cerpen : Misteri (Full)

CERPEN : MISTERI (FULL)

  Beg laptop aku galas dan tangan kananku menjinjing beg kecil yang aku letakkan kain telekung. Peluh berjejeran di dahi. Perlahan-lahan aku menuruni anak tangga tanpa menghiraukan Mary dan Hawa yang sibuk berbual tentang novel. Kutahu jam sudah menginjak pukul 5.45 petang dan sekolah makin lama semakin sepi kerana kebanyakan pelajar dan guru sudah pulang. Para pelajar tingkatan 3 dan 5 yang mempunyai kelas tambahan sehingga pukul 5.30 petang pun sudah pulang.

  “Aku penatlah.”

  “Kau ingat aku tak penat?” soalku kepada Mary.

  Wanita Cina yang menganut agama Kristian itu sengih.

  “Kalau budak-budak tak dapat straight A dalam PMR dengan SPM memang nak makan penampar aku sungguh,” tambah Hawa.

  Aku kematian kata. Langkah tetap dihayun. Kini berjalan menuruni jalan tar yang agak curam. Langkah diatur dengan penuh berhati-hati.

  Dan tiba-tiba pandanganku dilabuhkan pada sebuah rumah agam tiga tingkat yang terletak di tepi sekolah. Halaman rumah tersebut dipenuhi dengan lalang. Pintu pagar rumah tersebut tidak tertutup rapat.

  “Fahat, kau tengok apa?”

  Mataku jatuh pada wajah Mary.

   “Aku tengok rumah tu.”

  Wajah Hawa dan Mary berubah. Dahiku berkerut.

  “It’s a haunted house, y’know. Do you know the story ‘bout the house?” soal Mary kepadaku.

  Keningku terjongket sebelum kepalaku digelengkan.

  Banyak khabar angin tentang rumah agam tersebut namun aku tidak ambil pusing sebab aku takkan ambil tahu benda yang bukannya urusanku namun prinsipku tiba-tiba berubah hari ini. Seolah-olah ada magnet yang menarikku untuk memandang rumah itu dan mengetahui kisah di sebalik rumah itu.

  Mary tarik nafas.

  “Ceritanya bermula lima tahun yang lalu.”

   Dan Hawa terus tolak kepala Mary. “Boleh tak cakap straight to the point je? Kau bukannya nak masuk pertandingan bercerita bagai.”

  Mary sengih.

  “Sorry, sorry.”

  “Cepatlah cerita,” gesaku tidak sabar.

  Gadis itu mengangguk. Riak wajahnya kosong. Bola matanya berlari memandang rumah agam yang lengang itu.

  “Ada seorang lelaki bina rumah tu lima tahun yang lalu dan siap setahun lepas tu. Orang cakap dia bina rumah tu sebab rasa kasih kat bini dia. Alah! Macam Kellie’s Castle tu. And lelaki tu ada seorang anak lelaki. Masa tu, anak lelaki dia umur 25 tahun. Tapi kalau dia ada sekarang ni, dah umur 29 tahunlah. Sebaya aku, tua empat tahun daripada kau dan tua tiga tahun daripada mek Hawa ni. Hari yang sepatutnya lelaki tu bagi kejutan kat anak dengan bini dia, dia dengan bini and anak dia terlibat dalam kemalangan depan rumah tu. Langgar lori minyak.

  They died. Rentung.”

  Air liurku terasa pahit. Hawa dan aku saling berpandangan.

  "Macam mana dengan anak lelaki dia tu?”

  “Mati jugak ke?” tanya Hawa teragak-agak.

  “Korang ni mangkuk sungguhlah. Kan aku cakap they died."

  Erk. Aku terngadah.

  “Tapi…” Kata-kata Mary mati.

  Keningku bertaut rapat. “Tapi apa?”

  “Orang cakap mayat anak dia tu tak dijumpai. Puas cari tapi still tak jumpa. Orang cakap roh dia tak tenteram dan tinggal di dalam rumah agam tu. Ada student aku nampak seorang lelaki sedang berdiri kat salah satu tingkap kat dalam rumah tu sambil tengok dia dengan pandangan yang menakutkan dan bila kalih sekali lagi, lelaki tu lesap.

  Kisah dia tu memang misteri. Tak ada siapa tahu ke mana perginya jasad dia dan kenapa dia masih roh dia masih berlegar-legar di dalam rumah tu. Misteri yang tidak akan terungkai sampai bila-bila,” terang Mary panjang lebar.

