cerpen : Dia Pilihan Hati

   Laptop yang terpasang sejak tadi aku biarkan. Aku mengeluh lemah. Sudah sebulan Ikhwan menghilangkan diri gara-gara merajuk. Haisyy. Mengalahkan orang perempuan. Aku pulak yang nak kena pujuk mamat tu. Huh! Macam aku tak ada kerja nak buat.

   Ok! Aku mengaku ni semua salah aku sebab pergi layan sorang mamat dekat fb, tapi takkan tu pun nak jeles. Makin teruk la tunang aku tu. Cemburu tak kena tempat. Yang dia pergi sembang dengan Arina tu, aku tak marah pun!

   Aku bingkas bangun lalu mencapai laptop. Jari-jemariku mula mengetuk papan kekunci. Dari fikir mamat jeles tu, better aku layan fb.

   “Banyak status pasal new year. Hurmm. New year aku sedih. Ikhwan merajuk!” omelku tanpa menyedari Fifi tersengih bagai kerang busuk di sisiku.

   “Kenapa ni wahai Dira? Dok membebel sampai tak sedar aku ada di sini,” tegur Fifi.

Kus semangat aku! Memang lama-lama aku heart attack.

“Kau gaduh dengan Ikhwan lagi ke semalam?”

“Bukan semalam tapi dah sebulan la..”

Pheww! Jenuh aku kalau Ikhwan merajuk. Dia tu bukan hati lembut macam span. Susah nak pujuk la. Ni dah puas aku telefon dia tapi tak juga angkat. Kalau macam ni, aku pun nak merajuk la.

Fifi mengambil tempat di sebelahku lalu memandang skrin laptop. Pantas aku mengalihkan laptop. Haisyy! Ganggu privacy aku sungguh.

“Korang bergaduh sebab apa?”

“Kami bergaduh sebab..”


IKHWAN memandangku tajam. Aku tahu ada  yang tidak kena. Bukan baru hari ni aku kenal dia. Arggh!

   “Boleh tak Dira beritahu Ikhwan pasal mamat tu?”

Aku mengerutkan dahi. Mamat mana pulak?

“Dira jangan cakap Dira tak kenal. Mamat yang panggil Dira, sayang dalam fb tu! Siapa dia?” Nadanya mula tinggi.

“Owhh! U mean Azfar?”

Ni mesti Ikhwan dah start cemburu. Haissyy! Asal dia buka fb aku tak bagi tahu? Azfar gila tu pun. Sepatutnya aku block mamat tu dari dulu.

“Tak pa. Nanti Dira block mamat tu,” ujar aku cuba meyakinkan Ikhwan.

“Tak payah! Ikhwan dah block dia! Dira ni kenapa? Asal layan orang laki dekat fb? Kan Ikhwan dah cakap, jangan sesekali layan orang lelaki.”

Tengok! Ikhwan suka kongkong aku. Aku tak layan pun la laki tu. Lain kali cek la betul-betul. Siapa layan siapa. Menyesal aku bagi password fb dekat Ikhwan. Password fb dia, bukan nak bagi aku.

Banyak masa aku buang sekarang ni. Kata ada hal penting nak jumpa, rupanya nak bertekak pasal fb.

“Dira tak layan la laki tu!”

Aku menafikan kata-katanya. Ingat Ikhwan sorang je reti marah? Hei! Aku pun ada hati dan perasaan la.

“Malas dengan Dira ni! Huh!”

Asyik-asyik ayat malas. Bila nak rajin? Aku memandang Ikhwan seketika. Ramai kata aku beruntung dapat tunang macam dia. Ok! Memang beruntung. Dia caring, penyayang, baik tapi dia bukan seorang yang sabar.

Aku pulak bukannya boleh tahan dengan orang yang tak sabar dan ada ego yang tinggi Gunung Everest.

“Dira lagi malas dengan Ikhwan,” ucapku selamba seraya memalingkan muka.

Ikhwan mengetap bibir. 

"Baguslah! Bolehlah kita berpisah!"


