cerpen : Call Me Mr. Penculik (Full)

CERPEN : CALL ME MR. PENCULIK

  “Cause I see sparks fly. Whenever you smile.” Aku bernyanyi kecil. Seorang gadis yang berdiri di sisiku memandangku. Aku sengih.

  Mataku jatuh pada wajahnya. Kemudian memandang baju dia. Dahiku berkerut. Asal baju kita sama, eh? Takdirkah ini? Dahlah sama tinggi dengan aku. Cuma tudung dia warna putih, aku warna hitam. Aku bukannya gothic. Aku cuma tak reti pakai tudung warna lain. Kalau pakai, rasa macam aku ni pokok krismas bergerak.

  Pandanganku diluruskan memandang jalan raya. Senyuman sudah terukir di bibir. Gempak wei! Cuti seorang Ee dah bermula. Inilah yang dipanggil live a life. Luggage segala bagai aku tinggalkan di rumah Alang. Angkut badan aje balik rumah. Mak dengan ayah bukannya tahu aku nak balik kampung. Terlupa beritahu yang aku bukannya nak duduk rumah Alang sampai cuti semester habis. Tak apalah. Mak dengan ayah bukannya ke mana pun. Ada aje kat rumah.

  “Nak pergi mana ni?” sapa gadis itu mesra.

  “Nak balik rumah.”

  “Oh.”

  “Nak pergi mana?” tanyaku tatkala melihat luggage besar gedabak warna purple tepi gadis itu.

  Dia senyum. “Nak pergi melancong. Okeylah. Saya pergi dulu.”

  Aku angguk.

  Gadis itu pergi. Saat kakinya sudah mencecah jalan raya, dia berpaling. Senyuman terlukis di bibirnya. “Terima kasih ya. Saya takkan lupa jasa awak.”

  Huh? Aku blur. Jasa? Memangnya aku dah buat apa?

  Belum sempat aku bertanya, gadis itu sudah hilang. Jemariku menekan dahi. Bus stop lengang.

  Sesuatu yang tajam seolah-olah menyentuh pinggangku. Dahiku berkerut. Aku pandang sisi kanan. Seorang lelaki yang memakai jeans dan tee serta sweater berdiri di sebelahku. Wajahnya tidak kelihatan dek terlindung hoodie. Nafasku tersekat. Dadaku terasa ingin pecah. Air mataku sudah bergenang.

  “Jangan jerit. Kalau kau jerit, kau mati.”

  Aku angguk. Posisi aku dan dia sekarang tidak mampu membuatkan orang melihat pisau lipat sudah menyentuh pinggangku.

  “Sa… saya tak ada duit nak bagi dekat awak. Barang kemas pun tak ada. Awak dah silap culik orang. Go and kidnap someone else.”

  “Shut up, baka!”

  Baka? Mak, dia cakap ceq bodoh!

  “I don’t need your money. Now, follow me. Aku akan lepaskan pisau ni tapi jangan cuba nak lari. Cuba kau tengok sekeliling kau. Ada banyak orang aku yang perhatikan kau,” bisiknya keras.

  Aku angkat wajah. Pandang sekelilingku dan gulp! Banyak mata yang memandang tak kira dari jauh atau dekat. Air mataku jatuh ke pipi. Aku tak minta cuti semester aku jadi macam ni. Aku cuma nak hidup macam biasa. Kalau aku tahu benda ni akan jadi, sumpah aku akan berkurung di dalam rumah Alang tapi… aku bukannya boleh jangka benda ni nak jadi ke tak.

  “Follow me.”

  Aku bangun. Tote bag aku dia rampas. Saat aku membuntuti langkahnya, beberapa orang suruhannya berjalan di belakangku. Tubuhku menggigil namun langkah kuhayun jua. Jantungku sudah berdetak laju.

  Macam mana kalau aku kena bunuh? Tapi apa salah aku?

  Langkah lelaki itu mati sekaligus mematikan langkahku dan lelaki-lelaki di belakangku. Dia berpaling dengan muka bengang. “Kau ni kenapa jalan lambat sangat?”

