Exclusive Giveaway by Niena Sofea


klik banner untuk butiran lanjut

sponsor:


Ok! Boleh aku lap peluh dulu? Pheww. Banyak gila sponsor dia. Jeles aku. Haha. Most aku like page je sebab nak follow tu agak susah. *cik hanna dah terlalu banyak follow orang jadi button follow meren sikit. Peluh ni ha asyik merinik di dahi aku. Oh ya.. thanks kepada tuan blog tu sendiri sebab invite aku.

Aku tahu ada yang cakap, aik? GA? Tadi segmen, sekarang GA pulak. Well! Biasalah tu. GA ni memang perggh. Hadiah kemain banyak tapi konfem aku tak menang. Tak pe. All is well

tag:

segmen aku dan zodiak


sila klik pada banner untuk butiran yang selanjutnya



Segmen? Well! Biasalah. Aku rajin terlebih. Kak Aisya yang tag aku. Wahaha. hurmm. Tarikh lahir? 17 November 1998. Sweet tiga belas tahun aku tu la.  Zodiak? Er.. Scorpio kut. A'ah. Aku rasa Scorpio. 

Aku nak bebel lagi tapi.. kehilangan idea kerna idea terbang ke London. = =''
birthday aku jangan lupa wish sudah. lalala.. hekhek

tag:

Segmen I Hobi Saya : Blogwalking + Follow


Sila tepuk tangan sebab aku join segmen ni. = =''

Oleh sebab aku tak ada kerja, *hanna tipu.. maka aku joinlah segmen ni. Segmen yang simple tapi best. Klik je banner tu kalau nak tengok atau nak join. Oh ya! Thanks kepada insan yang tag aku. Well! Baguslah. Ada juga orang yang ingat aku kan.psst! ni lagi satu blog yang aku jeles. Haisyy.. haha

Aku baru boleh join sebab baru perasan akak tu tag aku. Biasalah. Fibox aku demam sikit. *terserlah kemerapuan aku. Huahua. Aku dah kehilangan idea untuk berbicara lagi.

tag :



Mega Giveaway By Cik Bunny



pheww. Mesti ada yang cakap, 'Eh! Hanna ni.. rajin yea join GA'. huahua. Of coz la. Aku ni kan perajin nombor satu negara. Aku tak la rajin sangat, Bila aku rasa aku rajin, aku join la dan sekarang aku rajin dan tak ada kerja. *Hanna tipu! Kerja sekolah bertimbun la..

   Thanks kepada cik bunny sendiri sebab jemput aku join segmen ni. Aceh!! Macam la aku ni orang terhormat nak jemput segala. Tipu je lebih aku ni. Cik bunny just cakap jom join segmen dia je la. Memandai je aku ni.. hampeh! = =''

sponsor:


    Tadaa! Banyak kan sponsor. Cik Bunny, bagi kita menang. Penat kita follow, like dan tulis entri ni. Peluh berguni-guni..  Hekhek. Untuk ke segmen ni, just klik pada banner tu. Ada faham?

segmen : Mr E'raz Fadli [Tingkatkan Follower dan Traffik]


hurmm. meh aku hembus nafas dulu. Apa yang aku nak cakap? Ok! Diam je la. Err? Thanks kepada sis Qaseh sebab tag aku. *asyik-asyik ayat klise. = ='
Blog dia bagus. Tatau aku kat mana kekurangan blog dia. Mean blog dia best la!
Apa-apa pun, teruskan usaha, uncle. Uncle? Erkk.. no komen!
klik di sini untuk join.. boleh klik banner juga.

tag:

cerpen : Virus Untuk Setia

 Meneliti setiap pelosok dunia. Ku cuba huraikan maksud cinta tapi hingga sekarang aku tak berjaya. Memandang orang yang berjalan di Oxford Sreet memang menyesakkan dada. Ku renung kembali kata-kata Safwan beberapa tahun yang lalu.

  "Untuk menjadi yang awesome, awak hanya perlu berkawan dengan mereka yang sederhana."

   Hingga kini aku tertanya-tanya ke mana hilangnya Safwan. Pergi membawa diri. Meninggalkan aku di sini. Di kota fesyen yang terkemuka di persada antarabangsa. Bosan, sepi. Itu saja yang mampu aku gambarkan tika ini. Kota London bukan lagi tempat menarik bagiku.

Aku sudah lali dengan semua ini. Sudah lali dengan Southall, Regent Park, Harrods. Termangu seorang diri di sini bukan sesuatu yang awesome seperti kata Asyraf Safwan.

