contest blog paling cun


err.. contest blog cun? mesti ada yang terkekeh-kekeh ketawa sebab blog aku memang tak lawa..
kalau setakat nak cuci mata tu bolehla sikit-sikit.. first time ni aku join contest.. kamu-kamu yang baca entri ni amat digalakkan untuk tag aku lagi untuk menghilangkan kebosanan..
banyak yang join contest ni dan aku tahu, aku takkan menang tapi tak apa,,
don't drop until you reach the top..
hadiah? wohoo.., hadiah tempat pertama tu boleh bayo bil maxis bb ni.. hehe
*macamlah aku nak menang.. huahua
kepada yang nak join peraduan ni, sila klik di sini


err.. aku tag : 

p/s: kepada yang aku tag tu, jangan marah yea.. peace yo!







review enovel Iman Harraz


Siapa dia ni? Tak kenal pun aku. Huahua. Hanna! Stop merapu. Macam mana aku boleh minat sangat dengan Iman Harraz ni? Ok! Aku godek-godek dekat P2U dan terjumpalah novel yang tersangatlah mantap ni dan apa yang buat aku sakit hati adalah sambungan tak ada dekat P2U bila aku nak baca! Akhirnya aku mengambil keputusan untuk add si penulis dan tadaaa! Aku dapat baca sambungannya.. Meskipun jenuh tunggu dari satu bab hingga ke satu bab. Kesian kak Mia. Selalu kita tanya dekat dia bila next Iman Harraz ada. *aku kejam macam Hitler..

Hurmm. Kenapa aku suka Tuan Muda Iman Harraz? Kerna dia ni ada ciri-ciri lelaki idaman aku. Sombong, ego, hensem. Arggh! Si penulis berjaya buatkan aku jatuh cinta dengan Tuan Muda Iman Harraz. Kalaulah kak Mia letak nama aku sebagai watak utama kan best. Haha. Aku banyak dengar orang cakap cerita ni macam cerita korea tapi percayalah kak Mia, cerita tu tajuk dia pun kita tak pernah dengar. Cara dia cakap, perbuatan dia memang boleh buat kita rasa kita dekat tempat Irin dan ada masa kejadian tu berlaku. Cayalah! Kak Mia terbaik!

Kan bagus kalau ada cinta terlarang. Contohnya atuk Irin kena bunuh dan dia buat wasiat semua harta dia akan diberikan kepada Irin jika Irin berkahwin dengan Iman Harraz. Syafiq yang tidak berpuas hati datang membalas dendam. Wohoo! Gempak. Lepas tu buat mak su Irin pisahkan Irin dengan Iman Harraz. Buat la part sedih juga. Irin pregnant dan Iman Harraz tak mengaku anak dalam kandungan Irin tu anak dia.. *adeh! apa la aku ni. Macam la cerita ni aku punya tapi tak apa. Tapi dia orang bercinta ke? haha

Irin ni jenis lembut dan blur. Bagi dia famous dan lupakan Iman Harraz yang jaga dia. Kak mia, bagi orang geram tahap siput sedut dekat mak su tu. Kegeraman tak cukup tinggi la. Iman Harraz kena hempuk bagi ego lagi. Misteri tu memang ada tapi kena perkukuhkan. Buat flashback ke apa ke. Lepas tu masa dia orang nak jejak kisah lama Irin, bagi ada yang terkorban atau nyawa di hujung tanduk. 

Cerita ni memang berlainan dari cerita lain sebab jangkaan untuk mereka bercinta tiada langsung! Boleh jadi Irin akan bercinta dengan Syafiq dan boleh jadi juga dia bercinta dengan Iman Harraz. Mungkin boleh buat dia orang jatuh miskin ke. Haha.. *idea memang banyak kat kepala kita tapi kita tahu, bukan semua boleh pakai. 

Suka Iman Harraz. Lagi suka kalau Iman Harraz tu kita yang punya! Aku di sini kerna kau yang mahu aku terus berada di sini - sungguh! kita terlalu suka dengan ayat ni. Menampakkan ciri-ciri Iman Harraz. Love u Iman Harraz! Haha. 

p/s: kak Mia, maaf la ya kalau ulasan ni tak seberapa. Kita tulis bukan sebab nak buku cerpen tu. No.. no tapi sebab kita suka Iman Harraz lorrh! Kalau diberi pilihan antara duit dan Iman Harraz, kita pilih Iman Harraz. haha.. *gatal.. semoga kak mia tak pening dengan ulasan ni.

with love - Hanna Aleeya

cerpen : Lukisan Hati Buat Marissa

    Tangan yang sedang menconteng lukisan di atas kertas tiba-tiba terhenti pergerakannya. Aku termenung seketika. Mengimbas kembali saat gadis cantik itu sedang ketawa riang. Lantas bibir ini kembali tersenyum.

   Ku tatap lukisan yang baru separuh siap. Aku mengeluh lemah. Lukisan ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan berbanding lukisan lain. Ku ingin hadiahkan lukisan ini buat Marissa. Lukisan hati aku.

   “Wei Naz, kau buat apa tu?” sergah Wani tanpa ku sangka.

   Lukisan itu dipandangnya sepi. Aku terkedu. Tidak sempat untuk menyembunyikan lukisan itu. Hisyy. Dia ni macam chipsmore la. Sekejap ada sekejap tak ada. Tadi aku rasa dia dah balik tapi, kenapa dia ada dekat sini?

“Ni gambar siapa ni?” soal Wani tatkala matanya menangkap potret itu.

Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Tidak tahu harus menjawab apa. Buntu. Seolah-olah aku sedang menghadapi SPM. Adeh!

“Err.. ni. Ni Marissa.” Fuhh! Terkeluar juga nama dia.

“Marissa?”

Ya! Marissa. Gadis cantik yang selalu menganggu siang dan malamku. Selalu menjelma dalam mimpiku. Ku terjumpa dengannya secara tak sengaja di taman. Aku selalu perhatikan dia. Senyumannya seindah mentari yang menyinar dan suramnya seperti hari yang mendung.