  “Sa… saya.” Aku kehilangan kata.

  Lelaki itu merengus kasar. Tangannya singgah di pinggang.

  “Dah. Kau jalan depan. Biar aku jalan belakang kau,” arahnya.

  Aku berjalan di depan. Lelaki itu dan orang-orang suruhannya berjalan di belakang. Cukup perlahan aku melangkah dengan air mata yang tidak henti-henti jatuh ke bumi. Jari-jemariku disulamkan sesama sendiri sebelum dibawa ke dada. Sungguh kekuatanku sudah hilang. Menyesal tak belajar seni pertahankan diri dulu. Huhuhu.

  Don’t crying over the spilt milk, Ee. Masa dah tak boleh direverse macam orang reverse kereta.

  “Saya nak jalan sampai bila?” tuturku ketakutan.

  “Jalan je sampai aku cakap berhenti.”

  Aku jalan dan terus jalan sehingga langkahku mati.

  “Keep walking,” arahnya.

  Aku senyap. Tidak mempedulikan kata-kata lelaki itu.

  “Hey moron, keep walking.”

  What? Dia panggil aku bodoh lagi? Ngee…

  Tubuhku dipalingkan. Wajahku merah menahan amarah. Mencerlang mataku memandangnya. Dadaku berombak kencang.

  Dia bawak pistol ke, senapang ke, aku dah tak peduli. Ikut suka dia je panggil aku bodoh. Macamlah dia pandai sangat. Entah-entah belajar sampai darjah 6. Lepas tu, buat jahat. Jadi penculik, pencuri dan sewaktu dengannya. Sebodoh-bodoh aku pun, aku masuk u tau!

  “Kau siapa nak panggil aku bodoh? Keep walking, keep walking. Tak nampak ke jalan mati depan tu?” Aku bengang.

  Jemarinya menolak bahuku. Pandangannya diluruskan. Dahinya berkerut.

  “Jalan mati? Macam mana boleh ada jalan mati ni?”

  “Bos, saya rasa kita silap lorong ni. Bukan bos parking kereta kat lorong satu lagi ke?”

  Huh? Penculik pun boleh silap lorong ke?

*****

  “This is Nani.”

  Aku angguk. Tangan dihulurkan untuk bersalam dengan wanita lewat 20-an.  Huluranku disambut. Bibirnya tidak lokek dengan senyuman. Punggungku dilabuhkan di atas sofa kulit. Meliar mataku memandang ruang tamu. Lelaki itu merebahkan tubuhnya di atas sofa. Hoodie dijatuhkan dan sweater ditanggalkan. Mataku membuntang memandangnya.

  Dia pakai singlet putih aje?

  “Kau akan duduk sini sampai kau kembali ke tempat asal kau.”

  Tempat asal aku?

  “Nani akan jaga kau. Aku ada tapi bukan sepanjang masa. Pagi sampai petang aku kerja,” sambungnya lagi. Matanya melekat pada kaca televisyen.

  “Penculik pun kerja ke?” Sinis saja aku menuturkan kata.

  Dan… dia baling remote control kena dahi aku.

  “Aku penculik yang ada kerjaya.”

   Ada kerjaya konon. Kalau ada kerjaya, takkanlah nak culik aku.

  Saat pertama kali datang ke sini, rahang bawahku jatuh. Tengok rumah besar sangat. Aku ingatkan nak suruh aku tinggal kat gudang lama macam kat tv, rupanya tekaanku silap. Rumah punya besar mengalahkan rumah orang yang gaji berpuluh ribu sebulan. Mamat ni mesti culik lepas tu minta tebusan sampai berjuta-juta. Tu yang boleh beli rumah ni tapi… kalau dia minta wang tebusan kat mak dengan ayah, nak korek duit kat mana? Juta rupiah adalah. Juta Malaysia tak ada lagi.

