Januari, 2013
Kakiku dilunjurkan. Melihat sang suria yang kian terbenam.
Langit yang indah tidak bertepi menggamit perhatianku. Aku menarik nafas lemah.
Pantai Chenang yang agak lengang membuatkan aku selesa. Sungguh aku benci akan
kesesakan. Jari-jemariku mula singgah di pelipis. Entah ke mana Imanina
menghilang. Hendak menelefonnya, dia telah mematikan handphone.
Sesaat kemudian,
mataku jatuh pada tubuh seorang lelaki yang berdiri di gigi air dengan gitar di
atas bahu kanannya. Wajahnya ditundukkan sebelum dia mengundur beberapa langkah
dan melabuhkan punggung. Mula memetik gitar.
“When I look into your eyes. It's like watching the night sky.
Or a beautiful sunrise. Well there's so much they hold. And just like them old stars.” Suara itu menampar
lembut gegendang telingaku.
Aku tersentak. Kenal benar dengan lagu dan
suara itu. Kini, kami bertemu lagi setelah lama tidak bersua muka.
“I
see that you've come so far. To be right where you are. How old is your soul?”
“Isyraf...” Tanpa sedar, aku menyeru namanya.
Lelaki itu berpaling. Wajahnya berubah. Dia bangun. Merenung wajahku tajam. Tiada senyuman manis di bibirnya.
“You buat apa kat sini?” ajunya dingin.
“Aku... saya melancong. Awak?”
“None of your business!”
Dan dia pergi meninggalkan aku sepertimana aku meninggalkan dia di kala dia cuba menagih kepercayaanku. Inikah balasannya?
Aku terus dan terus memandang dia sehingga lenyap dari pandanganku. Saat aku ingin melangkah pergi, mataku tertancap pada gitar yang terletak elor di atas pasir. Tubuhku ditundukkan sedikit dan aku mencapai gitar tersebut. Rasa sebak mula bertamu di dahi. Titisan hangat mula jatuh tanpa henti. Terhinggut-hinggut aku menahan esakan.
“Isyraf...” Tanpa sedar, aku menyeru namanya.
Lelaki itu berpaling. Wajahnya berubah. Dia bangun. Merenung wajahku tajam. Tiada senyuman manis di bibirnya.
“You buat apa kat sini?” ajunya dingin.
“Aku... saya melancong. Awak?”
“None of your business!”
Dan dia pergi meninggalkan aku sepertimana aku meninggalkan dia di kala dia cuba menagih kepercayaanku. Inikah balasannya?
Aku terus dan terus memandang dia sehingga lenyap dari pandanganku. Saat aku ingin melangkah pergi, mataku tertancap pada gitar yang terletak elor di atas pasir. Tubuhku ditundukkan sedikit dan aku mencapai gitar tersebut. Rasa sebak mula bertamu di dahi. Titisan hangat mula jatuh tanpa henti. Terhinggut-hinggut aku menahan esakan.
Dulu, dia
pergi meninggalkan aku dengan perkataan I love you dan kini dia meninggalkan
aku dengan perkataan none of your business. Orang yang sama namun hakikatnya,
dia telah berubah. Tiada lagi Muhammad Akid Isyraf yang aku kenal.
Ada jemari
menyapa bahuku. Aku berpaling. Imanina berdiri di belakangku.
“Kenapa
ni?”
“He’s back,” gumamku perlahan.
Wajah Imanina bertukar cerah. Menepuk tangan berkali-kali dan melompat
penuh kegembiraan. Dia belum tahu apa yang terjadi beberapa minit yang lalu.
Dia fikir, aku bahagia dengan kedatangan Isyraf. Ya! Memang aku bahagia namun
semuanya telah berubah.
Tangannya dibawa ke dada. “Aku nak kena beritahu family kau. Mesti
Along, Angah, mama dan papa kau bahagia.”
“Aku nak balik hotel.”
Dan aku bangun. Membawa gitar itu juga.
“Ilham, kenapa kau macam tak happy dia balik?”
Bibirku menggariskan senyuman kelat.
“Dia benci aku, Nina. He hates me very much.”
*****
Along merebahkan tubuh di sisiku. Aku hanya memerhati tanpa sepatah
kata. Dia meletakkan tangannya di atas bahuku. Sejak aku pulang dari Langkawi,
Along dan Angah setiap hari menjengukku. Pasti Imanina memberitahu mereka
tentang Isyraf.
