cerpen : Blood (Full)

CERPEN : BLOOD (FULL)

nota : cerita ni agak memeningkan dan memerlukan anda berfikir maka tolong baca dengan perlahan sikit. ahaks.


“Deena…”

  Aku tengok Nurin yang berada di seberang jalan. Senyuman kuukir dan balas lambaian dia. Mata melingas kiri dan kanan. Jalan raya sesak. Nafas kutarik. Menunggu jalan raya lengang. Kenapa ada banyak kereta hari ni?

  Perlahan-lahan aku atur langkah. Melintas jalan raya. “Deena,” jerit Nurin. Langkah aku mati. Aku dengar bunyi hon kereta. Kepala kukalih. Pandang kanan dan sebuah kereta meluncur laju ke arahku.

  Dan… semuanya kelam selepas itu.


SATU badan berselirat dengan wayar. Aku bangun dan duduk. Kepala berbalut, tangan berbalut, kaki berbalut. Bagus. Dah macam mumia dah aku ni. Dan dah berjuta kali aku tadahkan telinga dengar nasihat mak. Kalau nak melintas jalan, tengok kiri dan kanan. Jangan main melintas terus tapi… aku dah tengok kiri dan kanan. Takdir untuk aku kemalangan dan hikmahnya ialah aku tak payah pergi sekolah.

  Cet. Nawaitu tak elok.

  “Seronok boleh cuti?” tanya Nurin.

  Aku senyum bangga. “Mestilah,” jawab aku dan dia terus ketuk tangan kanan aku dengan sebatang pen.

  Terus aku menyeringai kesakitan. Bengang.

  “Sakitlah.”

  “Ingatkan tak sakit,” perli dia.     
   
  Tak ada maknanya aku tak sakit. Kena cubit sikit pun dah sakit. Inikan pula kena langgar. Nurin cakap orang yang langgar aku yang bawa aku datang hospital. Perempuan. Awal 40-an. Tapi aku tak jumpa dia lagi.

  Mata aku jatuh pada tangan yang berbalut.

  “Darah kau banyak hilang. Mak cik yang langgar tu dermakan darah dia untuk kau. Sekali dengan aku kena derma darah untuk kau,” tutur Nurin selamba.

  Nurin aku tengok dengan muka toya.

  “Nak menipu pun tengok oranglah. Tak ada maknanya kau nak kena derma darah untuk aku. Umur pun tak cukup lagi nak derma darah.”

  Belakang kepala yang tak gatal dia garu dan dia sengih.

  Kantoi… tipu aku.

  “Tapi yang mak cik tu derma darah dekat aku betul eh?”

  Nurin angguk. Serius.

  Senyap.

  Darah mak cik yang aku tak kenal tu mengalir dalam tubuh aku. Kalau aku jumpa dia, aku kena ucapkan terima kasih sebab dermakan darah. Tak ramai yang berdarah O.  O ni ditakdirkan untuk orang yang baik saja. Darah O boleh derma darah untuk kumpulan darah yang lain tapi… tak boleh terima darah kumpulan lain.

  “Aku rasa lain macam.”

  “Rasa apa?” Nurin tengok aku pelik.

  Bahu kujongket.

  “Entah. Tak pasti. Just rasa lain macam.”

  “Kau demam ke apa?”

  Erk. Minah ni cakap ikut suka hati dia saja.

  Betul. Aku rasa sesuatu tapi aku tak tahu apa dan aku tak pernah rasa perasaan ni sebelum aku kena langgar dulu.

  Jari-jemariku menyentuh pipi sendiri.

  I feel something strange. What is it? Can somebody tell me what is it?

  “Deena, kau kena sampuk ke apa?”

  Kepala Nurin aku tolak perlahan. Dia julingkan mata.

  “Tak padan dengan sakit. Ada hati nak buat aku,” bebel dia.


PELUH yang berjejeran di dahi kukesat dengan belakang telapak tangan. Dada berombak kencang. Jam baru menginjak ke pukul 4 pagi. Aku bangun dan sandarkan tubuh pada palang katil. Jari-jemari mula memicit kepala yang berpinar. Mimpi yang sama lagi. Persis mimpi 9 tahun yang lalu. Sumpah aku buntu. Kenapa sepanjang tempoh sembilan tahun ini aku asyik mimpi perkara yang sama? Seorang kanak-kanak lelaki, seorang remaja lelaki dan seorang lelaki yang berusia pertengahan 20-an.

  Namun… ketiga-tiga lelaki itu mempunyai raut wajah yang sama. Adakah mereka bertiga orang yang sama?

  Mata jatuh pada tangan kanan.

  Adakah kerana darah asing yang mengalir dalam tubuh aku?

  Atau aku pernah melakukan apa-apa kesilapan terhadap lelaki itu dulu?

  Entahlah. Aku tak kenal lelaki tu tapi aku rasa dekat dengan dia. Dan aku rasa aku pernah melakukan kesalahan terhadap dia.

  “Deena…”

  Pandangan aku luruskan. Pintu terkuak dan tersembul wajah Nurin.

  Nurin berjalan melepasi pintu dan mengatur langkah mendekatiku. Dia duduk di birai katil.

  “Kau tak tidur eh?” tanya aku perlahan.

  “Tak boleh tidur. Kau terjaga ke?”