  Mataku dipakukan pada wajahnya. Dia hanya lelaki biasa. Tiada kumis namun ada bekas cukuran. Bebas juga daripada jambang. Wajahnya diangkat sedikit membuatkan pandanganku dan dia bertaut. Bola mataku dilarikan. Pipiku merah menahan malu. Jantungku berdetak laju. Tangan dibawa ke dada. Ada debar yang asing di hati ini.

  Aku tengok Nani dan Nani tengok aku. Aku sengih.

  “Kak Nani umur berapa?” soalku lembut.

  “Hehehe. Jangan panggil Kak Nani. Rasa tua. Panggil Nani. Saya dah 28 tahun tapi tak kahwin lagi. Cik nama siapa?”

  “Saya? Nama saya…” Belum sempat aku menghabiskan kata, lelaki itu menyampuk.

  “Wei perempuan, kau diam boleh tak? Aku bukannya bawak kau ke sini untuk berkenalan dengan orang gaji aku.”

  Bibirku dijuihkan dan aku senyap.

  Tangan lelaki itu jatuh ke atas meja kopi. Pandanganku ditalakan pada jarinya dan aku menelan air liur. Ada sebentuk cincin kosong pada jari manisnya. Jantungku berdegup kencang lagi namun debarnya tidak seperti tadi. Seolah-olah tidak menyenangi hal itu. Aku menghela nafas lemah. Tubuhku disandarkan pada sofa.

  Apa yang terjadi kepada aku sebenarnya? Jatuh cinta? Nay! I can’t fall in love with this guy. Kalau tak kahwin pun, mesti dah tunang. Kalau tak tunang pun, mesti dah berpunya. Tipu sangatlah kalau dia saja-saja pakai.

  Tiba-tiba saja cincin itu ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja.

  “Nani, kau pergi simpan cincin ni. Nanti mak aku bising pulak cincin suami dia hilang.”

  Ha? Cincin ayah dia rupanya. Penat aje aku fikir bukan-bukan.

  “Baik, encik,” tutur Nani sebelum mencapai cincin tersebut.

  Telefonnya berdering. Dia bangun. Mengeliat sampai ternampak... armpit. Tak senonoh punya manusia. Wajahku merah padam. Macam tak cukup oksigen dah ni!

  “Muka kau kenapa merah? Demam ke?” soalnya hairan.

  Aku geleng. “Taklah.”

  Bahunya dijongketkan. Lelaki itu mengatur langkah pergi meninggalkan aku dan mula mendaki anak tangga.

  “Dia pergi mana?”

  Nani angkat bahu. “Entahlah. Pergi tidur kut. Saya pun tak tahu, cik.”

  “Jangan panggil cik.”

  “Tak kira. Nak panggil cik jugak.”

  “Ye lah. Cik pun cik lah. Oh ya. Tuan akak tu umur berapa?”

  “Dia? Umur dah senja dah tu. Lagi tiga tahun, dah 30 tahun,” tutur Nani selamba.

  Ooo… dah 27 tahun.

  “Nama dia siapa, Nani?”

  “Hehehe. Lebih baik tanya dia sendiri. Tuan dah pesan kat saya jangan beritahu pasal hal peribadi dia.”

  Aku angguk lemah.

  Derapan kaki seseorang membuatkan wajahku diangkat sedikit. Lelaki itu. Pakaiannya sudah bertukar. Jeans sudah bertukar kepada slack hitam. Singlet putih dan sweater sudah bertukar kepada kemeja lengan panjang berserta tali leher. Rambutnya masih basah namun disisir rapi. Wajahnya kosong tanpa senyuman.

  Heh. Muka dah kacak tapi tak senyum. Sumpah buruk. Muahaha.

  “Got to go. Nani, kau jangan bagi dia keluar. Kalau tak, nahas kau. Faham?” Lantang lelaki itu bersuara.
  Nani angguk dan mataku masih melekat pada wajahnya.

  “Kau jangan memandai nak lari. Orang aku sentiasa perhatikan kau.”

  Kutahu kata-kata itu ditujukan kepadaku.

