Cerpen : Langit Itu Biru (Full)

CERPEN : LANGIT ITU BIRU (FULL)

  Pandanganku menikam anak matanya. Peluh mula berjejeran di dahinya. Aku mengoyak senyuman sinis di kala aku mengunyah chewing gum. Hujung kasut sekolah milikku menguis tanah. Tanganku diletakkan di pinggang. Tubuh perempuan itu menggigil ketakutan. Kelopak matanya bergenang tanda dia mahu nangis.

  “Lu bikin guwa sakit hati!” ujarku perlahan namun tajam.

  Heh. Aku tengok pun nak nangis dah. Tu lah. Yang gedik cari pasal dengan aku kenapa? Memang panas hati sungguh bila tengok beg kesayangan aku dilempar ke dalam kolam ikan. Buku-buku sekolah aku habis berterabur di atas air.

  “Ma… maaf,” tuturnya gagap.        
        
  “Maaf? Lu cakap maaf? Wei, mangkuk! Lu dengar sini. Maaf lu yang tak bernilai tu tak boleh bagi buku-buku sekolah guwa balik. Maaf lu tu tak boleh hilangkan bau air kolam dekat beg sekolah guwa. Faham?” Suaraku naik seoktaf.

  Wajahku merah menahan marah.

  Ikutkan hati, memang budak ni nak makan penampar aku tapi aku masih waras. Tak mahu masuk dislipin. Tak mahu ada lima cap dekat pipi dia. Aku memang tak fahamlah dengan budak ni. Aku tak cari pasal pun dengan dia. Yang dia cari masalah aku tu kenapa? Prinsip aku senang. Orang tak kacau aku dan aku takkan kacau orang tapi budak ni…

  “Sa… saya minta maaf.”

  Aku merengus kasar. “Lu pehal duk minta maaf? Ganti baliklah semua benda guwa! Kata anak YB.”

  Dia ingat aku ni anak menteri ke apa nak beli beg baru dengan buku-buku baru? Kalau ibu tahu, mesti dia mengamuk punya. Tak pasal-pasal rotan hingga di tangan aku. Ibu bukan jenis manusia yang suka bertoleransi. Asal aku buat silap sikit, mesti kena punya tak kiralah kesilapan tu diri aku yang buat atau orang lain buat.

  “Takkan beg buruk macam tu nak kena ganti balik!” tuturnya angkuh.

  Darahku berderau. Tubuhku menggigil kerana terlalu marah. Aku paut hujung tudungnya. Tubuhnya terdorong ke depan sehingga mendekati tubuhku. Anak mataku kembali mencari anak matanya.

  Dia kena tahu betapa marahnya aku.

  “Lu kalau nak cari pasal, cari dengan orang lain. Bukan dengan guwa, budak.”

  Budak, budak. You have some guts to make me angry. You really piss me off, girl. Really.

  Dia telan air liur.

  Sebelah lagi tanganku hampir menyentuh pipinya yang mulus namun…

  “Airina! Jumpa saya di bilik guru.”

  Pautan dilepaskan. Mataku dipakukan pada wajah Cikgu Dzulkarnain yang sedang berdiri di hujung balkoni tingkap 2 blok B. Pandangannya yang tajam berlaga dengan pandanganku. Air liur yang melepasi kerongkong terasa pahit tiba-tiba.

  Bibir aku gigit lembut. Sudah. Aku memang sengaja cari bala. Ma… ti aku.

*****

  Jemariku menguis tali beg laptop Cikgu Dzulkarnain. Aku menunduk. Menekur lantai bilik guru. Menadah telinga mendengar bebelan cikgu disiplin itu. Kakiku telah lenguh kerana aku sudah berdiri untuk tempoh masa yang lama. Airina sini, Airina sana. Memang panjang benar bebelannya. Sudahlah cakap laju gila kentang.

  “Airina buat salah apa kali ni?” tanya satu suara.

  Wajah diangkat. Terbias muka Cikgu Idris di kornea mataku. Dia baru saja melabuhkan punggung di hadapan Cikgu Dzulkarnain.

  “Kali ni dia hampir pukul budak kelas 4 Intelek.”

  “Yang mana?” soal Cikgu Idris bersama kerutan di dahi.

  “Alah. Yang berlagak tu, cikgu. Yang duk bangga semedang sebab dia anak YB,” ujarku menyampuk.

