cerpen : Jatuh (Full)

CERPEN : JATUH (FULL)

“Amaya!” laung Cikgu Fathi.

  Wajah aku angkat. Pen yang kupegang terjatuh. Bibir bawah aku ketap. Jantungku berdetak laju dan peluh mula berjejeran di dahi. Akma di sebelahku sudah sengih sambil jongket kening kanan. Aku koyak senyuman plastik.

 Cikgu panggil nama aku kenapa? Grr…

  “Amaya, datang sini meh.”

  Su… dah. Ni mesti ada benda yang tak kena. Tak pun nak mengusik aku.

  Aku bingkas bangun. Langkah kuatur perlahan sambil memegang setiap bucu meja untuk sampai ke meja guru. Aku berdiri di hadapan Cikgu Fathi. Dia hulurkan sehelai kertas kepadaku. Dahiku berkerut. Aku tengok dia pelik dan cikgu lewat 40-an itu menjeling kertas tersebut. Mataku jatuh pada  kertas tersebut.

  BIODATA SAYA. Aku baca tajuk karangan tersebut.

  Okey. Ni karangan aku. Hehehe. Aku rasa cikgu demam minggu lepas. Dia suruh semua budak buat karangan pasal biodata diri sendiri. Cikgu, cikgu. Tahulah kami ni budak merdeka sebentar sebab PMR dah habis tapi tak payahlah duk suruh kami tulis karangan. Aku macam nak muntah hijau tengok karangan sekarang ni!

  “Ada masalah ke dengan karangan saya, cikgu?” Aku ajukan soalan bodoh.

  Cikgu Fathi ambil kertas tersebut dan dekatkan dengan wajahnya. Cermin mata yang dia letak di dalam kocek kemejanya dikeluarkan lalu dipakai.

  Ececeh. Tak nampak lettuw.

  “Nama saya ialah Amaya. Blablabla.”

  Erk. Cikgu pun suka cakap blablabla rupanya.

  “Hobi saya ialah jatuh. Cita-cita saya ialah tak mahu jatuh lagi,” ujar cikgu sebelum letakkan kertas tersebut di atas meja dan tanggalkan cermin mata yang dia pakai.

 Tawa semua orang pecah. Mata Cikgu Fathi melekat pada wajahku. Aku tayang muka selamba. Jari-jemariku mengetuk papan pemuka meja. Telinga aku dah panas sebab bengang dengan budak-budak kelas aku yang sibuk ketawakan aku.

  Okey apa hobi dan cita-cita aku. Aku selalu jatuh dan tak nak jatuh lagi. Susahlah kalau aku asyik jatuh. Macam mana aku nak kerja nanti? Macam mana aku nak survive sorang-sorang kalau asyik jatuh? Takkanlah aku nak duduk rumah saja. Tunggu orang masuk minang. Heh. Macamlah ada orang yang nak kahwin dengan aku. Aku rasa tak ada hamba Allah yang sanggup nak kahwin dengan aku dan jaga aku.
  “Amaya, Amaya. Karangan awak ni buat saya gelak sorang-sorang kat dalam bilik guru tadi.”

  Jatuh. Jatuh dengan aku macam kawan baik. Aku selalu jatuh. Tak ada dah rasa malu kalau jatuh dekat public. Sakit hati adalah sebab aku selalu jatuh di atas jalan tar. Sakit gila kentang. Nak menangis pun ada. Ehehe. Disebabkan aku budak perempuan yang sangat kental, aku jarang menangis kalau jatuh.

  “Tak pernah saya jumpa anak murid macam awak. Hobi pelik. Cita-cita lagi pelik.”

  “Saya kan nak jadi rare, cikgu.”

  Kepalanya digelengkan. “Awak memang dah rare, Amaya. Dah. Boleh balik tempat awak.”

  Aku aturkan langkah lambat-lambat sambil memegang hujung meja yang aku lalu.

  “Amaya…”

  Kepalaku dikalihkan. Cikgu Fathi tengok aku. Jari-jemarinya disulamkan sesama sendiri dan tubuhnya disandarkan pada kerusi. Semua orang senyap. Yang aku dengar hanya bunyi kipas yang ligat berputar yang dipasang sejak pagi tadi. Dengar juga suara orang berdeham dan helaan nafas seseorang. Aku kaku di tempat aku berdiri.

  Cikgu koyak senyuman nipis.

  “Cuba awak jalan tak pegang meja.”

  “Nanti saya jatuh,” ujarku rendah.

  “Macam mana awak tahu yang awak akan jatuh kalau awak tak cuba jalan tanpa pegang meja?” duga dia.

  Aku hela nafas lemah.

  Dear Cikgu Fathi, saya dah banyak kali cuba tanpa pegang meja dan banyak kali juga saya jatuh. Saya bukan takut cuba lagi tapi saya malas.

  “Kalau saya jatuh, cikgu jangan gelak.”

  “Ya. Tak gelak punya.”

  Dan tanganku terus jatuh ke sisi. Aku telan air liur yang terasa berpasir. Mataku jatuh pada lantai.  Kalau aku jatuh, lantai akan sambut. Bagus. Nanti tak pasal-pasal baju aku koyak lagi dan tangan aku sakit.

  Aku buka langkah yang pertama, kedua dan gedebuk!

  Terus tersembam di atas lantai. Semua orang senyap melainkan seorang hamba Allah yang memang aku kenal suara dia. Tawa hamba Allah itu pecah. Bibir bawah aku ketap. Perlahan-lahan aku bangun dan bersandar pada meja Fitriah. Aku tengok Cikgu Fathi yang masih ketawa sambil memegang perut.
  “Amaya, Amaya. Lawak sungguh awak ni.”

  “Cikgu dah cakap yang cikgu tak nak gelak,” tuturku geram.

  “Hahaha. Tak boleh tahanlah. Tak apa. Awak jatuh lantai sambut hari ni tapi nanti bila awak dah besar, suami awak yang akan sambut awak kalau awak jatuh.”

  Dan dia terus ketawa.

*****
  Aku pegang tangan Umar. Dia juihkan bibir tanda tak puas hati. Aku cebik bibir dan julingkan mata. Kami sama-sama hayun langkah ke KFC. Umar asyik bebel suruh aku lepaskan tangan tapi aku tak layan.

  “Kak Long…”

  “Apa?” marahku.

  Beg sandang milikku diletakkan di atas meja dan aku labuhkan punggung di atas kerusi. Umar duduk di hadapanku.

  Macam aku tak tahu yang dia tak suka aku pegang tangan dia. Kalau aku ni manusia yang normal, tak ada hati aku nak ajak dia datang mall sekali dengan aku. Baik aku datang sorang-sorang. Jimat duit dan jimat air liur sebab tak payah cakap banyak.

  “Lain kali janganlah pegang tangan Umar. Tak sukalah!”

  “Ada aku kisah? Wahai Encik Umar yang keras kepala, aku ni kakak kau. Kakak kandung kau pulak tu. Tak ada sebab untuk aku tak boleh pegang tangan kau. Kau ingat aku nak sangat ke pegang tangan kau? Baik aku pegang tangan patung dekat mall ni,” bebelku.

  “Baguslah macam tu. Lain kali jangan pegang tangan Umar. Pergi ar pegang tangan patung dekat mall ni,” balas dia selamba.

  Telinga kanannya aku tarik. Dia menyeringai kesakitan. “Kau memang cukup pandai kalau bab menjawab ye.”

  “Kak Long, sakitlah.”

  Terus tanganku jatuh ke riba. Pandanganku dilarikan memandang kaunter KFC. Aku geleng kepala sebelum menekan pelipis. Umar aku kerling. Dompet di dalam beg sandang aku keluarkan dan aku tarik not 50 ringgit keluar daripada dompet. Aku hulurkan duit tersebut kepada Umar. Dahinya berkerut. Dia tengok aku pelik.

  “Duit ni nak buat apa, Kak Long?”

  “Buat hiasan. Lagi mau tanya. Duit ni nak beli makanan. Dah. Kau pergi beli apa-apa untuk aku,” arah aku.

  “Tapi…”

  “Apa tapi-tapi?” Suaraku naik seoktaf.

  Umar sengih dan geleng kepala. Dia bingkas bangun dan atur langkah ke kaunter KFC. Tanganku menongkat dagu dan aku tengok Umar dari jauh. Dia dengan muka toyanya berbaris. Langsung tak dipedulikan orang lain.

  Umar, Umar. Kau dah besar dah. Dah tinggi daripada aku tapi bila kau nak kacak? Ahaha.

  Usai makan, Umar sandarkan tubuh pada kerusi. Kelopak matanya sekejap terbuka dan sekejap tertutup. Dia pandang aku lali. Jam pada pergelangan tangan yang ayah hadiahkan kepadaku dua tahun lalu aku kerling. Sudah masuk waktu Asar. Baik aku sembahyang dulu. Kalau nak tunggu sembahyang kat rumah, memang taklah. Aku rasa waktu Maghrib nanti baru boleh balik sebab banyak ayat akan aku dengar nanti. Umar nak masuk kedai buku. Umar nak masuk kedai cd. Umar nak beli baju.

  Kaki dia aku tendang. Kelopak matanya yang tertutup rapat terbuka. Dia betulkan duduk dan meraup wajahnya.

  “Jom…”

  “Yeah. Jom shopping!”

  “Banyaklah kau jom shopping. Jom solatlah.”

  “Malaslah nak solat, Kak Long.”

  Solat malas nak buat tapi nak masuk syurga. Tak nak masuk neraka. Banyak cantik muka kau, Umar. Bab solat memang kau liat. Bab nak tengok tv kau rajin bebenor. Benda yang dapat pahala kau tak nak buat. Benda yang lagha kau nak pulak buat.

  “Kau nak bagi orang tolong solatkan untuk kau ke?” ajuku sedikit marah.

  Riak wajah Umar berubah. Dia koyak senyuman nipis. Tangannya diletakkan di atas meja dan dia dekatkan wajahnya dengan wajahku.

  “Boleh ke?”

  “Boleh sangat-sangat tapi…” Kata-kataku mati.

  “Tapi apa? Cepatlah cakap, Kak Long,” gesanya.

  Bertuah punya budak. Kau memang seronok ya kalau tak kena solat. Eii… budak ni memang buat aku bengang sungguh. Susah sangat ke nak solat? Bukannya kau solat sampai setengah jam pun. Aku rasa lima minit tak sampai tapi tetap tak nak buat. Kalau opah tinggal sekali dengan Umar, memang sah tangan Umar kena rotan sebab malas solat.

