review novel Bukan Puteri Lindungan Bulan

Assalamualaikum..

ihsan si nenek Google Images.. nak tangkap gambar novel mak cik aku tu, aku terlupa dan dah bagi balik novel tu dekat dia

  Sebelum aku membuat review novel Bukan Puteri Lindungan Bulan, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat akak Liana Afiera Malik yang sudah pergi meninggalkan dunia yang fanaa ini pada tahun lepas. Macam mana aku dapat baca novel yang dah tak dapat ditemui ini? Muehehe. Aku pinjam yang mak cik aku punya. Mula-mula aku tak nak baca sebab tebal tapi aku ni baik jadi tengok-tengok isi novel ni. Harga novel ni mak aii! Mahal yu tapi sunggu berbaloi. RM49.40..

Ceritanya begini...

  Larasati 'Aisya seorang gadis yang berjiwa besar, kental dan bagi aku, dia sangat degil. Mengharungi hidup dalam penuh kemewahan tetapi begitu penuh pancaroba. Mempunyai seorang abang iaitu Luqman 'Aliff (Luke) dan sudah kematian bapa. Ibunya, Datin Fariza berkahwin pula dengan sahabat baik arwah ayahnya, Datuk Rahim. Lara tidak pernah menyukai ayah tirinya.

Aku cerita pasal point penting sahaja...

  Kepulangan Luke dan isterinya, Sabrina membuatkan hidup yang memang lintang-pukang bertambah lagi lintang-pukang. (tak pasti aku ambil ayat power ni dari mana) Luke dan Sabrina tinggal bersama-sama dengan Lara di banglo milik keluarga mereka. Lara juga menguruskan syarikat Puteri Emas Sdn. Bhd. dengan bantuan Syed Hishamuddin, peguam syarikat kalau tak silap aku. Sabrina ni tak suka dengan Lara. Macam-macam dia buat dekat Lara. Jahat punya kak ipar. Tahulah kaya tapi aku tak heran!

  Rupa-rupanya Sabrina ni curang. Buat hubungan dengan Zakuan, kawan Luke dan Sabrina. Sampai satu hari Luke hilang gara-gara helikopter yang Luke naik di Sabah terhempas. Kesian gila. Aku yang tersedu-sedan macam aku ni berada kat tempat Lara. Sabrina pun tuntut cerai dan minta harta serta syer syarikat. Dengan bukti yang Lara ada mengenai kecurangan dia dan Zakuan, dia tak berjaya tuntut harta. Padan muka Sabrina!

  Zakuan ni rupa-rupanya suka dekat Lara dan telah merogol Lara tapi Zafir, pakwe si Lara ni still terima Lara. Saat Larasati 'Aisya mengandung, Tengku Ainul Zafir tidak percaya anak di dalam kandungan Lara tu anak dia dan menuduh anak tu Zakuan punya. Sedih kut! Dia tinggalkan Lara sendiri dan terjumpa dengan Tengku Farah Waheeda, kawan atau girlfriend *tak ingat* masa mereka sama-sama belajar di UK. Zafir dan Farah tak guna yang gedik macam bagus sangat buat hubungan dan akhirnya mereka berkahwin atas desakan Lara untuk mengelakkan zina. Bayangkan hang ada di tempat Lara. Mesti terluka punya. Laki yang hang sayang kahwin dengan orang lain dan tak ambil peduli pasal kandungan hang.

  Bila dah buat ujian DNA, memang sah anak dalam kandungan Lara tu anak Zafir. Zafir menyesal kahwin lain tapi nak buat macam mana. Benda dah nak jadi. Sampai berapa ketika, Zafir dah tak hiraukan dia. Asyik dengan Tengku Farah yang gedik tu dan muncullah Zakuan *sudah tidak jahat*. Dah baik dah dan Sabrina meninggal. Zakuan ni tetap cintakan Lara tapi Lara tak peduli. Kegedikan Farah makin menjadi-jadi apabila dia gugur dan disahkan kanser serviks. Perhatiannya hanya untuk Farah. Lara tak dipedulikan.

  Luqman 'Aliff (Luke) rupanya masih hidup dan akhirnya kahwin dengan Hilda, perempuan yang selamatkan dia. Dalam masa yang sama, rumah tangga Lara dan Zafir hanya menunggu masa untuk retak. Dan entah macam mana, Lara diceraikan dengan talak tiga. Anak-anak di bawah hak jagaan Lara. Farah punya kerja sebenarnya. Dia pujuk Zafir ceraikan Lara atas alasan Farah dah nak mati. Dia tak nak kongsi kasih sayang dengan orang lain. Farah tu tak sedar yang dia tu rampas suami orang.. Aku geram bila ingat balik!

