nota : cerita ni agak memeningkan dan memerlukan anda berfikir maka tolong baca dengan perlahan sikit. ahaks.
“Deena…”
Aku tengok Nurin
yang berada di seberang jalan. Senyuman kuukir dan balas lambaian dia. Mata
melingas kiri dan kanan. Jalan raya sesak. Nafas kutarik. Menunggu jalan raya
lengang. Kenapa ada banyak kereta hari ni?
Perlahan-lahan aku atur
langkah. Melintas jalan raya. “Deena,” jerit Nurin. Langkah aku mati. Aku
dengar bunyi hon kereta. Kepala kukalih. Pandang kanan dan sebuah kereta
meluncur laju ke arahku.
Dan… semuanya kelam
selepas itu.
SATU badan berselirat dengan wayar. Aku bangun dan duduk.
Kepala berbalut, tangan berbalut, kaki berbalut. Bagus. Dah macam mumia dah aku
ni. Dan dah berjuta kali aku tadahkan telinga dengar nasihat mak. Kalau nak
melintas jalan, tengok kiri dan kanan. Jangan main melintas terus tapi… aku dah
tengok kiri dan kanan. Takdir untuk aku kemalangan dan hikmahnya ialah aku tak
payah pergi sekolah.
Cet. Nawaitu tak
elok.
“Seronok boleh
cuti?” tanya Nurin.
Aku senyum bangga.
“Mestilah,” jawab aku dan dia terus ketuk tangan kanan aku dengan sebatang pen.
Terus aku
menyeringai kesakitan. Bengang.
“Sakitlah.”
“Ingatkan tak sakit,” perli dia.
Tak ada maknanya aku
tak sakit. Kena cubit sikit pun dah sakit. Inikan pula kena langgar. Nurin
cakap orang yang langgar aku yang bawa aku datang hospital. Perempuan. Awal
40-an. Tapi aku tak jumpa dia lagi.
Mata aku jatuh pada
tangan yang berbalut.
“Darah kau banyak
hilang. Mak cik yang langgar tu dermakan darah dia untuk kau. Sekali dengan aku
kena derma darah untuk kau,” tutur Nurin selamba.
Nurin aku tengok
dengan muka toya.
“Nak menipu pun
tengok oranglah. Tak ada maknanya kau nak kena derma darah untuk aku. Umur pun
tak cukup lagi nak derma darah.”
Belakang kepala yang
tak gatal dia garu dan dia sengih.
Kantoi… tipu aku.
“Tapi yang mak cik
tu derma darah dekat aku betul eh?”
Nurin angguk.
Serius.
Senyap.
Darah mak cik yang
aku tak kenal tu mengalir dalam tubuh aku. Kalau aku jumpa dia, aku kena
ucapkan terima kasih sebab dermakan darah. Tak ramai yang berdarah O. O ni ditakdirkan untuk orang yang baik saja.
Darah O boleh derma darah untuk kumpulan darah yang lain tapi… tak boleh terima
darah kumpulan lain.
“Aku rasa lain
macam.”
“Rasa apa?” Nurin
tengok aku pelik.
Bahu kujongket.
“Entah. Tak pasti.
Just rasa lain macam.”
“Kau demam ke apa?”
Erk. Minah ni cakap
ikut suka hati dia saja.
Betul. Aku rasa
sesuatu tapi aku tak tahu apa dan aku tak pernah rasa perasaan ni sebelum aku
kena langgar dulu.
Jari-jemariku
menyentuh pipi sendiri.
I feel something strange. What is it? Can
somebody tell me what is it?
“Deena, kau kena
sampuk ke apa?”
Kepala Nurin aku
tolak perlahan. Dia julingkan mata.
“Tak padan dengan
sakit. Ada hati nak buat aku,” bebel dia.
PELUH yang berjejeran di dahi kukesat dengan belakang
telapak tangan. Dada berombak kencang. Jam baru menginjak ke pukul 4 pagi. Aku
bangun dan sandarkan tubuh pada palang katil. Jari-jemari mula memicit kepala
yang berpinar. Mimpi yang sama lagi. Persis mimpi 9 tahun yang lalu. Sumpah aku
buntu. Kenapa sepanjang tempoh sembilan tahun ini aku asyik mimpi perkara yang
sama? Seorang kanak-kanak lelaki, seorang remaja lelaki dan seorang lelaki yang
berusia pertengahan 20-an.
Namun… ketiga-tiga
lelaki itu mempunyai raut wajah yang sama. Adakah mereka bertiga orang yang
sama?
Mata jatuh pada
tangan kanan.
Adakah kerana darah
asing yang mengalir dalam tubuh aku?
Atau aku pernah
melakukan apa-apa kesilapan terhadap lelaki itu dulu?
Entahlah. Aku tak
kenal lelaki tu tapi aku rasa dekat dengan dia. Dan aku rasa aku pernah melakukan
kesalahan terhadap dia.
“Deena…”
Pandangan aku
luruskan. Pintu terkuak dan tersembul wajah Nurin.
Nurin berjalan
melepasi pintu dan mengatur langkah mendekatiku. Dia duduk di birai katil.
“Kau tak tidur eh?”
tanya aku perlahan.
“Tak boleh tidur.
Kau terjaga ke?”
Lambat-lambat aku
mengangguk. Kedua-dua belah kaki aku rapatkan lalu aku bawa rapat ke dada. Muka
aku sembamkan ke paha kanan. “Kau masih mimpi pasal budak laki tu eh?”
Kadang-kadang aku tak
tidur sebab takut mimpikan lelaki itu lagi dan akhirnya… mata aku dah jadi
macam mata panda. Setiap kali aku tidur, aku asyik mimpikan laki tu. Kalau
kenal dia tak apa jugak. Dan masalahnya ialah that man is a stranger. I don’t know who is he. Kelam. Memang kelam
tentang lelaki itu.
