cerpen : Virus Untuk Setia

 Meneliti setiap pelosok dunia. Ku cuba huraikan maksud cinta tapi hingga sekarang aku tak berjaya. Memandang orang yang berjalan di Oxford Sreet memang menyesakkan dada. Ku renung kembali kata-kata Safwan beberapa tahun yang lalu.

  "Untuk menjadi yang awesome, awak hanya perlu berkawan dengan mereka yang sederhana."

   Hingga kini aku tertanya-tanya ke mana hilangnya Safwan. Pergi membawa diri. Meninggalkan aku di sini. Di kota fesyen yang terkemuka di persada antarabangsa. Bosan, sepi. Itu saja yang mampu aku gambarkan tika ini. Kota London bukan lagi tempat menarik bagiku.

Aku sudah lali dengan semua ini. Sudah lali dengan Southall, Regent Park, Harrods. Termangu seorang diri di sini bukan sesuatu yang awesome seperti kata Asyraf Safwan.

Manusia zaman kini berbeza dengan yang dulu. Tiada lagi yang sukakan ketenangan di kampung, tiada lagi yang ingin merelakan diri berkubang di dalam sawah padi yang terbentang luas.

Mia...”

Terus aku menoleh. Ada yang memanggilku. Di celahan orang ramai, pasti ada.

“Mia! How are you? You look very beautiful with your hijab.” Rupa-rupanya si Maria, sahabatku yang sudah beberapa tahun tidak ku temu. Tapi, kenapa suara yang memanggilku tadi tidak sama seperti suara Maria?

“I’m fine. I’m not beautiful like you, Maria. I’m just an ordinary girl,” balasku merendah diri.

Pantas Maria ketawa. Entah apa yang dilucukan aku juga tidak pasti. Aku hanya mengukirkan sebuah senyuman tipis. Hampir-hampir saja aku dilanggar seorang pemuda Inggeris.

Malasnya aku berada di sini. Oxford Street terlalu sesak! Serta-merta Maria menarik tanganku lalu menyuruhku duduk di sebuah bangku yang meunggu masa untuk rebah ke bumi.

“It’s been a long time since our last met.”

Maria mengeluh. Ku pandang Maria. Seolah-olah ada sesuatu yang mahu dia sampaikan kepadaku. Tidak ku pedulikan orang ramai. Yang ku perlu tahu saat ini hanya kata-kata dari Maria.

“Maria! Do you have any information about Safwan?I really do not know where he is now.” ujarku sedikit memaksa. Bukan baru kali ini aku dan Maria bertemu.

“Safwan..” Hanya itu yang meluncur keluar dari bibirnya. Kini fikiranku ligat berputar. Hatiku mahu sahaja berhenti berdegup.

Masa kini kembali ke zaman lalu. Sungguh cepat semua ini berlalu. Secepat kereta api shinkansen sampai ke destinasi yang dituju.


MELATI RESTAURANT padat dengan rakyat Malaysia. Ini saja yang mampu aku gambarkan. Safwan yang tekun menjamu selera ku pandang. Memang tidak boleh lihat ku senang langsung.

“Sudahlah tu, encik Safwan! Makan jangan ikut nafsu,” tegurku.

“Cik Mia yang ku sayang, saya tak makan ikut nafsu la. Awak sendiri tahu kan betapa susahnya saya nak makan makanan Melayu di sini,” ucapnya dengan makanan penuh di dalam mulut.

“Eii! Pengotornya awak ni! Malu lah kat orang,” balasku geram.

Safwan hanya menggeleng lalu menyambung makan. Aku mengerling pemuda di sebelahku. Begitu khusyuk dia makan sehingga orang di sekelilingnya tidak dia pedulikan.

Mamat tu pun macam Safwan je. Macam dah bertahun tak jumpa makanan, desis hati kecilku.

“Why you want to stay here, Mia?” soal Safwan usai menjamu selera. Aku terkedu! Selama ini tidak pernah sekalipun dia bertanyakan soal ini.

