cerpen : Emerald (Full)

EMERALD

  Sedari tadi, mataku melingas kiri dan kanan mencari kelas 3 Extrovert. Langkah tetap maju ke hadapan meskipun mata ke kiri dan kanan. Bagpack yang sepatutnya digalas hanya dijinjing dan dihayunkan sesuka hati.

  Bukk! Langkahku mati. Mataku ditala ke lantai. Beberapa buku sudah bersepah di atas lantai. Mataku dikecilkan. Cuba membaca tajuk buku-buku tersebut.

  A Brief of History of Time, From the Big Bang to Black Holes by Stephen Hawkings. The Alchemy of the Heavens, Searching for Meaning in the Milky Way by Ken Croswell. Starlight Nights, The Adventures of a Star-Gazer by Leslie C. Peltier. Black Holes & Time Warps, Einstein’s Outrageous Legacy by Kip S. Thorne.

  Rahang bawahku jatuh. Ni… semua buku astronomi.

  Sudah! Mesti aku dah langgar cikgu.

  Terus aku menunduk dan mencapai buku-buku astronomi tersebut. Dan sesaat kemudian…

  “Cik…” Wajah diangkat dan bicara terhenti.

  Wajah seorang pelajar lelaki terbiar di kornea mata. Memakai cermin mata berbingkai tebal era 80-an dan kemeja sekolah yang dibutang hingga ke atas. Mata jatuh pula ke seluar dan kasutnya. Bersih! Tiada kedutan mahupun sedikit. Mulutku sudah terbuka sedikit. Tangan masih lagi memegang buku-buku miliknya.

  “Bukan cikgu?” soalku. Terkujat.

  “Do I look like a teacher?” Sarkastik.

  Kepalaku digelengkan beberapa kali.

  “Tak. Nampak macam budak skema adalah,” gumamku perlahan.

  Lelaki itu merengus kasar lalu mencapai buku-buku miliknya. Berlalu pergi meninggalkan aku dengan mata berkelip-kelip.

  “Err… budak baru?”

  Aku berpaling. Seorang gadis tinggi lampai berdiri betul-betul di belakangku. Bibirku mengoyak senyuman manis dan mengangguk.

  “Lemme help you,” tuturnya sebelum membantuku berdiri tegak.

  “Xie xie.”

  “No biggie. Name?”

  “Baiduri. Baid for short.”

  Tawanya pecah. “Hahaha. Me, Marjan. Mars for short.”

  “Uuu… Mars.”

  Dan sejak itu, di mana ada Baid, di situ ada Mars.

*****

  Tanganku sudah dimasukkan ke dalam seluar trek. Dari jauh, aku memandang sekumpulan pelajar sedang bermain basketball. Hanya kakiku yang melangkah. Mata masih melekat pada mereka. Bahang kepanasan masih terasa. Pesta Sukan baru saja bermula. Pelbagai acara dipertandingkan dan aku? Masuk acara menonton aje.

  “Wei Baid, tengok apa?”

  “Tu… aku tengok hamba-hamba Allah main basket,” ujarku sambil bibirku dijuihkan.

  Bahuku ditampar. “Buruk sungguh muka kau buat macam tu. Oh. Hamba-hamba Allah tu player sekolah.”

  Mataku membuntang. Dan aku terus memandang Mars. Jemariku singgah di bahunya. Gadis itu membuat muka toya.

  “Hamba-hamba Allah tu player? Dah berapa banyak gadis dah terkena?”

  Mars menepuk dahi.

  “Nur Baiduri, maksud player di sini bukannya playboy tapi pemain. Pemain basketball sekolah.”

  “Ooo…”

  Asal aku ni ngek sangat?

  Kami berjalan lagi. Merentasi padang sekolah yang luasnya tak dapat disangkal. Habis peluh pecah di dahi. Jeritan demi jeritan menerobos gegendang telingaku. Bingit! Pembesar suara besar gedabak diletakkan di setiap penjuru padang. Suara pengacara majlis naik beroktaf-oktaf dek terlalu teruja.