  Cikgu Dzulkarnain membulatkan matanya. Aku kembali menunduk. Tangan diletakkan di belakang tubuh. Cikgu Idris melepaskan tawa.

  Airina : Pelajar yang memang selalu bertandang ke meja Cikgu Dzulkarnain untuk mendengar bebelannya.

  Seminggu ada kut dua tiga kali aku kena datang sini sebab cari masalah kononnya walhal semua yang terjadi bukan salah aku. Aku bukannya sengaja nak pukul anak orang. Hamba-hamba Allah di sekolah ni yang suka cari pasal dengan aku. Kalau aku jalan, letak kaki di depan aku supaya aku tersadung. Kalau aku nak duduk, kerusi aku kena tarik sampai aku terjatuh. Aku tak faham betul dengan mentaliti budak-budak sekolah ni.

  Cikgu disiplin itu hela nafas lemah. “Airina, Airina. Kamu ni troublemaker terhebat sekolah. Setiap minggu wajib datang ke meja saya. Saya tak tahulah kamu nak jadi apa bila besar nanti.”

  Aku kematian kata. Tangan mula merayap di atas kepala menggaru kepala yang tidak gatal.

  “Err… langit itu biru, cikgu.”

  “Banyaklah langit itu biru. Asal tak tahu nak cakap apa, mesti cakap langit itu biru. Dah sakit dah telinga saya dengar kamu cakap  langit itu biru. Tak ada ayat lain ke nak cakap?”

  Senyuman dikoyak dan aku geleng. “Tak ada, cikgu. Saya cuma tahu cakap langit itu biru.”

  Langit itu biru. Noktah.

*****

   Aku terpempan. Sky sudah terbaring di atas jalan tar. Tubuhnya dipenuhi darah. Tubuhku menggeletar. Nafas dihela lemah. Tekakku terasa sakit. Air mata sudah bertakung di kelopak mata. Langkahku mati dan aku tidak dapat bergerak seolah-olah kakiku sudah digam.

  “I’m sorry,” ujar satu suara.

  Wajahku diangkat. Setitis air mataku jatuh terkena telapak tanganku. Seorang lelaki yang lengkap berpakaian sukan berdiri di hadapanku. Anak matanya menikam anak mataku. Mata yang berkaca itu redup memandangku. Rasa geram sudah mula mengalir ke dalam lemah rasaku. Bibirku diketap. Aku kepal penumbukku yang agak kecil.

  Air, sabar.

  “Sorry?” tanyaku sinis.

  Dia angguk. “Saya minta maaf. Saya tak sempat nak brek. Kucing awak tu tiba-tiba aje ada kat tengah jalan.”

  Nak cakap salah kucing aku ke ni? Eiii… bagus punya manusia. Dia yang bawa laju mengalahkan pelesit. Tak tahu ke tak boleh bawa-bawa laju di kawasan perumahan? Mamat ni memang tak ada kesedaran sivik langsung. Mesti masa sekolah dulu subjek Sivik dan Kewarganegaraan dapat B memanjang.

  “Salah kucing sayalah ni?” tanyaku rendah.

  Dia angguk lagi. Aku tersentak.

  Mengaku pulak tu? Ngee…

  “Maksudnya kucing saya mati sebab salah dia sendiri?”

  “Kinda…”

  “Ooo... ngek kan kucing saya?”

  “Agaklah.”

  What?

  Terus aku pijak kaki dia. Lelaki itu menyeringai kesakitan. Dahinya berkerut. Aku pamer senyum sinis. Kalau aku tahu tadi, memang aku pinjam high heels jiran sebelah. Biar kaki dia lagi sakit. Nasib baiklah aku cuma pakai selipar biasa.

  Tubuhku terus ditolak sehingga aku terdorong ke belakang. Dia menyinga. Tengok aku macam nak telan. Desahan nafasnya semakin kuat.

  “Lu pehal tolak-tolak guwa, brother?” tengkingku.

  Lelaki itu terus mendongakkan wajahnya. Keningnya bertaut rapat. Tidak sangka aku menjadi kasar tiba-tiba.

  Heh. Mamat ni tak kenal lagi diri aku yang sebenarnya. Sorry. Guwa memang tak lembut.

  “Dah lu pijak kaki guwa. Tu yang guwa tolak lu, sister.”