“Aku nak kena cari
mak cik yang derma darah dekat aku dulu.”
“Kau nak cari dekat
mana? Kau ingat mak cik tu jiran rumah kau ke apa?” Nurin bising.
Aku angkat wajah dan
tengok dia. Bahu kujongket.
“Aku pun tak tahu
tapi lepas mak cik tu derma darah dekat aku, aku rasa lain macam. Aku asyik
mimpi benda yang sama dan setiap kali aku bangun, mesti aku menangis. Rasa
macam aku ni dah gila dah.”
“Entah-entah kau
memang gila,” gumam Nurin perlahan.
Mataku terbuntang.
Aku tolak bahu dia. Dia cebik bibir.
Tak patut sungguh
cakap aku gila. Kalau sampai mati aku macam ni, memang aku akan jadi gila
betul.
Lelaki itu, wanita
yang derma darah untuk aku. Apakah yang terjadi sebenarnya?
“Last sekali aku jumpa mak cik tu 9 tahun
yang lepas. Dah bertahun dah. Mustahil kau boleh jumpa dia, Nadeena.”
“Tak kira apa pun
yang terjadi, aku kena cari mak cik tu jugak.”
Aku kena tahu
hubungan wanita itu dan lelaki yang acap kali menganggu lenaku. Kupasti mereka
berdua ada hubungan.
Di manakah mak cik
tu berada? Adakah masih ada di Malaysia?
Haih… susahnya tapi
selagi aku tak jumpa mak cik tu, masalah aku takkan selesai.
Strange blood and strange dreams. And I’m a strange people now.
PINGGAN mee goreng dah kosong. Air milo pun dah berbaki
separuh. Aku sandarkan tubuh pada kerusi. Langsung tak pedulikan orang ramai
yang tengah makan tengah hari. Nasiblah keluar makan sorang-sorang. Nurin kerja
hari ni. Nak masak, kerajinan tak datang. Baik aku makan dekat luar. Rugi aje
kalau aku masak. Aku bukannya makan banyak.
Tangan menongkat
dagu. Bola mata berlari memandang orang yang lalu-lalang. Nafas aku hela lemah.
Aku nak cari mak cik
yang derma darah tu dekat mana? Susahnya.
“Bade, kau nak makan
apa?”
“Apa-apa pun boleh.
Aku tolak batu dengan kayu aje.”
Suara seorang lelaki tampar gegendang telinga aku.
Kang aku bagi rumput
tak makan pulak kut.
Dan tawa beberapa
orang lelaki terjah gegendang telingaku. Bibir bawah aku ketap. Hati dah mendidih.
Sebal. Bising sangat. Tak hormat orang ke apa? Aku dahlah stress gila hari ni. Tak boleh tidur.
Sudahlah suara
masing-masing besar.
Telinga aku berasap
apabila sekali lagi mendengar tawa sekumpulan lelaki yang berada di sebelahku.
Aku kalihkan wajah. Tengok muka sorang-sorang dengan pandangan tajam. Senyap.
Mesti takut. Tambah-tambah mata aku lebam semacam. Nampak lagi menakutkan.
Seorang lelaki yang membelakangiku masih bercakap.
“Saudara, kalau nak
bising, bukan dekat sini. Yang gelak kuat-kuat sangat tu kenapa?” soal aku
bising.
Kan aku dah
mengamuk.
“Ada orang cakap
dengan aku eh?” tanya lelaki yang membelakangiku. Kawan-kawan dia angguk tanpa
membuka mulut.
Terus lelaki itu
berpaling. Pandangan kami bertaut. Dahiku berkerut. Air liur terasa pahit
tiba-tiba. Lidah jadi kelu. Suaraku hilang entah ke mana dan ada satu rasa aneh
bertamu di hatiku. Rambut dia, mata dia, hidung dia, bibir dia dan semuanya
persis lelaki yang saban hari mengganggu lenaku.
Dia. Dia ada dalam
setiap mimpi aku.
“Cik ni kenapa?” aju
lelaki itu hairan.
Aku terkedu.
Suara langsung tak
keluar.
“Peliklah perempuan
ni.”
Kau lagi pelik.
Macam mana kau boleh ada di depan mata aku sekarang ni?
“En… encik kenal
saya?” soal aku dungu.
“Tak. Kenapa?”
“Encik tipu. Encik
mesti kenal saya. Sebab tu encik selalu muncul dalam mimpi saya,” ujarku laju.
Kening lelaki itu
bertaut. “Tak. Saya langsung tak kenal cik. Cik salah orang kut,” jawab dia
cuba untuk meyakinkan yang dia langsung tak mengenaliku.
“I miss you, Badrulzaman.”
“What?”
Aku blur. Tengok dia
pelik. Kenapa nak berwhat-what segala?
Aku bukannya kata apa-apa pun.
“How come you know my name?” Lelaki itu
bertanya dengan muka yang kosong tanpa senyuman.
Kepala yang tak
gatal kugaru perlahan. Sumpah aku tak faham apa yang dia cakap sekarang ni.
Time bila pulak aku cakap aku tahu nama dia? Tak ada maknanya aku tahu nama dia
segala. Nama jiran sebelah rumah pun aku tahu. Inikan pula nama dia.
“Just now you said my name. You said you missed
me.”
“Nonsense,”marahku.
Gila ke apa aku nak
kata aku rindu akan dia? Kenal pun tidak.
“Mati hidup balik
pun saya takkan cakap macam tu.” Mataku mencerlang.
“Err… cik, kami
dengar cik cakap yang cik rindu kawan kami,” ujar seorang lelaki yang memakai
kemeja warna hijau muda.
Ma… na ada.
“Macam mana cik
boleh tahu nama saya?”
Ngee… aku tak tahu
nama kaulah.
“Kan aku dah cakap
tadi. Aku tak tahu nama kau,” jeritku geram.
