cerpen : Khair Saraya 4 (Now, Future) - Final

KHAIR SARAYA (NOW, FUTURE) - FINAL

- Hikayat Khair dan Saraya –

  Dia bertandang lagi ke restoranku namun kutahu bukan untuk memesan nasi goreng ayam, hot chocolate dan aiskrim coklat lagi. Lelaki itu punya tujuan yang lain setelah aku memberitahu segala-galanya semalam. Mungkin… dia tidak percaya akan kata-kataku. Mungkin… dia beranggapan aku ini seorang penipu.

  Kedua-dua tangannya diletakkan di atas kaunter. Pandangannya diluruskan memandang diriku. Semua pekerjaku memandangku dan aku hanya tersenyum.  Dirinya langsung tidak aku pedulikan. Sibuk saja aku menyusun kotak tisu di atas kaunter. Kemudian menyusun bekas sudu dan garpu pula. Bola matanya berlari melihat tingkah lakuku. Riak wajahku tenang. Tiada gusar, tiada sakit di hati ini walau apa pun yang bakal terjadi.

  Jemarinya mengetuk papan pemuka kaunter dan wajahku diangkat sedikit. Cukup untuk melihat matanya.

  “Siapa awak? Awak tipu saya kan? Awak tak kenal saya pun selama ni kan?” Laju saja lelaki itu menuturkan kata.

  Aku tetap meneruskan kerjaku dan kesabaran lelaki itu kian hilang. Tangannya dipanjangkan dan bahuku dicengkam kuat. Aku menyeringai kesakitan. Pandangannya tajam menembusi kornea mataku. Cuba untuk menepis namun aku kaku. Membiarkan kesakitan itu berlarutan.Aku tidak peduli akan dirinya. Biarlah. Tiada apa yang akan membuatkan aku goyah lagi. Tiada apa yang akan membuatkan aku menangis lagi.

  “Siapa awak, Khairul Saraya? Mustahil awak orang yang saya cinta sedangkan saya bertunang dengan Juliana. Sepatutnya dia yang saya cinta!” jeritnya lantang.

  Aku membisu. Tubuhku digoncang berkali-kali. Dia semakin mendesakku. Menganggap aku ini penipu walhal itulah hakikatnya.

  “Siapa Juliana Hanisah?” tanyaku perlahan.

  “Tunang saya,” jawabnya tenang.

  “Siapa beritahu awak yang dia tu tunang awak?” Tiada lagi perkataan abang.

  “Dia.”

  Senyum. Sinis. Sengaja ingin membakar hatinya.

  “Jadi kenapa bila saya beritahu awak yang awak cintakan saya, kenapa awak tak percaya?”

  Lelaki itu terjeda. Pandangannya dilarikan. Cengkaman pada bahuku terlerai dan dia menghela nafas lemah. Menyandarkan tubuh pada kaunter. Jemarinya menyentuh dahi. Suasana kembali seperti biasa. Dia keliru. Dia buntu. Kemunculan diriku dan kata-kataku hanya meresahkan hatinya.

  Kakiku melangkah keluar dari kawasan kaunter dan berdiri di sisinya. Khair merenungku.

  “Saya tak percaya cakap awak sebab awak tak ada di sisi saya semasa saya kemalangan. Awak langsung tak jenguk saya di hospital. Kalau betul awak kenal saya, kalau betul saya cintakan awak dan awak juga cintakan saya, awak akan berada di sisi saya sampai saya sedar tapi… hanya ada Juliana di sisi saya.

  Dan dia tak pernah ceritakan apa-apa pasal awak,” terangnya tanpa kupinta.

  “Sebab dia hanya penipu!” Satu suara menerjah gegendang telingaku.

  Kak Juliana berjalan mendekatiku dan Khair. Rahang bawahku jatuh. Memandang Kak Juliana dengan penuh tanda tanya. Tidak mengerti apa yang diperkatakannya. Sebab dia penipu? Tidak! Aku bukannya penipu. Aku tidak pernah menipu sesiapa termasuk diriku sendiri.

  Khair memandangku sebelum memandang Kak Juliana. Kak Juliana menggariskan senyuman sinis. Jarinya menunjal dahiku berkali-kali.

  “Khair, jangan percayakan cakap dia. Dia ni penipu besar. Dulu, dia goda awak dan berjaya pujuk awak untuk batalkan pertunangan kita.”

  Mataku membuntang. Laju saja aku menggeleng. Bila pulak aku jadi jahat macam Bawang Merah? Aku rasa aku ni dah cukup baik macam Bawang Putih. Dan tak mungkin aku menggoda Ed Khair serta memujuknya memutuskan pertunangan dengan Kak Juliana. Tak ada masa okey!

  Jemari dia aku tepis lembut. “Apa yang akak cakap ni?”

  “Tak payah nak buat baik dengan akulah, betina!”

  Pang! Aku terpana. Rahang semakin jatuh.

  Wajah Khair merah. Tangannya yang singgah di pipi Kak Juliana jatuh. Mataku tidak berkelip memandang dirinya. Tidak kusangka tangan itu singgah jua di pipi tunangnya. Mata Kak Juliana pula sudah merah. Mulutku terkunci. Kelu juga buntu. Kenapa Khair menampar Kak Juliana? Adakah kerana Kak Juliana tersalah bicara?

  Air mata Kak Juliana gugur. Pipinya sudah merah.

  “Jangan panggil dia, betina.”

   “Awak ni kenapa? Memang tu gelaran yang sesuai untuk dia selepas dia berjaya buat awak nak putuskan pertunangan kita dan batalkan perkahwinan kita.” Kak Juliana membentak dalam sendu.

  “Dia bukan betina! Aku tak suka kau panggil dia, betina.” Suaranya semakin mendatar.

  “Kenapa?”

  Khair menggeleng. “Entah. Tak tahu tapi jangan panggil dia, betina. Saya sakit. Hati saya sakit. Jangan sakiti dia, Juliana. Tolong pergi dari sini. Saya tak nak tengok muka awak.”

  Kak Juliana merengus kasar. Menolak tubuhku dan berlalu pergi. Aku hanya memerhati pemergiannya dengan ekor mata. Kufikir dia wanita yang baik rupanya aku silap. Dia langsung tidak menyukaiku. Kak Juliana membenciku.