  Aku merengus kasar. “Siapa suruh lu langgar kucing guwa? Brother, lu dengar sini. Kucing guwa mati sebab lu. Lu pehal bawak laju-laju dekat sini? Sini kawasan perumahan. Bukannya Litar Sepang. Kalau lu tak reti pasal semua ni, jangan bawa kereta lagi. Guwa takut nanti ramai yang mati sebab lu. Faham, brother?”

  Dan dia buat muka toya. Matanya dijulingkan.

  Sah apa yang aku cakap tadi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mamat ni memang suka agaknya buat aku sakit hati.

  Mataku kembali jatuh pada tubuh Sky. Aku terasa sebak. Kalaulah aku tak usik Sky tadi, mesti dia tak terkejut dan terus lari ke arah jalan tar. Kenapa harus ada perkataan kalau? Huu… sedihnya aku. Tak ada dah kucing yang aku nak usik 24 jam.

  “Tak sangka ya tomboy macam lu boleh sedih sebab kucing mati,” komennya tiba-tiba.

  Darahku berderau. Mukaku terasa berbahang.

  Dia panggil aku tomboy?

  Kakiku terus menendang betis kanannya sebelum aku berlalu pergi.

  “Sister, lu buat guwa sakit hati!” laungnya.

  Aku senyum. Ada aku kisah, brother?

*****

  Tubuh dihempaskan ke atas katil. Airin yang sedang khusyuk menyikat rambutnya memandangku sebelum kembali memandang cermin. Aku mencebik bibir. Minah ni tak sah kalau tak tengok cermin setiap hari. Sah cermin tu berpuaka sampai wajib tengok setiap hari. Kalau tak tengok, sah tak boleh hidup punya minah ni.

  Tudung aku campakkan ke atas bangku yang diletakkan di sisi katil. Kakiku terjuntai ke lantai. Rasa geram masih berbekas di hatiku.

  Mamat tak guna tu panggil aku tomboy. Ngee… geramnya aku.

  “Kak, kau pergi mana tadi?” tanya Airin perlahan.

  “Tak pergi mana pun,” balasku acuh tak acuh.

  Hari minggu hari untuk berehat. Bukannya merewang tak tentu pasal.

  “Tapi kenapa Airin ternampak akak bergaduh dengan hamba Allah entah kat atas jalan.”

  Aku juih bibir. Budak ni memang pantas kalau masuk bab aku bergaduh dengan orang. Nak report dekat abah lettuw. Sukalah dia kalau boleh tengok abah marah aku dan berleter macam ada 36 jam sehari. Kalau dulu tugas Cikgu Dzulkarnain untuk membebel, kini abah pula membebel dan bebelan abah lebih dahsyat berbanding bebelan cikgu disiplin itu. Baguslah. Boleh geng. Dua-dua cikgu. Sekarang ni pun dua-dua dah bersara.

  “Rin, kau rasa abah nampak tak akak gaduh tadi?” ajuku menginginkan kepastian.

  Gadis itu menolehkan badannya. Hujung sikat menyentuh dagunya dan dia menggelengkan kepala. Tubuhnya disandarkan pada almari yang tertutup rapat. Sehelai rambutnya yang ikal mayang menyentuh mata kanannya namun dibiarkan begitu saja. Aku memandang dia dengan ekor mataku.

  Kami adik-beradik tapi tak sama perangai. Dia manja mengalahkan budak umur 7 tahun dan aku keras kepala. Suka buat benda ikut kepala sendiri sampai buat abah dengan mak pening kepala nak uruskan aku. Aku ada cara aku tersendiri dan tidak suka mengikut cara orang lain. Ini hidup aku dan aku yang akan tentukan hidup aku. Orang lain tak boleh masuk campur walau siapa pun dia. Dan yang paling penting ialah… jangan cari pasal dengan aku!

  Sepanjang 26 tahun aku hidup, banyak orang dah makan penampar aku sebab jadi penyibuk dan banyak orang dah maki aku cakap aku ni kasar, degil, tak lawa dan tak kan ada lelaki yang mahukan aku sampai aku mati. Ada aku kisah? Jodoh aku telah ditentukan. Aku hanya mampu berdoa si jodoh itu baik orangnya dan mampu terima aku seadanya.

  Nurul Airina memang kasar tapi bukan dengan semua orang.