Semua mata jatuh
pada wajahku. Ada yang berbisik dan ada yang senyum sinis. Lelaki itu tengok
aku dengan pandangan penuh jijik. Penumbuk kukepal. Sabar, Nadeena. Jangan cari
masalah dekat sini. Benda boleh bawa berbincang. Nak marah, balik cari punching bag nanti. Nanti orang ingat
kau meroyan, Deena. Nurin tak ada nak tenangkan kau.
Lelaki itu bingkas
bangun. Dia jeling. Tajam.
“Jom blah. Tak nak
aku datang sini lagi. Ada perempuan gila.”
Mereka berlalu
pergi.
Kepalaku jatuh ke
sebelah kanan. Jari telunjuk kanan tolak hujung dagu.
Dia kata aku apa?
Perempuan gila? Nak cari pasal rupanya.
Terus aku bangun.
Menghayun langkah laju. Lelaki itu sibuk berbual dengan kawan-kawan dia. Bibir
bawah kuketap. Tangan melekap di leher. Lama aku tak buat orang dan ada orang
buat aku bengang hari ni. Nasib baik aku pakai gloves. Nak tumbuk tak ada masalah. Tak kena kulit dia.
Aku berlari ke
arahnya dan terus pukul rusuk dengan tangan kiri. Lelaki itu hilang
keseimbangan. Kaki dia kusaut dan dia terjatuh. Matanya terbuntang dan kuukir
senyuman sinis. Kawan-kawan dia membisu. Pergelangan kaki kanan dia kutekan dan
pijak. Tumbukan padu aku kenakan pada rusuk.
Lain kali jangan
cari masalah dengan perempuan macam aku. Perempuan lain paling kuat pun tampar
dan aku boleh buat orang mati. Takat patah tangan tu benda kecik aje. Dalam sekelip mata aku boleh buat
dia masuk hospital berbulan-bulan. Jangan sebab aku nampak lemah, aku memang
lemah. Tangan kanannya
kukilas. Lelaki itu menyeringai kesakitan.
“Perempuan gila ni
boleh buat encik mati. Ingat tu,” bisikku perlahan tapi tajam.
Kolar bajunya aku
cekak. Dia terdorong ke hadapan dan aku tumbuk hidung dia. Darah mula mengalir.
Dan… kelopak matanya
kian tertutup rapat.
KAWAN-KAWAN lelaki itu berbual sesama sendiri. Aku
mundar-mandir di hadapan wad kecemasan. Bibir aku gigit. Buntu. Mati aku kalau
ayah tahu. Sah kena marah. Aku dah buat silap yang sangat besar dalam hidup
aku. Mengunakan seni pertahankan diri sebab nak lepaskan kemarahan. I’m dead.
Aku memang cari masalah sungguh.
“Deena.”
Tubuh kukalih. Nurin
belari ke arahku.
“Kenapa kau ada
dekat sini?” tanya Nurin. Pelik agaknya.
“Aku dah buat anak
orang pengsan.”
“Apa?” Dia terjerit
kecil.
Aku labuhkan
punggung di atas kerusi. Tarik nafas dan menekur lantai. Kepala kupicit.
“Tadi ada mamat ni
cakap aku gila. Aku bengang. Aku tumbuk hidung dia sampai berdarah. And dia tak sedarkan diri sekarang ni.”
“Kau memang sengaja
cari pasal.”
Tangan Nurin kuraih.
Aku tengok dia dengan mata yang dah berair. “Tolong pergi tengok dia dekat
dalam kejap. Nama dia Bad apa entah. Aku risaulah. Aku bukannya sengaja nak
cederakan dia,” pintaku. Nurin geleng kepala. Tayang muka toya macam selalu.
“Ye lah. Kejap aku masuk tengok.”
Nurin berlalu pergi
dan kembali beberapa minit kemudian. Dia ukir senyuman manis.
“Dia okey tapi kena
tahan. Hidung dia patah.”
Gulp. Okey ke macam
tu?
LELAKI itu memeluk tubuh. Aku buat muka tak ada perasaan.
Menyampah aku. Mentang-mentang aku cederakan dia, dia demand macam-macam pulak. Nak buburlah, nak coklatlah. Kalau aku
tak bagi, dia ugut nak saman bagai. Tensyen bebenau.
Lelaki dalam mimpi aku tu punyalah baik. Lelaki ni pulak perangai mengalahkan penyamun.
“Sebab ciklah saya
ada dekat sini,” bebel dia.
“Diam boleh tak? Nak
kaki patah pulak ke?” Aku melenting.
Dia cebik bibir.
Aku tengok lelaki tu
dan hati aku jadi sakit. Kelopak mataku tertutup rapat. Air mata mula mengalir.
Lambat-lambat
kuangguk. Hati aku jadi makin sakit. Aku ramas hujung baju.
Kenapa aku jadi
macam ni?
I’m a weirdo now. I do and say weird things. Entah kenapa, ada masa
aku sangat dekat dan kenal lelaki itu dan ada masa aku langsung tak kenal dia.
Ada masa aku rasa sangat sedih dan ada masa aku tak rasa apa-apa. Mungkin aku
betul-betul caap aku rindu akan lelaki itu tapi aku tak sedar.
Like I don’t control my body anymore. Like
there’s someone else in my body.
What should I do?
“Badrulzaman, I miss you so much.”
“Cik ni memang
pelik.”
Kelopak mataku
terbuka.
“Kenapa kata saya
pelik pulak?”
“Tadi cik kata cik
rindukan saya.”
“Mana ada,” nafiku.
“Betul. Saya tak
salah dengar. Kenapa dengan cik ni sebenarnya? Kalau cik memang suka saya,
beritahu ajelah. Tak payah nak
berdolak-dalih.”
Erk.
“Masalahnya saya
memang tak cakap yang saya rindukan encik.” Suaraku naik seoktaf.
Nurse yang lalu di hadapanku tengok aku tajam. Tak suka aku bising.