  Dia menjinjing briefcase dan mengatur langkah pergi. Dahiku berkerut. Dia kerja pejabat eh?

  “Err… encik.”

  Langkahnya mati namun dia tidak berpaling.

  “Apa?”

  “What’s your name?”

  Smirk.

  “Call me Mr. Penculik.”

*****

  Call him Mr. Penculik. Hanya itu dan umurnya saja yang kutahu. Selebihnya tersimpan dalam hatinya. Dia terlalu berahsia. Dan dalam diam, sudah beberapa hari aku di sini. Segala pergerakanku terbatas. Nani baik cuma… baiknya terbatas. Telefon disembunyikan. Haih. Memang tak dapat aku nak telefon Along, Angah atau Alang. Abang-abang aku mesti ingat aku dah balik kampung dan mak kat kampung mesti ingat aku kat rumah Alang. Maknanya, orang tak sedar pun aku ni kena culik!

  Jam pada dinding bilik aku pandang. 6 petang. Tudung hitam aku sarungkan ke kepala lalu membuka langkah meninggalkan bilik tidur. Aku menuruni anak tangga.

  “Nani…”

  “Saya ada kat luar, cik.”

  Aku menapak ke luar rumah. Nani sedang bersila di atas lantai melipat surat khabar lama yang bersepah. Aku melabuhkan punggung di sisinya.

  “Nani, biar saya tolong.”

  “Tak payah. Nanti tuan marah kalau dia nampak.”

  Tanganku digawangkan. Kepalaku digelengkan. Aku sengih.

  “Dia bukannya balik lagi pun.”

  “Ehem!”

  Tubuhku dipalingkan. Lelaki itu berdiri menjinjing briefcase. Kemejanya sudah basah dengan peluh. Desahan nafasnya semakin kuat. Dadanya pula sudah berombak kencang. Lelaki itu melabuhkan punggung di atas bangku panjang. Briefcase diletakkan di atas lantai. Jemarinya mengesat peluh yang merenik di dahi. Aku sengih panjang. Aku mengesot tubuh mendekati dirinya. Aku duduk berhadapan dengan dia.

  Dia pandang aku dengan muka sombong. Aku hanya membisukan diri. Tali leher dirungkaikan lalu dilemparkan kepadaku. Aku ambil lalu aku letakkan di atas briefcasenya.

  Ni lah hamba Allah a.k.a si penculik yang malas.

  Kasutnya ditanggalkan pulak.

  “Kenapa awak peluh semacam ni?” tanyaku hairan.

  “Kerja,” jawabnya sepatah.

  Heh. Orang yang bekerja mana ada peluh macam ni melainkan…

  “Buruh ek?” tebakku.

  Keningnya bertaut. Matanya ditala pada wajahku. Bibirnya kosong tanpa senyuman seperti selalu.

  “Kau cakap apa?”

  “Awak ni buruh ke?”

  “Muka aku ni muka buruh ke?” Dia naik angin.

  “Adalah sikit-sikit.”

  Terus tangannya memegang kepalaku dan kasutnya ditekapkan ke mukaku. Aku meronta-ronta ingin dilepaskan namun tidak berjaya. Wajahku merah dek tidak boleh bernafas. Terasa sesak di dada. Nani cuba untuk membantu tapi sekali tuan dia jeling, dia dah back off. Senyuman kian mekar di bibir Mr. Penculik.

  Selepas beberapa minit, baru aku berjaya menjarakkan kasut super duper wangi itu daripada mulutku. Tajam mataku memandang Mr. Penculik. Terus dia membesarkan matanya. Nak tunjuk tak takut lettuw.

  Lelaki itu kembali duduk di atas bangku.

  “Kalau kau cakap aku ni buruh lagi, sekali dengan stoking aku sumbat. Faham?” Lantang suaranya.

  “Faham sangat-sangat,” gumamku perlahan.

  “Kau mumbling apa sorang-sorang tu?”

  Aku sengih dan geleng. “Tak ada apa-apa.”