Manusia zaman kini berbeza dengan yang dulu. Tiada lagi yang sukakan ketenangan di kampung, tiada lagi yang ingin merelakan diri berkubang di dalam sawah padi yang terbentang luas.

Mia...”

Terus aku menoleh. Ada yang memanggilku. Di celahan orang ramai, pasti ada.

“Mia! How are you? You look very beautiful with your hijab.” Rupa-rupanya si Maria, sahabatku yang sudah beberapa tahun tidak ku temu. Tapi, kenapa suara yang memanggilku tadi tidak sama seperti suara Maria?

“I’m fine. I’m not beautiful like you, Maria. I’m just an ordinary girl,” balasku merendah diri.

Pantas Maria ketawa. Entah apa yang dilucukan aku juga tidak pasti. Aku hanya mengukirkan sebuah senyuman tipis. Hampir-hampir saja aku dilanggar seorang pemuda Inggeris.

Malasnya aku berada di sini. Oxford Street terlalu sesak! Serta-merta Maria menarik tanganku lalu menyuruhku duduk di sebuah bangku yang meunggu masa untuk rebah ke bumi.

“It’s been a long time since our last met.”

Maria mengeluh. Ku pandang Maria. Seolah-olah ada sesuatu yang mahu dia sampaikan kepadaku. Tidak ku pedulikan orang ramai. Yang ku perlu tahu saat ini hanya kata-kata dari Maria.

“Maria! Do you have any information about Safwan?I really do not know where he is now.” ujarku sedikit memaksa. Bukan baru kali ini aku dan Maria bertemu.

“Safwan..” Hanya itu yang meluncur keluar dari bibirnya. Kini fikiranku ligat berputar. Hatiku mahu sahaja berhenti berdegup.

Masa kini kembali ke zaman lalu. Sungguh cepat semua ini berlalu. Secepat kereta api shinkansen sampai ke destinasi yang dituju.


MELATI RESTAURANT padat dengan rakyat Malaysia. Ini saja yang mampu aku gambarkan. Safwan yang tekun menjamu selera ku pandang. Memang tidak boleh lihat ku senang langsung.

“Sudahlah tu, encik Safwan! Makan jangan ikut nafsu,” tegurku.

“Cik Mia yang ku sayang, saya tak makan ikut nafsu la. Awak sendiri tahu kan betapa susahnya saya nak makan makanan Melayu di sini,” ucapnya dengan makanan penuh di dalam mulut.

“Eii! Pengotornya awak ni! Malu lah kat orang,” balasku geram.

Safwan hanya menggeleng lalu menyambung makan. Aku mengerling pemuda di sebelahku. Begitu khusyuk dia makan sehingga orang di sekelilingnya tidak dia pedulikan.

Mamat tu pun macam Safwan je. Macam dah bertahun tak jumpa makanan, desis hati kecilku.

“Why you want to stay here, Mia?” soal Safwan usai menjamu selera. Aku terkedu! Selama ini tidak pernah sekalipun dia bertanyakan soal ini.

“I want to study here.”

Dekahan ketawa ku dengar. Sinis saja ketawanya. Sungguh sakit telinga ini. Seolah-olah ayatku sebentar tadi salah di matanya.

“Mia.. mia. You are such a nerd girl.”

“Safwan, it is better to be nerdy than lazy la. At least I am prepared for the exam.”balasku.

“Nak belajar ke nak mengayat orang sebenarnya ni?”

Terus saja Safwan ketawa. Aku hanya mendengus geram. Kini Pergunungan Alps belum tentu akan meredakan amarah di hati. Belum tentu muzik yang mendayu boleh membuatkan aku kembali seperti biasa.


SUNGGUH ku rindukan tanah airku. Tempat ku dilahirkan dan dibesarkan. Bukan sini tempat yang ingin ku tuju tapi ku tak terdaya. Arwah ibu ingin melihat aku menyambung pengajian di luar negara.

Mahu tidak mahu aku harus tunaikan permintaan ibu. Belajar di sini bukan semudah yang ku sangka. Terlalu banyak cabaran yang aku hadapi. Terlalu banyak air mata yang menitis kerna rindukan Malaysia.

“Mia, awak tahu tak yang saya sayangkan awak?”

Ku mengangkat wajah melihatnya. Sebelum ini tak pernah sekalipun dia mengeluarkan ayat soal cinta.

Sayang? Cinta?

“Err.., esok awak ada kelas tak?” soalku cuba mengalih topik. Siapa suka berbicara soal cinta?

“Not this time, Mia! Hey! Listen to me. I love you, I want you be the only one in my heart, I need you in my life.”