“I want to study here.”

Dekahan ketawa ku dengar. Sinis saja ketawanya. Sungguh sakit telinga ini. Seolah-olah ayatku sebentar tadi salah di matanya.

“Mia.. mia. You are such a nerd girl.”

“Safwan, it is better to be nerdy than lazy la. At least I am prepared for the exam.”balasku.

“Nak belajar ke nak mengayat orang sebenarnya ni?”

Terus saja Safwan ketawa. Aku hanya mendengus geram. Kini Pergunungan Alps belum tentu akan meredakan amarah di hati. Belum tentu muzik yang mendayu boleh membuatkan aku kembali seperti biasa.


SUNGGUH ku rindukan tanah airku. Tempat ku dilahirkan dan dibesarkan. Bukan sini tempat yang ingin ku tuju tapi ku tak terdaya. Arwah ibu ingin melihat aku menyambung pengajian di luar negara.

Mahu tidak mahu aku harus tunaikan permintaan ibu. Belajar di sini bukan semudah yang ku sangka. Terlalu banyak cabaran yang aku hadapi. Terlalu banyak air mata yang menitis kerna rindukan Malaysia.

“Mia, awak tahu tak yang saya sayangkan awak?”

Ku mengangkat wajah melihatnya. Sebelum ini tak pernah sekalipun dia mengeluarkan ayat soal cinta.

Sayang? Cinta?

“Err.., esok awak ada kelas tak?” soalku cuba mengalih topik. Siapa suka berbicara soal cinta?

“Not this time, Mia! Hey! Listen to me. I love you, I want you be the only one in my heart, I need you in my life.”

Aku bungkam! Bersungguh-sungguh Safwan meyakinkan aku. Safwan, kalaulah kau mengetahui aku juga mencintaimu.

“Hisyy. Virus apa pulak awak cakap ni?”

“Virus untuk awak setia dengan saya.”

Virus untuk setia? Maksudnya apa? Macam virus komputer ke? Atau lebih hebat dari virus komputer?

Kota London, kota metropolitan tapi aku lebih menyukai Alor Setar, Kedah di Malaysia. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Aku lebih memilih hujan batu.

Asyraf Safwan bukanlah lelaki biasa bagiku. Ada sesuatu yang istimewa dalam dirinya. Tapi untuk menerimanya sebagai pasangan hidup ku rasa begitu mustahil.

“Saya betul-betul cintakan awak. Saya nak awak ada di samping saya. Saya nak melamar awak se…”

“Sudahlah! Saya ada kerja ni,” ujarku memotong bicaranya. Semakin lama aku semakin rimas.

Sedang aku mengorak langkah untuk pergi, Safwan menahanku. Aku mengeluh seraya menggosok tanganku. Hari semakin gelap. Aku harus pulang cepat. Sungguh sejuk ku rasakan kala ini.

“Mia, dengar cakap saya dulu!”

Aku mengundur beberapa langkah ke belakang. Tidak manis aku dan Safwan berada di jarak yang dekat. Selama di sini, aku cuba menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

“Give me a chance! I can prove that I really love you. I love you since I first saw you and I tried to deny this feeling but I cant. I beg you, Mia. I really love you,” lirihnya.

“Maafkan saya. Saya rasa awak silap orang. Bukan saya yang awak cintai tapi orang lain.”

Kalaukah kau tahu yang aku sudah bertunang apa reaksi kau, Safwan? Mencintai hak milik orang lain itu salah. Aku sebenarnya terlanjur mencintaimu tapi aku sudah berpunya.

Aku bertunang tanpa rela! Atas dasar ibuku berhutang dengan orang, Safwan. Sakit tapi apa yang mampu aku buat? Merayu? Menolak peminangan itu? Mustahil! Kita berbeza. Sejak dari dulu lagi ku katakan kita berbeza.

“Mia Kaftiya, kenapa? Tak cukup baikkah saya untuk awak? Tidakkah awak sedar selama ini saya mencintai awak?”

