cerpen : Cintaku di Seven Eleven


  Skirt labuh yang ku angkat hingga ke paras betis ku lurutkan semula. Tudung ku perbetulkan dan laju saja tangan kanan ini mencuit bahu ayah. Senyuman ku ukir tanda ku inginkan sedikit wang. Ayah membebel dan terus membebel tapi langsung aku tak hiraukan. Yang aku tahu hanyalah apa yang ku inginkan sekarang ini.

  Pintu Seven Eleven ku tolak. Berbunyi seketika dan seorang pekerja mengalukan selamat datang. Ku hanya tersengih lalu perhatikan suasana di dalam kedai. Hanya dua orang pelanggan termasuk diriku. Dengan kalut aku melangkah ke mesin Slurpee. Terasa seperti ada yang memerhati tapi tidak ku endahkan. Betapa terkial-kialnya mengisi Slurpee di dalam bekas. Seperti aku ini tidak bertenaga dan sangat lemah. Aku letakkan dompetku di tepi mesin Slurpee lalu kembali menyambung perjuanganku.

  “Meh saya tolong.”

  Seorang lelaki menawarkan diri dan bagiku itu peluang keemasan. Ku serahkan bekas Slurpee yang ku ambil di rak dan menjarakkan sedikit ruang antara kami.

  “Senang je ni. Tengok! Sekali tolak, dah keluar dah. Lain kali buat kuat sikit. Kalau macam tadi, memanglah tak keluar,” bebel lelaki itu. Aku hanya menunduk. Malas nak lawan bicaranya. Bebel dan bebel lalu Slurpee diserahkan kepadaku. Senyuman terukit di bibirku dalam diam dan ku angkat wajahku untuk mengucapkan terima kasih.

  Kelu! Mata langsung tidak berkelip. Lelaki a.k.a pekerja Seven Eleven itu menjongketkan keningnya yang berwarna koko dan sangat nipis. Pak cik, cukur kening ke? Dahinya digaru-garu seolah-olah runsing dengan pandanganku tapi aku masih memandangnya. Seolah-olah masa terhenti seketika seperti aksi-aksi di dalam televisyen. Dia melayang-layangkan tangannya dan tadaa! Aku terjaga dari tidur panjangku dan sangat malu.

  Macam manalah boleh tenung anak teruna orang lama sangat. Buat malu mak dan ayah saja. Dengan pipi yang pastinya kemerahan, aku menyeret kaki ke kaunter bayaran. Malangnya aku kerna lelaki itu yang menjaga kaunter. Ku hulur dua ringgit dan terus angkat kaki. Laungannya mengenai baki wang yang harus ku ambil aku dah tak hirau. Ayah, jom balik!

  Bantal peluk ku tarik dekat denganku. Aku hairan kenapa aku harus memandang lelaki itu untuk tempoh yang agak lama? Ku seluk kocek bajuku dan mengambil dompetku. Dompetku? Sejak bila dompetku berjenama Bonia dan nampak sangat kelelakian? Dompet pelik itu ku buka. Aisehman! Tidak ku pasti macam mana aku boleh terambil dompet pekerja Seven Eleven itu. Dan tak juga aku pasti adakah dompet aku yang hanya bernama Converse ada di tangannya.

  Dompet pelik itu diletakkan semula ke tempat asalnya iaitu di dalam kocek bajuku dan selepas beberapa ketika, tanganku gatal mengambil kembali dompet pelik itu. Ada beberapa keping wang berjumlah seratus ringgit. IC milik lelaki itu ku cuba cari dan tidak aku jumpa. Bagus! Tak perlulah aku kembalikan dompetnya malam ini juga. Dompet aku pun begitu. Tak perlulah dia tergesa-gesa menyerahkan kepadaku malam ini kerna hanya ada dua ringgit dan sekeping gambar terselit di dalam dompet.


JAWAPAN pekerja Seven Eleven itu betul-betul membuatkan aku runsing. Lelaki semalam dah berhenti kerja. Kalaulah lelaki itu adik aku, sudah lama aku kerjakan. Waktu macam ni nak berhenti kerja. Aku nak dompet aku dan ku pasti lelaki itu pun inginkan dompetnya.

  “Tak tau ka dia pi mana?” soalku inginkan kepastian.

  “Tak. Lagipun memang semalam hari last dia kerja sini.”

  “Hurmm. Ada dak dia tinggalkan dompet kat akak?”

  Perempuan itu menggeleng. Aku mengeluh lalu keluar dari Seven Eleven. Nak cari mana lelaki tu? Dompet miliknya masih kemas di genggaman tangan kananku. Dompet, dompet. Kalau tak ada duit  aku tak hairanlah tapi masalah berlaku apabila ratusan ringgit terselit di dalam dompet pelik!

  Cermin bahagian pemandu aku ketuk berhati-hati. Kalau ketuk kasar nanti Kak Long marah pula. Dia menjongketkan keningnya tanda menagih jawapan dariku. Gelengan yang ku berikan tanda tak berjaya! Dia menggaru dagu. Barangkali memikirkan jalan keluar untuk masalah ini.