  Lambat-lambat aku mengangguk. Kedua-dua belah kaki aku rapatkan lalu aku bawa rapat ke dada. Muka aku sembamkan ke paha kanan. “Kau masih mimpi pasal budak laki tu eh?”

  Kadang-kadang aku tak tidur sebab takut mimpikan lelaki itu lagi dan akhirnya… mata aku dah jadi macam mata panda. Setiap kali aku tidur, aku asyik mimpikan laki tu. Kalau kenal dia tak apa jugak. Dan masalahnya ialah that man is a stranger. I don’t know who is he. Kelam. Memang kelam tentang lelaki itu.

  “Aku nak kena cari mak cik yang derma darah dekat aku dulu.”

  “Kau nak cari dekat mana? Kau ingat mak cik tu jiran rumah kau ke apa?” Nurin bising.

  Aku angkat wajah dan tengok dia. Bahu kujongket.

  “Aku pun tak tahu tapi lepas mak cik tu derma darah dekat aku, aku rasa lain macam. Aku asyik mimpi benda yang sama dan setiap kali aku bangun, mesti aku menangis. Rasa macam aku ni dah gila dah.”

  “Entah-entah kau memang gila,” gumam Nurin perlahan.

  Mataku terbuntang. Aku tolak bahu dia. Dia cebik bibir. 

  Tak patut sungguh cakap aku gila. Kalau sampai mati aku macam ni, memang aku akan jadi gila betul.

  Lelaki itu, wanita yang derma darah untuk aku. Apakah yang terjadi sebenarnya?

  “Last sekali aku jumpa mak cik tu 9 tahun yang lepas. Dah bertahun dah. Mustahil kau boleh jumpa dia, Nadeena.”

   “Tak kira apa pun yang terjadi, aku kena cari mak cik tu jugak.”

  Aku kena tahu hubungan wanita itu dan lelaki yang acap kali menganggu lenaku. Kupasti mereka berdua ada hubungan.

  Di manakah mak cik tu berada? Adakah masih ada di Malaysia?

  Haih… susahnya tapi selagi aku tak jumpa mak cik tu, masalah aku takkan selesai.

  Strange blood and strange dreams.  And I’m a strange people now.


PINGGAN mee goreng dah kosong. Air milo pun dah berbaki separuh. Aku sandarkan tubuh pada kerusi. Langsung tak pedulikan orang ramai yang tengah makan tengah hari. Nasiblah keluar makan sorang-sorang. Nurin kerja hari ni. Nak masak, kerajinan tak datang. Baik aku makan dekat luar. Rugi aje kalau aku masak. Aku bukannya makan banyak.

  Tangan menongkat dagu. Bola mata berlari memandang orang yang lalu-lalang. Nafas aku hela lemah.

  Aku nak cari mak cik yang derma darah tu dekat mana? Susahnya.

  “Bade, kau nak makan apa?”

  “Apa-apa pun boleh. Aku tolak batu dengan kayu aje.” Suara seorang lelaki tampar gegendang telinga aku.

  Kang aku bagi rumput tak makan pulak kut.

  Dan tawa beberapa orang lelaki terjah gegendang telingaku. Bibir bawah aku ketap. Hati dah mendidih. Sebal. Bising sangat. Tak hormat orang ke apa? Aku dahlah stress gila hari ni. Tak boleh tidur.

  Sudahlah suara masing-masing besar.

  Telinga aku berasap apabila sekali lagi mendengar tawa sekumpulan lelaki yang berada di sebelahku. Aku kalihkan wajah. Tengok muka sorang-sorang dengan pandangan tajam. Senyap. Mesti takut. Tambah-tambah mata aku lebam semacam. Nampak lagi menakutkan. Seorang lelaki yang membelakangiku masih bercakap.

  “Saudara, kalau nak bising, bukan dekat sini. Yang gelak kuat-kuat sangat tu kenapa?” soal aku bising.

  Kan aku dah mengamuk.

  “Ada orang cakap dengan aku eh?” tanya lelaki yang membelakangiku. Kawan-kawan dia angguk tanpa membuka mulut.

  Terus lelaki itu berpaling. Pandangan kami bertaut. Dahiku berkerut. Air liur terasa pahit tiba-tiba. Lidah jadi kelu. Suaraku hilang entah ke mana dan ada satu rasa aneh bertamu di hatiku. Rambut dia, mata dia, hidung dia, bibir dia dan semuanya persis lelaki yang saban hari mengganggu lenaku.

  Dia. Dia ada dalam setiap mimpi aku.

  “Cik ni kenapa?” aju lelaki itu hairan.

  Aku terkedu.

  Suara langsung tak keluar.

  “Peliklah perempuan ni.”

  Kau lagi pelik. Macam mana kau boleh ada di depan mata aku sekarang ni?

  “En… encik kenal saya?” soal aku dungu.

  “Tak. Kenapa?”

  “Encik tipu. Encik mesti kenal saya. Sebab tu encik selalu muncul dalam mimpi saya,” ujarku laju.

  Kening lelaki itu bertaut. “Tak. Saya langsung tak kenal cik. Cik salah orang kut,” jawab dia cuba untuk meyakinkan yang dia langsung tak mengenaliku.

  “I miss you, Badrulzaman.”

  “What?”

