aku Benci tu. Aku cakap aku nak terkucil pun percaya. Tu
alasan budak kecik je lah. Tapi bagus juga hamba-hamba Allah tu percaya.
Aku berhenti di
hadapan sebatang pokok. Tubuhku disandarkan pada batang pokok itu. Tercungap-cungap
aku dibuatnya. Tanganku memegang dada yang sakit.
“Penat ek?” sapa
satu suara.
Darahku berderau.
Wajahku diangkat lambat.
Lelaki itu mengatur
langkah mendekati. Sehelai sapu tangan menyapa dahiku. Disekanya peluhku penuh
sopan. Aku kematian kata. Macam mana Inche Yang Aku Benci ni boleh ada di sini?
Cubaanku untuk melarikan diri gagal lagi.
“Baby tak payah cuba
nak lari. Abang tetap akan dapat bawa Baby balik ke rumah.”
“Nama aku bukan Baby
tapi Safa’ Istiqamah!” jeritku lantang.
Dia tersenyum dan
menggeleng. Sesaat kemudian, dua orang wanita muncul. Tanganku dipegang.
Mencerlung mataku memandang mereka. Dadaku berombak kencang.
“Cik Safa’, jom
balik.”
Mahu tidak mahu, aku
terpaksa akur juga. Kang ada jugak pistol singgah kat dahi aku.
Tubuhku dihempaskan
ke atas sofa. Langsung tidak menghiraukan Inche Yang Aku Benci yang sedang
berdiri di hadapanku sambil memeluk tubuh.
Sejak aku kecil, aku
dibesarkan oleh datuk Inche Yang Aku Benci. Kata dia, aku dijumpai di tepi
jalan dan setelah siasatan demi siasatan dilakukan, aku hanya seorang anak yang
sebatang kara. Ibu dan ayah telah meninggal dunia. Datuk? Nenek? Lagilah aku
tak ada. Dengah baik hatinya, atuk telah membelaku sehinggalah aku berusia 12
tahun. Selepas atuk meninggal dunia, aku terus dijaga oleh Inche Yang Aku Benci
sehingga kini.
Berada di bawah
jagaan lelaki itu seolah-olah berada di bawah pemerintahan raja yang zalim. Aku
tidak dibenarkan keluar tanpa kebenarannya. Dikawal ketat! Dan disebabkan
perangainya yang menjengkelkan, aku cuba untuk melarikan diri namun selalu saja
gagal.
“Kenapa Baby ni
degil sangat? Kenapa nak larikan diri?” soalnya geram.
“Hidup Istiqamah,
Istiqamah punya pasallah!”
Lelaki itu
menggeleng.
“Cik Safa’ Istiqamah
berada di bawah jagaan saya iaitu Encik Megat Khilfi. Dan abang nak Baby tahu
yang abang takkan pastikan Baby boleh lari dari rumah ni. Teruk sangat ke abang
ni sampai Baby nak pergi?”
Aku merengus kasar
dan aku bingkas bangun. Anak mataku menerobos dalam anak matanya.
“Isti nak pergi dari
sini. Abang bukannya abang Isti dan ni bukannya rumah Isti. Abang memang teruk.
Abang kawal kehidupan Isti. Abang tak ada hak nak kawal Isti!” Air mataku mula
berguguran.
Tangannya cuba
menyentuh pipiku namun diturunkan semula. Tersedar yang aku bukan adik
kandungnya atau saudara susuannya. Memang dari dulu dia begitu. Hampir saja
menyentuhku dan akan diturunkan tangannya tatkala menyedari hakikat sebenar
tentang hubungan kami berdua. Sungguh memang bertuah siapa yang menjadi
isterinya. Cuma part annoying tu tak boleh kikis lagi.
Dia meraup kasar
wajahnya. Lelaki itu menapak ke belakang dan melabuhkan punggung di atas sofa
kulit. Jari-jemarinya disulamkan sesama sendiri.
Kadang-kadang, aku
kesian juga dengan Inche Yang Aku Benci tu. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan si
tunang yang mengada je lebih dan sibuk menguruskan aku yang tersangat degil. Tu
lah. Siapa suruh tak bagi aku pergi dari sini.
