cerpen : Khair Saraya 4 (Now, Future) - Final

KHAIR SARAYA (NOW, FUTURE) - FINAL

- Hikayat Khair dan Saraya –

  Dia bertandang lagi ke restoranku namun kutahu bukan untuk memesan nasi goreng ayam, hot chocolate dan aiskrim coklat lagi. Lelaki itu punya tujuan yang lain setelah aku memberitahu segala-galanya semalam. Mungkin… dia tidak percaya akan kata-kataku. Mungkin… dia beranggapan aku ini seorang penipu.

  Kedua-dua tangannya diletakkan di atas kaunter. Pandangannya diluruskan memandang diriku. Semua pekerjaku memandangku dan aku hanya tersenyum.  Dirinya langsung tidak aku pedulikan. Sibuk saja aku menyusun kotak tisu di atas kaunter. Kemudian menyusun bekas sudu dan garpu pula. Bola matanya berlari melihat tingkah lakuku. Riak wajahku tenang. Tiada gusar, tiada sakit di hati ini walau apa pun yang bakal terjadi.

  Jemarinya mengetuk papan pemuka kaunter dan wajahku diangkat sedikit. Cukup untuk melihat matanya.

  “Siapa awak? Awak tipu saya kan? Awak tak kenal saya pun selama ni kan?” Laju saja lelaki itu menuturkan kata.

  Aku tetap meneruskan kerjaku dan kesabaran lelaki itu kian hilang. Tangannya dipanjangkan dan bahuku dicengkam kuat. Aku menyeringai kesakitan. Pandangannya tajam menembusi kornea mataku. Cuba untuk menepis namun aku kaku. Membiarkan kesakitan itu berlarutan.Aku tidak peduli akan dirinya. Biarlah. Tiada apa yang akan membuatkan aku goyah lagi. Tiada apa yang akan membuatkan aku menangis lagi.

  “Siapa awak, Khairul Saraya? Mustahil awak orang yang saya cinta sedangkan saya bertunang dengan Juliana. Sepatutnya dia yang saya cinta!” jeritnya lantang.

  Aku membisu. Tubuhku digoncang berkali-kali. Dia semakin mendesakku. Menganggap aku ini penipu walhal itulah hakikatnya.

  “Siapa Juliana Hanisah?” tanyaku perlahan.

  “Tunang saya,” jawabnya tenang.

  “Siapa beritahu awak yang dia tu tunang awak?” Tiada lagi perkataan abang.

  “Dia.”

  Senyum. Sinis. Sengaja ingin membakar hatinya.

  “Jadi kenapa bila saya beritahu awak yang awak cintakan saya, kenapa awak tak percaya?”

  Lelaki itu terjeda. Pandangannya dilarikan. Cengkaman pada bahuku terlerai dan dia menghela nafas lemah. Menyandarkan tubuh pada kaunter. Jemarinya menyentuh dahi. Suasana kembali seperti biasa. Dia keliru. Dia buntu. Kemunculan diriku dan kata-kataku hanya meresahkan hatinya.

  Kakiku melangkah keluar dari kawasan kaunter dan berdiri di sisinya. Khair merenungku.

  “Saya tak percaya cakap awak sebab awak tak ada di sisi saya semasa saya kemalangan. Awak langsung tak jenguk saya di hospital. Kalau betul awak kenal saya, kalau betul saya cintakan awak dan awak juga cintakan saya, awak akan berada di sisi saya sampai saya sedar tapi… hanya ada Juliana di sisi saya.

  Dan dia tak pernah ceritakan apa-apa pasal awak,” terangnya tanpa kupinta.

  “Sebab dia hanya penipu!” Satu suara menerjah gegendang telingaku.

  Kak Juliana berjalan mendekatiku dan Khair. Rahang bawahku jatuh. Memandang Kak Juliana dengan penuh tanda tanya. Tidak mengerti apa yang diperkatakannya. Sebab dia penipu? Tidak! Aku bukannya penipu. Aku tidak pernah menipu sesiapa termasuk diriku sendiri.

  Khair memandangku sebelum memandang Kak Juliana. Kak Juliana menggariskan senyuman sinis. Jarinya menunjal dahiku berkali-kali.

  “Khair, jangan percayakan cakap dia. Dia ni penipu besar. Dulu, dia goda awak dan berjaya pujuk awak untuk batalkan pertunangan kita.”

  Mataku membuntang. Laju saja aku menggeleng. Bila pulak aku jadi jahat macam Bawang Merah? Aku rasa aku ni dah cukup baik macam Bawang Putih. Dan tak mungkin aku menggoda Ed Khair serta memujuknya memutuskan pertunangan dengan Kak Juliana. Tak ada masa okey!