  Aku blur. Tengok dia pelik. Kenapa nak berwhat-what segala? Aku bukannya kata apa-apa pun.

  “How come you know my name?” Lelaki itu bertanya dengan muka yang kosong tanpa senyuman.

  Kepala yang tak gatal kugaru perlahan. Sumpah aku tak faham apa yang dia cakap sekarang ni. Time bila pulak aku cakap aku tahu nama dia? Tak ada maknanya aku tahu nama dia segala. Nama jiran sebelah rumah pun aku tahu. Inikan pula nama dia.

  “Just now you said my name. You said you missed me.”

  “Nonsense,”marahku.

  Gila ke apa aku nak kata aku rindu akan dia? Kenal pun tidak.

  “Mati hidup balik pun saya takkan cakap macam tu.” Mataku mencerlang.

  “Err… cik, kami dengar cik cakap yang cik rindu kawan kami,” ujar seorang lelaki yang memakai kemeja warna hijau muda.

  Ma… na ada.

  “Macam mana cik boleh tahu nama saya?”

  Ngee… aku tak tahu nama kaulah.

  “Kan aku dah cakap tadi. Aku tak tahu nama kau,” jeritku geram.

  Semua mata jatuh pada wajahku. Ada yang berbisik dan ada yang senyum sinis. Lelaki itu tengok aku dengan pandangan penuh jijik. Penumbuk kukepal. Sabar, Nadeena. Jangan cari masalah dekat sini. Benda boleh bawa berbincang. Nak marah, balik cari punching bag nanti. Nanti orang ingat kau meroyan, Deena. Nurin tak ada nak tenangkan kau.

  Lelaki itu bingkas bangun. Dia jeling. Tajam.

  “Jom blah. Tak nak aku datang sini lagi. Ada perempuan gila.”

  Mereka berlalu pergi.

  Kepalaku jatuh ke sebelah kanan. Jari telunjuk kanan tolak hujung dagu.

  Dia kata aku apa? Perempuan gila? Nak cari pasal rupanya.

  Terus aku bangun. Menghayun langkah laju. Lelaki itu sibuk berbual dengan kawan-kawan dia. Bibir bawah kuketap. Tangan melekap di leher. Lama aku tak buat orang dan ada orang buat aku bengang hari ni. Nasib baik aku pakai gloves. Nak tumbuk tak ada masalah. Tak kena kulit dia.

  Aku berlari ke arahnya dan terus pukul rusuk dengan tangan kiri. Lelaki itu hilang keseimbangan. Kaki dia kusaut dan dia terjatuh. Matanya terbuntang dan kuukir senyuman sinis. Kawan-kawan dia membisu. Pergelangan kaki kanan dia kutekan dan pijak. Tumbukan padu aku kenakan pada rusuk.

  Lain kali jangan cari masalah dengan perempuan macam aku. Perempuan lain paling kuat pun tampar dan aku boleh buat orang mati. Takat patah tangan tu benda kecik aje. Dalam sekelip mata aku boleh buat dia masuk hospital berbulan-bulan. Jangan sebab aku nampak lemah, aku memang lemah. Tangan kanannya kukilas. Lelaki itu menyeringai kesakitan.

  “Perempuan gila ni boleh buat encik mati. Ingat tu,” bisikku perlahan tapi tajam.

  Kolar bajunya aku cekak. Dia terdorong ke hadapan dan aku tumbuk hidung dia. Darah mula mengalir.

  Dan… kelopak matanya kian tertutup rapat.

  Adus. Aku yang akan mati sekarang ni.


KAWAN-KAWAN lelaki itu berbual sesama sendiri. Aku mundar-mandir di hadapan wad kecemasan. Bibir aku gigit. Buntu. Mati aku kalau ayah tahu. Sah kena marah. Aku dah buat silap yang sangat besar dalam hidup aku. Mengunakan seni pertahankan diri sebab nak lepaskan kemarahan. I’m dead. Aku memang cari masalah sungguh.

  “Deena.”

  Tubuh kukalih. Nurin belari ke arahku.

  “Kenapa kau ada dekat sini?” tanya Nurin. Pelik agaknya.

  “Aku dah buat anak orang pengsan.”

  “Apa?” Dia terjerit kecil.

  Aku labuhkan punggung di atas kerusi. Tarik nafas dan menekur lantai. Kepala kupicit.

  “Tadi ada mamat ni cakap aku gila. Aku bengang. Aku tumbuk hidung dia sampai berdarah. And dia tak sedarkan diri sekarang ni.”

  “Kau memang sengaja cari pasal.”

  Tangan Nurin kuraih. Aku tengok dia dengan mata yang dah berair. “Tolong pergi tengok dia dekat dalam kejap. Nama dia Bad apa entah. Aku risaulah. Aku bukannya sengaja nak cederakan dia,” pintaku. Nurin geleng kepala. Tayang muka toya macam selalu.

  “Ye lah. Kejap aku masuk tengok.”

  Nurin berlalu pergi dan kembali beberapa minit kemudian. Dia ukir senyuman manis.

  “Dia okey tapi kena tahan. Hidung dia patah.”

  Gulp. Okey ke macam tu?


LELAKI itu memeluk tubuh. Aku buat muka tak ada perasaan. Menyampah aku. Mentang-mentang aku cederakan dia, dia demand macam-macam pulak. Nak buburlah, nak coklatlah. Kalau aku tak bagi, dia ugut nak saman bagai. Tensyen bebenau. Lelaki dalam mimpi aku tu punyalah baik. Lelaki ni pulak perangai mengalahkan penyamun.