  Kepala diangkat. Menengadah langit biru yang tidak berawan. Kemudian, kembali meluruskan pandangan. Mars di sebelah asyik bernyanyi. Medley song yang aku dengar tika ini.

  Pandanganku lurus ke hadapan sehingga sepasang mata ini tertancap pada wajah seorang lelaki yang sedang menunduk. “Siapa dia tu, Mars ?”

  Sekali lagi kami berhenti berjalan.

  “Who?” tanya dia kalut.

  Jariku dituding ke arah lelaki itu.

  “Oh… dia.”

  Mars memandangku dan tersenyum.

  “Fiver. Not so friendly. Brilliant boy. Otak cap apa aku pun tatau. And…”

  “And?”

  “And kau boleh cuba kawan dengan dia. Kau kan mesra alam.”

  Tanganku melayang di bahunya.

  “Tak nak aku. Budak tu baca buku astronomi. Aku baca buku Pendidikan Islam form 3 je,” balasku sambil berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.

*****

  Rak buku tinggi mencecah siling aku pandang. Tangan sudah singgah di belakang leher. Kepalaku didongak. Nafas ditarik. Mars tidak datang hari ini. Dan tiada sesiapa di dalam perpustakaan ini yang aku kenal untuk aku suruh mengambil buku rujukan Sejarah yang tidak dapat dicapai oleh insan yang sederhana tinggi sepertiku.

  Kepalaku jatuh ke sebelah kanan. Otak ligat berfikir. Macam mana aku nak ambik? Dahlah cikgu nak pakai buku rujukan Sejarah lepas rehat nanti.

  “Cik, boleh ke tepi tak? Bukannya cik sorang yang ambik buku kat rak ni.” Formal.

  Kelam. Oh… ada orang lain kat sini.

  Aku ke belakang. Lelaki itu mencapai beberapa buah buku rujukan Form 5. Aku hanya memerhati.

  Mamat Astronomi tu je.

  Saat lelaki itu ingin berlalu pergi, aku berdiri di hadapannya. Dia memandangku dari atas ke bawah. Tidak dihiraukan cermin matanya yang sudah melurut jatuh ke batang hidung. Tumpuannya pada diriku.

  “Can you help me?” Aku bertanya perlahan.

  “Tolong apa?”

  “Ambik buku rujukan Sejarah tu jap. Saya tak sampai.”

  Jariku ditala ke arah buku rujukan Sejarah tingkatan 3 yang berada di rak tingkat lima. Lelaki itu hanya mendiamkan diri sebelum mencapai buku yang aku pinta lalu diberikan kepadaku. Aku tersenyum mempamerkan barisan gigi. Dan wajah lelaki itu kosong tanpa riak.

  “Terima kasih.”

  “Hurmm…” Dia berjalan menuju ke arah meja-meja yang disediakan dan aku membuntuti langkahnya.

  Oppss! Ya. Ikut dia tapi bukan nak duduk tepi dia.

  Aku mengambil tempat selang sebuah meja darinya. Betul-betul di bawah kipas angin yang ligat berputar. Jam pada dinding perpustakaan aku pandang. Baru pukul 10.30 pagi. Masih ada 20 minit yang berbaki. Lebih baik aku berada di sini. Lagipun, aku tidak lapar. Boleh study. Hee…

  Tanpa sengaja aku memandangnya. Lelaki itu tekun menyelak buku Biology tingkatan 5. Tali leher yang dipakainya dirungkaikan. Butang paling atas kemejanya turut dibuka. Mendedahkan sedikit lehernya dan seutas rantai putih menarik perhatianku. Dia membuka rantai tersebut. Meletakkan di atas meja. Rantai putih itu berloketkan white emerald ring yang berkilau. Jemarinya bermain white emerald ring tersebut. Bibirnya mengoyak senyuman pahit.

   Sepasang mata itu berkaca. Bibirnya diketap.

  “Ma…” Itu yang aku dengar.

  “Zaid rindukan ma.”

