“Amaya!” laung Cikgu Fathi.
Wajah aku angkat.
Pen yang kupegang terjatuh. Bibir bawah aku ketap. Jantungku berdetak laju dan
peluh mula berjejeran di dahi. Akma di sebelahku sudah sengih sambil jongket
kening kanan. Aku koyak senyuman plastik.
Cikgu panggil nama
aku kenapa? Grr…
“Amaya, datang sini
meh.”
Su… dah. Ni mesti
ada benda yang tak kena. Tak pun nak mengusik aku.
Aku bingkas bangun.
Langkah kuatur perlahan sambil memegang setiap bucu meja untuk sampai ke meja
guru. Aku berdiri di hadapan Cikgu Fathi. Dia hulurkan sehelai kertas kepadaku.
Dahiku berkerut. Aku tengok dia pelik dan cikgu lewat 40-an itu menjeling
kertas tersebut. Mataku jatuh pada kertas
tersebut.
BIODATA SAYA. Aku
baca tajuk karangan tersebut.
Okey. Ni karangan
aku. Hehehe. Aku rasa cikgu demam minggu lepas. Dia suruh semua budak buat
karangan pasal biodata diri sendiri. Cikgu, cikgu. Tahulah kami ni budak
merdeka sebentar sebab PMR dah habis tapi tak payahlah duk suruh kami tulis
karangan. Aku macam nak muntah hijau tengok karangan sekarang ni!
“Ada masalah ke
dengan karangan saya, cikgu?” Aku ajukan soalan bodoh.
Cikgu Fathi ambil
kertas tersebut dan dekatkan dengan wajahnya. Cermin mata yang dia letak di
dalam kocek kemejanya dikeluarkan lalu dipakai.
Ececeh. Tak nampak
lettuw.
“Nama saya ialah
Amaya. Blablabla.”
Erk. Cikgu pun suka
cakap blablabla rupanya.
“Hobi saya ialah
jatuh. Cita-cita saya ialah tak mahu jatuh lagi,” ujar cikgu sebelum letakkan
kertas tersebut di atas meja dan tanggalkan cermin mata yang dia pakai.
Tawa semua orang
pecah. Mata Cikgu Fathi melekat pada wajahku. Aku tayang muka selamba.
Jari-jemariku mengetuk papan pemuka meja. Telinga aku dah panas sebab bengang
dengan budak-budak kelas aku yang sibuk ketawakan aku.
Okey apa hobi dan
cita-cita aku. Aku selalu jatuh dan tak nak jatuh lagi. Susahlah kalau aku
asyik jatuh. Macam mana aku nak kerja nanti? Macam mana aku nak survive
sorang-sorang kalau asyik jatuh? Takkanlah aku nak duduk rumah saja. Tunggu
orang masuk minang. Heh. Macamlah ada orang yang nak kahwin dengan aku. Aku
rasa tak ada hamba Allah yang sanggup nak kahwin dengan aku dan jaga aku.
“Amaya, Amaya.
Karangan awak ni buat saya gelak sorang-sorang kat dalam bilik guru tadi.”
Jatuh. Jatuh dengan
aku macam kawan baik. Aku selalu jatuh. Tak ada dah rasa malu kalau jatuh dekat
public. Sakit hati adalah sebab aku selalu jatuh di atas jalan tar. Sakit gila
kentang. Nak menangis pun ada. Ehehe. Disebabkan aku budak perempuan yang
sangat kental, aku jarang menangis kalau jatuh.
“Tak pernah saya
jumpa anak murid macam awak. Hobi pelik. Cita-cita lagi pelik.”
“Saya kan nak jadi
rare, cikgu.”
Kepalanya
digelengkan. “Awak memang dah rare, Amaya. Dah. Boleh balik tempat awak.”
Aku aturkan langkah
lambat-lambat sambil memegang hujung meja yang aku lalu.
“Amaya…”
Kepalaku dikalihkan.
Cikgu Fathi tengok aku. Jari-jemarinya disulamkan sesama sendiri dan tubuhnya
disandarkan pada kerusi. Semua orang senyap. Yang aku dengar hanya bunyi kipas
yang ligat berputar yang dipasang sejak pagi tadi. Dengar juga suara orang
berdeham dan helaan nafas seseorang. Aku kaku di tempat aku berdiri.
Cikgu koyak senyuman
nipis.