Tapi sayang, aku hanya perhatikan dia dari jauh. Tak pernah sekalipun aku mendekati dia. Aku takut sebenarnya. Takut kalau-kalau gadis itu sudah berpunya.

Marissa suka bersiar-siar di taman berdekatan dengan rumahku. Di situlah aku bertemu dengan dia. Terlanggar bahunya tanpa sengaja. Mengekori dia pulang ke rumah setiap petang untuk pastikan dia baik-baik saja.

“Aah! Marissa la. Takkan kau pulak. Tak ada makna aku nak lukis muka kau tu,” gurauku dan serta-merta air muka Wani berubah.

“Memang la kau takkan lukis muka aku yang tahap melecun ni tapi siapa Marissa?”

  “Marissa! Gadis yang telah mengambil hati ini. Cantik. Sopan. Senyumannya indah sekali. Tak dapat aku bayangkan kalau dia pergi dari hidup ini.”

Aku cuba menggambarkan Marissa.

“Oh! Ok! Tapi macam mana kau nak bagi lukisan ni dekat dia?”

Fikiranku mula berputar. Bagaimana ya aku ingin memberikan lukisan ini kepada Marissa? Hurmm.. Baik aku post hantar dekat rumah dia. Alamat dah ada dalam tangan so, hantar je la. Bukan susah pun. Nak hantar sendiri malu la pulak.

Tapi nak ke Marissa terima lukisan ini? Nak ke dia terima cinta ini? Aku tak pasti la. Takut pun ada ni. Dan macam mana pulak aku nak luahkan perasaan cinta ini? Hurmm.
 
   "Eh mamat ni! Termenung la pulak. Kau betul-betul cintakan dia atau kau main-main je ni?"

Mataku terus membulat. Mana ada aku main-main. Selama ni, pernah ke aku mainkan perasaan wanita? Hisyy.

“Mangkuk! Mana ada aku main-main. Ni Nazrin Qayyum ok! Tak baiklah mainkan hati wanita. Kalau aku cakap aku suka, aku suka la.”

“Ye la tapi jangan lupa buat untuk aku lukisan sama. Mana aci. Aku nak juga lukisan yang ada muka aku yang cute ni.”


SYAZWANI memandang siling yang kosong itu. Entah kenapa hatinya juga berasa kosong. Terguris dengan sikap Nazrin. Telefonnya yang tidak henti berdering tidak dia ambil peduli. Dan tiba-tiba, air matanya mengalir laju.

   “Nazrin, kenapa kau buat aku macam ni? Aku sayangkan kau. Kenapa kau tak faham dari dulu lagi? Kenapa?” bentak Syazwani.

   Terhenjut-henjut bahu Syazwani menahan esak. Dia mengesat air matanya yang tidak berhenti mengalir.

“Janganlah mengalir lagi. Cukuplah! Kenapa kau degil? Bodohnya aku. Kenapa aku boleh suka dekat kau?

Syazwani mengeluh. Entah macam mana semua ini berlaku. Tegarkah dia melihat Nazrin bahagia bersama Marissa? Sanggupkah dia berkorban? Padahal dia sudah letih. Berapa lama lagi dia sanggup bertahan?

Bertahun-tahun Syazwani letakkan hatinya hanya untuk Nazrin tapi, apa yang dia dapat? Sakit. Pedih. Salahnya sendiri kerna tidak pernah meluahkan perasaan cinta kepada Nazrin. Sekarang, dia terlambat.

“Aku cintakan kau, aku sayangkan kau dan aku rela berkorban demi kebahagiaan kau,” lirih Syazwani.

Cinta satu kata. Cinta satu bahagia. Cinta satu derita.


HAIRAN! Itu yang aku rasa kebelakangan ini. Wani yang semakin menjauh dariku serta Marissa yang tidak pernah kelihatan di taman lagi. Ke mana mereka pergi? Aku tersenyum bila mana mata ini tertancap pada lukisan buat Marissa. Lukisan untuk Syazwani juga sudah ku siapkan. Lukisan setia sebagai tanda terima kasih kerna selalu ada untukku.

   Kehilangan Syazwani beberapa minggu ini memang menghairankan aku. Selalunya dia lah yang dok melekat kat tepi aku. Aku telefon dia tak angkat. Aku pergi rumah dia sepi je.

   Marissa, aku ingin menjadi suamimu. Aku ingin menjadi bapa kepada anak-anakmu. Sudikah engkau menjadi isteriku? Menjadi ibu kepada anak-anakku?

“Better aku pergi rumah Marissa tapi, kalau aku kena halau macam mana? Dah la dia tak kenal aku. Mesti dia cakap aku gila,” bicaraku sendiri.

Ku ambil lukisan yang sudah siap itu lalu ku gulung dan ku ikat dengan reben berwarna putih. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Marissa. Entah kenapa hatiku rasa tidak sedap. Seolah-olah ada perkara buruk yang terjadi atau telah terjadi.

Aku terpandang lukisan setia untuk Wani. Ah! Yang tu bila-bila masa boleh bagi kat Wani.

Naik kereta ke jalan kaki? Hurmm. Baik aku naik kereta. Cepat sikit sampai, gumamku.

“Nazrin…” Kedengaran suara Wani tika aku ingin masuk ke dalam kereta. Aku memandang wajahnya. Pucat. Dia sakit apa?

“Eh Wani! Mana kau menghilang? Asal muka kau pucat sangat tu? Takut aku tengok,” ujarku dalam nada gurau.

Wani tersenyum lemah. Tudungnya juga tidak kemas. Seolah-olah dia mengejar masa. Wajahnya lain dari hari biasa.

“Aku nak cakap sikit dengan kau.”

“Cakap? Cakap apa? Cakap je la. Aku kejar masa ni,” ujarku perlahan.

Sempat lagi aku mengerling jam tangan. Entah kenapa aku rasa seperti mengejar masa. Terlalu sebenarnya.

“A… aku. Aku sukakan kau,” luahnya.