  Ayat terakhir Mary menyentap telangkai hatiku tanpa aku ketahui asbabnya. Benarkah misteri itu tidak akan terungkai sampai bila-bila? Kenapa tidak ada yang sanggup merungkai sedikit demi sedikit misteri itu? Benarkah lelaki itu memang mati atau dia masih hidup sebenarnya? Pelbagai persoalan singgah di fikiranku.

  “Siapa beritahu kau kisah ni? Jangan cakap mak kau yang beritahu.”

  Tawaku meletus.

  Ayat Hawa memang tak boleh blah!

  Wajah Mary masam mendengar kata-kata Hawa. Tapi memang betul pun cakap Hawa. Selalunya Mary punya ayat akan berbunyi mak aku yang beritahu.

  “Student aku yang beritahu,” bidas Mary.

  “Cakap budak-budak pun kau percaya eh?” Sinis saja Hawa menuturkan kata.

  Bibirku mengoyak senyuman tipis.

  Hawa ni memang tak sah kalau tak perli si Mary. Memang patutlah bilik guru riuh kalau Hawa dengan Mary ada.

  Setibanya di tempat meletakkan kereta, aku letakkan bag laptop di atas tempat duduk sebelah pemandu. Mary dan Hawa melangkah ke kereta masing-masing. Wajahku diangkat memandang rumah agam tersebut.

  Kelihatan seorang lelaki memakai kemeja putih sedang berdiri di tepi salah sebuah tingkap aras tiga rumah itu. Sehelai rambutnya terjuntai di dahi. Telapak tangan kanannya diletakkan pada tingkap yang tidak terbuka itu. Pandanganku dan dia berlaga. Dua ulas bibir itu kosong tanpa senyuman. Renungannya sangat tajam. Aku jadi kaku. Lidahku menjadi kelu. Riak wajahnya turut kosong. Tubuhku menjadi kaku.

  “A… aku nampak dia,” ujarku payah. Pandanganku dialihkan. Aku pandang Mary dan Hawa.

  “Huh?”

  “Aku nam…” Jari telunjukkan ditalakan pada tingkap di mana lelaki itu berdiri tadi dan kata-kataku mati.

  Lelaki itu hilang.

  “Kau nampak apa?” soal mereka berdua serentak.

  Aku geleng kepala tiga saat dan senyum.

  “Tak nampak apa-apa pun. Saja nak buat gempar,” tipuku.

  “Mangkuk punya Fahat. Aku punya jantung nak gugur dah tadi.” Mary menuturkan kata.

  “Hehehe. Sorry. Dah. Jom gerak. Nak dekat 6 petang dah ni.”

*****

  Daun pintu aku tolak berhati-hati. Peluh merenik di dahi. Jantungku berdetak laju. Hari semakin gelap. Matahari hampir terbenam di ufuk barat. Sudah tiba waktunya untuk malam menggantikan siang dan aku telah melakukan satu kerja gila! Kalau Hawa dengan Mary tahu mesti aku kena marah punya. Sengaja nak cari masalah.

  Selepas hampir separuh perjalanan pulang ke rumah, aku berpatah balik. Memakirkan kereta di hadapan sekolah dan berjalan kaki ke rumah agam tiga tingkat yang terbiar di tepi sekolah.

  “Assalamualaikum,” ucapku perlahan sebelum masuk ke dalam rumah tersebut.

  Langkahku diatur dengan penuh berhati-hati. Aku memandang sekelilingku. Bersih! Langsung tidak bersawang. Beberapa keping gambar tergantung elok pada dinding rumah. Setibanya aku di satu ruang yang sangat besar yang kuagak ruang tamu, langkahku terhenti. Rahang bawahku jatuh. Ruang tamu itu sangat bersih mengalahkan ruang tamu rumah aku. Sofa-sofa dan meja makan dilitupi kain putih.

  Kepalanya didongakkan. Memandang siling ruang tamu. Terdapat chandelier putih.

  Ni memang rumah terbiar ke?

  Namun tak dapat kunafikan rasa seram tetap bertandang di hatiku. Aku menggosok lenganku. Seluruh rumah ini gelap tanpa cahaya. Suram.

  Cuping telingaku tiba-tiba saja menangkap suara orang berdeham. Aku tersentak. Mataku membulat. Aku menapak ke belakang.

  “Kau buat apa kat sini?” tanya satu suara kasar.

  Tubuhku kaku. Mulutku terkunci. Hanya memandang lelaki yang aku lihat sebentar tadi melompat dari  aras dua. Dia berdiri di hadapanku. Aku melihat wajahnya yang pucat. Seperti tadi, renungan itu sangat tajam.

  “Siapa bagi kebenaran untuk kau jejakkan kaki ke dalam rumah ni?” Sekali lagi dia bertanya.

