cerpen : Jatuh (Full)

CERPEN : JATUH (FULL)

“Amaya!” laung Cikgu Fathi.

  Wajah aku angkat. Pen yang kupegang terjatuh. Bibir bawah aku ketap. Jantungku berdetak laju dan peluh mula berjejeran di dahi. Akma di sebelahku sudah sengih sambil jongket kening kanan. Aku koyak senyuman plastik.

 Cikgu panggil nama aku kenapa? Grr…

  “Amaya, datang sini meh.”

  Su… dah. Ni mesti ada benda yang tak kena. Tak pun nak mengusik aku.

  Aku bingkas bangun. Langkah kuatur perlahan sambil memegang setiap bucu meja untuk sampai ke meja guru. Aku berdiri di hadapan Cikgu Fathi. Dia hulurkan sehelai kertas kepadaku. Dahiku berkerut. Aku tengok dia pelik dan cikgu lewat 40-an itu menjeling kertas tersebut. Mataku jatuh pada  kertas tersebut.

  BIODATA SAYA. Aku baca tajuk karangan tersebut.

  Okey. Ni karangan aku. Hehehe. Aku rasa cikgu demam minggu lepas. Dia suruh semua budak buat karangan pasal biodata diri sendiri. Cikgu, cikgu. Tahulah kami ni budak merdeka sebentar sebab PMR dah habis tapi tak payahlah duk suruh kami tulis karangan. Aku macam nak muntah hijau tengok karangan sekarang ni!

  “Ada masalah ke dengan karangan saya, cikgu?” Aku ajukan soalan bodoh.

  Cikgu Fathi ambil kertas tersebut dan dekatkan dengan wajahnya. Cermin mata yang dia letak di dalam kocek kemejanya dikeluarkan lalu dipakai.

  Ececeh. Tak nampak lettuw.

  “Nama saya ialah Amaya. Blablabla.”

  Erk. Cikgu pun suka cakap blablabla rupanya.

  “Hobi saya ialah jatuh. Cita-cita saya ialah tak mahu jatuh lagi,” ujar cikgu sebelum letakkan kertas tersebut di atas meja dan tanggalkan cermin mata yang dia pakai.

 Tawa semua orang pecah. Mata Cikgu Fathi melekat pada wajahku. Aku tayang muka selamba. Jari-jemariku mengetuk papan pemuka meja. Telinga aku dah panas sebab bengang dengan budak-budak kelas aku yang sibuk ketawakan aku.

  Okey apa hobi dan cita-cita aku. Aku selalu jatuh dan tak nak jatuh lagi. Susahlah kalau aku asyik jatuh. Macam mana aku nak kerja nanti? Macam mana aku nak survive sorang-sorang kalau asyik jatuh? Takkanlah aku nak duduk rumah saja. Tunggu orang masuk minang. Heh. Macamlah ada orang yang nak kahwin dengan aku. Aku rasa tak ada hamba Allah yang sanggup nak kahwin dengan aku dan jaga aku.
  “Amaya, Amaya. Karangan awak ni buat saya gelak sorang-sorang kat dalam bilik guru tadi.”

  Jatuh. Jatuh dengan aku macam kawan baik. Aku selalu jatuh. Tak ada dah rasa malu kalau jatuh dekat public. Sakit hati adalah sebab aku selalu jatuh di atas jalan tar. Sakit gila kentang. Nak menangis pun ada. Ehehe. Disebabkan aku budak perempuan yang sangat kental, aku jarang menangis kalau jatuh.

  “Tak pernah saya jumpa anak murid macam awak. Hobi pelik. Cita-cita lagi pelik.”

  “Saya kan nak jadi rare, cikgu.”

  Kepalanya digelengkan. “Awak memang dah rare, Amaya. Dah. Boleh balik tempat awak.”

  Aku aturkan langkah lambat-lambat sambil memegang hujung meja yang aku lalu.

  “Amaya…”

  Kepalaku dikalihkan. Cikgu Fathi tengok aku. Jari-jemarinya disulamkan sesama sendiri dan tubuhnya disandarkan pada kerusi. Semua orang senyap. Yang aku dengar hanya bunyi kipas yang ligat berputar yang dipasang sejak pagi tadi. Dengar juga suara orang berdeham dan helaan nafas seseorang. Aku kaku di tempat aku berdiri.

