-Semalam dan hari ini berbeza-
“Cik!”
Lututku semakin
goyah. Tidak mampu menampung tubuh badan namun aku kuatkan juga diri untuk
melangkah mendekati dia. Ed Khair.
Kenapa harus dia
datang ke sini lagi?
“Nak order apa?”
“Nasi goreng ayam,
hot chocolate. Aiskrim coklat ada kan?” tanya Khair. Serius. Matanya jatuh pada
wajahku dan kepalaku diangguk.
Ada. Selalu ada.
Aku memalingkan
tubuh. “Tipah, nasi goreng ayam dengan hot chocolate satu.”
“Okey, bos!”
Kemudian aku
memandang Khair semula. Menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di sisinya. Dia
tersenyum. Senyuman yang sama namun hakikatnya, aku tidak bahagia melihat
senyuman itu. Itu bukan senyuman yang selalu aku lihat. Renungan yang sama.
Namun ada juga bezanya. Dulu, dia memandangku dengan penuh kasih sayang. Kini,
dia memandangku kosong. Semuanya sudah berubah. Tiada apa yang masih sama.
Seleranya juga.
“Cik nama siapa?”
Cik. Dulu, dia
memanggilku Sara sayang.
“Khairul. Khairul
Saraya,” jawabku berat.
“Nama saya, Ed
Khair.”
Tahu.
Kami menyepi.
Melayan perasaan masing-masing. Aku memandang telefon bimbit miliknya. Sudah
berubah. Dari Samsung bertukar kepada Iphone. Ah! Sukar rasanya mengingati masa
lalu yang indah dulu.
“Khairul Saraya. Ed
Khair. Khair Saraya.” Tutur Khair tiba-tiba.
Hujung bibirku
diketap. Wajahku dipalingkan. Tidak sanggup memandang dirinya. Tidak sanggup
dia melihat air mata jernih itu jatuh menimpa bumi. Jemariku meramas hujung
tudung. Kepalaku semakin menunduk. Dia masih tidak menyedari apa yang berlaku.
Hanya memandangku dengan ekor mata.
Saraya, Saraya.
Bukankah ini yang kau pinta? Hanya
mencintai dia tanpa meminta balasan apa-apa. Ini yang terbaik, Khairul Saraya.
Sekurang-kurangnya dia bahagia. Kak Juliana juga. Ah! Tidak. Ini hidupku. Aku
punya hak untuk bahagia.
Jika Kak Juliana
boleh bahagia, mengapa aku tidak? Aku tidak boleh mengalah lagi. Aku tidak
boleh menjadi wanita yang lemah. Bahagia. Milik semua.
Tersedar dengan
keterlanjuranku berkata-kata, ayatku berhenti di situ.
“Siapa cik?”
Aku berlalu pergi. Dirasakan
seperti lelaki itu menolak kerusi.
Lenganku disambar
kuat. Langkahku mati. Aku langsung tidak berpaling kerana aku tahu siapa yang
menyambar lenganku. Perlahan-lahan pegangan itu dirungkaikan namun aku tetap
tidak berganjak dari tempatku berdiri. Latifah yang menatang dulang yang berisi
mug hot chocolate dan pinggan nasi goreng ayam serta aiskrim coklat buatan
sendiri memandangku. Langkahnya turut mati. Semua mata jatuh pada wajahku.
Khair berdiri di
hadapanku. Pandanganku dan dia bersabung.
“Tell me. Who are
you?”
“Saraya.”
Dia menggeleng.
“Yang tu saya tahu. Siapa cik sebenarnya? Macam mana cik boleh tahu semua pasal
saya?”
“Amnesia kan?”
soalku langsung tidak menghiraukan soalannya.
“Ya…” gumamnya
perlahan.
Aku meneruskan
langkah dan sekali lagi lenganku disambar. Nafas dihela. Mujur berlapik. Jika
tidak, akan ada tangan yang singgah di pipinya.
“Cik Khairul Saraya,
please answer me. Who are you?”
“Encik Ed Khair,
percuma saja saya beritahu siapa saya. Awak takkan pernah ingat siapa saya.
Biarlah. Yang berlalu telah berlalu. Lagipun, semalam dan hari ini berbeza.
