cerpen : Sehingga November 2


note : Sesungguhnya DIA lebih dekat dengan kita berbanding urat leher kita sendiri


November, 2007

  Nafasku tersekat-sekat. Bibirku sudah pucat bagaikan tiada darah yang mengalir di wajahku. Tanganku terketar-ketar mencapai segelas air yang berada di atas meja. Sakit yang aku tanggung hanya Sang Pencipta yang tahu.

  Nufail sudah menghilang. Katanya, mahu membeli makanan di kantin. Aku kasihan dengan dirinya. Terlalu besar pengorbanannya kepada diriku. Takkan pernah mampu aku balas.

  Keadaanku semakin lama semakin teruk. Sekarang, November. Tanpa sedar, bibirku melakarkan senyuman.

  “Sayang…” Aku mendongakkan wajah. Nufail menggariskan senyuman lalu meletakkan plastik yang berisi kuih-muih di atas meja. Dahiku dikucup penuh syahdu. Pipiku dielus lembut.

  “Abang, maafkan segala dosa-dosa Zuhur.”

  Dia menjongketkan kening.

  “Kenapa ni?” Ujarnya risau.

  Aku menggeleng. Jari-jemariku menyentuh tangannya.

  “Zuhur cuma risau Zuhur tak sempat ucapkan kata-kata maaf. Zuhur takut bila abang bangun esok, Zuhur dah tak ada. Zuhur…”

  Belum sempat aku menghabiskan kata, dia menggeleng.

  Kelopak matanya bergenang dan sesaat kemudian, untaian hangat miliknya mula jatuh ke atas tanganku.

  “Sayang, ajal dan maut di tangan Yang Esa. Abang tak nak dengar sayang cakap macam tu lagi.”
  “Abang, mati itu pasti,” tuturku cuba menyedarkan dia.

  Lelaki itu menghela nafas lemah. Matanya menerobos dalam anak mataku. Wajah suram itu sesekali berpaling menahan esakan. Dia, suamiku. Dia, insan yang menjagaku.

 Maha Suci Allah yang menciptakan berpasang-pasang semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan di  bumi dan diri mereka sendiri dari apa-apa yang tidak mereka ketahui (Yasin : 36) 

  “Abang, Zuhur sayang abang.”

  “Abang pun sayangkan sayang. Sekarang, sayang berehat dulu,” ucapnya sambil menepuk bahuku.
  Aku menggeleng.

  “Tak nak! Zuhur tak nak tidur. Zuhur tak larat. Asyik tidur je,” rengekku manja. Lelaki itu ketawa.

  “Kalau tak nak tidur, dengar abang nyanyi satu lagu.”

   Aku mengangguk.

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Ku sampaikan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa
PadaMu oh tuhan

Ku mohonkan keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya

Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia
Datanglah kasihmu dalam diriku

Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran
Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina

Kerana cinta kepadaNya
Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih

  “Sedap tak abang nyanyi?” Ajunya sambil tersengih. Aku mengangguk. Ya Allah, terima kasih untuk segalanya.

  Lantas kami tertawa. Kalaulah aku boleh hentikan masa seketika.

  “Abang, boleh Zuhur tanya sesuatu?”

  “Tanyalah, sayang. Tapi jangan banyak sangat. Nanti abang tak larat jawab. Hehe.”

  “Abang, kenapa dalam banyak-banyak wanita di dunia ni, abang pilih Zuhur?”

  Nufail tersenyum. Tangannya mengusap ubun-ubunku.

  “Sayang, ada dua sebab abang pilih sayang. Pertama, sebab abang cintakan sayang sejak pertama kali abang jumpa sayang. Seorang wanita yang terlalu asyik dengan dunianya sampai abang panggil pun tak dengar. Wajah sayang buat hati abang meruntun pilu. Wajah yang derita, penuh hiba.

