cerpen : Khair Saraya 1 (Now)

KHAIR SARAYA

  Sorotan mataku yang memandang dirinya dibalas dengan senyuman manis. Terlalu manis. Dia meletakkan briefcase miliknya di atas riba. Tatkala aku tersedar dari lamunan, aku mengambil tuala Good Morning lalu mengelap meja yang didudukinya. Peluh yang sudah pecah di dahi langsung aku tidak pedulikan.

  “Encik nak makan apa?” tanyaku. Cukup mesra.

  Jemarinya menekan dahi. Kepalanya disengetkan memandang menu makanan yang terpampang di hadapan matanya. Jantungku berdetak laju. Masa yang selalunya berlalu dengan cepat dirasakan seperti terhenti seketika.

  Dalam diam, aku bahagia. Kerana dia masih bisa menjalani kehidupan seperti biasa. Dan takdir membawa dia ke sini meskipun dia tidak mampu mengingati siapa diriku.

  “Saya nak makan nasi goreng ayam.” Aku sudah tidak tentu arah.       
           
  “O…key. Air?”

  “Hot chocolate ada?”

  Tubuhku mengeras sebelum aku mengangguk. Aku memalingkan tubuh menuju ke arah kaunter. Sabar, Saraya. Jangan buat drama air mata di sini. Ini semua hanya takdir biasa. Kang tak pasal-pasal ada orang ingat aku gila pulak.

  “Cik?”

  Aku berpaling. Mengukirkan senyuman manis.

  “Ya?”

  “Kat sini ada orang jual aiskrim coklat tak?”

  Dan saat itu, aku terus rebah ke bumi.

*****

  Kelopak mataku terbuka. Terbias wajah Kak Juliana dan lelaki itu. Jemariku singgah di dahi. Lambat-lambat aku bangun dan menyandarkan tubuh pada kepala katil. Sesaat kemudian, mataku menjelajah seluruh ruang bercat biru muda ini. Ruang yang tidak asing sebenarnya bagiku. Dulu, selalu saja aku bertandang ke sini. Ya! Dulu.

  Wanita berusia awal 30-an itu tersenyum. Menyelukkan tangan ke dalam saku slack yang dipakainya. Ingatanku pada wanita ini masih belum lenyap. Juliana Hanisah. Seorang doktor juga seorang tunang kepada lelaki yang berada di sebelahnya. Perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan hujung tahun lepas terpaksa dibatalkan gara-gara lelaki itu kemalangan jalan raya. Takdir. Semuanya takdir.

  “Macam mana saya boleh ada kat sini?” soalku perlahan.

  “Cik pengsan tadi kat restoran. Saya terus bawa cik ke sini. Klinik tunang saya.”

  Aku angguk.

  Lagu Drive By menampar gegendang telingaku. Lelaki itu mengambil telefon bimbit miliknya di atas meja kecil yang menempatkan majalah-majalah kesihatan. Terus melangkah keluar dari bilik ini untuk menjawab panggilan.

  Kak Juliana melabuhkan punggung di hujung kakiku. Jemarinya singgah di lenganku. “Sar sihat?”

  “Sihat, kak.”

  “Baguslah,” tuturnya lembut.

  Kemudian, kami sama-sama membisu. Mataku menengadah siling putih. Aku rasa tiada apa yang boleh dibincangkan. Aku terlalu canggung. Tiada aksara yang mampu diluahkan. Adakah aku harus bertanyakan tentang keadaan lelaki itu? Atau pasal diri dia sendiri? Ah! Aku buntu. Selepas lama tidak bersua muka, ini jadinya.

  Aku tarik nafas.

 Takdir menemukan aku dan lelaki itu di restoran milikku tadi dan takdir juga menemukan aku dengan tunang lelaki itu. What a pleasant surprise!

  “Sar tak beritahu dia yang Sar kenal dia?”

  Terus aku memandang Kak Juliana dan menggeleng tiga saat.

  “Tak. Tak guna pun beritahu dia. Yang berlalu tu biarlah berlalu, kak. Buang karan je beritahu dia yang kami pernah kenal dulu,” jawabku mendatar.

  Diri ini malas berpaling ke belakang dan bahagia dengan masa lalu. Masa lalu itu tetap masa lalu. Tidak akan boleh dianjak ke depan untuk diulang kembali kebahagiaan yang pernah tercipta untuk beberapa ketika. Lelaki itu sudah menganyam bahagia bersama Kak Juliana. Aku tidak mahu menjadi perampas sekali lagi.

  “You should tell him, Saraya.”

  “Nope. Biarlah dia tahu dengan sendiri. Kalau Allah nak bagi dia ingat balik apa yang terjadi, pasti dia akan ingat balik. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang ni.”

*****

  Kaca televisyen aku pandang sebelum kembali memandang wajah Riana dan Adlina. Aku menyelitkan rambut ke cuping telinga dan meletakkan kakiku ke atas ambal. Wajarkah aku memberitahu Adlina tentang lelaki itu?

  “Lin…”

  “Asal?” ujar Adlina tanpa memandang diriku. Khusyuk memasukkan kerepek ubi pedas ke dalam mulut. Riana juga.

  “Aku jumpa dia tadi.”

  Matanya membuntang. Kerepek ubi yang sepatutnya dimasukkan ke dalam mulutnya terjatuh ke atas lantai.

  “Kat mana?”

  “Dia datang restoran aku. Dia mintak nasi ayam, hot chocolate dan aiskrim coklat,” kataku lemah. Air mataku sudah bertakung di kelopak mata.

  “Dia ingat siapa kau?”

  “Tak.”

  Riana memandang kami dengan penuh tanda tanya.

  “Wei, dia yang korang maksudkan tu siapa?”

  Aku tersenyum hambar. “Dia. Kisah lalu aku.”

  Kenapa lelaki itu harus kembali ke dalam hidupku di kala dia tidak mampu mengingati siapa diriku? Jangankan ingat nama aku, siapa aku dalam hidupnya juga dia tidak mampu ingat. Perit. Pedih. Sungguh masa lalu dan hari ini terlalu berbeza.

  “Sar, cerita la kat aku,” pinta Riana persis anak kecil.

  “Dulu…”

  Dan hikayat lalu kembali tersingkap. 
 
 
 
 
 

15 comments:

  1. Next! Next! Hahaha. *Thumbs Up*

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hohoho. terima kasih ya sebab baca. nanti hanna letak next entri

      Delete
  3. uish uish, ni yang curious ni. >.<

    ReplyDelete
  4. Update entry cepat2! X sabar dah nak baca!
    Huhuhu X)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. terima kasih sejuta kali sebab baca. ya. nanti hanna letak

      Delete
  6. Tulis cerpen tp skerat...jgn dera perasaan kami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerpen sekerat sebab tak ada idea, cik anon. huissy. tak pa-tak pa. nanti hanna letak sambungan

      Delete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...