Review Novel Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik

Assalamualaikum

ihsan moyang Google

  
  Ehemm.. *testing suara* First time aku baca novel ni dekat Penulisan2u, konfem novel ni akan diterbitkan dan memang betullah! Sengih sampai ke telinga bila dapat tau novel ni akan berada di pasaran.. *kisah aku yang agak lapuk* Masa tu, aku tak sabau nak tahu ending Boboy dengan Nura Alia. Bagi aku, novel ni lain dengan yang lain. First time baca novel pasal budak autistik.

   Habis aku hasut kengkawan pasal cerita ni. Mereka dengan mata yang bersinar dengar cerita aku yang memang kalau cakap laju macam keretapi Shinkasen. Konpom ada yang tak faham. Lepas tu, dengan muka tak malu aku pergi page Karyaseni. Tanya bila ada kat Popular dan jawapannya 23 Jun 2012. Dah lepas tarikh tu. Aku siap mimpi beli novel ni dan tadaa! Novel ni akhirnya jatuh ke tangan aku. Selepas seminggu lebih beli baru aku boleh baca. Sibuk suka kacau aku sampai no time nak baca.

Pendapat aku :

  Novel ni sangat awesome. Suka gila dengan Boboy tapi bab yang tengah tu hilang sedikit kebudak-budakan dia. Terkekeh-kekeh aku baca novel ni. Dan kakak-kakak aku pun layan sekali. Aku lebih suka Boboy yang autistik daripada yang matang. Maybe sebab perangai Boboy nak sama dengan aku yang masih kecik dan nakal nak mampus.

  Tak suka dengan Nura Alia yang berdendam. Bagi aku, yang berlalu tu biarlah berlalu tapi aku tahu apa perasaan Nura Alia. Konflik not bad meskipun tak banyak mana. Actually aku memang tak suka novel yang konflik banyak. Nanti perasaan aku berkecamuk dan hidupku tak tenteram. Ada kaitan ka???

  Rugi siapa yang tak baca novel ni. Aku ni pun sanggup rayu minta duit kat mak sebab tak cukup duit nak beli novel ni. Berbaloi dengan harga RM30 ringgit tu. Apa pun, congrate kepada penulis sebab berjaya hasilkan novel yang awesome macam aku. Kehkehkeh. Eh, umur penulis sama dengan umur kak aku. Tapi kak aku pandai formula sains saja. Rangka ayat bm tak pandai.. = =''

  Bolehlah dapat novel ni di Popular. Orang Kedah pakat pi beli kat Mergong. Rasanya ada banyak lagi. *rasa saja*

11 comments:

  1. teringin nak bc novel ni.tp tgh save budget sekarang..:(

    ReplyDelete
  2. terima kasih hanna sebab sudi wat review utk cite ni.. :)

    ReplyDelete
  3. jelesnya sayaa~ teringin mau beli plus baca tapi tda masa la plaa~ dekat2 mau final exam disitu gak laa assignment bertimbun .. huaa~ sedihhnyaa

    ReplyDelete
  4. Sangat best novel ni . ♥ boboy

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...