  Air matanya tumpah. Aku menolak kerusi dan bangun. Mengatur langkah mendekati dirinya. Tisu dikeluarkan dari poket baju kurung tanpa dia sedari.

  “Nah!”

  Kepalanya diangkat. Pandanganku dan dia berlaga. Butir-butir jernih yang bertakung di mata pecah dan mengalir menodai dua lekuk pipi. Tisu yang dihulurkanku dicapainya. Aku tersenyum. Melabuhkan punggung di hadapannya.

  “White emerald ring tu yang siapa punya?” Aku sejibik macam Mak Senah si penjaga tepi kain orang.

  “My mum.”

  “Oh…”

  “Tapi dia dah tak ada.”

  Dirasakan seperti terlalu sukar untuk dia menuturkan kata.

  “Dia accident. Five years ago,” tuturnya tanpa kupinta.

  “Ah! I shouldn’t tell you bout this.”

  “No. Tak. It’s okay. Sometimes, you need a shoulder to cry on.”

  Keningnya terjongket.

  Erk! Aku dah terlanjur kata.

  “Err… nama saya, Baiduri. Call me, Baid.”

  “Zaidan.”

  Kenapa? Kenapa aku memilih untuk berada di sini saat ini? Walhal dia bukan insan yang aku kenal. Adakah kerana kisahnya? Atau kerana aku memang seperti ini? Kisahnya tidak pernah aku alami namun… pasti sedih tanpa seorang ibu di sisi.

  You don’t need a lover. You just need a mother.

 Dia bangun. Mencapai tali leher, rantai dan buku-buku rujukan yang diambilnya sebentar tadi.

  “I need to go. Semoga kita berjumpa lagi, Duri.”

  Dan dia hilang dari pandanganku. Aku tersenyum sebelum dahiku berkerut.

  Dia panggil aku apa? Duri? Huarrgggh! Aku bukan duri. Aku manusialah!

*****

  Mars cakap aku ni hebat. Sebab boleh mendekati lelaki bernama Zaidan. Dan aku anggap itu satu pujian. Kerana… Zaidan ini terlalu dingin dengan orang tambah-tambah perempuan. Dan selepas beberapa bulan aku mengenalinya, skemanya masih belum hilang. Cermin mata bingkai tebal masih dipakai. Rambut masih disikat ke tepi. Kemeja dibutang hingga ke atas. Tali leher pun jerut lagi.

  “Duri…”

  “Ya, saya.”

  “Saya tak pernah rapat dengan mana-mana perempuan sepertimana saya rapat dengan awak.”

  Ayatnya… pun skema.

  “Tahu,” balasku sambil menyelak buku The Adventures of a Star-Gazer by Leslie C. Peltier miliknya. Selak aje. Fahamnya tidak.

  “Dan saya tak pernah suka mana-mana perempuan.”

  “Tahu.”

  “Tapi…”

  “Saat ni, saya suka awak.”

  “O…key. Suka saya. What?” Mataku terbuntang.

  Rasa macam nak pengsan dah ni.

  “Suka. Like. Xi huan. Cowahe. Bahasa lain tak tahu.”

  Darah merah menyerbu wajah.

  Lelaki itu merungkaikan tali leher miliknya lalu membuka rantai yang selalu dipakainya itu. White emerald ring dikeluarkan dari rantai itu lalu diletakkan di sisiku. Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya.

  “Tolong jaga this white emerald ring.”

  “Kenapa?”

  “I need to go. My dad dapat tawaran kerja di Tokyo so, sekali dengan saya kena pindah.”

  “Kenapa saya kena jaga cincin ni?”

  “Sebab saya tak yakin yang saya boleh jaga cincin ni di sana.”

  “Lagipun… saya memang nak suruh orang yang saya suka, saya cinta jaga cincin ni.”

  Hah?

  “Jangan ingat orang skema macam saya tak jatuh cinta. Baiduri, bila saya kembali ke Malaysia, saya akan datang jumpa awak. Ambil cincin emerald ni berserta hati awak,” kata dia sambil mengenyitkan mata.