  “Sebab ciklah saya ada dekat sini,” bebel dia.

  “Diam boleh tak? Nak kaki patah pulak ke?” Aku melenting.

  Dia cebik bibir.

  Aku tengok lelaki tu dan hati aku jadi sakit. Kelopak mataku tertutup rapat. Air mata mula mengalir.

  “Are you okay?” soal dia teragak-agak.

  Lambat-lambat kuangguk. Hati aku jadi makin sakit. Aku ramas hujung baju.

  Kenapa aku jadi macam ni?

  I’m a weirdo now. I do and say weird things. Entah kenapa, ada masa aku sangat dekat dan kenal lelaki itu dan ada masa aku langsung tak kenal dia. Ada masa aku rasa sangat sedih dan ada masa aku tak rasa apa-apa. Mungkin aku betul-betul caap aku rindu akan lelaki itu tapi aku tak sedar.

  Like I don’t control my body anymore. Like there’s someone else in my body.

  What should I do?

  “Badrulzaman, I miss you so much.”

  “Cik ni memang pelik.”

  Kelopak mataku terbuka.

  “Kenapa kata saya pelik pulak?”

  “Tadi cik kata cik rindukan saya.”

  “Mana ada,” nafiku.

  “Betul. Saya tak salah dengar. Kenapa dengan cik ni sebenarnya? Kalau cik memang suka saya, beritahu ajelah. Tak payah nak berdolak-dalih.”

  Erk.

  “Masalahnya saya memang tak cakap yang saya rindukan encik.” Suaraku naik seoktaf.

  Nurse yang lalu di hadapanku tengok aku tajam. Tak suka aku bising. Lelaki itu tahan senyum.Seronok tengok aku kena marah.  Aku tekup kedua-dua belah telinga. Kepala kugeleng. Kenapa dengan aku ni? Gila ke apa? Kenapa aku tak perasan yang aku cakap sesuatu? Kenapa aku cakap sesuatu di luar sedar?Allah... apakah yang terjadi kepadaku?

  Wake up, Deena.

  “Dah dua kali cik cakap cik rindukan saya. Macam mana cik tahu nama saya? Saya rasa cik kena pergi jumpa doktor. Ada masalah mental kut.”

  Tanganku terus tumbuk kaki kiri dia. Dia menyeringai kesakitan. Aku bangun dan tolak kerusi.

  “Saya nak balik. Jangan mengada sangat. Makan aje apa yang hospital bagi. Saya just buat tangan dengan hidung encik patah. Bukannya mati pun.”

  Beg sandang aku capai dan aku hayun langkah pergi dengan hati yang semakin sakit tanpa kuketahui sebabnya.


AIR MATA yang berjejeran di pipi aku kesat dengan tisu. Nurin duduk di sisiku. Aku memang penat gila. Nak sangat tidur tapi setiap kali aku tidur, lelaki itu akan muncul. Sampai bila aku nak jadi macam ni? Aku nak tidur. Aku nak ada hidup macam orang lain tapi gara-gara darah asing yang mengalir dalam tubuhku, hidup seorang Nadeena jadi tak tentu arah.

  “Aku rasa kau kena jumpa doktor,” komen Nurin.

  “Aku tak gilalah!”

  “Mana ada aku cakap kau gila. Aku tahu kau normal. Tu yang aku kawan dengan kau. Kau stress sangat ni. Takkan setiap hari kau nak jadi macam ni. Mata kau tu lagi teruk daripada mata panda. Kena ambik ubat tidur macam ni.”

  Terus aku merengus kasar.

  “Kau nak bagi aku mimpi pasal mamat tu dua puluh empat jam ke apa?” soal aku. Bengang lagi. Hati jadi sensitif sejak kebelakangan ni.

  “Hati aku jadi sakit bila aku tengok si Bade apa entah tu. Aku rasa macam nak menangis setiap kali aku tengok dia.”

  “Kau jatuh cinta dengan dia kut,” tebak Nurin.

  “Bukanlah. Ni bukan rasa cinta bagai tu.”

  “Kau tahu apa. Jatuh cinta pun tak pernah.”

  Kaki dia aku pijak. Nurin jerit. Tu lah. Cakap main ikut sedap mulut aje. Nak cakap pun fikirlah dulu. Aku dahlah tengah berangin sekarang ni. Memang bukan rasa cinta yang aku rasa tapi satu rasa lain. Rasa yang aneh gila.

  “Aku rasa lain macam.”

  “Macam mana?”

  “Macam rasa keibuan. Rasa kasih dekat anak sendiri.”

  “Gila pelik. Kau ni memang pelik lepas kemalangan dulu. Kena sampuk ke apa?”

  “Tak kena sampuklah. Darah pelik yang mengalir dalam badan aku yang buat aku jadi pelik dan rasa bukan-bukan.”

  Mata jatuh pada kaki langit yang gelap tanpa bintang. Haissyy. Lemme take a nap. Lemme rest for awhile. I’m tired. This restless life is hurting the inner side of me. Aku nak hidup tanpa rasa lelah, tanpa perlu mengalah tapi tu takkan dinamakan hidup bukan?