    Pelanggan yang bertandang memandangku. Langsung tidak menyentuh makanan atau minuman yang dipesan. Khair kemudiannya memandangku. Keningnya bertaut rapat.

  “Siapa awak? Kenapa hati saya sakit bila Juliana hina awak? Khairul Saraya, kenapa tiba-tiba saya rasa kita pernah bertemu di masa lalu? Kenapa saya rasa saya mula cintakan awak?”

*****

  Juliana Hanisah meletakkan stetoskop di atas mejanya. Rambutnya diikat tinggi dan kaca mata miliknya ditanggalkan. Kini, aku bertemu dengan dirinya. Ingin menyelesaikan semuanya. Tidak mahu lagi ada salah faham. Wanita itu melabuhkan punggung di sisiku. Jemarinya diletakkan di atas tanganku. Dia memandangku. Tenang.

  “Maafkan akak. Akak dah melampau hari tu.”

  “Tak apa.” Aku menggeleng.

  Kak Juliana menarik nafas. “Akak cemburu dengan Sar sebenarnya.  Dulu, akak bersyukur bila akak tahu yang Khair amnesia sebab dia takkan ingat Sar. Dia akan lupa siapa Sar. Akak terlalu ikutkan perasaan.

  Selama ni, akak berpura-pura sukakan Sar walhal akak bencikan Sar. Bagi akak, Sar dah rampas Khair dari akak tapi lepas dia tampar akak hari tu, akak tahu akak silap. Apa yang terjadi bukan salah Sar. Sar tak pernah rampas Khair. Dia memang tak cintakan akak. Dia jodoh Sar. Bukannya akak.”

  “Akak…”

  Tubuhku ditarik ke dalam pelukannya. Air matanya jatuh menimpa bahuku.

  “Janji dengan akak. Bahagiakan dia ya?”

  “Sar janji, kak.”

*****

  “Nasi goreng ayam, dua. Hot chocolate, dua. Aiskrim coklat dua.”

  Keningku terjongket naik.

  “Kenapa dua?”

  “Saya dengan awaklah,” balasnya selamba.

  Aku tersedak. Latifah yang berdiri tidak jauh dariku tersengih.

  “Juliana beritahu saya yang awak suka nasi goreng ayam, hot chocolate dengan aiskrim. Sama macam saya.”

  Bibirku dicebik.

  Setiap hari datang sini. Order makanan dan minuman yang sama. Tak bosan ke? Aku pun bosan kalau order benda yang sama setiap hari. Namun tidak dia. Tetap setia. Tidak berpaling tadah meskipun untuk sesaat.

  “Tapi dulu, awak tak suka semua tu.”

  Lelaki itu menyentuh hujung dagunya. Memandangku dan tersenyum manis.

  “Tapi sekarang saya dah suka.”

   Speechless…

  “Ed Khair. Khairul Saraya. Khair Saraya,” ujarnya tiba-tiba.

  “Huh?”

  “Saya suka awak walau saya tak ingat siapa awak di masa lalu saya. Kita kahwin nak?”

  Aku tersedak.

  “Kalau kita kahwin nanti, awak bolehlah masakkan nasi goreng ayam, buatkan hot chocolate dan aiskrim coklat dekat saya setiap hari. Jom kahwin?”

  Bahuku dijongketkan.

  “Sara sayang… jom kahwin.”

  Sara sayang… Kenangan lalu yang agak indah rasanya.

  “Awak dah ingat semuanya?”

  “Tak. Tapi Juliana beritahu saya yang saya selalu panggil awak, Sara sayang.”

  Erk!

  “Sara sayang, jom kita kahwin.”

  “Tak nak!”

  “Kenapa?”

  “Awak tak ingat siapa saya.”

  “Lorh. Semua tu tak penting sebab saya tetap cintakan awak. Kita kahwin ya?”

  Oh, bahagianya hati ini.

  “Kalau kita kahwin, awak kena panggil saya, Sara sayang tau? Tak nak awak-awak lagi,” tuturku manja.

  “Sip. Hal mudah je tu. Awak kena panggil saya, Abang Khair.”

  “Tahu. Oh ya, lagi satu. Saya nak baju yang tulis Khair Saraya.”

  Dahinya berkerut.

  “Kenapa nak baju tulis Khair Saraya pulak?”

  “Nak buat kenangan. Boleh tak?”

  “Boleh, Sara sayang. Nak baju tulis Khair Saraya sejuta pun tak apa asalkan kita kahwin.”

  Aku tersenyum penuh makna. Memang benar. Bahagia itu milik semua kerna aku juga sedang bahagia tika ini. Akhirnya, semuanya selesai. Ed Khair tetap tidak mampu mengingati siapa diriku namun dia mencintaiku. Itu sudah memadai bagiku asalkan kami tetap bersama.

  Hikayat Khair Saraya masih belum berakhir. Kisahnya bukan setakat ini saja. Masih perlu menempuh pelbagai halangan namun aku harap jodoh kami  berkekalan hingga ke syurga. Amin.

  “Sara sayang… abang cintakan Sara sayang.”

  “Sar juga,” gumamku perlahan namun dia tetap dengar.

  Lelaki itu memandangku. Renungan yang bukan lagi renungan kosong namun renungan yang penuh dengan kasih sayang. Yang berubah hanya dia. Bukan hatinya…

  Dan bahagia itu milik semua. Termasuk kita berdua yakni Khair dan Saraya.

  Ed Khair. Khairul Saraya. Khair Saraya : Bahagia milik kita.

THE END... and the end is the beginning of their stories


Huarrgggh! Gomen, gomen. Ending yang cincai gila. Sungguh hanna tak reti buat cerita yang ada watak jahat. Kalau jahat pun, jahat mulut. Tu pun sikit ja. Harap anda yang baca mampu memaafkan kekurangan daku yang teruk ini. heee...

Hanna tamau buat cerita yang serabut kepala otak like the old days maka ini jadinya. so... simple. Terlampau simple. Mungkin ada yang tak suka tapi tak apa. Tak semua yang Hanna tulis itu bagus. Insya-Allah akan berpindah ke cerita baru and i'm late for Rindu Seorang Zaujah! Kalau rajin, boleh drop komen ya.