  Jemari dia aku tepis lembut. “Apa yang akak cakap ni?”

  “Tak payah nak buat baik dengan akulah, betina!”

  Pang! Aku terpana. Rahang semakin jatuh.

  Wajah Khair merah. Tangannya yang singgah di pipi Kak Juliana jatuh. Mataku tidak berkelip memandang dirinya. Tidak kusangka tangan itu singgah jua di pipi tunangnya. Mata Kak Juliana pula sudah merah. Mulutku terkunci. Kelu juga buntu. Kenapa Khair menampar Kak Juliana? Adakah kerana Kak Juliana tersalah bicara?

  Air mata Kak Juliana gugur. Pipinya sudah merah.

  “Jangan panggil dia, betina.”

   “Awak ni kenapa? Memang tu gelaran yang sesuai untuk dia selepas dia berjaya buat awak nak putuskan pertunangan kita dan batalkan perkahwinan kita.” Kak Juliana membentak dalam sendu.

  “Dia bukan betina! Aku tak suka kau panggil dia, betina.” Suaranya semakin mendatar.

  “Kenapa?”

  Khair menggeleng. “Entah. Tak tahu tapi jangan panggil dia, betina. Saya sakit. Hati saya sakit. Jangan sakiti dia, Juliana. Tolong pergi dari sini. Saya tak nak tengok muka awak.”

  Kak Juliana merengus kasar. Menolak tubuhku dan berlalu pergi. Aku hanya memerhati pemergiannya dengan ekor mata. Kufikir dia wanita yang baik rupanya aku silap. Dia langsung tidak menyukaiku. Kak Juliana membenciku.

    Pelanggan yang bertandang memandangku. Langsung tidak menyentuh makanan atau minuman yang dipesan. Khair kemudiannya memandangku. Keningnya bertaut rapat.

  “Siapa awak? Kenapa hati saya sakit bila Juliana hina awak? Khairul Saraya, kenapa tiba-tiba saya rasa kita pernah bertemu di masa lalu? Kenapa saya rasa saya mula cintakan awak?”

*****

  Juliana Hanisah meletakkan stetoskop di atas mejanya. Rambutnya diikat tinggi dan kaca mata miliknya ditanggalkan. Kini, aku bertemu dengan dirinya. Ingin menyelesaikan semuanya. Tidak mahu lagi ada salah faham. Wanita itu melabuhkan punggung di sisiku. Jemarinya diletakkan di atas tanganku. Dia memandangku. Tenang.

  “Maafkan akak. Akak dah melampau hari tu.”

  “Tak apa.” Aku menggeleng.

  Kak Juliana menarik nafas. “Akak cemburu dengan Sar sebenarnya.  Dulu, akak bersyukur bila akak tahu yang Khair amnesia sebab dia takkan ingat Sar. Dia akan lupa siapa Sar. Akak terlalu ikutkan perasaan.

  Selama ni, akak berpura-pura sukakan Sar walhal akak bencikan Sar. Bagi akak, Sar dah rampas Khair dari akak tapi lepas dia tampar akak hari tu, akak tahu akak silap. Apa yang terjadi bukan salah Sar. Sar tak pernah rampas Khair. Dia memang tak cintakan akak. Dia jodoh Sar. Bukannya akak.”

  “Akak…”

  Tubuhku ditarik ke dalam pelukannya. Air matanya jatuh menimpa bahuku.

  “Janji dengan akak. Bahagiakan dia ya?”

  “Sar janji, kak.”

*****

  “Nasi goreng ayam, dua. Hot chocolate, dua. Aiskrim coklat dua.”

  Keningku terjongket naik.

  “Kenapa dua?”

  “Saya dengan awaklah,” balasnya selamba.

  Aku tersedak. Latifah yang berdiri tidak jauh dariku tersengih.

  “Juliana beritahu saya yang awak suka nasi goreng ayam, hot chocolate dengan aiskrim. Sama macam saya.”

  Bibirku dicebik.

  Setiap hari datang sini. Order makanan dan minuman yang sama. Tak bosan ke? Aku pun bosan kalau order benda yang sama setiap hari. Namun tidak dia. Tetap setia. Tidak berpaling tadah meskipun untuk sesaat.

  “Tapi dulu, awak tak suka semua tu.”

  Lelaki itu menyentuh hujung dagunya. Memandangku dan tersenyum manis.

  “Tapi sekarang saya dah suka.”

   Speechless…

  “Ed Khair. Khairul Saraya. Khair Saraya,” ujarnya tiba-tiba.