  Kak Long bingkas keluar dari kereta kesayangannya. “Laki tu pi mana pulak dah?”

  “Dia dah berhenti kerja,” tuturku lemah. Kak Long tidak berpuas hati dengan jawapanku. Ah! Dia memang macam tu.  Pasti menganggap aku hanya menipu.

  Wajah lelaki itu bermain di mindaku. Sesiapa saja yang melihat dia pasti akan terlopong. Dengan rambut yang perang, mata berwarna biru kehijauan serta kening nipis seperti dicukur membuatkan dia bak insan yang terkena kejutan budaya plus anak orang asing. Mujurlah pakaiannya masih elok dan nampak seperti anak Melayu. Sesuatu yang luar biasa untuk budak Kedah sepertiku. Atau dia memang dilahirkan sebegitu?

  Kalau aku ini tidak jujur, sudah habis wang milik lelaki ini aku gunakan. Dompet pelik itu ku lempar ke atas kusyen kereta dan tidak semena-mena lenganku menjadi tempat Kak Long menghadiahkan penampar. Tiba-tiba saja aku ditampar. Demam ke?

  Mata Kak Long ku pandang. Ada saki-baki marah di matanya yang sepet itu.

  “Ingat dompet hang ka nak baling suka hati?”

  Aku mencebik. Marah gara-gara ku baling dompet orang sesuka hati.

  “Alah! Tuan dompet ni bukan ada kat sini pun.”

  Dompet pelik itu diambil semula olehku dan dihulurkan kepada Kak Long. “Nah! Hang jagalah sebaik yang mungkin. Kalau jumpa tuan dompet pelik ni, bagi balik kat dia dan satu hal lagi, suruh dia bagi balik dompet aku. Walaupun hanya dua puluh ringgit, nilainya tetap sama dengan nilai dompet pelik ni.”

  “Jiwang la pulak!”

  Aku mendengus.


DOMPET pelik itu ku bersihkan lalu ku simpan di dalam sebuah kotak khas. Dua tahun aku cuba mencari lelaki itu tapi aku tak berjaya. Dua tahun juga aku kehilangan dompet. Puas aku berulang-alik dari Seven Eleven berharap agar lelaki itu kembali bekerja di situ namun itu semua hanya mimpi palsu dan sekarang, aku sudah berputus asa.

   Aku telah membuang masa 2 tahun semata-mata mencari pemilik dompet pelik itu a.k.a bekas pekerja Seven Eleven. Argggh!

  “Goodbye dompet. Setakat ni saja pencarian aku. Aku nak bersara. Penat,” luahku tanpa mengetahui ada yang memerhati.

  Seseorang memegang bahuku. Aku menoleh. Cit podah! Farhana rupanya. Budak ni tak sah kalau tak buat aku terkejut. Dia melabuhkan punggung di sebelahku. Beg sandangnya yang ku agak sarat dengan buku-buku cerita diletakkan di atas meja telefon. Barangkali Farhana baru pulang dari tadika. Aku pun tak faham dengan Farhana.

  Lulusan Ijazah Undang-Undang tapi cikgu tadika yang menjadi pilihannya. Tapi kalau aku jadi dia pun aku tak kisah. Mak ayah kaya. Elaun beriban sebulan. Nak buat apa lagi? Bukan macam aku. Tak kerja, tak ada duitlah nak makan. Harapkan duit mak ayah mesti dibebel sampai panas telinga.

  “Kau duk bebel apa ni?”

  “Tak bebel apa pun. Yang hang ni pun satu. Masuk rumah, bagilah salam.”

  “Baik Ustazah Ainul Hafiya. Eh, dompet sapa ni?” soal Farhana seraya tangannya terus mencapai dompet pelik itu dan menilik untuk beberapa kali. Dibuka dompet itu lalu diambil wang yang sudah ku simpan sejak dua tahun yang lalu. Satu tempoh yang agak lama untukku.

  Farhana masih menilik dompet pelik itu. Sesekali dahinya berkerut seolah-olah memikirkan sesuatu. Aku hairan tapi tidak berkata apa-apa. Masih memerhati tingkah lakunya. Mungkin dia boleh membantu aku. Menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan hingga dua tahun. Aku memang tak tenang selagi tidak menyerahkan dompet ini kepada tuannya.

  Sampai detik ini masih ku ingat wajahnya tapi wajah itu tak aku jumpa.

  “Dompet ni macam aku kenal.” Darahku berderau. Benarkah apa yang aku dengar sekarang ini?

  Anak mataku menikam anak mata Farhana. Aku menagih jawapan dari kenyataannya. “Dompet ni macam moyang aku punyalah!”

  Hatiku terasa membakar. Ingatkan Farhana tahu mengenai tuan dompet pelik ini. Rupanya dia hanya bergurau dan aku rasakan gurauan itu bukan satu gurauan. Bantal kecik ku baling ke wajahnya.

  “Mati-mati aku ingat hang kenai sapa pemilik dompet pelik ni.”

