cerpen : Aku Bukan Cinderella Biasa


  “Naili! Datang sini cepat. Yang kau terhegeh-hegeh tu kenapa?” Mak tiri Cinderella mula bersuara. Memecahkan kesunyian alam. Suaranya betul-betul menusuk kalbu.

   Tunggu sekejap! Biar aku perkenalkan diri. Nama aku, Cahaya Naili. Kenapa Cahaya? Entahlah. Aku sendiri tidak punya jawapan untuk soalan itu. Umur aku 19 tahun. Mesti ada yang tertanya-tanya di mana aku menuntut. Jawapannya menuntut di rumah. Sebenarnya diri ini sudah tidak belajar. Bukan sebab aku malas atau miskin. Mak tiri aku bak mak tiri Cinderella yang tak izinkan aku belajar. Nasib aku dan si Cinderella mungkin agak sama.

  Selepas arwah ibu meninggal, ayah kahwin lain. Aku memang tak suka tapi aku relakan saja. Kebahagiaan ayah lebih penting daripada kebahagiaan aku. Nama mak tiri aku, Juwita. Bila ayah ada bersama kami, dia mesti layan aku bak puteri raja tapi bila ayah tiada, aku didera dan dipaksa melakukan kerja-kerja rumah. Dan apabila ayah meninggal, secara tak langsung aku mengalas tanggungjawab sebagai seorang manusia yang bernama orang gaji.

  “Kenapa mama panggil Naili? Tadi Naili basuh baju sebab tu Naili tak dengar mama panggil Naili,” tuturku lembut.

  “Sejak bila aku jadi mak kau? Panggil aku puan. Dah berjuta kali aku ingatkan tapi tak juga kau dengar. Bebal sungguh. Sebijik macam mak kau!” Bentak mama seraya menunjal dahiku. Aku menunduk. Butir-butir jernih seolah-olah ingin mengalir tapi aku tahan.

  “Ala mummy. Dia memang bebal. Mak dia pun bebal. Biasalah. Bagaimana acuan, begitulah rotinya.”

  Aku mengerutkan dahi. Dia yang bebal sebenarnya. Pepatah pun salah. Buat malu keturunan saja. Nasib baik bukan keturunan aku.

  Terus Haira Umairah dan mama ketawa. Hatiku semakin sakit. Suka-suka hati menghina aku dan arwah ibu. Tak sedar diri menumpang rumah orang.

  Haira. Haira Umairah. Satu-satunya anak mama a.k.a saudara tiri aku. Namun bagi aku dia bukanlah ba-saudara tiri sebaliknya musuh nombor satu. Selalu berusaha menyaingi aku dalam semua hal. But I’m the number one, babeh! Cita-citanya sangat pelik bagi aku. Cita-cita yang patut dibuang ke dalam tong sampah. Cita-cita yang paling tak boleh pakai iaitu ingin berkahwin dengan orang kaya.

  “Malam ni kami nak pergi majlis hari jadi. Jadi, kau tak payah masak malam ni. Faham tak?”

  Aku lantas mengangguk tanda faham. Tertanya-tanya majlis hari jadi siapa mereka ingin pergi. Teringin juga nak pergi. Mesti majlis hari jadi orang kaya. Orang miskin mereka takkan layan punya. Faham sangat perangai mama dan Haira.

  “Errmm. Puan, Naili ikut boleh?” soalku cuba menilai sejauh mana kebaikan yang ada dalam diri mama dan si Haira.

  “What? Kau nak ikut? Boleh. Boleh blah! Kau ingat kau tu siapa? Tak sedar dek untung. Kau tu hanya orang gaji. Orang gaji!” Haira membentakku. Cair taik telinga aku.

  “Haira ni macam tak biasa pula dengan perangai orang gaji ni. Dia kebulur nak ikut kita.”

  Ada bakat rupanya mereka berdua bab menyakitkan hati orang.


KERETA yang mama dan Haira naiki ku pandang sekilas. Seketika kemudian mereka hilang dari pandanganku. Hatiku meronta-ronta ingin pergi namun aku tak tahu apa-apa. Siapa punya hari jadi, di mana berlangsungnya majlis hari jadi yang aku rasakan vogue itu.