MATA Fifi tak berkelip tika mendengar ceritaku. Sedih sangat ke cerita aku tu? Sedih? Erkk.. tak kut. Kalaulah mak aku tahu aku dan Ikhwan bergaduh, mati aku. Boleh lagi bergaduh. Kalau putus tunang, lagi haru.

   “Baguslah kan! Dua-dua orang ego.”

   Aku menjegilkan mata. Dia kata aku ego? Apa pulak aku? Ikhwan je la yang ego. Fifi ni tak boleh pakai la.

   Tahun depan, aku dan Ikhwan akan berkahwin tapi jadi ke kami nak berkahwin? Ye la. Tengok la sekarang ni. Hal kecik pun nak gaduh. Rasanya aku bukan untuk dia.

“Aku rasa baik kami berpisah.”

Tersedak Fifi mendengar ayatku. Aku tahu ayat aku ni agak menakutkan tapi ini yang lebih baik rasanya. Berpisah! Aku bersedia mendengar semburan dari mak, hinaan dari masyarakat gara-gara putus tunang.

“Kau gila ke Dira? Mati kau dengan bapak kau.”

“Habis aku kau tak kira? Letih aku macam ni. Ingat dia sorang ke yang marah. Aku pun sama la.”

“Maknanya kau tak sayangkan dia lah?”

Aku mendongakkan wajahku. Memandang Fifi. Hurmm. Sampai bila-bila pun, aku tetap sayangkan dia tapi, ego dia buat aku sakit. Aku akui Ikhwan lelaki yang baik. Aku senang dengan dia.

 Air mataku yang menitis ku kesat. Sedih tau dengan perangai Ikhwan ni. Makin tua, makin menyakitkan hati aku.

“Kau biar betul Dira?”

Aku hanya mengangguk lemah.


KETUKAN pintu menganggu tumpuan Ikhwan untuk meyambung kerja. Rambutnya diramas perlahan. Tali leher dilonggarkan.

   “Wei Ikhwan! Aku ada benda nak cakap ni,” sergah Hadi tanpa memberi salam.

Ikhwan mengurut dadanya. Haisyy! Semua nak sakit jantung.

“Kau ni Hadi. Terkejut aku. Lain kali bagila salam. Kau ni pehal?”

Hadi mengangkat tangannya. Dia yang masih termengah-mengah pantas melabuhkan punggung di atas sofa. Ikhwan mendekati Hadi. Air mineral dicapai lalu diberikan kepada Hadi. Macam baru lepas maraton.

Peluh yang menitis bagaikan hujan dilap. Adeh! Hadi ni pergi lari berapa pusingan.

“Ikhwan, better kau pergi airport sekarang.”

Dahi Ikhwan berkerut. Pergi aiport? Memangnya ada apa dekat airport? Rasanya hari ni aku tak ada urusan untuk ke aiport, desis hati kecil Ikhwan.

Penghawa dingin yang terpasang membuatkan Hadi hampir lelap. Tiba-tiba teringat tujuan asalnya datang ke pejabat Ikhwan.

“Mati aku. Better kau pergi cepat sebelum Dira berangkat ke luar negara. Masa tu baru kau tahu langit tinggi ke rendah,” bebel Hadi tanpa henti.

“Dira? Luar negara? Apa kau cakap ni, Di?”

Tangan Hadi terus memegang bahu Ikhwan. Masa yang tinggal tak lama lagi. Dia perlu cepat.

“Dira nak pergi ke luar negara sebab sakit hati dengan kau. Kau tatau ke yang dia nak putuskan tunang?”

Bagai halilintar memelah bumi. Itu saja Ikhwan mampu gambarkan tika ini. Putus tunang? Oh tidak! Luar negara? Putus tunang? Tak mungkin Dira cakap macam tu.

Hidup Ikhwan kosong tanpa Dira. Mana mungkin Ikhwan mahu putuskan pertunangan begitu saja sedangkan hati dia hanya untuk Dira. Amarahnya sudah lama hilang. Ikhwan bukan tak nak berjumpa Dira tapi kesibukan melanda.

“Kita mesti pergi airport!”


