cerpen : Khair Saraya 3 (Now)

KHAIR SARAYA 3 (NOW)

-Semalam dan hari ini berbeza-

  “Cik!”

  Lututku semakin goyah. Tidak mampu menampung tubuh badan namun aku kuatkan juga diri untuk melangkah mendekati dia. Ed Khair.

  Kenapa harus dia datang ke sini lagi?

  “Nak order apa?”

  “Nasi goreng ayam, hot chocolate. Aiskrim coklat ada kan?” tanya Khair. Serius. Matanya jatuh pada wajahku dan kepalaku diangguk.

  Ada. Selalu ada.

  Aku memalingkan tubuh. “Tipah, nasi goreng ayam dengan hot chocolate satu.”

  “Okey, bos!”

  Kemudian aku memandang Khair semula. Menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di sisinya. Dia tersenyum. Senyuman yang sama namun hakikatnya, aku tidak bahagia melihat senyuman itu. Itu bukan senyuman yang selalu aku lihat. Renungan yang sama. Namun ada juga bezanya. Dulu, dia memandangku dengan penuh kasih sayang. Kini, dia memandangku kosong. Semuanya sudah berubah. Tiada apa yang masih sama.

  Seleranya juga.

  “Cik nama siapa?”

  Cik. Dulu, dia memanggilku Sara sayang.

  “Khairul. Khairul Saraya,” jawabku berat.

  “Nama saya, Ed Khair.”

  Tahu.

  Kami menyepi. Melayan perasaan masing-masing. Aku memandang telefon bimbit miliknya. Sudah berubah. Dari Samsung bertukar kepada Iphone. Ah! Sukar rasanya mengingati masa lalu yang indah dulu.

  “Khairul Saraya. Ed Khair. Khair Saraya.” Tutur Khair tiba-tiba.

  Hujung bibirku diketap. Wajahku dipalingkan. Tidak sanggup memandang dirinya. Tidak sanggup dia melihat air mata jernih itu jatuh menimpa bumi. Jemariku meramas hujung tudung. Kepalaku semakin menunduk. Dia masih tidak menyedari apa yang berlaku. Hanya memandangku dengan ekor mata.

  Saraya, Saraya. Bukankah ini yang  kau pinta? Hanya mencintai dia tanpa meminta balasan apa-apa. Ini yang terbaik, Khairul Saraya. Sekurang-kurangnya dia bahagia. Kak Juliana juga. Ah! Tidak. Ini hidupku. Aku punya hak untuk bahagia.

  Jika Kak Juliana boleh bahagia, mengapa aku tidak? Aku tidak boleh mengalah lagi. Aku tidak boleh menjadi wanita yang lemah. Bahagia. Milik semua.

  Aku bangun. Mataku tajam memandang lelaki itu. “Ed Khair. 32 tahun. Software engineer. Tunang Juliana Hanisah. Kemalangan pada tahun 2011 sehingga menyebabkan amnesia.”

  Tersedar dengan keterlanjuranku berkata-kata, ayatku berhenti di situ.

  “Siapa cik?”

  Aku berlalu pergi. Dirasakan seperti lelaki itu menolak kerusi.

  Lenganku disambar kuat. Langkahku mati. Aku langsung tidak berpaling kerana aku tahu siapa yang menyambar lenganku. Perlahan-lahan pegangan itu dirungkaikan namun aku tetap tidak berganjak dari tempatku berdiri. Latifah yang menatang dulang yang berisi mug hot chocolate dan pinggan nasi goreng ayam serta aiskrim coklat buatan sendiri memandangku. Langkahnya turut mati. Semua mata jatuh pada wajahku.

  Khair berdiri di hadapanku. Pandanganku dan dia bersabung.

  “Tell me. Who are you?”

  “Saraya.”

  Dia menggeleng. “Yang tu saya tahu. Siapa cik sebenarnya? Macam mana cik boleh tahu semua pasal saya?”

  “Amnesia kan?” soalku langsung tidak menghiraukan soalannya.

  “Ya…” gumamnya perlahan.

  Aku meneruskan langkah dan sekali lagi lenganku disambar. Nafas dihela. Mujur berlapik. Jika tidak, akan ada tangan yang singgah di pipinya.