   “Haisyy! Buatlah kerja. Majlis hari jadi tu tak seronok pun.” Aku cuba memujuk hati. Aku kembali membasuh baju. Suis mesin basuh aku tekan. Seketika kemudian aku mencampakkan baju-baju tak cukup kain milik mama dan Haira ke dalam mesin basuh.

  Tok..tok..tok

  Pintu diketuk berulang kali. Aku mendengus. Kacau aku sungguh! Makhluk mana yang suka sangat menganggu kedamaian aku. Aku menyeret kaki untuk menjenguk siapa yang datang. Membiarkan mesin basuh.

  Balqis tersengih tatkala daun pintu aku tolak. Aku menjongketkan kening. Hairan dengan kedatangan Balqis malam ini. Balqis ialah sahabatku. Kami berkawan sejak kecil lagi.

  “Asal kau datang?”

  “Hehe. Sebenarnya aku nak ajak kau pergi majlis hari jadi sepupu aku. Aku tak ada kawanlah.”

  Majlis hari jadi? Adakah majlis hari jadi yang sama dengan majlis hari jadi mama dan Haira hadiri?

  “Kau ni! Aku nak keluar pergi kedai pun mama tak bagi. Inikan pula pergi majlis hari jadi.”

  “Alah! Tolonglah. Aku janji. Sebelum mama kau balik, aku dah hantar kau balik rumah. Okeh?”

  Perlahan-lahan aku mengangguk. Lantaklah mama. Yang penting aku boleh keluar dari penjara mewah ini. Aku mula mengorak langkah menuju ke bilikku tapi terhenti. Kembali memandang Balqis.

  “Balqis, aku nak pakai baju apa?”

  “Lupa nak bagi tahu kau. Aku sebenarnya dah bawa baju untuk kau. Jom siap!” Tanganku ditarik Balqis. Aku hanya menurut. Mesin basuh yang masih berjalan hilang dari ingatanku.


RUMAH yang tersergam indah dengan cat berwarna kelabuh aku pandang. Balqis tiada di sisiku. Dia sedang mencari tempat memparkir kereta. Orang yang menyambut majlis hari jadi ini merupakan sepupu Balqis. Berumur 24 tahun dan baru pulang dari Jepun. Memiliki seraut wajah yang tampan. Itu kata Balqis sebentar tadi.

  Harap-harap mama dan Haira tak perasan kehadiran aku ke majlis ini kerna tadi aku terlihat kereta milik mama tersadai elok di hadapan pintu masuk rumah ini. Dengan jubah moden tapi masih menutup aurat berwarna krim dan gladiator berwarna hitam, aku nampak berbeza. Ditambahkan lagi dengan solekan nipis. Gladiator? Lantaklah. Asal aku tak berkaki ayam.

  “Naili, jom masuk!”

  Aku mengangguk.

  Sesak dada sungguh apabila terlalu ramai orang di sini. Menyesal aku ikut. Baik duduk di rumah. Balqis sudah hilang dari pandanganku. Biarkan saja. Nak balik nanti baru cari. Sekarang cuci mata dulu.

  Selepas mencapai sepotong kek coklat, aku melangkah meninggalkan laman ini. Kolam renang menjadi destinasiku. Aku melabuhkan punggung di atas sebuah bangku kecil. Memerhati kolam yang dipenuhi air. Nama pun kolam renang.

  “Boleh saya duduk sini?”

  Aku mendongak. Seorang lelaki memakai t-shirt kosong berwarna putih dan jean berwarna hitam dihadapanku. Pakaiannya cukup ringkas. Berbeza dengan lelaki-lelaki lain yang aku jumpa tadi. Semuanya segak memakai tuxedo.

  “Kenapa tak bergaul dengan orang lain?”

  “Tak kenal. Lagipun lebih selesa duduk sini.”

  “Oh! Samalah dengan saya.”

  Kami diam. Aku buntu seketika. Tidak tahu ingin berbicara apa lalu aku ambil keputusan untuk berdiam diri. Melayan perasan masing-masing. Harumannya mula menusuk hidungku. Pasti haruman yang berharga ratusan ringgit.

