cerpen : Lukisan Hati Buat Marissa

    Tangan yang sedang menconteng lukisan di atas kertas tiba-tiba terhenti pergerakannya. Aku termenung seketika. Mengimbas kembali saat gadis cantik itu sedang ketawa riang. Lantas bibir ini kembali tersenyum.

   Ku tatap lukisan yang baru separuh siap. Aku mengeluh lemah. Lukisan ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan berbanding lukisan lain. Ku ingin hadiahkan lukisan ini buat Marissa. Lukisan hati aku.

   “Wei Naz, kau buat apa tu?” sergah Wani tanpa ku sangka.

   Lukisan itu dipandangnya sepi. Aku terkedu. Tidak sempat untuk menyembunyikan lukisan itu. Hisyy. Dia ni macam chipsmore la. Sekejap ada sekejap tak ada. Tadi aku rasa dia dah balik tapi, kenapa dia ada dekat sini?

“Ni gambar siapa ni?” soal Wani tatkala matanya menangkap potret itu.

Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Tidak tahu harus menjawab apa. Buntu. Seolah-olah aku sedang menghadapi SPM. Adeh!

“Err.. ni. Ni Marissa.” Fuhh! Terkeluar juga nama dia.

“Marissa?”

Ya! Marissa. Gadis cantik yang selalu menganggu siang dan malamku. Selalu menjelma dalam mimpiku. Ku terjumpa dengannya secara tak sengaja di taman. Aku selalu perhatikan dia. Senyumannya seindah mentari yang menyinar dan suramnya seperti hari yang mendung.

Tapi sayang, aku hanya perhatikan dia dari jauh. Tak pernah sekalipun aku mendekati dia. Aku takut sebenarnya. Takut kalau-kalau gadis itu sudah berpunya.

Marissa suka bersiar-siar di taman berdekatan dengan rumahku. Di situlah aku bertemu dengan dia. Terlanggar bahunya tanpa sengaja. Mengekori dia pulang ke rumah setiap petang untuk pastikan dia baik-baik saja.

“Aah! Marissa la. Takkan kau pulak. Tak ada makna aku nak lukis muka kau tu,” gurauku dan serta-merta air muka Wani berubah.

“Memang la kau takkan lukis muka aku yang tahap melecun ni tapi siapa Marissa?”

  “Marissa! Gadis yang telah mengambil hati ini. Cantik. Sopan. Senyumannya indah sekali. Tak dapat aku bayangkan kalau dia pergi dari hidup ini.”

Aku cuba menggambarkan Marissa.

“Oh! Ok! Tapi macam mana kau nak bagi lukisan ni dekat dia?”

Fikiranku mula berputar. Bagaimana ya aku ingin memberikan lukisan ini kepada Marissa? Hurmm.. Baik aku post hantar dekat rumah dia. Alamat dah ada dalam tangan so, hantar je la. Bukan susah pun. Nak hantar sendiri malu la pulak.

Tapi nak ke Marissa terima lukisan ini? Nak ke dia terima cinta ini? Aku tak pasti la. Takut pun ada ni. Dan macam mana pulak aku nak luahkan perasaan cinta ini? Hurmm.
 
   "Eh mamat ni! Termenung la pulak. Kau betul-betul cintakan dia atau kau main-main je ni?"

Mataku terus membulat. Mana ada aku main-main. Selama ni, pernah ke aku mainkan perasaan wanita? Hisyy.

“Mangkuk! Mana ada aku main-main. Ni Nazrin Qayyum ok! Tak baiklah mainkan hati wanita. Kalau aku cakap aku suka, aku suka la.”

“Ye la tapi jangan lupa buat untuk aku lukisan sama. Mana aci. Aku nak juga lukisan yang ada muka aku yang cute ni.”


SYAZWANI memandang siling yang kosong itu. Entah kenapa hatinya juga berasa kosong. Terguris dengan sikap Nazrin. Telefonnya yang tidak henti berdering tidak dia ambil peduli. Dan tiba-tiba, air matanya mengalir laju.