  Rahangku jatuh. Jemari menyentuh pelipis.

  “Please. Wait. For. Me.”

  “I will, Zaid. I will.”

  Dan white emerald ring itu terus tersarung di jari manisku. Pandanganku dan dia berlaga. Senyumanku merekah di bibir.

  Saya tunggu awak, Zaidan.

.....

And the day past : January, 2013

  Masa berlalu seperti biasa namun… kepantasannya terlalu dirasa. Dari berusia 15 tahun, aku sudah berusia 21 tahun. Enam tahun tidak lama rasanya. Tidak semuanya berubah. Termasuk satu perkara.

  White emerald ring aku keluarkan dari kotak pink kecil. Membelek tapi tidak disarungkan ke jari seperti enam tahun yang lalu kerana aku takut cincin itu hilang.

  “Baid, aku nak keluar jalan-jalan. Nak ikut?”

  Aku mengangguk. Mencapai cincin tersebut lalu diletakkan ke dalam kocek seluar.. Tudung putih dipakai. Bola mata berlari memandang baju lengan panjang dan trek yang tersarung di tubuh. Dompet yang aku campak di atas katil dicapai.

  “Jom.”

  Dan kami beriringan melangkah keluar dari kolej kediaman puteri blok C.

  Saat melepasi kolej kediaman putera blok A, pandanganku ditala pada basketball court. Seorang lelaki memasukkan bola melepasi jaring. Hidayah memandangku sebelum memandang lelaki itu.

  “Kau minat lelaki tu ke?”

  Tawaku pecah dan aku menggeleng sekaligus mengundang pandangan lelaki itu. Di kala pandanganku dan dia bersabung, aku menelan air liur.

  Lelaki itu mengukirkan senyuman nipis dan aku terus terdiam. Aku berdiri statik. Seolah-olah tidak mampu pergi meninggalkan dia. Bahuku ditolak lembut. Aku tersedar. Memandang Hidayah. “Kau berangan apa? Jom gerak. Nak maghrib dah ni.”

  Aku mengangguk. Mengatur langkah pergi meninggalkan lelaki itu.

  Usai menunaikan solat Isyak, aku merebahkan tubuh ke atas katil. Hidayah masih khusyuk membaca Majalah Wanita. Aku membuat muka toya. Kocek seluar trek aku seluk. Meraba menggapai cincin milik Zaidan. Dahiku berkerut. Sekali lagi aku meraba namun kosong! Tiada apa di dalam kocek seluar trekku.

  “Kau ada nampak tak cincin yang ada emerald tu?”

  Hidayah mengalihkan pandangan dari Majalah Wanita.

  “Tak. Kenapa?”

  Aku kian resah. Melompat turun dari katil lalu mencapai tudung putih yang aku pakai petang tadi. Lampu suluh turut aku capai.

  Tergopoh-gopoh aku menyarungkan tudung ke kepala.

  “Baid, kau nak pergi mana?”

  “Cari cincin tu. Aku pergi kejap je,” jawabku sebelum berlari keluar dari bilik.

  Air mataku sudah gugur. Sedari tadi aku cuba mencari cincin itu namun gagal. Aku sepatutnya tidak membawa cincin itu keluar. Lampu suluh ditala ke jalan tar. Beberapa orang mahasiswa memandangku. Kepalaku digelengkan. Tidak dapat berfikir dengan baik. Kalau cincin tu aku punya, aku tak kisah sangat. Masalahnya, cincin tu orang punya. Huarrggh! Matilah aku.

  Belakang telapak tanganku mengesat air mata. Terbongkok-bongkok mencari white emerald ring itu namun tidak jumpa juga.

  Rasanya… aku hanya berjalan ke sini.

  “Miss…”

  Aku kembali berdiri tegak. Tubuhku dipalingkan. Lelaki itu mendekatiku. Lelaki petang tadi.

  “Cari cincin ni ke?” soalnya sebelum menunjukkan sebentuk cincin.