  “Cantik kan bulan tu?” ujar lelaki itu. Jarinya menuding ke arah bulan yang mengambang.

  “Cantik. Arwah ibu saya suka lihat bulan. Dia cakap saya macam bulan. Saya marah sebab rasa macam ibu bandingkan pipi saya dan bulan yang mengambang.” Laju saja aku berbicara. Hilang rasa kekok.

  “Bukanlah! Ibu awak cakap macam tu sebab awak secantik bulan. Malah memberi cahaya untuk menerangi kegelapan malam. Kan bagus kalau nama awak, Cahaya.”

  Nama saya memang Cahaya, bisikku dalam hati.

  Ingatanku tentang mesin basuh kembali hadir. Aku resah. Aku harus pulang sekarang. Aku bingkas bangun.

  “Eh, nak ke mana?” soal lelaki itu.

  “Saya kena balik sekarang. Tak ada masa dah ni. Nanti awak tolong cari kawan saya nama Balqis Atirah. Tolong beritahu dia saya balik sendiri. Boleh tak?”

  Lelaki itu mengangguk. Aku terus berlari dan malangnya, selebah gladiatorku tertanggal. Aku mengeluh. Gladiator ni sikit lagi nak kena maki. Lantas aku terus berlari ke arah pintu pagar tanpa mengambil gladiator yang tertanggal itu.

  “Awak, kasut!” Laungan lelaki itu tidak aku peduli.

  “Teksi!” jeritku.

  Sebuah teksi yang hampir berlalu pergi berhenti. Terima kasih kepada mama dan Haira kerana mengajarku untuk bersuara lantang. Aku mula masuk ke dalam perut teksi dan meninggalkan lelaki itu yang baru tiba dengan sebelah gladiatorku di tangannya.


KHABAR yang aku terima membuatkan aku terduduk. Mama dan Haira kemalangan! Sepatutnya aku mencegah mereka pergi ke majlis hari jadi itu. Sepatutnya tapi ini yang dinamakan takdir. Dan jika aku menghalang pun, aku pasti mereka tetap akan pergi.

  Manik-manik jernih sudah mengalir laju. Terhinjut-hinjut aku menahan esakan. Kini aku sendiri. Tiada siapa yang akan menemani. Aku tak kisah jika diherdik, ditengking tapi jangan tinggalkan aku sendiri. Aku tak nak! Tak nak!

  “Cahaya Naili dah tak ada sesiapa. Dia sendiri,” lirihku.


SELIPAR yang aku pakai ku tilik. Sudah terputus talinya. Bukan tali layang-layang yang terputus. Tali si selipar ni pun satu. Janganlah saat macam ni susahkan aku. Di sini mana ada kedai jual selipar. Pak cik yang rajin nak jual selipar pun tak ada.

  “Selipar tak boleh guna ke?” Aku mengangkat wajah. Lelaki itu ku pandang lalu aku mengerutkan dahi. Macam pernah lihat lelaki ini tapi aku tak pasti di mana. Pap! Sudah ingat. Lelaki ini lelaki yang menegurku di kolam renang lima tahun yang lalu.

  Lelaki itu melutut di hadapanku. Wajahnya tidak banyak berubah.

  “Cinderella, Cinderella tertinggal kasut dan patik telah mengutip kasut Cinderella.”

  Aku menjongketkan kening. Kotak kasuk dibukanya dan sebelah gladiatorku yang tertinggal dicapainya lalu dihulurkan kepadaku.

  “Teringin juga patik pakaikan kasut ini di kaki Cinderella tapi kita bukan mahram. Kalau nak pakaikan juga, kita kena kahwin la.”

  “Hurmm. Terima kasih wahai lelaki budiman. Boleh beta tahu namamu wahai lelaki budiman?”

  “Nama patik, Farid Rafiqin. Nama Cinderella siapa?”

  “Nama beta, Cahaya Naili.”

  “Oh! Izinkan patik memanggil Cinderella dengan nama Cahaya. Boleh?”