And terima kasih kepada yang setia membaca dari part 1 hingga ke part akhir ini. Love u very much lah and... may Allah bless all of you :)

p/s : gambar belon tu tak ada kaitan pun dengan cerita. Pilih pic tu sebab lawa. hahaha
 
 
 
 
  

cerpen : Khair Saraya 3 (Now)

KHAIR SARAYA 3 (NOW)

-Semalam dan hari ini berbeza-

  “Cik!”

  Lututku semakin goyah. Tidak mampu menampung tubuh badan namun aku kuatkan juga diri untuk melangkah mendekati dia. Ed Khair.

  Kenapa harus dia datang ke sini lagi?

  “Nak order apa?”

  “Nasi goreng ayam, hot chocolate. Aiskrim coklat ada kan?” tanya Khair. Serius. Matanya jatuh pada wajahku dan kepalaku diangguk.

  Ada. Selalu ada.

  Aku memalingkan tubuh. “Tipah, nasi goreng ayam dengan hot chocolate satu.”

  “Okey, bos!”

  Kemudian aku memandang Khair semula. Menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di sisinya. Dia tersenyum. Senyuman yang sama namun hakikatnya, aku tidak bahagia melihat senyuman itu. Itu bukan senyuman yang selalu aku lihat. Renungan yang sama. Namun ada juga bezanya. Dulu, dia memandangku dengan penuh kasih sayang. Kini, dia memandangku kosong. Semuanya sudah berubah. Tiada apa yang masih sama.

  Seleranya juga.

  “Cik nama siapa?”

  Cik. Dulu, dia memanggilku Sara sayang.

  “Khairul. Khairul Saraya,” jawabku berat.

  “Nama saya, Ed Khair.”

  Tahu.

  Kami menyepi. Melayan perasaan masing-masing. Aku memandang telefon bimbit miliknya. Sudah berubah. Dari Samsung bertukar kepada Iphone. Ah! Sukar rasanya mengingati masa lalu yang indah dulu.

  “Khairul Saraya. Ed Khair. Khair Saraya.” Tutur Khair tiba-tiba.

  Hujung bibirku diketap. Wajahku dipalingkan. Tidak sanggup memandang dirinya. Tidak sanggup dia melihat air mata jernih itu jatuh menimpa bumi. Jemariku meramas hujung tudung. Kepalaku semakin menunduk. Dia masih tidak menyedari apa yang berlaku. Hanya memandangku dengan ekor mata.

  Saraya, Saraya. Bukankah ini yang  kau pinta? Hanya mencintai dia tanpa meminta balasan apa-apa. Ini yang terbaik, Khairul Saraya. Sekurang-kurangnya dia bahagia. Kak Juliana juga. Ah! Tidak. Ini hidupku. Aku punya hak untuk bahagia.

  Jika Kak Juliana boleh bahagia, mengapa aku tidak? Aku tidak boleh mengalah lagi. Aku tidak boleh menjadi wanita yang lemah. Bahagia. Milik semua.

  Aku bangun. Mataku tajam memandang lelaki itu. “Ed Khair. 32 tahun. Software engineer. Tunang Juliana Hanisah. Kemalangan pada tahun 2011 sehingga menyebabkan amnesia.”

  Tersedar dengan keterlanjuranku berkata-kata, ayatku berhenti di situ.

  “Siapa cik?”

  Aku berlalu pergi. Dirasakan seperti lelaki itu menolak kerusi.

  Lenganku disambar kuat. Langkahku mati. Aku langsung tidak berpaling kerana aku tahu siapa yang menyambar lenganku. Perlahan-lahan pegangan itu dirungkaikan namun aku tetap tidak berganjak dari tempatku berdiri. Latifah yang menatang dulang yang berisi mug hot chocolate dan pinggan nasi goreng ayam serta aiskrim coklat buatan sendiri memandangku. Langkahnya turut mati. Semua mata jatuh pada wajahku.

  Khair berdiri di hadapanku. Pandanganku dan dia bersabung.

  “Tell me. Who are you?”

  “Saraya.”

  Dia menggeleng. “Yang tu saya tahu. Siapa cik sebenarnya? Macam mana cik boleh tahu semua pasal saya?”

  “Amnesia kan?” soalku langsung tidak menghiraukan soalannya.

  “Ya…” gumamnya perlahan.

  Aku meneruskan langkah dan sekali lagi lenganku disambar. Nafas dihela. Mujur berlapik. Jika tidak, akan ada tangan yang singgah di pipinya.

  “Cik Khairul Saraya, please answer me. Who are you?”

  “Encik Ed Khair, percuma saja saya beritahu siapa saya. Awak takkan pernah ingat siapa saya. Biarlah. Yang berlalu telah berlalu. Lagipun, semalam dan hari ini berbeza. Everything has changed. Neither am I.

  Let the past go.”

  Memandang kembali ke belakang bukan keputusan yang baik. Lupakan yang lalu. Mulakan hidup baru.

  Kenapa kena cliché sangat wahai Saraya? Lupakan yang lalu? Hahaha. Ain’t that funny? There is no word lupakan yang lalu. Yang lalu tetap harus diingat. Kerana jika tiada semalam, tidak akan hari ini. Jangan jadi lemah. Jangan jadi perempuan tipikal yang selalu mengalah dengan segala-galanya. Hidup bukan tentang kesedihan dan air mata saja. Kata-kata itu hanya bergema di hati kerana diri ini sangat penakut. Takut dengan segala-galanya. Can’t overcome my fear, huh?

  “Beritahu saya semuanya. Siapa awak?”

  Mataku mencerlung memandangnya. Tiada rasa sedih atau takut. Kenapa harus memaksaku di kala aku lebih rela untuk melupakan  segala-galanya?

  Jika ini yang dia inginkan, baiklah.

  “Saya. Khairul Saraya. 25 tahun. Pemilik restoran ini dan…”

  “Dan?”

  “Dan masa lalu awak yang begitu indah rasanya. Awak tak panggil saya Khairul atau Saraya tapi…” Kata-kataku mati lagi.

  “Tapi?” Kesabarannya kian hilang.

  Aku senyum. Sinis.

  “Sara sayang. Awak panggil saya, Sara sayang.”