Aku bungkam! Bersungguh-sungguh Safwan meyakinkan aku. Safwan, kalaulah kau mengetahui aku juga mencintaimu.

“Hisyy. Virus apa pulak awak cakap ni?”

“Virus untuk awak setia dengan saya.”

Virus untuk setia? Maksudnya apa? Macam virus komputer ke? Atau lebih hebat dari virus komputer?

Kota London, kota metropolitan tapi aku lebih menyukai Alor Setar, Kedah di Malaysia. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Aku lebih memilih hujan batu.

Asyraf Safwan bukanlah lelaki biasa bagiku. Ada sesuatu yang istimewa dalam dirinya. Tapi untuk menerimanya sebagai pasangan hidup ku rasa begitu mustahil.

“Saya betul-betul cintakan awak. Saya nak awak ada di samping saya. Saya nak melamar awak se…”

“Sudahlah! Saya ada kerja ni,” ujarku memotong bicaranya. Semakin lama aku semakin rimas.

Sedang aku mengorak langkah untuk pergi, Safwan menahanku. Aku mengeluh seraya menggosok tanganku. Hari semakin gelap. Aku harus pulang cepat. Sungguh sejuk ku rasakan kala ini.

“Mia, dengar cakap saya dulu!”

Aku mengundur beberapa langkah ke belakang. Tidak manis aku dan Safwan berada di jarak yang dekat. Selama di sini, aku cuba menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

“Give me a chance! I can prove that I really love you. I love you since I first saw you and I tried to deny this feeling but I cant. I beg you, Mia. I really love you,” lirihnya.

“Maafkan saya. Saya rasa awak silap orang. Bukan saya yang awak cintai tapi orang lain.”

Kalaukah kau tahu yang aku sudah bertunang apa reaksi kau, Safwan? Mencintai hak milik orang lain itu salah. Aku sebenarnya terlanjur mencintaimu tapi aku sudah berpunya.

Aku bertunang tanpa rela! Atas dasar ibuku berhutang dengan orang, Safwan. Sakit tapi apa yang mampu aku buat? Merayu? Menolak peminangan itu? Mustahil! Kita berbeza. Sejak dari dulu lagi ku katakan kita berbeza.

“Mia Kaftiya, kenapa? Tak cukup baikkah saya untuk awak? Tidakkah awak sedar selama ini saya mencintai awak?”

“Asyraf Safwan!That is enough. I don’t think we were meant to be together. It is just you can find someone better than me.Banyak lagi pasal saya yang awak tak tahu.”

“Mia… saya suka panggil nama awak. Macam manalah hidup saya nanti kalau tak panggil nama awak. Kosong! Awak tahu tak kosong macam mana? Macam ni,” ujarnya seraya membuat bentuk telur ayam.

Tanpa menghiraukankan aku, Safwan memalingkan tubuhnya melihat kanak-kanak yang sedang ketawa riang. “Setiap hari, saya tanam dalam hati saya. Saya cakap saya nak masuk meminang awak. Dekat mama pun saya dah cakap yang saya dah ada calon isteri. Saya nak ada anak dengan awak.

Saya nak letak nama yang indah seindah diri awak. Seolah-olah semua itu akan terjadi kan? Hahaha. Bodohlah saya ni. Macamlah semua itu akan terjadi.” Titik-titik jernih dapat ku lihat mengalir dari matanya yang bundar.

“Safwan, kalau awak sayang saya, boleh awak tolong saya tak?”

“Apa?” soalnya teruja.

“Mulai hari ini, mulai detik ini, kita jangan berjumpa lagi. Anggap saja ini pertemuan terakhir. Kalau ada jodoh, pasti kita jumpa lagi.”

Badannya mula mengendur apabila mendengar ayatku. Senyuman yang terukir di bibirnya tadi sudah hilang. Sayu hatiku tika ini. Bukan ini Sfawan yang aku kenal dulu. Bukan ini Safwan yang suka berikan kekuatan kepadaku.

Dalam sekelip mata, Safwan berubah. Menjadi lemah-selemahnya.


EMAIL yang masuk ku pandang sekilas lalu. Email dari Malaysia! Desis hati kecilku. Dengan lafaz Bismillah, aku membuka email tersebut. Hanya DIA yang mengetahui perasaan ini.

Mia, abang rasa setakat ini saja perhubungan kita. Maafkan abang! Cinta abang bukan lagi untuk Mia..
                                                                         -Raif-

Sedih? Entahlah! Selama ini aku dan Raif bertunang bukan kerna cinta. Bahagia? Langsung tidak! Cincin tunang yang tersarung di jari manisku ku tanggal lalu ku simpan di dalam kotak khas.