  Zafir tak dapat terima dan akhirnya dia menculik anak-anak dia dan bawa mereka ke Singapura. Hidup macam pelarian. Lara dan ahli keluarganya buntu. Kesian Lara. Tak habis-habis diuji. Dan Farah pun mati gara-gara kanser serviks. Zafir memang frust gila tapi dia still bahagia kerna ada anak-anak. Wasiat Farah yang terakhir adalah Zafir harus mengembalikan semula anak-anaknya kepada Lara (anak-anak yang diculik tu dua orang kut) Ketika nak bagi anak-anak Lara balik, dia kemalangan dan meninggal.

  Hujung cerita, anak-anak Larasati 'Aisya kembali ke pangkuan keluarga Lara semula tapi sayangnya, Larasati Aisya koma gara-gara tekanan. Bagi aku, cerita ni memang best tahap coklat Cadbury. Mungkin ada yang tensyen dengan ending cerita tapi bagi aku, tak semua cerita berakhir bahagia. Ini yang dinamakan kehidupan. Rugi siapa yang tak baca novel ni. Sorry kalau tersilap. Aku tulis review ni khas untuk kak MIA KAFTIYA yang sangat suka berceloteh. Hakhak..

cerpen : Cinta Dari Pluto

  
  Saturn yang galak mengiau ku pandang. Hujan yang tidak henti menitik ke bumi dari tadi membuatkan aku terpaksa membatalkan janji temu dengan Sunny dan Kay. Kedudukan aku betulkan. Pen kembali dicapai. Kertas kembali diselak.Jam pada dinding bilik ku jeling. Aku mengeluh. Sudah tiga jam aku habiskan untuk menyiapkan assignment yang tertunggak. Tiada gelak ketawa si Sunny, tiada sindiran dari Kay.

  Aku kembali meletakkan pen. Bosan! Tiada langsung idea yang bernas berlegar di fikiranku. Seolah-olah otakku dibekukan hingga sudah tidak mampu berfikir lagi. Hatiku resah bagaikan ada sesuatu yang tidak kena tapi apa yang tidak kena?

“Mer, ada orang datang ni,” laung ibu. Aku menolak daun pintu. Kaki ku seret ke ruang tamu dengan perasaan sungkan. Tudung ku perbetulkan.

 Sah! Memang tak kena. Insan itu menoleh. Bibirnya langsung tidak mengukirkan senyuman. Wajahnya segar tapi masam. Matanya tidak lekang memandangku. Dingin sedingin Pluto. Beg sandangnya dihulurkan kepadaku. Aku menyambut meskipun berat.

Pergi meninggalkan Malaysia bertahun-tahun membuatkan aku malas mengambil peduli hal peribadi Pluto. Lantaklah dengan dia. Rupanya dia masih Pluto yang dulu. Masih dingin. Tidak sehangat Mercury.

“Apa tengok-tengok?” marahku tapi langsung Pluto tidak ambil peduli. Bahuku dilanggar. Meneruskan langkah ke bilik tanpa menghiraukan aku yang sedang terkebil-kebil. Aku mendengus geram. Tak sopan langsung.

Mercury vs Pluto. Aku ialah Mercury dan dia ialah Pluto. Pluto. Lelaki yang sungguh dingin. Orang tanya sepatah jawab sepatah. Selalu saja diam.

“Mer, tolong ibu siapkan makanan untuk Lut.”

Aku membuat muka terkejut. Untuk Lut? Oh tidak! Tak nak lah. Macam aku tak ada kerja nak buat. Kalau aku beritahu si Sunny dan Kay tentang kepulangan Pluto, pasti dia orang terkejut. Ye la. Kay dan Sunny suka memerhatikan tingkah laku si Pluto yang kononnya seperti Gu Jun Pyo.

“Tak nak! Kalau dia nak makan, buatlah sendiri. Macam tak ada kaki dengan tangan pulak,” bebelku tanpa ku sedar Pluto sedang tercegat di belakangku.

Ibu mencubit pipiku. Marah dengan keterlanjuranku. Mulutku yang berbisa seperti ular tedung memang tak boleh disangkal lagi.

Ye la. Ibu memang marah. Siapalah kami di dalam rumah ni. Menumpang je. Atas budi baik Tuan Ilham dan Puan Lara, aku dapat merasakan apa yang Pluto rasa. Makanan yang mewah, tempat tinggal yang selesa. Semuanya kerna mereka.

“Makanan dah siap?” Aku mencebik. Balik-balik soal makanan. Tak ada benda lain ke nak tanya.

Entah ribut apa yang melanda hingga jejaka bernama Muhaymin Danish Irshad pulang ke Malaysia. Well! Biasalah. Berusia 25 tahun. Bekerja sebagai seorang penanam anggur yang berjaya membuatkan Pluto terpaksa mengembara ke seluruh dunia. Dalam erti kata lain, Pluto seorang penganggur berjaya. Menghabiskan harta ibu bapa adalah hobinya.