  Langkahku dihayun mendekatinya. Berhenti di sisinya. Bibirku dibawa dekat dengan cuping telinganya meskipun payah kerana dia lebih tinggi dariku dan terpaksa menjengketkan kaki. Dia tetap mengunci mulut.

  “Saya juga orang yang awak cinta, Ed Khair.”

  Bibirnya digerakkan seolah-olah mengatakan sesuatu dalam diam. Mungkin terperanjat. Aku tersenyum. Dia yang meminta aku berkata-kata. Ini jadinya. Semuanya tersingkap. Masa lalu dan kisah kami.

  Khairul Saraya tidak boleh mengalah lagi. Bahagia milik semua. Including me, Ed Khair. Including me.
  
BERSAMBUNG...


Hanna agak kesal sebenarnya sebab sepatutnya cerita ini tamat malam ni jugak tapi disebabkan petang tadi tak ada kat rumah tengok dunia luar, pagi tadi di sekolah, ini saja yang mampu dihidangkan. Gomen, gomen, gomen. Mesti ada yang marah sebab cerita ni asyik bersambung tapi hamba Allah ini hanya mampu merancang. DIA jua yang menentukan segala-galanya. Maaf kalau cerita ni tak best. I want to create something different, I guess. Selama ni heroin asyik mengalah ja kan? heee...

May Allah bless all of you. Boleh drop komen oh.

Dan i'm kind busy. Sangat hargai mereka yang singgah di blog dan jemput hanna ke blog mereka. Hanna jenguk jugak tapi ada masa  nak selongkar. Minta maaf sekali lagi. Apa pun, jemput baca ya. 



cerpen : Khair Saraya 2ii -full (Past)

KHAIR SARAYA 2II - FULL

- Hikayat seorang Khair dan Saraya, 2011 -

  Pinggan nasi ayam goreng diletakkan di atas mejaku. Selepas itu, hot chocolate pula. Aku memandang Khair. Keningku sudah terjongket naik. Dia membuang apron yang tersangkut di pinggang lalu diletakkan di atas meja. Menarik kerusi di sisiku dan menongkat dagu memandangku. Tersenyum.

  Aku menarik mug yang berisi hot chocolate itu dekat denganku lalu diteguk memasuki rengkung. Enak!

  “Sedap kan abang buat air?”

  Bahuku dijongket.

  Kemudian, aku mencapai sudu lalu menyuakan nasi goreng ayam ke mulut. Mengunyah perlahan. Menikmati keenakan nasi goreng ayam yang dimasak oleh seorang Ed Khair. Demam kut mamat ni tetiba datang restoran aku nak masak kat aku.

  “Sara sayang, sedap tak?” soalnya lagi.

  Hujung daguku disentuh. Kepalaku jatuh ke sebelah kanan. Membiarkan soalannya berlalu sepi. Juga mahu membiarkan dia tertanya-tanya.

  Saat pandanganku dan beberapa orang pekerjaku bertaut, mereka tersenyum simpul. Okey. Senyum yang ada makna tu. Nanti mesti aku akan diusik. Entahlah. Aku dengan si Khair ni pun boleh jadi gosip.

  Mereka tahu akan perasaanku namun… Khair sebaliknya. Biarlah. Dia akan mendirikan rumah tangga Disember ini.

  “Khair Saraya, sedap tak?”

  Kini suaranya penuh ketegasan.

  Dan aku sengih tiga saat. “Sedaplah Encik Ed Khair. Nampaknya restoran ni boleh tukar owner.”

  “Well. Memang boleh tukar pun. Abang masak lagi sedap dari Sara sayang masak. Tunggu kejap abang pergi ambilkan aiskrim coklat yang abang buat.”

  Lelaki itu berjalan meninggalkan aku. Aku menghela nafas lemah. Memang aku selesa lelaki itu rapat denganku namun dalam diam, lelaki itu telah melukai hati tunangnya, Juliana Hanisah. Kedatanganku dalam hidup Khair telah membuatkan hubungan mereka kian renggang. Seolah-olah hanya menanti masa untuk berpisah dan aku tidak boleh membiarkan hal itu terjadi. Aku bukannya perampas.

  “Sara sayang, tadaa!”

  Aku mengangkat wajah. Cawan berisi aiskrim coklat diletakkan di atas meja. Dia tersenyum puas dapat menyediakan makanan dan minuman kegemaranku meskipun dia tidak menyukainya. Nasi goreng ayam? Dia tak pernah sentuh. Hot chocolate? Memang taklah dia nak minum. Aiskrim coklat? Bagi sejuta pun belum tentu dia makan.

  “Cubalah Sara sayang makan. Sedap tau!”

  Sara sayang? Ain’t that sweet?

*****

  Tanganku menghadang simbahan sang suria daripada terkena wajah. Kaki Kak Juliana menyentuh tanah dan aku duduk bersila di atas tembok. Handbag miliknya diletakkan di sisiku. Tenang saja dia memandang kaki langit dan sedari tadi dia hanya berdiam diri. Aku menguis sandal yang aku pakai. Berbicara dengan dunia sendiri eh?

  “Khair…” Hanya itu yang terluah di bibirnya.

   Tubuh itu berpaling. Mendekatiku. Sepasang mata bening itu berkaca.

  “Kenapa dengan Khair?”

  “Dia nak putuskan pertunangan dengan akak,” ujar Kak Juliana perlahan.

   Rahang bawahku jatuh.

  “Kenapa?”

  “Sar tak nampak ke yang Khair sayangkan Sar? Sepanjang akak kenal dengan dia, dia tak pernah panggil akak, sayang. Sar? Sara sayang. He needs you. Not me, Sar. Akak tak kisah asalkan dia bahagia dengan kehidupan dia.”

  Aku menggeleng. Melompat turun dari tembok. “Sar nak pergi jumpa Khair.”

*****

  Dari jauh, dapat aku lihat si Khair sedang menendang bola masuk ke tiang gol. Peluh yang merenik di dahi dikesat dan dia tersenyum puas. Langkahku mati. Aku buntu. Wajarkah aku menganggu dirinya? Kelihatan seperti dia sedang bahagia dengan dunianya. Namun aku tidak boleh membiarkan hal ini berlarutan.