Biarlah cincin itu tersimpan di situ. Simpan bersama kenangan lalu. Sekarang aku sudah bebas. Bukan lagi tunang kepada seorang engineer bernama Raif Hakim.

Safwan juga sudah tidak seperti dulu. Nampaknya dia menghormati keputusanku. Safwan, ku doakan kau bahagia!

Angin yang bertiup kencang seolah-olah memahami perasaan diri ini. Aku sudah sendiri, bisik hati kecil ini.


“Arggh!” Aku memandang sekeliling. Rupa-rupanya seorang budak kecil terjatuh. Kenangan masa silam yang singgah di fikiran terus lenyap begitu saja. Dalam manis pasti ada pahit. Begitu juga sebaliknya.

   “Safwan!” ujarku tanpa ku sedar. Maria memandangku hairan.

“What’s wrong with you, beautiful young lady?”

“Tell me about Safwan, Maria!” lafazku dalam nada tergesa-gesa.

Keluhan ku dengar. Maria mengambil nafas lalu memegang tanganku dan merenungku tajam. Dia meletakkan sekeping surat ke atas telapak tanganku lalu pergi meninggalkanku.

“Take your time to read that letter, girl.” Bisik Maria.

Dengan cermat, aku membuka surat tersebut. Surat yang tidak bernama melainkan tertulis nama Mia Kaftiya iaitu namaku sendiri.

Dear Mia Kaftiya,

   Saya tulis dalam Bahasa Melayu je la ya. Mia, Mia, Mia! Saja suka-suka panggil nama awak. Mungkin ni kali terakhir saya panggil nama awak dalam sedar. Dalam mimpi tak tahu la macam mana lagi. Hurmm. Awak, kalau esok saya lupakan awak, awak marah tak? Mesti tak sebab tu yang awak nak.

Macam mana kalau saya still tak boleh lupakan awak? Awak marah saya tak? Ok! Lupakan hal ni. Saya tak nak ingat lagi dah. Sakit kan bila ingat balik? Mencintai seseorang yang tidak mencintai kita rupanya susah. Awak tahu tak yang awak tu sebenarnya virus? Virus yang selalu mengucar-kacirkan hidup saya.

Virus yang selalu membuatkan saya untuk saya terus setia tapi saya tak nak padam virus tu meskipun virus tu selalu menyusahkan saya. Saya nak virus tu selalu ada dalam hati saya. Terukir di tempat yang paling atas. Ingat tak pepatah love makes the weak man become strong and the strong man become weak? Lelaki tu adalah saya.

Bila ada awak, Asyraf Safwan seorang yang tabah dan bila tak ada awak, Asyraf Safwan seorang yang lemah. Tengok! Betapa penting awak dalam hidup saya tapi mulai esok, awak bukan lagi yang terpenting dalam hidup saya. Saya akan padam nama awak.

Tiada lagi Mia Kaftiya. Tiada lagi cinta Romeo dan Juliet. Ini adalah tinta terakhir saya. Puas tak lukakan hati saya? Kalau awak tak puas, buatlah saya menangis lagi. Buat nyawa saya melayang lagi. Mia Kaftiya, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerna mengajar saya erti bahagia juga derita. Untuk menjadi yang awesome, awak tak perlu berkawan dengan mereka yang awesome. – 17 November 2008

                                                                                               Yang benar,
                                                                                               Asyraf Safwan

     Sebaris senyuman terukir di bibir ini. Setitis demi setitis air mata menitik. Safwan takkan kembali lagi. Dia sudah pergi bersama peristiwa lalu. Hati ini sebenarnya masih untuk awak, Safwan. Siang, malam saya tak berhenti menyebut nama awak tapi sayang, antara kita sudah tiada apa-apa lagi.

Ku teliti kembali surat itu. 17 November 2008. Tiga tahun yang lalu! Surat ini dicoret pada tiga tahun yang lalu.

“So, macam mana?” soal Maria. Bahasa Melayunya yang agak pelik membuatkan aku geli hati. Dekat mana pulak si Maria ni belajar? Hurmm.

“This letter was written three years ago.”

“Ok! This is my mistake. I forgot to pass this letter to you. I’m really sorry.”

Aku hanya menggeleng tanda tidak kisah meskipun aku agak kesal dengan semua ini. Safwan, Safwan, Safwan. Kini, namamu yang meniti di bibirku.