  Dan selepas itu… kami senyap. Sama-sama membisukan diri melayan perasaan masing-masing. Nani masih tekun melipat surat khabar yang bersepah dek perbuatan si Mr. Penculik yang akan lempar surat khabar ikut suka hati selepas habis baca.

 Aku bawa kedua-dua belah kaki ke dada. Wajahku diangkat. Menengadah langit. Hujung bibirku terlukis senyuman pahit.

  “Can I ask you something?”

  “Apa?” Angkuh saja dia berkata-kata.

  Ceh! Aku tanya kemain lembut. Dia jawab macam aku ni dah rampas bini dia pulak.

  “Kenapa awak culik saya?”

  “Cuba kau tanya diri kau apa yang kau dah buat sampai aku kena culik kau.”

  Dahiku berkerut. Aku kalihkan pandang tengok Mr. Penculik dan dia buat muka sombong.

  “Dah lama dah saya tanya diri saya but I still can’t get the answer,” jawabku telus.

  “Lambat-laun kau akan tahu kenapa aku culik kau. Kau tak payah risaulah. Aku bukannya nak culik kau lama mana pun. Sekejap aje. Aku bukannya jahat dan aku takkan buat benda-benda yang pelik dekat kau.

  Aku culik kau untuk perkara yang baik.”

  Aku jeda.

  Nafas dihela panjang. Sekali lagi mataku ditala ke kaki langit. Aku tak pernah sangka yang aku akan tercampak ke sini. Aku cuma budak engine yang baru berusia 22 tahun yang sedang bercuti tapi malangnya… cuti aku ni tak indah benar! Cuti ni aku assume cuti yang paling tidak menyeronokkan dalam sejarah hidup aku.

   Dan ayatnya yang terakhir itu agak mengangguku. Culik untuk perkara yang baik?

  Telefonnya berdering. Dia bangun. Berkira-kira untuk pergi sebelum aku menahannya.

  “What’s your name?”

  “Kau memang tak putus asa langsung,” rungut dia.

  Hehehe. Nama itu penting.

  “Just call me Mr. Penculik, sayang.” Matanya dikenyitkan usai menuturkan kata.

  Wajahku merah. Ingin saja aku melarikan pandangan namun mataku tetap memandangnya sehingga dia hilang dari pandanganku.

  Kau ni kenapa, Ee? Gila ke?

  “Ada bunga-bunga cinta kat sini,” usik Nani.

  “Ma… na ada.”

  Hehehe. Ada sebenarnya.

*****

  Nani sibuk membasuh beras. Aku mengambil pisau dan papan pemotong lalu menghiris bawang besar. Aku mula bernyanyi kecil sambil menghentakkan kaki kanan perlahan. Nani sengih dan geleng. Kepalaku jatuh ke sebelah kanan.

  “Mana tuan awak?”

  “Mandi kut sebab masa saya naik atas tadi, saya dengar bunyi shower.”

  Aku angguk. Mataku melekat pada papan pemotong. Khusyuk saja aku melakukan kerja. Ehehe. Dah lama tak masuk dapur. Asal aku nak masuk aje, si Mr. Penculik sengal tu jeling semacam. Dia cakap aku ni bukan orang gaji tapi mangsa culik. Mangsa culik mana ada sibuk nak masak dan buat kerja rumah tapi… ada aku kisah?

  “Nani…” sapa lelaki itu tiba-tiba dari belakang.

  Oucch! Aku terjerit kecil dek terpotong jari. Ini semua mamat tu punya pasal. Sergah ikut suka hati saja.

  “Kau kenapa?”

  “I cut my finger. Huuu.”

  “Kalih badan kau. Biar aku tengok jari kau tu,” arah dia.

  Tubuhku dikalihkan. Jari diangkat tinggi. Darah sudah jatuh ke lantai. Wajahnya ditundukkan sedikit untuk melihat jariku dan matanya membuntang.

  “A… aku nak naik atas kejap. Nak pergi mandi. Bye.”

  Dan dia terus lesap.

  “Nani, bukan dia baru mandi ke?” Aku tanya Nani.