  Memang nama kami hampir sama. Ed Khair : Khairul Saraya. Apabila namaku yang depan dibuang rul, akan jadi Khair. Khair Saraya tapi kami tidak ditakdirkan untuk bersama. Dia milik seorang wanita bernama Juliana Hanisah.

  Ya Allah, inikah yang terbaik untuk hambaMu ini?

  “Ed! Awek kau datang.”

  Aku tersentak. Darah merah menyerbu wajahku.

  Dan tawa Khair pecah. Dia mengangkat tangan ke arahku. Aku hanya memerhati tanpa kata. Lelaki itu menghayun langkah mendekatiku.

  “Kenapa Sara sayang nak jumpa abang?”

  Sara sayang…

  “Sar tak nampak ke yang Khair sayangkan Sar? Sepanjang akak kenal dengan dia, dia tak pernah panggil akak, sayang. Sar? Sara sayang. He needs you. Not me, Sar. Akak tak kisah asalkan dia bahagia dengan kehidupan dia.” Kata-kata itu bermain di fikiranku.

  Hujung bibirku digigit. Dia menantiku berkata-kata.

  “Sar ada benda nak cakap.”

  Khair mengangguk. Berjalan ke arah sebuah bangku lalu melabuhkan punggung. Tuala kecil berwarna ungu yang tersangkut di bangku itu dicapainya lalu dikesat peluh yang jatuh menimpa bumi. Dan diri ini masih pegun. Hanya memerhati tingkah lakunya. Rakan-rakannya bersiul seolah-olah sedang mengusik Khair dan diriku. Lelaki itu mengacukan penumbuk. Tiada apa yang lucu. Tiada apa yang boleh dijadikan bahan gurauan tika ini.

  Semuanya harus diselesaikan. Tentang aku, tentang dia dan tentang Kak Juliana. Terlalu rumit. Aku hadir dalam hidupnya di kala dia sudah menjadi tunangan orang. Salah aku. Mana mungkin seorang lelaki dan perempuan berteman tanpa rasa cinta di hati. Takdir memang tidak pernah salah menghadirkan dia dalam hidupku. Cuma satu silapku. Mencintai Ed Khair. Menyayangi Ed Khair.

  Mencintai Khair telah melukakan hati Kak Juliana tapi meninggalkan Khair akan menyakiti hatiku. Sukar.

  “Sara sayang nak cakap apa?” Dia masih sibuk mengesat peluh.

  “Abang nak putuskan pertunangan dengan Kak Juliana?”

  Tuala kecil berwarna ungu itu diletakkan di tepi. Dia bangun. Mendekatiku. Berdiri betul-betul di hadapanku. Pandanganku dan dia bertaut. Tiada senyuman. Hanya renungan yang terlalu sukar untuk ditafsir. Bersama rengusan yang kasar. Entah apa yang berada di benak fikirannya. Mungkin marah atau mungkin sebaliknya.

  “Dia beritahu Sara sayang? Baguslah.”

  “Apa yang bagus? Semua ni tak bagus, Ed Khair. Abang dah lukakan hati dia.”

  “Sara sayang tak fikirkan hati abang? Abang sayangkan Sara sayang. Kita punya nama yang hampir sama. Bila dicantum, akan jadi Khair Saraya. Kita juga punya perasaan yang sama.”

  “Sar tak masuk dalam hidup abang untuk jadi seorang perampas. Untuk jadi perempuan yang abang suka. Abang tak fikir apa yang Kak Juliana rasa sekarang ni? Dia sayangkan abang. Hujung tahun ni, abang sepatutnya kahwin dengan dia.

  Lupakan segala-galanya,” balasku tinggi.

  Dia menggeleng. “Takkan. Abang cintakan Sara sayang bukannya dia. Abang nak kahwin dengan Sara sayang bukannya dia. Ini hidup abang. Abang yang akan tentukan dengan siapa abang akan kahwin.

  Lagipun, abang tak pernah cintakan dia.”

  Darahku berderau. Air mataku jatuh. Bukan kerana terharu dengan kata-katanya tapi kerana dia telah mempermainkan perasaan seorang Juliana Hanisah.

  “We are done, Ed Khair.”

  Tamat. Selesai.

  Ed Khair terus pergi meninggalkan aku. Masuk ke dalam perut Toyota Camry lalu berlalu pergi. Aku hanya tersenyum.

   Perkenalan yang sangat singkat nampaknya.

*****

  Hari itu. Hari kami bersua muka dan bertengkar. Hari terakhir kami berjumpa. Tidak aku pasti ke mana dia melangkah pergi. Tidak aku pasti bagaimana hubungannya dengan Kak Juliana. Setakat itu saja yang mampu aku lakukan. Hubungan aku dan Khair sudah selesai. Noktah. Sudah jumpa penamatnya. Benar. Hidup bukan sekadar cinta.

  Aku melipat telekung dan sejadah. Merebahkan tubuh ke atas katil. Mengangkat wajah dan memandang siling.

  Pintu bilik diketuk. “Masuk.”

  Wajah Adlina tersembul di muka pintu. Memegang telefon bimbit milikku yang diletakkan di ruang tamu.

  “Sar, tadi Kak Juliana tu telefon. Aku angkat sebab kau tengah solat masa tu.”

  “O…key. Dia cakap apa?” Sebenarnya aku langsung tidak berminat untuk mengambil tahu tentang dia ataupun Khair lagi. Bukankah semuanya sudah tamat?

  “Khair. Dia kemalangan. Amnesia.”

  Air liurku terasa berpasir. Aku bingkas bangun.

  “Kau cakap apa, Lin? Ulang balik,” pintaku perlahan.

  Adlina menarik nafas.

  “Ed Khair yang kau sayang cinta tu kemalangan hari Sabtu hari tu. Dia dah sedar tapi amnesia.”

  Hari Sabtu? Oh. Hari aku dan dia berjumpa.

   “Okey. Kau jangan lupa tutup pintu lepas kau keluar.”

  “Okey je? Kau tak nak melawat dia?”

  Bibirku menarik senyuman hambar. “Nak lawat apanya. Nama pun amnesia. Manalah dia kenal aku.”

  Tiada air mata yang jatuh. Tiada sakit yang bertamu di hati kerana aku bukannya wanita yang minta dicintai sepenuh hati oleh Khair. Hanya mencintainya saja tanpa mengharapkan balasan apa-apa.