“Huh! Why the big boss want to see me now? I have got to go before a big disaster happen. See you later. You can call me anytime, anywhere.” Maria menyerahkan sekeping kad kepadaku. Tertera alamat rumah dan nombor telefonnya.
  
   -You gave me all your love and all I gave you was a goodbye-

“Mia…”

Aku berpaling. Ada yang memangil namaku. Cuba mencari di celah orang ramai tapi sayangnya aku tak ketemu.

“Mia.. Mia Kaftiya.” Sekali lagi namaku disebut dan sekali lagi aku gagal mencari pemilik suara.

Surat kiriman Safwan tiba-tiba hilang! Aku kalut. Sudahlah itu tinta terakhir Safwan. Arggh! Sudah! Mati aku kalau macam ni.

Tiba-tiba, aku terasa seperti seseorang menarik bajuku. Seorang budak kecil! Apa yang dia inginkan?

“There is waiting for you at the garden,” ucap kanak-kanak itu lalu berlari pergi.

Garden? Hurmm. Pantas aku menyeret kaki ke taman yang berdekatan dengan kepala yang serabut. The letter is on the bench where the bench be a witnessed of our last met. Maksudku pertemuan terakhir aku dan Safwan.

Aku mengambil surat tersebut lalu melabuhkan punggung di atas bangku itu. Rasanya saat ini bibirku sedang tersenyum bahagia. Rasa tenang di sini. Setenang Sungai Nil yang mengalir.

Derapan kasut ku dengar. Semakin lama semakin kuat.

“Miss, you’ve took my place,” ujar suara garau itu.

Tempat orang? Err.

“Hadeh! I don’t know that I have took your place. I am really sorry. I should leave now.”

“Mia Kaftiya nak pergi mana lagi ni?” Suara garau itu bertanya. Aku terhenti!

SubhanAllah! Itu sahaja yang terlafaz dari bibikur. Dia kini berada di depanku. Bukan lagi jauh dariku. Dia kini sudah kembali. Menyemarakkan kembali virus yang sudah lemah ini. Serta-merta surah virus itu terlepas dari pegangan tanganku.

Matanya masih redup memandangku. Senyumannya lebih manis dari dahulu. Sehelai rambut yang terjuntai di dahinya dibiarkan saja. Asyraf Safwan berbeza! Kalau tidak berbeza, aku pasti mengenalinya tadi.

“Mia.. mia. Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Lampi!”

Aku masih kaku.

“Sudah! Jangan buat muka toya. Meh duduk.”

“Macam mana…”

“Macam mana saya boleh ada dekat sini? Mia! Awak tu virus. Setiap virus yang ada mesti ditemani dengan anti-virus dan saya adalah anti-virus yang terbaik di dunia. Anti-virus akan selalu menjaga awak.

Kita ditakdirkan untuk bersama. Kalaupun saya cakap dalam surat yang itu adalah tinta terakhir, semua tu mustahil. Manalah saya boleh hidup tanpa awak. Awak sebahagian dari saya dan saya sebahagian dari awak,” terang Safwan panjang lebar.

Virus? Anti-virus? Aku adalah virus yang paling bahaya dan dia adalah anti-virus yang paling bagus.

“Kalau saya cakap yang saya dah bertunang macam mana?”

Safwan menggeleng seraya menuding jari ke arahku.

“Mia Kaftiya, selama tiga tahun ni, saya tak pernah pergi jauh dari awak. Saya selalu perhatikan awak cuma awak je yang bodoh. Tak pernah perasan langsung kehadiran saya. Saya tak pernah lupakan awak. Hati saya hanya untuk awak. Ingat tak ayat awak yang dulu tu?”

Ku mengerutkan dahi. Ayat apa?

Cuba ingat ayat tiga tahun,” ujar Safwan.

“Saya nak kita berpisah tiga tahun. Saya nak tengok macam mana hidup saya tanpa awak selama tiga tahun. Boleh?”

“Ok! Boleh!”

“Lepas tu, kita jumpa dekat sini kembali.”

Ayat tu! Kerna ayat tu virus dan anti-virus berpisah! Bodohnya aku. Kenapalah aku pergi cakap macam tu dulu. Kan dah menyusahkan diri sendiri. Hurmm.

“Jadi, saya berikan virus untuk awak terus setia. Wink-wink.”

“Eiii. Asal pergi tunaikan janji tu?”