“Asyraf Safwan!That is enough. I don’t think we were meant to be together. It is just you can find someone better than me.Banyak lagi pasal saya yang awak tak tahu.”

“Mia… saya suka panggil nama awak. Macam manalah hidup saya nanti kalau tak panggil nama awak. Kosong! Awak tahu tak kosong macam mana? Macam ni,” ujarnya seraya membuat bentuk telur ayam.

Tanpa menghiraukankan aku, Safwan memalingkan tubuhnya melihat kanak-kanak yang sedang ketawa riang. “Setiap hari, saya tanam dalam hati saya. Saya cakap saya nak masuk meminang awak. Dekat mama pun saya dah cakap yang saya dah ada calon isteri. Saya nak ada anak dengan awak.

Saya nak letak nama yang indah seindah diri awak. Seolah-olah semua itu akan terjadi kan? Hahaha. Bodohlah saya ni. Macamlah semua itu akan terjadi.” Titik-titik jernih dapat ku lihat mengalir dari matanya yang bundar.

“Safwan, kalau awak sayang saya, boleh awak tolong saya tak?”

“Apa?” soalnya teruja.

“Mulai hari ini, mulai detik ini, kita jangan berjumpa lagi. Anggap saja ini pertemuan terakhir. Kalau ada jodoh, pasti kita jumpa lagi.”

Badannya mula mengendur apabila mendengar ayatku. Senyuman yang terukir di bibirnya tadi sudah hilang. Sayu hatiku tika ini. Bukan ini Sfawan yang aku kenal dulu. Bukan ini Safwan yang suka berikan kekuatan kepadaku.

Dalam sekelip mata, Safwan berubah. Menjadi lemah-selemahnya.


EMAIL yang masuk ku pandang sekilas lalu. Email dari Malaysia! Desis hati kecilku. Dengan lafaz Bismillah, aku membuka email tersebut. Hanya DIA yang mengetahui perasaan ini.

Mia, abang rasa setakat ini saja perhubungan kita. Maafkan abang! Cinta abang bukan lagi untuk Mia..
                                                                         -Raif-

Sedih? Entahlah! Selama ini aku dan Raif bertunang bukan kerna cinta. Bahagia? Langsung tidak! Cincin tunang yang tersarung di jari manisku ku tanggal lalu ku simpan di dalam kotak khas.

Biarlah cincin itu tersimpan di situ. Simpan bersama kenangan lalu. Sekarang aku sudah bebas. Bukan lagi tunang kepada seorang engineer bernama Raif Hakim.

Safwan juga sudah tidak seperti dulu. Nampaknya dia menghormati keputusanku. Safwan, ku doakan kau bahagia!

Angin yang bertiup kencang seolah-olah memahami perasaan diri ini. Aku sudah sendiri, bisik hati kecil ini.


“Arggh!” Aku memandang sekeliling. Rupa-rupanya seorang budak kecil terjatuh. Kenangan masa silam yang singgah di fikiran terus lenyap begitu saja. Dalam manis pasti ada pahit. Begitu juga sebaliknya.

   “Safwan!” ujarku tanpa ku sedar. Maria memandangku hairan.

“What’s wrong with you, beautiful young lady?”

“Tell me about Safwan, Maria!” lafazku dalam nada tergesa-gesa.

Keluhan ku dengar. Maria mengambil nafas lalu memegang tanganku dan merenungku tajam. Dia meletakkan sekeping surat ke atas telapak tanganku lalu pergi meninggalkanku.

“Take your time to read that letter, girl.” Bisik Maria.

Dengan cermat, aku membuka surat tersebut. Surat yang tidak bernama melainkan tertulis nama Mia Kaftiya iaitu namaku sendiri.

Dear Mia Kaftiya,

   Saya tulis dalam Bahasa Melayu je la ya. Mia, Mia, Mia! Saja suka-suka panggil nama awak. Mungkin ni kali terakhir saya panggil nama awak dalam sedar. Dalam mimpi tak tahu la macam mana lagi. Hurmm. Awak, kalau esok saya lupakan awak, awak marah tak? Mesti tak sebab tu yang awak nak.