  Ed Khair. Khairul Saraya. Khair Saraya. Hikayat kami sudah tamat. Walau apa pun yang terjadi pada masa akan datang, tiada lagi Sara sayang dalam diri dia. Hanya seorang Juliana Hanisah. Itu yang terbaik. Takdir yang sangat indah.

  - Hikayat seorang Khair dan Saraya, 2011 - Tamat

BERSAMBUNG...


Bersambung lagi. Haih haih haih. Memang nak kena makan penampau betui Hanna ni. Tolong jangan marah. Daku sudah sibuk kerna esok harus ke sekolah maka, setakat ini saja yang daku mampu tulis. Ini bukan cerita yang sweet gila kentang. Bittersweet bolehlah. Muahaha. Tak feeling sangat rasanya. Hanna tulis pun tak ada perasaan. Macam batu yang sangat keras tu ya. Kita akan kembali kepada zaman kini. Bukan da past anymore. Insya-Allah esok atau lusa episode last. Yeah. 

Khair Saraya hanya kisah kosong-kosong ja. Taklah boleh buat orang fall in love with Khair. Hanna tak gambarkan dia seorang yang kacak, kaya bagai. Just a simple man. Saraya pun sama. Not so so beauty. Lumrah manusia itu. Bukannya semuanya kacak dan cantik yang sampai orang kata drop gorgeous. Takat ini saja bebel.

Boleh drop komen kalau rajin. Bubye. May Allah bless you :)




 
 
 



cerpen : Khair Saraya 2i (Past)

KHAIR SARAYA 2I

0gos, 2011

  Aku melunjurkan kaki memandang kaki langit. Peluh yang pecah langsung tidak dikesat. Bibirku mengoyak senyuman manis sebelum mencapai bungkusan aiskrim coklat. Oh, indahnya hati ini! Boleh makan aiskrim coklat. Jeritan demi jeritan menerobos gegendang telingaku namun aku hanya membuat tidak entah. Nak kacau buat apa. Budak-budak kecik duk jerit sebab naik buaian. Seronok agaknya.

  Tubuhku disandarkan pada sebatang pokok besar yang melindungi aku daripada terkena simbahan sang suria. Saat batang aiskrim hampir mendekati bibirku, seorang lelaki melanggarku lalu sang aiskrim coklat yang dipuja terjatuh ke tanah. Mataku terbuka luas dan rahang bawahku jatuh. Macam mana ni? Huarrgggh!

  “Sorry! Abang nak sambut bola tadi tapi ke belakang sangat sampai terkena adik,” ujar lelaki itu sambil tersengih.

  Kelopak mataku sudah bergenang. Aku menghentakkan kaki.

  “Ganti balik aiskrim coklat saya,” rengekku.

  Dahinya ditekan. “Tunggu kejap abang pergi beli tapi janganlah nangis. Nanti orang ingat abang buli adik.”

  Aku mengangguk. Tersenyum puas.

  Beberapa minit kemudian, lelaki yang memakai seluar trek dan t-shirt putih kosong berlari menghampiriku. Menjinjing plastik kecil. Jemariku bermain dengan hujung tudung. Kepalaku sekejap diangkat dan sekejap menekur tanah.

  “Tadaa! Abang dah beli.”

  Mataku memandang wajahnya. Tersungging senyuman di bibirnya. Plastik kecil itu diserahkan kepadaku dan aku sambut. Mengeluarkan bungkusan aiskrim coklat dan mengoyak bungkusan tersebut lalu aiskrim coklat itu disuakan ke mulut. Kelopak mataku tertutup menikmati kenikmatan aiskrim coklat.

  Ada hikmah aiskrim coklat aku jatuh tadi. Kan dah boleh makan yang lebih mahal.

  Dan aku dapat merasakan lelaki itu masih tidak berganjak dari tempatnya.

  “Adik umur berapa eh? 15 tahun ke?” soal lelaki itu.

  Aku tersedak. Terus mataku terbuka. Nafasku dihela panjang. Batang aiskrim dikeluarkan dari mulut.

  “Saya? 15 tahun? Hahaha. Lawaknya.”

  “Habis umur berapa? 14 tahun?” tanya dia. Serius bersama kerutan di dahi.

  Laju saja aku menggeleng. Dah bertahun dah aku meninggalkan umur 15 tahun tu. Sekarang dah boleh jadi mak budak dah.

  Terus aku melompat turun dari bangku dan berdiri berhadapan dengan lelaki itu. Hanya paras dadanya saja. Tak, tak. Bukan aku yang rendah. Mamat ni yang tinggi. Jemariku dibawa ke pinggang. Mendongak memandangnya.

  “Nama saya, Khairul Saraya. Umur saya 24 tahun. Budak Sains Kesihatan yang tak ada kerja tapi ada restoran sejibik yang modalnya pakai duit ayah. Ada faham?”

  Kemudian, tawanya pecah. Keningku terjongket naik. Asal mamat ni?

  “Muahaha. Dah tua rupanya. Abang ingatkan Saraya ni baru 15 tahun. Kecik semacam je. Suara pun tak matang lagi,” jawabnya dalam tawa.

  Erk!

  “Nama abang, Ed Khair tapi panggil je Abang Khair. Umur abang 31 tahun. Kerja sebagai seorang software engineer. Dah bertunang tapi belum kahwin.

  Oh ya, nama adik Khairul Saraya kan? Khairul tu kalau buang rul jadi Khair. Khair Saraya. Kita berkongsi nama yang sama bukan?”

  Dan sejak hari itu, seorang Ed Khair menjelma dalam hidupku. Hadir sebagai seorang kawan namun rasa sayang itu… telah melebihi kasih sayang seorang insan kepada kawannya.

BERSAMBUNG...


Ain't that great? Ahah. Bersambung lagi. Memang nak makan penampau sungguh hanna ni. Dera perasaan orang yang baca. Mungkin patut tukar status cerpen kepada novel. Oh ya, entri ini hanyalah 2 m/s. Jangan mara. Tak ada idea ni. Huhuhu. Habis Khair Saraya, hanna sambung pulak Rindu Seorang Zaujah yang akan dirombak seratus enam puluh percent.

