KHAIR SARAYA 2II - FULL
- Hikayat seorang
Khair dan Saraya, 2011 -
Pinggan nasi ayam
goreng diletakkan di atas mejaku. Selepas itu, hot chocolate pula. Aku
memandang Khair. Keningku sudah terjongket naik. Dia membuang apron yang
tersangkut di pinggang lalu diletakkan di atas meja. Menarik kerusi di sisiku
dan menongkat dagu memandangku. Tersenyum.
Aku menarik mug yang berisi hot chocolate itu dekat denganku
lalu diteguk memasuki rengkung. Enak!
“Sedap kan abang buat air?”
Bahuku dijongket.
Kemudian, aku mencapai
sudu lalu menyuakan nasi goreng ayam ke mulut. Mengunyah perlahan. Menikmati
keenakan nasi goreng ayam yang dimasak oleh seorang Ed Khair. Demam kut mamat
ni tetiba datang restoran aku nak masak kat aku.
“Sara sayang, sedap
tak?” soalnya lagi.
Hujung daguku disentuh. Kepalaku jatuh ke
sebelah kanan. Membiarkan soalannya berlalu sepi. Juga mahu membiarkan dia
tertanya-tanya.
Saat pandanganku dan
beberapa orang pekerjaku bertaut, mereka tersenyum simpul. Okey. Senyum yang
ada makna tu. Nanti mesti aku akan diusik. Entahlah. Aku dengan si Khair ni pun
boleh jadi gosip.
Mereka tahu akan
perasaanku namun… Khair sebaliknya. Biarlah. Dia akan mendirikan rumah tangga
Disember ini.
“Khair Saraya, sedap
tak?”
Kini suaranya penuh
ketegasan.
Dan aku sengih tiga
saat. “Sedaplah Encik Ed Khair. Nampaknya restoran ni boleh tukar owner.”
“Well. Memang boleh
tukar pun. Abang masak lagi sedap dari Sara sayang masak. Tunggu kejap abang
pergi ambilkan aiskrim coklat yang abang buat.”
Lelaki itu berjalan
meninggalkan aku. Aku menghela nafas lemah. Memang aku selesa lelaki itu rapat
denganku namun dalam diam, lelaki itu telah melukai hati tunangnya, Juliana
Hanisah. Kedatanganku dalam hidup Khair telah membuatkan hubungan mereka kian
renggang. Seolah-olah hanya menanti masa untuk berpisah dan aku tidak boleh
membiarkan hal itu terjadi. Aku bukannya perampas.
“Sara sayang,
tadaa!”
Aku mengangkat
wajah. Cawan berisi aiskrim coklat diletakkan di atas meja. Dia tersenyum puas
dapat menyediakan makanan dan minuman kegemaranku meskipun dia tidak
menyukainya. Nasi goreng ayam? Dia tak pernah sentuh. Hot chocolate? Memang
taklah dia nak minum. Aiskrim coklat? Bagi sejuta pun belum tentu dia makan.
“Cubalah Sara sayang
makan. Sedap tau!”
Sara sayang? Ain’t that
sweet?
*****
Tanganku menghadang
simbahan sang suria daripada terkena wajah. Kaki Kak Juliana menyentuh tanah
dan aku duduk bersila di atas tembok. Handbag miliknya diletakkan di sisiku.
Tenang saja dia memandang kaki langit dan sedari tadi dia hanya berdiam diri.
Aku menguis sandal yang aku pakai. Berbicara dengan dunia sendiri eh?
“Khair…” Hanya itu
yang terluah di bibirnya.
Tubuh itu
berpaling. Mendekatiku. Sepasang mata bening itu berkaca.
“Kenapa dengan
Khair?”
“Dia nak putuskan
pertunangan dengan akak,” ujar Kak Juliana perlahan.
Rahang bawahku
jatuh.
“Kenapa?”
“Sar tak nampak ke
yang Khair sayangkan Sar? Sepanjang akak kenal dengan dia, dia tak pernah
panggil akak, sayang. Sar? Sara sayang. He needs you. Not me, Sar. Akak tak kisah
asalkan dia bahagia dengan kehidupan dia.”
Aku menggeleng.
Melompat turun dari tembok. “Sar nak pergi jumpa Khair.”
*****
Dari jauh, dapat aku
lihat si Khair sedang menendang bola masuk ke tiang gol. Peluh yang merenik di
dahi dikesat dan dia tersenyum puas. Langkahku mati. Aku buntu. Wajarkah aku
menganggu dirinya? Kelihatan seperti dia sedang bahagia dengan dunianya. Namun
aku tidak boleh membiarkan hal ini berlarutan.