“Baby, jom titew pergi makan aiskrim.”
Aku geleng malas. Terus bangun.
“Nak pergi mana?” soal Along hairan.
“Masuk bilik.”
Terus berjalan.
“Ilham memang pengecut. Sampai bila Ilham nak jadi macam
ni? Asyik terperap dalam bilik. Muka pun macam bini mati laki. Ilham tak boleh
lari dari kenyataan,” laung Along kuat sehingga aku berhenti melangkah.
Nafas
dihela panjang. Tubuhku dipalingkan. Memandang Along yang tersengih. Sungguh
aku bertuah kerana mempunyai abang-abang yang selalu menjagaku, berada di
sisiku ketika susah dan senang. Tanpa mereka, mungkin aku telah lama
tersungkur. Imanina juga. Betapa bertuahnya insan bernama Nur Ilhamina.
Dan aku terus teringat tentang gitar kepunyaan Isyraf.
“Ilham masuk bilik kejap. Nak ambik gitar. Nak bagi balik gitar tu kat
tuan dia.”
Aiskrim magnum dihulurkan kepadaku. Terus aku capai tanpa sepatah kata.
Duduk di kaki lima merupakan perkara biasa untuk aku, Along dan Angah. Dulu,
kami akan melepak bersama-sama sehingga bosan namun kini, semuanya berubah. Aku
bagaikan patung yang tidak bernyawa. Orang tanya sepatah, aku jawab sepatah.
Mama dan papa juga selalu khuatir akan keadaanku. Mujur Amanina menjagaku di
kampus.
Wajahku ditundukkan sedikit. Along bernyanyi riang. Ada kaki singgah di
pandanganku. Aku mengangkat wajah.
“Isyraf.” Memanggilnya di luar sedar namun terlalu perlahan untuk sampai
di telinga Along mahupun telinga lelaki itu sendiri.
“Fizi, long time no see.”
Along bangun dan memukul bahunya. Mereka ketawa. Aku hanya memerhati
tanpa berbicara. Janggal rasanya untuk mengeluarkan suara. Lelaki itu kelihatan
sihat sahaja. Bibirnya melemparkan senyuman manis. Sudah lama aku tidak melihat
senyumannya. Tidak mendengar tawanya juga untuk tempoh yang agak lama.
Semua anggota keluargaku mengenali Isyraf kerana ayah Isyraf kenalan
papa. Boleh saja aku menyuruh papa meminta nombor telefon Isyraf namun aku
enggan menganggunya.
Air liurku terasa berpasir. Tekakku terasa perit.
“Bila
balik?”
“Awal bulan
hari tu. Kau sihat?”
“Sihat. Semua orang dalam family aku sihat melainkan…” Kata-kata Along
berhenti dan dia melihatku seketika.
Isyraf senyum pahit.
Lelaki itu mengerling jam bertali coklat pada pergelangan tangannya.
Dahinya berkerut. Mungkin dia sedang mengejar masa.
“Aku kena pergi dulu. Mama tengah tunggu kat rumah. Keluar ni pun sebab dia suruh beli barang dapur.”
Dia pergi.
Aku menggaru kening. Gitarnya ada pada diriku. Mana mungkin aku menyimpan
barang miliknya. Mahu tidak mahu, aku harus pulangkan juga. Jika tidak, rasa
sakit makin menghentak dadaku.
Along memandangku seolah-olah menyuruhku memanggil nama Isyraf.
“Isyraf!” laungku kuat.
Dia berpaling. Aku menapak mendekatinya. Betapa hebatnya getar di hatiku
tika ini. Rasa yang tidak pernah hilang meskipun sesaat. Kenangan lalu kembali
bermain di minda. Berperang hebat dengan perasaanku sendiri.
Tidak guna terus mencintai dia.
Serius saja wajahnya. Tiada senyuman.
“Err… gitar awak ada kat saya.”
“Tak apalah. Ambik je gitar tu. I
boleh beli yang baru,” ujarnya selamba.
Aku menggeleng. Sungguh aku tidak mahu menyimpan barang miliknya. Dia
ambil kembali gitarnya dan aku akan kembali tenang.
“Saya tak nak simpan barang awak nanti barang awak rosak. Tunggu sekejap saya ambil.”
Dan aku
berjalan merentasi jalan raya. Telefonku berdering. Langkahku mati. Mencapai
handphone dan aku terlupa aku sedang berdiri di tengah jalan. Mesej dari
Imanina rupanya. Hanya dia yang rajin menelefon dan menghantar mesej.