  “Akak lupa ke yang abah pagi-pagi lagi dah pergi rumah tok imam? Kan tok imam nak buat kenduri nak pergi Mekah malam ni.”

  Aku tepuk dahi. Lupa.

  “Mak pun ikut sekali ke?”

  Gadis itu angguk.

  “Kak… kenapa kau gaduh dengan lelaki tadi?”

  “Dia langgar Sky,” balasku perlahan.

  Mata Airin membulat. Dia terlopong.

  Heh. Buruk benar dia buat muka macam tu.

  Sky : Si kucing yang mak kutip dekat pasar malam hujung tahun lepas. Semua orang sayang dia termasuklah Airin si anti kucing.

  “Ma… na Sky, kak?”

  “Ada tepi aku ni ha.” Aku buat lawak bodoh.

  Terus mata Airin dipakukan pada bantal panjang yang terletak elok di sisiku. Dia mengerutkan dahi dan mencekakkan pinggang.

  “Kak, mana ada pun.”

  Batal panjang itu terus aku baling ke wajahnya sebelum terjatuh di atas lantai. Aku bangun dan duduk bersila di atas katil. Jemariku menekan pelipis.

  “Mangkuk, dah tak dengar bunyi kucing mengiau, memang sahlah tak ada kat sini.”

  “Habis Sky ada kat mana sekarang ni?”

  “Sky? Dia ada kat dalam tanah sekarang ni. Sibuk mengiau agaknya,” balasku selamba.

  “Kak, janganlah buat lawak.”

  Sah Airin bengang dengan aku. Selalunya kalau dia tanya apa-apa soalan, aku mesti jawab dengan jawapan yang memang tak masuk akal sampai dia meluat nak tanya aku. Kata dia, aku memang pandai bab buat loyar buruk yang boleh menyakitkan hati orang.

  “Betullah. Sky ada kat dalam tanah sekarang ni. Airin, kau harap apa bila seekor kucing kena langgar dengan kereta? Sah-sah tempah maut. Tu yang akak bengang gila dengan mamat tadi. Perangai macam setan. Kalau ikutkan hati, memang makan penampar punya tadi,” tuturku laju.

  “Kak, kacak tak mamat tu? Airin tak nampak muka dia dengan jelaslah. Lagipun Airin tengok masa part akhir je. Nengoknya idak sebab Airin ada dalam bilik air. Basuh baju.”

  Kepala yang tidak gatal aku garu.

  Air is speechless. Grr…

  “Langit itu biru,” ujarku perlahan.

  “Kak…. Airin tanya ni.”

  “Langit itu biru.”

  “Sikit-sikit langit itu biru. Kalau speechless aje, mesti cakap langit itu biru. Bosan Airin dengar,” komennya.

  Eii… budak ni. Ikut suka akulah. Mulut aku. Bukannya aku cakap ayat yang tak elok. Baguslah aku cakap langit itu biru. Takkan nak cakap langit itu kuning pula. Sah-sahlah tidak. Airin ni spesies Cikgu Dzulkarnain sungguh. Memang tak suka aku cakap langit itu biru.

  Riak wajah Airin tiba-tiba berubah. Bibir dia mekar dengan senyuman. Aku tengok dia pelik. Ni senyuman nak kenakan aku namanya.

  “Kak… kalau akak cakap langit itu biru, maknanya mamat tadi tu kacaklah kan?” soal dia sambil sengih.

  Aku tertungkap.

  “Aaa… langit itu biru.”

  Wajahku merah menahan malu.
  “Memang betullah mamat tadi tu kacak,” usik Airin lagi.

  “Kacak kalau perangai macam setan buat apa? Anak siapa entah. Cucu siapa entah. Grr…”

*****
  Huarrrgggh. Mamat siang tadi tu cucu tok imam! Rahang bawah aku terjatuh saat melihat lelaki tadi sedang berdiri di sisi tok imam. Lagi terkejut tatkala tok imam beritahu bahawa lelaki itu cucunya yang berpindah dari Pulau Pinang dan akan duduk kat rumah dia nanti bila dia pergi umrah bersama sang isteri. Aku rasa macam nak pengsan.