Bukan macam aku. Mencari harta untuk dunia dan akhirat. Cantik pun cantik. Pandai pun pandai. Sepanjang 22 tahun, 8 bulan dan 11 hari aku hidup, belum lagi aku lihat si Pluto melekat di rumah sepanjang masa.

“Lut, Mer. Sudah-sudahlah dok main tenung. Jom la makan. Nanti nasi sejuk, tak sedap.” Tegur Puan Lara.

Main tenung? Tolonglah. Mati hidup balik pun aku takkan main tenung dengan dia.

“Eh? Mer nak pergi mana ni?” Hairan Puan Lara melihatku yang membawa pinggan ke dapur.

“Mer nak makan dekat dapur je.”

Pluto tekun menyuap makanan. Matanya masih memandangku tajam. Baik aku makan di dapur. Tak selesa pula ditenung oleh si Pluto. Ibu memberi amaran. Menyuruhku untuk kembali duduk di tepi Pluto. Sesekali lututku dan dia bersentuh. Arggh! Susah macam ni.

Sungguh aku tak nak. Duduk di tepi Pluto seolah-olah aku duduk di tepi Mrs Lion, singa garang di perpustakaan.

“Duduk dekat sini. Ada benda yang kami nak bincang.”

Aku kembali duduk. Memandang ibu. Resah kembali terbit di hati.


KAY dan Sunny terkekeh-kekeh ketawa. Aku mendengus. Tiada masa langsung untuk aku bergurau. Nanti ada kut yang kena baling masuk Lautan Atlantik.

   “I’m serious la! Ingat aku buat lawak bodoh macam badut ke?”

   “Chill. Kami lucu je. Bayangkan sebentar lagi Miss Mercury akan bertukar kepada Mrs Mercury dan bayangkan juga salah sorang daripada kami menjadi pengapit kau.”

   Relax, Mer! Tak mungkin apa yang Tuan Ilham cakap semalam menjadi kenyataan. Dia gurau je la. Yang kau ambil serius tu buat apa. Macam kau tak kenal Tuan Ilham. Kerja buat lawak bodoh je. Puan Lara pun gurau je tapi aku diasak seribu satu persoalan. Kenapa aku dan si dia harus bersatu?

   Arggh! Aku buntu. Pluto pun satu. Jadi macam tunggul kayu je masa mak bapak dia tanya dia setuju ke tak dengan kerja gila dia orang.

“Aku.. aku.. takut!” Keluhku. Sun dan Kay memandangku.

Kay menepuk bahuku. Cuba memberi kekuatan kepadaku. “Hei Mer, kau nak takut buat apa? Dia orang bukan nak makan kau pun.”

Sunny mengiakan kata-kata Kay. Aku memeluk tubuh. Betulkah ini yang terbaik untuk aku?


IBU ku pandang. Air mata yang mengalir di pipiku dikesat perlahan. Kay dan Sun setia di sisiku. Puan Lara tersenyum manis tanda mengharapkan perkahwinan ini berjalan lancar. Hurmm. Kalaulah aku boleh lenyap dari dunia ini. Kalaulah aku membantah keputusan ibu.

“Aku nikahkah dikau dengan Aifa Afizah binti Sabri dengan mas kahwin RM80 tunai.”

Pluto mengambil nafas. “Aku terima nikahnya Aifa Afiza binti Sabri dengan mas kahwin RM80 tunai.”


Air mataku mengalir deras. Sekarang, aku sah bergelar isteri kepada insan yang diberi nama Muhaymin Danish Irshad a.k.a Pluto. Ibu merangkul erat diriku. Sunny dan Kay tersenyum seraya air mata mengalir di tubir mata. Haih! Aku ke dia orang yang kahwin ni?

Pluto masih dingin. Tiada langsung senyuman di bibir pucatnya. Wajahnya juga masam. Matanya mengamatiku tajam. Dia mengorak langkah. Berjalan ke arahku tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang. Hensem jugak dia ni. Tak sia-sia jadi suami aku. Eh! Sesuai ke dengan aku yang tak berapa nak cantik ni?

“Syuuh! Jangan nangis. Kalau kau nak nangis, masuklah bilik air. Ni buat drama queen pulak,” ujarnya. Jari-jemarinya yang kasar mengesat air mataku. Aku memandang matanya. Terasa ada sinar bahagia untuk diri ini.

Aifa Afizah, mulai detik ini, kau akan menjadi seorang isteri. Kau akan menjadi ibu kepada anak-anakmu. Kau akan menemani suamimu hingga nafas yang terakhir. Suamimu yang akan membimbingmu ke syurga. Suamimu adalah tempat kau mengadu selain DIA.