Everything has changed. Neither am I.
Let the past go.”
Memandang kembali ke
belakang bukan keputusan yang baik. Lupakan yang lalu. Mulakan hidup baru.
Kenapa kena cliché
sangat wahai Saraya? Lupakan yang lalu? Hahaha. Ain’t that funny? There is no
word lupakan yang lalu. Yang lalu tetap harus diingat. Kerana jika tiada
semalam, tidak akan hari ini. Jangan jadi lemah. Jangan jadi perempuan tipikal
yang selalu mengalah dengan segala-galanya. Hidup bukan tentang kesedihan dan
air mata saja. Kata-kata itu hanya bergema di hati kerana diri ini sangat
penakut. Takut dengan segala-galanya. Can’t overcome my fear, huh?
“Beritahu saya
semuanya. Siapa awak?”
Mataku mencerlung
memandangnya. Tiada rasa sedih atau takut. Kenapa harus memaksaku di kala aku
lebih rela untuk melupakan
segala-galanya?
Jika ini yang dia
inginkan, baiklah.
“Saya. Khairul
Saraya. 25 tahun. Pemilik restoran ini dan…”
“Dan?”
“Dan masa lalu awak
yang begitu indah rasanya. Awak tak panggil saya Khairul atau Saraya tapi…”
Kata-kataku mati lagi.
“Tapi?” Kesabarannya
kian hilang.
Aku senyum. Sinis.
“Sara sayang. Awak
panggil saya, Sara sayang.”
Langkahku dihayun
mendekatinya. Berhenti di sisinya. Bibirku dibawa dekat dengan cuping
telinganya meskipun payah kerana dia lebih tinggi dariku dan terpaksa
menjengketkan kaki. Dia tetap mengunci mulut.
“Saya juga orang
yang awak cinta, Ed Khair.”
Bibirnya digerakkan
seolah-olah mengatakan sesuatu dalam diam. Mungkin terperanjat. Aku tersenyum.
Dia yang meminta aku berkata-kata. Ini jadinya. Semuanya tersingkap. Masa lalu
dan kisah kami.
Khairul Saraya tidak
boleh mengalah lagi. Bahagia milik semua. Including me, Ed Khair. Including me.
BERSAMBUNG...
Hanna agak kesal sebenarnya sebab sepatutnya cerita ini tamat malam ni jugak tapi disebabkan petang tadi tak ada kat rumah tengok dunia luar, pagi tadi di sekolah, ini saja yang mampu dihidangkan. Gomen, gomen, gomen. Mesti ada yang marah sebab cerita ni asyik bersambung tapi hamba Allah ini hanya mampu merancang. DIA jua yang menentukan segala-galanya. Maaf kalau cerita ni tak best. I want to create something different, I guess. Selama ni heroin asyik mengalah ja kan? heee...
May Allah bless all of you. Boleh drop komen oh.
Dan i'm kind busy. Sangat hargai mereka yang singgah di blog dan jemput hanna ke blog mereka. Hanna jenguk jugak tapi ada masa nak selongkar. Minta maaf sekali lagi. Apa pun, jemput baca ya.
terbaikkk..mnggu.smbgnnya (=
ReplyDeleteterima kasih, malia. ya. tunggu jangan tak tunggu
Deletesmbng lgiiiii
ReplyDeleteyaaaaaaa.... kita sambung lagi...
DeleteOoi cik sara !! Ururan hati ni mmg menyeksakan. Huhuhuu.. Next ! Muehehe
ReplyDeletesangatlah menyeksakan. Insya-Allah next ep will be the last ep.
DeleteOk, keep waiting ! :)
Deletetengkayu sebab tunggu. hee
DeleteBersambung lagi:(..xpe 2..akak sanggup tunggu:)
ReplyDeletethanks ya kak sebab sabar menunggu.
Deleteaku dah lama tak on blog.sekali on aku nampak cerpen kau dulu.oh god.cerpen ni sangantlah best..cepat sikit sambung hanna...
ReplyDeleteuh. patutlah dah lama tak nampak. hee. ya ya. nanti aku sambung
Deleterindu aku lah tu..hahahaha...
Delete