  Cikgu koyak senyuman nipis.

  “Cuba awak jalan tak pegang meja.”

  “Nanti saya jatuh,” ujarku rendah.

  “Macam mana awak tahu yang awak akan jatuh kalau awak tak cuba jalan tanpa pegang meja?” duga dia.

  Aku hela nafas lemah.

  Dear Cikgu Fathi, saya dah banyak kali cuba tanpa pegang meja dan banyak kali juga saya jatuh. Saya bukan takut cuba lagi tapi saya malas.

  “Kalau saya jatuh, cikgu jangan gelak.”

  “Ya. Tak gelak punya.”

  Dan tanganku terus jatuh ke sisi. Aku telan air liur yang terasa berpasir. Mataku jatuh pada lantai.  Kalau aku jatuh, lantai akan sambut. Bagus. Nanti tak pasal-pasal baju aku koyak lagi dan tangan aku sakit.

  Aku buka langkah yang pertama, kedua dan gedebuk!

  Terus tersembam di atas lantai. Semua orang senyap melainkan seorang hamba Allah yang memang aku kenal suara dia. Tawa hamba Allah itu pecah. Bibir bawah aku ketap. Perlahan-lahan aku bangun dan bersandar pada meja Fitriah. Aku tengok Cikgu Fathi yang masih ketawa sambil memegang perut.
  “Amaya, Amaya. Lawak sungguh awak ni.”

  “Cikgu dah cakap yang cikgu tak nak gelak,” tuturku geram.

  “Hahaha. Tak boleh tahanlah. Tak apa. Awak jatuh lantai sambut hari ni tapi nanti bila awak dah besar, suami awak yang akan sambut awak kalau awak jatuh.”

  Dan dia terus ketawa.

*****
  Aku pegang tangan Umar. Dia juihkan bibir tanda tak puas hati. Aku cebik bibir dan julingkan mata. Kami sama-sama hayun langkah ke KFC. Umar asyik bebel suruh aku lepaskan tangan tapi aku tak layan.

  “Kak Long…”

  “Apa?” marahku.

  Beg sandang milikku diletakkan di atas meja dan aku labuhkan punggung di atas kerusi. Umar duduk di hadapanku.

  Macam aku tak tahu yang dia tak suka aku pegang tangan dia. Kalau aku ni manusia yang normal, tak ada hati aku nak ajak dia datang mall sekali dengan aku. Baik aku datang sorang-sorang. Jimat duit dan jimat air liur sebab tak payah cakap banyak.

  “Lain kali janganlah pegang tangan Umar. Tak sukalah!”

  “Ada aku kisah? Wahai Encik Umar yang keras kepala, aku ni kakak kau. Kakak kandung kau pulak tu. Tak ada sebab untuk aku tak boleh pegang tangan kau. Kau ingat aku nak sangat ke pegang tangan kau? Baik aku pegang tangan patung dekat mall ni,” bebelku.

  “Baguslah macam tu. Lain kali jangan pegang tangan Umar. Pergi ar pegang tangan patung dekat mall ni,” balas dia selamba.

  Telinga kanannya aku tarik. Dia menyeringai kesakitan. “Kau memang cukup pandai kalau bab menjawab ye.”

  “Kak Long, sakitlah.”

  Terus tanganku jatuh ke riba. Pandanganku dilarikan memandang kaunter KFC. Aku geleng kepala sebelum menekan pelipis. Umar aku kerling. Dompet di dalam beg sandang aku keluarkan dan aku tarik not 50 ringgit keluar daripada dompet. Aku hulurkan duit tersebut kepada Umar. Dahinya berkerut. Dia tengok aku pelik.

  “Duit ni nak buat apa, Kak Long?”

  “Buat hiasan. Lagi mau tanya. Duit ni nak beli makanan. Dah. Kau pergi beli apa-apa untuk aku,” arah aku.

  “Tapi…”

  “Apa tapi-tapi?” Suaraku naik seoktaf.

  Umar sengih dan geleng kepala. Dia bingkas bangun dan atur langkah ke kaunter KFC. Tanganku menongkat dagu dan aku tengok Umar dari jauh. Dia dengan muka toyanya berbaris. Langsung tak dipedulikan orang lain.