“Cuba awak jalan tak
pegang meja.”
“Nanti saya jatuh,”
ujarku rendah.
“Macam mana awak
tahu yang awak akan jatuh kalau awak tak cuba jalan tanpa pegang meja?” duga
dia.
Aku hela nafas
lemah.
Dear Cikgu Fathi,
saya dah banyak kali cuba tanpa pegang meja dan banyak kali juga saya jatuh.
Saya bukan takut cuba lagi tapi saya malas.
“Kalau saya jatuh, cikgu
jangan gelak.”
“Ya. Tak gelak
punya.”
Dan tanganku terus
jatuh ke sisi. Aku telan air liur yang terasa berpasir. Mataku jatuh pada
lantai. Kalau aku jatuh, lantai akan
sambut. Bagus. Nanti tak pasal-pasal baju aku koyak lagi dan tangan aku sakit.
Aku buka langkah
yang pertama, kedua dan gedebuk!
Terus tersembam di
atas lantai. Semua orang senyap melainkan seorang hamba Allah yang memang aku
kenal suara dia. Tawa hamba Allah itu pecah. Bibir bawah aku ketap.
Perlahan-lahan aku bangun dan bersandar pada meja Fitriah. Aku tengok Cikgu
Fathi yang masih ketawa sambil memegang perut.
“Amaya, Amaya. Lawak
sungguh awak ni.”
“Cikgu dah cakap
yang cikgu tak nak gelak,” tuturku geram.
“Hahaha. Tak boleh
tahanlah. Tak apa. Awak jatuh lantai sambut hari ni tapi nanti bila awak dah
besar, suami awak yang akan sambut awak kalau awak jatuh.”
Dan dia terus
ketawa.
*****
Aku pegang tangan
Umar. Dia juihkan bibir tanda tak puas hati. Aku cebik bibir dan julingkan
mata. Kami sama-sama hayun langkah ke KFC. Umar asyik bebel suruh aku lepaskan
tangan tapi aku tak layan.
“Kak Long…”
“Apa?” marahku.
Beg sandang milikku
diletakkan di atas meja dan aku labuhkan punggung di atas kerusi. Umar duduk di
hadapanku.
Macam aku tak tahu
yang dia tak suka aku pegang tangan dia. Kalau aku ni manusia yang normal, tak
ada hati aku nak ajak dia datang mall sekali dengan aku. Baik aku datang
sorang-sorang. Jimat duit dan jimat air liur sebab tak payah cakap banyak.
“Lain kali janganlah
pegang tangan Umar. Tak sukalah!”
“Ada aku kisah?
Wahai Encik Umar yang keras kepala, aku ni kakak kau. Kakak kandung kau pulak
tu. Tak ada sebab untuk aku tak boleh pegang tangan kau. Kau ingat aku nak
sangat ke pegang tangan kau? Baik aku pegang tangan patung dekat mall ni,” bebelku.
“Baguslah macam tu.
Lain kali jangan pegang tangan Umar. Pergi ar pegang tangan patung dekat mall
ni,” balas dia selamba.
Telinga kanannya aku
tarik. Dia menyeringai kesakitan. “Kau memang cukup pandai kalau bab menjawab
ye.”
“Kak Long, sakitlah.”
Terus tanganku jatuh
ke riba. Pandanganku dilarikan memandang kaunter KFC. Aku geleng kepala sebelum
menekan pelipis. Umar aku kerling. Dompet di dalam beg sandang aku keluarkan
dan aku tarik not 50 ringgit keluar daripada dompet. Aku hulurkan duit tersebut
kepada Umar. Dahinya berkerut. Dia tengok aku pelik.
“Duit ni nak buat
apa, Kak Long?”
“Buat hiasan. Lagi
mau tanya. Duit ni nak beli makanan. Dah. Kau pergi beli apa-apa untuk aku,”
arah aku.
“Tapi…”
“Apa tapi-tapi?”
Suaraku naik seoktaf.
Umar sengih dan
geleng kepala. Dia bingkas bangun dan atur langkah ke kaunter KFC. Tanganku
menongkat dagu dan aku tengok Umar dari jauh. Dia dengan muka toyanya berbaris.
Langsung tak dipedulikan orang lain.
Umar, Umar. Kau dah
besar dah. Dah tinggi daripada aku tapi bila kau nak kacak? Ahaha.