Aku terus memandangnya. Gurauan apa lagi yang dia nak buat ni. Aku betul-betul tak ada masa nak bergurau-senda.

Atau memang betul? Mustahil! Sebab dia cakap dia ada suka sorang mamat ni.

“ Apa yang kau mengarut ni? Dah la. Aku nak pergi dulu,” ujarku lalu membuka pintu kereta dan belum sempat ku masuk, dia menahan.

“Hei! Apa ni? Tepilah. Aku kejar masa ni.”

Nadaku mula tinggi. Kesabaranku tergugat dengan sikap Wani. Nak main tu hari lain la. Aku betul-betul rasa sesuatu yang tidak elok ni. Apakah yang terjadi kepada Marissa?

“Aku betul-betul sayangkan kau, aku sukakan kau sejak dulu. Kau lah mamat yang aku suka tu. Boleh tak kau terima aku?”

Matanya mula berair. Ni yang aku lemah ni. Takkanlah aku mamat yang dia suka tu? Mustahil!!!

Aku anggap Wani tak lebih dari seorang sahabat. Mana mungkin aku boleh terima cinta dia sedangkan hati aku untuk Marissa.

“Maafkan aku. Aku betul-betul tak boleh terima kau. Hati aku bukan untuk kau tapi untuk Marissa. Dah la. Buang masa kau je.”

Wani menggeleng. Rupanya dia tidak terima jawapanku. Adeh!

“Tak! Aku lebih layak dapat kau dari si Marissa tak guna tu. Dia perampas! Dia rampas kau dari aku.” Hatiku terbakar. Wani sudah hilang pertimbangan. Aku geram

Lantas aku memegang tangannya lalu menyeretnya keluar dari kawasan rumahku. Tidak aku pedulikan mata-mata yang memerhati.

“Kau dengar sini! Mulai sekarang, kita putus sahabat! Kau bukan lagi kawan aku. Sudah! Berambus! Buat menyemak rumah aku je.”

Aku tahu hati Wani terguris mendengar kata-kataku tapi aku tidak peduli.

Dahiku berkerut. Pelik! Kenapa ada ramai orang dekar rumah Marissa ni? Ada apa-apa ke? Dan paling hairan kenapa rata-rata dari mereka menangis? Aku bingung.

“Mak cik, boleh saya tahu apa yang terjadi?’

Mak cik itu menoleh ke arahku lalu menjawab, “anak perempuan mereka meninggal dunia semalam. Dah lama dah anak dia tu sakit. Bertahun-tahun rasanya.”

“Kalau boleh saya tahu, anak dia nama apa? Sakit apa ya?”

Mak cik itu berfikir sejenak.

“Tak silap mak cik anak dia yang nama Marissa. Kanser paru-paru.”

Jantungku seolah-olah berhenti berdegup. Marissa? Terus lukisan yang ku pegang sejak tadi terjatuh. Sakit? Kenapa aku tengok dia macam biasa je? Aku meraup mukaku dengan kedua-dua belah tangan.

Saat ini hatiku rasa sakit. Kerongkongku perit. Tanpa ku sedar, air mata mula bertakung di tubir mata. Lukisan hati ini buat Marissa ku biarkan saja. Arggh! Aku terlambat.

“Aku ingin menjadi suami kepada dirimu, aku ingin menjadi bapa kepada anak-anakmu. Lukisan hati aku buatmu, Marissa.”

Dan telefonku berdering tanda sms masuk.. Antara mahu dan tidak mahu, aku membuka mesej itu.

 Nazrin, Wani dah pergi. Dia kena langgar lori masa dia ada depan rumah kau. Sekarang, mayat dia ada dekat hospital…

Aku terpempan. Wani dah tak ada? Dugaan apa yang DIA berikan kepada aku saat ini? Aku kehilangan orang yang aku sayang dan sahabat yang baik dalam masa yang sama. Air mataku menitis.

Marissa, lukisan hati ini buatmu, sayang. Potretmu ku ukir sebagai kenangan. Kau pergi tanpa sempat aku mengucapkan selamat tinggal. Ku ingin menjadi suamimu, ku ingin menjadi bapa kepada anak-anakmu tapi sayangnya kau pergi terlebih dahulu.

Syazwani, kau sahabat sejati. Lukisan setia untukmu, sahabat. Maafkan aku atas kekasaran itu. Aku tak mampu menyayangimu lebih dari seorang sahabat. Aku tak mampu berikan rasa cinta kepadamu. Sekarang kau juga pergi meninggalkan aku sendiri.

Lukisan hati buat Marissa. Lukisan setia buat Syazwani. Aku terlambat…








wanita..

sesungguhnya wanita mempunyai hati yang lembut selembut span. Span? Ok! Kapas. Wanita adalah insan yang lemah di luarnya tetapi kuat di dalamnya. Percayalah kerna aku juga wanita a.k.a kanak-kanak. Bagi aku, ada sebab wanita menangis.

1. terharu - dapat result 5A, menangis. Sebab apa? Terharu sangat-sangat. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan tu <---- ini adalah aku bila dapat result UPSR.

2. terluka - air matanya menitis kerna dia terluka. Bukan saja sebab lelaki tapi mungkin karna anak-anaknya.

3. hobi - aku la tu. Entah kenapa hobi aku adalah menangis <---- digelar cengeng tapi aku tak rasa aku cengeng. Aku rasa sebab aku ni lembut sangat. Adeh!

4. masa lalu - dia mungkin menangis kerna teringatkan masa lalu. Masa lalu yang pahit. Penuh dengan penderitaan. Siapa tahu?