  Umar, Umar. Kau dah besar dah. Dah tinggi daripada aku tapi bila kau nak kacak? Ahaha.

  Usai makan, Umar sandarkan tubuh pada kerusi. Kelopak matanya sekejap terbuka dan sekejap tertutup. Dia pandang aku lali. Jam pada pergelangan tangan yang ayah hadiahkan kepadaku dua tahun lalu aku kerling. Sudah masuk waktu Asar. Baik aku sembahyang dulu. Kalau nak tunggu sembahyang kat rumah, memang taklah. Aku rasa waktu Maghrib nanti baru boleh balik sebab banyak ayat akan aku dengar nanti. Umar nak masuk kedai buku. Umar nak masuk kedai cd. Umar nak beli baju.

  Kaki dia aku tendang. Kelopak matanya yang tertutup rapat terbuka. Dia betulkan duduk dan meraup wajahnya.

  “Jom…”

  “Yeah. Jom shopping!”

  “Banyaklah kau jom shopping. Jom solatlah.”

  “Malaslah nak solat, Kak Long.”

  Solat malas nak buat tapi nak masuk syurga. Tak nak masuk neraka. Banyak cantik muka kau, Umar. Bab solat memang kau liat. Bab nak tengok tv kau rajin bebenor. Benda yang dapat pahala kau tak nak buat. Benda yang lagha kau nak pulak buat.

  “Kau nak bagi orang tolong solatkan untuk kau ke?” ajuku sedikit marah.

  Riak wajah Umar berubah. Dia koyak senyuman nipis. Tangannya diletakkan di atas meja dan dia dekatkan wajahnya dengan wajahku.

  “Boleh ke?”

  “Boleh sangat-sangat tapi…” Kata-kataku mati.

  “Tapi apa? Cepatlah cakap, Kak Long,” gesanya.

  Bertuah punya budak. Kau memang seronok ya kalau tak kena solat. Eii… budak ni memang buat aku bengang sungguh. Susah sangat ke nak solat? Bukannya kau solat sampai setengah jam pun. Aku rasa lima minit tak sampai tapi tetap tak nak buat. Kalau opah tinggal sekali dengan Umar, memang sah tangan Umar kena rotan sebab malas solat.

  Macam mana kau nak pimpin anak dara orang ke syurga kalau diri sendiri pun kau tak boleh nak jaga? Ayat opah yang satu ni memang power. Aku siap boleh hafal ayat ni sebab opah selalu cakap ayat ni time Umar malas solat.

  “Kau kena mati dulu, Umar. Masa kau hidup, aku tak rasa ada orang nak tolong solat untuk kau. Masa kau mati, mestilah ada hamba-hamba Allah yang akan solat jenazah untuk kau.”

  Lelaki itu tayang muka bengang dan aku kulum senyuman nakal.

*****

  Bola mataku berlari memandang sekeliling. Aku capai dua paket gula lalu masukkan ke dalam troli. Rasa geram mula bertamu di hati. Bibirku bergerak-gerak mengutuk Umar dalam diam. Aku masih tidak berganjak dari tempat aku berdiri.

  Budak Umar ni memang nak bagi aku meroyan kat sini sungguh. Pantang aku lepa, dia lesap. Troli ni siapa yang nak tolak?

  Nafas aku hela lemah.

  Amaya, jangan pernah putus asa.

  Dan aku terus menyorong troli. Satu langkah, dua langkah dan tiga langkah. Semuanya berjalan dengan lancar.

  Langkah keempat aku buka dan… jatuh. Aku gigit bibir. Air liurku terasa berpasir. Kelopak mataku tertutup. Tubuhku menggigil. Peluh mula pecah di dahi walau penyaman udara terpasang. Wajahku terasa panas sebab bengang.

  Kau memang cari masalah dengan aku, Umar. Kalau kau ada dekat sini, mesti aku takkan jatuh tapi kan… kenapa aku langsung rasa tak sakit?

 “Cik…”

  Jeda.

  “Cik, cik okey tak?” tanya seseorang.