Usai makan, Umar
sandarkan tubuh pada kerusi. Kelopak matanya sekejap terbuka dan sekejap
tertutup. Dia pandang aku lali. Jam pada pergelangan tangan yang ayah hadiahkan
kepadaku dua tahun lalu aku kerling. Sudah masuk waktu Asar. Baik aku
sembahyang dulu. Kalau nak tunggu sembahyang kat rumah, memang taklah. Aku rasa
waktu Maghrib nanti baru boleh balik sebab banyak ayat akan aku dengar nanti.
Umar nak masuk kedai buku. Umar nak masuk kedai cd. Umar nak beli baju.
Kaki dia aku
tendang. Kelopak matanya yang tertutup rapat terbuka. Dia betulkan duduk dan
meraup wajahnya.
“Jom…”
“Yeah. Jom
shopping!”
“Banyaklah kau jom
shopping. Jom solatlah.”
“Malaslah nak solat,
Kak Long.”
Solat malas nak buat
tapi nak masuk syurga. Tak nak masuk neraka. Banyak cantik muka kau, Umar. Bab
solat memang kau liat. Bab nak tengok tv kau rajin bebenor. Benda yang dapat
pahala kau tak nak buat. Benda yang lagha kau nak pulak buat.
“Kau nak bagi orang
tolong solatkan untuk kau ke?” ajuku sedikit marah.
Riak wajah Umar
berubah. Dia koyak senyuman nipis. Tangannya diletakkan di atas meja dan dia
dekatkan wajahnya dengan wajahku.
“Boleh ke?”
“Boleh sangat-sangat
tapi…” Kata-kataku mati.
“Tapi apa? Cepatlah
cakap, Kak Long,” gesanya.
Bertuah punya budak.
Kau memang seronok ya kalau tak kena solat. Eii… budak ni memang buat aku
bengang sungguh. Susah sangat ke nak solat? Bukannya kau solat sampai setengah
jam pun. Aku rasa lima minit tak sampai tapi tetap tak nak buat. Kalau opah
tinggal sekali dengan Umar, memang sah tangan Umar kena rotan sebab malas
solat.
Macam mana kau nak
pimpin anak dara orang ke syurga kalau diri sendiri pun kau tak boleh nak jaga?
Ayat opah yang satu ni memang power. Aku siap boleh hafal ayat ni sebab opah
selalu cakap ayat ni time Umar malas solat.
“Kau kena mati dulu,
Umar. Masa kau hidup, aku tak rasa ada orang nak tolong solat untuk kau. Masa
kau mati, mestilah ada hamba-hamba Allah yang akan solat jenazah untuk kau.”
Lelaki itu tayang muka
bengang dan aku kulum senyuman nakal.
*****
Bola mataku berlari
memandang sekeliling. Aku capai dua paket gula lalu masukkan ke dalam troli.
Rasa geram mula bertamu di hati. Bibirku bergerak-gerak mengutuk Umar dalam
diam. Aku masih tidak berganjak dari tempat aku berdiri.
Budak Umar ni memang
nak bagi aku meroyan kat sini sungguh. Pantang aku lepa, dia lesap. Troli ni
siapa yang nak tolak?
Nafas aku hela
lemah.
Amaya, jangan pernah
putus asa.
Dan aku terus
menyorong troli. Satu langkah, dua langkah dan tiga langkah. Semuanya berjalan
dengan lancar.
Langkah keempat aku
buka dan… jatuh. Aku gigit bibir. Air liurku terasa berpasir. Kelopak mataku
tertutup. Tubuhku menggigil. Peluh mula pecah di dahi walau penyaman udara
terpasang. Wajahku terasa panas sebab bengang.
Kau memang cari
masalah dengan aku, Umar. Kalau kau ada dekat sini, mesti aku takkan jatuh tapi
kan… kenapa aku langsung rasa tak sakit?
“Cik…”
Jeda.
“Cik, cik okey tak?”
tanya seseorang.
Terus aku buka mata.
Seorang lelaki yang memakai kemeja biru dan slack berdiri di hadapan troli. Ada seorang lagi lelaki di sisinya. Lelaki
yang memakai t-shirt hitam itu memandangku kosong. Renungannya dingin. Aku
tengok diriku. Dahiku berkerut. Aku masih berdiri seperti tadi dan bukannya
jatuh seperti selalu. Wajah mereka berdua aku pandang silih berganti. Mereka
juga berdiri seperti biasa. Siapakah yang jatuh sebenarnya? Aku berhalusinasi
ke?