  Rasa kasih sayang dan cinta hadir di hati secara tiba-tiba. Kedua, sebab abang yakin sayang ditakdirkan untuk abang. Abang tak kisah kita hanya mampu bersama untuk seketika. Biar abang yang jaga sayang dan berada di sisi sayang sehingga nafas sayang yang terakhir.”

  Kata-katanya benar-benar membuatkan aku terlalu berat untuk melangkah pergi tapi jika maut sudah menjemputku, aku tiada pilihan. Lelaki ini! Lelaki yang tidak jemu menemaniku. Lelaki yang sering memaksaku berbual dengannya meskipun aku tidak peduli.

  Kasih sayang yang hadir di hati aku tumpahkan kepadanya. Dia lelaki pertama yang aku izinkan bertamu di hati.

  “Sayang, sebab apa pulak sayang terima abang?” Soalnya ingin tahu.

  Bibirku menggariskan senyuman.

  “Sebab yang sama dengan abang. Sebab Zuhur yakin Zuhur tercipta untuk abang. Abang, jika saat kita bersama sehingga November saja, Zuhur tetap bersyukur. Bersyukur ada suami macam abang. Abang terima Zuhur meskipun Zuhur sakit dan tak berdaya. Zuhur…” Tidak mampu aku meneruskan kata. Hatiku berlagu sendu.

  “Shhh! Sayang, walaupun sayang sakit, sayang nampak kuat di mata abang. Semoga panjang umur sayang.”

  Setiap hari, dia berdoa. Berdoa agar aku dipanjangkan umur. Ya Allah, aku serahkan segalanya kepada-Mu. Ku letakkan hati ini kepada-Mu. Sesungguhnya Engkau lebih dekat denganku berbanding urat leherku sendiri.

*****

  Aku terus dan terus mencuba mencapai tangan Nufail. Lidahku kelu. Suara yang aku lontarkan tidak keluar. Kepalaku sangat sakit tika ini. Kelopak mataku mula bergenang. Adakah sudah tiba saatnya untuk aku pergi?

  Hatiku terus dan terus memanggil namanya! Ya Allah, kuatkanlah hamba-Mu ini.

  Kiranya ini detik terakhir untukku, aku rela. Dadaku berombak kencang. Nafasku turun naik dan lambat-lambat kelopak mataku tertutup. Inikah penghabisan hidupku, Ya Rabb?

bersambung.....



Mungkin aku patut buat kisah ni e-novel bukan cerpen. Kekeke. But it's okay sebab aku letak sikit2 ja. Oh ya, kisah ni belum habis. Akan ada satu part lagi. Bagaimakah kisah Zuhur? Nantikan selepas ini.  Happy ending or sad ending? Aaa. Nantikan juga. Jangan lupa komen ya. Salam sayang -Hanna Aleeya




10 comments:

  1. Assalammualaikum,,
    macam best je..
    x sabar nak tunggu sambungannya..
    heheh kalau sudi jenguklah blog saya ya..
    wasalam.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam. Hee. Insya-Allah kalau hanna ada masa hanna jenguk blog :')

      Delete
  2. ho3... i love the name of..Nufail....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa. Hanna pun suka dengan nama Nufail

      Delete
  3. Sedihnyaaa . nak meraung baca ni . cepat la post sambungan . tak sabar .. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngehngehngeh. Nanti hanna letak sambungan..

      Delete
  4. ala smbng la, nk happy ending please...
    hanna bila nk smbng cerpen yg lgi stu tu... hehe
    Pmr dh hbis lol.. hehe
    nk happy ending tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah nanti hanna sambung.
      RSZ nanti hujung minggu hanna sambung.
      PMR bukan habis khamis ni eh?
      Yaa.. Happy ending

      Delete
    2. hari ni last untuk pljar islam.. eck ada 1 paper lgi tpi untuk yg bragama lain lah.. hehe

      Delete
  5. macam mana nak letak iklan nuffnag dekat blog???

    ReplyDelete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...