cerpen : Khair Saraya 2ii -full (Past)

KHAIR SARAYA 2II - FULL

- Hikayat seorang Khair dan Saraya, 2011 -

  Pinggan nasi ayam goreng diletakkan di atas mejaku. Selepas itu, hot chocolate pula. Aku memandang Khair. Keningku sudah terjongket naik. Dia membuang apron yang tersangkut di pinggang lalu diletakkan di atas meja. Menarik kerusi di sisiku dan menongkat dagu memandangku. Tersenyum.

  Aku menarik mug yang berisi hot chocolate itu dekat denganku lalu diteguk memasuki rengkung. Enak!

  “Sedap kan abang buat air?”

  Bahuku dijongket.

  Kemudian, aku mencapai sudu lalu menyuakan nasi goreng ayam ke mulut. Mengunyah perlahan. Menikmati keenakan nasi goreng ayam yang dimasak oleh seorang Ed Khair. Demam kut mamat ni tetiba datang restoran aku nak masak kat aku.

  “Sara sayang, sedap tak?” soalnya lagi.

  Hujung daguku disentuh. Kepalaku jatuh ke sebelah kanan. Membiarkan soalannya berlalu sepi. Juga mahu membiarkan dia tertanya-tanya.

  Saat pandanganku dan beberapa orang pekerjaku bertaut, mereka tersenyum simpul. Okey. Senyum yang ada makna tu. Nanti mesti aku akan diusik. Entahlah. Aku dengan si Khair ni pun boleh jadi gosip.

  Mereka tahu akan perasaanku namun… Khair sebaliknya. Biarlah. Dia akan mendirikan rumah tangga Disember ini.

  “Khair Saraya, sedap tak?”

  Kini suaranya penuh ketegasan.

  Dan aku sengih tiga saat. “Sedaplah Encik Ed Khair. Nampaknya restoran ni boleh tukar owner.”

  “Well. Memang boleh tukar pun. Abang masak lagi sedap dari Sara sayang masak. Tunggu kejap abang pergi ambilkan aiskrim coklat yang abang buat.”

  Lelaki itu berjalan meninggalkan aku. Aku menghela nafas lemah. Memang aku selesa lelaki itu rapat denganku namun dalam diam, lelaki itu telah melukai hati tunangnya, Juliana Hanisah. Kedatanganku dalam hidup Khair telah membuatkan hubungan mereka kian renggang. Seolah-olah hanya menanti masa untuk berpisah dan aku tidak boleh membiarkan hal itu terjadi. Aku bukannya perampas.

  “Sara sayang, tadaa!”

  Aku mengangkat wajah. Cawan berisi aiskrim coklat diletakkan di atas meja. Dia tersenyum puas dapat menyediakan makanan dan minuman kegemaranku meskipun dia tidak menyukainya. Nasi goreng ayam? Dia tak pernah sentuh. Hot chocolate? Memang taklah dia nak minum. Aiskrim coklat? Bagi sejuta pun belum tentu dia makan.

  “Cubalah Sara sayang makan. Sedap tau!”

  Sara sayang? Ain’t that sweet?

*****

  Tanganku menghadang simbahan sang suria daripada terkena wajah. Kaki Kak Juliana menyentuh tanah dan aku duduk bersila di atas tembok. Handbag miliknya diletakkan di sisiku. Tenang saja dia memandang kaki langit dan sedari tadi dia hanya berdiam diri. Aku menguis sandal yang aku pakai. Berbicara dengan dunia sendiri eh?

  “Khair…” Hanya itu yang terluah di bibirnya.

   Tubuh itu berpaling. Mendekatiku. Sepasang mata bening itu berkaca.

  “Kenapa dengan Khair?”

  “Dia nak putuskan pertunangan dengan akak,” ujar Kak Juliana perlahan.

   Rahang bawahku jatuh.

  “Kenapa?”

  “Sar tak nampak ke yang Khair sayangkan Sar? Sepanjang akak kenal dengan dia, dia tak pernah panggil akak, sayang. Sar? Sara sayang. He needs you. Not me, Sar. Akak tak kisah asalkan dia bahagia dengan kehidupan dia.”

  Aku menggeleng. Melompat turun dari tembok. “Sar nak pergi jumpa Khair.”

*****

  Dari jauh, dapat aku lihat si Khair sedang menendang bola masuk ke tiang gol. Peluh yang merenik di dahi dikesat dan dia tersenyum puas. Langkahku mati. Aku buntu. Wajarkah aku menganggu dirinya? Kelihatan seperti dia sedang bahagia dengan dunianya. Namun aku tidak boleh membiarkan hal ini berlarutan.

