cerpen : Dia Di Sisi 3 (Akhir)

DIA DI SISI 3

  Mataku jatuh pada sekujur tubuh milik Syaukat. Sudah dibuai mimpi agaknya. Teragak-agak aku mengelus pipinya lembut. Segaris senyuman tersungging di bibirku. Ini suamiku. Aku tidak kisah pandangan orang lain. Aku tidak kisah orang memandang serong.

  Sesungguhnya hanya Syaukat yang mengerti segalanya. Ya! Hanya dia. Aku tidak tahu apa yang dia rasa namun aku cuba untuk mengerti. Cukuplah dia di sisi.

  Dengkuran halus miliknya mula menampar gegendang telingaku. Aku bingkas bangun dan menolak pintu gelangsar. Tubuhku didekatkan dengan pagar balkoni. Malam semakin tua dan aku masih belum melelapkan mata. Sudah sebulan lebih aku dan Syaukat mendirikan rumah tangga. Benar aku bahagia.  Takdir Allah yang terindah untukku.

  “Safi…”

  Lantas aku berpaling. Memandang Muhammad Syaukat yang bersandar pada kepala katil. Aku mengatur langkah mendekatinya.

  “Tak tidur lagi?” sapaku lembut.

  “Terjaga. Syaukat sedar yang Safi tak ada di sisi Syaukat.”

  Aku mengangguk.

  Perlahan-lahan aku melabuhkan punggung di sisinya. Kakiku dilunjurkan lurus. Dia merebahkan kepalanya di atas ribaku. Bibirku mengoyak senyuman mekar. Jemariku mengelus rambutnya. Pandanganku dan lelaki itu bertaut lama.

  “Safi menyesal?”

  “Menyesal? Menyesal apa?”

  Kedengaran desahan nafasnya.

  “Menyesal kahwin dengan Syaukat,” tuturnya mendatar.

  Laju saja aku menggeleng. Tidak pernah sekalipun aku menyesal kerana mengahwininya. Ini yang terbaik. Perkahwinan bukan soal rupa, bukan soal keadaan fizikal. Seorang Muhammad Syaukat ada hak untuk bahagia.

  Sejujurnya, aku tahu dia masih rasa rendah diri dengan keadaannya. Dia masih waswas dengan penerimaanku.

  Andai aku tidak menerima keadaannya, pasti aku sudah meninggalkan dia dulu di kala melihat dia buat pertama kali dalam tempoh sembilan tahun. Rasa di hati ini takkan pernah berubah meskipun sesaat. Sebaris namanya tetap terpahat kukuh di hatiku.

  “Safi tak pernah menyesal.”

  “Syaukat takut Safi malu bila Safi mengaku Syaukat suami Safi,” terangnya kesal.

  “Safi tak pernah malu! Syaukat suami Safi dan Safi bangga mengaku Syaukat ni suami Safi.”

  Jangan pernah meragui kesetiaanku.

  Jemari itu singgah di pipiku lagi. Perbuatan biasa dan aku sudah mangli dengan semua ini. Sungguh aku tidak ingin detik ini berlalu. Seandainya diri ini mampu hentikan waktu…

  Hatiku benar-benar diulit rasa bahagia.

  “Syaukat cintakan Safi.”

  “Safi pun cintakan Syaukat,” balasku sambil tersenyum.

  Tidak perlukan kekayaan untuk buat aku sebahagia ini. Cukuplah dia di sisi. Menghargaiku dan melayani keletahku.

  Menerimanya bukan satu kesilapan.

  Sesaat kemudian, jemarinya melekap di perutku. Terasa seperti dia sedang menangis. “Maafkan Syaukat. Kita tak mampu ada anak.”

  “Safi tak kisah. Ini yang terbaik.”

  “Maafkan Syaukat. Syaukat tak mampu nak  jadi macam suami lain. Syaukat tak mampu nak lindung Safi saat Safi cedera. Syaukat tak mampu nak ada saat Safi susah,” ujarnya dalam sendu.

  Dirasakan seperti untaian hangat sudah menemani dua lekuk pipiku.

  “Cukuplah Syaukat di sisi Safi,” balasku.

  “Tak, sayang. Safi tak sepatutnya berkahwin dengan Syaukat dulu.”

  Tiada apa yang perlu dikesalkan. Malah aku bahagia dengan takdir ini. Bersama dengannya. Membina kehidupan yang baru.

  Seorang Syaukat mengajarku untuk lebih tegar dan tabah. Mengajarku menghargai hari-hari yang berlalu. Kadang-kadang, kita tidak pernah menyangka semua ini terjadi dan kadang-kadang benda yang kita jangka akan terjadi kepada kita sebenarnya tidak akan berlaku.

  Hujung dagunya aku paut memaksa dia memandangku. Jemariku mengesat air mata yang bertamu di wajahnya. Sepasang mata bening itu sudah merah!