Macam mana kalau saya still tak boleh lupakan awak? Awak marah saya tak? Ok! Lupakan hal ni. Saya tak nak ingat lagi dah. Sakit kan bila ingat balik? Mencintai seseorang yang tidak mencintai kita rupanya susah. Awak tahu tak yang awak tu sebenarnya virus? Virus yang selalu mengucar-kacirkan hidup saya.

Virus yang selalu membuatkan saya untuk saya terus setia tapi saya tak nak padam virus tu meskipun virus tu selalu menyusahkan saya. Saya nak virus tu selalu ada dalam hati saya. Terukir di tempat yang paling atas. Ingat tak pepatah love makes the weak man become strong and the strong man become weak? Lelaki tu adalah saya.

Bila ada awak, Asyraf Safwan seorang yang tabah dan bila tak ada awak, Asyraf Safwan seorang yang lemah. Tengok! Betapa penting awak dalam hidup saya tapi mulai esok, awak bukan lagi yang terpenting dalam hidup saya. Saya akan padam nama awak.

Tiada lagi Mia Kaftiya. Tiada lagi cinta Romeo dan Juliet. Ini adalah tinta terakhir saya. Puas tak lukakan hati saya? Kalau awak tak puas, buatlah saya menangis lagi. Buat nyawa saya melayang lagi. Mia Kaftiya, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerna mengajar saya erti bahagia juga derita. Untuk menjadi yang awesome, awak tak perlu berkawan dengan mereka yang awesome. – 17 November 2008

                                                                                               Yang benar,
                                                                                               Asyraf Safwan

     Sebaris senyuman terukir di bibir ini. Setitis demi setitis air mata menitik. Safwan takkan kembali lagi. Dia sudah pergi bersama peristiwa lalu. Hati ini sebenarnya masih untuk awak, Safwan. Siang, malam saya tak berhenti menyebut nama awak tapi sayang, antara kita sudah tiada apa-apa lagi.

Ku teliti kembali surat itu. 17 November 2008. Tiga tahun yang lalu! Surat ini dicoret pada tiga tahun yang lalu.

“So, macam mana?” soal Maria. Bahasa Melayunya yang agak pelik membuatkan aku geli hati. Dekat mana pulak si Maria ni belajar? Hurmm.

“This letter was written three years ago.”

“Ok! This is my mistake. I forgot to pass this letter to you. I’m really sorry.”

Aku hanya menggeleng tanda tidak kisah meskipun aku agak kesal dengan semua ini. Safwan, Safwan, Safwan. Kini, namamu yang meniti di bibirku.

“Huh! Why the big boss want to see me now? I have got to go before a big disaster happen. See you later. You can call me anytime, anywhere.” Maria menyerahkan sekeping kad kepadaku. Tertera alamat rumah dan nombor telefonnya.
  
   -You gave me all your love and all I gave you was a goodbye-

“Mia…”

Aku berpaling. Ada yang memangil namaku. Cuba mencari di celah orang ramai tapi sayangnya aku tak ketemu.

“Mia.. Mia Kaftiya.” Sekali lagi namaku disebut dan sekali lagi aku gagal mencari pemilik suara.

Surat kiriman Safwan tiba-tiba hilang! Aku kalut. Sudahlah itu tinta terakhir Safwan. Arggh! Sudah! Mati aku kalau macam ni.

Tiba-tiba, aku terasa seperti seseorang menarik bajuku. Seorang budak kecil! Apa yang dia inginkan?

“There is waiting for you at the garden,” ucap kanak-kanak itu lalu berlari pergi.

Garden? Hurmm. Pantas aku menyeret kaki ke taman yang berdekatan dengan kepala yang serabut. The letter is on the bench where the bench be a witnessed of our last met. Maksudku pertemuan terakhir aku dan Safwan.