  Terus aku buka mata. Seorang lelaki yang memakai kemeja biru dan slack berdiri di hadapan troli.  Ada seorang lagi lelaki di sisinya. Lelaki yang memakai t-shirt hitam itu memandangku kosong. Renungannya dingin. Aku tengok diriku. Dahiku berkerut. Aku masih berdiri seperti tadi dan bukannya jatuh seperti selalu. Wajah mereka berdua aku pandang silih berganti. Mereka juga berdiri seperti biasa. Siapakah yang jatuh sebenarnya? Aku berhalusinasi ke?

  Mataku ditalakan ke lantai. Ada satu phone terletak elok di atas lantai. Tubuhku dibongkokkan dan aku ambil phone tersebut.

  Ingatkan manusia yang jatuh. Rupanya phone. Heh. Aku punya gaya tadi macam aku yang jatuh. Hiperbola tahap sepuluh sungguh aku ni. Bikin suspen betul. Yang jatuh rupanya phone dan bukannya aku.

  Aku belek phone tu. Skrin phone tersebut dah pecah. Aku tengok jenama phone tersebut.

  Iphone….

  “Ni I… iphone kan?” tanyaku.

  Lelaki yang pakai kemeja biru tu angguk. Mukaku pucat macam tak ada darah kalau ditoreh.

  “Ppp… phone ni aaaa… awak punya?”

  Dia angguk lagi.

  Mak, mati Maya. Nak cekau duit mana nak bayar ganti rugi? Iphone bukannya seringgit dua. Kalau hantar pergi kedai pun, duit keluar macam air jugak. Huhuhu. Aku jatuh tak apa. Jangan bagi barang orang lain jatuh. Berpeluh jugak nak ganti ni. Nasib baik dia tak tengking aku. Ni semua salah aku. Jalan tak tengok depan.

  Tak, tak. Ni salah Umar. Huu…

  “Sa… saya tak ad… ada dduu… duit nak gann… ganti ba..lik phone awak,” tuturku gagap.

  “Awak gagap ke?” tebaknya.

  Hamba Allah mana tak gagap kalau nak kena ganti phone yang harga beriban?

  Kalau aku jumpa Umar nanti, siaplah dia. Akan aku piat telinga dia puas-puas nanti sebab melilau rata dan tinggalkan aku sorang-sorang.

  “Ga… gap si… sikit.”

  Sejak bila kau gagap, Maya? Hahaha. Sejak aku bagi jatuh phone orang lain.

  “Tapi tadi saya dengar awak cakap okey je. Tak ada pun gagap.”

  Rahang bawaku jatuh. Kantoi tak gagap. Hihihi. Tapi bila pulak dia dengar aku cakap tak gagap? Aku rasa dari tadi aku punya kegagapan tak hilang. Ini semua poyo! Ehehe. Ini semua sangat mendera jiwa dan ragaku. Duit aku akan terbang dalam sekelip mata.

  Senyuman lelaki itu meleret. “Masa dekat KFC tadi. Kami duduk tepi meja awak tapi awak tak perasan rasanya. Awak cakap tadi kemain laju. Tak gagap sikit pun tapi kenapa sekarang gagap pulak?”

  Buat malu diri sendiri saja.

  Phone milik dia yang ada di tanganku dia ambil lalu masukkan ke dalam kocek seluar. Bibirnya melemparkan senyuman manis. “Got to go, cik. I have tons of things to do. Kalau awak risau pasal phone ni, buanglah kerisauan awak tu. Salah saya sendiri sebab jalan tak tengok depan. See ya.”

  Dia lambai tangan dan mereka berdua pergi tinggalkan aku. Aku termangu sendiri. Macam pernah nampak lelaki yang pakai t-shirt tu.  Muka dia memang familiar. Rasa macam aku pernah jumpa dia dekat mana-mana.

 Dejavu?

*****

  Buk! Aku tersembam macam nangka busuk di atas lantai dapur. Perlahan-lahan aku bangun dan bersila. Mak yang berpapasan denganku gelengkan kepala melihat tingkah lakuku. Nafas aku hela lemah dan jariku menyentuh lembut dahi yang sakit. Air di dalam gelas plastik sudah tumpah dan buat seluar trek aku basah.

  “Maya, Maya. Kau ni asyik jatuh. Mak pun tak tahu apa yang jadi dengan kau sebenarnya. Nak cakap ada penyakit, kau sihat walafiat aje,” tutur mak sebelum duduk di atas kerusi tidak jauh dari tempat aku duduk.