  Perangai macam setan. Cucu tok imam. Kalaulah aku tahu lelaki ni akan ada kat sini, sumpah aku takkan datang. Abah pulak asyik nak paksa aku datang. Cakap aku ni tak reti nak bergaul dengan masyarakat bagai. Berdesing telinga aku dan mahu tidak mahu, aku gagahkan juga untuk datang ke rumah tok imam. Abah bukannya tak tahu yang aku tak suka pergi mana-mana kenduri. Orang ramai. Aku rasa tak selesa.

  Gelas kaca yang sudah kosong aku letakkan di atas meja. Jari-jemariku disulamkan sesama sendiri. Airin entah menghilang ke mana.

  “Hai…”

  Aku angkat wajah. Riak wajahku berubah. Mamat ni lagi.

  “Lu pehal duk hai segala?” marahku.

  “Ikut suka guwalah, sister.” Kerusi ditarik dan dia melabuhkan punggung di hadapanku.

  Songkok yang dipakainya ditanggalkan. Butang baju Melayu ditanggalkan. Tangannya dikibas beberapa kali.

  “Panasnya,” gumamnya rendah.

  “Dah tahu panas, lu duduk sini buat apa? Pergilah masuk dalam rumah.”

  Tangannya terus jatuh ke atas riba. Anak matanya mencari anak mataku. Wajahnya serius. Bibirnya kosong tanpa sebarang senyuman. “Hak guwa nak duduk kat mana-mana pun. Lu bising buat apa?”

  Aku merengus kasar.

  Mamat ni memang sengaja nak buat aku naik angin dekat sini. Sabar, Air. Jangan malukan abah. Dekat sini orang ramai.  Kalau nak cari masalah, sini bukan tempatnya. Cukuplah selama ni malukan abah.

  “Sister, lu pehal kasar sangat? Lu tu perempuan.  Bukannya lelaki macam guwa. Kalaulah lu tak pakai tudung, mesti guwa fikir lu ni lelaki ke perempuan. Perangai macam jantan. Tah-tah kau ni memang teringin agaknya nak jadi jantan. Kau mesti ada makwe kan?”

  Wajahku berubah rona. Desahan nafasku semakin kuat. Jantungku berdetak laju.

  Kau silap. Kau silap cari pasal dengan aku.

  Aku bingkas bangun. Tanganku memaut bahagian leher baju Melayunya. Tidak aku pedulikan mata-mata yang memerhati. Memang aku tahu abah akan marah aku tapi lelaki ini sudah mencara kesabaranku.

  “Lu siapa mahu cakap macam tu dekat guwa? Brother, sebelum lu kata dekat orang lain, lu cermin dulu diri lu. Lu pun bukan bagus sangat. Tak payahlah nak nasihatkan guwa. Kubur kita masing-masing. Please mind lu own business. Eh. Silap. Please mind your own business.

  Faham?”

  Cucu tok imam itu sengih dan geleng. Mataku terbuntang.

  Ma… mat ni memang sengal.

  Aku melepaskan pautan.

  “Guwa tak fahamlah, sister.”

  "Arggh! Cucu tok imam sengal," jeritku. Aku tayang muka bengang.
 
  Dan semua mata terus melekat pada wajahku. Tok imam yang sedang meneguk air sirap tersedak. Abah tengok aku macam nak telan. Matanya sudah membulat tanda memberi amaran.

  Si cucu tok imam tengok aku dengan muka toya.
 
  "Nurhan..." Suara tok imam kedengaran.

  Cucu tok imam sengih.

  "Kut ye pun engkau nak mengorat, janganlah malam ni. Malam ni ada kenduri. Kau ingat tu, Nurhan."

  Aku pulak yang tersedak. Tawa orang ramai pula pecah. Wajahku merah padam.

  Tok imam ni salah fahamlah. Cucu dia bukan mengorat aku tapi menyakitkan hati aku.

  "Cucu tok imam tapi perangai macam setan," gumamku rendah. Cukup untuk aku dan dia dengar.

  "Imam tak dapat diwarisi, sayang." Dia menuturkan kata lembut dan kuat.

  "Nurhan..." Sekali lagi tok imam memanggil nama cucunya.

  Semua orang ketawa lagi.

  Puaslah dia dapat kenakan aku. Ngee... ngee... ngee. Aku geram!

*****

  Muka aku kelat. Mak geleng kepala. Faham benar dengan perangaiku. Airin tengok aku sebentar sebelum matanya melekat pada skrin laptop. Aku memeluk tubuh. Abah sedang menghirup secangkir kopi di luar rumah.

