Sorotan mataku yang
memandang dirinya dibalas dengan senyuman manis. Terlalu manis. Dia meletakkan
briefcase miliknya di atas riba. Tatkala aku tersedar dari lamunan, aku
mengambil tuala Good Morning lalu mengelap meja yang didudukinya. Peluh yang
sudah pecah di dahi langsung aku tidak pedulikan.
“Encik nak makan
apa?” tanyaku. Cukup mesra.
Jemarinya menekan
dahi. Kepalanya disengetkan memandang menu makanan yang terpampang di hadapan
matanya. Jantungku berdetak laju. Masa yang selalunya berlalu dengan cepat
dirasakan seperti terhenti seketika.
Dalam diam, aku
bahagia. Kerana dia masih bisa menjalani kehidupan seperti biasa. Dan takdir
membawa dia ke sini meskipun dia tidak mampu mengingati siapa diriku.
“Saya nak makan nasi goreng ayam.” Aku sudah tidak tentu arah.
“O…key. Air?”
“Hot chocolate ada?”
Tubuhku mengeras
sebelum aku mengangguk. Aku memalingkan tubuh menuju ke arah kaunter. Sabar,
Saraya. Jangan buat drama air mata di sini. Ini semua hanya takdir biasa. Kang
tak pasal-pasal ada orang ingat aku gila pulak.
“Cik?”
Aku berpaling.
Mengukirkan senyuman manis.
“Ya?”
“Kat sini ada orang
jual aiskrim coklat tak?”
Dan saat itu, aku
terus rebah ke bumi.
*****
Kelopak mataku
terbuka. Terbias wajah Kak Juliana dan lelaki itu. Jemariku singgah di dahi.
Lambat-lambat aku bangun dan menyandarkan tubuh pada kepala katil. Sesaat
kemudian, mataku menjelajah seluruh ruang bercat biru muda ini. Ruang yang
tidak asing sebenarnya bagiku. Dulu, selalu saja aku bertandang ke sini. Ya!
Dulu.
Wanita berusia awal
30-an itu tersenyum. Menyelukkan tangan ke dalam saku slack yang dipakainya.
Ingatanku pada wanita ini masih belum lenyap. Juliana Hanisah. Seorang doktor
juga seorang tunang kepada lelaki yang berada di sebelahnya. Perkahwinan mereka
yang sepatutnya diadakan hujung tahun lepas terpaksa dibatalkan gara-gara
lelaki itu kemalangan jalan raya. Takdir. Semuanya takdir.
“Macam mana saya
boleh ada kat sini?” soalku perlahan.
“Cik pengsan tadi
kat restoran. Saya terus bawa cik ke sini. Klinik tunang saya.”
Aku angguk.
Lagu Drive By
menampar gegendang telingaku. Lelaki itu mengambil telefon bimbit miliknya di
atas meja kecil yang menempatkan majalah-majalah kesihatan. Terus melangkah
keluar dari bilik ini untuk menjawab panggilan.
Kak Juliana
melabuhkan punggung di hujung kakiku. Jemarinya singgah di lenganku. “Sar
sihat?”
“Sihat, kak.”
“Baguslah,” tuturnya
lembut.
Kemudian, kami
sama-sama membisu. Mataku menengadah siling putih. Aku rasa tiada apa yang
boleh dibincangkan. Aku terlalu canggung. Tiada aksara yang mampu diluahkan. Adakah
aku harus bertanyakan tentang keadaan lelaki itu? Atau pasal diri dia sendiri?
Ah! Aku buntu. Selepas lama tidak bersua muka, ini jadinya.
Aku tarik nafas.
Takdir menemukan aku
dan lelaki itu di restoran milikku tadi dan takdir juga menemukan aku dengan
tunang lelaki itu. What a pleasant surprise!
“Sar tak beritahu
dia yang Sar kenal dia?”
Terus aku memandang
Kak Juliana dan menggeleng tiga saat.
“Tak. Tak guna pun
beritahu dia. Yang berlalu tu biarlah berlalu, kak. Buang karan je beritahu dia
yang kami pernah kenal dulu,” jawabku mendatar.
Diri ini malas
berpaling ke belakang dan bahagia dengan masa lalu. Masa lalu itu tetap masa
lalu. Tidak akan boleh dianjak ke depan untuk diulang kembali kebahagiaan yang
pernah tercipta untuk beberapa ketika. Lelaki itu sudah menganyam bahagia
bersama Kak Juliana. Aku tidak mahu menjadi perampas sekali lagi.
“You should tell him,
Saraya.”
“Nope. Biarlah dia
tahu dengan sendiri. Kalau Allah nak bagi dia ingat balik apa yang terjadi,
pasti dia akan ingat balik. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang ni.”
*****
Kaca televisyen aku
pandang sebelum kembali memandang wajah Riana dan Adlina. Aku menyelitkan
rambut ke cuping telinga dan meletakkan kakiku ke atas ambal. Wajarkah aku
memberitahu Adlina tentang lelaki itu?
“Lin…”
“Asal?” ujar Adlina
tanpa memandang diriku. Khusyuk memasukkan kerepek ubi pedas ke dalam mulut. Riana
juga.
“Aku jumpa dia tadi.”
Matanya membuntang.
Kerepek ubi yang sepatutnya dimasukkan ke dalam mulutnya terjatuh ke atas
lantai.
“Kat mana?”
“Dia datang restoran
aku. Dia mintak nasi ayam, hot chocolate dan aiskrim coklat,” kataku lemah. Air
mataku sudah bertakung di kelopak mata.
“Dia ingat siapa
kau?”
“Tak.”
Riana memandang kami
dengan penuh tanda tanya.
“Wei, dia yang
korang maksudkan tu siapa?”
Aku tersenyum
hambar. “Dia. Kisah lalu aku.”
Kenapa lelaki itu
harus kembali ke dalam hidupku di kala dia tidak mampu mengingati siapa diriku?
Jangankan ingat nama aku, siapa aku dalam hidupnya juga dia tidak mampu ingat.
Perit. Pedih. Sungguh masa lalu dan hari ini terlalu berbeza.
“Sar, cerita la kat
aku,” pinta Riana persis anak kecil.
“Dulu…”
Dan hikayat lalu
kembali tersingkap.
Next! Next! Hahaha. *Thumbs Up*
ReplyDeleteya ya. sabor, sabor. nanti hanna letak
Deletesmbng lagiiii
ReplyDeleteyaaaaaaaaaaa... nanti hanna sambung
Deletebest nye...nak ag....
ReplyDeletehohoho. terima kasih ya sebab baca. nanti hanna letak next entri
Deletensk sg....
ReplyDeleteuish uish, ni yang curious ni. >.<
ReplyDeleteuh. curiousity can kill da cat. muahaha
DeleteUpdate entry cepat2! X sabar dah nak baca!
ReplyDeleteHuhuhu X)
nanti hanna update cepat-cepat. hikss
DeleteBest...... Lagi?
ReplyDeleteterima kasih sejuta kali sebab baca. ya. nanti hanna letak
DeleteTulis cerpen tp skerat...jgn dera perasaan kami...
ReplyDeletecerpen sekerat sebab tak ada idea, cik anon. huissy. tak pa-tak pa. nanti hanna letak sambungan
Delete