“Aku lapar..”

   Pluto membuat muka yang langsung tiada perasaan. Hanya lapar yang terbit di bibirnya. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Kerusi yang terletak elok di tepi katil ku tarik lalu ku melabuhkan punggung tanpa menghiraukan Pluto.

Angin yang sepoi-sepoi bahasa memang mendamaikan jiwa. Mata ku pejam.

“Aku lapar la…. “ ucap Pluto dekat dengan bibirku.

“Kus semangat aku! Apa ni? Nak cabul aku! Mak!!!”

Tangan ku silangkan pada dadaku. Takut Pluto membuat perkara yang tidak baik. Lelaki zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat.

“Haih! Aku bukan nak ambil kesempatan. Aku lapar la.” Pluto menggosok perutnya berkali-kali sambil membuat memek muka sedih. Nasib kau la Aifa, dapat suami macam si Pluto ni. Makan je kerja.

Tanganku ditarik berkali-kali. Rupanya seperti anak kecil yang sedang merengek meminta mainan. Aku cuba menarik kembali tanganku tapi gagal. Tenaganya lebih banyak daripadaku. Telefon bimbitnya berdering. Aku dan Pluto saling memandang. Aku menyiku tangan Pluto. Menyuruhnya mengangkat telefon tapi dia menggeleng. Menyuruhku mengangkat telefon. Aku mengeluh lalu menjeling.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Korang sihat?” soal ibu. Sesekali terdengar suara mama menyampuk.

“Alhamdullilah. Kami sihat. Ibu ni. Macamlah kami ni dah berbulan tinggalkan rumah. Baru sehari la kami datang sini.”

Aku ketawa. Pelik sungguh  ibu dan mama. Baru sehari aku datang ke sini dengan Pluto, mereka dah risau semacam. Tu baru sehari. Macam manalah kalau sebulan aku dan Pluto tinggalkan rumah. Mesti mereka macam ibu kucing hilang anak.

Ye la. Kami tak nak ganggu. Saja je tanya. Ok lah! Assalamualaikum dan selamat berbulan madu.”

“Jom makan..”

Asyik-asyik makan. Susah sungguh!


SELEPAS makan, aku dah Pluto bersiar-siar di pantai. Menghirup udara malam yang segar. Pluto masih senyap. Masih dingin. Aku mengambil kayu yang hampir patah lalu menconteng namaku di atas pasir. Tiba-tiba, ombak laut memusnahkan contenganku. Aku mengeluh lemah.

Sekali lagi aku cuba menulis namaku di atas pasir dan sekali lagi namaku dimusnahkan ombak laut yang membadai. Pluto ketawa. Lucu dengan tingkah lakuku. Aku menghentakkan kaki. Tidak berpuas hati dengan tulisanku yang dimusnahkan ombak.

Derapan tapak kaki ku dengar. Pluto menghampiriku tanpa sebarang suara. Tanganku dicapainya. Aku diam tidak membantah. Pinggangku dirangkulnya. Aku cuba melepaskan diri tapi tidak berjaya. Sekali lagi aku cuba tapi masih gagal.

“Duduklah diam-diam. Aku bukan nak buat apa pun dekat kau.” Aku berhenti meronta.

Tanganku diangkat. Jari telunjukku menuding langit. Aku memandangnya. Jari telunjukku digerak-gerakkan. Namaku diukir dalam diam. Selepas itu, diukir pula nama Pluto. Terasa nyaman sekali. Angin meniup sepi.

“Nah! Takkan hilang kalau kau buat macam ni. Ni buat dekat pasir. Mestilah hilang. Kalau kau nak ukir nama kau, kau ukir je dekat langit. Nama kau akan selalu ada,” terang Pluto panjang lebar. Aku terangguk-angguk.

Aku menepuk tangan. Pluto mengoyak sebuah senyuman. Kepalaku digosok. Bahuku dirangkul erat. Jarinya menuding sebuah bintang yang berkelipan di langit. Bintang yang bersinar.

“Aku suka bintang tu. Cantik kan?”

A’ah! Cantik lah.”

“Tapi.. tak secantik kau,” bisiknya perlahan tanpa aku dengar.

“Kau cakap apa tadi?”

Pluto menggeleng. Aku tersenyum. Entah kenapa aku rasa semakin rapat dengannya. Tidak mahu berenggang dengan Pluto. Bahuku dipegangnya lembut. Aku melentokkan kepala. Memandang ombak yang membadai.

Bintang yang berkelipan ku pandang. Suka sungguh mamat tu dengan bintang. Jangan aku jadi bintang sudah!

“Kenapa nama kau Pluto?”

Pluto memandangku. Menjongketkan kening.