  Memang nama kami hampir sama. Ed Khair : Khairul Saraya. Apabila namaku yang depan dibuang rul, akan jadi Khair. Khair Saraya tapi kami tidak ditakdirkan untuk bersama. Dia milik seorang wanita bernama Juliana Hanisah.

  Ya Allah, inikah yang terbaik untuk hambaMu ini?

  “Ed! Awek kau datang.”

  Aku tersentak. Darah merah menyerbu wajahku.

  Dan tawa Khair pecah. Dia mengangkat tangan ke arahku. Aku hanya memerhati tanpa kata. Lelaki itu menghayun langkah mendekatiku.

  “Kenapa Sara sayang nak jumpa abang?”

  Sara sayang…

  “Sar tak nampak ke yang Khair sayangkan Sar? Sepanjang akak kenal dengan dia, dia tak pernah panggil akak, sayang. Sar? Sara sayang. He needs you. Not me, Sar. Akak tak kisah asalkan dia bahagia dengan kehidupan dia.” Kata-kata itu bermain di fikiranku.

  Hujung bibirku digigit. Dia menantiku berkata-kata.

  “Sar ada benda nak cakap.”

  Khair mengangguk. Berjalan ke arah sebuah bangku lalu melabuhkan punggung. Tuala kecil berwarna ungu yang tersangkut di bangku itu dicapainya lalu dikesat peluh yang jatuh menimpa bumi. Dan diri ini masih pegun. Hanya memerhati tingkah lakunya. Rakan-rakannya bersiul seolah-olah sedang mengusik Khair dan diriku. Lelaki itu mengacukan penumbuk. Tiada apa yang lucu. Tiada apa yang boleh dijadikan bahan gurauan tika ini.

  Semuanya harus diselesaikan. Tentang aku, tentang dia dan tentang Kak Juliana. Terlalu rumit. Aku hadir dalam hidupnya di kala dia sudah menjadi tunangan orang. Salah aku. Mana mungkin seorang lelaki dan perempuan berteman tanpa rasa cinta di hati. Takdir memang tidak pernah salah menghadirkan dia dalam hidupku. Cuma satu silapku. Mencintai Ed Khair. Menyayangi Ed Khair.

  Mencintai Khair telah melukakan hati Kak Juliana tapi meninggalkan Khair akan menyakiti hatiku. Sukar.

  “Sara sayang nak cakap apa?” Dia masih sibuk mengesat peluh.

  “Abang nak putuskan pertunangan dengan Kak Juliana?”

  Tuala kecil berwarna ungu itu diletakkan di tepi. Dia bangun. Mendekatiku. Berdiri betul-betul di hadapanku. Pandanganku dan dia bertaut. Tiada senyuman. Hanya renungan yang terlalu sukar untuk ditafsir. Bersama rengusan yang kasar. Entah apa yang berada di benak fikirannya. Mungkin marah atau mungkin sebaliknya.

  “Dia beritahu Sara sayang? Baguslah.”

  “Apa yang bagus? Semua ni tak bagus, Ed Khair. Abang dah lukakan hati dia.”

  “Sara sayang tak fikirkan hati abang? Abang sayangkan Sara sayang. Kita punya nama yang hampir sama. Bila dicantum, akan jadi Khair Saraya. Kita juga punya perasaan yang sama.”

  “Sar tak masuk dalam hidup abang untuk jadi seorang perampas. Untuk jadi perempuan yang abang suka. Abang tak fikir apa yang Kak Juliana rasa sekarang ni? Dia sayangkan abang. Hujung tahun ni, abang sepatutnya kahwin dengan dia.

  Lupakan segala-galanya,” balasku tinggi.

  Dia menggeleng. “Takkan. Abang cintakan Sara sayang bukannya dia. Abang nak kahwin dengan Sara sayang bukannya dia. Ini hidup abang. Abang yang akan tentukan dengan siapa abang akan kahwin.

  Lagipun, abang tak pernah cintakan dia.”

  Darahku berderau. Air mataku jatuh. Bukan kerana terharu dengan kata-katanya tapi kerana dia telah mempermainkan perasaan seorang Juliana Hanisah.

  “We are done, Ed Khair.”

  Tamat. Selesai.