  Macam mana kau nak pimpin anak dara orang ke syurga kalau diri sendiri pun kau tak boleh nak jaga? Ayat opah yang satu ni memang power. Aku siap boleh hafal ayat ni sebab opah selalu cakap ayat ni time Umar malas solat.

  “Kau kena mati dulu, Umar. Masa kau hidup, aku tak rasa ada orang nak tolong solat untuk kau. Masa kau mati, mestilah ada hamba-hamba Allah yang akan solat jenazah untuk kau.”

  Lelaki itu tayang muka bengang dan aku kulum senyuman nakal.

*****

  Bola mataku berlari memandang sekeliling. Aku capai dua paket gula lalu masukkan ke dalam troli. Rasa geram mula bertamu di hati. Bibirku bergerak-gerak mengutuk Umar dalam diam. Aku masih tidak berganjak dari tempat aku berdiri.

  Budak Umar ni memang nak bagi aku meroyan kat sini sungguh. Pantang aku lepa, dia lesap. Troli ni siapa yang nak tolak?

  Nafas aku hela lemah.

  Amaya, jangan pernah putus asa.

  Dan aku terus menyorong troli. Satu langkah, dua langkah dan tiga langkah. Semuanya berjalan dengan lancar.

  Langkah keempat aku buka dan… jatuh. Aku gigit bibir. Air liurku terasa berpasir. Kelopak mataku tertutup. Tubuhku menggigil. Peluh mula pecah di dahi walau penyaman udara terpasang. Wajahku terasa panas sebab bengang.

  Kau memang cari masalah dengan aku, Umar. Kalau kau ada dekat sini, mesti aku takkan jatuh tapi kan… kenapa aku langsung rasa tak sakit?

 “Cik…”

  Jeda.

  “Cik, cik okey tak?” tanya seseorang.

  Terus aku buka mata. Seorang lelaki yang memakai kemeja biru dan slack berdiri di hadapan troli.  Ada seorang lagi lelaki di sisinya. Lelaki yang memakai t-shirt hitam itu memandangku kosong. Renungannya dingin. Aku tengok diriku. Dahiku berkerut. Aku masih berdiri seperti tadi dan bukannya jatuh seperti selalu. Wajah mereka berdua aku pandang silih berganti. Mereka juga berdiri seperti biasa. Siapakah yang jatuh sebenarnya? Aku berhalusinasi ke?

  Mataku ditalakan ke lantai. Ada satu phone terletak elok di atas lantai. Tubuhku dibongkokkan dan aku ambil phone tersebut.

  Ingatkan manusia yang jatuh. Rupanya phone. Heh. Aku punya gaya tadi macam aku yang jatuh. Hiperbola tahap sepuluh sungguh aku ni. Bikin suspen betul. Yang jatuh rupanya phone dan bukannya aku.

  Aku belek phone tu. Skrin phone tersebut dah pecah. Aku tengok jenama phone tersebut.

  Iphone….

  “Ni I… iphone kan?” tanyaku.

  Lelaki yang pakai kemeja biru tu angguk. Mukaku pucat macam tak ada darah kalau ditoreh.

  “Ppp… phone ni aaaa… awak punya?”

  Dia angguk lagi.

  Mak, mati Maya. Nak cekau duit mana nak bayar ganti rugi? Iphone bukannya seringgit dua. Kalau hantar pergi kedai pun, duit keluar macam air jugak. Huhuhu. Aku jatuh tak apa. Jangan bagi barang orang lain jatuh. Berpeluh jugak nak ganti ni. Nasib baik dia tak tengking aku. Ni semua salah aku. Jalan tak tengok depan.

  Tak, tak. Ni salah Umar. Huu…

  “Sa… saya tak ad… ada dduu… duit nak gann… ganti ba..lik phone awak,” tuturku gagap.

  “Awak gagap ke?” tebaknya.

  Hamba Allah mana tak gagap kalau nak kena ganti phone yang harga beriban?

  Kalau aku jumpa Umar nanti, siaplah dia. Akan aku piat telinga dia puas-puas nanti sebab melilau rata dan tinggalkan aku sorang-sorang.

  “Ga… gap si… sikit.”

  Sejak bila kau gagap, Maya? Hahaha. Sejak aku bagi jatuh phone orang lain.

  “Tapi tadi saya dengar awak cakap okey je. Tak ada pun gagap.”

  Rahang bawaku jatuh. Kantoi tak gagap. Hihihi. Tapi bila pulak dia dengar aku cakap tak gagap? Aku rasa dari tadi aku punya kegagapan tak hilang. Ini semua poyo! Ehehe. Ini semua sangat mendera jiwa dan ragaku. Duit aku akan terbang dalam sekelip mata.

  Senyuman lelaki itu meleret. “Masa dekat KFC tadi. Kami duduk tepi meja awak tapi awak tak perasan rasanya. Awak cakap tadi kemain laju. Tak gagap sikit pun tapi kenapa sekarang gagap pulak?”

  Buat malu diri sendiri saja.

  Phone milik dia yang ada di tanganku dia ambil lalu masukkan ke dalam kocek seluar. Bibirnya melemparkan senyuman manis. “Got to go, cik. I have tons of things to do. Kalau awak risau pasal phone ni, buanglah kerisauan awak tu. Salah saya sendiri sebab jalan tak tengok depan. See ya.”

  Dia lambai tangan dan mereka berdua pergi tinggalkan aku. Aku termangu sendiri. Macam pernah nampak lelaki yang pakai t-shirt tu.  Muka dia memang familiar. Rasa macam aku pernah jumpa dia dekat mana-mana.

 Dejavu?

*****

  Buk! Aku tersembam macam nangka busuk di atas lantai dapur. Perlahan-lahan aku bangun dan bersila. Mak yang berpapasan denganku gelengkan kepala melihat tingkah lakuku. Nafas aku hela lemah dan jariku menyentuh lembut dahi yang sakit. Air di dalam gelas plastik sudah tumpah dan buat seluar trek aku basah.

  “Maya, Maya. Kau ni asyik jatuh. Mak pun tak tahu apa yang jadi dengan kau sebenarnya. Nak cakap ada penyakit, kau sihat walafiat aje,” tutur mak sebelum duduk di atas kerusi tidak jauh dari tempat aku duduk.

  Maya pun tak tahu apa yang jadi dengan diri Maya, mak. Asyik jatuh.

  “Siapalah yang nak jaga kau bila mak dengan abah kau tak ada nanti,” keluh mak sendiri.

  Bibirku dicebikkan.

  “Mak ni buat teruk boleh. Maya bukannya sakit ke apa. Just asyik jatuh aje. Mak jangan risaulah. Maya boleh jaga diri sendiri. Maya kan anak mak yang kuat. Mesti nanti Maya takkan jatuh punya. Kalau jatuh pun, mesti kadang-kadang,” ujarku yakin.

  Heh. Auta betul ayat aku. Jaga diri sendiri? Jalan dua tiga langkah, aku jatuh. Lemah sungguh lutut ni nak tampung badan aku. Aku selalu kena harapkan orang lain untuk bantu aku berjalan. Aku normal saja masa dilahirkan. Jalan macam orang lain tapi bila aku tengok ada orang jatuh tangga dan mati di depan mata aku masa aku umur 9 tahun, aku terus rebah. Asyik jatuh.

  Dongeng benar cerita aku but fairy tale story does exist and I’m the heroine in that story. Heroin yang tak ada hero. Mana ada orang nak kahwin dengan orang macam aku. Tak ada punya hamba Allah yang nak jaga aku.

  Lantai tetap akan sambut aku sampai bila-bila.

  Mak jatuhkan kepalanya ke sebelah kanan. Anak matanya menikam lembut anak mataku. Bibir itu mengoles senyuman manis. “Mak harap sangat kau boleh kahwin dengan lelaki yang baik. Mak harap dia dapat jaga kau.”

  “Maya muda lagi, mak. Baru 22 tahun.”

  Keluar dari universiti tahun lepas. Aku ambil diploma teknologi maklumat. Berhenti setakat itu saja. Aku jadi tailor. Susah nak kerja dengan orang. Tak pasal-pasal kena pecat lepas sehari bekerja. Huu… menyedihkan betul.

  “Okeylah tu. 22 tahun. Bukannya 12 tahun,” balas mak tenang.

  “Maya tak nak kahwin lagi.”

  Dan Maya tak rasa Maya boleh kahwin.

  Kelopak mataku bertakung. Rasa sebak mula mengalir ke dalam lembah rasaku. Aku palingkan wajah.

  Tak mahu mak tengok aku sedih.

  Lantai yang akan sambut aku sampai bila-bila kalau aku jatuh.

*****

  Air mataku berjejeran di pipi. Wajahku ditundukkan. Menekur lantai. Telapak tanganku yang berdarah aku pandang. Takdir untuk aku jatuh dan tangan aku terkena serpihan botol kaca yang pecah. Takdir untuk tangan aku berdarah hari ni. Jangan mengeluh, Amaya. Allah knows what is the best for you.

  Langsung aku tak pedulikan orang yang berpapasan denganku dan memandangku pelik.

  “Are you okay?” sapa satu suara.

  Wajah diangkat. Seorang lelaki melutut di hadapanku. Dahiku berkerut.

  Dia lelaki yang aku jumpa beberapa hari yang lepas di mall. Lelaki yang hanya membisu yang langsung tak cakap hari tu.

  Pandangannya dilabuhkan pada telapak tanganku yang berdarah. Dia pandang lama dan matanya langsung tak berkelip. Bahuku terhinggut-hinggut menahan esakan. Bibir bawah aku ketap supaya air mataku berhenti mengalir.

  Sakit tu mengurangkan dosa, Amaya. Kau kena kuat. Jangan nangis!

 “Kenapa?” tanya dia tiba-tiba.

  “Kenapa apa?”

  Jarinya ditudingkan ke arah tanganku yang berdarah

  “Saya jatuh dan tangan saya terkena kaca.” Senyuman pudar kuukir.

  Lelaki itu jeda. Renungan dingin sekali lagi dia pamerkan. Riak wajahnya kosong seolah-olah dia langsung tak ada perasaan. “Boleh bangun tak?” tanya dia.

  Perlahan-lahan aku bangun. Lelaki itu turut bangun dan berjalan ke sisiku.

  “Klinik,” ajak lelaki itu.

  Langkah dibuka. Satu, dua, tiga dan aku jatuh lagi. Telapak tangan kananku menyembah lantai. Aku menyeringai kesakitan. Air mataku makin laju mengalir. Kepalaku digelengkan. Cuba menahan sakit tapi aku tak mampu. Aku tewas dengan perasaanku. Aku tewas dengan kemanjaanku sendiri walhal sakit ini taklah sesakit mana.