Aku mengambil surat tersebut lalu melabuhkan punggung di atas bangku itu. Rasanya saat ini bibirku sedang tersenyum bahagia. Rasa tenang di sini. Setenang Sungai Nil yang mengalir.

Derapan kasut ku dengar. Semakin lama semakin kuat.

“Miss, you’ve took my place,” ujar suara garau itu.

Tempat orang? Err.

“Hadeh! I don’t know that I have took your place. I am really sorry. I should leave now.”

“Mia Kaftiya nak pergi mana lagi ni?” Suara garau itu bertanya. Aku terhenti!

SubhanAllah! Itu sahaja yang terlafaz dari bibikur. Dia kini berada di depanku. Bukan lagi jauh dariku. Dia kini sudah kembali. Menyemarakkan kembali virus yang sudah lemah ini. Serta-merta surah virus itu terlepas dari pegangan tanganku.

Matanya masih redup memandangku. Senyumannya lebih manis dari dahulu. Sehelai rambut yang terjuntai di dahinya dibiarkan saja. Asyraf Safwan berbeza! Kalau tidak berbeza, aku pasti mengenalinya tadi.

“Mia.. mia. Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Lampi!”

Aku masih kaku.

“Sudah! Jangan buat muka toya. Meh duduk.”

“Macam mana…”

“Macam mana saya boleh ada dekat sini? Mia! Awak tu virus. Setiap virus yang ada mesti ditemani dengan anti-virus dan saya adalah anti-virus yang terbaik di dunia. Anti-virus akan selalu menjaga awak.

Kita ditakdirkan untuk bersama. Kalaupun saya cakap dalam surat yang itu adalah tinta terakhir, semua tu mustahil. Manalah saya boleh hidup tanpa awak. Awak sebahagian dari saya dan saya sebahagian dari awak,” terang Safwan panjang lebar.

Virus? Anti-virus? Aku adalah virus yang paling bahaya dan dia adalah anti-virus yang paling bagus.

“Kalau saya cakap yang saya dah bertunang macam mana?”

Safwan menggeleng seraya menuding jari ke arahku.

“Mia Kaftiya, selama tiga tahun ni, saya tak pernah pergi jauh dari awak. Saya selalu perhatikan awak cuma awak je yang bodoh. Tak pernah perasan langsung kehadiran saya. Saya tak pernah lupakan awak. Hati saya hanya untuk awak. Ingat tak ayat awak yang dulu tu?”

Ku mengerutkan dahi. Ayat apa?

Cuba ingat ayat tiga tahun,” ujar Safwan.

“Saya nak kita berpisah tiga tahun. Saya nak tengok macam mana hidup saya tanpa awak selama tiga tahun. Boleh?”

“Ok! Boleh!”

“Lepas tu, kita jumpa dekat sini kembali.”

Ayat tu! Kerna ayat tu virus dan anti-virus berpisah! Bodohnya aku. Kenapalah aku pergi cakap macam tu dulu. Kan dah menyusahkan diri sendiri. Hurmm.

“Jadi, saya berikan virus untuk awak terus setia. Wink-wink.”

“Eiii. Asal pergi tunaikan janji tu?”

 Virus, aku adalah virus yang bahaya. Kau adalah anti-virus yang setia. Tanpamu, aku mungkin tidak bahagia Mia Kaftiya

















p/s: pheww.. mesti ada yang pening baca sebab panjang sangat.. sabo je la.. cerpen ini ditulis khas untuk kak mia kaftiya.. nak jadi watak utama? tell me.. insya-Allah.. wink2


5 comments:

  1. comellll.. hahahhaa.. ;) *see? akak senyum sampai ke telinga...*

    ReplyDelete
  2. @mia kaftiya ala.. asal tak kata hanna yg comel? hakhak

    ReplyDelete
  3. bohh... panjangnye... ngeee... kawe tak terbace doh... huhu...

    ReplyDelete
  4. hahaha.. nakaiii.. suka sgt :D

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...