Lelaki itu tahan senyum.Seronok tengok aku kena marah. Aku tekup kedua-dua belah telinga. Kepala kugeleng.
Kenapa dengan aku ni? Gila ke apa? Kenapa aku tak perasan yang aku cakap
sesuatu? Kenapa aku cakap sesuatu di luar sedar?Allah... apakah yang terjadi kepadaku?
Wake up, Deena.
“Dah dua kali cik
cakap cik rindukan saya. Macam mana cik tahu nama saya? Saya rasa cik kena
pergi jumpa doktor. Ada masalah mental kut.”
Tanganku terus
tumbuk kaki kiri dia. Dia menyeringai kesakitan. Aku bangun dan tolak kerusi.
“Saya nak balik.
Jangan mengada sangat. Makan aje apa
yang hospital bagi. Saya just buat
tangan dengan hidung encik patah. Bukannya mati pun.”
Beg sandang aku
capai dan aku hayun langkah pergi dengan hati yang semakin sakit tanpa
kuketahui sebabnya.
AIR MATA yang berjejeran di pipi aku kesat dengan tisu.
Nurin duduk di sisiku. Aku memang penat gila. Nak sangat tidur tapi setiap kali
aku tidur, lelaki itu akan muncul. Sampai bila aku nak jadi macam ni? Aku nak
tidur. Aku nak ada hidup macam orang lain tapi gara-gara darah asing yang
mengalir dalam tubuhku, hidup seorang Nadeena jadi tak tentu arah.
“Aku rasa kau kena
jumpa doktor,” komen Nurin.
“Aku tak gilalah!”
“Mana ada aku cakap
kau gila. Aku tahu kau normal. Tu yang aku kawan dengan kau. Kau stress sangat ni. Takkan setiap hari
kau nak jadi macam ni. Mata kau tu lagi teruk daripada mata panda. Kena ambik
ubat tidur macam ni.”
Terus aku merengus kasar.
“Kau nak bagi aku
mimpi pasal mamat tu dua puluh empat jam ke apa?” soal aku. Bengang lagi. Hati
jadi sensitif sejak kebelakangan ni.
“Hati aku jadi sakit
bila aku tengok si Bade apa entah tu. Aku rasa macam nak menangis setiap kali
aku tengok dia.”
“Kau jatuh cinta
dengan dia kut,” tebak Nurin.
“Bukanlah. Ni bukan
rasa cinta bagai tu.”
“Kau tahu apa. Jatuh
cinta pun tak pernah.”
Kaki dia aku pijak.
Nurin jerit. Tu lah. Cakap main ikut sedap mulut aje. Nak cakap pun fikirlah dulu. Aku dahlah tengah berangin
sekarang ni. Memang bukan rasa cinta yang aku rasa tapi satu rasa lain. Rasa
yang aneh gila.
“Aku rasa lain
macam.”
“Macam mana?”
“Macam rasa keibuan.
Rasa kasih dekat anak sendiri.”
“Gila pelik. Kau ni memang
pelik lepas kemalangan dulu. Kena sampuk ke apa?”
“Tak kena sampuklah.
Darah pelik yang mengalir dalam badan aku yang buat aku jadi pelik dan rasa
bukan-bukan.”
Mata jatuh pada kaki
langit yang gelap tanpa bintang. Haissyy.
Lemme take a nap. Lemme rest for awhile. I’m tired. This restless life is
hurting the inner side of me. Aku nak hidup tanpa rasa lelah, tanpa perlu
mengalah tapi tu takkan dinamakan hidup bukan?
SUARA langsung tak keluar sedari tadi. Aku hanya memandang
wajah Bade dan kelopak mata mula bergenang di luar sedar. Lelaki itu masih
dibuai mimpi. Huarrggghh… aku pun nak tidur jugak.
Ngantuk sangat dah ni tapi kalau aku tidur, aku akan bermimpi lagi dan aku dah
penat mimpikan perkara yang sama. Dan aku terpaksa berjaga juga. Haih.
Bade ni pun satu.
Kerja nak menyusahkan aku. Tak reti ke nak makan apa yang hospital bagi?
Mangkuk betul dia ni. Sudahlah tidur time
aku datang.
Badrulzaman. Adakah
dia anak kepada wanita yang dermakan darah kepada aku dulu?
What had happened actually? Kenapa aku rasa perasaan bersalah? Kenapa
darah asing yang mengalir dalam tubuh aku selalu buat aku jadi sedih? Kenapa
darah asing tu buat aku selalu mimpikan si Bade?
Kenapa aku yang jadi
mangsa? Aku langsung tak bersalah. Nadeena merupakan mangsa keadaan. Titik.
Lelaki itu terjaga.
Dia gosok kedua-dua belah mata dan menguap. Aku tengok dia dengan perasaan
jelak. Tak senonoh punya budak.
“Dah lama datang?”
“Who are you?” tanya aku tanpa pedulikan
soalannya.
“Cik ni kena sampuk
ke apa? Boleh pula tanya saya siapa. Manusialah.”
“Kenapa encik selalu
hadir dalam mimpi saya? Saya tak pernah pun mintak
encik kacau hidup saya. Sebab enciklah, saya tak boleh tidur. Sembilan tahun
encik ganggu tidur saya. Sudahlah. Saya penat. Faham tak yang saya penat?”
Bade hela nafas
lemah. “Benda apa masuk dalam badan cik sampai cik cakap benda pelik-pelik ni? I don’t know you and I don’t even know your
name. Cik yang mula-mula approached
saya. Saya langsung tak tahu apa-apa pasal cik. Cik pernah bercinta atau
berkahwin dengan lelaki yang rupa macam saya ke? And nama that guy sama dengan nama saya eh?”
Ingat ni drama ke
apa?
Aku julingkan mata.
“Susah betul cakap
dengan encik ni.”