SUARA langsung tak keluar sedari tadi. Aku hanya memandang wajah Bade dan kelopak mata mula bergenang di luar sedar. Lelaki itu masih dibuai mimpi. Huarrggghh… aku pun nak tidur jugak. Ngantuk sangat dah ni tapi kalau aku tidur, aku akan bermimpi lagi dan aku dah penat mimpikan perkara yang sama. Dan aku terpaksa berjaga juga. Haih.

  Bade ni pun satu. Kerja nak menyusahkan aku. Tak reti ke nak makan apa yang hospital bagi? Mangkuk betul dia ni. Sudahlah tidur time aku datang.

  Badrulzaman. Adakah dia anak kepada wanita yang dermakan darah kepada aku dulu?

  What had happened actually? Kenapa aku rasa perasaan bersalah? Kenapa darah asing yang mengalir dalam tubuh aku selalu buat aku jadi sedih? Kenapa darah asing tu buat aku selalu mimpikan si Bade?

  Kenapa aku yang jadi mangsa? Aku langsung tak bersalah. Nadeena merupakan mangsa keadaan. Titik.

  Lelaki itu terjaga. Dia gosok kedua-dua belah mata dan menguap. Aku tengok dia dengan perasaan jelak. Tak senonoh punya budak.

  “Dah lama datang?”

  “Who are you?” tanya aku tanpa pedulikan soalannya.

  “Cik ni kena sampuk ke apa? Boleh pula tanya saya siapa. Manusialah.”

  “Kenapa encik selalu hadir dalam mimpi saya? Saya tak pernah pun mintak encik kacau hidup saya. Sebab enciklah, saya tak boleh tidur. Sembilan tahun encik ganggu tidur saya. Sudahlah. Saya penat. Faham tak yang saya penat?”

  Bade hela nafas lemah. “Benda apa masuk dalam badan cik sampai cik cakap benda pelik-pelik ni? I don’t know you and I don’t even know your name. Cik yang mula-mula approached saya. Saya langsung tak tahu apa-apa pasal cik. Cik pernah bercinta atau berkahwin dengan lelaki yang rupa macam saya ke? And nama that guy sama dengan nama saya eh?”

  Ingat ni drama ke apa?

  Aku julingkan mata.

  “Susah betul cakap dengan encik ni.”

  “Cik yang saya tak tahu nama, cik ada masalah apa sebenarnya? Cik ni memang pelik. First time dalam hidup saya, saya jumpa manusia macam cik.”

  Tak apa. Orang memang selalu ingat aku ni alien.

  “Where’s your mum?” tanya aku perlahan. Sekali lagi aku tak pedulikan soalan lelaki itu.

  Riak wajahnya berubah. Lelaki itu menunduk. Bibir bawah kugigit. Silap tanya soalan. Bagus betul aku ni.

  “Dia tak ada.”

  “Ooo… pergi mana memangnya?” ajuku lagi tanpa rasa bersalah.

  “Lembap betul kau ni. Dia meninggal.”

  “Sorry.”

  Kan. Lembap betul aku ni.

  Tapi… mak cik yang cari tu dah meninggal dan aku buntu nak buat apa sekarang ni.

  “Bila mak encik meninggal?”

  “Tahun lepas.”

  Dan selepas itu, mulutku seolah-olah berat untuk bertanya.

  Bade buka laci meja di sebelah katil. Dia capai dompet. Aku hanya memerhati. Dia tarik sekeping gambar dan hulurkan kepadaku. Aku tengok Bade dan dia buat isyarat mata suruh ambil gambar tu. Lambat-lambat kusambut hulurannya. Mata melekat pada gambar tersebut. Ada seorang wanita muda dan kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan 10 tahun. Jantungku berdetak laju. Kanak-kanak lelaki tu selalu ada dalam mimpi dia. Dia ada dalam setiap mimpi.

  Entah macam mana, air mata berjuraian keluar.

  “Why are you crying?”

  Laju saja kugeleng kepala.

  “Saya tak tahu.”

  Hati jadi sakit lagi tanpa kukawal.

  “Cik kenal mak saya?”

  “Tak kenal,” balasku tanpa berfikir.

  “Kenal,” tuturku apabila tersedar.

  Bade tengok aku pelik. O… key. Dia selalu tengok aku pelik. Tak apalah. Nak buat macam mana. Dah aku ditakdirkan menjadi seorang perempuan yang pelik.

  Masalahnya aku pun tak tahu muka mak cik yang dermakan darah kepada aku tu macam mana. Tinggi ke, pendek ke. Muka bulat ke, muka panjang ke. Aku langsung tak tahu sebab secara teknikalnya, aku tak jumpa dia. Waktu aku sedarkan diri dulu, dia dah tak ada.

  “Encik ada tak gambar dia yang sekarang?”

  Lelaki itu jeda. Dia raup kasar wajahnya dan palingkan wajah ke arah lain. “Tak ada,” ucapnya perlahan.

  “Tak ada.”

  “Memang tak ada eh? Encik pasti?” ajuku lagi menginginkan kepastian.

  “Kan aku cakap tak ada. Pekak ke apa?” marah dia.

  Terus aku bangun. Cekakkan pinggang. Mencerlung mataku memandangnya.