 Virus, aku adalah virus yang bahaya. Kau adalah anti-virus yang setia. Tanpamu, aku mungkin tidak bahagia Mia Kaftiya

















p/s: pheww.. mesti ada yang pening baca sebab panjang sangat.. sabo je la.. cerpen ini ditulis khas untuk kak mia kaftiya.. nak jadi watak utama? tell me.. insya-Allah.. wink2


segmen i kenal kawan blogger



segmen i kenal kawan blogger

klik di sini untuk jenguk segmen ni..

pheww.., sejak akhir-akhir ni aku kerap join segmen n contest.. kerap? baru dua je aku join.. hekhek.. haiip! my nick name is hanna aleeya.., umur 14 tahun tapi masih pada 13 tahun doe.., seorang yang nakal dan suka merajuk.. *kawan dekat fb aku terutama si jey, uncle selalu kena pujuk aku.. kekeke.. tak ada minat yang tetap..
tujuan sebenar aku berblogging ni seperti yang orang tahu adalah, aku pun tatau..
ok! yang pasti aku letak cerpen, letak enovel.., 

lima blog yang aku suka terjah adalah :

*asal tak minta 600 blog? muehehe.., banyak gila blog hanna nak letak ni tapi nak lima je.., sebenarnya, hanna memang suka terjah.., tapi tak suka meninggalkan jejak.. hehe

belog qaseh bagi hanna bagus.. apa yang penting adalah isi dalam blog dan blog yang kemas.., kalau cantik, isi tak bagus buat apa.. *blog aku lettu..
kita bukan mencari follower yang ramai tapi kita mencari mereka yang setia.. 
wink.. wink..



cerpen : Dia Pilihan Hati

   Laptop yang terpasang sejak tadi aku biarkan. Aku mengeluh lemah. Sudah sebulan Ikhwan menghilangkan diri gara-gara merajuk. Haisyy. Mengalahkan orang perempuan. Aku pulak yang nak kena pujuk mamat tu. Huh! Macam aku tak ada kerja nak buat.

   Ok! Aku mengaku ni semua salah aku sebab pergi layan sorang mamat dekat fb, tapi takkan tu pun nak jeles. Makin teruk la tunang aku tu. Cemburu tak kena tempat. Yang dia pergi sembang dengan Arina tu, aku tak marah pun!

   Aku bingkas bangun lalu mencapai laptop. Jari-jemariku mula mengetuk papan kekunci. Dari fikir mamat jeles tu, better aku layan fb.

   “Banyak status pasal new year. Hurmm. New year aku sedih. Ikhwan merajuk!” omelku tanpa menyedari Fifi tersengih bagai kerang busuk di sisiku.

   “Kenapa ni wahai Dira? Dok membebel sampai tak sedar aku ada di sini,” tegur Fifi.

Kus semangat aku! Memang lama-lama aku heart attack.

“Kau gaduh dengan Ikhwan lagi ke semalam?”

“Bukan semalam tapi dah sebulan la..”

Pheww! Jenuh aku kalau Ikhwan merajuk. Dia tu bukan hati lembut macam span. Susah nak pujuk la. Ni dah puas aku telefon dia tapi tak juga angkat. Kalau macam ni, aku pun nak merajuk la.

Fifi mengambil tempat di sebelahku lalu memandang skrin laptop. Pantas aku mengalihkan laptop. Haisyy! Ganggu privacy aku sungguh.

“Korang bergaduh sebab apa?”

“Kami bergaduh sebab..”


IKHWAN memandangku tajam. Aku tahu ada  yang tidak kena. Bukan baru hari ni aku kenal dia. Arggh!

   “Boleh tak Dira beritahu Ikhwan pasal mamat tu?”

Aku mengerutkan dahi. Mamat mana pulak?

“Dira jangan cakap Dira tak kenal. Mamat yang panggil Dira, sayang dalam fb tu! Siapa dia?” Nadanya mula tinggi.

“Owhh! U mean Azfar?”

Ni mesti Ikhwan dah start cemburu. Haissyy! Asal dia buka fb aku tak bagi tahu? Azfar gila tu pun. Sepatutnya aku block mamat tu dari dulu.

“Tak pa. Nanti Dira block mamat tu,” ujar aku cuba meyakinkan Ikhwan.

“Tak payah! Ikhwan dah block dia! Dira ni kenapa? Asal layan orang laki dekat fb? Kan Ikhwan dah cakap, jangan sesekali layan orang lelaki.”

Tengok! Ikhwan suka kongkong aku. Aku tak layan pun la laki tu. Lain kali cek la betul-betul. Siapa layan siapa. Menyesal aku bagi password fb dekat Ikhwan. Password fb dia, bukan nak bagi aku.

Banyak masa aku buang sekarang ni. Kata ada hal penting nak jumpa, rupanya nak bertekak pasal fb.