  Dan aku tetap terdiam. Tubuhku menggeletar.

  Fahat, kau memang sengaja nak cari masalah.

  Lelaki itu meluru ke arahku. Dalam sekelip mata, hujungku daguku dipaut kasar. Dinginnya jemari yang menyentuh daguku dan hujung pisau menyentuh anak tekakku.

  “Kenapa kau masuk sini?”

  “Sa… saya.”

  “Saya apa?” tengkingnya.

  Kus semangat aku. Mangkuk betul hantu ni. Main tengking-tengking pulak. Ni mesti masa hidup pun tak reti nak bersopan.

  “Le… paskan pi… pisau ni. Sa… saya tak bo… boleh n… nak cak… cakap.”

  Dia merengus kasar. Pisau dijatuhkan. Pautannya di daguku dilepaskan. Lelaki itu melompat ke atas meja makan dan duduk bersila.

  “Kau ni gagap ke apa? Cakap tersekat-sekat.”

  Aku bukan gagaplah. Cuma takut. Kang tak pasal-pasal dia bunuh aku. Aku tak mahu jadi hantu sekali dengan dia.

  “Now, tell me. Kenapa kau masuk sini?”

  “Saya nampak awak petang tadi kat tingkap. Saya tertanya-tanya pasal awak. Tu yang saya masuk sini.”

  “Kau ni perempuan yang aku nampak kat tepi sekolah tu tadi kan?”

  Kepalaku dianggukkan laju.

  “Err… awak ni manusia ke hantu?”

  “Rupa aku ada ke macam hantu? Rupa aku ada ke macam manusia?”

  Huh? Kenapa ayat dia macam dia ni bukan manusia atau hantu? Takkan dia ni vampire yang kacak macam Edward Cullen pulak. Hahaha.

  “Rupa awak adalah sipi-sipi rupa manusia dan banyak peratus macam hantu,” cakapku telus.

  Matanya membuntang.

  “Macam hantu kau cakap?” Dia berang.

  “A’ah. Atau awak ni manusia sebenarnya?”

  “Tak. Aku memang hantu dan aku suka makan budak perempuan macam kau. Hahaha.”

  Erk.

  Sekali lagi aku menapak ke belakang. Dia tengok aku dan senyum sinis.

  “Better kau berambus sebelum aku makan kau.”

  Aku mula mengatur langkah pergi namun laungannya menghentikan langkahku. Mataku jatuh pada wajah pucat itu. Wajah yang hampir tidak dapat aku lihat dengan jelas kerana terlalu gelap. Yang kudengar dengan jelas hanyalah suaranya.

  “Esok kau datang sini bawak nasi ayam. Faham?”

  Dan entah kenapa, aku mengangguk tanda setuju.

  “Dah. Balik. Kedatangan kau ni buat menyemak rumah aku je.”

  Langkah kembali diatur.

  “Sebelum aku terlupa, aku nak beritahu yang aku takkan makan kau sebab kau tak lawa. Hahaha.”

  What?

  Aku kembali berpaling untuk memarahinya. Dan… lelaki itu hilang. Yang dengar hanyalah tawanya. Bulu romaku meremang. Kedengaran sayup-sayup azan Maghrib berkumandang. Aku pandang kiri dan kanan sebelum berlari keluar.

    Dan ada satu persoalan yang singgah di mindaku. Diakah lelaki yang Mary ceritakan siang tadi?

untuk beberapa sebab tertentu, cerpen ini hanya sampai setakat ini. Harap maklum :)


Assalamualaikum. Haip! Dah lama tak menulis. Alhamdullilah. Hanna baru saja habis exam. Baru beberapa hari yang lalu dan sudah terlalu bosan. Terima kasih kepada mereka yang wish gud luck kat fb. Terlalu terharu dan thanks again kepada mereka yang selalu support hanna dalam bidang penulisan. I'm not a writer. I'm a penconteng. Orang selalu tanya bila mahu ada novel dan diri ini terkedu. Hehehe. Tolong doakan hanna. Masih siapkan mss yang merapu ya amat.

Sorry kalau contengan ini tak best. Dah lama tak menconteng maka i'm losing my way. Kisah ni memang agak mengarut but i wanna spread my imagination. Maaf untuk grammar yang berterabur dan spelling yang mungkin salah. Tak cek pun untuk kali kedua. Baca sepintas lalu saja. Tak *danish : means thank you* sejuta kali untuk mereka yang baca kisah ni. I owe you guys a lot. Hehehe. Hanna harap anda boleh drop komen so that Hanna boleh tahu pandangan anda tentang Misteri ini. 

May Allah bless all of you :)