 Lepas balik dari rumah tok imam semalam, abah terus berleter. Telingaku dipiat. Mak hanya memerhati. Aku berusaha untuk membela diri tapi abah tetap menyalahkan aku. Kata abah, aku ni asyik malukan dia. Dekat kenduri orang pun nak cari pasal. Abah malu, aku sakit hati. Memang apa yang terjadi bukan salah aku. Ini semua salah cucu tok imam! Nak nasihatkan aku konon. Diri sendiri pun tak elok mana.

  “Rina, sudahlah tu. Tak baik masam muka depan makanan. Dah. Makan cepat pisang goreng tu. Nanti sejuk. Tak sedap,” tegur mak lembut.

  Aku geleng kepala.

  “Tak nak. Tak lapar!”

  “Mashitah, tak payah duk pujuk anak awak tu. Kalau lapar, pandailah dia makan. Kalau saya jadi awak, tak ada maknanya saya nak ajak dia makan. Biar dia lapar. Muhasabah diri sikit. Kerja nak malukan kita,” sampuk abah.

  Bibir aku juih.

  “Abah ni kerja nak salahkan orang. Kan orang dah cakap yang semalam tu bukan salah orang. Cucu tok imam yang perangai macam setan tu mulakan dulu,” bidasku.

  “Rina… tak baik cakap cucu tok imam macam tu,” tegur mak.

  “Dah tu kenyataan dia. Nanti kalau orang cakap cucu tok  imam tu macam malaikat, mak cakap orang perli dia pulak.”

  Mak senyum dan diam. Abah turut mengunci mulut. Aku pandang bekas yang selalu digunakan untuk meletakkan surat. Sepucuk surat yang tertera nama abah aku capai dan aku buka berhati-hati. Rumah ni tak ada rule bab buka surat. Selalunya aku yang akan bukakan semua surat yang ada sebab orang-orang di dalam rumah ni memang tak minat bab membuka surat.

  Surat yang dilipat A4 itu aku buka lipatannya dan bola mataku berlari membaca isi kandungan surat tersebut.


  Assalamualaikum Encik Musa, tujuan saya tulis surat ni bukan bertujuan untuk jadi kurang ajar tapi saya minta Encik Musa ajar sikit anak Encik Musa yang sulung tu. Perangai mengalahkan jantan. Kurang ajar. Hari tu jumpa saya siap maki-maki saya walhal saya lagi tua daripada dia. Encik Musa memang tak ajar ke anak Encik Musa tu? Saya rasa takkan ada lelaki yang nak kahwin dengan dia. Cuba Encik Musa tengok-tengokkan anak Encik Musa tu. Entah-entah dia tu bohsia. Saya bukan nak apa. Zaman sekarang ni macam-macam jadi. Harap Encik Musa boleh terima nasihat saya.


  Selesai aku membaca ayat yang terakhir, aku koyakkan surat tersebut lalu aku pijak. Tubuhku menggeletar. Peluh mula berjejeran di dahi. Darah merah mula menyerbu wajahku. Rasa tertampar dengan ayat yang ditulis.

  Kelopak mataku tertutup rapat. Mulutku terkumat-kamit. Cuba mengingati siapakah yang telah aku maki. Dan kelopak mataku terbuka di kala aku sudah mengetahui insan yang menghantar surat. Tak lain tak bukan si penyibuk tepi kain orang yang kerja nak mengutuk aku siang dan malam kalau jumpa aku.

  “Rin, surat ni kau ambik mana?”

  Selalunya Rin yang ambil surat di dalam kotak peti surat.

  “Rin ambik dekat atas bangku kat luar rumah. Kenapa?”

  Aku geleng. Aku bangun dan capai tudung di atas meja telefon lalu aku sarungkan ke kepalaku. Rin dan mak tengok aku pelik.

  “Rina nak pergi mana?” tanya mak hairan.

  “Nak pergi selesaikan urusan yang tak selesai,” tuturku sebelum melangkah  keluar dari rumah.

  Abah yang sedang menyelak helaian akhbar mengangkat wajah di kala aku berpapasan dengannya.

  “Rina, kau nak pergi mana?”

  “Nak pergi selesaikan urusan yang tak selesai.” Aku memberi jawapan yang sama.

  Langkah tetap diatur laju. Penumbukku dikepal. Angin petang yang menyapa pipiku langsung tidak meredakan amarahku.