Mataku ditalakan ke
lantai. Ada satu phone terletak elok di atas lantai. Tubuhku dibongkokkan dan
aku ambil phone tersebut.
Ingatkan manusia
yang jatuh. Rupanya phone. Heh. Aku punya gaya tadi macam aku yang jatuh.
Hiperbola tahap sepuluh sungguh aku ni. Bikin suspen betul. Yang jatuh rupanya
phone dan bukannya aku.
Aku belek phone tu.
Skrin phone tersebut dah pecah. Aku tengok jenama phone tersebut.
Iphone….
“Ni I… iphone kan?”
tanyaku.
Lelaki yang pakai
kemeja biru tu angguk. Mukaku pucat macam tak ada darah kalau ditoreh.
“Ppp… phone ni aaaa…
awak punya?”
Dia angguk lagi.
Mak, mati Maya. Nak
cekau duit mana nak bayar ganti rugi? Iphone bukannya seringgit dua. Kalau
hantar pergi kedai pun, duit keluar macam air jugak. Huhuhu. Aku jatuh tak apa.
Jangan bagi barang orang lain jatuh. Berpeluh jugak nak ganti ni. Nasib baik
dia tak tengking aku. Ni semua salah aku. Jalan tak tengok depan.
Tak, tak. Ni salah
Umar. Huu…
“Sa… saya tak ad…
ada dduu… duit nak gann… ganti ba..lik phone awak,” tuturku gagap.
“Awak gagap ke?”
tebaknya.
Hamba Allah mana tak
gagap kalau nak kena ganti phone yang harga beriban?
Kalau aku jumpa Umar
nanti, siaplah dia. Akan aku piat telinga dia puas-puas nanti sebab melilau
rata dan tinggalkan aku sorang-sorang.
“Ga… gap si… sikit.”
Sejak bila kau
gagap, Maya? Hahaha. Sejak aku bagi jatuh phone orang lain.
“Tapi tadi saya
dengar awak cakap okey je. Tak ada pun gagap.”
Rahang bawaku jatuh.
Kantoi tak gagap. Hihihi. Tapi bila pulak dia dengar aku cakap tak gagap? Aku
rasa dari tadi aku punya kegagapan tak hilang. Ini semua poyo! Ehehe. Ini semua
sangat mendera jiwa dan ragaku. Duit aku akan terbang dalam sekelip mata.
Senyuman lelaki itu
meleret. “Masa dekat KFC tadi. Kami duduk tepi meja awak tapi awak tak perasan
rasanya. Awak cakap tadi kemain laju. Tak gagap sikit pun tapi kenapa sekarang
gagap pulak?”
Buat malu diri
sendiri saja.
Phone milik dia yang
ada di tanganku dia ambil lalu masukkan ke dalam kocek seluar. Bibirnya
melemparkan senyuman manis. “Got to go, cik. I have tons of things to do. Kalau
awak risau pasal phone ni, buanglah kerisauan awak tu. Salah saya sendiri sebab
jalan tak tengok depan. See ya.”
Dia lambai tangan
dan mereka berdua pergi tinggalkan aku. Aku termangu sendiri. Macam pernah
nampak lelaki yang pakai t-shirt tu. Muka
dia memang familiar. Rasa macam aku pernah jumpa dia dekat mana-mana.
Dejavu?
*****
Buk! Aku tersembam
macam nangka busuk di atas lantai dapur. Perlahan-lahan aku bangun dan bersila.
Mak yang berpapasan denganku gelengkan kepala melihat tingkah lakuku. Nafas aku
hela lemah dan jariku menyentuh lembut dahi yang sakit. Air di dalam gelas
plastik sudah tumpah dan buat seluar trek aku basah.
“Maya, Maya. Kau ni
asyik jatuh. Mak pun tak tahu apa yang jadi dengan kau sebenarnya. Nak cakap
ada penyakit, kau sihat walafiat aje,” tutur mak sebelum duduk di atas kerusi
tidak jauh dari tempat aku duduk.
Maya pun tak tahu
apa yang jadi dengan diri Maya, mak. Asyik jatuh.
“Siapalah yang nak
jaga kau bila mak dengan abah kau tak ada nanti,” keluh mak sendiri.