  Dia hilang dari pandanganku. Bola mataku berlari memandang sekeliling. Langsung tiada kelibat lelaki itu.

  Tak lama kemudian, lelaki itu datang dengan sekaki payung. Hujung payung diacukan ke arahku. Aku tengok pelik dan dua ulas bibir itu koyak senyuman manis. Lelaki itu sekali lagi menunduk di hadapanku.

  “Pegang hujung payung,” balasnya pendek.

  Dan aku hanya menurut tanpa kata. Aku pegang hujung payung tersebut. Lelaki itu pegang tangkai payung dan dia pimpin aku ke klinik.

  Lelaki itu langsung tak bercakap. Tenang saja dia atur langkah.

  Untuk kali ini, ada yang membantu.

  Selepas ke klinik, dia bawa aku ke restoran.

  Aku kacau milo ais yang berbaki separuh dengan straw. Lelaki itu menunduk. Membelek tangannya. Sejak tadi, mulutnya terkunci. Dia hanya melihatku tanpa kata dan sesekali mengerling orang di sisinya. Aku pun turut mendiamkan diri.

  Pendiam betul mamat ni. Kalau lelaki lain, sah dah cakap sampai tak nak berhenti.

  Desahan nafasnya kudengar. Sepasang mata bening itu melemparkan pandangan dingin. Air liur aku telan. Lidahku jadi kelu. Jari-jemariku mengetuk papan pemuka meja dan kaki kananku menendang perlahan kaki meja. Lelaki itu berdeham dan membetulkan duduk. Di kala pandangan kami bertaut, aku larikan pandangan.

  I don’t usually talk to men.

  “Nama?” aju lelaki itu selepas lama diamkan diri.

  “Amaya.”

  “Night rain.”

  “Huh?”

  Senyuman dia lemparkan. Aku pun turut tersenyum.

  Yang aku nak senyum sekali tu kenapa? Masalah sungguh! Maybe sebab dia ni pendiam kut. Susah nak cakap, susah nak senyum. Cuba Umar yang banyak mulut tu senyum. Sah kepala dia kena ketuk sebab senyuman dia tu tak ikhlas selalunya.

  “Amaya means night rain in Japanese,” terangnya.

  “Ouh.” Tahu sebenarnya. Hahaha.

  Sekali dengan aku jadi pendiam. Heh.

  “Nama?” tanyaku pula.

  “Ferran.”

  Aku angguk.  Mataku jatuh pada wajahnya yang tenang tanpa sebarang riak. Kelopak matanya sesekali berkelip. Keningku bertaut rapat. Jari-jemariku menekan pelipis. Kepalaku jatuh ke sebelah kanan.

  Macam pernah nampak mamat ni tapi kat mana? Memang pernah nampak dia dekat mall tapi aku rasa bertahun-tahun dulu, aku pernah jumpa dia.

 

untuk beberapa sebab tertentu, cerpen ini hanya sampai setakat ini. Harap maklum :)




another light story from me. Wanna make awesome story and yet i make ridiculous story. I think some people will hate this story. Well... if you love to read manga, this story is quite normal but if you don't, this story is a bad one. I never read a story like Jatuh. People will think Jatuh is not a splendid story. Indeed. A few months ago, I watched Air (movie) and heroine in that story loved to fall. Oh yeah. 

Jatuh is my last contengan for this year. Till we meet again, friends. Gonna miss this year. I met awesome people and awesome readers. You guys rock. Hooyeah. I'll turn 16 years old next year but it doesn't matter as i'm forever young. Heh. 

Okey. Berhenti cakap english yang broken semedang tu. Hahaha. Maaf untuk segala kekurangan. Harap anda sudi tinggalkan komen ya. Ni cerita yang tak sweet sangat sebab aku bukan orang yang sweet. Ahaks. Harap anda sudi tinggalkan komen. <3 <3 <3 - with lots of love, Hanna Aleeya.

 
 
 

 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 
 
  
 

  

cerpen : Tujuh Permintaan (Full)

CERPEN : TUJUH PERMINTAAN (FULL)

   “Kak Long nak kahwin?” tanya aku terkejut.

   Wanita tinggi lampai itu mengangguk. Rahang bawahku jatuh. Aku tengok dia atas bawah. Agak tidak percaya dengan kata-katanya. Mataku tidak lepas dari memandang wajahnya. Kak Long berhenti melangkah.

  “Kau pehal duk tengok Kak Long macam tu?”

  “Kak Long ulang balik ayat Kak Long tu,” pintaku.

  “Kak Long nak kahwin. K.A.H.W.I.N. Faham?”

  Amboi, Kak Long! Tak payahlah nak mengeja perkataan kahwin tu.

  Cuma aku tak percaya dengan kata-kata dia. Beberapa tahun yang lalu, dia sendiri yang cakap dia takkan kahwin selagi tak mencecah umur 30 tahun. Tup-tup hari ni cakap nak kahwin walhal baru 27 tahun. Kak Long demam ke?

  “Kak Long nak kahwin dengan siapa?”

  “Dengan oranglah. Takkan dengan batu pulak.”

  Erk. Kak Long memang sarkastik.

  Aku labuhkan punggung di atas bangku. Kak Long berdiri di hadapanku. Jemariku mula memicit kepala. Dia pandang aku dengan sebelah kening terjongket. Kak Long peluk tubuh. Nafas aku hela lemah. Rasa macam nak pitam sebab tak sarapan plus dengar ayat Kak Long sebentar tadi. Telinga aku ada masalah atau Kak Long demam sebenarnya?

  Dulu siap merajuk time ayah suruh dia kahwin. Bangkang segala. Sekarang? Nak kahwin pula. Pening, pening.

  “Asal kau senyap?”

  “Masih tak percaya dengan kata-kata Kak Long,” balasku perlahan.

  Dia cebik bibir sebelum duduk di sisiku. Handbag dia letakkan di atas ribanya. Kami memandang orang yang lalu-lalang.

  Kak Long bukanlah kakak kandungku. Dia hanya sepupu yang sangat rapat denganku. Well. Alkisahnya, kami hanya berdua. Dia anak tunggal, aku pun anak tunggal. Abah merupakan anak sulung dan ayah Kak Long yang aku panggil ayah merupakan adik kepada abah. Dari kecil sampai ke besar, Kak Long merupakan tempat aku bermanja, mengadu, cari pasal dan bergaduh.

  “Kak Long nak kahwin sebab Kak Long dah jumpa lelaki yang boleh bahagiakan Kak Long, yang boleh imamkan Kak Long waktu solat, yang boleh jadi ayah kepada anak-anak Kak Long. Dia bukan lelaki yang sempurna tapi Kak Long rasa dia lelaki yang sesuai untuk Kak Long.” Panjang lebar dia tuturkan kata.

  Dan aku… jeda.

  Wajah Kak Long aku pandang. Sepasang matanya bercahaya tanda dia gembira.

  “Dia umur berapa?”

  “30 tahun.”

  “Kerja?”

  “Cikgu.”

  “Ouh. Suits you very much,” perliku.

  Dia tampar bahuku dan aku hanya tertawa.

  Kak Long, Kak Long. Dulu bukan kau ke yang cakap kau tak nak kahwin dengan cikgu? Hahaha.

*****

  Mataku jatuh pada wajah Kak Long yang berseri-seri. Solekan tipis mencantikkan lagi wajahnya. Aku hulurkan tisu kepadanya. Dia koyak senyuman manis dan aku turut tersengih. Mak dan mak Kak Long yang aku panggil ibu sedang berbual kosong. Peluh yang berjejeran di dahi aku kesat dengan belakang telapak tanganku.

  “Mana bakal suami Kak Long? Asal lambat sangat?”

  “Manalah Kak Long tahu. Tadi dia mesej Kak Long yang dia dalam perjalanan.”

  Huissy. Nak kahwin pun lambat. Hahaha. Aku bukan apa. Aku teringin nak tengok muka bakal suami dia. Dulu, aku mana ada peluang nak tengok. Masa si bakal suami dia datang rumah, aku ada kat dekat u. Adalah dua tiga kali aku minta Kak Long tunjukkan gambar bakal suami dia tapi dia tak bagi aku tengok. Dia suruh aku tengok masa akad nikah iaitu hari ini.

  Wajah aku angkat saat seseorang memberi salam. Pintu masjid aku pandang. Aku telan air liur. Seorang lelaki dalam lingkungan awal 50-an sedang menapak masuk ke dalam masjid. Memakai baju Melayu, songkok dan samping berwarna hitam. Dahiku berkerut.

  “Takkan dia yang nak kahwin dengan Kak Long? Perut dah maju ke depan dah tu.”

  Kak Long tampar lenganku. Aku menyeringai kesakitan.  Bibir dijuihkan. Mak yang duduk tidak jauh dariku sudah jeling tajam tanda marah dan suruh aku diam.

  “Maaf lambat. Saya cari baju tak jumpa. Ehehehe.”

  Pecah tawa semua orang tapi sopanlah sebab duduk di dalam masjid. Aku? Hahaha. Bantai gelak sampai keluar air mata. Kak Long cubit lenganku dan aku terus menutup mulut.

  Kepalanya dikalihkan. Dahinya berkerut. Songkok ditanggalkan lalu dia menggaru kepala. “Eh, mana anak aku ni?”

  Huh?

  “Ada, ayah,” sahut satu suara.

  Sekali lagi aku pandang pintu masjid. Kini, rahang bawahku jatuh. Dua orang lelaki berdiri di muka pintu diikuti dengan hamba Allah yang lain. Seorang memakai baju Melayu putih gading dan seorang lagi… fail! Datang masjid pakai t-shirt dengan jeans yang koyak-rabak tu?

  Pandangan aku dan mamat tak berjenis tu berlaga sebelum aku larikan pandangan. Rasa jelak melihat wajahnya.

  “Tak patut sungguh datang masjid macam tu. Gila ke apa,” gumamku rendah namun Kak Long di sisi masih bisa menangkap kata-kataku.

  Dan sekali lagi lengan milikku menjadi mangsa tamparannya.

  “Jangan salah faham ya. Yang nak kahwin hari ni anak saya. Bukan saya.” Pak cik itu menuturkan kata.

  Aku gelak kuat. Abah buntangkan mata.

  Hehehe. Sorry, abah. Pak cik tu lawak sangat.

  “Tak sempat nak cari baju. Pakat ambik baju akad nikah saya dulu. Tak sangka boleh pakai lagi sebab perut makin ke depan. Hahaha.”

  Semakin kuat tawaku sampai orang yang hadir memandangku hairan. Kali ini, Kak Long pula yang menoleh memandangku. Membuat isyarat suruh aku diam. Aku tundukkan wajah. Menekur lantai masjid.