  Ed Khair terus pergi meninggalkan aku. Masuk ke dalam perut Toyota Camry lalu berlalu pergi. Aku hanya tersenyum.

   Perkenalan yang sangat singkat nampaknya.

*****

  Hari itu. Hari kami bersua muka dan bertengkar. Hari terakhir kami berjumpa. Tidak aku pasti ke mana dia melangkah pergi. Tidak aku pasti bagaimana hubungannya dengan Kak Juliana. Setakat itu saja yang mampu aku lakukan. Hubungan aku dan Khair sudah selesai. Noktah. Sudah jumpa penamatnya. Benar. Hidup bukan sekadar cinta.

  Aku melipat telekung dan sejadah. Merebahkan tubuh ke atas katil. Mengangkat wajah dan memandang siling.

  Pintu bilik diketuk. “Masuk.”

  Wajah Adlina tersembul di muka pintu. Memegang telefon bimbit milikku yang diletakkan di ruang tamu.

  “Sar, tadi Kak Juliana tu telefon. Aku angkat sebab kau tengah solat masa tu.”

  “O…key. Dia cakap apa?” Sebenarnya aku langsung tidak berminat untuk mengambil tahu tentang dia ataupun Khair lagi. Bukankah semuanya sudah tamat?

  “Khair. Dia kemalangan. Amnesia.”

  Air liurku terasa berpasir. Aku bingkas bangun.

  “Kau cakap apa, Lin? Ulang balik,” pintaku perlahan.

  Adlina menarik nafas.

  “Ed Khair yang kau sayang cinta tu kemalangan hari Sabtu hari tu. Dia dah sedar tapi amnesia.”

  Hari Sabtu? Oh. Hari aku dan dia berjumpa.

   “Okey. Kau jangan lupa tutup pintu lepas kau keluar.”

  “Okey je? Kau tak nak melawat dia?”

  Bibirku menarik senyuman hambar. “Nak lawat apanya. Nama pun amnesia. Manalah dia kenal aku.”

  Tiada air mata yang jatuh. Tiada sakit yang bertamu di hati kerana aku bukannya wanita yang minta dicintai sepenuh hati oleh Khair. Hanya mencintainya saja tanpa mengharapkan balasan apa-apa.

  Ed Khair. Khairul Saraya. Khair Saraya. Hikayat kami sudah tamat. Walau apa pun yang terjadi pada masa akan datang, tiada lagi Sara sayang dalam diri dia. Hanya seorang Juliana Hanisah. Itu yang terbaik. Takdir yang sangat indah.

  - Hikayat seorang Khair dan Saraya, 2011 - Tamat

BERSAMBUNG...


Bersambung lagi. Haih haih haih. Memang nak kena makan penampau betui Hanna ni. Tolong jangan marah. Daku sudah sibuk kerna esok harus ke sekolah maka, setakat ini saja yang daku mampu tulis. Ini bukan cerita yang sweet gila kentang. Bittersweet bolehlah. Muahaha. Tak feeling sangat rasanya. Hanna tulis pun tak ada perasaan. Macam batu yang sangat keras tu ya. Kita akan kembali kepada zaman kini. Bukan da past anymore. Insya-Allah esok atau lusa episode last. Yeah. 

Khair Saraya hanya kisah kosong-kosong ja. Taklah boleh buat orang fall in love with Khair. Hanna tak gambarkan dia seorang yang kacak, kaya bagai. Just a simple man. Saraya pun sama. Not so so beauty. Lumrah manusia itu. Bukannya semuanya kacak dan cantik yang sampai orang kata drop gorgeous. Takat ini saja bebel.

Boleh drop komen kalau rajin. Bubye. May Allah bless you :)




 
 
 



10 comments:

  1. smbng lagiiii.. Berapa kali mau smbng? hahahahahahaha... ending bagi pnjg tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks. tu lah. kerja bersambung. ending panjang? tak janji oh :p

      Delete
  2. emmm... akak suka cerita nie... tertunggu juga lah mcmana ending nya....walaupun masih lg muda trang tang tang,hanna punya garapan ada signature hanna sendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak sebab suka. hikss. lama benau nak sampai ending. tak adalah kak. Hanna biasa-biasa ja

      Delete
  3. bikin suspen...cpat smbung heheh =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suspen itu bagus oh. ya ya. nanti aku sambung

      Delete
  4. sambung cpt!!! Adik hanna klu buat cerpen best giler:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaaa... nanti hanna sambung cepat-cepat. Biasa ja but i'll try my best. ;)

      Delete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...