Bibirku dicebikkan.
“Mak ni buat teruk
boleh. Maya bukannya sakit ke apa. Just asyik jatuh aje. Mak jangan risaulah.
Maya boleh jaga diri sendiri. Maya kan anak mak yang kuat. Mesti nanti Maya
takkan jatuh punya. Kalau jatuh pun, mesti kadang-kadang,” ujarku yakin.
Heh. Auta betul ayat
aku. Jaga diri sendiri? Jalan dua tiga langkah, aku jatuh. Lemah sungguh lutut
ni nak tampung badan aku. Aku selalu kena harapkan orang lain untuk bantu aku
berjalan. Aku normal saja masa dilahirkan. Jalan macam orang lain tapi bila aku
tengok ada orang jatuh tangga dan mati di depan mata aku masa aku umur 9 tahun,
aku terus rebah. Asyik jatuh.
Dongeng benar cerita
aku but fairy tale story does exist and I’m the heroine in that story. Heroin
yang tak ada hero. Mana ada orang nak kahwin dengan orang macam aku. Tak ada
punya hamba Allah yang nak jaga aku.
Lantai tetap akan
sambut aku sampai bila-bila.
Mak jatuhkan
kepalanya ke sebelah kanan. Anak matanya menikam lembut anak mataku. Bibir itu
mengoles senyuman manis. “Mak harap sangat kau boleh kahwin dengan lelaki yang
baik. Mak harap dia dapat jaga kau.”
“Maya muda lagi,
mak. Baru 22 tahun.”
Keluar dari
universiti tahun lepas. Aku ambil diploma teknologi maklumat. Berhenti setakat
itu saja. Aku jadi tailor. Susah nak kerja dengan orang. Tak pasal-pasal kena
pecat lepas sehari bekerja. Huu… menyedihkan betul.
“Okeylah tu. 22
tahun. Bukannya 12 tahun,” balas mak tenang.
“Maya tak nak kahwin
lagi.”
Dan Maya tak rasa
Maya boleh kahwin.
Kelopak mataku
bertakung. Rasa sebak mula mengalir ke dalam lembah rasaku. Aku palingkan
wajah.
Tak mahu mak tengok
aku sedih.
*****
Air mataku
berjejeran di pipi. Wajahku ditundukkan. Menekur lantai. Telapak tanganku yang
berdarah aku pandang. Takdir untuk aku jatuh dan tangan aku terkena serpihan
botol kaca yang pecah. Takdir untuk tangan aku berdarah hari ni. Jangan
mengeluh, Amaya. Allah knows what is the best for you.
Langsung aku tak
pedulikan orang yang berpapasan denganku dan memandangku pelik.
“Are you okay?” sapa
satu suara.
Wajah diangkat.
Seorang lelaki melutut di hadapanku. Dahiku berkerut.
Dia lelaki yang aku
jumpa beberapa hari yang lepas di mall. Lelaki yang hanya membisu yang langsung
tak cakap hari tu.
Pandangannya dilabuhkan
pada telapak tanganku yang berdarah. Dia pandang lama dan matanya langsung tak
berkelip. Bahuku terhinggut-hinggut menahan esakan. Bibir bawah aku ketap
supaya air mataku berhenti mengalir.
Sakit tu
mengurangkan dosa, Amaya. Kau kena kuat. Jangan nangis!
“Kenapa?” tanya dia
tiba-tiba.
“Kenapa apa?”
Jarinya ditudingkan
ke arah tanganku yang berdarah
“Saya jatuh dan
tangan saya terkena kaca.” Senyuman pudar kuukir.
Lelaki itu jeda.
Renungan dingin sekali lagi dia pamerkan. Riak wajahnya kosong seolah-olah dia
langsung tak ada perasaan. “Boleh bangun tak?” tanya dia.
Perlahan-lahan aku
bangun. Lelaki itu turut bangun dan berjalan ke sisiku.
“Klinik,” ajak
lelaki itu.
Langkah dibuka.
Satu, dua, tiga dan aku jatuh lagi. Telapak tangan kananku menyembah lantai.
Aku menyeringai kesakitan. Air mataku makin laju mengalir. Kepalaku
digelengkan. Cuba menahan sakit tapi aku tak mampu. Aku tewas dengan
perasaanku. Aku tewas dengan kemanjaanku sendiri walhal sakit ini taklah
sesakit mana.