Memang nama kami
hampir sama. Ed Khair : Khairul Saraya. Apabila namaku yang depan dibuang rul,
akan jadi Khair. Khair Saraya tapi kami tidak ditakdirkan untuk bersama. Dia
milik seorang wanita bernama Juliana Hanisah.
Ya Allah, inikah
yang terbaik untuk hambaMu ini?
“Ed! Awek kau
datang.”
Aku tersentak. Darah
merah menyerbu wajahku.
Dan tawa Khair
pecah. Dia mengangkat tangan ke arahku. Aku hanya memerhati tanpa kata. Lelaki
itu menghayun langkah mendekatiku.
“Kenapa Sara sayang
nak jumpa abang?”
Sara sayang…
“Sar tak nampak ke
yang Khair sayangkan Sar? Sepanjang akak kenal dengan dia, dia tak pernah
panggil akak, sayang. Sar? Sara sayang. He needs you. Not me, Sar. Akak tak
kisah asalkan dia bahagia dengan kehidupan dia.” Kata-kata itu bermain di
fikiranku.
Hujung bibirku
digigit. Dia menantiku berkata-kata.
“Sar ada benda nak
cakap.”
Khair mengangguk.
Berjalan ke arah sebuah bangku lalu melabuhkan punggung. Tuala kecil berwarna
ungu yang tersangkut di bangku itu dicapainya lalu dikesat peluh yang jatuh
menimpa bumi. Dan diri ini masih pegun. Hanya memerhati tingkah lakunya. Rakan-rakannya
bersiul seolah-olah sedang mengusik Khair dan diriku. Lelaki itu mengacukan
penumbuk. Tiada apa yang lucu. Tiada apa yang boleh dijadikan bahan gurauan
tika ini.
Semuanya harus
diselesaikan. Tentang aku, tentang dia dan tentang Kak Juliana. Terlalu rumit.
Aku hadir dalam hidupnya di kala dia sudah menjadi tunangan orang. Salah aku.
Mana mungkin seorang lelaki dan perempuan berteman tanpa rasa cinta di hati.
Takdir memang tidak pernah salah menghadirkan dia dalam hidupku. Cuma satu
silapku. Mencintai Ed Khair. Menyayangi Ed Khair.
Mencintai Khair
telah melukakan hati Kak Juliana tapi meninggalkan Khair akan menyakiti hatiku.
Sukar.
“Sara sayang nak
cakap apa?” Dia masih sibuk mengesat peluh.
“Abang nak putuskan
pertunangan dengan Kak Juliana?”
Tuala kecil berwarna
ungu itu diletakkan di tepi. Dia bangun. Mendekatiku. Berdiri betul-betul di
hadapanku. Pandanganku dan dia bertaut. Tiada senyuman. Hanya renungan yang
terlalu sukar untuk ditafsir. Bersama rengusan yang kasar. Entah apa yang
berada di benak fikirannya. Mungkin marah atau mungkin sebaliknya.
“Dia beritahu Sara
sayang? Baguslah.”
“Apa yang bagus?
Semua ni tak bagus, Ed Khair. Abang dah lukakan hati dia.”
“Sara sayang tak
fikirkan hati abang? Abang sayangkan Sara sayang. Kita punya nama yang hampir
sama. Bila dicantum, akan jadi Khair Saraya. Kita juga punya perasaan yang
sama.”
“Sar tak masuk dalam
hidup abang untuk jadi seorang perampas. Untuk jadi perempuan yang abang suka.
Abang tak fikir apa yang Kak Juliana rasa sekarang ni? Dia sayangkan abang.
Hujung tahun ni, abang sepatutnya kahwin dengan dia.
Lupakan
segala-galanya,” balasku tinggi.
Dia menggeleng.
“Takkan. Abang cintakan Sara sayang bukannya dia. Abang nak kahwin dengan Sara
sayang bukannya dia. Ini hidup abang. Abang yang akan tentukan dengan siapa
abang akan kahwin.
Lagipun, abang tak
pernah cintakan dia.”
Darahku berderau.
Air mataku jatuh. Bukan kerana terharu dengan kata-katanya tapi kerana dia
telah mempermainkan perasaan seorang Juliana Hanisah.
“We are done, Ed
Khair.”
Tamat. Selesai.
Ed Khair terus pergi
meninggalkan aku. Masuk ke dalam perut Toyota Camry lalu berlalu pergi. Aku
hanya tersenyum.