   “Nazrin, kenapa kau buat aku macam ni? Aku sayangkan kau. Kenapa kau tak faham dari dulu lagi? Kenapa?” bentak Syazwani.

   Terhenjut-henjut bahu Syazwani menahan esak. Dia mengesat air matanya yang tidak berhenti mengalir.

“Janganlah mengalir lagi. Cukuplah! Kenapa kau degil? Bodohnya aku. Kenapa aku boleh suka dekat kau?

Syazwani mengeluh. Entah macam mana semua ini berlaku. Tegarkah dia melihat Nazrin bahagia bersama Marissa? Sanggupkah dia berkorban? Padahal dia sudah letih. Berapa lama lagi dia sanggup bertahan?

Bertahun-tahun Syazwani letakkan hatinya hanya untuk Nazrin tapi, apa yang dia dapat? Sakit. Pedih. Salahnya sendiri kerna tidak pernah meluahkan perasaan cinta kepada Nazrin. Sekarang, dia terlambat.

“Aku cintakan kau, aku sayangkan kau dan aku rela berkorban demi kebahagiaan kau,” lirih Syazwani.

Cinta satu kata. Cinta satu bahagia. Cinta satu derita.


HAIRAN! Itu yang aku rasa kebelakangan ini. Wani yang semakin menjauh dariku serta Marissa yang tidak pernah kelihatan di taman lagi. Ke mana mereka pergi? Aku tersenyum bila mana mata ini tertancap pada lukisan buat Marissa. Lukisan untuk Syazwani juga sudah ku siapkan. Lukisan setia sebagai tanda terima kasih kerna selalu ada untukku.

   Kehilangan Syazwani beberapa minggu ini memang menghairankan aku. Selalunya dia lah yang dok melekat kat tepi aku. Aku telefon dia tak angkat. Aku pergi rumah dia sepi je.

   Marissa, aku ingin menjadi suamimu. Aku ingin menjadi bapa kepada anak-anakmu. Sudikah engkau menjadi isteriku? Menjadi ibu kepada anak-anakku?

“Better aku pergi rumah Marissa tapi, kalau aku kena halau macam mana? Dah la dia tak kenal aku. Mesti dia cakap aku gila,” bicaraku sendiri.

Ku ambil lukisan yang sudah siap itu lalu ku gulung dan ku ikat dengan reben berwarna putih. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Marissa. Entah kenapa hatiku rasa tidak sedap. Seolah-olah ada perkara buruk yang terjadi atau telah terjadi.

Aku terpandang lukisan setia untuk Wani. Ah! Yang tu bila-bila masa boleh bagi kat Wani.

Naik kereta ke jalan kaki? Hurmm. Baik aku naik kereta. Cepat sikit sampai, gumamku.

“Nazrin…” Kedengaran suara Wani tika aku ingin masuk ke dalam kereta. Aku memandang wajahnya. Pucat. Dia sakit apa?

“Eh Wani! Mana kau menghilang? Asal muka kau pucat sangat tu? Takut aku tengok,” ujarku dalam nada gurau.

Wani tersenyum lemah. Tudungnya juga tidak kemas. Seolah-olah dia mengejar masa. Wajahnya lain dari hari biasa.

“Aku nak cakap sikit dengan kau.”

“Cakap? Cakap apa? Cakap je la. Aku kejar masa ni,” ujarku perlahan.

Sempat lagi aku mengerling jam tangan. Entah kenapa aku rasa seperti mengejar masa. Terlalu sebenarnya.

“A… aku. Aku sukakan kau,” luahnya.

Aku terus memandangnya. Gurauan apa lagi yang dia nak buat ni. Aku betul-betul tak ada masa nak bergurau-senda.

Atau memang betul? Mustahil! Sebab dia cakap dia ada suka sorang mamat ni.

“ Apa yang kau mengarut ni? Dah la. Aku nak pergi dulu,” ujarku lalu membuka pintu kereta dan belum sempat ku masuk, dia menahan.

“Hei! Apa ni? Tepilah. Aku kejar masa ni.”