Dia hilang dari
pandanganku. Bola mataku berlari memandang sekeliling. Langsung tiada kelibat
lelaki itu.
Tak lama kemudian,
lelaki itu datang dengan sekaki payung. Hujung payung diacukan ke arahku. Aku
tengok pelik dan dua ulas bibir itu koyak senyuman manis. Lelaki itu sekali
lagi menunduk di hadapanku.
“Pegang hujung
payung,” balasnya pendek.
Dan aku hanya
menurut tanpa kata. Aku pegang hujung payung tersebut. Lelaki itu pegang
tangkai payung dan dia pimpin aku ke klinik.
Lelaki itu langsung
tak bercakap. Tenang saja dia atur langkah.
Untuk kali ini, ada
yang membantu.
Selepas ke klinik,
dia bawa aku ke restoran.
Aku kacau milo ais
yang berbaki separuh dengan straw. Lelaki itu menunduk. Membelek tangannya.
Sejak tadi, mulutnya terkunci. Dia hanya melihatku tanpa kata dan sesekali
mengerling orang di sisinya. Aku pun turut mendiamkan diri.
Pendiam betul mamat
ni. Kalau lelaki lain, sah dah cakap sampai tak nak berhenti.
Desahan nafasnya
kudengar. Sepasang mata bening itu melemparkan pandangan dingin. Air liur aku
telan. Lidahku jadi kelu. Jari-jemariku mengetuk papan pemuka meja dan kaki
kananku menendang perlahan kaki meja. Lelaki itu berdeham dan membetulkan
duduk. Di kala pandangan kami bertaut, aku larikan pandangan.
I don’t usually talk
to men.
“Nama?” aju lelaki
itu selepas lama diamkan diri.
“Amaya.”
“Night rain.”
“Huh?”
Senyuman dia
lemparkan. Aku pun turut tersenyum.
Yang aku nak senyum
sekali tu kenapa? Masalah sungguh! Maybe sebab dia ni pendiam kut. Susah nak
cakap, susah nak senyum. Cuba Umar yang banyak mulut tu senyum. Sah kepala dia
kena ketuk sebab senyuman dia tu tak ikhlas selalunya.
“Amaya means night
rain in Japanese,” terangnya.
“Ouh.” Tahu
sebenarnya. Hahaha.
Sekali dengan aku
jadi pendiam. Heh.
“Nama?” tanyaku
pula.
“Ferran.”
Aku angguk. Mataku jatuh pada wajahnya yang tenang tanpa
sebarang riak. Kelopak matanya sesekali berkelip. Keningku bertaut rapat.
Jari-jemariku menekan pelipis. Kepalaku jatuh ke sebelah kanan.
Macam pernah nampak
mamat ni tapi kat mana? Memang pernah nampak dia dekat mall tapi aku rasa
bertahun-tahun dulu, aku pernah jumpa dia.
untuk beberapa sebab tertentu, cerpen ini hanya sampai setakat ini. Harap maklum :)
another light story from me. Wanna make awesome story and yet i make ridiculous story. I think some people will hate this story. Well... if you love to read manga, this story is quite normal but if you don't, this story is a bad one. I never read a story like Jatuh. People will think Jatuh is not a splendid story. Indeed. A few months ago, I watched Air (movie) and heroine in that story loved to fall. Oh yeah.
Jatuh is my last contengan for this year. Till we meet again, friends. Gonna miss this year. I met awesome people and awesome readers. You guys rock. Hooyeah. I'll turn 16 years old next year but it doesn't matter as i'm forever young. Heh.
Okey. Berhenti cakap english yang broken semedang tu. Hahaha. Maaf untuk segala kekurangan. Harap anda sudi tinggalkan komen ya. Ni cerita yang tak sweet sangat sebab aku bukan orang yang sweet. Ahaks. Harap anda sudi tinggalkan komen. <3 <3 <3 - with lots of love, Hanna Aleeya.
jatuh tuh tuh. haha. nice. akak memang suka citer takde konflik cenggini. ekeke.
ReplyDeletesemedang may jatuh. hahaha. hanna tak suka ar cita konflik. kikiki
Deleteterjatuh sekali dengan night rain.. acik dak?? :3
ReplyDeleteaci tapi ferran takkan sambut cik anon. kekekeke
DeleteWah. Best3..