“Sebab aku dingin. Aku tanya kau pulak. Kenapa nama kau Mercury?”

“Sebab aku panas baran,” ucapku selamba. Bolehkah Pluto dan Mercury bersatu? Hurmm.

“Kenapa kau nak jadi dingin?”

“Kenapa pulak kau nak jadi garang dan panas baran?”

Aku menepuk dahi. Aku tanya soalan, dia kembalikan jawapan dalam bentuk soalan juga.

“Mer, ingat pesan aku. Kita kena jadi diri kita sendiri. Tak payah berpura-pura. Kalau kau tak suka kahwin dengan aku, kau kasi tahu je. Kita boleh ce…”

Air mataku mengalir tanpa ku sangka. Tidak mungkin aku inginkan perceraian. Tidak mungkin aku ingin mendengar lafaz talak dari bibir suamiku. Aku inginkan sebuah perkahwinan yang kekal untuk selama-lamanya. Aku ingin merasa pahit manis sebuah perkahwinan. Bukannya perceraian.

Daguku dipegang kemas. Pluto cuba mendongakkan wajahku. Aku memaling. Enggan mengikut. Apa gunanya nama aku Mercury kalau aku baik macam Earth. Pluto memandangku sayu. Menyuruhku mendongakkan muka dengan cara lembut.

Pluto sebelum dan selepas berkahwin ku rasa amat berbeza. Pluto yang ini lebih mengambil berat dan baik hati. Mudah tersenyum dan bergurau-senda.

“Kau ni kerja nangis. Tak payahlah nangis. Aku gurau je tadi.” Pluto cuba memujuk. Aku hanya melemparkan sebuah senyuman pahit.

Mataku ditatapnya. Wajahnya serius. Tidak berkelip. Aku menangis lagi. Tidak ku pedulikan Pluto. Hati, jika kau boleh katakan padaku, adakah aku sudah jatuh cinta?


DARI tadi aku terdengar Pluto terbatuk-batuk. Dahiku berkerut. Tidak sihatkah dia? Batuknya semakin kuat. Aku lantas mengusap belakang badannya meskipun dia menolak. Aku semakin khuatir. Ubat batuk yang aku hulurkan kepada dia tidak bersambut. Dibiarkan sepi tanpa kata.

“Makanlah ubat ni!” paksaku dengan nada yang sedikit marah. Maksud aku, marah-marah sayang.

Pluto menggeleng. “Tak apa. Nanti lega batuk ni. Sekejap saja.”

Aku mengeluh. Degil sungguh si Pluto. Makan ubat pun susah. Tu belum masuk duduk hospital. Pening aku dibuatnya.

Sekali lagi aku menghulurkan ubat batuk tetapi dia menolak. Memberikan seribu satu alasan yang tak masuk dek akal. Bibirnya pucat. Sungguh! Hati ini berasa tidak tenang. Kepada siapa aku mahu mengadu?


MATA Kay dan Sunny tidak berkelip memandangku. Tekun mendengar ceritaku sambil menongkat dagu dan memberikan pendapat yang sememangnya langsung tidak bernas. Aku bukannya semakin baik sebaliknya semakin parah.

Jari-jemariku mengetuk meja. Kepalaku ligat berfikir seligat gasing yang berputar. Mataku sekejap terpejam dan sekejap menjeling Kay dan Sunny tajam. Wajahku serius.

“Dok buat muka toya ni pasai pa? Cuba habaq kat kami. Hang ada masalah apa ni?” Kay mula mengeluarkan slang Kedah.

Sunny mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Kay. Aku membuang pandang ke arah jalan raya. Habuk-habuk yang berterbangan membuatkan aku terbatuk. Sesekali terbersin.

“Hampa ni! Kang aku dah habaq. Ngee… Dah la aku tengah kusut!”

“Ok. Kami tahu tapi.. kenapa kau tak bawak je si Lut tu jumpa doktor? Selesai semua masalah.”

Bawak Pluto jumpa doktor? Haih! Mati hidup balik pun belum tentu Pluto nak pergi jumpa doktor. Degil ya amat! Pujuklah macam mana pun tetap tak nak pergi. Batuk semakin teruk bukannya semakin baik.

Nak beritahu ibu dan mama tak sampai hati pula. Takut menyusahkan mereka.. Biarlah aku saja yang menyelesaikan masalah ini.


“Apa kata kau tarik suami kau tu pergi jumpa doktor? Senang cerita!”


   “Cik Sunny, saya ini isteri mithali. Tak main tarik-tarik suami.”

  Sunny mencebik. “Mithali la sangat. Eh! Jom makan. Aku dah lapar la.”