  “Yang nak marah-marah ni kenapa? Saya tanya elok-elok. Encik ni yang gila. Bukannya saya.” Dan aku pun melenting sekali.

  Pesakit yang berada di katil sebelah tengok kami senyap. Dia urut dadanya berulang kali dan geleng kepala. Maaflah, pak cik. Saya bukan sengaja nak bertekak dekat sini tapi lelaki ni buat saya berasap sungguh. Tak reti nak cakap elok-elok.

  “Kenapa cik nak gambar dia?” Suaranya mendatar.

  Aku duduk kembali.

  “Saya nak kenal pasti siapa dia sebenarnya.”

  “Kenapa dengan dia?”

  Pelipis kutekan beberapa kali. Nafas aku hela lemah. Berat hati nak cerita. Nanti dia cakap aku gila. Aku tak gila. Aku masih waras tapi benda pelik yang kualami buat aku jadi pelik. Aku tak mintak tapi aku kena terima. Selepas sembilan tahun, aku jumpa lelaki yang ada dalam mimpiku tapi… lidah kelu untuk bertanya.

  “Kenapa dengan mak saya, cik?”

  “Tak ada apa-apa pun.”

  Dan tak cerdiknya aku sebab menyembunyikan kebenaran.


AKU duduk sorang-sorang di atas bangku. Tengok langit tanpa perasaan. Kedua-dua belah tangan diletakkan di atas lutut. Kaki kuluruskan. Jari telunjuk kiri aku bawa dekat ke mata. Aku tekan jari tersebut yang tadinya terluka. I cut my finger. Eheh. Dan darah mengalir. Sakit tapi sakit lagi hati dan fikiran aku kerana terlalu keliru dengan apa yang terjadi.

  Darah ni. Bukan darah aku. Sebahagian darah yang mengalir dalam diri aku bukan darah aku. Strange blood…

  “Deena, mana dompet kau? Nak pinjam Popular Card kau.”

  Nurin entah muncul dari mana.

  “Ada dalam beg sandang aku.”

  Dia angguk dan hilang entah ke mana. Aku ambil tisu dan lap tangan yang berdarah. Tak boleh bagi jururawat tu nampak. Nanti membebel. Kumanlah, apalah. Aku rasa Nurin mesti selalu membebel dekat hospital. Nasiblah dapat kawan macam tu.

  “Nadeena,” jerit Nurin.

  Bunyi derapan kaki Nurin tampar gegendang telingaku. Dia berdiri di muka pintu. Nampak macam baru lepas berlari.

 “Mana kau ambik gambar ni?”

  Dia tunjuk sekeping gambar dan rahang bawahku jatuh. Allah. Terambil gambar si Bade. Sudahlah aku susah nak jumpa dia. Dia dah keluar wad.

  “Aku terambiklah gambar tu. Kenapa?”

  “Aku pernah jumpa gambar ni.”

  Jantung macam nak luruh.

  “Dekat mana?”

  “Dekat dalam kereta mak cik dulu. Dia letak dekat dashboard kereta dia.”

  “Betul ke?”

  Nurin angguk. Dia serius.

  Mata kupejam.

  What will I do next?


BADE geleng kepala. Kawan-kawan dia tengok aku. Mesti anggap aku gila sebab sanggup tunggu dekat kedai makan yang aku jumpa dia dulu. Aku agak dah yang dia ada dekat sini. Bade yang hanya memakai shorts dan tee tengok aku dengan muka sombong. Eleh. Aku buat kau masuk hospital baru kau tahu.

  “Rindu saya eh?”

  Mati hidup balik pun tak.

  “Ada benda saya nak cakap dengan encik.”

  “Cakap ar sekarang.”

  “Tak sesuai.”

  “Hurmm… ikut saya.”

  Dia atur langkah dan kuhanya membuntuti langkahnya. Saat kami sampai di taman permainan, Bade duduk di atas bangku dan aku berdiri. Memang tak gentleman langsung. Kutlah bagi aku duduk. Ni tak. Pelawa duduk pun tak.

  “Encik kata saya gila kan?” tanyaku memulakan bicara.

  Bade yang tengah sibuk perhatikan keadaan sekeliling angkat wajah. Mulutnya terbuka sedikit. Sekali lagi dia tengok aku pelik. “Mana ada,” nafi Bade.

  Ye lah tu. Macam aku tak ingat dia kata aku ni perempuan gila.

  Senyuman pahit kulempar. Aku peluk tubuh dan luruskan pandangan. Angin pagi yang tampar lembut pipi kubiarkan. Selepas sembilan tahun, aku tahu kebenarannya. Kutahu apa yang terjadi sebenarnya. Mungkin orang akan ingat aku ni gila tapi kenyataan tak boleh diubah. Semua yang terjadi terhadap seorang Nadeena bukannya dusta.

  “Mak encik langgar saya sembilan tahun yang lepas.”

  Kupandang Bade. Wajahnya tidak beriak tapi kutahu hatinya gusar.

  “Masa tu umur saya 16 tahun dan saya perlukan darah sebab darah tak cukup. Darah saya dengan darah mak encik satu kumpulan yang sama jadi dia pun dermakan darah dia.”

  “Saya tak tahu pun yang dia langgar cik.
  Cet. Anak apa macam ni. Tak ambil berat pasal mak sendiri sungguh. Nak jadi anak durhaka ke apa?