ReplyDeleteheee... thanks, kak <3
Deletesy rasa karya awak ni lain dr yg lain n unik..
ReplyDeleten yup.. sy sgt2 (kuasa 100 =D ) sukaaaaaaaa manga =D
suka smpai tahap xde org boleh faham apa yg sy ckp melainkn sesama yg gila manga -_- ahaha (hontou hontou daisuki =D )
ganbatte utk next story =D ja ne
ps: klau rajin lawat blog sy gak.. :P
taklah lain dari yg lain. biasa2 ja. typical macam hanna. kikikiki. yeah. gimme five. love manga so much. trimas2. ja ne. insya-Allah kalau ada masa nanti, hanna lawat ur blog <3
Deletehuuuuu ...suka gila ! hahaha .. akak awesome ! nak jadikan akak idola boleh ? xD sila tunjuk ajar .. hehhh :3 good one akak !
ReplyDeletemana ada akak ohsem. haip. akak tak boleh dijadikan idola. akak boleh dijadikan kawan saja. hahaha. thanks, dik
Deletenice.lain dari yang lain..
ReplyDeleteselamat maju jaya!
cliche gak ni. ahaks. thanks. <3
Deletenice one... cerita yang santai je...
ReplyDeleteall the best for the year...
tensyen buat cita berat2. ahaha. trimas <3
DeleteGile x sweet.sweet ape
ReplyDeleteawat hanna rasa pahit, cik anon? hahaha *kidding
DeleteKak Hanna ni duk mana? Orang mana? Saya duk Johor. Suka sangat cerpen akak.
ReplyDeleteHuda Dini Aqilah
Kak Hanna ni duk mana? Saya duk Johor. Suka sangat cerpen akak.
ReplyDeleteLepas ni, I will miss your short stories. Tahun depan dah darjah enam. Harap next year ada lagi cerpen akak untuk dibaca. Sebab best sesangat. Hiks! Assalamualaikum.
Huda Dini Aqilah.
akak duduk kedah. thanks ya dik sbb sudi baca cerpen akak. hahaha. all of my short stories will miss u too, dear. muda lagi adik ni. insya-Allah kalau ada masa, akak tulis lagi. wa'alaikumsalam, dik
Deletesuka2..best!!
ReplyDeleteglad u like it. heee.. trimas2 <3
Deletewahhhh...mmg ada bakat menulis la..
ReplyDeletetak ada pun sebenarnya. hahahaha. main tulis ja ni
Deletesweet sangatttt
ReplyDeleteahaha. sweet bersi hanna
Deletesweet sangattt
ReplyDeletesubhanallah!hebatnya awak..berbakat sungguh.dari mana datangnya idea menulis cerita2 ni?
ReplyDeletehanna tak hebat pun. berbakat lagilah tidak. hikss. idea ni slalu dtg tetiba ja. ahaks
Deletesalam kenal dan follow
ReplyDeletetorascool(dot)blogspot(dot)com
yeah... akhirnye jumpa juga blog awak.. cerpen jstuh n 7 permintaan memang terbaik..
ReplyDeleteterbaik..
ReplyDeletebest la..bila nak smbung..
ReplyDeleteawak buatlah sambungan cerita ni until the end :)
ReplyDeletebest kot cerita ni
Best sangat. Akak nak request yg full version boleh? ^^ Well said, Hanna mmg talented in writing. Totally! Haha. Harap terus berjaya dlm bidang penulisan, hidup, dan akhirat hanna. Ameen..~♥
ReplyDelete-kak fa
assalamualaikum hanna..
ReplyDeletememang terbaik punya story.. tp seingat akak cerita ni ada full version kan?dkat p2u? betoi tak? *kalau salah sila betoikan*
all the best for SPM next year.... and jngn sia2kan bakat yg ada. sebb certain orng je yg ada bakat tu.. and be thankful for it
btw... high 5 sekali sebab kita senegeri.. hehehe
Assalammualaikum..salam kenal.. :) btw cerpen jatuh & 7 pmintaan ade kt p2u kn?kn?
ReplyDeletetp npe cri tk jumpe erk? ke slh teka..hehe :)
Markah penuh...terbaekkk
ReplyDeleteKo memNg terbaekkk...3bintang untuk ko..
ReplyDeleteCerpen awk semua best2 tp smuanya jln crita separuh2😂
ReplyDeletemcm mne nk bce ending dy 😭
ReplyDelete