Boleh drop komen kalau rajin. See ya :)


cerpen : Khair Saraya 1 (Now)

KHAIR SARAYA

  Sorotan mataku yang memandang dirinya dibalas dengan senyuman manis. Terlalu manis. Dia meletakkan briefcase miliknya di atas riba. Tatkala aku tersedar dari lamunan, aku mengambil tuala Good Morning lalu mengelap meja yang didudukinya. Peluh yang sudah pecah di dahi langsung aku tidak pedulikan.

  “Encik nak makan apa?” tanyaku. Cukup mesra.

  Jemarinya menekan dahi. Kepalanya disengetkan memandang menu makanan yang terpampang di hadapan matanya. Jantungku berdetak laju. Masa yang selalunya berlalu dengan cepat dirasakan seperti terhenti seketika.

  Dalam diam, aku bahagia. Kerana dia masih bisa menjalani kehidupan seperti biasa. Dan takdir membawa dia ke sini meskipun dia tidak mampu mengingati siapa diriku.

  “Saya nak makan nasi goreng ayam.” Aku sudah tidak tentu arah.       
           
  “O…key. Air?”

  “Hot chocolate ada?”

  Tubuhku mengeras sebelum aku mengangguk. Aku memalingkan tubuh menuju ke arah kaunter. Sabar, Saraya. Jangan buat drama air mata di sini. Ini semua hanya takdir biasa. Kang tak pasal-pasal ada orang ingat aku gila pulak.

  “Cik?”

  Aku berpaling. Mengukirkan senyuman manis.

  “Ya?”

  “Kat sini ada orang jual aiskrim coklat tak?”

  Dan saat itu, aku terus rebah ke bumi.

*****

  Kelopak mataku terbuka. Terbias wajah Kak Juliana dan lelaki itu. Jemariku singgah di dahi. Lambat-lambat aku bangun dan menyandarkan tubuh pada kepala katil. Sesaat kemudian, mataku menjelajah seluruh ruang bercat biru muda ini. Ruang yang tidak asing sebenarnya bagiku. Dulu, selalu saja aku bertandang ke sini. Ya! Dulu.

  Wanita berusia awal 30-an itu tersenyum. Menyelukkan tangan ke dalam saku slack yang dipakainya. Ingatanku pada wanita ini masih belum lenyap. Juliana Hanisah. Seorang doktor juga seorang tunang kepada lelaki yang berada di sebelahnya. Perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan hujung tahun lepas terpaksa dibatalkan gara-gara lelaki itu kemalangan jalan raya. Takdir. Semuanya takdir.

  “Macam mana saya boleh ada kat sini?” soalku perlahan.

  “Cik pengsan tadi kat restoran. Saya terus bawa cik ke sini. Klinik tunang saya.”

  Aku angguk.

  Lagu Drive By menampar gegendang telingaku. Lelaki itu mengambil telefon bimbit miliknya di atas meja kecil yang menempatkan majalah-majalah kesihatan. Terus melangkah keluar dari bilik ini untuk menjawab panggilan.

  Kak Juliana melabuhkan punggung di hujung kakiku. Jemarinya singgah di lenganku. “Sar sihat?”

  “Sihat, kak.”

  “Baguslah,” tuturnya lembut.

  Kemudian, kami sama-sama membisu. Mataku menengadah siling putih. Aku rasa tiada apa yang boleh dibincangkan. Aku terlalu canggung. Tiada aksara yang mampu diluahkan. Adakah aku harus bertanyakan tentang keadaan lelaki itu? Atau pasal diri dia sendiri? Ah! Aku buntu. Selepas lama tidak bersua muka, ini jadinya.

  Aku tarik nafas.

 Takdir menemukan aku dan lelaki itu di restoran milikku tadi dan takdir juga menemukan aku dengan tunang lelaki itu. What a pleasant surprise!

  “Sar tak beritahu dia yang Sar kenal dia?”

  Terus aku memandang Kak Juliana dan menggeleng tiga saat.

  “Tak. Tak guna pun beritahu dia. Yang berlalu tu biarlah berlalu, kak. Buang karan je beritahu dia yang kami pernah kenal dulu,” jawabku mendatar.

  Diri ini malas berpaling ke belakang dan bahagia dengan masa lalu. Masa lalu itu tetap masa lalu. Tidak akan boleh dianjak ke depan untuk diulang kembali kebahagiaan yang pernah tercipta untuk beberapa ketika. Lelaki itu sudah menganyam bahagia bersama Kak Juliana. Aku tidak mahu menjadi perampas sekali lagi.

  “You should tell him, Saraya.”

  “Nope. Biarlah dia tahu dengan sendiri. Kalau Allah nak bagi dia ingat balik apa yang terjadi, pasti dia akan ingat balik. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang ni.”

*****

  Kaca televisyen aku pandang sebelum kembali memandang wajah Riana dan Adlina. Aku menyelitkan rambut ke cuping telinga dan meletakkan kakiku ke atas ambal. Wajarkah aku memberitahu Adlina tentang lelaki itu?

  “Lin…”

  “Asal?” ujar Adlina tanpa memandang diriku. Khusyuk memasukkan kerepek ubi pedas ke dalam mulut. Riana juga.

  “Aku jumpa dia tadi.”

  Matanya membuntang. Kerepek ubi yang sepatutnya dimasukkan ke dalam mulutnya terjatuh ke atas lantai.

  “Kat mana?”

  “Dia datang restoran aku. Dia mintak nasi ayam, hot chocolate dan aiskrim coklat,” kataku lemah. Air mataku sudah bertakung di kelopak mata.

  “Dia ingat siapa kau?”

  “Tak.”

  Riana memandang kami dengan penuh tanda tanya.

  “Wei, dia yang korang maksudkan tu siapa?”

  Aku tersenyum hambar. “Dia. Kisah lalu aku.”

  Kenapa lelaki itu harus kembali ke dalam hidupku di kala dia tidak mampu mengingati siapa diriku? Jangankan ingat nama aku, siapa aku dalam hidupnya juga dia tidak mampu ingat. Perit. Pedih. Sungguh masa lalu dan hari ini terlalu berbeza.

  “Sar, cerita la kat aku,” pinta Riana persis anak kecil.