  Dan sehingga selesai upacara akad nikah, aku hanya senyap.

*****

  Tiga tahun sudah berlalu. Kak Long dah jadi isteri orang. Dah melahirkan anak dah pun. Aku? Hahaha. Masih sama seperti dulu. Tak kahwin lagi. Heh. Nak kahwin kebendanya. Lelaki takut dengan aku. Pantang masuk dekat, aku dah tengking.

  Mamat tak berjenis di hadapanku aku pandang sebelum aku kalihkan muka. Dialah manusia yang sampai sekarang memang aku tak suka. Perangai tak berjenis. Suka nak bangga diri bagai. Eii… malang betul suami Kak Long dapat adik macam mamat ni. Nak buat macam mana. Perangai manusia berbeza. Abang baik, adik jahat. Hahaha.

  “Korang sembang apa?” tanya Kak Long yang keluar dari rumah sambil menatang dulang.

  Teko dan dua cawan kosong diletakkan di atas meja bulat. Dulang yang sudah kosong itu Kak Long letakkan di bawah. Aku pandang Kak Long yang duduk di sisiku. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.

  “Sembang kebendanya,” ujarku perlahan.

  Aku nak sembang dengan mamat tu? Oh, pulis! Tak ingin aku.

  “Nini mana, Kak Long?” soal lelaki itu.

  “Tidur. Penat agaknya main tadi. Kareef datang sini buat apa?”

  “Nak jumpa Abang Hakim. Kereta member dia dah siap tapi Kareef tak tahu number phone kawan dia. Lupa minta.”

   Bibir aku cebik. Tak nak dengar pun cerita dia. Asyik cakap pasal kereta. Tahulah buka bengkel kereta pun. Takkan sampai ke sini nak cerita pasal kereta. Rimas sungguh dengan mamat tak berjenis yang duduk di hadapanku tika ini.

  Tujuan aku datang ke sini adalah untuk bergosip dengan Kak Long tapi sebab mamat ni datang, cancel plan aku.

  “Ha. Kau datang sini buat apa?” Mata Kak Long jatuh pada wajahku.

  Sengih. “Nak borak dengan Kak Long. Bosanlah duduk rumah.”

  Lelaki itu senyap. Air teh di dalam teko dia tuang ke dalam cawan lalu menghirup perlahan air teh yang masih panas itu.

  Sememangnya aku bosan duduk di rumah. Nak bersembang dengan mak, mak tak layan. Asyik duk tengok sinetron kat tv 9. Huu. Mak lebih mengutamakan sinetron berbanding anak dia sendiri. Nak sembang dengan abah memang taklah. Aku tak reti sangat cakap dengan abah sebab abah jenis pendiam. Aku cakap sepatah, dia balas sepatah.

  Kak Long juih bibir. “Kalau kahwin, takkan punya nak bosan. Cubalah kau cari jodoh.”

  “Nak cari kat mana? Kat mapley? Ingat senang ke nak cari jodoh? Nyanyi lagu Cari Jodoh pun belum tentu ada orang nak kahwin dengan Lili. Kak Long tak apalah. Jumpa lelaki yang baik, sopan. Lili takut Lili jumpa lelaki tak berjenis aje.”

  Aku kerling si Kareef. Dia sembunyi senyum.

  “Apa kata kau kahwin aje dengan Kareef ni,” cadang Kak Long.

  Terus aku tersedak.

  Kahwin dengan Kareef? Oh, tidak! Tak nak aku kahwin dengan lelaki yang pakai t-shirt dan jeans koyak-rabak ke masjid.

  “Hahaha. Kak Long ni buat lawak boleh. Lili hanya akan kahwin dengan si Kareef kalau tujuh orang buat tujuh permintaan yang sama.”

  “Betul ni?”

  “Betul. I takkan langgar janji I.”

  Ahaha. Sumpah lepas ni aku takkan cakap dah pasal kahwin kalau si Kareef ada sekali dengan aku. Harap-harap dia tak akan ingat pasal janji aku tadi. Mamat tu pun satu. Tak kahwin lagi tu kenapa? Kahwin sajalah.

 Aku duk kata dekat dia, aku pun sama. Tak kahwin-kahwin lagi.

  “Enam lagi permintaan yang sama, kahwinlah korang berdua. Boleh, Kareef?”

  “Boleh aje, Kak Long.”

  Erk.


 untuk beberapa sebab tertentu, cerpen ini hanya sampai setakat ini. Harap maklum :)

Haip! Nak tarik nafas dulu sebab penat edit. Ni lah cerpen paling panjang yang hanna pernah tulis. 20 m/s. Boleh juling mata. Hahaha. Maaf atas segala kekurangan. Cerita ni memang bosan, cliche. Hahaha. Tak cek balik pun. Typo ka, apa ka, memang takkan perasan. Kalau rajin, boleh tinggalkan komen ya. ahaks.

                                                                                                                                            
  

mengapakah hanna aleeya tak famous???

Tajuk ni macam gempak tapi isinya boleh buat orang baling laptop ke dinding. Hahaha. This story is not a sob story. Ni bukanlah cerpen yang ada happy ending atau sad ending. Ni cuma cerita yang tergantung ceritanya.

MENGAPAKAH HANNA ALEEYA TAK FAMOUS?

Jawapannya ialah IDK and i'm happy for that. Not famous, duduk ranking paling bawah, boleh kawan dengan orang ramai, no need to talk about aku punya kemerapuan di blog. Aku memang tak femes. Hatta jiran belakang rumah pun tak kenal aku ni siapa. Mungkin soalan akan berbunyi mangkuk mana nama Hanna Aleeya tu? Well. Bukan salah jiran aku. Salah aku ja. Hahaha

Aku mula menulis masa 2011 iaitu masa aku form 1. Masa tu bingkai spek aku berwarna ungu. Kahkahkah. Yang tu jugak yang aku ingat. Uncle ben did promote my blog tahun tu dan aku sangat hargai usaha dia. Aku masa tu memang tak tahu langsung pasal menulis. Aku menulis bodoh-bodoh ja. Sekarang pun sama.

Dan aku sangat terharu bila ada orang pm aku kat fb atau post kat wall aku yang depa baca cerpen aku. Sumpah aku gembira. Sengih sorang-sorang macam orang gila sampai mak aku tengok aku pelik. Dan sangat sedih bila orang cakap, "kalau hanna ada novel kat pasaran, akak mesti beli novel hanna." Aku sedih sebab aku selalu rasa benda tu macam mustahil. Aku rasa lebih baik aku tulis kat blog macam orang gila yang tak pernah jumpa blog walau orang benci, walau orang tak suka. Aku pernah cuba tulis novel tapi fail. Sekerat jalan. Jalan cerita tah pa2. 

"Wei hanna, orang lain tulis tak sampai sebulan tapi dah publish novel. Dah femes. Hang ni dah bertahun tapi mandom ja lagi." Depa pandai tulih. Aku tak pandai. Tu yang duk mandom ja. Hahaha. Tapi aku belajar. Sebab tu gaya penulisan aku selalu berubah. Setiap hari aku belajar walau setiap hari cerita aku cukup bosan. 

Memang banyak orang tak kenal aku. Aku rasa dahi orang akan berkerut kalau dengar nama aku. Well. Tak salahkan depa. Nak buat macam mana. Dah tak kenal aku. Takkan nak promote diri aku pulak. Kahkahkah. 

"Sedih sungguh jadi hang." Sedih ka jadi aku? No. I don't think so. Aku bahagia jadi aku. Terharu bila ada still baca apa yang aku tulis. Bahagia bila my friend told me yang sepupu dia baca apa yang aku tulis. Bahagia bila kawan yang lain pun cakap cousin dia baca apa yang aku tulis. Bahagia bila kawan sendiri pun baca apa yang aku tulis. Sibuk tanya link blog aku. Aku happy.

Aku appreciate orang yang baca apa yang aku tulis. Setiap komen yang orang drop buat aku sengih sorang-sorang. 

Kesimpulannya, aku tak kisah aku tak famous. Aku tak kisah orang tak kenal aku. Aku tak kisah orang tak baca story aku. Aku tak kisah tak ada novel nama hanna aleeya di pasaran. Aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Aku bahagia ada hamba-hamba Allah yang selalu chat dan balas komen dengan aku di fb, komen di blog.  You guys rock. May Allah bless all of you.

- aku tulih sat ja. lepas tu padam. hahaha



Cerpen : Langit Itu Biru (Full)

CERPEN : LANGIT ITU BIRU (FULL)

  Pandanganku menikam anak matanya. Peluh mula berjejeran di dahinya. Aku mengoyak senyuman sinis di kala aku mengunyah chewing gum. Hujung kasut sekolah milikku menguis tanah. Tanganku diletakkan di pinggang. Tubuh perempuan itu menggigil ketakutan. Kelopak matanya bergenang tanda dia mahu nangis.

  “Lu bikin guwa sakit hati!” ujarku perlahan namun tajam.

  Heh. Aku tengok pun nak nangis dah. Tu lah. Yang gedik cari pasal dengan aku kenapa? Memang panas hati sungguh bila tengok beg kesayangan aku dilempar ke dalam kolam ikan. Buku-buku sekolah aku habis berterabur di atas air.

  “Ma… maaf,” tuturnya gagap.        
        
  “Maaf? Lu cakap maaf? Wei, mangkuk! Lu dengar sini. Maaf lu yang tak bernilai tu tak boleh bagi buku-buku sekolah guwa balik. Maaf lu tu tak boleh hilangkan bau air kolam dekat beg sekolah guwa. Faham?” Suaraku naik seoktaf.

  Wajahku merah menahan marah.

  Ikutkan hati, memang budak ni nak makan penampar aku tapi aku masih waras. Tak mahu masuk dislipin. Tak mahu ada lima cap dekat pipi dia. Aku memang tak fahamlah dengan budak ni. Aku tak cari pasal pun dengan dia. Yang dia cari masalah aku tu kenapa? Prinsip aku senang. Orang tak kacau aku dan aku takkan kacau orang tapi budak ni…

  “Sa… saya minta maaf.”

  Aku merengus kasar. “Lu pehal duk minta maaf? Ganti baliklah semua benda guwa! Kata anak YB.”

  Dia ingat aku ni anak menteri ke apa nak beli beg baru dengan buku-buku baru? Kalau ibu tahu, mesti dia mengamuk punya. Tak pasal-pasal rotan hingga di tangan aku. Ibu bukan jenis manusia yang suka bertoleransi. Asal aku buat silap sikit, mesti kena punya tak kiralah kesilapan tu diri aku yang buat atau orang lain buat.

  “Takkan beg buruk macam tu nak kena ganti balik!” tuturnya angkuh.