“Cik yang saya tak
tahu nama, cik ada masalah apa sebenarnya? Cik ni memang pelik. First time dalam hidup saya, saya jumpa
manusia macam cik.”
Tak apa. Orang
memang selalu ingat aku ni alien.
“Where’s your mum?” tanya aku perlahan.
Sekali lagi aku tak pedulikan soalan lelaki itu.
Riak wajahnya
berubah. Lelaki itu menunduk. Bibir bawah kugigit. Silap tanya soalan. Bagus
betul aku ni.
“Dia tak ada.”
“Ooo… pergi mana
memangnya?” ajuku lagi tanpa rasa bersalah.
“Lembap betul kau
ni. Dia meninggal.”
“Sorry.”
Kan. Lembap betul
aku ni.
Tapi… mak cik yang
cari tu dah meninggal dan aku buntu nak buat apa sekarang ni.
“Bila mak encik
meninggal?”
“Tahun lepas.”
Dan selepas itu,
mulutku seolah-olah berat untuk bertanya.
Bade buka laci meja
di sebelah katil. Dia capai dompet. Aku hanya memerhati. Dia tarik sekeping
gambar dan hulurkan kepadaku. Aku tengok Bade dan dia buat isyarat mata suruh
ambil gambar tu. Lambat-lambat kusambut hulurannya. Mata melekat pada gambar
tersebut. Ada seorang wanita muda dan kanak-kanak lelaki yang berusia dalam
lingkungan 10 tahun. Jantungku berdetak laju. Kanak-kanak lelaki tu selalu ada
dalam mimpi dia. Dia ada dalam setiap mimpi.
Entah macam mana,
air mata berjuraian keluar.
“Why are you crying?”
Laju saja kugeleng
kepala.
“Saya tak tahu.”
Hati jadi sakit lagi
tanpa kukawal.
“Cik kenal mak
saya?”
“Tak kenal,” balasku
tanpa berfikir.
“Kenal,” tuturku
apabila tersedar.
Bade tengok aku
pelik. O… key. Dia selalu tengok aku pelik. Tak apalah. Nak buat macam mana.
Dah aku ditakdirkan menjadi seorang perempuan yang pelik.
Masalahnya aku pun
tak tahu muka mak cik yang dermakan darah kepada aku tu macam mana. Tinggi ke,
pendek ke. Muka bulat ke, muka panjang ke. Aku langsung tak tahu sebab secara
teknikalnya, aku tak jumpa dia. Waktu aku sedarkan diri dulu, dia dah tak ada.
“Encik ada tak
gambar dia yang sekarang?”
Lelaki itu jeda. Dia
raup kasar wajahnya dan palingkan wajah ke arah lain. “Tak ada,” ucapnya
perlahan.
“Tak ada.”
“Memang tak ada eh?
Encik pasti?” ajuku lagi menginginkan kepastian.
“Kan aku cakap tak
ada. Pekak ke apa?” marah dia.
Terus aku bangun.
Cekakkan pinggang. Mencerlung mataku memandangnya.
“Yang nak
marah-marah ni kenapa? Saya tanya elok-elok. Encik ni yang gila. Bukannya
saya.” Dan aku pun melenting sekali.
Pesakit yang berada
di katil sebelah tengok kami senyap. Dia urut dadanya berulang kali dan geleng
kepala. Maaflah, pak cik. Saya bukan sengaja nak bertekak dekat sini tapi
lelaki ni buat saya berasap sungguh. Tak reti nak cakap elok-elok.
“Kenapa cik nak
gambar dia?” Suaranya mendatar.
Aku duduk kembali.
“Saya nak kenal
pasti siapa dia sebenarnya.”
“Kenapa dengan dia?”
Pelipis kutekan
beberapa kali. Nafas aku hela lemah. Berat hati nak cerita. Nanti dia cakap aku
gila. Aku tak gila. Aku masih waras tapi benda pelik yang kualami buat aku jadi
pelik. Aku tak mintak tapi aku kena terima. Selepas sembilan tahun, aku jumpa
lelaki yang ada dalam mimpiku tapi… lidah kelu untuk bertanya.
“Kenapa dengan mak
saya, cik?”
“Tak ada apa-apa
pun.”
Dan tak cerdiknya
aku sebab menyembunyikan kebenaran.
AKU duduk sorang-sorang di atas bangku. Tengok langit tanpa
perasaan. Kedua-dua belah tangan diletakkan di atas lutut. Kaki kuluruskan.
Jari telunjuk kiri aku bawa dekat ke mata. Aku tekan jari tersebut yang tadinya
terluka. I cut my finger. Eheh. Dan
darah mengalir. Sakit tapi sakit lagi hati dan fikiran aku kerana terlalu
keliru dengan apa yang terjadi.
Darah ni. Bukan
darah aku. Sebahagian darah yang mengalir dalam diri aku bukan darah aku. Strange blood…
“Deena, mana dompet
kau? Nak pinjam Popular Card kau.”
Nurin entah muncul
dari mana.
“Ada dalam beg
sandang aku.”
Dia angguk dan
hilang entah ke mana. Aku ambil tisu dan lap tangan yang berdarah. Tak boleh
bagi jururawat tu nampak. Nanti membebel. Kumanlah, apalah. Aku rasa Nurin
mesti selalu membebel dekat hospital. Nasiblah dapat kawan macam tu.
“Nadeena,” jerit
Nurin.
Bunyi derapan kaki Nurin
tampar gegendang telingaku. Dia berdiri di muka pintu. Nampak macam baru lepas
berlari.
“Aku terambiklah gambar tu. Kenapa?”
“Aku pernah jumpa
gambar ni.”
Jantung macam nak
luruh.
“Dekat mana?”
“Dekat dalam kereta
mak cik dulu. Dia letak dekat dashboard
kereta dia.”
“Betul ke?”
Nurin angguk. Dia
serius.
Mata kupejam.