  Dan tika ini, untaian hangat itu sudah tuntas.

  Aku kuat. Nur Safi sangat kuat.

  “Safi bahagia dengan pilihan Safi. Safi bahagia kahwin dengan Syaukat!” Keras saja aku memuntahkan aksara.

  “Syaukat takut Safi tak bahagia. Safi layak dapat lelaki yang lebih baik.”

  Aku menggeleng. Nur Safi untuk Muhammad Syaukat! Dia harus tahu.

  “Percayalah. Seorang Nur Safi diciptakan untuk Muhammad Syaukat. Kenyataan itu tak mampu disangkal lagi. Safi bahagia saat Syaukat ada di sisi. Jangan menyesali segalanya. Hati Safi sangat bahagia. Hati Safi hanya sakit saat lihat Syaukat rebah.

  Syaukat yang Safi kenal bukan seorang yang suka menyalahkan diri. Syaukat harus tabah. Safi sayangkan Syaukat dan rasa tu takkan pernah berubah.”

*****

  Prang! Kelopak mataku tertutup seketika. Bibirku diketap. Cuai!

  Tubuhku ditundukkan. Cuba menggapai serpihan pinggan yang dapat dilihat oleh sepasang mata ini.
  Syaukat mungkin sedang berehat di atas. Hanya aku yang turun untuk menyiapkan makan malam. Kilat bersabung. Langit pasti akan menangis sebentar lagi. Aku memandang anak tangga yang ditemani lampu malap. Harus bersihkan tempat ini cepat kerana sebentar lagi, aku akan membawa Syaukat turun menggunakan kerusi roda.

  Sudahlah pinggan pecah betul-betul di anak tangga yang terakhir.

  Telefon rumah berdering membuatkan aku berhenti melakukan tugas. Memandang serpihan pinggan sekilas.
  Leka sekali aku berbual dengan mak.

  “Arggh!”

  Aku berpaling. Mataku membuntang. Gagang telefon terjatuh dari peganganku. Jantungku berdetak laju.

  Syaukat terbaring di atas lantai. Separuh badannya sudah tertikam serpihan pinggan yang pecah sebentar tadi. Kerusi roda miliknya tercampak jatuh ke bawah. Darahku berderau. Benar-benar buntu! Adakah ini kenyataan?

  Lambat-lambat aku mengatur langkah mendekatinya. Tubuhnya aku palingkan menghadapku. Kaca sudah tercucuk di dadanya. Malah di perutnya juga. Darah sudah mengalir sepi.

  Kelopak mataku sudah bergenang.

  “Syaukat…”

  Bibir itu sudah pucat namun dia tetap menggariskan senyuman.

  “Syau… Syaukat sa… sayangkan Saf… fi.”

  “Safi tahu,” ujarku dalam sendu.

  “Syau… Syaukat nak Saf… fi bah… bahagia meski… kipun Syauk… kat d… dah tak ad… da. Bo.. boleh?”

  Aku mengangguk. Air mataku makin galak menuruni lekuk pipi.

  Kelopak matanya tertutup rapat.

  “Syaukat, bangun!”

  Pipinya aku tampar lembut namun dia masih kaku. Bahunya aku gugah berkali-kali. Esakanku makin menjadi-jadi dan langit pun menangis. Titisan hangatku terkena pipinya. Terketar-ketar aku menggapai tangannya lalu aku letakkan jemariku di nadinya.

  Bahuku melurut jatuh.

  Muhammad Syaukat takkan bangun lagi.

*****

  Lidahku kelu. Wajahku diangkat. Menengadah langit malam yang bertemankan bulan dan bintang. Tanpa sedar, terlorek senyuman nipis di bibirku. Aku melarikan pandangan. Menoleh ke belakang. Dulu, dia di sisi. Akan memanggilku di kala aku berdiri sendiri di balkoni.

  Kini, aku sendiri.

  “Syaukat nak kahwin dengan Safi. Nak ada di sisi Safi hingga Syaukat dah tak ada di atas muka bumi ini.”

  Ya! Dia di sisi hingga dia sudah tidak ada lagi di atas muka bumi ini.

  Cintaku takkan pernah berubah meskipun jantungnya sudah berhenti berdegup dan nadinya sudah berhenti berdenyut.

  “Syau… Syaukat nak Saf… fi bah… bahagia meski… kipun Syauk… kat d… dah tak ad… da. Bo.. boleh?”

  Dan Nur Safi masih belajar untuk bahagia. Pemergiannya benar-benar membuatkan hatiku mati. Namun ini yang terbaik.

  Seandainya pinggan tidak pecah. Seandainya dia tidak turun sendiri. Seandainya diri ini mampu hentikan waktu…

  Hatiku masih menangis. Masih tidak mampu menerima semua ini. Syaukat yang aku cinta sudah tiada. Dia tiada lagi di sisi. Hanya ada aku sendiri. Tiada lagi insan yang suka menyentuh pipiku. Tiada lagi insan yang suka merebahkan diri di atas ribaku.