Ponnn!
Aku
mengangkat wajah. Sebuah Honda Civic hitam metalik
terbias di kornea mataku. Aku kaku.
“Cahaya!”
Tubuhku melayang ke udara seperti waktu dulu. Aku tersenyum dalam
kesakitan. Perkara yang sama berulang lagi dan dia memanggilku Cahaya.
Jika ini pengakhiran hidupku, aku rela.
*****
“Kau memang
sengaja kan?”
Aku
terjaga. Kelopak mataku terbuka. Isyraf, Along, Angah dan
seorang perempuan berdiri di penjuru bilik serba putih ini. Jemariku singgah di
dahi. Kepalaku berpinar. Perlahan-lahan aku bangun namun tiada siapa menyedari
perbuatanku.
Kakiku terjuntai jatuh ke lantai. Tidak aku pasti
siapakah gadis yang berdiri membelakangiku.
“Kenapa
ni?” tanyaku perlahan.
Semua
berpaling. Mataku membuntang saat mataku
dipakukan pada wajah gadis itu. Hayani!
“Hayani?”
Gadis itu berlari menghampiriku. Matanya merah. Menyembamkan mukanya
pada bahuku. Keningku bertaut rapat.
Isyraf mendekatiku. Berdiri di hadapanku.
“Cahaya okey?”
Aku angguk.
“Kak, maafkan Yan. Yan betul-betul tak sengaja terlanggar akak tadi. Sumpah!
Tolong percayakan Yan. Memang Yan banyak buat jahat kat akak. Tipu akak, hina
akak tapi tadi, Yan tak sengaja langgar akak,” tuturnya dalam sendu.
Aku senyum. Kepalanya aku usap lembut. Yang
berlalu, biarlah berlalu. Bagiku, semua ini hanya masalah kecil. Dulu, dia
mungkin masih keanak-anakan. Mungkin pada dia, cinta adalah segala-galanya.
“Akak maafkan kesilapan Yan. Biasalah. Kita cuma manusia biasa. Lagipun,
tak sakit mana sangat. Take it easy je.”
“Maafkan Yan, kak.”
“Akak dah maafkan dah.”
“Cahaya…” Lelaki itu kembali bersuara. Keningku dijongketkan.
Menunggunya berkata-kata dengan penuh sabar.
*****
Sedari
tadi, aku hanya mendiamkan diri. Along memerhati kami berdua sebelum matanya
jatuh pada akhbar yang dipegangnya. Aku duduk bersandar pada palang katil.
Isyraf mengambil tempat di sisiku.
“Maafkan I. Memang salah I sebab pergi tanpa beritahu you. Marah you
time kita jumpa hari itu. I was shocked sebab kita dah lama tak berjumpa. I tak
berniat nak marah you. Ikutkan hati, I nak berbual dengan you macam biasa tapi
entahlah.
Hati I tak pernah berubah, sayang. Memang I jauh dari you tapi hati
masih di sini. Dekat dengan you,” luahnya lembut.
Aku senyap.
“Salah saya jugak sebab tak percayakan awak.”
“Well. Kita sama-sama salah dan sekarang, kita dah belajar daripada
kesilapan kita. Okeylah tu. Happy ending. You maafkan Hayani, I terangkan
perkara sebenar dan kita akan bersama.”
Ada-ada
saja lelaki ini.
“Amboi!
Suka hati kau je nak hidup dengan aku. Ambik hati aku dulu. Baru boleh kahwin
dengan adik aku.”
Isyraf menggaru kepalanya berkali-kali. “Tiap-tiap hari aku ambik hati
kau. Bising ar kau ni. Diamlah!”
Semuanya telah kembali seperti biasa. Tiada lagi salah faham. Tiada lagi rasa sakit di hati
ini. Well! Dia bukan sesiapa denganku sebenarnya. Bukan teman lelakiku mahupun
tunangku namun aku berharap hubungan ini berakhir dengan ikatan perkahwinan. Bukannya aku berharap lebih tapi dirasakan itu yang terbaik.
Pap! Terus aku teringat sesuatu.
“Kenapa
awak pergi Aussie?”
Dia sengih. Tayang barisan gigi yang tersusun rapi.
“Sebab I merajuk. You tak percayakan I. I kecik hati. Terus suruh papa
uruskan perpindahan I.”