“Baby, abang buat
semua ni demi kebaikan Baby jugak. Abang kawal Baby sebab abang tak nak Baby
jadi macam budak-budak kat luar sana. Abang nak Baby jadi perempuan yang baik,
matang, berilmu dan beriman. Tu pesan atuk sebelum dia pergi. Kalau Baby lari
pun, Baby nak duduk mana? Baby hanya ada abang sorang je.
Abang sanggup
korbankan segala-galanya asalkan Baby ada di sisi abang, jadi budak baik dan
tak larikan diri.”
Aku terdiam.
Dia menggariskan
senyuman nipis.
“Kalau orang suruh
pilih Baby atau tunang abang, nescaya abang akan pilih Baby. You’re my baby, my
sister and my girlfriend,” ujarnya sebelum meletuskan tawa.
Aku menarik muka.
Telefonnya
berdering. Lelaki itu menyeluk saku slacknya.
“Abang kena pergi
dulu. Kak Syazwani nak jumpa abang. Malam nanti abang balik lagi. Jangan cuba
nak larikan diri. Orang abang selalu ada untuk perhatikan Baby.”
*****
Aqilah menepuk
bahuku. Aku menjulingkan mata. Dia tertawa sebelum mengambil tempat di sisiku.
Beg sekolahnya diletakkan di atas meja bulat. Orang-orang Inche Yang Aku Benci
memandangku tanpa suara.
“Kenapa kau tak balik lagi?” aju Aqilah
hairan.
“Aku tunggu kau
balik. Orang dah ramai balik. Takkanlah kau nak duduk sorang-sorang.”
“Kau baliklah.
Kesian orang-orang Inche Yang Kau Benci tu. Mesti penat.”
Aku menggeleng tanda
tidak mahu. Balik awal pun bukan buat apa.
Saat itu, sebuah
kereta meluncur laju di hadapanku. Dahiku berkerut. Sepertinya aku kenal kereta
itu. Pap! Tu bukan kereta Megat Khilfi ke?
Lelaki itu keluar
dari perut keretanya. Dia berpakaian pejabat dan berlari mendekatiku. Wajahnya
merah dek terkena simbahan sang suria. Peluh mula merenik di dahinya
seolah-olah dia telah melakukan sesuatu yang memenatkan diri atau mungkin dia
berlari.
“Kenapa Baby tak
balik lagi?” Suaranya naik seoktaf.
“Isti tunggu kawan.
Kenapa?”
“Abang ingatkan Baby
lari dari rumah lagi sebab abang tunggu Baby kat rumah tapi Baby tak
balik-balik.”
“Isti okeylah!”
Aqilah tersenyum.
Aku tahu, dia nak gelak tapi segan.
“Ayah aku dah
datang. Aku gerak dulu. Kita jumpa esok. Bye!”
“Bye!”
“Jom balik dengan
abang. Kita pergi jumpa Kak Syazwani dulu.”
What? Jumpa tunang
dia yang tak boleh blah tu?
Tunang Inche Yang
Aku Benci tu dah tak senang duduk. Kemain duk sibuk lentok kepala. Aku pun tak
tahulah macam mana Inche Yang Aku Benci tu boleh tunang dengan dia. Muka sikit
punya hensem. Minah depan aku ni plastik yang banyak dan dia memang tidak suka
dengan kehadiranku selama ini.
Dia bermain dengan
rambutnya.
“You ni kalau tak
datang tak boleh ke?” soalnya sinis.
“Ikut suka akulah.
Bukannya kau yang bawak aku datang.”
“Baby, language.”
Lelaki itu menegurku.
Bibirku diketap.
“Kenapa you panggil
budak tak cukup umur ni Baby? Sepatutnya you panggil I baby.”
Sumpah aku nak
muntah hijau!
Mataku meliar
memandang restoran mewah ini. Pheww! Kopak duit mamat tu kalau setiap hari
makan kat sini.
