review novel Bukan Puteri Lindungan Bulan

Assalamualaikum..

ihsan si nenek Google Images.. nak tangkap gambar novel mak cik aku tu, aku terlupa dan dah bagi balik novel tu dekat dia

  Sebelum aku membuat review novel Bukan Puteri Lindungan Bulan, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat akak Liana Afiera Malik yang sudah pergi meninggalkan dunia yang fanaa ini pada tahun lepas. Macam mana aku dapat baca novel yang dah tak dapat ditemui ini? Muehehe. Aku pinjam yang mak cik aku punya. Mula-mula aku tak nak baca sebab tebal tapi aku ni baik jadi tengok-tengok isi novel ni. Harga novel ni mak aii! Mahal yu tapi sunggu berbaloi. RM49.40..

Ceritanya begini...

  Larasati 'Aisya seorang gadis yang berjiwa besar, kental dan bagi aku, dia sangat degil. Mengharungi hidup dalam penuh kemewahan tetapi begitu penuh pancaroba. Mempunyai seorang abang iaitu Luqman 'Aliff (Luke) dan sudah kematian bapa. Ibunya, Datin Fariza berkahwin pula dengan sahabat baik arwah ayahnya, Datuk Rahim. Lara tidak pernah menyukai ayah tirinya.

Aku cerita pasal point penting sahaja...

  Kepulangan Luke dan isterinya, Sabrina membuatkan hidup yang memang lintang-pukang bertambah lagi lintang-pukang. (tak pasti aku ambil ayat power ni dari mana) Luke dan Sabrina tinggal bersama-sama dengan Lara di banglo milik keluarga mereka. Lara juga menguruskan syarikat Puteri Emas Sdn. Bhd. dengan bantuan Syed Hishamuddin, peguam syarikat kalau tak silap aku. Sabrina ni tak suka dengan Lara. Macam-macam dia buat dekat Lara. Jahat punya kak ipar. Tahulah kaya tapi aku tak heran!

  Rupa-rupanya Sabrina ni curang. Buat hubungan dengan Zakuan, kawan Luke dan Sabrina. Sampai satu hari Luke hilang gara-gara helikopter yang Luke naik di Sabah terhempas. Kesian gila. Aku yang tersedu-sedan macam aku ni berada kat tempat Lara. Sabrina pun tuntut cerai dan minta harta serta syer syarikat. Dengan bukti yang Lara ada mengenai kecurangan dia dan Zakuan, dia tak berjaya tuntut harta. Padan muka Sabrina!

  Zakuan ni rupa-rupanya suka dekat Lara dan telah merogol Lara tapi Zafir, pakwe si Lara ni still terima Lara. Saat Larasati 'Aisya mengandung, Tengku Ainul Zafir tidak percaya anak di dalam kandungan Lara tu anak dia dan menuduh anak tu Zakuan punya. Sedih kut! Dia tinggalkan Lara sendiri dan terjumpa dengan Tengku Farah Waheeda, kawan atau girlfriend *tak ingat* masa mereka sama-sama belajar di UK. Zafir dan Farah tak guna yang gedik macam bagus sangat buat hubungan dan akhirnya mereka berkahwin atas desakan Lara untuk mengelakkan zina. Bayangkan hang ada di tempat Lara. Mesti terluka punya. Laki yang hang sayang kahwin dengan orang lain dan tak ambil peduli pasal kandungan hang.

  Bila dah buat ujian DNA, memang sah anak dalam kandungan Lara tu anak Zafir. Zafir menyesal kahwin lain tapi nak buat macam mana. Benda dah nak jadi. Sampai berapa ketika, Zafir dah tak hiraukan dia. Asyik dengan Tengku Farah yang gedik tu dan muncullah Zakuan *sudah tidak jahat*. Dah baik dah dan Sabrina meninggal. Zakuan ni tetap cintakan Lara tapi Lara tak peduli. Kegedikan Farah makin menjadi-jadi apabila dia gugur dan disahkan kanser serviks. Perhatiannya hanya untuk Farah. Lara tak dipedulikan.

  Luqman 'Aliff (Luke) rupanya masih hidup dan akhirnya kahwin dengan Hilda, perempuan yang selamatkan dia. Dalam masa yang sama, rumah tangga Lara dan Zafir hanya menunggu masa untuk retak. Dan entah macam mana, Lara diceraikan dengan talak tiga. Anak-anak di bawah hak jagaan Lara. Farah punya kerja sebenarnya. Dia pujuk Zafir ceraikan Lara atas alasan Farah dah nak mati. Dia tak nak kongsi kasih sayang dengan orang lain. Farah tu tak sedar yang dia tu rampas suami orang.. Aku geram bila ingat balik!