  “Hehehe. Alasan je tu.”

  “Alasan?”

  “Cik tak tahu ke yang dia takut darah?”

  What? Mr. Penculik yang sengal tu takut darah?

  Usai makan, aku duduk di ruang tamu. Mr. Penculik masih belum turun-turun. Nani pula sibuk membasuh pinggan. Aku nak tolong, dia halau aku.

  Derapan kaki seseorang membuatkan aku memandang tangga. Lelaki itu sedang menuruni anak tangga terakhir. Langkahnya dihala ke ruang tamu. Dan dia melabuhkan punggung di hadapanku. Pandangan dilarikan. Aku tunduk. Menekur lantai.

  “Yang kau tengok lantai tu kenapa?”

  “Saya nak tengok kalau-kalau ada katak keluar dari bawah sofa. Nanti boleh saya lari,” tipuku.

  Aku tunduk sebab aku malu bertentang mata dengan dia wei!

  “Heh. Katak pun takut.” Gi… la mamat ni. Sarkastik meleleh.

  Sengih. “Saya takut katak je pun. Encik tu takut darah. Eleh. Darah pun nak takut. Hahaha.”

untuk beberapa sebab tertentu, cerpen ini hanya sampai setakat ini. Harap maklum :)

huuuu. bosannya cerita ni. it getting on my nerves sungguh. hahaha. cerita ini jugak mungkin cliche meleleh. and this is my imagination. hope you'll like it meski... merapu saja cerita ni. muahaha. i'm not a great penconteng wei. maaf atas segala kekurangan. ni cerita biasa2 ja hasil contengan tuannya yang biasa2 ja. maaf juga kalau ada spelling error. jangan marah ya kalau anda rasa anda dah buang masa baca cerita ni.

boleh bagi pandangan anda tentang cerita ni. mr. penculik tak wujud pun kat dunia sebenar tapi wujud dalam hati dan dunia hanna sendiri. and hanna akan sibuk kembali selepas sekolah bermula sebab... the 'real' exam dah tak lama. cerita ni ditujukan kepada diri sendiri *hahaha*, kepada mereka yang suka berangan dan mereka-mereka di fb yang selalu komen pasal cerita ni *anda tahu siapa anda*. heee.

last but not least, may Allah bless all of you. Syukur dapat kenal anda semua. Hee. Tanpa anda, hanna aleeya tu hanya nama yang terlalu kosong. Harap kita boleh jumpa lagi nanti. Bubye. See ya.

amacam? ok ka ko cerita ni? tehee
 
bagi hanna, macam ni lah mr. penculik. heeee









 
 
 
 
 

 
 
 
  

37 comments:

  1. thumbs up, dik. comel je. sengih sorang'2 k baca.
    keep up the good work and good luck, PMR! chaiyokkk!!
    -nadd.ishak-

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel macam hanna tak? hahaha
      i will, insya-Allah. heee. trimas2. yeah. chaiyok hanna

      Delete
  2. Replies
    1. alangkah indahnya kalau kisah hanna sesuwit itu. hehehe. btw, thanks ya sebab baca dan komen ;)

      Delete
  3. kemainn kachak nama si penculik tu.. tapi i like 'mr.penculik' more.. hohohoho..... ehermm ehermm.. rasa mcm mr penculik tu ade dekat realiti jeeee.. ehemm.. hahaha.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. hanna pun suka nama dia. yeah. mr penculik is better.
      huuu. dia tak dak kat realiti. kalau ada, dah la hanna pi ngorat. muahaha

      Delete
  4. Haha. cte yg santai. xbrat pale pk. dan penulisan hanna mmg sntiasa wt akak kagum.. tahniah dik. abis pmr tulis novel lak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanna tak reti buat cerita yang berat. huuu. akak ni selalu puji ai tau. malu hanna. hahaha. you're better than me meh. Akak novelis, hanna ada blog cabuk ja. hee
      trimas2. erk. novel? insya-Allah tak kut. hahaha