  “Mak dengan ayah saya bercerai masa saya kecik lagi. Saya tinggal dengan ayah saya,” sambung lelaki itu.

  Darahku berderau.

  Okey. Salah aku sebab tak husnuzon.

  “Saya jarang jumpa dia. Entah-entah dia tak sayang saya langsung.”

  “Mak encik sayangkan encik.”

  “Mana awak tahu? Awak bukannya mak saya. Awak tak ada dekat tempat dia.”

  Muka terasa berbahang. Tubuhku menggeletar menahan amarah. Bibir kuketap. Sabar, Nadeena. Sabar.

  “Dia memang tak sayangkan saya. Dia langsung tak ingat dekat saya. Dia bukan mak yang baik.”

  Ayat terakhir Bade buat telingaku berdesing. Air mata mula mengalir. Aku tekup muka dengan kedua-dua belah telapak tangan. Bade tak rasa apa yang aku rasa. Bade tak mengerti apa yang terjadi kepadaku.

  “Encik tak tahu apa-apa. Encik tak tahu betapa sayangnya mak encik dekat encik. Setiap kali dia tidur, dia mesti mimpikan encik.”

  “Tipu,” balasnya selamba.

  “Saya tak tipu!” jeritku lantang.

  Dia terkejut. Aku tengok Bade tajam dan air mata semakin laju mengalir. “Sebahagian darah yang mengalir dalam diri saya bukan darah saya. Lepas mak encik dermakan darah kepada saya, saya rasa macam bukan saya sorang yang kawal perasaan saya, yang kawal badan saya. Semua perasaan mak encik masuk ke dalam tubuh saya.

  Sembilan tahun saya mimpikan encik. Saya tak tahu kenapa. Saya buntu. Setiap kali saya tidur, encik ada dalam mimpi saya. Setiap kali saya tengok encik, saya rasa macam nak menangis. Saya rasa macam saya sayangkan encik sangat tapi sayang saya tu sayang seorang ibu kepada anak dia. Saya langsung tak sedar bila saya cakap saya rindu encik, bila saya sebut nama encik. Perasaan tu semua, pertuturan tu semua di luar sedar. Bukan diri saya yang sebenar sayangkan encik, bukan diri saya yang sebenar rindukan encik dan sebut nama encik.

  Encik cakap saya gila. Saya memang hampir gila. Darah asing yang mengalir dalam tubuh saya buat saya jadi pelik,” terangku panjang lebar.

  Lelaki itu tertungkap.

  “Saya tak mintak encik percaya cakap saya tapi saya nak encik tahu yang mak encik memang sayangkan encik. Encik anak dia. Dia yang lahirkan encik, jaga encik dengan penuh kasih sayang.”

  Senyuman manis aku koyak.

  Gambar milik dia yang aku terambil dulu aku letakkan di sisinya.

  “Mak encik pun ada gambar ni.”

  Mata Bade melekap pada wajahku. Aku kesat air mata dengan belakang telapak tangan. Perlahan-lahan kuatur langkah pergi. Semuanya dah berakhir. Aku dah mengerti segalanya. Kerja aku dah selesai. Terpulang kepada lelaki itu untuk percaya atau tidak kerana aku tidak berbohong. I’m speaking the truth.

  “Cik…” serunya perlahan tapi masih dapat menampar gegendang telingaku.

  Aku berpaling. Bade bangun dan senyum.

  “Saya pun rindukan mak saya.”

  Senyumanku melebar dan air mata mengalir lagi.

  “I miss you too, Badrulzaman.”

  Dia menghampiriku.

  “Tadi cik cakap cik rindukan saya.”

  Laju saja kugeleng kepala. “Mana ada.”

  “Betul. Tadi cik cakap.”

  “Tak.”

  “Betul.”

  “Eii… mana ada saya cakap saya rindukan encik.”


AIR MILO di dalam gelas dah habis. Bade duduk dan kesat peluh yang merenik di dahi. Pak cik ni makin gelap. Tu lah. Jadi land surveryor siapa suruh? Macam tak ada kerja lain dan dia kerja nak melekat dengan aku. Dia asyik nak dengar apa yang the other side of me cakap. Macamlah aku boleh cakap benda ni. Selalunya aku just cakap I miss you, Badrulzaman.

  “Tak mengajar ke hari ni?”

  Aku geleng kepala.

  “Ingatkan nak pergi mengajar sama.”

  Bibir aku cebik.

  “Encik mana reti taekwondo.”

 “I have black belt. Since kecik memang belajar.”

  “Berapa dan?”

  “4th dan.”

   Rahang bawah jatuh. Gila mamat ni. Asal tak defense hari tu time aku buat dia? Buat malu aku aje yang jadi pembantu jurulatih taekwando kanak-kanak.

  “Worth it lah. Saya dah 29 tahun and belajar taekwondo sejak kecil,” tuturnya bersahaja tanpa nada.

  “Kenapa tak self-defense time saya buat encik hari tu?” ajuku geram.

  Senyumannya meleret.

  “Saya belajar taekwondo bukan nak buat orang bila saya geram. Plus, I’m a gentleman. I don’t hit women.”

  Aku julingkan mata.