What will I do next?
BADE geleng kepala. Kawan-kawan dia tengok aku. Mesti anggap
aku gila sebab sanggup tunggu dekat kedai makan yang aku jumpa dia dulu. Aku
agak dah yang dia ada dekat sini. Bade yang hanya memakai shorts dan tee tengok aku
dengan muka sombong. Eleh. Aku buat kau masuk hospital baru kau tahu.
“Rindu saya eh?”
Mati hidup balik pun
tak.
“Ada benda saya nak
cakap dengan encik.”
“Cakap ar sekarang.”
“Tak sesuai.”
“Hurmm… ikut saya.”
Dia atur langkah dan
kuhanya membuntuti langkahnya. Saat kami sampai di taman permainan, Bade duduk
di atas bangku dan aku berdiri. Memang tak gentleman
langsung. Kutlah bagi aku duduk. Ni tak. Pelawa duduk pun tak.
“Encik kata saya
gila kan?” tanyaku memulakan bicara.
Bade yang tengah
sibuk perhatikan keadaan sekeliling angkat wajah. Mulutnya terbuka sedikit.
Sekali lagi dia tengok aku pelik. “Mana ada,” nafi Bade.
Ye lah tu. Macam aku tak ingat dia kata
aku ni perempuan gila.
Senyuman pahit
kulempar. Aku peluk tubuh dan luruskan pandangan. Angin pagi yang tampar lembut
pipi kubiarkan. Selepas sembilan tahun, aku tahu kebenarannya. Kutahu apa yang
terjadi sebenarnya. Mungkin orang akan ingat aku ni gila tapi kenyataan tak
boleh diubah. Semua yang terjadi terhadap seorang Nadeena bukannya dusta.
“Mak encik langgar
saya sembilan tahun yang lepas.”
Kupandang Bade.
Wajahnya tidak beriak tapi kutahu hatinya gusar.
“Masa tu umur saya
16 tahun dan saya perlukan darah sebab darah tak cukup. Darah saya dengan darah
mak encik satu kumpulan yang sama jadi dia pun dermakan darah dia.”
“Saya tak tahu pun
yang dia langgar cik.
”
Cet. Anak apa macam
ni. Tak ambil berat pasal mak sendiri sungguh. Nak jadi anak durhaka ke apa?
“Mak dengan ayah
saya bercerai masa saya kecik lagi. Saya tinggal dengan ayah saya,” sambung
lelaki itu.
Darahku berderau.
Okey. Salah aku
sebab tak husnuzon.
“Saya jarang jumpa
dia. Entah-entah dia tak sayang saya langsung.”
“Mak encik sayangkan
encik.”
“Mana awak tahu?
Awak bukannya mak saya. Awak tak ada dekat tempat dia.”
Muka terasa
berbahang. Tubuhku menggeletar menahan amarah. Bibir kuketap. Sabar, Nadeena.
Sabar.
“Dia memang tak
sayangkan saya. Dia langsung tak ingat dekat saya. Dia bukan mak yang baik.”
Ayat terakhir Bade
buat telingaku berdesing. Air mata mula mengalir. Aku tekup muka dengan
kedua-dua belah telapak tangan. Bade tak rasa apa yang aku rasa. Bade tak
mengerti apa yang terjadi kepadaku.
“Encik tak tahu
apa-apa. Encik tak tahu betapa sayangnya mak encik dekat encik. Setiap kali dia
tidur, dia mesti mimpikan encik.”
“Tipu,” balasnya
selamba.
“Saya tak tipu!”
jeritku lantang.
Dia terkejut. Aku
tengok Bade tajam dan air mata semakin laju mengalir. “Sebahagian darah yang
mengalir dalam diri saya bukan darah saya. Lepas mak encik dermakan darah
kepada saya, saya rasa macam bukan saya sorang yang kawal perasaan saya, yang
kawal badan saya. Semua perasaan mak encik masuk ke dalam tubuh saya.
Sembilan tahun saya
mimpikan encik. Saya tak tahu kenapa. Saya buntu. Setiap kali saya tidur, encik
ada dalam mimpi saya. Setiap kali saya tengok encik, saya rasa macam nak
menangis. Saya rasa macam saya sayangkan encik sangat tapi sayang saya tu
sayang seorang ibu kepada anak dia. Saya langsung tak sedar bila saya cakap
saya rindu encik, bila saya sebut nama encik. Perasaan tu semua, pertuturan tu
semua di luar sedar. Bukan diri saya yang sebenar sayangkan encik, bukan diri
saya yang sebenar rindukan encik dan sebut nama encik.
Encik cakap saya
gila. Saya memang hampir gila. Darah asing yang mengalir dalam tubuh saya buat
saya jadi pelik,” terangku panjang lebar.
Lelaki itu
tertungkap.
“Saya tak mintak
encik percaya cakap saya tapi saya nak encik tahu yang mak encik memang
sayangkan encik. Encik anak dia. Dia yang lahirkan encik, jaga encik dengan
penuh kasih sayang.”
Senyuman manis aku
koyak.
Gambar milik dia
yang aku terambil dulu aku letakkan di sisinya.
“Mak encik pun ada
gambar ni.”
Mata Bade melekap
pada wajahku. Aku kesat air mata dengan belakang telapak tangan. Perlahan-lahan
kuatur langkah pergi. Semuanya dah berakhir. Aku dah mengerti segalanya. Kerja
aku dah selesai. Terpulang kepada lelaki itu untuk percaya atau tidak kerana
aku tidak berbohong. I’m speaking the
truth.
“Cik…” serunya
perlahan tapi masih dapat menampar gegendang telingaku.
Aku berpaling. Bade
bangun dan senyum.
“Saya pun rindukan
mak saya.”
Senyumanku melebar
dan air mata mengalir lagi.
“I miss you too, Badrulzaman.”
Dia menghampiriku.