      Delete
  5. Dear,...tenkiu99x...atlast...call me mr.pnculik tmat dibaca...nices stry...sgt smpoi!!..n alohaa...cute jew Ee n Lut tu....huhu...hanna..hmm...nt try la buat gnre brat skit...hehe...mngade nie...ahhaks!!...pape pn...luv u la sis!!!!...whiee.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome, babeh. Tapi hanna cute lagi daripada ee dan lut tu. kekeke. insya-Allah hanna cuba buat nanti bila ada masa.
      love u too lah <3 <3

      Delete
  6. hadoiii!!pe masalah ni??bace cite ni terbayang farid kamil..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakah? kenapakah? hahaha. farid kamil pulak yang dibayangnya. tapi bila fikir balik, hanna ada jugak rasa aura farid kamil sebagai mr. penculik. hikhik

      Delete
  7. Wah! Bestnya!! >.<
    Goodluck PMR Hanna! PMR is calling *takut x?

    Hee ~ Apapun, semoga berjaya Dunia dan Akhirat .. Cerita awak best ooo! >.<

    -Mir-

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee. terima kasih sejuta kali. huuu. takut gila kentang. gantikan hanna boleh? ahaha.
      amin.. you too. semoga bahagia dunia akhirat. May Allah bless you :)

      Delete
  8. omaigaddd (3x) !
    best plusss sweet thap giler sya bca cter niyh ..
    x sngka c lut tu lawyer. takut darah lgi tuh .. hahahah XD
    good job hanna. (y) (y)

    # gud luck in pmr .. x lama lgi tuh bulan 10 .. study smart, k ? moga2 dpt 8A. In Sha Allah.

    -d0m0-

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan terkena diabetes sudah sebab sweet tahap gila. kekeke
      kan. lut tu entah hapa2. tak dak aura lawyer langsung. dahlah takut darah. tak macho langsung.
      hee. trimas2

      thank you again. yepz. lagi sebulan lebih ja. insya-Allah, i will. heee. amin.. :)

      Delete
  9. Dah lama tak layan cerpen... dan bila baca ni.. akak rasa muda kembali.... hahhaa... mmg dunia di usia Hanna.. dunia khayalan.. tp jgn tlalu berkhayal ek... kena ingat realiti..

    I like this cerpen... awesome

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. feeling muda itu bagus. wokeh. insya-Allah akan ingat realiti.

      heee. trimas2. thanks for reading this contengan dan sudi komen. <3

      Delete
  10. obat penyakit jantung23 November 2013 at 13:00

    cukup menarik...

    ReplyDelete
  11. obat penyakit jantung23 November 2013 at 13:01

    cukup menarik kisah ini kita dapat mengambil kesimpulan dari cerita ini..sukses saja

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum hanna .,.. comel citer ni... <3 eloknya buat dlm BI.... :)
    mesti awesome!

    ReplyDelete
  13. Mana sambungan cerpen ni , sob sob :( nak baca endinnnngggg

    ReplyDelete
  14. Mane sambungannye..

    ReplyDelete
  15. Habis kan laa cer ni..tak saba nak baca...I'm waiting dear...😊

    ReplyDelete
  16. Kat mana nak baca full ???? Pls bagiitahuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh contact hanna kat fb. Suria November

      Delete
  17. nak sambungannyaaaaa.

    ReplyDelete
  18. cerpen nie best sangat . takda sambungan ker ? tak sabar nak baca yang seterusnya . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih
      boleh contact hanna kat fb
      cari Suria November
      :)

      Delete
  19. Ala knp x hbskan ape jd lps to

    ReplyDelete
  20. Please sambung.

    ReplyDelete
  21. wow best cerita ni..sweet ..sempoi jee..part mr penculik takut darah..haha .. sama la kita ye mr penculik .. btw nice story hanna

    ReplyDelete
  22. rasanya cerpen ni dengan misteri dah pernah publish yg full version kan?

    ReplyDelete
  23. best!! huhuhh..tp xsmpat hbis..tp xpe, jlan citer dyr mnarik..

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...