  Darahku berderau. Tubuhku menggigil kerana terlalu marah. Aku paut hujung tudungnya. Tubuhnya terdorong ke depan sehingga mendekati tubuhku. Anak mataku kembali mencari anak matanya.

  Dia kena tahu betapa marahnya aku.

  “Lu kalau nak cari pasal, cari dengan orang lain. Bukan dengan guwa, budak.”

  Budak, budak. You have some guts to make me angry. You really piss me off, girl. Really.

  Dia telan air liur.

  Sebelah lagi tanganku hampir menyentuh pipinya yang mulus namun…

  “Airina! Jumpa saya di bilik guru.”

  Pautan dilepaskan. Mataku dipakukan pada wajah Cikgu Dzulkarnain yang sedang berdiri di hujung balkoni tingkap 2 blok B. Pandangannya yang tajam berlaga dengan pandanganku. Air liur yang melepasi kerongkong terasa pahit tiba-tiba.

  Bibir aku gigit lembut. Sudah. Aku memang sengaja cari bala. Ma… ti aku.

*****

  Jemariku menguis tali beg laptop Cikgu Dzulkarnain. Aku menunduk. Menekur lantai bilik guru. Menadah telinga mendengar bebelan cikgu disiplin itu. Kakiku telah lenguh kerana aku sudah berdiri untuk tempoh masa yang lama. Airina sini, Airina sana. Memang panjang benar bebelannya. Sudahlah cakap laju gila kentang.

  “Airina buat salah apa kali ni?” tanya satu suara.

  Wajah diangkat. Terbias muka Cikgu Idris di kornea mataku. Dia baru saja melabuhkan punggung di hadapan Cikgu Dzulkarnain.

  “Kali ni dia hampir pukul budak kelas 4 Intelek.”

  “Yang mana?” soal Cikgu Idris bersama kerutan di dahi.

  “Alah. Yang berlagak tu, cikgu. Yang duk bangga semedang sebab dia anak YB,” ujarku menyampuk.

  Cikgu Dzulkarnain membulatkan matanya. Aku kembali menunduk. Tangan diletakkan di belakang tubuh. Cikgu Idris melepaskan tawa.

  Airina : Pelajar yang memang selalu bertandang ke meja Cikgu Dzulkarnain untuk mendengar bebelannya.

  Seminggu ada kut dua tiga kali aku kena datang sini sebab cari masalah kononnya walhal semua yang terjadi bukan salah aku. Aku bukannya sengaja nak pukul anak orang. Hamba-hamba Allah di sekolah ni yang suka cari pasal dengan aku. Kalau aku jalan, letak kaki di depan aku supaya aku tersadung. Kalau aku nak duduk, kerusi aku kena tarik sampai aku terjatuh. Aku tak faham betul dengan mentaliti budak-budak sekolah ni.

  Cikgu disiplin itu hela nafas lemah. “Airina, Airina. Kamu ni troublemaker terhebat sekolah. Setiap minggu wajib datang ke meja saya. Saya tak tahulah kamu nak jadi apa bila besar nanti.”

  Aku kematian kata. Tangan mula merayap di atas kepala menggaru kepala yang tidak gatal.

  “Err… langit itu biru, cikgu.”

  “Banyaklah langit itu biru. Asal tak tahu nak cakap apa, mesti cakap langit itu biru. Dah sakit dah telinga saya dengar kamu cakap  langit itu biru. Tak ada ayat lain ke nak cakap?”

  Senyuman dikoyak dan aku geleng. “Tak ada, cikgu. Saya cuma tahu cakap langit itu biru.”

  Langit itu biru. Noktah.

*****

   Aku terpempan. Sky sudah terbaring di atas jalan tar. Tubuhnya dipenuhi darah. Tubuhku menggeletar. Nafas dihela lemah. Tekakku terasa sakit. Air mata sudah bertakung di kelopak mata. Langkahku mati dan aku tidak dapat bergerak seolah-olah kakiku sudah digam.

  “I’m sorry,” ujar satu suara.

  Wajahku diangkat. Setitis air mataku jatuh terkena telapak tanganku. Seorang lelaki yang lengkap berpakaian sukan berdiri di hadapanku. Anak matanya menikam anak mataku. Mata yang berkaca itu redup memandangku. Rasa geram sudah mula mengalir ke dalam lemah rasaku. Bibirku diketap. Aku kepal penumbukku yang agak kecil.

  Air, sabar.

  “Sorry?” tanyaku sinis.

  Dia angguk. “Saya minta maaf. Saya tak sempat nak brek. Kucing awak tu tiba-tiba aje ada kat tengah jalan.”

  Nak cakap salah kucing aku ke ni? Eiii… bagus punya manusia. Dia yang bawa laju mengalahkan pelesit. Tak tahu ke tak boleh bawa-bawa laju di kawasan perumahan? Mamat ni memang tak ada kesedaran sivik langsung. Mesti masa sekolah dulu subjek Sivik dan Kewarganegaraan dapat B memanjang.

  “Salah kucing sayalah ni?” tanyaku rendah.

  Dia angguk lagi. Aku tersentak.

  Mengaku pulak tu? Ngee…

  “Maksudnya kucing saya mati sebab salah dia sendiri?”

  “Kinda…”

  “Ooo... ngek kan kucing saya?”

  “Agaklah.”

  What?

  Terus aku pijak kaki dia. Lelaki itu menyeringai kesakitan. Dahinya berkerut. Aku pamer senyum sinis. Kalau aku tahu tadi, memang aku pinjam high heels jiran sebelah. Biar kaki dia lagi sakit. Nasib baiklah aku cuma pakai selipar biasa.

  Tubuhku terus ditolak sehingga aku terdorong ke belakang. Dia menyinga. Tengok aku macam nak telan. Desahan nafasnya semakin kuat.

  “Lu pehal tolak-tolak guwa, brother?” tengkingku.

  Lelaki itu terus mendongakkan wajahnya. Keningnya bertaut rapat. Tidak sangka aku menjadi kasar tiba-tiba.

  Heh. Mamat ni tak kenal lagi diri aku yang sebenarnya. Sorry. Guwa memang tak lembut.

  “Dah lu pijak kaki guwa. Tu yang guwa tolak lu, sister.”

  Aku merengus kasar. “Siapa suruh lu langgar kucing guwa? Brother, lu dengar sini. Kucing guwa mati sebab lu. Lu pehal bawak laju-laju dekat sini? Sini kawasan perumahan. Bukannya Litar Sepang. Kalau lu tak reti pasal semua ni, jangan bawa kereta lagi. Guwa takut nanti ramai yang mati sebab lu. Faham, brother?”

  Dan dia buat muka toya. Matanya dijulingkan.

  Sah apa yang aku cakap tadi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mamat ni memang suka agaknya buat aku sakit hati.

  Mataku kembali jatuh pada tubuh Sky. Aku terasa sebak. Kalaulah aku tak usik Sky tadi, mesti dia tak terkejut dan terus lari ke arah jalan tar. Kenapa harus ada perkataan kalau? Huu… sedihnya aku. Tak ada dah kucing yang aku nak usik 24 jam.

  “Tak sangka ya tomboy macam lu boleh sedih sebab kucing mati,” komennya tiba-tiba.

  Darahku berderau. Mukaku terasa berbahang.

  Dia panggil aku tomboy?

  Kakiku terus menendang betis kanannya sebelum aku berlalu pergi.

  “Sister, lu buat guwa sakit hati!” laungnya.

  Aku senyum. Ada aku kisah, brother?

*****

  Tubuh dihempaskan ke atas katil. Airin yang sedang khusyuk menyikat rambutnya memandangku sebelum kembali memandang cermin. Aku mencebik bibir. Minah ni tak sah kalau tak tengok cermin setiap hari. Sah cermin tu berpuaka sampai wajib tengok setiap hari. Kalau tak tengok, sah tak boleh hidup punya minah ni.

  Tudung aku campakkan ke atas bangku yang diletakkan di sisi katil. Kakiku terjuntai ke lantai. Rasa geram masih berbekas di hatiku.

  Mamat tak guna tu panggil aku tomboy. Ngee… geramnya aku.

  “Kak, kau pergi mana tadi?” tanya Airin perlahan.

  “Tak pergi mana pun,” balasku acuh tak acuh.

  Hari minggu hari untuk berehat. Bukannya merewang tak tentu pasal.

  “Tapi kenapa Airin ternampak akak bergaduh dengan hamba Allah entah kat atas jalan.”

  Aku juih bibir. Budak ni memang pantas kalau masuk bab aku bergaduh dengan orang. Nak report dekat abah lettuw. Sukalah dia kalau boleh tengok abah marah aku dan berleter macam ada 36 jam sehari. Kalau dulu tugas Cikgu Dzulkarnain untuk membebel, kini abah pula membebel dan bebelan abah lebih dahsyat berbanding bebelan cikgu disiplin itu. Baguslah. Boleh geng. Dua-dua cikgu. Sekarang ni pun dua-dua dah bersara.

  “Rin, kau rasa abah nampak tak akak gaduh tadi?” ajuku menginginkan kepastian.

  Gadis itu menolehkan badannya. Hujung sikat menyentuh dagunya dan dia menggelengkan kepala. Tubuhnya disandarkan pada almari yang tertutup rapat. Sehelai rambutnya yang ikal mayang menyentuh mata kanannya namun dibiarkan begitu saja. Aku memandang dia dengan ekor mataku.

  Kami adik-beradik tapi tak sama perangai. Dia manja mengalahkan budak umur 7 tahun dan aku keras kepala. Suka buat benda ikut kepala sendiri sampai buat abah dengan mak pening kepala nak uruskan aku. Aku ada cara aku tersendiri dan tidak suka mengikut cara orang lain. Ini hidup aku dan aku yang akan tentukan hidup aku. Orang lain tak boleh masuk campur walau siapa pun dia. Dan yang paling penting ialah… jangan cari pasal dengan aku!

  Sepanjang 26 tahun aku hidup, banyak orang dah makan penampar aku sebab jadi penyibuk dan banyak orang dah maki aku cakap aku ni kasar, degil, tak lawa dan tak kan ada lelaki yang mahukan aku sampai aku mati. Ada aku kisah? Jodoh aku telah ditentukan. Aku hanya mampu berdoa si jodoh itu baik orangnya dan mampu terima aku seadanya.

  Nurul Airina memang kasar tapi bukan dengan semua orang.

  “Akak lupa ke yang abah pagi-pagi lagi dah pergi rumah tok imam? Kan tok imam nak buat kenduri nak pergi Mekah malam ni.”

  Aku tepuk dahi. Lupa.

  “Mak pun ikut sekali ke?”