  Maya pun tak tahu apa yang jadi dengan diri Maya, mak. Asyik jatuh.

  “Siapalah yang nak jaga kau bila mak dengan abah kau tak ada nanti,” keluh mak sendiri.

  Bibirku dicebikkan.

  “Mak ni buat teruk boleh. Maya bukannya sakit ke apa. Just asyik jatuh aje. Mak jangan risaulah. Maya boleh jaga diri sendiri. Maya kan anak mak yang kuat. Mesti nanti Maya takkan jatuh punya. Kalau jatuh pun, mesti kadang-kadang,” ujarku yakin.

  Heh. Auta betul ayat aku. Jaga diri sendiri? Jalan dua tiga langkah, aku jatuh. Lemah sungguh lutut ni nak tampung badan aku. Aku selalu kena harapkan orang lain untuk bantu aku berjalan. Aku normal saja masa dilahirkan. Jalan macam orang lain tapi bila aku tengok ada orang jatuh tangga dan mati di depan mata aku masa aku umur 9 tahun, aku terus rebah. Asyik jatuh.

  Dongeng benar cerita aku but fairy tale story does exist and I’m the heroine in that story. Heroin yang tak ada hero. Mana ada orang nak kahwin dengan orang macam aku. Tak ada punya hamba Allah yang nak jaga aku.

  Lantai tetap akan sambut aku sampai bila-bila.

  Mak jatuhkan kepalanya ke sebelah kanan. Anak matanya menikam lembut anak mataku. Bibir itu mengoles senyuman manis. “Mak harap sangat kau boleh kahwin dengan lelaki yang baik. Mak harap dia dapat jaga kau.”

  “Maya muda lagi, mak. Baru 22 tahun.”

  Keluar dari universiti tahun lepas. Aku ambil diploma teknologi maklumat. Berhenti setakat itu saja. Aku jadi tailor. Susah nak kerja dengan orang. Tak pasal-pasal kena pecat lepas sehari bekerja. Huu… menyedihkan betul.

  “Okeylah tu. 22 tahun. Bukannya 12 tahun,” balas mak tenang.

  “Maya tak nak kahwin lagi.”

  Dan Maya tak rasa Maya boleh kahwin.

  Kelopak mataku bertakung. Rasa sebak mula mengalir ke dalam lembah rasaku. Aku palingkan wajah.

  Tak mahu mak tengok aku sedih.

  Lantai yang akan sambut aku sampai bila-bila kalau aku jatuh.

*****

  Air mataku berjejeran di pipi. Wajahku ditundukkan. Menekur lantai. Telapak tanganku yang berdarah aku pandang. Takdir untuk aku jatuh dan tangan aku terkena serpihan botol kaca yang pecah. Takdir untuk tangan aku berdarah hari ni. Jangan mengeluh, Amaya. Allah knows what is the best for you.

  Langsung aku tak pedulikan orang yang berpapasan denganku dan memandangku pelik.

  “Are you okay?” sapa satu suara.

  Wajah diangkat. Seorang lelaki melutut di hadapanku. Dahiku berkerut.

  Dia lelaki yang aku jumpa beberapa hari yang lepas di mall. Lelaki yang hanya membisu yang langsung tak cakap hari tu.

  Pandangannya dilabuhkan pada telapak tanganku yang berdarah. Dia pandang lama dan matanya langsung tak berkelip. Bahuku terhinggut-hinggut menahan esakan. Bibir bawah aku ketap supaya air mataku berhenti mengalir.

  Sakit tu mengurangkan dosa, Amaya. Kau kena kuat. Jangan nangis!

 “Kenapa?” tanya dia tiba-tiba.

  “Kenapa apa?”

  Jarinya ditudingkan ke arah tanganku yang berdarah

  “Saya jatuh dan tangan saya terkena kaca.” Senyuman pudar kuukir.

  Lelaki itu jeda. Renungan dingin sekali lagi dia pamerkan. Riak wajahnya kosong seolah-olah dia langsung tak ada perasaan. “Boleh bangun tak?” tanya dia.

  Perlahan-lahan aku bangun. Lelaki itu turut bangun dan berjalan ke sisiku.

  “Klinik,” ajak lelaki itu.