  Riak wajahku berubah. Bibirku mengukir senyuman manis. Cincin itu diserahkan kepadaku dan senyumanku kian lebar.

  “Mana emerald dia?” soalku apabila mendapati cincin itu kosong tanpa emerald.

  Senyumanku padam. Mataku memandang mata lelaki itu dan bahunya dijongketkan. Air mataku merembes laju.

  Menangis. Di hadapan lelaki yang tidak dikenali. Sangatlah memalukan.

  “Saya cuma jumpa cincin ni je. Batu dia tak ada.”

  Aku kembali mencari emerald yang jatuh. Matilah aku. Zaidan mesti marah apabila dia pulang berjumpa denganku. Sudahlah cincin itu sangat penting baginya. Dan… cincin itu tidak bernilai tanpa emerald yang berkilau itu! Aku memang sengaja cari pasal. Memang sangat sengaja.

  “Baliklah. Esok boleh cari. Bahaya untuk gadis macam awak ada kat sini malam-malam ni. Saya tolong carikan nanti.”

  “Really?”

  Dia mengangguk.

  “Terima kasih… err. Nama?”

  “Muhammad.”

  “Terima kasih, Muhammad.”

  “You’re welcome, baby.”

  “Huh?”

  “Tak ada apa-apa. Pergilah.”

  Aku mengangguk. Berjalan laju ke arah kolej kediamanku.

  Dia. Memang baik walaupun aku tak kenal dia dan dia tak kenal aku.

*****

  Sebaik saja aku keluar dari dewan kuliah, lelaki yang aku jumpa semalam berdiri di hadapanku. Memakai pakaian formal seorang mahasiswa. Kemeja lengan panjang berwarna putih, seluar slack hitam juga necktie berjalur biru. Hidayah melirikku nakal dan aku hanya membuat tidak endah.

  “Hei…” Dia menegurku.

  Dan Baiduri hanya tersengih. Hidayah sudah maju ke hadapan. Meninggalkan aku sendiri dengan…. Muhammad?

  “Saya dah jumpa your very beautiful emerald.”

  Mataku bersinar. Kocek slacknya diseluk kemudian tangan kanannya dikeluarkan kembali. Tangan kanan itu diluruskan lalu telapak tangannya terbuka. Emerald yang berkilau itu aku capai.

  “Terima kasih.”

  “Sama-sama. So, jom kita makan?”

  “Huh?”

  “Kita pergi makan kat kafe. You foot the bill, okey?”

  Pening.

  “As a reward, I guess.”

  Angguk. Pokai jugak aku bulan ni. Haish! Tak payah berkira, Baiduri. Dia dah tolong kau tu. Ikhlas.

  Hujung mataku hanya memerhati dirinya yang sedang menjamah bihun sup. Kemudian, pandanganku berlari memandang segelas milo ais. Dan mataku jatuh pada botol air mineral di hadapanku. Air liur ditelan pedih. Dia masih sibuk dengan makanannya. Jemariku menyentuh perut.

  Perut berbunyi. Lidah digigit. Muhammad mengangkat wajah dari mangkuk bihun sup. Memandangku.

  “Kenapa tak makan?”

  “Tak lapar.”

  Tawa meletus. Dia menggeleng. “Sepanjang saya hidup, ada satu teori yang tak dapat diubah iaitu perut berbunyi bila kita lapar.”

  Erk.

  Wajahku merah padam. Botol air mineral terus dicapai lalu disuakan ke bibir. Saat air mineral itu menuruni rengkuk, aku rasa loya. Huarrggh! Bukannya dahaga. Aku hanya lapar dan perut ini sudah meminta makanan untuk diisi tapi kalau makan, duit aku tinggal sikit. Tak sanggup nak call ayah minta duit. Nak pergi keluarkan duit dari bank, aku rasa sayang. Kedekut!

  “Makanlah,” tuturnya sambil menolak mangkuk bihun sup mendekatiku. Mataku membulat dan aku menggeleng.