  “Dulu…”

  Dan hikayat lalu kembali tersingkap. 
 
 
 
 
 

Review : Anthem by Hlovate



Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future.

.Silam:
Westernized.
Memang bukan budak perempuan biasa. Nur Dania Dashrin. Bukan dipanggil Nur, bukan dipanggil Dania. Hatta bukan dipanggil Dashrin pun. Jika ditanya tentang asal-usulnya dan rumahnya di mana, jawapannya mungkin Belgium, Romania, Austria, Perancis, Amerika atau India.


Selepas Silam:
Dulu, ‘segalanya’ yang mahu ditinggalkan tu ialah dunia canggung yang serba menyesakkan dan melemaskan. Dunia di mana pertembungan kepercayaan, prinsip, budaya, definisi dan erti langsung buat dia rasa dirinya salah sentiasa dan tak ada harga. 
Sekarang, ‘segalanya’ yang bertanda gelap itu kini mahu dia ubahkan warnanya. 


Kini:
Kedegilan Dash untuk membuktikan bahawa dia berhak
untuk menjadi dirinya sendiri
tanpa mengikut acuan tipikal masyarakat keliling, membawa kepada satu perjalanan panjang yang merentas benua dari Malaysia, ke India, ke Scotland, dan tanah antara ketiga-tiganya.



.....

Hlovate is back! That was in my mind bila aku tahu yang Hlovate kembali dengan novel barunya, Anthem. Time tu macam nak guling atas lantai sebab nak beli Anthem dan yepz! Disebabkan daku malas menanti Anthem sampai di kedai buku, mulalah tangan gatal buka laman web JS dan order. Lusa, pergi bank in sebab daku tak ada acc CIMB. Dan selepas itu, terpaksa menunggu dua minggu untuk Anthem sampai ke muka pintu. Pak cik posmen tu mesti pelik tengok aku sengih semacam. Sampai mimpi pun ada kisah Anthem bagai dan percayalah, Anthem dihantar pada pukul 2 lebih tadi dan pukul 6.30 petang dah habis baca.

Anthem pada pandangan seorang Hanna :

Superb! Fantastic! Awesome! Interesting! Tak terluah dah kata-kata aku. Siapa tak kenal Hlovate tu memang tatau nak kata apa dah. Garapan yang sangat indah. Anthem seolah-olah menggabungkan semua novel Hlovate dalam satu. 8-in-one gitu. Ada pasal Aberdeen, pasal violin bagai, turn into a new leaf, sweet dan macam-macam lagi.

Adanya Johanna dan Along. Adanya Apeh, Lekiu, Trisy and da Jade of course dan beberapa lagi. Jika orang baca cerita ni, maybe people will think about Rooftop Rant. Perubahan si Dash itu seakan-akan perubahan Trisy cuma hero ja lain sikit. Jade dan Lee punya perwatakan yang berbeza.

Cerita sedih? Tak sedihlah sebab aku tak nangis pun sepertimana aku menangis baca Schubert Serenade dengan Contengan Jalanan tapi kan aku cakap, ada nilai tersendiri. Nilai yang mampu buat kita berfikir sejenak iaitu tolong jangan judge orang based on masa lalu dia. Sifat manusia ialah baharu. Perubahan itu perkara biasa either to a good or bad life. Dan Alhamdullilah. Dash ke jalan yang lebih baik.

Kisah ini tidaklah sesweet 5 Tahun 5 Bulan, tidaklah secomel Tunas dan Aa+Bb, tidaklah secool Rooftop Rant, tidaklah sesedih Scubert Serenade, tidaklah seahsome *melayu sungguh awsome aku* Versus dan Ked's story, tidaklah seindah Contengan Jalanan tapi... ada sesesuatu yang sweet, comel, cool, sedih, awsome dan indah. Jika anda ingin berubah, bacalah. Mungkin anda akan menangis, mungkin anda akan tersenyum dan mungkin akan tertawa.

Perubahan yang merentasi masa dan negara. Malaysia, India dan Scotland. Latar tempat yang berbeza namun hati itu tetap berusaha ke arah yang lebih baik. Kata-kata dalam Anthem akan buat kita berkesan. Kita dengan DIA macam mana? Ok ke ko? Adakah kita sudah berada di tahap yang baik atau sebaliknya? Adakah kita cuba untuk menjadi insan yang lebih baik?

Jika anda mengharapkan Anthem ini sangat sweet, romantik gila kentang, sila cari novel lain tapi jika anda mengharapkan Anthem ini akan membuat anda berubah ke arah jalan yang lebih baik, sila order novel ini sekarang jugak. Jika anda masih buntu, gelap dan sesat, mungkin novel ini mampu membantu anda. Tak banyak, sikit pun jadilah. 

Sekiranya anda berjumpa insan yang masih buntu, gelap dan sesat, jangan menghina. Jangan sesekali mengutuk kerana everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future.

Terselit satu lagu dalam Anthem yang sangat terkesan di hati : Zindagi Ek Safar Hai Suhana (Life is A Wonderful Journey)

Bawah ni translation lagu tu :


Life is a wonderful journey
No one knows what will happen in the future
Arey o leiyo leiyo, oleiyo leiyo
Oleiyo leiyo, oleiyo leiyo
Oleiyo leiyo, oleiyo leiyo

We have to go ahead of the moon and the stars
We have to reach beyond the skies
This world will be left behind
Who knows what the future is
Life is a wonderful journey
No one knows what the future is

Tread life joyfully
Don't wory about the rest of the world
Pass the day smilingly
No one knows what the future will be
Yes, life is a beauful journey
No one knows what the future will be

Death will befall us one day
The soul will depart one day
Why worry about such things
Who knows what the future will be
Life is a wonderful journey
No one knows what the future will be
Di di di, du du du
Oleyo leyo ha haa haa

I love Anthem very much. Ending? Hehehe. Silalah baca jika ingin tahu da ending but for sure, happy ending ya. Tak rugi habis duit untuk beli Anthem. Silalah dapatkan Anthem di lawan web JS sekarang jugak.

rate? 10/10 okeh.

Sampai di sini saja aku menaip. Kalau rajin, boleh drop komen. Boleh bertukar pendapat tentang Anthem maybe.

My anthem, is my syahadah. How bout you? :)