Sungguh aku tidak
tahu banyak tentang harta Inche Yang Aku Benci tapi memang kayalah. Upah orang
jaga aku sampai berpuluh orang. Gaji sorang-sorang beriban namun aku tidak
peduli. Aku hidup kat rumah tu pun bukan pasal harta. Sikit masa lagi, mungkin
aku akan keluar dari situ dan memulakan hidup baru.
Takkanlah sampai aku
besar aku nak duduk situ. Memang taklah.
“You sendiri yang
cakap dia tak cukup umur. Mestilah I kena panggil dia, Baby. You dah tua dah.
Panggil you Mak Baby bolehlah,” ujar lelaki itu selamba.
Meletus tawaku. Kak
Syazwani merenungku tajam. Aku diam.
“Kenapa you kena
jaga dia? Dia dah besar. Jagalah diri sendiri.”
Lelaki itu merengus
kasar. Terus dia meletakkan sudu dan garpu yang dipegangnya. Okey! Part ni aku
takkan masuk campur. Insan bernama Megat Khilfi jarang marah tapi kalau dia
marah… memang meletup dunia ni.
Dan aku tidak
mengerti mengapa insan bernama Syazwani tidak menyukaiku. Bukannya aku akan
merampas tunang dia pun.
“Dia tanggungjawab
I.”
“You pilih dia atau
I? Kalau you pilih dia, kita putus tunang,” cabar Kak Syazwani.
Ngek sungguh minah
ni.
Inche Yang Aku Benci
bangun.
“You tanya seribu
kali pun jawapan I tetap sama. I tetap akan pilih dia. Baik! Mulai sekarang,
kita tak ada apa-apa hubungan. Baby, jom balik.”
Dan dia terus pergi.
Aku tersenyum kemenangan. Padan muka kau minah plastik. Tanya soalan entah
hapa-hapa. Mestilah dia pilih aku. Takkanlah dia pilih kau pulak.
“Kesian ya kak. Nak
buat macam mana. Dah dia sayang saya berjuta kali ganda dia sayang akak.
Muahaha.”
“Ngee… kau ni!”
Aku berlari
meninggalkan wanita itu.
Wahai Inche Yang Aku
Benci, bersabarlah. Moga dipertemukan dengan wanita yang baik lagi beriman.
Alhamdullilah! Tak jadi juga mereka berkahwin. Hikss…
BERSAMBUNG...
Lama tak buat cerita gegel yang easygoing. Memang banyak merapu sebenarnya. ahaks. drop komen kalau rajin
arggggg best la.. nak lagiiiii♥
ReplyDeleteuiks. Lama tak jumoa
Deletenanti ceq letak sambungan
the best la weyyy....smbung2
ReplyDeletehohoho. terima kasih cik kak
Deleteesok aku sambung
the best la weyyy....smbung2
ReplyDeleteNice entry. Serius x sabo nak tau ape jadi seterusnye. Chaiyok miss writer!!
ReplyDeleteharharhar. Terima kasih cik anon.
Deletecayoo hanna! hikss
Nak lagi!
ReplyDeletenanti hanna letak
DeleteSmbg cept2..xssbr dsh nk tau jln crta slnjutnya...
ReplyDeletenanti hanna sambung
DeleteCpt2 tau smbg
ReplyDeletenice.. syg btl inche yg ak benci pd isti.. ad makna ker??? hehehehe
ReplyDeleteentahlah. maknya inche tu sayangkan isti macam adik dia sendiri
Deletenice.. syg btl inche yg ak benci pd isti.. ad makna ker??? hehehehe
ReplyDeletehish! bestnyaaaaaa! sambung2! eps 2! sedapnya nama Isti~ Safa' Istiqamah. i likeee~ <3 ;)
ReplyDeletehahahaaa! padan dgn muka Mak Baby tu! tak dapat kawen dgn Inche Yang Aku Benci tuu~ kahkahkah!
Megat Khilfi jaga Isti mcm jaga puteri je. siap berb0dyguard2 lagi~ (Y)
dah sambung dah pong. Nama titew pun sedap jugak :p
Deleteya. padan muka dia
depa kaya.