  “Dompet pelik? Pelik kat mana? Aku tengok biasa saja ma. Rupa macam dompet lain,” balas Farhana. Aku mencebik. “Aku panggil dompet pelik sebab aku pelik kenapa aku boleh tertukar dompet dengan lelaki tu. Lagipun aku dah dua tahun cari pemilik dompet ni tapi aku tak jumpa. Banyak kali aku pi Seven Eleven tempat dia kerja. Bila aku pi, pekerja Seven Eleven bukan laki tu.

  Farhana hanya mengangguk sambil tersenyum nakal.


 Tok..Tok..Tok

  Dengan malas aku memulas tombol pintu. Jam pada dinding bilik ku kerling. Baru pukul 8 pagi dan ini bermakna Farhana sudah menganggu tidurku. Bibirnya mengukir senyuman bahagia tatkala melihat diriku. Pasti ingin meminta tolong.

  “Ainul, tolong aku!” Sudah ku agak.

  “Hurmm. Tolong apa?”

  “Tolong belikan aku Slurpee. Aku mengidam sangat Slurpee.”

Hairan. Mengidam? Farhana ni demam ke apa? Sejak bila dia kahwin dan pregnant sampai mengidam berbagai ni?

  “Dah ar! Pi la beli sendiri. Bukan jauh mana pun Seven Eleven. 5OO meter ja,” ucapku sebelum cuba menutup kembali pintu tapi Farhana lebih tangkas menghadang pintu dengan selipar tandasnya.

  “Tolonglah pergi beli. Kau bukan tak tahu yang aku ni penat. Petang ni nak kena pergi tadika balik. Tolong ya. Aku rayu kat kau,” serunya lemah-lembut.

  Hatiku semakin lama semakin cair dan akhirnya, aku mengangguk.


PINTU Seven Eleven ku tolak dan seorang pekerja melaungkan selamat datang. Pekerja perempuan dank u agak umurnya lingkugan awal 20-an.  Awal-awal macam ni memang tak ada orang. Dua bekas Slurpee ku capai. Dan aku masih Ainul Hafiya dua tahun yang lepas. Masih terkial-kial menggunakan Slurpee Machine.

  “Meh saya tolong,” ucap seseorang.

  “Senang je ni. Tengok! Sekali tolak, dah keluar dah. Lain kali buat kuat sikit. Kalau macam tadi, memanglah tak keluar.” Aku mendongak dan terpana! Kejadian dua tahun lepas berulang. Lelaki itu mendekatiku lalu menyerahkan dompetku. Terketar-ketar aku menerima hulurannya.

  Lelaki itu mendekatkan bibirnya dengan telingaku lalu berbisik. “Jangan ingat awak sorang saja yang bertungkus-lumus cari pemilik dompet, saya pun sama. Terima kasih wahai Cik Ainul Hafiya kerna simpan dompet pelik saya sebaik yang mungkin dan saya harap awak tak pulangkan dompet tu kepada saya semula. It yours.

  Macam mana lelaki ini tahu pasal dompet dia yang aku namakan dompet pelik? Hurmm. Ku lihat kembali raut wajah lelaki ini dan wajahnya agak mirip dengan Farhana. Ceh! Tak guna punya Farhana. Adakah ini abangnya yang terakhir yang seringkali diceritakan dia? Farhan Adham. Kenapa aku tak perasan selama ini?

  “Nah, ambik Slurpee ni satu.” Aku mencapai Slurpee yang dihulurkan kepadaku. Farhana mengenyit matanya di luar Seven Eleven. Aku mengepal penumbuk. Farhan Adham tertawa lalu aku pun turut tertawa.

  Cintaku di Seven Eleven.



Alhamdullilah! Akhirnya berjaya juga aku siapkan cerpen Cintaku di Seven Eleven. Terima kasih kepada lelaki itu kerna berjaya mengembangkan ideaku untuk mencipta cerpen ini. Cayalah! Haha. Lawak juga bila kenang balik. Tak sia-sia aku pi 7E dan terserempak dengan pekerja 7E. Anda membantu saya sebenarnya menyiapkan cerpen ini. Aku begitu sibuk hingga tak ada masa untuk mencipta apa-apa karya. Harap cerpen yang hanya 5 m/s ini berjaya buat anda terhibur. Segala kesilapan sangatlah dikesali...

7 comments:

  1. Wow ! Wow ! Anddddd ..... WOW !!! Suka cerita nih !! suka sangat ..... suka . suka !! romantik nyerrr ....... wahh .. terlebih excited la pulak ..

    ReplyDelete
  2. @dhia adawiyah hehe.. mula-mula hanna nak angkat bendera putih sebab rasa macam tak mampu nak buat ending story ni.. apa pun thanx sbb baca dan komen.

    ReplyDelete
  3. best-2 . buat lah byk lgi , I will follow it .

    ReplyDelete
  4. huhu...comel cerita dia...Suka akak bc...hee~

    ReplyDelete
  5. @Cik Muda penulis tak comel macam cerita ni.. hekhek

    ReplyDelete
  6. jom join..

    http://miszzmiza.blogspot.com/2012/05/first-segmen-sambung-kata.html

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...