  Gadis itu angguk.

  “Kak… kenapa kau gaduh dengan lelaki tadi?”

  “Dia langgar Sky,” balasku perlahan.

  Mata Airin membulat. Dia terlopong.

  Heh. Buruk benar dia buat muka macam tu.

  Sky : Si kucing yang mak kutip dekat pasar malam hujung tahun lepas. Semua orang sayang dia termasuklah Airin si anti kucing.

  “Ma… na Sky, kak?”

  “Ada tepi aku ni ha.” Aku buat lawak bodoh.

  Terus mata Airin dipakukan pada bantal panjang yang terletak elok di sisiku. Dia mengerutkan dahi dan mencekakkan pinggang.

  “Kak, mana ada pun.”

  Batal panjang itu terus aku baling ke wajahnya sebelum terjatuh di atas lantai. Aku bangun dan duduk bersila di atas katil. Jemariku menekan pelipis.

  “Mangkuk, dah tak dengar bunyi kucing mengiau, memang sahlah tak ada kat sini.”

  “Habis Sky ada kat mana sekarang ni?”

  “Sky? Dia ada kat dalam tanah sekarang ni. Sibuk mengiau agaknya,” balasku selamba.

  “Kak, janganlah buat lawak.”

  Sah Airin bengang dengan aku. Selalunya kalau dia tanya apa-apa soalan, aku mesti jawab dengan jawapan yang memang tak masuk akal sampai dia meluat nak tanya aku. Kata dia, aku memang pandai bab buat loyar buruk yang boleh menyakitkan hati orang.

  “Betullah. Sky ada kat dalam tanah sekarang ni. Airin, kau harap apa bila seekor kucing kena langgar dengan kereta? Sah-sah tempah maut. Tu yang akak bengang gila dengan mamat tadi. Perangai macam setan. Kalau ikutkan hati, memang makan penampar punya tadi,” tuturku laju.

  “Kak, kacak tak mamat tu? Airin tak nampak muka dia dengan jelaslah. Lagipun Airin tengok masa part akhir je. Nengoknya idak sebab Airin ada dalam bilik air. Basuh baju.”

  Kepala yang tidak gatal aku garu.

  Air is speechless. Grr…

  “Langit itu biru,” ujarku perlahan.

  “Kak…. Airin tanya ni.”

  “Langit itu biru.”

  “Sikit-sikit langit itu biru. Kalau speechless aje, mesti cakap langit itu biru. Bosan Airin dengar,” komennya.

  Eii… budak ni. Ikut suka akulah. Mulut aku. Bukannya aku cakap ayat yang tak elok. Baguslah aku cakap langit itu biru. Takkan nak cakap langit itu kuning pula. Sah-sahlah tidak. Airin ni spesies Cikgu Dzulkarnain sungguh. Memang tak suka aku cakap langit itu biru.

  Riak wajah Airin tiba-tiba berubah. Bibir dia mekar dengan senyuman. Aku tengok dia pelik. Ni senyuman nak kenakan aku namanya.

  “Kak… kalau akak cakap langit itu biru, maknanya mamat tadi tu kacaklah kan?” soal dia sambil sengih.

  Aku tertungkap.

  “Aaa… langit itu biru.”

  Wajahku merah menahan malu.
  “Memang betullah mamat tadi tu kacak,” usik Airin lagi.

  “Kacak kalau perangai macam setan buat apa? Anak siapa entah. Cucu siapa entah. Grr…”

*****
  Huarrrgggh. Mamat siang tadi tu cucu tok imam! Rahang bawah aku terjatuh saat melihat lelaki tadi sedang berdiri di sisi tok imam. Lagi terkejut tatkala tok imam beritahu bahawa lelaki itu cucunya yang berpindah dari Pulau Pinang dan akan duduk kat rumah dia nanti bila dia pergi umrah bersama sang isteri. Aku rasa macam nak pengsan.

  Perangai macam setan. Cucu tok imam. Kalaulah aku tahu lelaki ni akan ada kat sini, sumpah aku takkan datang. Abah pulak asyik nak paksa aku datang. Cakap aku ni tak reti nak bergaul dengan masyarakat bagai. Berdesing telinga aku dan mahu tidak mahu, aku gagahkan juga untuk datang ke rumah tok imam. Abah bukannya tak tahu yang aku tak suka pergi mana-mana kenduri. Orang ramai. Aku rasa tak selesa.

  Gelas kaca yang sudah kosong aku letakkan di atas meja. Jari-jemariku disulamkan sesama sendiri. Airin entah menghilang ke mana.

  “Hai…”

  Aku angkat wajah. Riak wajahku berubah. Mamat ni lagi.

  “Lu pehal duk hai segala?” marahku.

  “Ikut suka guwalah, sister.” Kerusi ditarik dan dia melabuhkan punggung di hadapanku.

  Songkok yang dipakainya ditanggalkan. Butang baju Melayu ditanggalkan. Tangannya dikibas beberapa kali.

  “Panasnya,” gumamnya rendah.

  “Dah tahu panas, lu duduk sini buat apa? Pergilah masuk dalam rumah.”

  Tangannya terus jatuh ke atas riba. Anak matanya mencari anak mataku. Wajahnya serius. Bibirnya kosong tanpa sebarang senyuman. “Hak guwa nak duduk kat mana-mana pun. Lu bising buat apa?”

  Aku merengus kasar.

  Mamat ni memang sengaja nak buat aku naik angin dekat sini. Sabar, Air. Jangan malukan abah. Dekat sini orang ramai.  Kalau nak cari masalah, sini bukan tempatnya. Cukuplah selama ni malukan abah.

  “Sister, lu pehal kasar sangat? Lu tu perempuan.  Bukannya lelaki macam guwa. Kalaulah lu tak pakai tudung, mesti guwa fikir lu ni lelaki ke perempuan. Perangai macam jantan. Tah-tah kau ni memang teringin agaknya nak jadi jantan. Kau mesti ada makwe kan?”

  Wajahku berubah rona. Desahan nafasku semakin kuat. Jantungku berdetak laju.

  Kau silap. Kau silap cari pasal dengan aku.

  Aku bingkas bangun. Tanganku memaut bahagian leher baju Melayunya. Tidak aku pedulikan mata-mata yang memerhati. Memang aku tahu abah akan marah aku tapi lelaki ini sudah mencara kesabaranku.

  “Lu siapa mahu cakap macam tu dekat guwa? Brother, sebelum lu kata dekat orang lain, lu cermin dulu diri lu. Lu pun bukan bagus sangat. Tak payahlah nak nasihatkan guwa. Kubur kita masing-masing. Please mind lu own business. Eh. Silap. Please mind your own business.

  Faham?”

  Cucu tok imam itu sengih dan geleng. Mataku terbuntang.

  Ma… mat ni memang sengal.

  Aku melepaskan pautan.

  “Guwa tak fahamlah, sister.”

  "Arggh! Cucu tok imam sengal," jeritku. Aku tayang muka bengang.
 
  Dan semua mata terus melekat pada wajahku. Tok imam yang sedang meneguk air sirap tersedak. Abah tengok aku macam nak telan. Matanya sudah membulat tanda memberi amaran.

  Si cucu tok imam tengok aku dengan muka toya.
 
  "Nurhan..." Suara tok imam kedengaran.

  Cucu tok imam sengih.

  "Kut ye pun engkau nak mengorat, janganlah malam ni. Malam ni ada kenduri. Kau ingat tu, Nurhan."

  Aku pulak yang tersedak. Tawa orang ramai pula pecah. Wajahku merah padam.

  Tok imam ni salah fahamlah. Cucu dia bukan mengorat aku tapi menyakitkan hati aku.

  "Cucu tok imam tapi perangai macam setan," gumamku rendah. Cukup untuk aku dan dia dengar.

  "Imam tak dapat diwarisi, sayang." Dia menuturkan kata lembut dan kuat.

  "Nurhan..." Sekali lagi tok imam memanggil nama cucunya.

  Semua orang ketawa lagi.

  Puaslah dia dapat kenakan aku. Ngee... ngee... ngee. Aku geram!

*****

  Muka aku kelat. Mak geleng kepala. Faham benar dengan perangaiku. Airin tengok aku sebentar sebelum matanya melekat pada skrin laptop. Aku memeluk tubuh. Abah sedang menghirup secangkir kopi di luar rumah.

 Lepas balik dari rumah tok imam semalam, abah terus berleter. Telingaku dipiat. Mak hanya memerhati. Aku berusaha untuk membela diri tapi abah tetap menyalahkan aku. Kata abah, aku ni asyik malukan dia. Dekat kenduri orang pun nak cari pasal. Abah malu, aku sakit hati. Memang apa yang terjadi bukan salah aku. Ini semua salah cucu tok imam! Nak nasihatkan aku konon. Diri sendiri pun tak elok mana.

  “Rina, sudahlah tu. Tak baik masam muka depan makanan. Dah. Makan cepat pisang goreng tu. Nanti sejuk. Tak sedap,” tegur mak lembut.

  Aku geleng kepala.

  “Tak nak. Tak lapar!”

  “Mashitah, tak payah duk pujuk anak awak tu. Kalau lapar, pandailah dia makan. Kalau saya jadi awak, tak ada maknanya saya nak ajak dia makan. Biar dia lapar. Muhasabah diri sikit. Kerja nak malukan kita,” sampuk abah.

  Bibir aku juih.

  “Abah ni kerja nak salahkan orang. Kan orang dah cakap yang semalam tu bukan salah orang. Cucu tok imam yang perangai macam setan tu mulakan dulu,” bidasku.

  “Rina… tak baik cakap cucu tok imam macam tu,” tegur mak.

  “Dah tu kenyataan dia. Nanti kalau orang cakap cucu tok  imam tu macam malaikat, mak cakap orang perli dia pulak.”

  Mak senyum dan diam. Abah turut mengunci mulut. Aku pandang bekas yang selalu digunakan untuk meletakkan surat. Sepucuk surat yang tertera nama abah aku capai dan aku buka berhati-hati. Rumah ni tak ada rule bab buka surat. Selalunya aku yang akan bukakan semua surat yang ada sebab orang-orang di dalam rumah ni memang tak minat bab membuka surat.

  Surat yang dilipat A4 itu aku buka lipatannya dan bola mataku berlari membaca isi kandungan surat tersebut.