“Ceh! Macam anak kecik.”
“Memanglah. Cahaya, jom kahwin.”
Bibirku dicebikkan.
“Kahwin kebendanya. Tak nampak ke saya tengah sakit?”
Tangannya digawang beberapa kali.
Nur Ilhamina sudah sihat sepenuhnya. Baik dari segi fizikal juga mental.
“Bukan sekarang. Lepas you sihat nantilah.”
“Tak nak ar. Saya muda lagi,” tolakku.
“Tak kira. I suruh papa I masuk minang. Tak
larat nak tunggu lama. I ni dah 25 tahun. Tunggu you
grad, memang taklah. Kesabaran I ada batas woo.”
“Tak nak!”
Aku memeluk tubuh. Kepalaku dibawa ke tepi. Persis anak kecil yang
sedang merajuk atau marah. Along menggeleng.
“Lalala. You bangkang macam mana pun I tetap akan kahwin dengan you. I
sayang you sebab tu nak kahwin dengan you. You sayang I tak?”
Wajahku merah.
“Jawablah,” gesanya.
“Sayang.”
“Wokey! Along, bulan depan aku jadi adik ipar kau.”
“Ngee… mana boleh!”
“Blablabla.”
“Macam budak kecik.”
“You pun macam budak kecik tapi I tetap sayang you. Hati I untuk you je.
I love you, Nur Ilhamina. You’re the only person who can take my breath away.”
Gemersik suara memetik gegendang telingaku.
Saya sayang awak jugak.
Selepas banyak liku aku lalui, takdir menemukan kembali aku dan dia.
Sungguh aku bahagia dengan takdir Yang Esa.
Muhammad Akid Isyraf, tahniah! Tahniah kerana telah membuatkan seorang
Nur Ilhamina bahagia.
“Tak jadilah kahwin nanti. Kita kahwin sekarang je lah. I tak sanggup dah tunggu you lega dari sakit you tu. Tunggu sekejap I
telefon papa.”
“Muhammad Akid Isyraf!” jeritku geram.
Pecah tawanya dan Along. Puas hati agaknya boleh mengenakan aku.
Biarlah! Asalkan semuanya sudah kembali seperti biasa.
Benar. Hati dia memang masih di sini. Dekat dengan aku.
Akhirnya... kisah ini tamat juga. Terima kasih kepada anda yang membaca, menglike dan mengomen. Terharu sebab ada jugak orang baca meskipun hanna bukan seorang novelis. Tak pernah pong terbit novel. Ada blog buruk ni ja. Thanks uolls.
amacam? okey dak ending? maaf atas segala kekurangan. Typo ka typa ka. Bianata. Byebye. See ya. Boleh drop komen kalau rajin
hoyeahhh....tp mudah sgt nk maapkan tu...huuu
ReplyDelete~iman~
honestly, hanna tak suka buat cerita orang yang suka berdendam dan susah maafkan orang. hehehe
Deletenice:)
ReplyDeletehehehe. terima kasih sejuta kali cik anon sbb baca
Deleteyay! kawin jugak d0rang akhirnyaaa! yippiieee! ^___^
ReplyDelete"You are the only one who can take my breath away."
ayat tu...romantik gileee!~ huhuu...
rasa, macam aku pulak Ilhamina~ mwahahahaaa! XD
btw, thanks buat cerpen menarik! :D nanti ada cerpen lain. aku nak baca! ngeee~ :D
yeay. Kisah ni habis jugak akhirnya.
Deleteerk! perasan gila
ur welcome, babeh. bagus bagus. Baca semua yang aku tulis. muahaha
best best best, aku pening nak cakap best bape kali, sebab cerpen ko memang best sangat sangat
ReplyDeleteahahaha. sampai pening kepala
Deleteterima kasih sebab baca ;)
Huu...best lorh...bru dpt bca...hee..hanna...insyaAllah..who knows...in future awk akn jd seorang novelis yg mletup...huhu..aisya doakn yg trbaik....huhu..
ReplyDeletetrimas2.
Deletena. takkan punya jadi novelis meletops bagai. menulis ni pun main hentam saja. apa pun, thanks tau <3
Huu..bru la ni dapat baca...hmm...hanna...nk gtau ni
ReplyDelete..no wonder...one fine day...u will be a meletup novelis...hahaha...insyaAllah...sis,..keep it...all the best...n this story,...are rlly sweet...
Buat la pasal imanina pulak!
ReplyDelete