5. sahabat, keluarga dan masyarakat - menangis kerna saudara sendiri. Dikhianati oleh saudara sendiri. Itu mungkin sebab dia menangis.

benteng yang kau bina mengagumkan aku..,
kau rela memilih DIA daripada memilihku..,
agamamu kau agung-agungkan..,
sayang, kau wanita terindah..,

bila dia bercerita...

bila tetibe ada orang cuit shoutmix aku, aku terkejut.. terpana dan terkedu.. first aku terkedu bila dia si blogger terkenal, uncle Ben Ashaari follow blog aku..klik di sini untuk ke blog dia. aku buat biasa tapi sebenarnya aku nak jerit bagi satu dunia tahu. adeh! dan aku terkejut bila bilangan kawan aku bertambah dalam sekelip mata..

uncle ben, danke schoon.. kita memang baru dalam dunia blog dan penulisan. semuanya bermula tanpa kita sangka. hope kita boleh jadi novelis. hehe. siapa sangka, aku si budak nakal yang berumur 13 tahun gembira sebab ada yang nak jenguk blog aku. blog aku tak lawa, tak banyak kawan tapi aku harap orang yang datang hargai blog aku. semuanya bermula di semuanyapendek.blogspot.com

kau nak terima aku?

1. R dia cukup sifat tapi R aku memang tak cukup sifat. Kadang-kadang orang gelak bila aku cakap R. Sebijik macam budak cina.Dia? Wauu... Cantik gila bila dia kata R.

2. Kasar dari dia tapi aku baik. Ye la. Meskipun aku ni kasar, dalam aku lembut. Dia lain. Lembut luar dalam.

3. Aku memang la comot. Kau tak nampak ke sekali aku makan eskrim, berapa banyak tisu aku pakai? Baju aku yang kotor tu kau nampak tak? Mesti kau nampak. Dia makan jangankan comot, tumpah sikit pun tak. Sopan je gaya dia makan.

4. Aku tak lawa la. Kau nak ke aku ni? Tak lawa macam dia. Aku lalu tak ada pun laki pandang tapi dia, sekali lalu, mak aii.. tapi tak apa. Tak la dosa mamat tu tak pandang aku.

5. Muka aku agak bulat. Kau nak ke? Bukan kau nak orang yang muka bujur sirih erk?

6. Duit dalam dompet dia memang berkepuk tapi dalam dompet aku ada seposen je. Kau nak tak seposen tu?

7. Rumah aku tak ada aircond macam dia punya. Aku pun kipas tapi kipas tu letak dalam bilik mak aku je tapi jangan risau, bila kau datang nanti, aku angkut kipas tu letak tepi kau. Tu pun kalau kipas tu tak tercabut kepala dia.

8. Hanya lulusan UPSR. Bukan lulusan Cambridge macam dia.

9. Aku suka makan pisang kering. Kau tahu tak pisang kering tu apa? Kau mesti tak makan kan. Ce kau makan. Sedap tu.

10. Rabun, pekak, pelupa. Kadang-kadang, aku tak ingat pun kau nama apa. Muka kau macam mana. Kau cakap apa pun aku tak dengar. Tak macam dia. Selalu ambil berat dekat kau.

11. Muka aku ada jerawat. Tak licin pun muka aku macam dia. Minyak pun banyak kat muka aku. Boleh la gantikan minyak kelapa sawit tu.

12. Baju aku baju bundle. Tak mahal macam dia. Tak ada jenama guess kebenda tu. Hanya dua hinggit sepasang. Dia? Dua ratus ringgit sepasang.

13. Masakan aku memang hancur. Masak nasi konfem hangit. Kesian orang yang makan nasi aku tu. Terpaksa telan.

14. Aku tak ada handphone. Bukan macam dia. Siap pakai Iphone 4 lagi. Aku? Jangankan Iphone 4, klon Iphone 4 pun aku tak pernah pegang.

15. Aku tak ada rambut perang yang dikale macam dia. Rambut aku neutral. Siap aku tutup. Kau nak tengok tak boleh sebab aku bagi mahram aku je tengok.

16. Dalam hidup aku tak ada istilah kapel. Kau nak ke kawan dengan aku tanpa sebarang jaminan? Dia mestilah ada gerenti. Betul tak?

17. Aku tak kuat. Aku selalu nangis. Teman aku air mata bukan macam dia. Tika aku susah, aku nak kau ada di sisi aku. Beri aku kekuatan.

18. Aku tak ada ibu bapa yang kaya dan hidup mewah macam dia. Kau nak ke terima ibu bapa aku yang macam tu?

19. Sebelum kau nak pinang aku, kau kena jumpa mak ayah aku. Kasi tau kat dia orang sebab kenapa kau nak kahwin dengan aku.

20. Kau akan menjadi khalifah untuk keluarga kita. Suami kepada aku, ayah kepada anak-anak aku. Kau akan mencari rezeki untuk kami.

So, kau nak terima aku? Selepas kau baca ni, kau still nak terima aku?

cerpen : Aku dan Kau Saudara

    “Kau tu bodoh! Asal kau pergi kawan dengan minah tu? Kau tatau ke huh dia tu orang Indonesia? Indonesia bukan Malaysia!” bentak Izzah. Aku hanya menunduk.

   Tidak faham aku dengan sikap segelintir manusia yang mahu bertengkar gara-gara bola sepak atau hal lain. Salahkah aku kawan dengan Dewi? Dia manusia sama seperti aku. Sama seperti Izzah. Dewi bukannya jahat. Dia baik tapi cara dia dilayan oleh Izzah membuatkan aku risau.

Kita kan saudara kenapa mahu bermusuhan? Sampai bila mahu bertengkar? Aku muak. Tak sepatutnya semua ni terjadi. Banyak membawa masalah kepada kita tapi kenapa ramai yang tak sedar termasuk Izzah?

“Kau ni pehal Izzah? Sudahlah. Tak baik bergaduh, bermusuhan macam ni. Tak ada faedah. Kau tu dah besar, ada otak. Cuba la fikir baik-baik,” ujarku lembut.

Tak boleh berkasar untuk mengajak berdamai. Harus lembut kerna manusia dijadikan sebaik-baik kejadian. Sekeras mana hati, pasti akan lembut apabila menggunakan cara lembut. Selembut mana hati, pasti akan keras apabila menggunakan cara kasar.