  Langkah dibuka. Satu, dua, tiga dan aku jatuh lagi. Telapak tangan kananku menyembah lantai. Aku menyeringai kesakitan. Air mataku makin laju mengalir. Kepalaku digelengkan. Cuba menahan sakit tapi aku tak mampu. Aku tewas dengan perasaanku. Aku tewas dengan kemanjaanku sendiri walhal sakit ini taklah sesakit mana.

  Dia hilang dari pandanganku. Bola mataku berlari memandang sekeliling. Langsung tiada kelibat lelaki itu.

  Tak lama kemudian, lelaki itu datang dengan sekaki payung. Hujung payung diacukan ke arahku. Aku tengok pelik dan dua ulas bibir itu koyak senyuman manis. Lelaki itu sekali lagi menunduk di hadapanku.

  “Pegang hujung payung,” balasnya pendek.

  Dan aku hanya menurut tanpa kata. Aku pegang hujung payung tersebut. Lelaki itu pegang tangkai payung dan dia pimpin aku ke klinik.

  Lelaki itu langsung tak bercakap. Tenang saja dia atur langkah.

  Untuk kali ini, ada yang membantu.

  Selepas ke klinik, dia bawa aku ke restoran.

  Aku kacau milo ais yang berbaki separuh dengan straw. Lelaki itu menunduk. Membelek tangannya. Sejak tadi, mulutnya terkunci. Dia hanya melihatku tanpa kata dan sesekali mengerling orang di sisinya. Aku pun turut mendiamkan diri.

  Pendiam betul mamat ni. Kalau lelaki lain, sah dah cakap sampai tak nak berhenti.

  Desahan nafasnya kudengar. Sepasang mata bening itu melemparkan pandangan dingin. Air liur aku telan. Lidahku jadi kelu. Jari-jemariku mengetuk papan pemuka meja dan kaki kananku menendang perlahan kaki meja. Lelaki itu berdeham dan membetulkan duduk. Di kala pandangan kami bertaut, aku larikan pandangan.

  I don’t usually talk to men.

  “Nama?” aju lelaki itu selepas lama diamkan diri.

  “Amaya.”

  “Night rain.”

  “Huh?”

  Senyuman dia lemparkan. Aku pun turut tersenyum.

  Yang aku nak senyum sekali tu kenapa? Masalah sungguh! Maybe sebab dia ni pendiam kut. Susah nak cakap, susah nak senyum. Cuba Umar yang banyak mulut tu senyum. Sah kepala dia kena ketuk sebab senyuman dia tu tak ikhlas selalunya.

  “Amaya means night rain in Japanese,” terangnya.

  “Ouh.” Tahu sebenarnya. Hahaha.

  Sekali dengan aku jadi pendiam. Heh.

  “Nama?” tanyaku pula.

  “Ferran.”

  Aku angguk.  Mataku jatuh pada wajahnya yang tenang tanpa sebarang riak. Kelopak matanya sesekali berkelip. Keningku bertaut rapat. Jari-jemariku menekan pelipis. Kepalaku jatuh ke sebelah kanan.

  Macam pernah nampak mamat ni tapi kat mana? Memang pernah nampak dia dekat mall tapi aku rasa bertahun-tahun dulu, aku pernah jumpa dia.

 

untuk beberapa sebab tertentu, cerpen ini hanya sampai setakat ini. Harap maklum :)




another light story from me. Wanna make awesome story and yet i make ridiculous story. I think some people will hate this story. Well... if you love to read manga, this story is quite normal but if you don't, this story is a bad one. I never read a story like Jatuh. People will think Jatuh is not a splendid story. Indeed. A few months ago, I watched Air (movie) and heroine in that story loved to fall. Oh yeah. 

Jatuh is my last contengan for this year. Till we meet again, friends. Gonna miss this year. I met awesome people and awesome readers. You guys rock. Hooyeah. I'll turn 16 years old next year but it doesn't matter as i'm forever young. Heh. 

Okey. Berhenti cakap english yang broken semedang tu. Hahaha. Maaf untuk segala kekurangan. Harap anda sudi tinggalkan komen ya. Ni cerita yang tak sweet sangat sebab aku bukan orang yang sweet. Ahaks. Harap anda sudi tinggalkan komen. <3 <3 <3 - with lots of love, Hanna Aleeya.