  Sungguh aku tak gila lagi nak kongsi makanan dengan lelaki yang bukan ada hubungan dengan aku.

  “Tak apa. Balik nanti, saya masak.”

  “Okey. By the way, is the white emerald ring important to you?” soalnya. Serius. Jari-jemarinya disulam. Pandangannya diluruskan tepat sehingga berlaga dengan pandanganku dan aku menunduk sedikit.

  “Kinda but the ring is more important to… Kata-kataku terhenti.

  “Who?”

  Keningnya bertaut rapat. Aku menghela nafas.

  Sudah lama tidak membuka hikayat tentang Zaidan. Si skema yang suka mengangkut buku-buku astronomi sebagai hobi di waktu senggang. Kali terakhir aku berfikir panjang tentangnya adalah di saat kali terakhir aku dan dia bertemu. Selepas itu, wasalam. Semuanya lupus. Bagaikan seluruh ingatanku telah didelete dan terbuang ke dalam recycle bin. Bukan sebab benci. Bukan sebab marah tapi… sebab suka.

  “Mesti cincin tu milik someone yang penting dalam hidup awak,” tebaknya.

  Kepalaku senget ke sebelah kanan. Kakiku sudah menendang kaki meja. Bahuku dijongketkan dan mata dijulingkan. Dia tertawa.

  “You’re telling me yang someone tu memang orang yang penting dalam hidup awak. Obviously, young lady. The someone is a boy. Right?”

  “Maybe,” gumamku rendah.

  “Maybe? Awak ragu-ragu. Do you love him?”

   “I don’t know.” Adus. Tipu lagi.

  Habis? Takkan aku nak cakap dekat si Muhammad ni yang aku sukakan seseorang? Itu gila namanya. Kalau Muhammad ni kawan baik aku, tak apa jugak. Ni… stranger yang tetiba muncul entah dari mana. Boleh jadi dia jahat. Boleh jadi dia baik. Okey. Baiklah jugak tolong carikan emerald yang jatuh. Bolehlah buat kawan. Kawan yang tak mesra aje. Kalau mesra, bukan kawan namanya.

  Senyum. Sinis. Jemarinya mengetuk meja.

  “Tolong bona fide dengan diri sendiri.”

  “Saya nampak macam tak bona fide dengan diri sendiri ke?” Aku mengajukan soalan kepadanya.

  “Yes. You are.”

  “Fine. I love ‘the someone’.”

  Tersenyum. Penuh makna dan dia mengangguk.

  Kafe kian sepi. Ada yang bergerak ke dewan kuliah dan ada yang menuju ke kolej kediaman untuk berehat. Dan aku tercampak ke sini. Dengan seorang stranger yang penyibuk tapi for good rasanya.

  “Tell me bout him,” katanya. Jelas. Terang.

  Memang jujur sungguh.

  “Why I should tell you bout him?”

  Bahunya dijongketkan. “I don’t know. Maybe sebagai ganjaran saya jumpa cincin dan emerald tu.”

  Aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Kepala dipicit.

  “Dia. Skema. Selalu angkut buku astronomi. Tinggi. Pakai spek era 80-an rasanya. Selalu butang baju penuh. Tali leher jerut. Rambut ke tepi selalu. Dingin tambah-tambah dengan perempuan.

  Tak pernah nampak dia turun padang. Nama pun skema. Kerja berkepit dengan buku.” Dengan satu nafas saja aku menuturkan kata.

  “O…key. Dia kacak tak?”

  Huh? Kacak?

  “Honestly, I…”

  Suaraku lenyap dan aku menggeleng. Mengeluh.

  “Honestly, you don’t know?”

  Aku mengangguk.

  Kacak? Apa yang lelaki ini jangkakan dari seorang lelaki skema yang selalu berkepit dengan buku-buku astronomi? Mungkin bagi seorang perempuan biasa, Zaidan hanya lelaki yang tidak berguna. Tak ada ciri-ciri lelaki idaman sungguh. Tak pandai bergurau, serius 24 jam, cakap tak fikir perasaan orang.