“Tadi cik cakap cik
rindukan saya.”
Laju saja kugeleng
kepala. “Mana ada.”
“Betul. Tadi cik
cakap.”
“Tak.”
“Betul.”
“Eii… mana ada saya
cakap saya rindukan encik.”
AIR MILO di dalam gelas dah habis. Bade duduk dan kesat
peluh yang merenik di dahi. Pak cik ni makin gelap. Tu lah. Jadi land surveryor siapa suruh? Macam tak
ada kerja lain dan dia kerja nak melekat dengan aku. Dia asyik nak dengar apa
yang the other side of me cakap.
Macamlah aku boleh cakap benda ni. Selalunya aku just cakap I miss you, Badrulzaman.
“Tak mengajar ke
hari ni?”
Aku geleng kepala.
“Ingatkan nak pergi
mengajar sama.”
Bibir aku cebik.
“Encik mana reti
taekwondo.”
“Berapa dan?”
“4th
dan.”
Rahang bawah jatuh.
Gila mamat ni. Asal tak defense hari
tu time aku buat dia? Buat malu aku aje yang
jadi pembantu jurulatih taekwando kanak-kanak.
“Worth it lah. Saya dah 29 tahun and belajar taekwondo sejak kecil,”
tuturnya bersahaja tanpa nada.
“Kenapa tak self-defense time saya buat encik hari
tu?” ajuku geram.
Senyumannya meleret.
“Saya belajar
taekwondo bukan nak buat orang bila saya geram. Plus, I’m a gentleman. I don’t hit women.”
Aku julingkan mata.
Ayat pertama dia
macam perli aku sebab salah guna seni pertahankan diri. Aku tak sepatutnya
pukul dia tapi marah punya pasal, aku pukul dia. Hidung dia patah teruk dan
terpaksa buat pembedahan sebab nak betulkan kembali hidung. Memang salah aku
tapi ada aku kisah? Lain kali jangan cakap aku ni perempuan gila.
“Lain kali cuba
kawal sikit perasaan marah cik tu,” tegur Bade.
“Encik pun sama.”
Mengata dekat aku
konon. Dia pun sama.
“Nadeena kan nama
cik?”
Angguk.
Tu pun dia selalu
lupa.
“You’re a weirdo.”
True.
Bade senyum. “And funny.”
“Keras kepala. Suka
cakap benda pelik-pelik. Not an ordinary
woman.”
“You too. Not an ordinary man.”
Bade jongket bahu.
Aku rasa macam kami
berdua ni alien dari planet lain. Orang mesti pelik tengok kami berdua. Aku pun
tak tahu kenapa. Sekejap cakap baik-baik, sekejap bergaduh. Ini semua poyo.
Salah dialah. Asyik nak dengar aku cakap I
miss you.
“Be my wife, Nadeena. I’ll make you the
happiest woman in this world. Insya-Allah we’ll earn jannah together.”
Senyap.
Kami saling
berpandangan.
“Okey.” Hanya tu
yang terkeluar dari bibirku. Nervous punya pasal. Kali pertama orang cakap
macam tu dekat aku.
“Cik sedar tak apa
yang cik cakap?”
Angguk.
“Takkanlah the other side of me yang cakap okey,”
ujarku geram dan dia gelak.
RAMBUT Bade aku elus lembut. Dia senyum dan aku pun senyum.
“I love you,” tuturnya tanpa suara.
“Love you too.”
Dia tengok aku pelik
dan aku blur. “Tadi you cakap you cintakan I.”
Dahiku berkerut.
“Mana ada.”
“Ada.”
“Betul. Saya tak
cakap pun,” ujarku dengan muka yang serius.
Lelaki itu senyap
dan aku gelak.
“Ye. Saya yang cakap sebenarnya.”
Badrulzaman cebik
bibir. Mukanya masam dan aku rangkul erat tangannya. Kepalaku melentok ke bahu
dia. Dia rangkul bahuku.
“Sabtu ni kita lawan
taekwondo ya.”
“Tak nak. Awak
kuat.” Aku menolak ajakannya.
Gila nak lawan
dengan aku. Tak pasal-pasal aku pulak yang patah hidung nanti. Cukuplah hidung
dia saja yang patah dulu. Sebab tu orang cakap kami pelik. Well. We share the same passion. Jarang ada suami isteri belajar
taekwondo. Hohoho.
“The real me and the other side of me love
you, Encik Badrulzaman.”
“I know, sayang.”
Darah asing yang
mengalir dalam tubuhku temukan aku dan dia. The
other side of me sayang akan Bade sebagai seorang anak dan the real me sayang akan Bade sebagai
seorang suami, seorang lelaki yang berusaha buat aku bahagia.
I am weird. Bade is weird. That’s why we suit
each other.
Insya-Allah we’ll earn jannah together. J
TAMAT
penat. hahaha. banyak sangat pages.
first of all, i wanna say sorry because blood isn't a normal story. well... maybe ending dia merupakan ending kepada cerita biasa tapi... plot dia agak memeningkan. weird story from a weird girl. kena baca slow sebab kena fikir sikit. anda yang berpijak di dunia nyata will hate this story. ya. kerana cita ini sangatlah tidak logik tapi ini imaginasi seorang remaja yang berusia 16 tahun. idea pasal darah tu datang bila aku baca satu manga tapi cerita ni and cerita tu tak samalah. plus aku just baca few pages ja lepas tu tutup. hahaha. i wanna spread my imagination in a proper manner.
thanks to all of u for staying by my side all the time. maaf sebab lama tak update cerpen. last skali update tahun lepas. err... agak sibuk tahun ni and busy buat mss. Alhamdulillah. Dah dua mini enovel siapkan iaitu Thorn and Yang Dinamakan Kehidupan. Terima kasih kepada semua proof readers. You may be don't know my real name, my real face but u always be in my heart. Kadang2 aku terlupa nama orang yang selalu baca apa yang aku tulis. Sorry ya. Memori aku tak berapa bagus.