“Dira tak layan la laki tu!”

Aku menafikan kata-katanya. Ingat Ikhwan sorang je reti marah? Hei! Aku pun ada hati dan perasaan la.

“Malas dengan Dira ni! Huh!”

Asyik-asyik ayat malas. Bila nak rajin? Aku memandang Ikhwan seketika. Ramai kata aku beruntung dapat tunang macam dia. Ok! Memang beruntung. Dia caring, penyayang, baik tapi dia bukan seorang yang sabar.

Aku pulak bukannya boleh tahan dengan orang yang tak sabar dan ada ego yang tinggi Gunung Everest.

“Dira lagi malas dengan Ikhwan,” ucapku selamba seraya memalingkan muka.

Ikhwan mengetap bibir. 

"Baguslah! Bolehlah kita berpisah!"


MATA Fifi tak berkelip tika mendengar ceritaku. Sedih sangat ke cerita aku tu? Sedih? Erkk.. tak kut. Kalaulah mak aku tahu aku dan Ikhwan bergaduh, mati aku. Boleh lagi bergaduh. Kalau putus tunang, lagi haru.

   “Baguslah kan! Dua-dua orang ego.”

   Aku menjegilkan mata. Dia kata aku ego? Apa pulak aku? Ikhwan je la yang ego. Fifi ni tak boleh pakai la.

   Tahun depan, aku dan Ikhwan akan berkahwin tapi jadi ke kami nak berkahwin? Ye la. Tengok la sekarang ni. Hal kecik pun nak gaduh. Rasanya aku bukan untuk dia.

“Aku rasa baik kami berpisah.”

Tersedak Fifi mendengar ayatku. Aku tahu ayat aku ni agak menakutkan tapi ini yang lebih baik rasanya. Berpisah! Aku bersedia mendengar semburan dari mak, hinaan dari masyarakat gara-gara putus tunang.

“Kau gila ke Dira? Mati kau dengan bapak kau.”

“Habis aku kau tak kira? Letih aku macam ni. Ingat dia sorang ke yang marah. Aku pun sama la.”

“Maknanya kau tak sayangkan dia lah?”

Aku mendongakkan wajahku. Memandang Fifi. Hurmm. Sampai bila-bila pun, aku tetap sayangkan dia tapi, ego dia buat aku sakit. Aku akui Ikhwan lelaki yang baik. Aku senang dengan dia.

 Air mataku yang menitis ku kesat. Sedih tau dengan perangai Ikhwan ni. Makin tua, makin menyakitkan hati aku.

“Kau biar betul Dira?”

Aku hanya mengangguk lemah.


KETUKAN pintu menganggu tumpuan Ikhwan untuk meyambung kerja. Rambutnya diramas perlahan. Tali leher dilonggarkan.

   “Wei Ikhwan! Aku ada benda nak cakap ni,” sergah Hadi tanpa memberi salam.

Ikhwan mengurut dadanya. Haisyy! Semua nak sakit jantung.

“Kau ni Hadi. Terkejut aku. Lain kali bagila salam. Kau ni pehal?”

Hadi mengangkat tangannya. Dia yang masih termengah-mengah pantas melabuhkan punggung di atas sofa. Ikhwan mendekati Hadi. Air mineral dicapai lalu diberikan kepada Hadi. Macam baru lepas maraton.

Peluh yang menitis bagaikan hujan dilap. Adeh! Hadi ni pergi lari berapa pusingan.

“Ikhwan, better kau pergi airport sekarang.”

Dahi Ikhwan berkerut. Pergi aiport? Memangnya ada apa dekat airport? Rasanya hari ni aku tak ada urusan untuk ke aiport, desis hati kecil Ikhwan.

Penghawa dingin yang terpasang membuatkan Hadi hampir lelap. Tiba-tiba teringat tujuan asalnya datang ke pejabat Ikhwan.

“Mati aku. Better kau pergi cepat sebelum Dira berangkat ke luar negara. Masa tu baru kau tahu langit tinggi ke rendah,” bebel Hadi tanpa henti.

“Dira? Luar negara? Apa kau cakap ni, Di?”

Tangan Hadi terus memegang bahu Ikhwan. Masa yang tinggal tak lama lagi. Dia perlu cepat.

“Dira nak pergi ke luar negara sebab sakit hati dengan kau. Kau tatau ke yang dia nak putuskan tunang?”

Bagai halilintar memelah bumi. Itu saja Ikhwan mampu gambarkan tika ini. Putus tunang? Oh tidak! Luar negara? Putus tunang? Tak mungkin Dira cakap macam tu.