Perkenalan yang
sangat singkat nampaknya.
*****
Hari itu. Hari kami
bersua muka dan bertengkar. Hari terakhir kami berjumpa. Tidak aku pasti ke
mana dia melangkah pergi. Tidak aku pasti bagaimana hubungannya dengan Kak
Juliana. Setakat itu saja yang mampu aku lakukan. Hubungan aku dan Khair sudah
selesai. Noktah. Sudah jumpa penamatnya. Benar. Hidup bukan sekadar cinta.
Aku melipat telekung
dan sejadah. Merebahkan tubuh ke atas katil. Mengangkat wajah dan memandang
siling.
Pintu bilik diketuk.
“Masuk.”
Wajah Adlina
tersembul di muka pintu. Memegang telefon bimbit milikku yang diletakkan di
ruang tamu.
“Sar, tadi Kak
Juliana tu telefon. Aku angkat sebab kau tengah solat masa tu.”
“O…key. Dia cakap
apa?” Sebenarnya aku langsung tidak berminat untuk mengambil tahu tentang dia
ataupun Khair lagi. Bukankah semuanya sudah tamat?
“Khair. Dia
kemalangan. Amnesia.”
Air liurku terasa
berpasir. Aku bingkas bangun.
“Kau cakap apa, Lin?
Ulang balik,” pintaku perlahan.
Adlina menarik
nafas.
“Ed Khair yang kau
sayang cinta tu kemalangan hari Sabtu hari tu. Dia dah sedar tapi amnesia.”
Hari Sabtu? Oh. Hari
aku dan dia berjumpa.
“Okey. Kau jangan
lupa tutup pintu lepas kau keluar.”
“Okey je? Kau tak
nak melawat dia?”
Bibirku menarik
senyuman hambar. “Nak lawat apanya. Nama pun amnesia. Manalah dia kenal aku.”
Tiada air mata yang
jatuh. Tiada sakit yang bertamu di hati kerana aku bukannya wanita yang minta
dicintai sepenuh hati oleh Khair. Hanya mencintainya saja tanpa mengharapkan
balasan apa-apa.
Ed Khair. Khairul
Saraya. Khair Saraya. Hikayat kami sudah tamat. Walau apa pun yang terjadi pada
masa akan datang, tiada lagi Sara sayang dalam diri dia. Hanya seorang Juliana
Hanisah. Itu yang terbaik. Takdir yang sangat indah.
- Hikayat seorang Khair dan Saraya, 2011 - Tamat
Bersambung lagi. Haih haih haih. Memang nak kena makan penampau betui Hanna ni. Tolong jangan marah. Daku sudah sibuk kerna esok harus ke sekolah maka, setakat ini saja yang daku mampu tulis. Ini bukan cerita yang sweet gila kentang. Bittersweet bolehlah. Muahaha. Tak feeling sangat rasanya. Hanna tulis pun tak ada perasaan. Macam batu yang sangat keras tu ya. Kita akan kembali kepada zaman kini. Bukan da past anymore. Insya-Allah esok atau lusa episode last. Yeah.
Khair Saraya hanya kisah kosong-kosong ja. Taklah boleh buat orang fall in love with Khair. Hanna tak gambarkan dia seorang yang kacak, kaya bagai. Just a simple man. Saraya pun sama. Not so so beauty. Lumrah manusia itu. Bukannya semuanya kacak dan cantik yang sampai orang kata drop gorgeous. Takat ini saja bebel.
Boleh drop komen kalau rajin. Bubye. May Allah bless you :)
smbng lagiiii.. Berapa kali mau smbng? hahahahahahaha... ending bagi pnjg tau
ReplyDeleteahaks. tu lah. kerja bersambung. ending panjang? tak janji oh :p
Deleteemmm... akak suka cerita nie... tertunggu juga lah mcmana ending nya....walaupun masih lg muda trang tang tang,hanna punya garapan ada signature hanna sendiri....
ReplyDeleteterima kasih kak sebab suka. hikss. lama benau nak sampai ending. tak adalah kak. Hanna biasa-biasa ja
DeleteNext ! Hahahaa
ReplyDeletenanti ai letak yow
Deletebikin suspen...cpat smbung heheh =)
ReplyDeletesuspen itu bagus oh. ya ya. nanti aku sambung
Deletesambung cpt!!! Adik hanna klu buat cerpen best giler:)
ReplyDeleteyaaaa... nanti hanna sambung cepat-cepat. Biasa ja but i'll try my best. ;)
Delete