maaf untuk segala kekurangan. till we meet again, next time. Dah banyak kali janji nak tulis cerpen kat blog. Baru minggu ni berjaya tulis. Aku punya real life sangatlah serabut sampai tak dak masa nak fikirkan pasal blog bagai. Ada masa aku rasa stress sangat but i'm okay. I have Him and I have all of you. Kalau sudi, boleh tinggalkan komen and bagi pendapat. Bila lama tak menulis, skill semua hilang. Hahaha. But i'll do the best, insya-Allah. Terima kasih kerana selalu ada untuk aku tak kiralah hampa kenal aku time 2011 ka,2012 ka,2013 or 2014.
by the way, thanks to ika sebab sudi jadi proof reader. ada ka patut aku kacau dia pepagi buta semata2 suruh dia baca apa yang aku tulis? and... ramai yang tatau cara nak pronounce nama bade. cara sebut bade sama dengan sebut bait *umpan* ya.
with lots of love - hanna aleeya/ suria november
*hugs and kisses. hikss*
Hai kak !!! Im the first reader that comment huh??? Huhuhu... If yes, im lucky...if not, its ok ;) .. Yeahhh!!! Back to this story, it weird but superb! Never seen this cerpen before... Ya, never seen n never read but now i already see n read... Hahaha.... I can understand it my sis... Mcm blh rasa yg bile kita x sedar ape yg kita ckp.. Sbb kengkadang pon sy ada jd mcm tu kan tp xdalh pernah sebut miss at someone...hehe.. Tp mcm x sngka pon ada yg deena blh rasa sebahagian dirinya is someone that help her.... Its in her blood... But serius this cerpen like misteri... Huhu... But lwk jgk at part bade patah hidung... Also pity to deena cause cant sleep cause all of that happen to her... Dh bape lama eeh deena x tido?? Akk, ur the best writer that i had met in my life.... Ur story make me feel something?.. Ya,something that make want more n more... Hahaha... I hope Hehe can hah??? ;) thanks akk for did this cerpen nread my pot pet yg pnjg berjela ni... Thanks again :)
ReplyDeletehai, dik. ahah. orang pertama yang komen. kan. kadang2 kita pun tak sedar apa yang kita cakap. akak selalu cenggitu. err.. akak pun tak sure berapa lama deena tak leh tido *bad writer* naa.. im not the best writer yang adik pernah jumpa but ill try my best untuk buat adik happy. ur welcome dik. thanks a lot tau sudi singgah. terharu T.T
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletethe best story ever..
ReplyDeleteserius macam masuk dalam satu dunia lain.
jaranglah ada org buat cerita macam ni :)
good job writer! i salute you :D
ahaks. kita masuk ke dunia deena. thanks. heee <3
DeleteHahahah ,unik cerita ni . Love your Cerpen !
ReplyDeletehahaha. thanks, adik manis. glad u like it. mati akak kalau adik tak suka
Deletecerita yg unik! memang jarang ada writer yg buat cam ni. tapi kadang pernah jugak bercakap di luar kesedaran sendiri bila sedang berkhayal. haha. bye kak hanna!
ReplyDeleteidea ni tetiba ja datang dlm kepala akak. ahaks. kan. slalu ja kita ckap di luar paras sedar and jadi blur bila orang ulang balik apa yang kita cakap. bye adik :)
DeleteLama tunggu cerpen hanna..berbaloi tunggu lame2..good job dik:)
ReplyDelete~biha~
maaf ya kak sbb lama tak buat cerpen. last skali cerpen letak kat blog tahun lepas. hikhik. busy sikit. thanks ya kak <3
Deletei love this story although it so weird
ReplyDeletetrimas2. hehehee. pelik sikit. maaf ya
Deletesuch a weird story but love it coz i love to read horror, weird and adventure story..
ReplyDeletehanna pun suka cita yang horror bagai. fantasy pun best jugak. tehee
DeleteHye sis :)
ReplyDeleteNice story... Saya seorang yang berpijak di bumi nyta tapi saya juga suka imginasi macam ni sekali sekala ;)
Dah selalu org buat pasal pemindahan jantung/hati then the hero and heroine meet with the 'feeling' they don't know...
This one is very nice because it's about mother's love and it's through blood... Walaupun kalau ikut lojik akal memang kita akan sangkal...
Keep on writing and keep up the good work sis ;)
hai, kak. idea pasal darah ni hanna dapat daripada manga sebenarnya. ahaks. mula2 ingat nak buat pasal darah tu perempuan muda yang derma blablabla tapi hanna tukar sbb rasanya lagi okey letak mak. hahahhaa. cita yang tak masuk akal lagi.
Deleteinsya-Allah hanna cuba teruskan menulis dan buat yang terbaik. thanks a lot ya kak
cerita hanna lain dari yg lain. saya suka..best.
ReplyDeletetak adalah lain dari yang lain. glad u like it. heee.. trimas2
DeleteKak hana.. best arr.. sy suke bca crpen2 akak.. :D
ReplyDeletereally glad u like it, dik.thanks ya sudi baca cerpen yang banyak kekurangan ni. :)
DeleteAdik smua cerpen adik, kak dah bca.. best ssgt.. good job n trs brkarya ehh ada potensi nk maju dlm bdg ni.. keep it up! Cpt2 update new one cerpen eh.. x saba kak nk bca .. tahniahh dik!!! ♥♡♡♥♡♡♡♥
ReplyDeletegud job hana. keep it up.. walaupun akk jenis yg realistik.. tapi, akak enjoy je baca cerpen ni. heehehehe...
ReplyDeletegud job hana. keep it up.. walaupun akk jenis yg realistik.. tapi, akak enjoy je baca cerpen ni. heehehehe...
ReplyDeleteSerius, cite ni best...ganbatte, hanna!
ReplyDelete