  “Nurul Airina!” Abah melaungkan namaku namun aku tidak menoleh ke belakang.

  Saat aku tiba di rumah sang pengirim surat, dia sedang minum petang bersama anak perempuannya yang sulung di pondok di halaman rumah. Lelahku terbang begitu saja. Marahku semakin memuncak.

  Aku melepasi pintu pagar rumah si pengirim surat. Jiran sebelah yang turut berada di luar rumah memandangku.

  Langkahku ditala ke pondok itu.

  “Rina, kau buat apa datang sini?” tanya si pengirim surat yang terkejut dengan kehadiranku. 

  Senyum sinis terlukis di bibirku. “Mak cik yang undang saya ke sini. Eh, lupa! Surat mak cik yang undang saya ke sini.”

  Mak Cik Habsah pandang aku takut-takut.

  Mak cik, mak cik. Mak cik fitnah saya bukan-bukan tu kenapa? Saya maki mak cik bila? Saya memang kurang ajar tapi saya hormat orang tua selagi yang saya mampu. Takkan punya saya maki mak cik. Saya ada akal. Masih waras.

  “Kau baru baca ke surat tu?” tanya wanita pertengahan 40-an itu.

  Kepalaku dianggukkan. “Ya, mak cik. Kalau saya baca semalam, mestilah saya datang semalam. Apalah mak cik ni. Hahaha.”

  Tawa yang penuh dengan kepura-puraan aku lepaskan.

  Aku tak lupa. Aku tak lupa yang dia tulis aku ni kurang ajar.  Aku tak lupa dia tuduh aku bukan-bukan.

  “Mak cik, mak cik. Berjiran dengan tok imam tapi perangai macam setan!”

  Mak Cik Habsah membulatkan matanya. Anak perempuannya kematian kata.

  “Kau jangan kurang ajar sangat dengan aku,” ucap wanita itu kasar.

  Heh.

  “Saya bukannya nak kurang ajar dengan mak cik tapi mak cik perlu berhenti ambil tahu kisah orang lain. Satu taman kenal mak cik. Si Habsah yang suka canang cerita orang dan jaga tepi kain orang. Saya bukan nak sakitkan hati mak cik tapi anak mak cik pun mak cik tak boleh jaga. Mak cik ingat saya tak tahu yang anak lelaki mak cik suka berjudi? Dadah pun ambil.”

  Wajah mak cik itu berubah tegang.

  Air yang biasa tidak akan menuturkan ayat seperti ini. Tidak. Tapi kali ini aku sudah hilang sabar. Dia yang menguji kesabaranku. Dia yang membuatkan rasa marah tercampak ke dalam lembah rasaku. Bukankah pernah aku kata yang aku tidak akan mencari pasal dengan orang yang tidak mengangguku?

  “Kau memang kurang ajar. Dahlah hodoh. Macam jantan. Mulut macam longkang. Kalau mak dengan ayah kau mati nanti, mesti takkan tenang dalam kubur sebab dapat anak yang perangai mengalahkan setan macam kau. Kau…” Belum sempat dia habiskan kata, aku capai secawan teh panas lalu aku tuangkan ke atas kepalanya.

  Dia menyeringai kesakitan. Panas. Memang panas. Tapi lagi panas hati aku.

  “Airina!”

  Aku berpaling. Abah, tok imam dan cucu dia yang sengal sedang berdiri di pintu pagar. Muka abah bengis. Aku ketap bibir.

  “Kau ni kenapa, Airina? Tak cukup ke kau malukan abah selama ni?” tengking abah.

  Hatiku terus dipagut rasa sayu. Mataku berkaca.

  Cawan yang sudah kocong itu aku letakkan di atas meja. Langsung tidak dipandang wajah Mak Cik Habsah. Langkah diatur lemah meninggalkan dia tanpa sepatah kala dan di kala aku berpapasan dengan abah, pandangan kami berlaga namun aku tetap menguncikan mulut.

  “Abah kecewa dengan Nurul Airina.” Hanya itu yang terluah dari bibirnya.

*****

  Si cucu tok imam tengok aku dan senyum. Aku larikan pandanganku supaya pandangan kami tidak bertemu. Gila punya mamat ni. Mengekor aku sampai ke sini. Tengok aku macam nak telan tapi dia tidak bersuara.

