cerpen : Sepi Dan Sendiri (Full)

CERPEN : SEPI DAN SENDIRI 


  Mata dijulingkan. Mak dan tok mak masih sibuk menyuakan hirisan buah mempelam yang masak ke mulut. Kaki kanan diangkat rendah sebelum dilipat. Jelas kedengaran tangisan si Amoi Comel yang baru berusia lima tahun, si jiran sebelah rumah. Tak dapat mainan agaknya. Selalunya macam tu lah.

  “Mak, orang tak nak ar pi rumah ayah,” rengekku manja.

  “Yayi, hang pi ja. Bukannya orang dalam rumah ayah hang tu nak makan hang. Depa tengok hang pun tak lalu kut.” Tok mak menyampuk dengan pisau tergawang-gawang di udara. Mak mengangguk tanda menyokong kata-kata tok wan.

  Aku menggeleng. Wajah ditunduk. Jemari bermain dengan rubber band yang bersepah di atas pangkin.

  SPM habis. Itu sangat bahagia. Habis melompat dek terlalu teruja. Sengih memang tak sudah-sudah tapi… wasalam. Muka terus jadi monyok saat mak memberitahu yang aku akan menghabiskan cuti-cuti indah ini di rumah ayah di Jitra, Kedah. Dah tak ada dah perkataan bahagia. Bukannya kerana aku benci akan ayah tapi rasa tidak selesa. Rasa kekok kerana sudah lama tidak bertemu dengan dia.

   Kali terakhir aku bertemu dengan ayah rasanya ketika aku berusia 13 tahun. Sekarang? Sudah 17 tahun. Sikit masa lagi, dah nak masuk 18 tahun. Ayah dan mak bercerai saat diri ini mahu mengambil UPSR kerana… entahlah. Tiada jodoh agaknya.

  Saat diri ini menjengah ke tingkatan 2, ayah mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya yang mempunyai seorang anak lelaki. Aku tidak pernah bertemu dengan mereka dan tak rasa nak bertemu pun.
  Mak tiri? Menakutkan. Abang tiri? Menyakitkan hati.

  “Yayi, hang pi ja rumah ayah hang. Tak rugi pun hang pi. Abang tiri hang pun kacak. Macam arwah tok ayah hang masa muda.”

  Erk! Tok mak ni cakap tak serupa bikin sungguh.

  “Apalah tok mak ni. Yayi tengok tok ayah masa muda tak kacak pun,” balasku sambil tertawa.

  Pap! Bahuku dilibas. Dan aku hanya tersengih.

  Sensitif sungguh tok mak ni. Mengalahkan mak pulak.

*****

  Beg pakaian yang aku jinjing terus diletakkan di atas tanah. Rahang bawahku sudah jatuh memandang banglo tiga tingkat yang tersergam indah di hadapanku. Kemudian, kepalaku dikalihkan. Memandang ayah dan dia hanya tersenyum. Aku tersenyum namun penuh dengan kerisauan.

  “Jom masuk. Mama dah tunggu.”

  Aku mengangguk. Ayah mencapai beg pakaianku dan menyuruhku berjalan dulu. Nafas dihela panjang. Di kala aku melepasi pintu pagar, seorang wanita meluru ke arahku lalu merangkul erat tubuhku. Tergamam. Tubuh terus mengeras. Kepalaku diusap lembut.

  “Dah lama mama nak jumpa Yayi. Cantik anak mama ni,” ujar wanita itu lembut di saat dia sudah meleraikan pelukan. Pipiku disentuh lembut.

  Kuagak dialah si ibu tiri. Harap-harap tak jahat macam mak tiri Cinderella.

  Think positive, Yayi. Bukan semua mak tiri tu jahat.

  “Jom masuk, sayang. Mama dah buatkan nasi ayam untuk Yayi.”

  Mataku terus bersinar-sinar. Terus aku mengangguk. Mama tersenyum. Tangannya merangkul bahuku dan kami sama-sama mengorak langkah namun hanya sekerat jalan dek seorang lelaki tiba-tiba saja berada di hadapanku. Melompat dari tembok sebelah. Aku dan mama berhenti mengejut. Tangan kanan sudah mengurut dada. Ayah yang di belakang mampir ke depan dan berdiri di sisi mama.

  Lelaki itu bangun. Tersengih dan menunjukkan peace. Dia memakai t-shirt kosong putih dan short paras lutut. Juga berkaki ayam.

  Bibir diketap. Mata jatuh pada tembok tinggi yang dicat oren. Air liur terasa payau. Menggeleng. Tidak percaya. Macam mana dia boleh lompat? Tinggi gila kut tembok tu. Pencuri akan fikir sejuta kali kalau nak mencuri.

  “Hai uncle, hai aunty and…” Kata-katanya mati.

  Aku kembali memandang lelaki itu. Dia tersenyum. Gatal!

  “Hai sweety.”

  Gulp!

  Mama menggeleng.

  “Nach datang nak jumpa Azaim ke?” soal mama. Lembut.