Hidup Ikhwan kosong tanpa Dira. Mana mungkin Ikhwan mahu putuskan pertunangan begitu saja sedangkan hati dia hanya untuk Dira. Amarahnya sudah lama hilang. Ikhwan bukan tak nak berjumpa Dira tapi kesibukan melanda.

“Kita mesti pergi airport!”


SURAT KHABAR ku lipat. Masa untuk aku pergi sudah tiba. Air mataku menitis lagi. Cepat sangatkan air mata aku ni jatuh. Hurmm. Murah air mata aku ni. Nak pergi bukan lama pun, sekejap je.

     “Aku pergi dulu. Jaga diri baik-baik. Kirim salam dekat Ikhwan tau. Cincin ni kau pulangkan kepada dia. Bila aku kembali ke sini, aku tiada apa-apa hubungan lagi dengan dia,” ucapku  seraya menyerahkan cincin pertunanganku.

     Bila aku kembali ke sini, secara automatiknya aku bukan lagi tunang kepada Muhammad Ikhwan. Mungkin ini yang terbaik untuk kami.

   Fifi mengangguk lalu tersenyum. Aku tahu dia menghormati keputusanku.

“Pergilah menemui kebahagiaan yang sebenar. Aku doakan kau bahagia,” bisik Fifi di telingaku.

 Aku pantas mengambil beg sandang lalu mengorak langkah untuk pergi. Selamat tinggal Malaysia!

“Ainul Ardira!!!’ jerit seseorang.

Langkahku terhenti. Siapa yang suka-suki panggil nama aku tu?
“Sarungkan cincin ni dekat jari dia,” ujar Fifi. Ikhwan mengangguk. Hadi yang tercungap-cungap hanya tersengih.

Ikhwan memintasku lalu merampas tiket penerbanganku. Aku hairan. Mamat ni nak apa lagi? Tak cukup lagi ke sakitkan hati aku?

 Aku cuba merampas kembali tiket penerbangan tapi tak berjaya. Ye la. Aku ni kenek, dia? Wohoo! Tinggi.

“Kenapa encik ambil tiket penerbangan saya ni?”

Pengumuman untuk kali terakhir telah dibuat. Matilah aku kalau dia tak bagi tiket penerbangan tu. Kalau nak gaduh pun, tunggulah nanti. Aku kerja masa lah!

“Dira, maafkan Ikhwan. Janganlah pergi tinggalkan Ikhwan. Ikhwan tak boleh hidup tanpa Dira,” rayu Ikhwan.

“Maafkan saya. Saya dah tak ada apa-apa hubungan lagi dengan encik. Sekarang kembalikan tiket saya.”

Bukan tiket yang aku terima tapi gelengan. Haisyy. Susah betul mamat ni nak faham. Harap je belajar tinggi.

Aku terkesima tika Ikhwan melutut di hadapanku. Adeh! Drama apa pulak  dia nak buat ni? Malu la.

“Apa yang encik buat ni? Bangunlah!” bentakku. Aku dah tak pedulikan orang di sekeliling.

Fifi ku pandang. Mesti dia yang beritahu Ikhwan pemergian aku. Fifi hanya menggeleng. Arggh! Mesti si Hadi.

“Ikwan takkan bangun selagi Dira tak maafkan Ikhwan atas kesilapan tu.”

“Ok! Saya maafkan. Now bagi balik tiket saya,” pintaku seraya menghulurkan tangan kananku.

Tangannya diselukkan ke dalam dompet lalu dia meletakkan sesuatu di telapak tanganku. Yang pasti bukan tiket tu la!

Srapp! Tiket penerbanganku dikoyak. Dia hanya tersenyum sinis. Mataku dibulatkan. Cincin tunang sekarang di telapak tanganku. Arggh! Fifi yang bagi dekat dia.

“Pakailah cincin tu. Jangan pandai nak buang apalagi nak putuskan pertunangan. Ikhwan kalau boleh nak sarungkan tapi belum halal.”

Dengan amarah yang masih ada, aku menyarungkan kembali cincin tunang. Ngee..

“Yakinlah Ikhwan pemilik hati Dira. Bukan Azfar tak guna tu.”

Adeh! Hal Azfar pun dia nak ungkit. Aku kenal Azfar dalam fb je la. Bukannya dekat alam nyata. Cemburu terlebih. Aku? Hurmm. Aku masih sayangkan Ikhwan. Tipulah kalau aku benci dia.

“Ye la. Pemilik hati Dira..”