  Aku mengangguk lalu mengoyak senyuman untuknya. Senyum kan sedekah.

  “Bagi patik, Cahaya bukan Cinderella biasa.”

  “Oh ya?”

  “Ya sebab Cinderella biasa tertinggal kasut kaca sebaliknya Cinderella depan mata patik tertinggal gladiator.”

  Ah! Kenangan lalu sangat mendera hati kecil ini. Hari ini lebih baik dari hari semalam dan aku harap hari esok lebih baik dari hari ini. Sedar tak sedar umurku sudah mencapai 24 tahun. Segala harta jatuh ke tanganku.

  Bukan harta yang aku inginkan. Hanya kasih sayang. Selepas mama dan Haira meninggal, aku tinggal bersama Balqis dan keluarganya. Mereka baik dan memberi peluang untukku berasa kasih sayang yang sebenar. Lelaki ini pula telah lenyap dari kamus hidupku selepas majlis hari jadi itu.

  Dan sekarang lelaki ini muncul.

  “Hurmm. Macam mana patik boleh jumpa beta di sini?”

  “Kawan Cahaya yang beritahu. Nama Balqis. Kebetulan dia sepupu patik.”

  “Adakah majlis hari jadi lima tahun yang lalu dibuat untuk meraikan hari jadimu wahai lelaki budiman?”

  Lelaki itu mengangguk. Oh! Rupanya dialah lelaki yang Balqis ceritakan dulu. Tidak ku nafikan lelaki ini memang tampan. Malah aku rasakan hatinya juga baik meskipun baru dua kali aku bertemu dengannya. Hatiku mengatakan dia lelaki yang baik.

  Ah! Jangan cakap aku sudah jatuh cinta. Selama ini tak pernah ada lelaki yang singgah di hatiku. Mana mungkin dia ini pula yang baru muncul.

  “Jadi, boleh kita kenal lebih dekat lagi?”

  “Kita kan dah kenal sekarang ni.”

  “Tapi patik nak lebih mendalami hati Cahaya sebab patik tengah mencari orang yang bukan Cinderella biasa. Patik rasa Cahaya orangnya.”

  “Kenapa engkau rasa betalah Cinderella yang luar biasa?”

  “Kerna patik sudah jatuh hati dengan Cahaya.” Amboi! Straight to the point sungguh. Anak siapa entah.

  “Pelik. Kita baru dua kali bertemu termasuk pertemuan ini,” tuturku. Mula bermain kata.

  “Pernah dengar cinta pandang pertama? Itulah yang patik hadapi sekarang ini.”

  Hatiku mula melakar bahagia. Aku memang bukan Cinderella biasa kerna aku tertinggal gladiator sebaliknya Cinderella sebenar tertinggal kasut kaca.



 Assalamualaikum. Cerpen ni sebenarnya cerpen pertama yang aku tulis dan tajuk asal Aku Bukan Cinderella tapi aku dah ubah 98% isi kandungan cerpen ni. Sebabnya cukup mudah. Bila aku baca balik cerpen ni, aku macam nak tergelak. Terlalunya banyak bahasa singkatan dan aku rasa malu. Hehe... Enjoy!

Tolong boleh?

Klik di sini dan di sini.

Nak join churp-churp?

Klik di sini. Dah klik? Terima kasih. Saya bagi senyuman kat awak. hehe




10 comments:

  1. soalan! gladiator tu apaaa???... *muka polos* v__v

    ReplyDelete
  2. klu da jodoh lama mana pon ttp bertemu kan.. ngeee

    ReplyDelete
  3. Cite mcm rubbish....i was like #%%&&*---*

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf untuk semua kekurangan. i know how bad this story is sebab masa ni pun saya baru start menulis tapi saya memang bukan writer yang bagus pun sampai sekarang. insya-Allah saya akan cuba perbaiki diri, cik anon :)

      Delete
  4. salam kenal... jln cerita santai.. cuma akak pun tak tau gladiator tu kasut rupanya.. by the way.. akak pun nama cahaya juga... Cahaya Mayang... hahah byk org tak tau.. akak suka hide kan cahaya di depan tu... malu kottttt......

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...