“Tak ada faedah? Hei! Aku selalu sakit hati dengan dia orang tu. Kutuk Malaysia. Panggil kita anjing macam kita ni anjing. Panggil kita pencuri. Dia orang tu buta! Tak sedar dia orang tu lah pencuri,” Izzah melepaskan geram di dada.

“Izzah! Kau dah tersesat. Sedarlah. Jangan kerna benda tu, kau jadi macam ni. Kau bukan Izzah yang aku kenal. Izzah yang aku kenal baik, lembut..”

Belum sempat aku menghabiskan kata, Izzah memotong.

“Itu dulu! Manusia boleh berubah termasuk aku. Kau tak payah peduli. Sekarang, aku nak kau putuskan persahabatan dengan si minah tak guna tu!”

Apabila amarah menguasai diri, kita akan hilang pedoman. Tak guna akal fikiran yang tinggi lagi. Semuanya musnah begitu saja. Semuanya hilang ditelan dendam.

Hanya kita yang mampu ubah diri kita. Hanya kita yang mampu memperbaiki kesalahan lalu. Hanya kita. Orang lain hanya mampu menasihati dan membimbing kita. Bilakah Izzah akan sedar? Aku sedih. Sedih dengan perangai Izzah.

Dalam sekelip mata, dia berubah. Bukan lagi Izzah yang berfikiran terbuka, penyabar dan bersopan-santun. Semuanya berubah gara-gara perlawan bola. Aku tahu dia fanatik dengan bola sepak tapi tak sepatutnya begini. Membalas kutukan dengan kutukan.

“Sampai bila kau nak bergaduh? Sampai bila? Kau tak sedih ke lihat bangsa kita berpecah? Kau tak sedih ke lihat sesama saudara bertengkar?” soalku perlahan.

Izzah terus ketawa tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang.

“Sedih? Wei Nurul, kau dengar sini. Masukkan kata-kata aku dalam kepala otak kau. Aku takkan berdamai. Aku bukan saudara mereka. Aku tak sedih. Aku bukan macam kau. Lembut sangat. Senang je orang pijak.”

 “Aku harap kau akan sedar suatu hari nanti. Aku harap kau akan temui kedamaian. Aku harap sangat. Tolong bangun dari mimpi.”

Laungan dari luar rumah terus menghentikan lamunanku. Ku kerling jam pada dindin. Sudah pukul 5.30 petang. Hurmm. Dewi ke yang datang tu? Atau Izzah?

“Fit! Dewi datang nak jumpa kamu. Cepat la sikit.” Ujar mama dari luar bilik. Aku terus menyambar tudung yang terletak elok di hujung katil.

Ada apa yang Dewi nak jumpa aku? Aku rasa hari ni aku tak buat pun perjumpaan dengan dia. Dia tertinggal buku sekolah ke?

“Ah! Ada apa kamu mahu jumpa sama aku?” soalku padanya. Dewi pula ku lihat agak resah.

“Izzah! Izzah kecelakaan sama mobil. Tadi aku mahu bantu tapi dia ngak mahu. Kamu bantu dia ya. Kasihan aku melihatnya.”

Tiba-tiba saja hatiku sebak. Betapa tulusnya insan bernawa Dewi Lestari. Tidak berbekas langsung di hatinya soal Izzah. Dia hanya tersenyum dan berkata semua ini takdir. Harus kuat dan sabar. Kenapa Izzah tak sedar semua ni?

Aku membuntuti Dewi ke tempat Izzah kemalangan tapi kosong. Tak ada sesiapa di situ termasuk Izzah. Dewi kata ada kemalangan tapi tak ada Izzah pun.

“Eh! Ke mana Izzah ya? Tadi aku lihat dia di sini sambil menangis. Masa hilang?” omel Dewi sendiri. Kadang-kadang, aku tidak berapa faham percakapan Dewi. Agak asing bagiku kerna terbiasa dengan Bahasa Malaysia.

“Tunggu kejap aku tanya sama mbak itu,” ujarku seraya menuding jari ke arah seorang wanita yang agak tua dariku.

Dewi mengangguk lalu tersenyum. Aku membalas senyumannya.

“Kak, ada nampak tak orang yang kemalangan kat situ tadi?”

“Oh! Setahu akak, mak budak tu dah bawa dia balik rumah.”

“Kalau macam tu, tak apa la. Terima kasih ya kak. Assalamualaikum,” ucapku lalu memanggil Dewi.


PUNAT LOCENG ku tekan. Masuk kali ini sudah tiga kali aku tekan. Tak mungkin tak ada orang kat rumah Izzah. Aku tengok kereta ayah dia ada. Pergi ke mana dia orang ni?

   “Izzah. Kenapa tak keluar? Kesian kawan-kawan Izzah tu. Mama nak buka Izzah tak kasi.”

   Puan Haryati bertanya lembut. Faham sangat dengan anaknya itu. Degil dan keras kepala. Entah apa salah Dewi sehingga Izzah bencikan dia.

“Biar je. Pandai-pandai la dia orang tu balik. Dia orang tu bukan kawan Izzah. Dia orang tu musuh Izzah. Apa la Nurul tu. Pergi kawan dengan minah boboh tu.”

“Izzah! Tak baik cakap macam tu. Dia orang tu kawan Izzah bukan musuh Izzah! Kita ni sesama Muslim. Saudara. Kalau macam ni la kan, mama tak fikir Izzah boleh berkawan dengan orang,” bebel Puan Haryati.

Izzah mencemik. Hatinya kini lebih sakit dari luka-luka. Benci dengan Nurul. Benci dengan Dewi. Arggjh! Semuanya benci.

“Dah la mama. Izzah muak dengar leteran mama tu. Sakit telinga je. Izzah masuk dulu. Sakit hati je tengok dia orang tu.”

Izzah berlalu pergi meninggalkan Puan Haryati. Hairan dengan sikap anaknya. Entah dari mana mewarisi sikap dendam. Nak kata dari keturunannya, rasanya tidak. Dari keturunan suaminya pun tidak. Entahlah.