Nadaku mula tinggi. Kesabaranku tergugat dengan sikap Wani. Nak main tu hari lain la. Aku betul-betul rasa sesuatu yang tidak elok ni. Apakah yang terjadi kepada Marissa?

“Aku betul-betul sayangkan kau, aku sukakan kau sejak dulu. Kau lah mamat yang aku suka tu. Boleh tak kau terima aku?”

Matanya mula berair. Ni yang aku lemah ni. Takkanlah aku mamat yang dia suka tu? Mustahil!!!

Aku anggap Wani tak lebih dari seorang sahabat. Mana mungkin aku boleh terima cinta dia sedangkan hati aku untuk Marissa.

“Maafkan aku. Aku betul-betul tak boleh terima kau. Hati aku bukan untuk kau tapi untuk Marissa. Dah la. Buang masa kau je.”

Wani menggeleng. Rupanya dia tidak terima jawapanku. Adeh!

“Tak! Aku lebih layak dapat kau dari si Marissa tak guna tu. Dia perampas! Dia rampas kau dari aku.” Hatiku terbakar. Wani sudah hilang pertimbangan. Aku geram

Lantas aku memegang tangannya lalu menyeretnya keluar dari kawasan rumahku. Tidak aku pedulikan mata-mata yang memerhati.

“Kau dengar sini! Mulai sekarang, kita putus sahabat! Kau bukan lagi kawan aku. Sudah! Berambus! Buat menyemak rumah aku je.”

Aku tahu hati Wani terguris mendengar kata-kataku tapi aku tidak peduli.

Dahiku berkerut. Pelik! Kenapa ada ramai orang dekar rumah Marissa ni? Ada apa-apa ke? Dan paling hairan kenapa rata-rata dari mereka menangis? Aku bingung.

“Mak cik, boleh saya tahu apa yang terjadi?’

Mak cik itu menoleh ke arahku lalu menjawab, “anak perempuan mereka meninggal dunia semalam. Dah lama dah anak dia tu sakit. Bertahun-tahun rasanya.”

“Kalau boleh saya tahu, anak dia nama apa? Sakit apa ya?”

Mak cik itu berfikir sejenak.

“Tak silap mak cik anak dia yang nama Marissa. Kanser paru-paru.”

Jantungku seolah-olah berhenti berdegup. Marissa? Terus lukisan yang ku pegang sejak tadi terjatuh. Sakit? Kenapa aku tengok dia macam biasa je? Aku meraup mukaku dengan kedua-dua belah tangan.

Saat ini hatiku rasa sakit. Kerongkongku perit. Tanpa ku sedar, air mata mula bertakung di tubir mata. Lukisan hati ini buat Marissa ku biarkan saja. Arggh! Aku terlambat.

“Aku ingin menjadi suami kepada dirimu, aku ingin menjadi bapa kepada anak-anakmu. Lukisan hati aku buatmu, Marissa.”

Dan telefonku berdering tanda sms masuk.. Antara mahu dan tidak mahu, aku membuka mesej itu.

 Nazrin, Wani dah pergi. Dia kena langgar lori masa dia ada depan rumah kau. Sekarang, mayat dia ada dekat hospital…

Aku terpempan. Wani dah tak ada? Dugaan apa yang DIA berikan kepada aku saat ini? Aku kehilangan orang yang aku sayang dan sahabat yang baik dalam masa yang sama. Air mataku menitis.

Marissa, lukisan hati ini buatmu, sayang. Potretmu ku ukir sebagai kenangan. Kau pergi tanpa sempat aku mengucapkan selamat tinggal. Ku ingin menjadi suamimu, ku ingin menjadi bapa kepada anak-anakmu tapi sayangnya kau pergi terlebih dahulu.

Syazwani, kau sahabat sejati. Lukisan setia untukmu, sahabat. Maafkan aku atas kekasaran itu. Aku tak mampu menyayangimu lebih dari seorang sahabat. Aku tak mampu berikan rasa cinta kepadamu. Sekarang kau juga pergi meninggalkan aku sendiri.

Lukisan hati buat Marissa. Lukisan setia buat Syazwani. Aku terlambat…








12 comments:

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...