Segmen Mia Kaftiya - kenapa aku pilih bidang penulisan?

Assalamualaikum..

  Siapa sangka? Tak siapa sangka pun sebenarnya. Aku, seorang kanak-kanak Ribena yang perasan umur baru 4 tahun mula gatal menulis. I mean, menulis di dunia maya. Kalau tanya kenapa aku pilih bidang penulisan, jawapannya aku pun tak tahu. Nak pilih bidang lukisan, aku tak reti melukis. Nak pilih bidang nyanyian dalam rumah, konpom memang dah tak boleh.

  Kalau di dunia luar, aku seorang yang banyak cakap dengan orang yang aku kenal. Kalau tak kenal memang diam macam aku ni budak baik saja walhal nakal terlebih. Selama ni, tulisan aku memang hodoh. Tak ada gaya seorang penulis berkaliber langsung. Dari kecik hinggalah kecik ini, aku masih ditegur gara-gara tulisan yang super 'lawa'.

  Dulu, aku kosong. Kosong bermaksud aku blur, blank. Tak tahu apa minat aku. Psstt.. Aku minat membaca. Aku tak ada seni meskipun cikgu habaq semua orang ada bakat seni. Yang aku tahu cuba membaca dan membaca. Siang malam membaca. Aku ni orangnya degil sikit. Kalau aku dah start buat satu benda, aku takkan berhenti. Samalah macam kenapa aku pilih bidang penulisan.

  Aku taklah pandai BM sangat. Ok-ok saja. But aku sangat suka belajar BM. Dulu, aku diuji. Malas sebenarnya nak ungkit kisah ini. Sob..sob. Masa tu, aku tak tahu. Tak tahu arah tuju aku. Aku terlalu sepi dan takut. Takut nak berhadapan dengan dunia luar. Bila rasa macam ni, haruslah dilakukan sesuatu supaya rasa sepi dan takut itu hilang. Dan aku cuba menulis.

  Tak kisahlah tak dapat sambutan or orang tak baca tapi aku rasa satu rasa. Rasa yang tertinggal gitu! Bila menulis, rasa tenang, rasa gembira itu hadir. Lain orang, lain rasanya. Ok! Stop talking bout the bad memory.. *sambil nyanyi lagu Puteriku Sayang*

  Aku, Hanna Aleeya merupakan budak baik yang memilih bidang penulisan di usia awal remaja. Awal remaja??? Aku, Hanna Aleeya merasakan bidang penulisan dekat di mata, dekat di hati. Aku, Hanna Aleeya ialah budak yang join segmen Kak Mia.. Tehee


Tag : kak Mia cun *saya lagi cun sebenarnya.. Kehkehkeh*




"Menulis satu impian. Lahir tulus dari hati. Bukan bakat atau kemahiran yang kita cari tapi kesungguhan itu sendiri. Semua orang boleh menulis dengan baik kalau yakin, berusaha dan cekal." - Hanna Aleeya

Review Novel Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik

Assalamualaikum

ihsan moyang Google

  
  Ehemm.. *testing suara* First time aku baca novel ni dekat Penulisan2u, konfem novel ni akan diterbitkan dan memang betullah! Sengih sampai ke telinga bila dapat tau novel ni akan berada di pasaran.. *kisah aku yang agak lapuk* Masa tu, aku tak sabau nak tahu ending Boboy dengan Nura Alia. Bagi aku, novel ni lain dengan yang lain. First time baca novel pasal budak autistik.

   Habis aku hasut kengkawan pasal cerita ni. Mereka dengan mata yang bersinar dengar cerita aku yang memang kalau cakap laju macam keretapi Shinkasen. Konpom ada yang tak faham. Lepas tu, dengan muka tak malu aku pergi page Karyaseni. Tanya bila ada kat Popular dan jawapannya 23 Jun 2012. Dah lepas tarikh tu. Aku siap mimpi beli novel ni dan tadaa! Novel ni akhirnya jatuh ke tangan aku. Selepas seminggu lebih beli baru aku boleh baca. Sibuk suka kacau aku sampai no time nak baca.

Pendapat aku :

  Novel ni sangat awesome. Suka gila dengan Boboy tapi bab yang tengah tu hilang sedikit kebudak-budakan dia. Terkekeh-kekeh aku baca novel ni. Dan kakak-kakak aku pun layan sekali. Aku lebih suka Boboy yang autistik daripada yang matang. Maybe sebab perangai Boboy nak sama dengan aku yang masih kecik dan nakal nak mampus.

  Tak suka dengan Nura Alia yang berdendam. Bagi aku, yang berlalu tu biarlah berlalu tapi aku tahu apa perasaan Nura Alia. Konflik not bad meskipun tak banyak mana. Actually aku memang tak suka novel yang konflik banyak. Nanti perasaan aku berkecamuk dan hidupku tak tenteram. Ada kaitan ka???

  Rugi siapa yang tak baca novel ni. Aku ni pun sanggup rayu minta duit kat mak sebab tak cukup duit nak beli novel ni. Berbaloi dengan harga RM30 ringgit tu. Apa pun, congrate kepada penulis sebab berjaya hasilkan novel yang awesome macam aku. Kehkehkeh. Eh, umur penulis sama dengan umur kak aku. Tapi kak aku pandai formula sains saja. Rangka ayat bm tak pandai.. = =''

  Bolehlah dapat novel ni di Popular. Orang Kedah pakat pi beli kat Mergong. Rasanya ada banyak lagi. *rasa saja*