  “Huh?”

  “Saya suka awak walau saya tak ingat siapa awak di masa lalu saya. Kita kahwin nak?”

  Aku tersedak.

  “Kalau kita kahwin nanti, awak bolehlah masakkan nasi goreng ayam, buatkan hot chocolate dan aiskrim coklat dekat saya setiap hari. Jom kahwin?”

  Bahuku dijongketkan.

  “Sara sayang… jom kahwin.”

  Sara sayang… Kenangan lalu yang agak indah rasanya.

  “Awak dah ingat semuanya?”

  “Tak. Tapi Juliana beritahu saya yang saya selalu panggil awak, Sara sayang.”

  Erk!

  “Sara sayang, jom kita kahwin.”

  “Tak nak!”

  “Kenapa?”

  “Awak tak ingat siapa saya.”

  “Lorh. Semua tu tak penting sebab saya tetap cintakan awak. Kita kahwin ya?”

  Oh, bahagianya hati ini.

  “Kalau kita kahwin, awak kena panggil saya, Sara sayang tau? Tak nak awak-awak lagi,” tuturku manja.

  “Sip. Hal mudah je tu. Awak kena panggil saya, Abang Khair.”

  “Tahu. Oh ya, lagi satu. Saya nak baju yang tulis Khair Saraya.”

  Dahinya berkerut.

  “Kenapa nak baju tulis Khair Saraya pulak?”

  “Nak buat kenangan. Boleh tak?”

  “Boleh, Sara sayang. Nak baju tulis Khair Saraya sejuta pun tak apa asalkan kita kahwin.”

  Aku tersenyum penuh makna. Memang benar. Bahagia itu milik semua kerna aku juga sedang bahagia tika ini. Akhirnya, semuanya selesai. Ed Khair tetap tidak mampu mengingati siapa diriku namun dia mencintaiku. Itu sudah memadai bagiku asalkan kami tetap bersama.

  Hikayat Khair Saraya masih belum berakhir. Kisahnya bukan setakat ini saja. Masih perlu menempuh pelbagai halangan namun aku harap jodoh kami  berkekalan hingga ke syurga. Amin.

  “Sara sayang… abang cintakan Sara sayang.”

  “Sar juga,” gumamku perlahan namun dia tetap dengar.

  Lelaki itu memandangku. Renungan yang bukan lagi renungan kosong namun renungan yang penuh dengan kasih sayang. Yang berubah hanya dia. Bukan hatinya…

  Dan bahagia itu milik semua. Termasuk kita berdua yakni Khair dan Saraya.

  Ed Khair. Khairul Saraya. Khair Saraya : Bahagia milik kita.

THE END... and the end is the beginning of their stories


Huarrgggh! Gomen, gomen. Ending yang cincai gila. Sungguh hanna tak reti buat cerita yang ada watak jahat. Kalau jahat pun, jahat mulut. Tu pun sikit ja. Harap anda yang baca mampu memaafkan kekurangan daku yang teruk ini. heee...

Hanna tamau buat cerita yang serabut kepala otak like the old days maka ini jadinya. so... simple. Terlampau simple. Mungkin ada yang tak suka tapi tak apa. Tak semua yang Hanna tulis itu bagus. Insya-Allah akan berpindah ke cerita baru and i'm late for Rindu Seorang Zaujah! Kalau rajin, boleh drop komen ya.

And terima kasih kepada yang setia membaca dari part 1 hingga ke part akhir ini. Love u very much lah and... may Allah bless all of you :)

p/s : gambar belon tu tak ada kaitan pun dengan cerita. Pilih pic tu sebab lawa. hahaha
 
 
 
 
  

10 comments:

  1. Wahhh. XD love it! Walaupun, Khair tak ingat Sar.. tapi dorang sangat sweet. :)) good job, hanna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik suka. pening pala pulak nak fikir kalau buat si khair ingat dia. heee.

      Delete
  2. Huhuhu that's like, jasad mmg bleh berpaling tadah, tp hati tak kn kmna. Cewaaah ! Hahahaa

    ReplyDelete
  3. sweet cter niyh . sya suka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee. terima kasih sebab suka, cik anon

      Delete
  4. Rindu Seorang Zaujah dah pernah diupdate ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah. pernah tapi hanna terpaksa rombak balik *rombak kali ke berapa entah* selepas jalan cerita tak stabil sangat and akan letak balik bila ada waktu. hee

      Delete
  5. buat la cerpen lagi . saya suka dengan cara penulisan cik hanna . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah hanna akan buat cerpen lagi di masa akan datang. Dan terima kasih sebab suka :)

      Delete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...