  Assalamualaikum Encik Musa, tujuan saya tulis surat ni bukan bertujuan untuk jadi kurang ajar tapi saya minta Encik Musa ajar sikit anak Encik Musa yang sulung tu. Perangai mengalahkan jantan. Kurang ajar. Hari tu jumpa saya siap maki-maki saya walhal saya lagi tua daripada dia. Encik Musa memang tak ajar ke anak Encik Musa tu? Saya rasa takkan ada lelaki yang nak kahwin dengan dia. Cuba Encik Musa tengok-tengokkan anak Encik Musa tu. Entah-entah dia tu bohsia. Saya bukan nak apa. Zaman sekarang ni macam-macam jadi. Harap Encik Musa boleh terima nasihat saya.


  Selesai aku membaca ayat yang terakhir, aku koyakkan surat tersebut lalu aku pijak. Tubuhku menggeletar. Peluh mula berjejeran di dahi. Darah merah mula menyerbu wajahku. Rasa tertampar dengan ayat yang ditulis.

  Kelopak mataku tertutup rapat. Mulutku terkumat-kamit. Cuba mengingati siapakah yang telah aku maki. Dan kelopak mataku terbuka di kala aku sudah mengetahui insan yang menghantar surat. Tak lain tak bukan si penyibuk tepi kain orang yang kerja nak mengutuk aku siang dan malam kalau jumpa aku.

  “Rin, surat ni kau ambik mana?”

  Selalunya Rin yang ambil surat di dalam kotak peti surat.

  “Rin ambik dekat atas bangku kat luar rumah. Kenapa?”

  Aku geleng. Aku bangun dan capai tudung di atas meja telefon lalu aku sarungkan ke kepalaku. Rin dan mak tengok aku pelik.

  “Rina nak pergi mana?” tanya mak hairan.

  “Nak pergi selesaikan urusan yang tak selesai,” tuturku sebelum melangkah  keluar dari rumah.

  Abah yang sedang menyelak helaian akhbar mengangkat wajah di kala aku berpapasan dengannya.

  “Rina, kau nak pergi mana?”

  “Nak pergi selesaikan urusan yang tak selesai.” Aku memberi jawapan yang sama.

  Langkah tetap diatur laju. Penumbukku dikepal. Angin petang yang menyapa pipiku langsung tidak meredakan amarahku.

  “Nurul Airina!” Abah melaungkan namaku namun aku tidak menoleh ke belakang.

  Saat aku tiba di rumah sang pengirim surat, dia sedang minum petang bersama anak perempuannya yang sulung di pondok di halaman rumah. Lelahku terbang begitu saja. Marahku semakin memuncak.

  Aku melepasi pintu pagar rumah si pengirim surat. Jiran sebelah yang turut berada di luar rumah memandangku.

  Langkahku ditala ke pondok itu.

  “Rina, kau buat apa datang sini?” tanya si pengirim surat yang terkejut dengan kehadiranku. 

  Senyum sinis terlukis di bibirku. “Mak cik yang undang saya ke sini. Eh, lupa! Surat mak cik yang undang saya ke sini.”

  Mak Cik Habsah pandang aku takut-takut.

  Mak cik, mak cik. Mak cik fitnah saya bukan-bukan tu kenapa? Saya maki mak cik bila? Saya memang kurang ajar tapi saya hormat orang tua selagi yang saya mampu. Takkan punya saya maki mak cik. Saya ada akal. Masih waras.

  “Kau baru baca ke surat tu?” tanya wanita pertengahan 40-an itu.

  Kepalaku dianggukkan. “Ya, mak cik. Kalau saya baca semalam, mestilah saya datang semalam. Apalah mak cik ni. Hahaha.”

  Tawa yang penuh dengan kepura-puraan aku lepaskan.

  Aku tak lupa. Aku tak lupa yang dia tulis aku ni kurang ajar.  Aku tak lupa dia tuduh aku bukan-bukan.

  “Mak cik, mak cik. Berjiran dengan tok imam tapi perangai macam setan!”

  Mak Cik Habsah membulatkan matanya. Anak perempuannya kematian kata.

  “Kau jangan kurang ajar sangat dengan aku,” ucap wanita itu kasar.

  Heh.

  “Saya bukannya nak kurang ajar dengan mak cik tapi mak cik perlu berhenti ambil tahu kisah orang lain. Satu taman kenal mak cik. Si Habsah yang suka canang cerita orang dan jaga tepi kain orang. Saya bukan nak sakitkan hati mak cik tapi anak mak cik pun mak cik tak boleh jaga. Mak cik ingat saya tak tahu yang anak lelaki mak cik suka berjudi? Dadah pun ambil.”

  Wajah mak cik itu berubah tegang.

  Air yang biasa tidak akan menuturkan ayat seperti ini. Tidak. Tapi kali ini aku sudah hilang sabar. Dia yang menguji kesabaranku. Dia yang membuatkan rasa marah tercampak ke dalam lembah rasaku. Bukankah pernah aku kata yang aku tidak akan mencari pasal dengan orang yang tidak mengangguku?

  “Kau memang kurang ajar. Dahlah hodoh. Macam jantan. Mulut macam longkang. Kalau mak dengan ayah kau mati nanti, mesti takkan tenang dalam kubur sebab dapat anak yang perangai mengalahkan setan macam kau. Kau…” Belum sempat dia habiskan kata, aku capai secawan teh panas lalu aku tuangkan ke atas kepalanya.

  Dia menyeringai kesakitan. Panas. Memang panas. Tapi lagi panas hati aku.

  “Airina!”

  Aku berpaling. Abah, tok imam dan cucu dia yang sengal sedang berdiri di pintu pagar. Muka abah bengis. Aku ketap bibir.

  “Kau ni kenapa, Airina? Tak cukup ke kau malukan abah selama ni?” tengking abah.

  Hatiku terus dipagut rasa sayu. Mataku berkaca.

  Cawan yang sudah kocong itu aku letakkan di atas meja. Langsung tidak dipandang wajah Mak Cik Habsah. Langkah diatur lemah meninggalkan dia tanpa sepatah kala dan di kala aku berpapasan dengan abah, pandangan kami berlaga namun aku tetap menguncikan mulut.

  “Abah kecewa dengan Nurul Airina.” Hanya itu yang terluah dari bibirnya.

*****

  Si cucu tok imam tengok aku dan senyum. Aku larikan pandanganku supaya pandangan kami tidak bertemu. Gila punya mamat ni. Mengekor aku sampai ke sini. Tengok aku macam nak telan tapi dia tidak bersuara.

 “Just now, you were too harsh.”

  Aku tengok dia geram. Cucu tok imam ni ikut aku sebab nak sakitkan hati aku ke?

  “Lu diam boleh tak? Guwa takut lu makan penampar guwa,” ujarku geram.

  Dia senyum sinis. "Eee... guwa tak takut!"


untuk beberapa sebab tertentu, cerpen ini hanya sampai setakat ini. Harap maklum :)


Apakah perasaan anda selepas membaca kisah ni? Marah? Happy? This story has a bitter ending, I think. Kisah ni mungkin merapu. Well. Kisah 18 m/s ni mungkin anda tidak suka. It's okay. I know I'm not a great penconteng. I think some people can't accept the ending but I can't make a happy ending. Ni kisah yang berdasarkan kisah sebenar tapi hanna telah ubah and that true story tak ada happy ending for now. Kepada dia, la tahzan. Kita masih muda. Jalan kita masih panjang. Jika dia memang betul you punya jodoh, pasti akan bersama jugak. Cinta tak semestinya bersama.

And memang ada mamat jenis macam ni. Khoje nak mengusik orang. Hahaha. I know that guy. *tapi sumpah tak pernah suka kat dia.* 17 Nov ni, hanna dah berumur 15 tahun. Hooyeah. Boleh nyanyi lagu Fifteen dah. Thanks for everything. You guys rock. Without all of you, i'm nothin'. 

Terima kasih sebab sanggup baca kisah tah pa-pa ni. Sorry untuk grammar yang berterabur dan mungkin ada spelling error. Harap anda sudi drop komen. <3 <3 <3







cerpen : Misteri (Full)

CERPEN : MISTERI (FULL)

  Beg laptop aku galas dan tangan kananku menjinjing beg kecil yang aku letakkan kain telekung. Peluh berjejeran di dahi. Perlahan-lahan aku menuruni anak tangga tanpa menghiraukan Mary dan Hawa yang sibuk berbual tentang novel. Kutahu jam sudah menginjak pukul 5.45 petang dan sekolah makin lama semakin sepi kerana kebanyakan pelajar dan guru sudah pulang. Para pelajar tingkatan 3 dan 5 yang mempunyai kelas tambahan sehingga pukul 5.30 petang pun sudah pulang.

  “Aku penatlah.”

  “Kau ingat aku tak penat?” soalku kepada Mary.

  Wanita Cina yang menganut agama Kristian itu sengih.

  “Kalau budak-budak tak dapat straight A dalam PMR dengan SPM memang nak makan penampar aku sungguh,” tambah Hawa.

  Aku kematian kata. Langkah tetap dihayun. Kini berjalan menuruni jalan tar yang agak curam. Langkah diatur dengan penuh berhati-hati.

  Dan tiba-tiba pandanganku dilabuhkan pada sebuah rumah agam tiga tingkat yang terletak di tepi sekolah. Halaman rumah tersebut dipenuhi dengan lalang. Pintu pagar rumah tersebut tidak tertutup rapat.

  “Fahat, kau tengok apa?”

  Mataku jatuh pada wajah Mary.

   “Aku tengok rumah tu.”

  Wajah Hawa dan Mary berubah. Dahiku berkerut.

  “It’s a haunted house, y’know. Do you know the story ‘bout the house?” soal Mary kepadaku.

  Keningku terjongket sebelum kepalaku digelengkan.

  Banyak khabar angin tentang rumah agam tersebut namun aku tidak ambil pusing sebab aku takkan ambil tahu benda yang bukannya urusanku namun prinsipku tiba-tiba berubah hari ini. Seolah-olah ada magnet yang menarikku untuk memandang rumah itu dan mengetahui kisah di sebalik rumah itu.

  Mary tarik nafas.

  “Ceritanya bermula lima tahun yang lalu.”

   Dan Hawa terus tolak kepala Mary. “Boleh tak cakap straight to the point je? Kau bukannya nak masuk pertandingan bercerita bagai.”

  Mary sengih.

  “Sorry, sorry.”

  “Cepatlah cerita,” gesaku tidak sabar.

  Gadis itu mengangguk. Riak wajahnya kosong. Bola matanya berlari memandang rumah agam yang lengang itu.

  “Ada seorang lelaki bina rumah tu lima tahun yang lalu dan siap setahun lepas tu. Orang cakap dia bina rumah tu sebab rasa kasih kat bini dia. Alah! Macam Kellie’s Castle tu. And lelaki tu ada seorang anak lelaki. Masa tu, anak lelaki dia umur 25 tahun. Tapi kalau dia ada sekarang ni, dah umur 29 tahunlah. Sebaya aku, tua empat tahun daripada kau dan tua tiga tahun daripada mek Hawa ni. Hari yang sepatutnya lelaki tu bagi kejutan kat anak dengan bini dia, dia dengan bini and anak dia terlibat dalam kemalangan depan rumah tu. Langgar lori minyak.