SURAT KHABAR ku lipat. Masa untuk aku pergi sudah tiba. Air mataku menitis lagi. Cepat sangatkan air mata aku ni jatuh. Hurmm. Murah air mata aku ni. Nak pergi bukan lama pun, sekejap je.

     “Aku pergi dulu. Jaga diri baik-baik. Kirim salam dekat Ikhwan tau. Cincin ni kau pulangkan kepada dia. Bila aku kembali ke sini, aku tiada apa-apa hubungan lagi dengan dia,” ucapku  seraya menyerahkan cincin pertunanganku.

     Bila aku kembali ke sini, secara automatiknya aku bukan lagi tunang kepada Muhammad Ikhwan. Mungkin ini yang terbaik untuk kami.

   Fifi mengangguk lalu tersenyum. Aku tahu dia menghormati keputusanku.

“Pergilah menemui kebahagiaan yang sebenar. Aku doakan kau bahagia,” bisik Fifi di telingaku.

 Aku pantas mengambil beg sandang lalu mengorak langkah untuk pergi. Selamat tinggal Malaysia!

“Ainul Ardira!!!’ jerit seseorang.

Langkahku terhenti. Siapa yang suka-suki panggil nama aku tu?
“Sarungkan cincin ni dekat jari dia,” ujar Fifi. Ikhwan mengangguk. Hadi yang tercungap-cungap hanya tersengih.

Ikhwan memintasku lalu merampas tiket penerbanganku. Aku hairan. Mamat ni nak apa lagi? Tak cukup lagi ke sakitkan hati aku?

 Aku cuba merampas kembali tiket penerbangan tapi tak berjaya. Ye la. Aku ni kenek, dia? Wohoo! Tinggi.

“Kenapa encik ambil tiket penerbangan saya ni?”

Pengumuman untuk kali terakhir telah dibuat. Matilah aku kalau dia tak bagi tiket penerbangan tu. Kalau nak gaduh pun, tunggulah nanti. Aku kerja masa lah!

“Dira, maafkan Ikhwan. Janganlah pergi tinggalkan Ikhwan. Ikhwan tak boleh hidup tanpa Dira,” rayu Ikhwan.

“Maafkan saya. Saya dah tak ada apa-apa hubungan lagi dengan encik. Sekarang kembalikan tiket saya.”

Bukan tiket yang aku terima tapi gelengan. Haisyy. Susah betul mamat ni nak faham. Harap je belajar tinggi.

Aku terkesima tika Ikhwan melutut di hadapanku. Adeh! Drama apa pulak  dia nak buat ni? Malu la.

“Apa yang encik buat ni? Bangunlah!” bentakku. Aku dah tak pedulikan orang di sekeliling.

Fifi ku pandang. Mesti dia yang beritahu Ikhwan pemergian aku. Fifi hanya menggeleng. Arggh! Mesti si Hadi.

“Ikwan takkan bangun selagi Dira tak maafkan Ikhwan atas kesilapan tu.”

“Ok! Saya maafkan. Now bagi balik tiket saya,” pintaku seraya menghulurkan tangan kananku.

Tangannya diselukkan ke dalam dompet lalu dia meletakkan sesuatu di telapak tanganku. Yang pasti bukan tiket tu la!

Srapp! Tiket penerbanganku dikoyak. Dia hanya tersenyum sinis. Mataku dibulatkan. Cincin tunang sekarang di telapak tanganku. Arggh! Fifi yang bagi dekat dia.

“Pakailah cincin tu. Jangan pandai nak buang apalagi nak putuskan pertunangan. Ikhwan kalau boleh nak sarungkan tapi belum halal.”

Dengan amarah yang masih ada, aku menyarungkan kembali cincin tunang. Ngee..

“Yakinlah Ikhwan pemilik hati Dira. Bukan Azfar tak guna tu.”

Adeh! Hal Azfar pun dia nak ungkit. Aku kenal Azfar dalam fb je la. Bukannya dekat alam nyata. Cemburu terlebih. Aku? Hurmm. Aku masih sayangkan Ikhwan. Tipulah kalau aku benci dia.

“Ye la. Pemilik hati Dira..”




























   

14 comments:

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...