 
 
 

 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 
 
  
 

  

40 comments:

  1. jatuh tuh tuh. haha. nice. akak memang suka citer takde konflik cenggini. ekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semedang may jatuh. hahaha. hanna tak suka ar cita konflik. kikiki

      Delete
  2. terjatuh sekali dengan night rain.. acik dak?? :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. aci tapi ferran takkan sambut cik anon. kekekeke

      Delete
  3. sy rasa karya awak ni lain dr yg lain n unik..
    n yup.. sy sgt2 (kuasa 100 =D ) sukaaaaaaaa manga =D
    suka smpai tahap xde org boleh faham apa yg sy ckp melainkn sesama yg gila manga -_- ahaha (hontou hontou daisuki =D )
    ganbatte utk next story =D ja ne
    ps: klau rajin lawat blog sy gak.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah lain dari yg lain. biasa2 ja. typical macam hanna. kikikiki. yeah. gimme five. love manga so much. trimas2. ja ne. insya-Allah kalau ada masa nanti, hanna lawat ur blog <3

      Delete
  4. huuuuu ...suka gila ! hahaha .. akak awesome ! nak jadikan akak idola boleh ? xD sila tunjuk ajar .. hehhh :3 good one akak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada akak ohsem. haip. akak tak boleh dijadikan idola. akak boleh dijadikan kawan saja. hahaha. thanks, dik

      Delete
  5. nice.lain dari yang lain..
    selamat maju jaya!

    ReplyDelete
  6. nice one... cerita yang santai je...
    all the best for the year...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tensyen buat cita berat2. ahaha. trimas <3

      Delete
  7. Gile x sweet.sweet ape

    ReplyDelete
    Replies
    1. awat hanna rasa pahit, cik anon? hahaha *kidding

      Delete
  8. Kak Hanna ni duk mana? Orang mana? Saya duk Johor. Suka sangat cerpen akak.

    Huda Dini Aqilah

    ReplyDelete
  9. Kak Hanna ni duk mana? Saya duk Johor. Suka sangat cerpen akak.
    Lepas ni, I will miss your short stories. Tahun depan dah darjah enam. Harap next year ada lagi cerpen akak untuk dibaca. Sebab best sesangat. Hiks! Assalamualaikum.

    Huda Dini Aqilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak duduk kedah. thanks ya dik sbb sudi baca cerpen akak. hahaha. all of my short stories will miss u too, dear. muda lagi adik ni. insya-Allah kalau ada masa, akak tulis lagi. wa'alaikumsalam, dik

      Delete
  10. wahhhh...mmg ada bakat menulis la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada pun sebenarnya. hahahaha. main tulis ja ni

      Delete
  11. subhanallah!hebatnya awak..berbakat sungguh.dari mana datangnya idea menulis cerita2 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanna tak hebat pun. berbakat lagilah tidak. hikss. idea ni slalu dtg tetiba ja. ahaks

      Delete
  12. salam kenal dan follow
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    ReplyDelete
  13. yeah... akhirnye jumpa juga blog awak.. cerpen jstuh n 7 permintaan memang terbaik..

    ReplyDelete
  14. awak buatlah sambungan cerita ni until the end :)
    best kot cerita ni

    ReplyDelete
  15. Best sangat. Akak nak request yg full version boleh? ^^ Well said, Hanna mmg talented in writing. Totally! Haha. Harap terus berjaya dlm bidang penulisan, hidup, dan akhirat hanna. Ameen..~♥
    -kak fa

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum hanna..

    memang terbaik punya story.. tp seingat akak cerita ni ada full version kan?dkat p2u? betoi tak? *kalau salah sila betoikan*

    all the best for SPM next year.... and jngn sia2kan bakat yg ada. sebb certain orng je yg ada bakat tu.. and be thankful for it

    btw... high 5 sekali sebab kita senegeri.. hehehe

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum..salam kenal.. :) btw cerpen jatuh & 7 pmintaan ade kt p2u kn?kn?
    tp npe cri tk jumpe erk? ke slh teka..hehe :)

    ReplyDelete
  18. Ko memNg terbaekkk...3bintang untuk ko..

    ReplyDelete
  19. Cerpen awk semua best2 tp smuanya jln crita separuh2😂

    ReplyDelete
  20. mcm mne nk bce ending dy 😭

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...