Aku mengeluh. Mungkin Izzah tak nak berjumpa dengan kami. Siapalah kami ni. Hanya orang yang tak berguna di matanya. Aku masih berkecil hati dengan dia. Sikapnya melampau. Mahu bergaduh macam tiada didikan agama.

“Hurmm. Kita balik je la. Rasanya Izzah pergi klinik. Tak balik lagi,” bohongku. Tak mahu Dewi berkecil hati.

“Kalau kayak gitu, ngak pa-pa lah. Nanti aja kita melawat Izzah.”

Dewi memberi kata putus. Aku mengangguk lalu berjalan pulang ke rumah kerna sudah lewat petang. Ada lai urusan yang harus aku selesaikan.

PELAJAR-PELAJAR di dalam kelasku semuanya diam. Tahu sangat dengan perangai mereka yang takutkan Cikgu Hisham, guru Bahasa Malaysia. Entah apa yang mereka takutkan sangat dengan Encik Hisham ni. Aku rasa dia biasa je. Mungkin kerna suaranya yang garau.

“Dewi, datang ke sini kejap.”

Pantas rakan-rakanku berbisik sesama sendiri. Ada saja yang mahu digosipkan. Adeh! Aku berpaling melihat Izzah. Dia memalingkan mukanya lalu memeluk tubuh. Hurmm. Sampai bila lah nak musuh dengan kami?

“Mari kita dengar cerita Dewi. Cikgu yakin korang akan dapat pengajaran dari cerita ni.”

Aku menumpukan perhatian. Pasti ada cerita yang menarik.

“Aku ingin ceritakan tentang seorang gadis yang bernama Kasih. Dia seorang gadis yang cintakan kedamaian. Suatu hari, dia terlihat dua orang kanak-kanak perempuan sedang bertengkar. Lalu dia mendekati kanak-kanak itu dan bertanya mengapa mereka bertengkar.

Kanak-kanak itu menjawab mereka bertengkar kerna sebuah boneka. Si A mendakwa boneka itu milik dia. Si B juga mendakwa boneka itu milik dia. Akhirnya mereka bertengkar sekali lagi. Si A dan si B menangis apabila Kasih merampas boneka itu. Kasih berkata dia akan berikan semula boneka itu jika si A dan si B menjawab soalannya.”

Dewi berhenti. Perlahan-lahan dia menghela nafas lalu menyambung kembali cerita itu.

“Kasih bertanya bagaimana kalau salah seorang dari mereka meninggal. Kanak-kanak itu terdiam. Si A menjawab dia akan biarkan si B meninggaL begitu saja tanpa dia peduli. Si B juga menjawab jawapan yang sama. Dengan kuasa Ilahi, si B meninggal. Si A terkejut. Kasih hanya diam tanpa bercakap sepatah kata.

Si A terus merampas boneka di tangan Kasih lalu meletakkan boneka itu di tangan si B. Si A berbisik di telinga si B yang dia tak perlukan boneka tu. Dia perlukan si B. Kasih hanya diam. Dia tahu mereka saling menyayangi tapi mereka dibutakan dengan boneka itu. Mereka bertengkar karna boneka itu. Akhirnya, si A hanya mampu menyesal.”

Aku menepuk tangan. Cerita yang bagus. Mampu menyedarkan aku. Cuitan di bahuku menganggu tumpuanku. Siapa pula dok main cuit bahu orang ni. Ngee. Pantas ku berpaling. Ku lihat Izzah sedang berdiri tegak sambil menangis..

Aku terkejut. Rakan-rakanku yang lain juga terkejut. Cikgu Hisham entah hilang ke mana. Tiba-tiba, Izzah memelukku.

“Maafkan aku. Aku tak sedar. Maafkan aku sebab buat kau macam ni. Bencikan Dewi. Ini salah aku Nurul. Salah aku.”

Cerita Dewi boleh menyedarkan dia. Aku hairan. Macam mana kisah tu boleh sedarkan dia padahal cerita tu biasa saja?

“Dewi. Maafkan aku. Aku sayang kau sebenarnya.”

“Aku juga sayang kamu. Aku kan saudara kamu,” ujar Dewi.

Pantas kami bertiga berpelukan. Sunggguh! Kami ditakdirkan bersaudara bukan bermusuhan.

HISYAM memandang Puan Haryati. Rancangan mereka berhasil. Cerita yang Dewi cerita itu adalah hasil karangan Cikgu Hisyam tapi ramai yang tak sedar.

“So, amacam? Berjaya?” soal Puan Haryati teruja.

“Berjaya tapi kenapa puan tipu Izzah kata Dewi nak pindah pasal kecil hati dengan dia?”

“Cikgu. Kalau saya tak tipu, tak berkesan la. Tak apa. Biarlah je la.

“Mama!!!!” jerit Izzah.

Puan Haryati dan Cikgu Hisyam berpaling. Lawak juga rancangan mak Izzah. End of story. Kami adalah saudara tak kira apa pun yang terjadi. Sampai bila mahu bertengkar? Menunggu Zionis merampas Masjidil Asqa? Menantikan umat Islam berpecah-belah? Menunggu datangnya Hari Pembalasan?



siapa aku

  Err. Aaaa.. Tak tahu nak cakap apa walaupun sebenarnya ada seribu satu aksara yang ingin meniti keluar dari bibir ini. Muehehe. Nama samaran : Hanna Aleeya. Nama sebenar biarlah hanya aku, orang yang kenal aku di luar alam maya dan DIA tahu :')
 
  Umur pun sama. Yang tahu tu, tahulah. Yang tak tahu tu, memang tak tahulah. Bagi aku umur tu bukan satu masalah kut. Aku bukan pandai sangat menulis. Even orang pun tak kenal siapa Hanna Aleeya but it's okay. Tak kisah pun. Tak kenal siapa aku pun tak apa. Kali pertama aku menulis sebenarnya sebab aku sedih. Well! Tak ada manusia yang tak sedih.
 