  “Cik Khairul Saraya, please answer me. Who are you?”

  “Encik Ed Khair, percuma saja saya beritahu siapa saya. Awak takkan pernah ingat siapa saya. Biarlah. Yang berlalu telah berlalu. Lagipun, semalam dan hari ini berbeza. Everything has changed. Neither am I.

  Let the past go.”

  Memandang kembali ke belakang bukan keputusan yang baik. Lupakan yang lalu. Mulakan hidup baru.

  Kenapa kena cliché sangat wahai Saraya? Lupakan yang lalu? Hahaha. Ain’t that funny? There is no word lupakan yang lalu. Yang lalu tetap harus diingat. Kerana jika tiada semalam, tidak akan hari ini. Jangan jadi lemah. Jangan jadi perempuan tipikal yang selalu mengalah dengan segala-galanya. Hidup bukan tentang kesedihan dan air mata saja. Kata-kata itu hanya bergema di hati kerana diri ini sangat penakut. Takut dengan segala-galanya. Can’t overcome my fear, huh?

  “Beritahu saya semuanya. Siapa awak?”

  Mataku mencerlung memandangnya. Tiada rasa sedih atau takut. Kenapa harus memaksaku di kala aku lebih rela untuk melupakan  segala-galanya?

  Jika ini yang dia inginkan, baiklah.

  “Saya. Khairul Saraya. 25 tahun. Pemilik restoran ini dan…”

  “Dan?”

  “Dan masa lalu awak yang begitu indah rasanya. Awak tak panggil saya Khairul atau Saraya tapi…” Kata-kataku mati lagi.

  “Tapi?” Kesabarannya kian hilang.

  Aku senyum. Sinis.

  “Sara sayang. Awak panggil saya, Sara sayang.”

  Langkahku dihayun mendekatinya. Berhenti di sisinya. Bibirku dibawa dekat dengan cuping telinganya meskipun payah kerana dia lebih tinggi dariku dan terpaksa menjengketkan kaki. Dia tetap mengunci mulut.

  “Saya juga orang yang awak cinta, Ed Khair.”

  Bibirnya digerakkan seolah-olah mengatakan sesuatu dalam diam. Mungkin terperanjat. Aku tersenyum. Dia yang meminta aku berkata-kata. Ini jadinya. Semuanya tersingkap. Masa lalu dan kisah kami.

  Khairul Saraya tidak boleh mengalah lagi. Bahagia milik semua. Including me, Ed Khair. Including me.
  
BERSAMBUNG...


Hanna agak kesal sebenarnya sebab sepatutnya cerita ini tamat malam ni jugak tapi disebabkan petang tadi tak ada kat rumah tengok dunia luar, pagi tadi di sekolah, ini saja yang mampu dihidangkan. Gomen, gomen, gomen. Mesti ada yang marah sebab cerita ni asyik bersambung tapi hamba Allah ini hanya mampu merancang. DIA jua yang menentukan segala-galanya. Maaf kalau cerita ni tak best. I want to create something different, I guess. Selama ni heroin asyik mengalah ja kan? heee...

May Allah bless all of you. Boleh drop komen oh.

Dan i'm kind busy. Sangat hargai mereka yang singgah di blog dan jemput hanna ke blog mereka. Hanna jenguk jugak tapi ada masa  nak selongkar. Minta maaf sekali lagi. Apa pun, jemput baca ya. 



13 comments:

  1. terbaikkk..mnggu.smbgnnya (=

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, malia. ya. tunggu jangan tak tunggu

      Delete
  2. Ooi cik sara !! Ururan hati ni mmg menyeksakan. Huhuhuu.. Next ! Muehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangatlah menyeksakan. Insya-Allah next ep will be the last ep.

      Delete
  3. Bersambung lagi:(..xpe 2..akak sanggup tunggu:)

    ReplyDelete
  4. aku dah lama tak on blog.sekali on aku nampak cerpen kau dulu.oh god.cerpen ni sangantlah best..cepat sikit sambung hanna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uh. patutlah dah lama tak nampak. hee. ya ya. nanti aku sambung

      Delete
    2. rindu aku lah tu..hahahaha...

      Delete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...