  Dia menggeleng namun matanya masih pada wajahku. “Tak larat dah nak jumpa dia. Nach nak makanlah, aunt. Nach lapar ni. Bibik tu masak tapi Nach bosan dah makan masakan dia tu. Daddy dengan mummy pergi mana entah. Nach masuk dulu ya. Bye uncle, bye aunt and bye sweety.”

  Gila punya budak.

  Dia meluru masuk ke dalam rumah. Meninggalkan ayah dan mama serta aku yang masih tertanya-tanya akan kehadirannya.

  Anak saudara mak tiri aku ke ni?

  “Dia tu siapa?”

  “Oh. Dia. Jiran sebelah rumah. Kawan Along. Selalu je dia makan kat rumah kita.”

  Aku mengangguk. Jiran ja. Ingatkan anak saudara. Buat rumah orang macam rumah sendiri. Memang muka tembok sungguh. Sesuailah dengan dia yang suka lompat tembok tu. Masa zaman sekolah dulu mesti suka fly ni.

  “Dia atlet lompat tinggi eh? Tembok tu bukannya rendah. Tinggi. Macam manalah dia boleh lompat,” komenku sambil menyentuh pelipis.

  Tawa ayah pecah.

  “Yayi, dia tak lompatlah. Kat tembok sebelah sana, dia letak tangga.”

  Hah?

   Aku tertipu nampaknya.

  Usai makan, aku menjauhkan pinggan dariku. Gelas air oren sudah kosong. Mama dan ayah leka berbual. Si mamat tembok tu masih sibuk melantak. Macam tak makan setahun gamaknya. Pandanganku dialihkan. Seorang lelaki yang memakai pakaian pejabat tersenyum dan mendekati meja makan. Briefcase miliknya diletakkan di atas meja telefon. Tali leher dirungkaikan.

  Dan dia melabuhkan punggung di sisiku. Merenungku.

   Siapa pulak mamat ni? Kawan si mamat tembok tu ka?

  “Hai, pretty.”

  Kan. Memang betul kawan dia.

  “Jaim, takkan dengan adik tiri kau pun kau nak mengayat.”

  “Hahaha. Aku bukan mengayat. Nak bagi salam perkenalan je.”

  Aku senyap. Kekok. Tidak rasa ingin berbicara.

  “Yayi, tu Azaim. Abang tiri Yayi. Yayi panggil dia, Along.”

  “O…key. Hai, Along.”

  “Hai, baby.”

  Dan hikayat seorang Yayi di sini pun bermula. Dikelilingi oleh ayah, mama dan dua orang lelaki yang buat muka nak minta penyepak.

untuk beberapa sebab tertentu, cerpen ini hanya sampai setakat ini. Harap maklum :)

p/s : cerita ini ditujukan kepada awni *tatau tua atau muda lagi daripada hanna* yang tinggal mesej di shoutbox pasal cerita lelaki panjat tembok tapi guna tangga ni. heee


 
 
 

    

 
 
 
 
 

66 comments:

  1. huwarghhh!! sedihnye.. uhuk uhuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tisu dak? hanna ada tisu ni. ahaks
      - btw, thanks sebab baca and komen ya :)

      Delete
  2. kau ni kan...suka sangat buat aku menangis bila baca cerpen kau.sedih laaa hanna...anyway cerpen ni best sangat sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee. bosan ar duk buat cerita happy ending. Kadang-kadang, kena alih angin sama. muahaha. terima kasih yo sebab baca. sayang ketat-ketat

      Delete
  3. Replies
    1. la tahzan. heee. terima kasih ya sebab komen dan baca. Hope u have a nice day, cik anon :)

      Delete
    2. yur wcum.. ^^ truskan berkarya ye n gud luck pmr,k? :)

      Delete
    3. insya-Allah hanna akan teruskan berkarya. yepz. note that

      Delete
  4. hee~ *lap air mata.. huhu~~ sedihh gaxx.. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tisu dak? hanna pun sedih bila tengok orang sedih T.T

      Delete
  5. memang cerita nie sedih..kenapa hari nie semua cerita dan berita sedih jer yg saya dengar yer....semua mcm komplotlah pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. atoto. Takdir tu. Semua cerita sedih, berita sedih. Hehehe. tapi hanna tak berkomplot ya

      Delete
  6. sedihhhh.... :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry for the sad ending and for making you sad. heee

      Delete
  7. cerpen yang paling best saya pernah baca walaupun bukan cerita cinta and happy ending tapi terbaik. suka part Nach panjat tembok guna tangga. Jaim tu caring rasa mcm nak pula abang mcm dia. hihihi thumbs up hanna! (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah. not a love story and didnt have happy ending too. kan. Ada yang kasi tau hanna suka part Nach panjat tembok guna tangga. Jaim sangat caring. hanna pun nak abang macam dia. huuu

      Delete
  8. Citer ni sgt2 best walaupun sedih *lap air mata*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanna lap air mata jugak tapi bukan sebab sedih. Sebab terharu nih ada yang sanggup baca dan komen. terima kasih ya sebab baca n komen. hanna sangat hargai