  Dan aku terfikir macam mana nak meluahkan rasa selain daripada mengadu dengan Yang Esa. Fikir punya fikir, aku rasa macam kenapa aku tak menulis. And aku cuba menulis meskipun langsung tak ada pengalaman dan agak tak pandai menulis.
 
  Mungkin bagi sesetengah orang, menulis hobi. Hobi aku bukan menulis sebenarnya. Aku lebih suka membaca. Menulis tu macam satu benda yang aku buat untuk melakarkan rasa aku. Tak kisahlah rasa bahagia ke, sedih ke. Oh ya, aku memang menulis kisah cinta tapi aku tak bercinta. :')

  May Allah bless all of you. Assalamualaikum.. Lots of love, Hanna Aleeya.

cerpen : Kerana Pastel

   Adrian yang sedang bercakap non-stop tidak ku pedulikan. Bukannya cakap pasal benda yang aku tahu. Asyik cakap pasal bola, kereta. Mana la aku minat. Dia ni pun satu. Time aku sibuk la nak cari aku. Tak boleh nak hidup senang langsung.

   Tapi Adrian kan sahabat susah dan senang aku. Semuanya secara kebetulan. Kalau tak disebabkan arwah Pastel, pasti aku dan Adrian macam anjing dan kucing. Hurmm. Terus aku teringat arwah Pastel.

“Wei Hanna! Yang kau termenung tu pehal? Dengar tak aku cakap?”

Aku mengangguk tapi Adrian masih belum berpuas hati.

“Kau dengar apa? Mesti kau tak dengar kan? Ala! Jangan tipu aku la. Aku..”

Adrian! Please stop!” jeritku lantang seraya air mataku bercucuran keluar. Macam hujan la pulak. Adeh!

Dahinya kelihatan sedikit berkerut. Pasti tengah berfikir salah dia tu. Ni yang aku suka sangat ni. Pasti dia akan rasa bersalah kalau aku nangis. Tak senang duduk macam ada pepijat.

Peluh mula menitis. Tadaa! Pasti dah bersalah sangat dah kalau peluh dia keluar. Air mata aku dalam diam adalah senjata yang terhebat. Tak perlu bazir duit belum bom.

“Syuuh! Jangan la nangis. Ala. Kalau kau tak nak dengar cerita aku sudah la tapi tak payah la nangis. Muka kau mengalahkan asam kau tahu.”

Aku mencemik. Ada saja modal dia nak sakat aku. Lantas aku mengesat air mata yang tak berhenti mengalir. Degilnya air mata aku ni. Sebijik macam aku!

“Apa la kau ni Adrian! Bukan sebab kau la aku nangis. Gila ke apa aku nak nangis sebab ayat kau.”

“Habis asal kau nangis? Ye la. Kau kan sensitif. Nangis je kerja kau. Salah sikit, nangis. Gurau sikit nangis.”

 Ngee! Mamat ni memang tak boleh pakai la. Biar la dengan aku nak nangis ke tidak. Air mata aku. Sakit aku. Menyibuk betul la. Kang aku nangis lagi baru kau tahu. Masa tu baru tergedik-gedik nak pujuk.

 Hurmm. Aku pandang taman permainan yang menjadi saksi pemergian Pastel. Memang aku sedih bila ingat kembali peristiwa tu. Kejadian tu berlaku betul-betul depan mata aku. Senyuman dia, gelak tawa dia selalu aku ingat.

 Kan bagus kalau Pastel masih ada. Boleh kami bertukar pendapat. Main sama-sama. Adrian tu memang la kawan aku tapi tak rapat sangat. Dia laki, aku perempuan. Harus ada batas.

“Ei minah ni. Termenung lagi. Cepatlah cakap,” gesa Adrian.

“Hurmm…”

“Asyik-asyik hurmm. Hurmm kau buat apa. Cepatlah!”

Aku mengeluh berat. Susah betul cakap dengan mamat sengal ni.

“Aku teringatkan Pastel la…” ujarku perlahan. Adrian diam! Tanda dia terkedu. Pasti dia merasa bersalah atas kematian Pastel. Aku juga begitu tapi ini semua takdir.

Sakit memanglah sakit tapi aku harus terima. Harus relakan pemergian Pastel. Kalau dia boleh berkorban untuk kedamaian aku, kenapa aku tak boleh?

PASTEL memandangku lalu mengukirkan sebuah senyuman. Indah seperti dirinya. Anak kelahiran Indonesia yang berhijrah ke Malaysia tika dia masih kecil lagi. Cantik dan tinggi budi pekertinya. Namanya juga indah.

Bukan sepertiku. Seorang yang degil. Terlalu degil. Kami berbeza tapi hati kami tetap sama. Bertahun-tahun aku mengenalinya. Tak jemu nak pandang dia. Comel sangat.

“Hanna…”

Aku menoleh ke arahnya. Suka sangat panggil nama aku. Adeh!

“Ye saya. Ada apa cik Pastel?” soalku sambil membuat muka tidak bersalah.

Pastel boleh bercakap dalam Bahasa Malaysia. Ye la. Dah bertahun tinggal kat sini tapi rajin juga dia balik Indonesia. Muahaha. Aku pun selalu la dapat ole-ole. Dah penuh dalam almari aku tu.

Bangga aku! Apa yang buat aku kagum dengan Pastel ni adalah ketabahan dia. Kesabaran yang tinggi. Aku tak boleh nak bersabar macam dia. Ye la. Aku selalu masuk carta 5 Hot Fm.

Dia? Carta 5 Cool Fm. Adeh! Sakitnya kepala aku ni. Siapa yang baling batu pulak ni?

   “Opps! Terkena pulak! Sorry yea Hanna. Aku tak sengaja.” Huh! Ni yang aku bengang ni.

“Banyak la kau tak sengaja! Kau tak nampak ke huh aku ada kat sini? Bodoh!” tengking aku. Pastel ku lihat seperti cuba memikirkan jalan untuk menghentikan pertengkaran.

Relaks Pastel. Ni baru permulaan.

“Eh! Si cengeng dah marah la. Takutnya I,” ejek Adrian.