IBU dan mama yang tekun mengupas buah-buahan memandangku. Aku membalas pandang dengan sebuah senyuman yang ku rasakan tidak beberapa manis. Papa yang tekun berborak dengan Pluto langsung tidak menjadi perhatianku. Malah aku hanya membuat tidak peduli dengan jelingan tajam Pluto.

  Papa dan Pluto menghampiri kami. Pluto melabuhkan punggung di sebelahku. Aku bingkas bangun. Melabuhkan punggung di sebelah papa. Pluto mengeluh. Hampa dengan sikapku beberapa hari ini.

Bukan salahku aku mengelak daripada dia. Aku cuma kesal dengannya. Langsung tidak mendengar nasihatku untuk berjumpa doktor sedangkan batuknya semakin parah dari sehari ke sehari.

“Jom kita jumpa doktor. Nanti kau sakit lagi,” pujukku malam itu. Pluto yang tekun menyelak helaian akhbar memekakkan telinga. Aku mendengus geram.

“Pluto!!!”

Jiran sebelah rumahku membuat muka toya. Sudah biasa agaknya dengan jeritanku yang agak luar biasa. Pluto langsung tidak peduli. Dadaku berombak. Aku mengepal penumbuk. Amarahku sudah sampai ke tahap maksima.

Serta-merta aku merampas akhbar dari Pluto. Lantas aku mengoyak akhbar itu tanpa menghiraukan tengkingannya.

Akhbar itu aku pijak berkali-kali. Jiran sebelah rumahku hanya mengeleng. Entah ada yang ada di fikiran jiranku itu. Tanganku diraih Pluto. Aku merentap kasar. Wajahnya merah tanda menahan amarah yang tinggi menggunung.

Kini jiranku memegang pagar pemisah rumah kami. Menyaksikan pertelingkahan aku dan Pluto.

“Apa tengok-tengok? Masuklah rumah!” bentak Pluto kepada jiranku yang teramatlah prihatin itu. Terus jiranku berdusup masuk ke dalam rumah.

“Kau ni kenapa Mer? Gila ke apa kacau aku?”

“Kau yang gila sebenarnya. Bukan aku. Nak suruh pergi jumpa doktor pun susah. Doktor tu bukannya nak makan kau pun.” Bebelku geram. Pluto memicit kepalanya.

Kalau ada pertandingan rumah tangga tak pernah aman, mungkin aku dan Pluto menjadi juara. Semuanya tak kena. Mujurlah aku dan Pluto tidak tinggal bersama ibu, mama dan papa.

“Kalau aku cakap, aku tak nak. Aku tak nak la! Yang tu pun kau tak faham ke? Kalau macam ni lah, aku rasa baik kita berpisah. Kau tu buat menyemak mata aku.”

Aku terpana. Jatuh terduduk. Pluto mengambil kunci kereta lalu memandu pergi meninggalkan aku sendiri. Jiranku yang tekun memerhati dari langsir ruang tamu turut terpana.

Teguran ibu membuatkan aku tersedar. Entah sampai mana aku berangan. Aku menggosok kepalaku lalu menunduk memandang lantai. Memandang lantai ku rasakan lebih baik daripada memandang Pluto.

Aku rasa ibu, mama dan papa belum mengetahui pergaduhan aku dan Pluto. Hurmm. Lebih baik daripada dia orang tahu. Keadaan mungkin akan bertambah teruk.

“Eh! Rancangan tu dah mula!” Nampaknya rancangan kegemaran ibu dan mertuaku sudah bermula. Aku memulakan langkah. Ingin bersama-sama menonton rancangan yang aku sendiri tidak pasti isinya.

“Sayang nak pergi mana? Temanlah abang,” rengek Pluto. Aku membulatkan mata. Aku meneruskan langkah tapi terhenti apabila ibu menjelingku.

“Mer, cakap suami kena ikut. Temanlah si Lut tu.”

Aku mengangguk. Kembali duduk. Pluto tersenyum seraya merangkul erat pinggangku. Aku menepis. Memeluk tubuh. Bukan marah-marah manja tapi geram yang teramat. Ingat aku ni tak ada perasaan ke. Sepanas baran aku pun, aku tetap mempunyai hati yang lembut seperti kapas. Itu realiti. Bukan konspirasi.

Matanya redup memandangku. Ah! Guna taktik kotor pulak. Tahulah si Pluto dikurniakan sepasang mata yang boleh mencairkan mana-mana wanita dalam sekelip mata. Hatiku berdegup kencang. Aku memandang ke arah lain. Cuba berpura-pura tidak melihat pandangannya yang semakin lama semakin sayu.

“Sayang, maafkan abang. Abang tahu semua tu silap abang. Abang bukan tak nak ikut cakap sayang pergi jumpa doktor tapi.. abang tak suka doktor. Lagipun abang dah beli ubat dengan farmasi.” Pluto melutut di hadapanku seraya memegang tanganku kejap.