  Zafir tak dapat terima dan akhirnya dia menculik anak-anak dia dan bawa mereka ke Singapura. Hidup macam pelarian. Lara dan ahli keluarganya buntu. Kesian Lara. Tak habis-habis diuji. Dan Farah pun mati gara-gara kanser serviks. Zafir memang frust gila tapi dia still bahagia kerna ada anak-anak. Wasiat Farah yang terakhir adalah Zafir harus mengembalikan semula anak-anaknya kepada Lara (anak-anak yang diculik tu dua orang kut) Ketika nak bagi anak-anak Lara balik, dia kemalangan dan meninggal.

  Hujung cerita, anak-anak Larasati 'Aisya kembali ke pangkuan keluarga Lara semula tapi sayangnya, Larasati Aisya koma gara-gara tekanan. Bagi aku, cerita ni memang best tahap coklat Cadbury. Mungkin ada yang tensyen dengan ending cerita tapi bagi aku, tak semua cerita berakhir bahagia. Ini yang dinamakan kehidupan. Rugi siapa yang tak baca novel ni. Sorry kalau tersilap. Aku tulis review ni khas untuk kak MIA KAFTIYA yang sangat suka berceloteh. Hakhak..

18 comments:

  1. Liana afiera malik dah meninggal?? Innalillah..

    p/s : hellooo bila masa i suka berceloteh?? *cekak pinggang* ;p

    ReplyDelete
  2. banyak konflik betul ni..hehe
    tapi cover dia macam novel lama je ...

    ReplyDelete
  3. percaya tak.. akak beli novel ni tp x pernah baca habis. bila baca review awk, terus rasa.. eh.. mcm best plak jalan citer dia.

    alfatihah utk arwah. :(

    ReplyDelete
  4. sebenarnya novel ni lgi mahal dulu masa awal2 diterbitkan.. xsilap saya dekat seratus atau seratus lebih coz kakak saya pon ada novel ni, cuma sekarang ni ja harganya dah jdi setengah... Larasati Aisya mmg best wataknya...

    ReplyDelete
  5. @mia kaftiya yupz.. dah meninggal.. :(

    Kak mia tak mengaku dia suka bercelotehlah.. :p

    ReplyDelete
  6. @Fazlinil Irmanovel ni mmg best.. rugi kalau tak baca

    ReplyDelete
  7. @Srikandi Utara mak aii.. mahalnya. Kalau hanna ada di zaman tu pun hanna tak sanggup nak beli but cerita memang best

    ReplyDelete
  8. tebal ye,ngeri tengok tebal2 nie he3

    ReplyDelete
  9. kite pon daah bace. 2-3 kali ulang jugaak lah. act, tejumpe novel ni dalam rak buku mak kite.. bdebu buku tu. cadang nak tengok-tengok. belek-belek laah due tige helai. tengok cover ca mtak best jee. mesti novel lame.. tapi lepas bace lam 5 helai tuuh, mak aih. best boleh tahan.. pastu sambung bace.. tak ingat berapa lama amek masa bace novel nii. tapi yang pasti, memang antara novel tbaik aah. best gileeee!

    ReplyDelete
  10. nvl ni sgt best...perasaan akn bercampur aduk bila bca...sa dh bca msa form 5(2008) klw x silap..nvl yg plg tebal pernah sa bca..konflik kehidupan yg sukar diduga..pengakhiran yg yg memilukn..samapikan kita bole merasa keperitan dan kesengsaraan Larra..

    ReplyDelete
  11. @Cik Jaa tu la.. hanna tengok pun macam, "heh! novel lama. Tak naklah baca!" tapi bila baca.. meletup habis! mmg novel ni terbaik

    ReplyDelete
  12. @mbai jocey a.k.a Ratu Chunhyang sakit hati jugak baca ending tapi itu yang dinamakn hidup.. mmg feel macam kita ada kt tempat lara

    ReplyDelete
  13. Novel nie bca pd tahun 2009 .. Pnjam yg mbe tapi smpai skunk cari nak bli x jumpa.. Mmg best gila, klo nangis lyh kering air mata..

    ReplyDelete
  14. Novel baca tahun 2009 pnjam yg mbe punya.. Tapi bila nak beli x jumpa.. Mmg best gila novel nie lyh kering air mata..

    ReplyDelete
  15. saya beli novel ni pada tahun 2004..dan pada saya ceritanya meleret leret dan membosankan..

    ReplyDelete
  16. Salam. Saya ada semua koleksi arwah. A bit pricey sebab buku ni rare.
    Boleh email saya :

    sayblueright7@gmail.com

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...