“Wei mat! Boleh blah la! Dah la baling batu kena kepala aku. Sakit tahu tak. Bukannya nak minta maaf.”

Ni salah satu punca aku masuk carta 5 Hot Fm. Adrian tak guna punya pasal. Lelaki campuran Malaysia dan Indonesia. Ada ke macam tu? Ada la tu. Suka sangat buat aku sakit hati. Tatau ada apa dalam kepala otak dia.

Dah bertahun aku bermusuh dengan dia. Memang sakit hati gila!

    “Aku minta maaf kat kau? Oh tidak. Takkan!”

“Wei sengal! Kau memang nak kena,” ujarku dengan nada yang tinggi lalu membaling seketul batu tepat mengena kepalanya.

Huh! Puas hati aku. Opss! Wajahnya sudah kemerah-merahan. Siap sedia. Incredible Hulk dan muncul. Ekekeke.

“Bodoh!!!!!”

“Haha. Kau la bodoh.”

Terus aku dan Adrian berlawan membaling batu. Sakit sikit je. Macam kena gigit semut. Cengeng-cengeng aku pun aku kuat la.

“Sudah!” jerit Pastel lantang. Adeh! Aku tak ingat la tadi Pastel sekali dengan aku.

“Bila korang nak berhenti bertengkar? Baik kita berdamai.”

“Berdamai? Tu kerja paling bodoh aku pernah buat rasanya. Tak akan sampai bila-bila,” ucap Adrian selamba.

Aku memeluk tubuh. Tensyen! Tengok! Macam mana aku nak berdamai dengan dia sedangkan dia sendiri tak nak berdamai. Perdamaian takkan terjadi kalau hanya sebelah pihak yang nak berdamai.

Betul ke? Ok tak. Fakta aku sebentar tadi salah tapi apa pun, aku takkan berdamai dengan Adrian tak guna tu. Nehi!

CERMIN MATA yang ku pakai aku tanggalkan. Rimas gila. Tu la. Nak sangat kan pakai cermin mata. Kan dah menyesal. Hape la aku ni.

“Hanna…”

Tengok! Nama aku lagi. Hehe

“Ye sayang. Nak apa?” soalku pada Pastel.

“Pastel nak Hanna dan Adrian berdamai,” ujarnya penuh yakin.

What? Berdamai? Kerja gila tu nak berdamai dengan Adrian tak guna. Dia pun tak nak berdamai dengan aku. Takkan aku nak tergedik-gedik berdamai dengan dia.

“Nehi! Aku tak akan berdamai dengan dia!”

“Tapi sampai bila? Sampai bila kau nak bergaduh macam ni?” lirihnya perlahan.

Aku tersilap tika ini. Amarah terlebih dahulu menguasai aku. Kalaulah aku boleh undur masa, pasti bukan ayat ini yang aku pilih. Bukan ayat ni!

Arggh! Semua ni silap aku. Bukan ayat ni la aku nak cakap kat kau tapi aku terlambat.

“Kalau kau mati baru aku dan si Adrian tak guna tu berdamai!”


AKU memuncungkan mulut tanda merajuk. Kenapa Pastel tak nak pergi taman pulak? Selalunya dia yang beria-ia. Hisyy! Dah la aku tak ada mood nak duduk rumah. Ni yang aku tak puas hati ni.

   Pastel sejak akhir-akhir ni jadi pendiam. Hairan I. Bukan macam selalu. Sebab apa ya? Hurmm.

   “Jomlah. Ala. Temankan aku. Please!” rayuku. Muahaha. Gembiranya aku bila Pastel setuju.

Mood aku yang baik terus spoil bila nampak si Adrian kat taman. Memang tak boleh blah sungguh. Macam la tak ada tempat lain dia nak main. Kat sini juga dia nak main. Aku dan Pastel berdiri di tengah-tengah jalan.

Ini salah satu kecuaian aku. Betapa bodohnya aku tika ini.

“Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok orang ke? Bodoh!” tengkingku pada Adrian.

Pastel terkebil-kebil memandangku.

Tanpa ku duga, Adrian membaling seketul batu besar dan tika batu itu hendak sampai di kepalaku, Pastel menolakku dan aku terjatuh. Pastel tak dapat mengimbangkan badan dan masa itu juga, sebuah lori datang lalu melanggar tubuh kecil milik Pastel.

Aku terkejut! Adrian tergamam! Darah membuak-buak keluar dari mulut Pastel. Tidak ku pedulikan jeritan kanak-kanak di sekelilingku. Pastel kena langgar!

“H..ann.a. Aku dah nak pergi. Kau cakap bila aku mati je kan, kau dan Adrian berdamai. Sekarang, aku kena tunaikan janji kau,” ujarnya tersekat-sekat.

Aku mengangguk. Air mataku mengalir. Degil! Bodohnya aku! Kenapa la aku tersilap cakap???

   "Hanna, jangan tunggu sampai aku mati. Aku nak kau dan Adrian berdamai. Kita ditakdirkan bersaudara, bukan bermusuhan,” ujarnya lalu memegang tanganku dan tangan Adrian. 

Aku memandang Adrian lalu kami bermaaf-maafan dan akhirnya Pastel pergi menghadap Yang Esa. Pergi tika mengajarkan aku erti kedamaian. Al-Fatihah untuk Pastel. Seorang gadis yang inginkan kedamaian sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Akhirnya ku temui kedamaian. Lebih baik dari pertengkaran rupanya. Semua tu mengajarkan aku erti kedamaian. Menyakitkan aku dengan pertengkaran yang berlaku selama ini.

“Pastel dah pergi. Aku sayang kau. Tengok! Aku dan Adrian dah berdamai. Selamat tinggal Pastel,” bisikku perlahan di telinga kanan Pastel.

Adrian mengangguk tanda setuju.    

Sakit memanglah sakit tapi aku harus terima. Harus relakan pemergian Pastel. Kalau dia boleh berkorban untuk kedamaian aku, kenapa aku tak boleh? Hanna