“Apa sayang-sayang? Sejak bila pulak kau jadi abang aku ni?”

Bibirku disentuh lembut. Matanya menikam mataku. Mematikan segala bicaraku. Betulkah dulu Pluto tak pernah ada teman wanita? Cara dia melayan wanita ku rasa sungguh gentleman meskipun dingin seperti Pluto.

“Mulai sekarang, jangan bahasakan diri aku, kau lagi. Ini permintaan abang buat kali terakhir..”

Aku ketawa sinis. Sejak bila pulak buat kali terakhir? Bukannya ajalnya akan tiba tak lama lagi. Air mukanya berubah. Aku terdiam seketika. Berdosakah aku dalam diam?

Air matanya mengalir perlahan. Aku terpaku. Kenapa dia menangis?

“Kalau sayang tak boleh panggil abang macam mana abang panggil sayang, abang tak kisah. I know you don’t love me as I love you. Mungkin abang tak layak untuk sayang. Abang harap sayang bahagia dengan abang tapi.. rupanya abang silap.”

Perlahan-perlahan Pluto bangun dan melangkah ke dapur.

Salahkah aku dalam menilai dia?

“Abang..”

Pluto berhenti. Dia tersenyum.


PERLAHAN-LAHAN aku dan Pluto melangkah keluar dari klinik. Perutku diusapnya. Aku tersenyum simpul. Insan mana yang tidak gembira apabila dianugerahkan seorang anak sebagai penyeri rumah tangga. Alhamdulillah!

  “Lepas ni sayang tak boleh dah lompat sana lompat sini. Bahaya! Kerja rumah pun tak boleh berat-berat. Suruh si Sunny dan Kay tolong sayang kalau sayang ada masalah jika abang out-station.

  Aku mengangguk. Acapkali Pluto berpesan kepadaku. Dia terlalu risaukan aku walhal kandunganku baru mencecah empat minggu. Buku AKU TERIMA NIKAHNYA ku letak tepi. Masih banyak yang belum ku baca. Sebuah buku pemberian Pluto yang sangat bermakna untukku. Ku lihat dia yang sedang asyik berbicara dengan seseorang melalui telefon. Tidak terasa ingin menyampuk.

  Bibirnya tersenyum. Datang kepadaku lalu merebahkan badan di sebelahku. Matanya memandangku. Masih batuk! Makan ubat tak nak. Sejak akhir-akhir ni Pluto asyik sibuk dengan kerjanya. Aku risau.

 “Nanti bila baby kita dah lahir dan besar, abang nak main dengan dia. Main bola sepak yang sayang tak suka tu,” ucapnya.

 “Cubalah ajar main badminton ke, naik basikal ke. Ni main bola sepak. Bukan best pun!!” Katakan tidak kepada bola sepak. Lari dan kejar-mengejar gara-gara inginkan sebiji bola. Buang masa.

 “Ya lah. Sayang, jom tidur. Abang dah ngantuk ni.”


SONGKOK yang asyik dipegangnya benar-benar menganggu tumpuanku. Pluto yang berkain pelikat  dan berbaju Melayu berwarna putih menggamit hairan di hatiku. Wajahnya nampak tenang meskipun dari tadi tak berhenti batuk. Hatiku dibelenggu seribu satu persoalan.

“Sayang..”

Aku berpaling. Memandangnya lalu mengukirkan sebuah senyuman yang tulus lahir dari hati.

“Lapar. Boleh tak tolong buatkan nasi goreng ayam untuk abang? Abang teringin nak makan nasi goreng sayang.”

“Hurmm. Tunggu jap Mer buat.”

Usai menjamu selera, Pluto mengajakku ke luar rumah. Aku hanya menurut. Bintang yang berkedipan membuatkan Pluto mengukir senyuman. Wajahnya yang pucat ku amati. Semakin lama semakin pucat tapi aku tidak ambil peduli. Bukan ku tak risau tapi dia tidak membenarkan aku mengambil pusing hal itu.

Jari-jemariku diramasnya. Rambutku yang bertiup lembut diusapnya. Aku melentokkan kepala di bahunya. Sesekali dia terbatuk tapi aku tidak hiraukan.

“Ingat tak apa yang abang ajar sayang setahun yang lalu?”

“Ajar apa? Mer tak pasti lah,” ungkapku. Pluto hanya tersengih.

“Yang tulis nama tu. Ingat tak?”

Oh! Soal itu. Nama yang ku ukir di langit. Tak pernah ku lupa walau sesaat ajarannya.

Jari telunjukku dipegangnya. Mengukir namaku dan dia di langit malam ditemani angin yang bertiup sayu. Sesayu hati ini.