 “Just now, you were too harsh.”

  Aku tengok dia geram. Cucu tok imam ni ikut aku sebab nak sakitkan hati aku ke?

  “Lu diam boleh tak? Guwa takut lu makan penampar guwa,” ujarku geram.

  Dia senyum sinis. "Eee... guwa tak takut!"


untuk beberapa sebab tertentu, cerpen ini hanya sampai setakat ini. Harap maklum :)


Apakah perasaan anda selepas membaca kisah ni? Marah? Happy? This story has a bitter ending, I think. Kisah ni mungkin merapu. Well. Kisah 18 m/s ni mungkin anda tidak suka. It's okay. I know I'm not a great penconteng. I think some people can't accept the ending but I can't make a happy ending. Ni kisah yang berdasarkan kisah sebenar tapi hanna telah ubah and that true story tak ada happy ending for now. Kepada dia, la tahzan. Kita masih muda. Jalan kita masih panjang. Jika dia memang betul you punya jodoh, pasti akan bersama jugak. Cinta tak semestinya bersama.

And memang ada mamat jenis macam ni. Khoje nak mengusik orang. Hahaha. I know that guy. *tapi sumpah tak pernah suka kat dia.* 17 Nov ni, hanna dah berumur 15 tahun. Hooyeah. Boleh nyanyi lagu Fifteen dah. Thanks for everything. You guys rock. Without all of you, i'm nothin'. 

Terima kasih sebab sanggup baca kisah tah pa-pa ni. Sorry untuk grammar yang berterabur dan mungkin ada spelling error. Harap anda sudi drop komen. <3 <3 <3







23 comments:

  1. Kak hanna!!!! Knp sedih ni.... Tp ada lg sambungan x??? Nk tau jgk perjalanan hidup air lepas tu.... N serius, mmg best.... Terbaikk~~~~ thumbs up...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huu. memang tak ada sambungan, dik. ahaks. trimas2

      Delete
    2. Sama2.... Hurmmm...xde sambungan xpelah.... Sy tunggu new cerpen mai lah..... Hihihihi....

      Delete
  2. Tak semua apa yang kita nak, kita dapat. (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. dan Allah tahu apa yang terbaik untuk kita :)

      Delete
  3. hanna...ending awak kecewakan akak sikit.tp not bad.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ending? hahaha. sorry. tak berniat oh nak kecewakan akak. ahaks

      Delete
  4. Langit waktu pagi, biru. Langit waktu petang oren kemerah-merahan, langit waktu malam, biru gelap, langit waktu hujan kelabu ;) langit tak semestinya biru

    ReplyDelete
  5. hahaaha kak hana kita pernah melalui perkara yg sama tapi jln citer yg berbeza haha (umr kita beza setahun kot hihih)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. really? jumpa laki macam tu jugak eh? muahaha. jalan cerita yang berbeza? macam mana? tak faham lorh.
      14 tahunlah ni? tahun depan ambik pbsmr. hahaha. gud luch

      Delete
  6. kalau aku jmpa laki mcm ni aku tikam guna pisau je. biar mati senang x menyakitkan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak... laki itu tak bersalah! hahaha

      Delete
  7. awat laki tu dok kata lagu tu...huhuhuhu..
    terluka jiwa cek

    ReplyDelete
    Replies
    1. laki tu kejam! ahahaha. awat jiwa hang yg trluka? kikiki

      Delete
  8. Awesome ! Splendid ! Kak Hanna ! Chayok for yr next karya ! XD

    ReplyDelete
  9. btw hanna... kenapa takat ni je and x sampai ke ending? ke dh ditutp ke acaner? nak baca sampai habis.. huhu

    ReplyDelete
  10. Kak hana....sy pun akn jd cm air...org slalu pgl sy tomboy....perangai kalah jantan...suka buli org padahl sy x pkul org tnpa sbb

    ReplyDelete
  11. Kak, saya baru baca cerpen ni. Best. Birthday akak 17 nov. Beza seharidengan saya. 16 nov

    ReplyDelete
  12. Huaaawaaaa!!!! Nak nangissssss.ending dia....kak hana I.am begging you.please sambung.. -.mardiyyah

    ReplyDelete
  13. Mendera perasaan btol bace cerpen akak huhuhuhu knape tak sambung T_T

    ReplyDelete
  14. Aku tension..awat endingnye begini..

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...