  Tapi… itu yang buat aku selesa dengannya.

  “Awak cintakan dia bukan sebab rupa atau perwatakan dia bukan?”

  “Right.”

  “Tapi antara saya dan dia, mana lagi kacak?”

  Nafas dihela lagi.

  Kini, kaki disilangkan. Hujung dagu sudah menyentuh meja. Jemari bermain dengan botol air mineral yang sudah kosong. Bibir mengukirkan senyuman manis. Sesekali kedengaran desahan nafas lelaki di hadapanku ini.

  Muhammad tersenyum. “Encik Muhammad, soalan tu memang mudah. Mestilah awak lagi kacak. Dia cuma lelaki yang orang tengok pun tak nak. Mungkin kalau dia pakai kemeja macam awak, mesti butang penuh. Tali leher pun jerut teruk. Kasut mesti berkilat. Slack mesti takkan nampak kedut.

  Dan rambut takkan terpacak macam rambut awak.”

  “Dia cintakan awak tak?”

  Aku bangun. Anak matanya masih pada wajahku. “End of conversation. I need to go. See ya.”

  Dia mengangguk. Dengan senyuman tipis di bibir.

*****

  Muhammad. Seolah-olah menggantikan Zaidan di sisi. Dia selalu berada di sisi meski tanpa kupinta. Namun aku tahu, mereka berdua terlalu berbeza. Zaidan ialah Zaidan. Muhammad ialah Muhammad. Zaidan skema dan Muhammad tidak. Zaidan tak pernah main basketball dan…

  Muhammad selalu bermain basketball.

  “Baid, awak pernah harapkan Zaidan berubah?”

  “Tak. Dia tak perlu berubah. Dia tak perlu jadi kacak, buang cermin mata era 80-an dia tu. Dia tak perlu jadi seorang yang peramah.”

  “Macam mana kalau dia berubah?”

  “Don’t know.”

  “Baiduri, dah tiba masanya untuk saya beritahu semuanya. Saya penat nak main tipu-tipu ni.”

   Aku mengalihkan pandangan. Memandangnya. Dia menghela nafas panjang.

  “My name is Muhammad. Muhammad Zaidan.”

  “Huh?”

  “I’m 23 years old. Balik dari Japan dah lama tapi… saya tak berkesempatan nak jumpa awak.”

  “Tipu.”

  Dia menggeleng. Beg sandangnya dibuka lalu dicapai cermin mata era 80-an. Dipakai dan rambutnya yang terpacak dibawa ke tepi. Kemejanya yang tadi tidak dibutang penuh kini sudah terbutang penuh. Mulutku terbuka sedikit. Mataku juga sudah terbuka luas. Kepala digeleng.

  “Saya tak tipu, sayang. Sebenarnya, dari hari pertama kita jumpa, saya nak beritahu awak tapi entahlah. Dan awak ni bendul jugak. Tak cam langsung muka saya. Hahaha.”

  “Saya tak percaya yang awak ni, Zaidan.”

  “I am Zaidan and I love to read astronomi books. A Brief of History of Time, From the Big Bang to Black Holes by Stephen Hawkings. The Alchemy of the Heavens, Searching for Meaning in the Milky Way by Ken Croswell. Starlight Nights, The Adventures of a Star-Gazer by Leslie C. Peltier. Black Holes & Time Warps, Einstein’s Outrageous Legacy by Kip S. Thorne.

  Rahangku jatuh.

  “Dan awak careless. Macam mana awak boleh hilangkan cincin saya? Emerald jatuh pulak tu,” tuturnya sambil menjuihkan bibir.

  Aku menggaru kepala. Sengih aje.

  “Sorry…”

  “It’s okay.”

   Kemudian, kami sama-sama senyap. Aku menala pandangan ke langit. Dia juga.

  “Eh, awak reti main basketball? Kenapa tak pakai spek? Pakai lens eh? Kenapa baru sekarang awak jumpa saya?”