“Sayang, maafkan abang atas semua kesilapan yang abang lakukan sepanjang kita mendirikan rumah tangga. Pergaduhan tu adat berkahwin. Apa pun yang terjadi, abang tetap sayangkan sayang. Nama sayang takkan pernah terpadam di hati abang.

Percayalah! Abang takkan pernah lupakan sayang. Pluto sayangkan Mercury sangat-sangat meskipun Pluto dan Mercury tak dapat bersama buat selama-lamanya,” ujar Pluto. Aku tahu dia sayangkan aku.

“Abang, Mer pun sayangkan abang.”

Dahiku dikucupnya. Memelukku seerat yang mungkin. Tidak rela melepaskan aku pergi. Aku dan dia kembali memandang langit. Hatiku dilanda resah. Resah dengan kata-katanya malam ini.

Aku tersedar. Terdengar laungan azan menandakan sudah tiba untuk aku menunaikan solat Subuh. Pluto yang nyenyak tidur betul-betul menenangkan hatiku. Tasbih dan Yassin di tangan kanannya dan sekeping kertas di tangan kirinya.

“Abang bangun. Jom solat subuh.” Aku menampar bahunya perlahan tapi Pluto masih belum terjaga. Sekali lagi aku mencuba tapi tiada respons yang aku terima.

Dahiku berkerut. Jantungku berdegup kencang. Kenapa tangannya sejuk? Sakitkah dia?

“Abang, bangunlah. Abang sakit ke? Abang?” Ayat Pluto sayangkan Mercury sangat-sangat meskipun Pluto dan Mercury tak dapat bersama buat selama-lamanya yang dia ucapkan semalam bermain di fikiranku.

Masih tiada respons. Aku risau. Mataku tertancap pada sekeping kertas di tangan kirinya. Sepucuk surat sebenarnya.

Sayang,
  Maafkan abang. Tika sayang membaca warkah ini, abang sudah pergi menemui Yang Esa tapi sayang jangan risau ya. Abang tetap sayangkan sayang. Itu janji abang buat sayang. Abang tak nak jumpa doktor bukan sebab abang tak nak dengar cakap sayang tapi sebab abang nak hargai hidup abang. Bukankah ajal dan maut di tangan DIA? Ubat-ubatan semua dah tak boleh bantu abang dah. Kanser abang dah tahap yang terakhir.

Sayang, jaga diri baik-baik. Abang dah tak boleh pantau sayang lagi. Sayang jangan nakal tau. Abang tak suka. Jaga kandungan baik-baik. Baby tu mesti faham keadaan sayang. Baby tu lah penguat ikatan kasih sayang kita meskipun abang dah tak ada lagi di dunia ni. Sayang tak boleh sedih-sedih sebab nanti abang lagi sedih.

Abang kembali ke Malaysia sebab abang nak kahwin dengan sayang . Nak hidup dengan sayang meskipun bukan untuk selama-lamanya. Abang happy sangat dapat hidup dengan sayang. Memang abang sedih nak tingalkan Mer tapi DIA tahu yang terbaik untuk kita berdua. Kena makan banyak-banyak. Bagi baby kita sihat.

Abang sayangkan Mer…
Salam sayang,
  Pluto

Nadi Pluto ku periksa. Aku bersandar lemah. Bibirnya ku sentuh. Pucat. Tiada lagi senyuman menghiasi bibirnya. Air mataku ku kesat. Pluto tak nak aku menangis. Aku kuat. Kandunganku yang berusia dua bulan ku usap.

“Abang, abang tipu Mer. Abang cakap nak main dengan anak kita bila dia lahir nanti.”

JARI telunjuk Ameer ku pegang. Lantas ku mengukir namaku, Pluto dan dia di langit malam.

“Mama, Pluto tu siapa?”

Aku tersenyum. Kepalanya aku usap lembut.

“Pluto tu nama timangan papa Ameer. Dia cakap, kalau rindukan dia, ukirlah nama dia dekat langit. Sebab nama tu takkan padam.”

“Oh! Sebab tu lah mama selalu ukir nama papa dekat langit?” teka Ameer.

Aku mengangguk. Air mata yang hampir menitis ku tahan. Wajah Ameer yang tidak ubah seperti Pluto memang buat aku rindukan masa lalu. Masa bersama Pluto.

Jari telunjuknya ku pegang sekali lagi. Lalu terukir Cinta Dari Pluto di langit rindu.

“Mer sayangkan abang,” bisikku.

“Abang sayangkan Mer….”








Cintakan bunga.. bunga kan layu. Cintakan manusia.. manusia kan mati. Cintakan dunia.. dunia kau tinggalkan pergi. Cintakan Ilahi.. CINTA SEJATI - AKU TERIMA NIKAHNYA