  Ayat pertama dia macam perli aku sebab salah guna seni pertahankan diri. Aku tak sepatutnya pukul dia tapi marah punya pasal, aku pukul dia. Hidung dia patah teruk dan terpaksa buat pembedahan sebab nak betulkan kembali hidung. Memang salah aku tapi ada aku kisah? Lain kali jangan cakap aku ni perempuan gila.

  “Lain kali cuba kawal sikit perasaan marah cik tu,” tegur Bade.

  “Encik pun sama.”

  Mengata dekat aku konon. Dia pun sama.

  “Nadeena kan nama cik?”

  Angguk.

  Tu pun dia selalu lupa.

  “You’re a weirdo.”

  True.

  Bade senyum. “And funny.”

  “Keras kepala. Suka cakap benda pelik-pelik. Not an ordinary woman.”

  “You too. Not an ordinary man.”

  Bade jongket bahu.

  Aku rasa macam kami berdua ni alien dari planet lain. Orang mesti pelik tengok kami berdua. Aku pun tak tahu kenapa. Sekejap cakap baik-baik, sekejap bergaduh. Ini semua poyo. Salah dialah. Asyik nak dengar aku cakap I miss you.

  “Be my wife, Nadeena. I’ll make you the happiest woman in this world. Insya-Allah we’ll earn jannah together.”

  Senyap.

  Kami saling berpandangan.

  “Okey.” Hanya tu yang terkeluar dari bibirku. Nervous punya pasal. Kali pertama orang cakap macam tu dekat aku.

  “Cik sedar tak apa yang cik cakap?”

  Angguk.

  “Takkanlah the other side of me yang cakap okey,” ujarku geram dan dia gelak.


RAMBUT Bade aku elus lembut. Dia senyum dan aku pun senyum.

  “I love you,” tuturnya tanpa suara.

  “Love you too.”

  Dia tengok aku pelik dan aku blur. “Tadi you cakap you cintakan I.”

  Dahiku berkerut.

  “Mana ada.”

  “Ada.”

  “Betul. Saya tak cakap pun,” ujarku dengan muka yang serius.

  Lelaki itu senyap dan aku gelak.

  “Ye. Saya yang cakap sebenarnya.”

  Badrulzaman cebik bibir. Mukanya masam dan aku rangkul erat tangannya. Kepalaku melentok ke bahu dia. Dia rangkul bahuku.

  “Sabtu ni kita lawan taekwondo ya.”

  “Tak nak. Awak kuat.” Aku menolak ajakannya.

  Gila nak lawan dengan aku. Tak pasal-pasal aku pulak yang patah hidung nanti. Cukuplah hidung dia saja yang patah dulu. Sebab tu orang cakap kami pelik. Well. We share the same passion. Jarang ada suami isteri belajar taekwondo. Hohoho.

  “The real me and the other side of me love you, Encik Badrulzaman.”

  “I know, sayang.”

  Darah asing yang mengalir dalam tubuhku temukan aku dan dia. The other side of me sayang akan Bade sebagai seorang anak dan the real me sayang akan Bade sebagai seorang suami, seorang lelaki yang berusaha buat aku bahagia.

  I am weird. Bade is weird. That’s why we suit each other.

  Insya-Allah we’ll earn jannah together.




TAMAT






penat. hahaha. banyak sangat pages.
first of all, i wanna  say sorry because blood isn't a normal story. well... maybe ending dia merupakan ending kepada cerita biasa tapi... plot dia agak memeningkan. weird story from a weird girl. kena baca slow sebab kena fikir sikit. anda yang berpijak di dunia nyata will hate this story. ya. kerana cita ini sangatlah tidak logik tapi ini imaginasi seorang remaja yang berusia 16 tahun. idea pasal darah tu datang bila aku baca satu manga tapi cerita ni and cerita tu tak samalah. plus aku just baca few pages ja lepas tu tutup. hahaha. i wanna spread my imagination in a proper manner.

thanks to all of u for staying by my side all the time. maaf sebab lama tak update cerpen. last skali update tahun lepas. err... agak sibuk tahun ni and busy buat mss. Alhamdulillah. Dah dua mini enovel siapkan iaitu Thorn and Yang Dinamakan Kehidupan. Terima kasih kepada semua proof readers. You may be don't know my real name, my real face but u always be in my heart. Kadang2 aku terlupa nama orang yang selalu baca apa yang aku tulis. Sorry ya. Memori aku tak berapa bagus.

maaf untuk segala kekurangan. till we meet again, next time. Dah banyak kali janji nak tulis cerpen kat blog. Baru minggu ni berjaya tulis. Aku punya real life sangatlah serabut sampai tak dak masa nak fikirkan pasal blog bagai. Ada masa aku rasa stress sangat but i'm okay. I have Him and I have all of you. Kalau sudi, boleh tinggalkan komen and bagi pendapat. Bila lama tak menulis, skill semua hilang. Hahaha. But i'll do the best, insya-Allah. Terima kasih kerana selalu ada untuk aku tak kiralah hampa kenal aku time 2011 ka,2012 ka,2013 or 2014. 

by the way, thanks to ika sebab sudi jadi proof reader. ada ka patut aku kacau dia pepagi buta semata2 suruh dia baca apa yang aku tulis? and... ramai yang tatau cara nak pronounce nama bade. cara sebut bade sama dengan sebut bait *umpan* ya.

with lots of love - hanna aleeya/ suria november

*hugs and kisses. hikss*