 Sungguh aku rindukan detik dulu.

  Pemilik hatiku sudah meninggalkan aku sendiri.

  “Moga dia tenang di sana,” gumamku sendiri.

  Titisan air mata terkena jemariku. Aku kembali menengadah langit malam.

  Dia ada sisiku hingga dia sudah tiada di sini lagi dan aku bahagia. Sungguh aku bahagia dengan takdirku. Cinta seorang Nur Safi terhadap Muhammad Syaukat tidak pernah berubah. Sebaris namanya akan tetap terpahat hingga diri ini juga sudah menghembuskan nafas yang terakhir!

 
 
 
 Assalamualaikum dan selamat petang. Habis sudah DDS. Berat nak menaip sad ending tapi... bukan semua kisah berakhir dengan bahagia. Ini kali pertama buat kisah lelaki kehilangan kaki. Sama-samalah kita bersyukur kerana cukup anggota badan.

Banyak pengajaran yang Cik Hanna cuba ketengahkan. Antaranya, mereka yang kurang bernasib baik pun layak untuk berkahwin, hidup bahagia. Sungguh Cik Hanna menulis part akhir ni dengan air mata. Sedih tetiba tapi... mungkin anda yang membaca rasa biasa saja. Kesedihan kita mungkin berbeza.

Ini penutup tirai untuk 2012. Yang terakhir kiranya sebab Cik Hanna sibuk nak sekolah.

Tinggalkan komen kalau rajin ya. Sayang anda semua dan maaf atas segala kekurangan. CH hanya manusia biasa.
 
 
 
 

 

 
 
  

19 comments:

  1. bestnya.. baru first time baca.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa. Awat hang baca part 3 terus? Kikikiki. Part 1 pun tak khatam lagi

      Delete
    2. haha.. alah, ending sedih lol.. hihi
      hang bbuh last n3 cpt sangat.. aku renbat je.. haha

      Delete
    3. ngee. Sad ending lah best. Haha
      Biasalah. Hang pun tak kenai ceq. Satu hari satu entri

      Delete
  2. hannaaaa....awat sedih sangat??!!! huhuhu anyway, best sangat... :)

    ReplyDelete
  3. mati! tidak! kesiannya. sedih la crpen ni. btw, nice story hanna.

    ReplyDelete
  4. Best2!! walaupun sad ending.. -nisa

    ReplyDelete
  5. best tp lbh best if safi pnggl syaukat abg c0z nmpk x manis la kalau pnggl suami nama.btw best.layan smbl dgr lgu KU LEPAS.sdeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikss. Mmg mula2 nak letak panggilan abang tapi sbb depa kawan dari kecik, hanna buat keputusan panggil nama
      Org kedah lagi mantap. Bini bahasakan diri hang-aku. Kikikiki
      trimas2

      Delete
  6. The end...ehehhehe..Sedih la juga, but yeahh hidup kena teruskan juga walau apa pun kan? :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. haip. Yepz. Teruskan hidup. Dugaan menguatkan kita

      Delete
  7. nak komen skit..time frame cite agak weird..adegan si syaukat dok baring atas lap safi tu..kurang sesuai sbb safi baru 14 tahun syaukat dah 18..betulkan kalau tersilap..lepastukan umur 24thn dah jadi pengurus kewangan..Biar BetoL..tu dik kalau keje dgn company bapak sendiri boleh ler..kena peka skit..biar baru cite nampak realistik. perbaiki yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya? hikss.. tak berapa nak faham ayat cik anon yang baris nombor satu n second.
      Ya ya. Hanna tak banyak buat research pasal kerja. Just main taip kat google. Thanks ya cik anon :)

      Delete
  8. dear hanna.. sedih cerpen ni dan terbaikk.. tabahnya seorang nur safi dan teguhnya cinta mereka.. tapi diri ni terasa nak sambungan kisah safi walaupon memang kisah cinta mereka ni terpahat mati.. moga ada jejaka yg dpt bukak balik hati safi.. berkeluarga dan bahagia..

    anyway, chaiyokkk dn goodluck :D semoga terus sukses hasilkan karya2 yg meletop

    -mya-

    ReplyDelete
    Replies
    1. first, terima kasih ya sebab komen kat sini.
      second, sambungan? ehehehe. tatau dah nak sambung apa tapi memang betul cakap sis. cinta dah terpahat mati. amin.. moga safi jumpa jodoh yang baik.

      heee. trimas2. amin2. *mesi tak pernah hasikan karya yang meletop. ihik

      Delete

Takut komen?
Jangan risau.
Gueh bukan raksasa makan orang.
Gueh hanna...