  They died. Rentung.”

  Air liurku terasa pahit. Hawa dan aku saling berpandangan.

  "Macam mana dengan anak lelaki dia tu?”

  “Mati jugak ke?” tanya Hawa teragak-agak.

  “Korang ni mangkuk sungguhlah. Kan aku cakap they died."

  Erk. Aku terngadah.

  “Tapi…” Kata-kata Mary mati.

  Keningku bertaut rapat. “Tapi apa?”

  “Orang cakap mayat anak dia tu tak dijumpai. Puas cari tapi still tak jumpa. Orang cakap roh dia tak tenteram dan tinggal di dalam rumah agam tu. Ada student aku nampak seorang lelaki sedang berdiri kat salah satu tingkap kat dalam rumah tu sambil tengok dia dengan pandangan yang menakutkan dan bila kalih sekali lagi, lelaki tu lesap.

  Kisah dia tu memang misteri. Tak ada siapa tahu ke mana perginya jasad dia dan kenapa dia masih roh dia masih berlegar-legar di dalam rumah tu. Misteri yang tidak akan terungkai sampai bila-bila,” terang Mary panjang lebar.

  Ayat terakhir Mary menyentap telangkai hatiku tanpa aku ketahui asbabnya. Benarkah misteri itu tidak akan terungkai sampai bila-bila? Kenapa tidak ada yang sanggup merungkai sedikit demi sedikit misteri itu? Benarkah lelaki itu memang mati atau dia masih hidup sebenarnya? Pelbagai persoalan singgah di fikiranku.

  “Siapa beritahu kau kisah ni? Jangan cakap mak kau yang beritahu.”

  Tawaku meletus.

  Ayat Hawa memang tak boleh blah!

  Wajah Mary masam mendengar kata-kata Hawa. Tapi memang betul pun cakap Hawa. Selalunya Mary punya ayat akan berbunyi mak aku yang beritahu.

  “Student aku yang beritahu,” bidas Mary.

  “Cakap budak-budak pun kau percaya eh?” Sinis saja Hawa menuturkan kata.

  Bibirku mengoyak senyuman tipis.

  Hawa ni memang tak sah kalau tak perli si Mary. Memang patutlah bilik guru riuh kalau Hawa dengan Mary ada.

  Setibanya di tempat meletakkan kereta, aku letakkan bag laptop di atas tempat duduk sebelah pemandu. Mary dan Hawa melangkah ke kereta masing-masing. Wajahku diangkat memandang rumah agam tersebut.

  Kelihatan seorang lelaki memakai kemeja putih sedang berdiri di tepi salah sebuah tingkap aras tiga rumah itu. Sehelai rambutnya terjuntai di dahi. Telapak tangan kanannya diletakkan pada tingkap yang tidak terbuka itu. Pandanganku dan dia berlaga. Dua ulas bibir itu kosong tanpa senyuman. Renungannya sangat tajam. Aku jadi kaku. Lidahku menjadi kelu. Riak wajahnya turut kosong. Tubuhku menjadi kaku.

  “A… aku nampak dia,” ujarku payah. Pandanganku dialihkan. Aku pandang Mary dan Hawa.

  “Huh?”

  “Aku nam…” Jari telunjukkan ditalakan pada tingkap di mana lelaki itu berdiri tadi dan kata-kataku mati.

  Lelaki itu hilang.

  “Kau nampak apa?” soal mereka berdua serentak.

  Aku geleng kepala tiga saat dan senyum.

  “Tak nampak apa-apa pun. Saja nak buat gempar,” tipuku.

  “Mangkuk punya Fahat. Aku punya jantung nak gugur dah tadi.” Mary menuturkan kata.

  “Hehehe. Sorry. Dah. Jom gerak. Nak dekat 6 petang dah ni.”

*****

  Daun pintu aku tolak berhati-hati. Peluh merenik di dahi. Jantungku berdetak laju. Hari semakin gelap. Matahari hampir terbenam di ufuk barat. Sudah tiba waktunya untuk malam menggantikan siang dan aku telah melakukan satu kerja gila! Kalau Hawa dengan Mary tahu mesti aku kena marah punya. Sengaja nak cari masalah.

  Selepas hampir separuh perjalanan pulang ke rumah, aku berpatah balik. Memakirkan kereta di hadapan sekolah dan berjalan kaki ke rumah agam tiga tingkat yang terbiar di tepi sekolah.

  “Assalamualaikum,” ucapku perlahan sebelum masuk ke dalam rumah tersebut.

  Langkahku diatur dengan penuh berhati-hati. Aku memandang sekelilingku. Bersih! Langsung tidak bersawang. Beberapa keping gambar tergantung elok pada dinding rumah. Setibanya aku di satu ruang yang sangat besar yang kuagak ruang tamu, langkahku terhenti. Rahang bawahku jatuh. Ruang tamu itu sangat bersih mengalahkan ruang tamu rumah aku. Sofa-sofa dan meja makan dilitupi kain putih.

  Kepalanya didongakkan. Memandang siling ruang tamu. Terdapat chandelier putih.

  Ni memang rumah terbiar ke?

  Namun tak dapat kunafikan rasa seram tetap bertandang di hatiku. Aku menggosok lenganku. Seluruh rumah ini gelap tanpa cahaya. Suram.

  Cuping telingaku tiba-tiba saja menangkap suara orang berdeham. Aku tersentak. Mataku membulat. Aku menapak ke belakang.

  “Kau buat apa kat sini?” tanya satu suara kasar.

  Tubuhku kaku. Mulutku terkunci. Hanya memandang lelaki yang aku lihat sebentar tadi melompat dari  aras dua. Dia berdiri di hadapanku. Aku melihat wajahnya yang pucat. Seperti tadi, renungan itu sangat tajam.

  “Siapa bagi kebenaran untuk kau jejakkan kaki ke dalam rumah ni?” Sekali lagi dia bertanya.

  Dan aku tetap terdiam. Tubuhku menggeletar.

  Fahat, kau memang sengaja nak cari masalah.

  Lelaki itu meluru ke arahku. Dalam sekelip mata, hujungku daguku dipaut kasar. Dinginnya jemari yang menyentuh daguku dan hujung pisau menyentuh anak tekakku.

  “Kenapa kau masuk sini?”

  “Sa… saya.”

  “Saya apa?” tengkingnya.

  Kus semangat aku. Mangkuk betul hantu ni. Main tengking-tengking pulak. Ni mesti masa hidup pun tak reti nak bersopan.

  “Le… paskan pi… pisau ni. Sa… saya tak bo… boleh n… nak cak… cakap.”

  Dia merengus kasar. Pisau dijatuhkan. Pautannya di daguku dilepaskan. Lelaki itu melompat ke atas meja makan dan duduk bersila.

  “Kau ni gagap ke apa? Cakap tersekat-sekat.”

  Aku bukan gagaplah. Cuma takut. Kang tak pasal-pasal dia bunuh aku. Aku tak mahu jadi hantu sekali dengan dia.

  “Now, tell me. Kenapa kau masuk sini?”

  “Saya nampak awak petang tadi kat tingkap. Saya tertanya-tanya pasal awak. Tu yang saya masuk sini.”

  “Kau ni perempuan yang aku nampak kat tepi sekolah tu tadi kan?”

  Kepalaku dianggukkan laju.

  “Err… awak ni manusia ke hantu?”

  “Rupa aku ada ke macam hantu? Rupa aku ada ke macam manusia?”

  Huh? Kenapa ayat dia macam dia ni bukan manusia atau hantu? Takkan dia ni vampire yang kacak macam Edward Cullen pulak. Hahaha.

  “Rupa awak adalah sipi-sipi rupa manusia dan banyak peratus macam hantu,” cakapku telus.

  Matanya membuntang.

  “Macam hantu kau cakap?” Dia berang.

  “A’ah. Atau awak ni manusia sebenarnya?”

  “Tak. Aku memang hantu dan aku suka makan budak perempuan macam kau. Hahaha.”

  Erk.

  Sekali lagi aku menapak ke belakang. Dia tengok aku dan senyum sinis.

  “Better kau berambus sebelum aku makan kau.”

  Aku mula mengatur langkah pergi namun laungannya menghentikan langkahku. Mataku jatuh pada wajah pucat itu. Wajah yang hampir tidak dapat aku lihat dengan jelas kerana terlalu gelap. Yang kudengar dengan jelas hanyalah suaranya.

  “Esok kau datang sini bawak nasi ayam. Faham?”

  Dan entah kenapa, aku mengangguk tanda setuju.

  “Dah. Balik. Kedatangan kau ni buat menyemak rumah aku je.”

  Langkah kembali diatur.

  “Sebelum aku terlupa, aku nak beritahu yang aku takkan makan kau sebab kau tak lawa. Hahaha.”

  What?

  Aku kembali berpaling untuk memarahinya. Dan… lelaki itu hilang. Yang dengar hanyalah tawanya. Bulu romaku meremang. Kedengaran sayup-sayup azan Maghrib berkumandang. Aku pandang kiri dan kanan sebelum berlari keluar.

    Dan ada satu persoalan yang singgah di mindaku. Diakah lelaki yang Mary ceritakan siang tadi?

untuk beberapa sebab tertentu, cerpen ini hanya sampai setakat ini. Harap maklum :)


Assalamualaikum. Haip! Dah lama tak menulis. Alhamdullilah. Hanna baru saja habis exam. Baru beberapa hari yang lalu dan sudah terlalu bosan. Terima kasih kepada mereka yang wish gud luck kat fb. Terlalu terharu dan thanks again kepada mereka yang selalu support hanna dalam bidang penulisan. I'm not a writer. I'm a penconteng. Orang selalu tanya bila mahu ada novel dan diri ini terkedu. Hehehe. Tolong doakan hanna. Masih siapkan mss yang merapu ya amat.

Sorry kalau contengan ini tak best. Dah lama tak menconteng maka i'm losing my way. Kisah ni memang agak mengarut but i wanna spread my imagination. Maaf untuk grammar yang berterabur dan spelling yang mungkin salah. Tak cek pun untuk kali kedua. Baca sepintas lalu saja. Tak *danish : means thank you* sejuta kali untuk mereka yang baca kisah ni. I owe you guys a lot. Hehehe. Hanna harap anda boleh drop komen so that Hanna boleh tahu pandangan anda tentang Misteri ini. 

May Allah bless all of you :)