      Delete
  9. Citer no best sangat2 walaupun sedih*lap air mata*

    ReplyDelete
  10. Cerpen ni best, dear. Thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee... cerita ni masih ada banyak kekurangan sebenarnya. apa pun, thanks cik anon sebab baca n drop komen. <3

      Delete
  11. Cerpen ni best,tahniah penulis,okey meleleh dah air mata ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee... trimas2.
      kadang2 kita kena cuci mata dengan menangis bukan? muahahaha

      Delete
  12. waa..cdey...meleleh air mta bce...
    n sweet gler ad along mcm 2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bosan pulak buat cerita happy2. ahaks.
      kan. hanna teringin ada abang sesuwit along

      Delete
  13. best la dear. good job. i'm almost cried u know. nasib dpt tahan lg. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..... heeee. *happy*.
      kan. nasib baik dapat tahan. kalau nangis jugak, hanna tak dak tisu. ahaks :p

      Delete
  14. best . hampir nangis dah pon .

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik tak nangis. heee.
      trimas ya sebab baca. May Allah bless you :)

      Delete
  15. yayi ohh yayi... huaaawaaaaa :'(

    ReplyDelete
  16. sedih la dear.. and i love last sentences. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry untuk sad itu. heee. kan. hanna pun suka. kita tak sendiri melainkan kita sendiri yang memilih untuk sendiri

      Delete
  17. hanna jahat. hanna buat akak sedih dan crying tau! :'(

    ReplyDelete
  18. hanna jahat. hanna buat akak crying tau. LOL xD haha. what a great story dik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. am i a bad person? hahaha. lololo. kesiannya nangis. heee. trimas2

      Delete
  19. Bestt.. About Friendship Kan ? TouChinnn ^_^ ~ May God Bless Kaa Hanna.. GoOd Luck In Futuree :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee. terima kasih. yepz. friendship. may god bless you too, dear. thanks again :)

      Delete
  20. Bestt.. About Friendship Kan ? TouChinnn ^_^ ~ May God Bless Kaa Hanna.. GoOd Luck In Futuree :')

    ReplyDelete
  21. hanna memang ade bakat dlm bidang nie..teruskn menulis and good luck..moga satu hari nnti hanna akan mampu utk keluarkn novel sendiri..keep it up:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakat tu tak ada, cik anon tapi insya-Allah i'll keep writing. hee. trimas2.
      amin... :)

      Delete
  22. Hanna buat akak nangis tengah2 mlm.. huhuhu.. nasib anak ngan suami dah tido... hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. atoto. jangan nangis. hanna tak dak tisu nak bagi kat akak.
      hikhik. kan. nasib baik suami dengan anak akak dah tido.

      thanks ya sudi baca and komen :)

      Delete
  23. Replies
    1. heee. jangan nangis sudah. hanna tak dak tisu nak bagi *kidding*
      trimas2. thanks ya sebab sudi baca

      Delete
  24. Kawan sampai mati... Ummm... Sedihnya... Uhuksss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah. kawan sampai mati. heee. jangan nangis sudah

      Delete
    2. Hehehe...x nangis lg cuma rasa sedih.... Bestlh akk... Tahniah... ^_^

      Delete
    3. Hehehe....x nangis lg..cuma rasa sedih...tahniag akk...

      Delete
    4. kidding ja. ihik. thanks. eh, umur berapa ni? 14? 13? 12?

      Delete
    5. Your welcome.... 12 tahun
      .. Akk 15 tahun kan???

      Delete
  25. Huaa sedihnyer x snggup nk baca sbb sdih ssngat la

    ReplyDelete
    Replies
    1. tesyen kan ending dia? hahaha. hanna pun malas nak baca ending cita ni

      Delete
  26. Sepi n sendiri tadak sambungan kaa? Bagi yayi ending hepi sikit :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dak, cik anon. idea tak keluar. huhuhu

      Delete
  27. Apa ending dia kak hanna?? Nk smbungann..plissss *muka berharap* -N.A

    ReplyDelete
  28. Salam, hanna kenapa saya baca cerita ni tapi tak full ya.awak blh brthu tak mcm mana nak baca cerpen ni terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam. boleh tak contact hanna dkat fb? nama fb Suria November. dp hanna pic pompuan pakai purdah

      Delete
  29. Assalamualaikum kak. Camne nak dptkan citer full ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam. Boleh dak add akak dkat fb? Nama fb Suria November. Ada cover novel jadi dp

      Delete
  30. Mcm mne nk bce full akaq ??

    ReplyDelete
  31. Sambung citer ni please... X suke bile bace sekerat jln mcm ni..

    ReplyDelete
  32. Jgn laa buat cerita pendek sgt....baru rse syok baca taww2 dah habis..nak buat pendek pun beragak laa dah thrill baca cter nye..yg sblm nih pun sama jgakk

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...