  Dan bak kata Hlovate, the rest is history.

*****

  Mataku jatuh pada white emerald ring yang tersarung di jari manis. Zaidan di sisi aku kerling.

  Kahwin di usia yang muda agak sukar bagiku namun…

  “Insya-Allah saya dah bersedia untuk galas tanggungjawab sebagai seorang suami juga ayah.”

  Dan kerana itu, aku dan Muhammad Zaidan sudah berkahwin meskipun kami masih belajar. Duit? Memang aku takkan kahwin kalau pakai duit ayah dia. Mujur lelaki ini punya wang dan mampu memberi nafkah setiap bulan kepadaku.

  “Duri sayang, do you love me?”

  “I did love you because I do love him,” jawabku selamba.

  Terus aku dipandangnya. Macam nak telan.

  “Siapa him tu?” Serius saja suaranya.

  Bibirku dibawa dekat dengan telingnya. “The old you.”

  Dan aku kembali ke posisi asal. Lelaki itu ketawa.

  “Buat saspen je. Tak ada istilah lama dan baharu. Zaidan tetap Zaidan.”

  “Tahu. Kalau macam tu, I love you.”

  “I love you too,” ucapnya sambil mencuit hidungku.

  Kepalaku disandarkan pada bahunya dan bahuku dirangkul erat. Aku dan dia berbalas pandangan. Senyum.

    I’m married – Status sampai mati, insya-Allah. (Mac, 2013)

THE END : is the beginning of their bittersweet stories


Holla! Nak tarik nafas dulu sebab cerita ni agak panjang untuk diedit. 15 m/s. Ni letak full terus. Tak ada part-part dah. A very cliche story tapi, cliche itu kehidupan bukan? Tak sweet sangat. Tak pahit sangat tapi tinggal kesan untuk manusia seperti saya, maybe. Mungkin tak seronok tapi... saya tulis jugak. Jalan ceritanya mendatar mungkin tapi ini yang saya suka. 

Ahad dah sekolah. Insya-Allah kalau ada masa, kita berjumpa lagi di lain waktu. Boleh drop komen kalau rajin. Pandangan anda mungkin lebih baik berbanding pandangan seorang hanna. May Allah bless all of you :) - hanna aleeya



  

19 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih ya sebab baca dan komen. ;)

      Delete
  2. sweet sangat :) dah agak dah si muhammad tu zaidan . cinta dari sekolah . :D . thumbs up

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. cliche gila cerita ni. kikikiki
      - apa pun, terima kasih sejuta kali sebab baca dan komen :)

      Delete
  3. Assalamua'laikum wr wb..

    Masya'Allah..thumbs up sis Hanna! It's awesome!

    You are really talented young writer..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam :)

      Thanks for reading and comment. I do appreciate it.

      no lah. I'm not a talented writer. Banyak merapu ja ni. heee

      Delete
  4. heyyyy... budak kecik.. buat lagi cerita best2 yep... i'olls doakan you jadik hlovate jr. kihkih.. aminnnnnn ...

    #keepidap budak kecikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey akak yang tua daripada hanna. kikikiki. amin tapi taklah sampai hlovate jr. Ilmu dia tu tinggi menjulang. Ilmu hanna? hahahaha.

      Delete
  5. best plus sweet !! dpt bygkn yg zaidan tu ensm dgn gaya bru dya ... hehe >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanna pun rasa dia hensem lepas dah berubah. hahaha

      Delete
  6. Replies
    1. hee. ada comel macam hanna tak? *kelip mata* kekeke. thanks ya sebab baca dan komen :)

      Delete
  7. best gileeeee!

    ReplyDelete
  8. besttt.. waa.. suke bila hanna gelak muahaha..

    ReplyDelete
  9. Unik sih... good job, miss hanna. Btw, hanna, emerald tu mahal ke? Ada harga setaraf nilai brg kemas/berlian/mutiara tak? *teringin nak beli* :D

    ReplyDelete
  10. budak skema sememangnya cute..hoho..

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...